Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Pidato Perdana



Pidato Perdana

Jelajah MERDEKA RAKYAT (pasca BERSIH 3.0) peringkat Perak

Tarikh : 18 Mei (Jumaat)
Masa: 9.00 mlm
Lokasi : Dataran Rakyat, Pekan Tg Piandang, Parit Buntar


Bersama YB DS Anwar Ibrahim, YB Datuk Saifuddin Nasution, YB Datuk Ngeh Kor Ham,
YB Dr.Mujahid, YB Dr. Md Nur Manuty, YB Yunus Jamhari

Tayangan Khas Video Dokumentari BERSIH "Merdeka Rakyat" terbitan SAMM

Semua dijemput hadir. Sebarkan !
 

Wednesday, June 9, 2010

Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang

GOMBAK, 8 Jun: Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.
Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.
Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.
Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.
Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.
Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.
Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini.

Sunday, April 18, 2010

Jangan sampai ceramah ugama disekat hanya kerana takut orang ceramah politik


Jangan jadikan masjid tempat berkempen

SHAH ALAM 17 April - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekali lagi meminta parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor supaya tidak menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berkempen untuk menarik sokongan pengundi.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, masjid dan surau adalah kawasan larangan kepada semua pihak berpolitik termasuk mengadakan ceramah, perhimpunan dan sebagainya.
Malah, katanya, larangan tersebut turut dititahkan sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menegah sebarang penganjuran program atau aktiviti politik dilakukan di masjid dan surau.
"Kita tidak benarkan parti politik yang berkempen dalam pilihan raya itu menggunakan surau dan masjid untuk berkempen bagi meraih sokongan pengundi di Hulu Selangor.
"Surau dan masjid bukan hanya tempat ibadat umat Islam tetapi ia merupakan institusi penyatuan umat yang bebas daripada sebarang pengaruh atau ideologi mana-mana parti politik.
"Sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan tempat-tempat ibadat ini untuk tujuan tersebut, kita khuatir ia boleh mengundang perkara yang tidak sepatutnya seperti perpecahan umat Islam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas langkah-langkah JAIS bagi memastikan masjid dan surau tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai medan kempen politik pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang dijadualkan pada 25 April ini.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon bebas iaitu V.S. Chandran dan Johan Mohd. Diah.
Sebelum ini, Muhammed Khusrin mengingatkan nazir masjid dan jawatan kuasa surau seluruh negeri itu supaya melaksanakan titah Sultan Selangor yang melarang keras supaya institusi Islam itu tidak dijadikan sebagai medan untuk berpolitik.
Dalam pada itu, menurut Muhammed Khusrin, JAIS telah menempatkan pegawai-pegawai penguat kuasa di Hulu Selangor bagi memastikan tidak wujud penyalahgunaan kira-kira 23 buah masjid dan 53 buah surau di kawasan itu untuk tujuan politik.
"Kita telah tempatkan pegawai penguat kuasa untuk membuat pemantauan di setiap masjid dan surau di Hulu Selangor. Sekiranya ada nazir atau jawatankuasa surau melanggar arahan itu dan ada aduan, kita akan ambil tindakan terhadap mereka.
"Kalau mereka nak adakan ceramah, pastikan penceramah itu bukan mewakili mana-mana parti politik dan mempunyai tauliah daripada JAIS," tegasnya.