Showing posts with label anjing. Show all posts
Showing posts with label anjing. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Gambar Artis Nanu Bermain Anjing dan Penjelasan Blogger Kerabu Bersuara

Kami telah mengeluarkan artikel berkaitan artis Malaysia, si Nanu ni pegang dan tidur dengan anjing.
Rujuk:

http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/08/lagi-kisah-artis-malaysia-nanu-pegang.html
Maka ramai la yang tak faham. Kita Islam ada 4 Mazhab.
MAKLUMBALAS BERKAITAN HUKUM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING DAN KEPEKAAN UMAT ISLAM TERHADAP MAKANAN HALAL
1. PENDAHULUAN
Tulisan ini dikemukakan untuk tatapan awam sebagai menjawab aduan awam berkaitan
tindakan seorang wanita Melayu memegang anjing dan isu kepekaan masyarakat Islam
terhadap kepentingan mengambil sumber makanan halal lagi baik.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima aduan awam mengenai satu artikel dalam Akhbar The Star bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) menyiarkan seorang wanita Melayu yang giat aktif menyertai secara sukarela satu pertubuhan menyelamatkan binatang terbiar seperti anjing iaitu Society, Prevention, Cruelty dan Animal(SPCA). Aktiviti seorang wanita Melayu Islam memegang seekor anak anjing telah menimbulkan isu kurang senang di kalangan pembaca akhbar tersebut.
2.2. Pengadu iaitu Nora mendakwa Akhbar The Star dianggap telah menghina Islam melalui aktiviti yang telah dilakukan oleh seorang wanita Melayu Islam. Bertitik tolak dari itu, penjelasan lanjut diketengahkan menjurus kepada isu orang Islam memelihara anjing, isu berpegang kepada sesuatu mazhab di samping kepekaan orang Islam termasuk golongan saudara baru terhadap pengambilan makanan halal terutamanya di hotel-hotel.
3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
4 . PENJELASAN ISU ORANG ISLAM MENGAMBIL JALAN MUDAH TERHADAP SESUATU MAZHAB (BERKAITAN MENYENTUH ANJING / MEMELIHARA ANJING)
4.1 Pada umumnya para ulama berpendapat bahawa orang awam diharuskan berpindah-pindah mazhab dengan syarat-syarat yang tidak menyimpang daripada al-Qur’an dan al-Hadith. Ini kerana dalam kes-kes tertentu ulama – ulama Mazhab ini berbeza mengenai perkara yang furu’ (cabang) dan bukan perkara asas. Bahkan Imam-Imam Mazhab juga tidak memaksa pengikutnya hanya berpegang kepada pegangannya sahaja. Lazimnya mereka berpindah dari satu mazhab ke mazhab yang empat kerana ada sesuatu kesulitan (masyaqqah) dan ada juga yang berpindah mazhab secara berterusan atau secara sekejap sahaja (kemudian kembali semula ke mazhab asal) adalah diharuskan.
4.2 Isu berpindah-pindah mazhab adalah dibenarkan dengan syarat tidak berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh ulama Islam). Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq? Talfiq di sini bermaksud diharamkan mengumpulkan atau menghimpunkan pendapat ulama di dalam satu masalah. Jika dihimpunkan dua atau tiga pandangan ulama dalam satu masalah, para pelopor mazhab tidak membenarkan dan tidak diakui oleh mazhab tersebut. Contoh, menghimpunkan cara mengambil wuduk mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki dalam satu ketika adalah tidak dibenarkan. Contoh lain yang lebih mudah difahami. Bolehkah dalam satu waktu seseorang itu memakai tiga jenis pakaian tradisional iaitu Cina, Melayu dan pakaian Panjabi. Ketiga-tiga pelopor pakaian tradisional tersebut tidak mengiktiraf cara pemakaian baju tradisional tersebut.
4.3 Memahami Mazhab Syafie secara umum adalah suatu kewajipan bagi yang berpegang dengan mazhab tersebut. Adapun isu yang timbul dalam masyarakat Islam masa kini ialah mereka tidak mendalami serta memahami sesuatu mazhab itu. Sehingga apabila timbul sesuatu kesulitan, mereka terus berpindah ke sesuatu mazhab (Hanafi) contohnya, tanpa memahami dengan lebih mendalam. Akibatnya mereka terperangkap dalam kekeliruan dan kejahilan di antara dua mazhab tersebut. Situasi ini tidak dibolehkan
sama sekali dalam konteks bermazhab.
4.4 Berbalik kepada isu seorang wanita Melayu yang memberi pandangan dibolehkan mengikut Mazhab Maliki ketika menyentuh anjing walaupun terkena air liurnya, adalah bertentangan dengan prinsip berpindah mazhab seperti yang dijelaskan di atas. Di dalam Kitab Majmu’ Fatawa, halaman 382 secara jelas dinyatakan bahawa tiada seseorang perlu mengikut orangorang yang tertentu sama ada larangan dan cadangan, selain dari Rasulullah S.A.W. Seorang Islam hendaklah merujuk soalan mereka kepada ulama dan bukan mengikut citarasa tersendiri berdasarkan kecenderungan-kecenderungan tertentu yang tidak bertepatan dengan Syarak. Jumhur ulama Islam membenarkan seseorang itu mengambil keputusan atau pandangan seseorang Imam terhadap sesuatu perkara yang mana dia rasakan lebih baik dari segi komitmen agamanya atau lebih tepat dalam hal-hal yang diselisihkan itu.
4.5 Sementara itu, Syeikh Abd al-Karim al-Khudayr mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menukar pendapatnya semata-mata kerana sesuatu pandangan itu menyenangkannya atau memilih sesuatu pandangan kerana rukhsahnya (keringanan) semata-mata. Sebaliknya umat Islam boleh memilih sesuatu pandangan berdasarkan dalilnya yang terbaik di kalangan yang lain atau pandangan yang lebih benar. (Lihat Majmu’ Fatawa, halaman 23).
4.6 Sebagai penegasan berdasarkan kenyataan di atas, umat Islam tidak dipaksa mengikut sesuatu pandangan sahaja tanpa mengetahui nas-nas yang memerintahkan untuk melakukan demikian. Mereka dibenarkan memilih pandangan (nas) yang lebih baik dari kalangan Imam (mazhab) yang bersesuaian. Demikian juga umat Islam tidak boleh memilih sesuatu pandangan mazhab kerana rukhsahnya / keringanannnya semata-mata.
Jika tidak membuat pemilihan, ikutilah Imam (pemimpin) yang lebih taqwa dan berilmu pengetahuan. Umat Islam dilarang memilih pandangan yang mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih dahulu.
5. KEPEKAAN ORANG ISLAM TERMASUK GOLONGAN SAUDARA BARU TERHADAP KEUTAMAAN MENGAMBIL / MEMILIH MAKANAN HALAL
5.1 Adalah menjadi kewajipan umat Islam memilih makanan yang diyakini dan disahkan halal lagi baik termasuk premis makanan / restoran yang menyelenggarakannya. Islam mengambil berat aspek pemakanan bukan sahaja dari khasiatnya sahaja tetapi juga dari mana sumber asalnya dan daripada apa serta bagaimana ianya dihasilkan bertepatan dengan konsep halalan toyyiba (Surah al-Baqarah 2 : 168, Surah al-Maidah 5 : 88, Surah al-Anfal 8 ; 69 dan Surah al-Nahl 16 : 114). Ini kerana, daripada makanan
yang dimakan akan menjadi darah daging dan memberi kesan kepada perlakuan atau tindakan individu. Jika umat Islam tidak prihatin dalam soal memilih jenis makan minum termasuk premis makanan yang disahkan halal, dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam kerana tidak menjaga status makanannya halal atau haram.
5.2 Sebagai sebuah agensi Kerajaan, Jabatan Agama Islam mempunyai bidang kuasa untuk memberi penerangan dan dakwah dari semasa ke semasa kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati dalam urusan pengambilan sumber makanan yang halal lagi baik. Tidak terkecuali kepada golongan saudara baru yang dilihat perlukan sokongan moral yang kuat daripada seluruh umat Islam. Namun, nasihat dan teguran secara hikmah daripada orang ramai amat diperlukan dalam pelbagai aspek supaya semua orang Islam dan termasuk golongan saudara baru memahami aspek-aspek Syariah mengikut cara yang sebenar. Oleh itu, perlu ditegaskan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan kepada semua orang Islam untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah sama ada melalui tulisan, secara lisan atau melalui teladan yang baik. Kerana sesungguhnya kerja-kerja dakwah tidak hanya dibebankan kepada Jabatan Agama Islam sahaja. Sebaliknya semua orang Islam berhak melaksanakan usaha dakwah dengan apa cara sekalipun sehingga ajaran Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam.
6. PENUTUP
Sebagai sebuah agensi agama yang menjaga kemaslahatan umat Islam di Negeri Selangor, JAIS menggesa supaya:
6.1 Media massa dan media cetak khasnya Akhbar The Star untuk tidak mengulangi paparan isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti agama Islam dan yang berkaitan orang Islam secara semberono. Kerana sesungguhnya tulisan yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam tidak menguntungkan semua pihak. Malah jika tidak dibendung, ianya boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
6.2 Para ulama yang mempunyai autoriti dalam mengemukakan pandangan perlu dirujuk dalam menanggapi persoalan semasa dan tidak sewenangwenangnya setiap individu mengemukakan idea dan pandangan tanpa berlandaskan nas atau keterangan yang tepat, jelas dan berwibawa lebihlebih lagi dalam hal-hal yang bersangkutan dengan taklid mazhab.
6.3 Umat Islam diingatkan berhati-hati dalam konteks pengambilan sumber makanan yang halal lagi baik supaya menjamin kesihatan dan mendapat keberkatan dalam hidup.
Disediakan oleh :
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Agama Islam Selangor
18 Mei 2010 / 4 Jamadilakhir 1431H
Kredit kepada bro kerabubersuara…
http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/08/panas-isu-artis-nanu-pegang-anjing-mari.html

http://www.jais.gov.my/rnd/2010/mei/MaklumbalasTheStar.pdf
http://abushahid.wordpress.com/

Tuesday, July 26, 2011

Anjing korek kubur tiada pagar


JAAFAR menunjukkan kubur yang dikorek anjing liar  di kawasan tanah perkuburan Islam Putra Perdana, Puchong.
JAAFAR menunjukkan kubur yang dikorek anjing liar di kawasan tanah perkuburan Islam Putra Perdana, Puchong.


Pihak masjid, MDS digesa pantau Perkuburan Islam Taman Putra Perdana

PUCHONG: Anjing korek kubur! Itulah yang berlaku di tanah perkuburan Islam Taman Putra Perdana, di sini apabila tanah kubur yang baru dibuka dua bulan itu, dikorek lebih 10 anjing liar tanpa sebarang tindakan diambil pihak dipertanggungjawabkan menyelenggara kubur berkenaan.

Lebih malang lagi, tanah perkuburan bersebelahan Surau As-Sakinah itu tidak berpagar hingga memudahkan anjing liar berkenaan datang setiap pagi dan tengah hari serta menjadikannya tempat tidur mereka waktu malam hingga membimbangkan penduduk setempat serta jemaah surau.
Penduduk juga melahirkan perasaan kesal kerana pihak pengurusan masjid yang diberi tanggungjawab memantau kawasan perkuburan itu dilihat mengambil sikap tidak endah, bahkan hanya muncul ketika ada kematian saja.
Penduduk, Jaafar Abdul Tahib, berkata ada enam kubur di lokasi itu sejak dibuka, tetapi ketiadaan kawasan berpagar menyebabkan ia menjadi tempat anjing liar berteduh hingga menakutkan penduduk kerana kumpulan haiwan itu bertindak ganas dengan mengejar individu yang menghalau mereka.

Beliau berkata, aduan sudah dibuat kepada Majlis Daerah Sepang (MDS) lebih seminggu lalu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil, malahan panggilannya tidak dilayan apabila sering disambungkan kepada pelbagai jabatan berbeza hingga menyukarkan beliau menceritakan keadaan sebenar.

“Sikap tidak bertanggungjawab kontraktor di kawasan pembinaan berdekatan yang melepaskan haiwan itu sebaik kerja mereka disiapkan menjadi faktor utama masalah ini. Pihak MDS dan masjid perlu datang ke sini dan memantau keadaan serta menyelesaikannya dengan segera kerana najis anjing berkenaan mencemar kawasan ini.

“Ada kalanya, haiwan itu tidak mahu beredar dari kawasan kubur walaupun sudah dihalau berkali-kali hingga kami sendiri risau melihat keadaan ini. Penggali kubur juga harus peka dengan menutup kembali tanah yang digali jika tidak digunakan kerana jika tidak, ia boleh menjadi lokasi anjing membuang najis mereka atau mati di dalamnya,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Aminah Mat Taha mendakwa kubur cucunya yang baru meninggal dunia dua minggu lalu menjadi mangsa anjing liar berkenaan apabila dikorek dan keadaan itu amat menyedihkan keluarga serta meminta pihak yang dipertanggungjawabkan mengambil tindakan segera.

“Saya sedih kerana keadaan ini kerap berlaku dan berharap masalah akan diselesaikan segera dengan menangkap anjing ini bagi mengelak masalah lain pula,” katanya. Berita Harian Online | Anjing korek kubur tiada pagar

Friday, May 27, 2011

Anjing jadi mainan

IPOH: “Saya sanggup mati demi Islam daripada membiarkan dua anak kecil saya terus dipaksa memeluk dan dijilat anjing peliharaan suami,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Iza, 35.
Iza yang kini dalam proses menuntut cerai mendakwa suaminya, seorang saudara baru yang memeluk Islam enam tahun lalu, sengaja memelihara anjing.

Katanya, sejak berkahwin enam tahun lalu, suaminya tidak mengamalkan ajaran Islam menyebabkan dia dan anak turut bersubahat hidup bergelumang dosa.

Berikutan itu, Iza nekad melarikan dua anaknya dari rumah didiami bagi menyelamatkan akidah anak perempuannya itu.

“Dia hanya menukar nama dan memeluk Islam di pejabat agama semata-mata mahu mengahwini saya. Saya sangkakan dia benar-benar ikhlas mahu menjadi Muslim sejati, tapi tembelangnya muncul satu persatu.
myMetro | Anjing jadi mainan

Friday, March 25, 2011

Bimbang ancaman anjing liar



ENDAU – Penduduk sekitar pekan Endau di sini melahirkan kebimbangan berikutan ancaman anjing liar di kawasan berkenaan.

Salah seorang penduduk, Mohd Khairul Hisham,25, berkata, kehadiran anjing liar yang berkeliaran sekitar kawasan berkenaan juga boleh menjejaskan imej pekan itu.

Menurutnya, penduduk dan pengunjung luar yang singgah untuk membeli barangan keperluan khususnya khuatir anjing terbabit menyebabkan mereka terdedah kepada risiko keselamatan.

“Saya agak terkejut kerana semasa singgah untuk membeli barangan dapur di sini, saya lihat beberapa ekor anjing liar sedang menyelongkar sampah-sarap mencari makanan.

“Selain itu, kehadiran sekumpulan anjing juga dikhuatiri akan menyebabkan pekan ini menjadi kotor sekiranya keadaan tersebut tidak diatasi,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, anak-anak kecil pastinya terdedah dengan segala kemungkinan dan bakal mengundang kejadian yang tidak diingini.

Sinar Harian difahamkan, pihak Majlis Daerah Mersing (MDM) sebelum ini pernah mengadakan operasi menangkap anjing di kawasan berkenaan namun masalah itu masih juga berlarutan.

Ujar Mohd Khairul, dia berharap operasi menangkap anjing liar liar di kawasan itu dapat dilakukan semula sebelum bilangan anjing menjadi semakin banyak.

“Saya pernah dikejar seekor anjing liar yang kelaparan semasa selesai membeli barangan keperluan rumah di pasar dekat sini.

“Kumpulan anjing liar ini perlu ditangkap segera sebelum ia mencederakan orang ramai serta dapat menjaga imej pekan Endau,” katanya.

Sunday, July 4, 2010

Baby pegang apa tu?





Beberapa keping gambar yang dihantar oleh peminat ke e-mel, membuatkan Joyah terkesima. Gambar penyanyi kumpulan Res’2 yang pernah popular suatu ketika dulu. Alah, tahun 90-an, sekarang dah sejuk beku dia orang ni. Tetapi kiriman gambar ini membuatkan Joyah ingat semula artis yang tak berapa nak berjaya ni.
Gambar Baby Erin dengan pelbagai pose yang ‘tersangatlah’ seksinya. Tersembul sana-sini. Tak sanggup Joyah nak tepek kat sini semula, nanti ada yang gugur iman. Dan yang boleh Joyah kongsi ialah sekeping yang ini saja. Amboi mak, pegang apa tu Baby oii?
Kau ni, memanglah tak serik-serik ya. Beberapa tahun lepas ambil dadah, sekarang ni kes lain pula dah. Orang cakap takda moral, nantikan marah. Baby, bawa-bawalah bertaubat. Maaf cakaplah, dah tak ada binatang lain ke kat dunia ni nak dijadikan kawan?