Tuesday, January 22, 2013

Sebar video digantung mati

Orang ramai menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua lelaki di Teheran.Orang ramai menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua lelaki di Teheran.
TEHERAN - Tindakan berani dua lelaki memuat naik rakaman video mereka menyerang seorang lelaki dengan sebilah parang dan merompak mangsa di sebatang jalan raya dekat sini, ke laman YouTube membawa padah apabila mereka dijatuhi hukuman gantung, kelmarin.

Hukuman berkenaan terpaksa dilaksanakan dengan pantas sejurus pegawai diarahkan melakukan siasatan disebabkan kemarahan orang awam yang menonton video itu.

"Video berkenaan disebarkan awal bulan lalu dan kemudian disiarkan pula oleh sebuah televisyen tempatan," kata pegawai.

Kedua-duanya, masing-masing berumur 24 tahun dituduh 'mencetuskan perang terhadap Tuhan', juga sebagai tindakan serangan kejam secara berkumpulan.

Sementara itu, agensi berita ISNA melaporkan pelaksanaan hukuman terhadap dua lelaki itu disaksikan hampir 300 orang awam di tengah bandar. - AP

Penderaan di penjara Afghanistan

Situasi sebenar tahanan penjara Kabul hanya diketahui oleh pihak dalaman sahaja.Situasi sebenar tahanan penjara Kabul hanya diketahui oleh pihak dalaman sahaja.
KABUL - Kumpulan pemerhati Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, hukuman berbentuk seksaan dan penderaan semakin meningkat melibatkan tahanan penjara Afghanistan sejak tahun lalu.

Menurut PBB, pihaknya menerima satu laporan yang dipercayai menyatakan pasukan perisikan negara telah membina penjara rahsia serta menyembunyikan tahanan daripada pengetahuan pemerhati antarabangsa.

"Kebanyakan tahanan yang terlibat dengan peperangan berlarutan Afghanistan berhadapan lebih 10 seksaan termasuk kejutan elektrik, disebat dengan kabel, kaki dan tangan mereka diikat serta digantung," kata PBB.

Dalam laporan pejabat hak asasi kemanusiaan PBB, berpuluh golongan lelaki di selatan bandar Kandahar turut hilang sewaktu di dalam jagaan polis.  Kerajaan Afghanistan bagaimanapun, menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan ia mungkin disebabkan pertindihan pada sistem yang dianggap masih belum kukuh.

Kenyataan itu turut mendapat sokongan Direktorat Keselamatan Kebangsaan (NDS), terhadap dakwaan bahawa sebahagian tahanan dimasukkan ke dalam penjara rahsia dan melakukan seksaan yang melampau seperti yang dilaporkan PBB. - AP

Surat mesej politik Najib duit kerajaan atau parti

Surat NajibHian Wah menunjukkan sepucuk surat mempunyai mesej berbaur kempen politik ditandatangani Najib yang diterimanya dua minggu lalu.
SERI KEMBANGAN – Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai kos penghantaran surat dengan mesej politik diterima pengundi negeri ini menggunakan wang kerajaan atau Barisan Nasional (BN).

Hian Wah berkata, beliau dan isteri terkejut menerima gambar Perdana Menteri dan surat menggesa rakyat membuat perubahan pada pilihan raya nanti dengan memberi mandat kepada BN.

Menurutnya, dalam sampul surat yang turut dimuatkan kalendar itu, Najib menyatakan negeri ini dalam keadaan kecelaruan selama empat tahun di bawah pimpinan kerajaan DAP, PKR dan Pas.

"Sekiranya kos penghantaran surat kepada kira-kira dua juta penduduk di negeri ini dibiayai kerajaan, ia jelas menunjukkan ada salah guna kuasa.

"Saya terima maklumat pengundi di Kajang, Pandan, Puchong dan Ampang juga ada terima surat ini,” katanya.

Beliau berkata, Selangor ada dua juta pengundi dan berkemungkinan berjuta ringgit diperlukan untuk tujuan itu.

“Kalau guna wang kerajaan untuk sebar mesej politik memang ini salah guna kuasa.

"Pengiraan dibuat mendapati kos surat, sampul dan setem menelan belanja hampir RM1 setiap satu," katanya.

Hian Wah turut mempersoalkan bagaimana pihak berkenaan mendapat butiran untuk kiriman itu sedangkan hanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mempunyai alamat lengkap rakyat.

Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) pernah cuba memohon alamat lengkap pengundi sebelum ini tetapi gagal kerana SPR hanya memberi alamat tidak lengkap dalam senarai daftar nama pengundi.

Tambahnya ia jelas tidak adil kerana ada agensi memberi alamat penuh kepada parti BN tetapi tidak kepada PR.

“Alamat penuh hanya boleh diperolehi daripada JPN atau SPR tetapi mereka tidak beri pada kita dan bagaimana BN boleh dapat?

“Apakah ini juga berlaku penyalahgunaan kuasa daripada BN?,” katanya.

Ibu tunggu Masita pulang

Ibu tunggu Masita pulangMasita yang menghilangkan diri sejak Ogos tahun lalu dirayu pulang.
ENDAU – Kerinduan terhadap anak yang menghilangkan diri sejak Ogos tahun lalu terus meraja dalam diri.

Apatah lagi masih dihujani kesedihan akibat kematian suami, Hassan Yahya, 69, yang tertekan selepas kehilangan anak mereka.

Keadaan itu terus menyelubungi Yang Mah Yaacob, 60, yang bimbang keselamatan anak gadisnya, Masita Hassan, 18, yang tidak pulang selepas keluar dari rumah di Kampung Air Tawar, sejak hampir lima bulan.

Yang Mah yang rindukan Masita merayu agar anaknya itu pulang ke pangkuan keluarga.

Menurutnya, Masita yang bekerja di sebuah kedai kek di bandar ini dilaporkan gagal datang kerja oleh majikannya pada hari kehilangannya.

“Masita dihantar arwah ayahnya ke tempat kerja di pekan Endau, namun ketika ingin menjemputnya kira-kira jam 7 petang, majikannya memberitahu dia tidak datang bekerja pada hari itu,” katanya.

Pada hari kejadian Masita mengenakan baju kurung berwarna putih biarpun mengakui rutin anaknya itu yang gemar memakai seluar jeans dan kemeja apabila bekerja.
“Saya tidak merasakan apa-apa, cuma pada hari itu dia tidak memakai baju yang biasa dipakainya ketika ke tempat kerja.

“Selepas pemeriksaan dibuat di rumah, banyak pakaiannya sudah tiada di dalam almari dan ini sangat menyedihkan kami,” katanya.

Yang Mah berkata, Masita ada menghubungi salah seorang daripada ahli keluarganya sebulan selepas kehilangannya dan memaklumkan dirinya selamat dan berharap keluarga tidak risau.

“Ketika ditanya, dia hanya menyatakan ingin bekerja selain cuba mengelak untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya,” katanya.

Bagi sesiapa yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat berkaitan Masita boleh menghubungi Yang Mah di talian 019-7836926 atau, di alamat Lorong 2, Kampung Air Tawar, Endau, Mersing.

Anak ragui perjanjian pinjaman saham Felda

Mazlan Aliman
Mazlan Aliman

JENGKA - Perjanjian pinjaman yang dibuat peneroka sebagai jaminan membayar semula pinjaman saham sebanyak RM50 sebulan kepada Felda menimbulkan keraguan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, terdapat beberapa keraguan dalam perjanjian tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya peneroka dijadikan galang ganti.

“Satu surat telah dikeluarkan kepada peneroka meminta mereka membayar semula wang pinjaman sebanyak RM3,812.23. Ini adalah pinjaman pokok yang perlu dibayar untuk 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dan belum diambil kira bunganya lagi.

“Apa yang menimbulkan keraguan ialah perjanjian yang dibuat terlalu tebal, sehingga 27 muka surat, dan mempunyai perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Mazlan berkata,  antara perkara yang meragukan dalam perjanjian tersebut ialah berkaitan dengan kuasa wakil dan tanggung rugi.

Katanya, pernah terjadi sebelum ini di Felda Cahaya Baru, Johor Bahru, di mana warganya hanya menerima pampasan sebanyak RM200,000 berbanding RM1.3 juta kerana melibatkan perjanjian yang mempunyai kuasa wakil.

“Perjanjian hanya melibatkan wang pinjaman sebanyak RM3,812.23, mengapa perlu diwujudkan perjanjian setebal ini? Adakah kerana mereka mahu menjadikan peneroka sebagai galang ganti sekiranya berlaku sebarang kerugian?” katanya.
Mazlan justeru meminta pihak Felda memberi penjelasan terhadap kekeliruan yang timbul kerana terma yang ditetapkan seperti mempunyai perkara tersirat di sebaliknya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya jumlah yang perlu dibayar peneroka cuma RM3,560 dan bukannya RM3,812.23.

“Peneroka terpaksa menanggung caj-caj yang saya rasa mungkin ada kaitan dengan perjanjian ini. Kita juga pelik kerana dalam perjanjian itu tertulis bahawa peneroka akan menanggung segala kos termasuk yang berkaitan dengan bank,” katanya.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihaknya apabila pembiayaan Felda tidak mencukupi, kemungkinan mereka akan mendapatkan pembiayaan dengan pelbagai cara termasuk menjadikan peneroka sebagai galang ganti.

“Dahulu Felda mempunyai tabung untuk membuat pembiayaan tanam semula. Sekiranya saham gagal, Felda mungkin akan mengambil segala benda termasuk milik peneroka,” katanya.

Israel terus melakukan kekejaman

logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.

SHAH ALAM - Kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap penduduk Palestin masih tiada noktahnya.

Setiap hari pasti ada berita kemusnahan bandar termasuk rumah-rumah yang menjadi sasaran tentera Zionis ini. Terkini, 55 buah bangunan telah dirobohkan di kawasan Al Maleh dan Al Mayta, utara Lembah Jordan.

Kemusnahan itu membuatkan ramai rakyat terus dihimpit derita, malah kanak-kanak turut trauma dengan segala bentuk kekejaman yang dilakukan.

Operasi besar-besaran tentera Israel itu dilakukan serentak di dua lokasi tersebut.

Akibat kemusnahan itu, sebanyak 41 rumah musnah hingga menyebabkan 187 orang hilang tempat Tentera Israel sengaja merosakkan tangki air di rantau Tebing Barat, di mana air sengaja dibuat terhad untuk rakyat Palestin.

Al Maleh dan Al Mayta iaitu dua buah kampung yang terletak di utara Lembah Jordan, berhampiran pusat pemeriksaan Tayasir yang turut menerima gangguan bekalan air.

Di atas rasa keprihatinan terhadap penderitaan itu, Sinar Harian menerusi Tabung Gaza-Sinar ditubuhkan untuk mengutip dana membantu rakyat Palestin.

Hulurkanlah sumbangan anda. Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun yang tertera.

Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi Sinar Harian di talian 03-51013888.

70 tahun solat salah kiblat

Muka Depan Sinar 22 Januari 2013
Muka depan Sinar Harian edisi Melaka & Negeri
Sembilan hari ini. Dapatkan naskhah anda untuk lagi
laporan menarik.

MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.
Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.
Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.
Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).
“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.
Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an.
Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.
Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.
“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.
“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.
Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.
Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.
“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.
“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya.

syria

#Homs: 12 martyrs have been documented until now in Homs.
and there are reports about family that was killed and burned in Jobar.
Rest In Peace.

Life Line For Syri

Pihak Sekretariat Malaysia Life Line For Syria mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian alfadhil Dr Zulkifli Al-Bakri turun booth Malaysia Life Line for Syria di Seminar Wanita & Islam di Serdang utk menandatangani buku terbaru beliau, Krisis Syria & Mauqif Ulama.. 
Jazahullahu khairaljazak (semoga Allah memberi sebaik-baik balasan kepada beliau)...

Alfadhil Dr Zulkifli Al-bakri

Alfadhil Dr Zulkifli Al-bakri di booth Malaysia Life Line For Syria di Dewan MAEPS, Serdang (19/1)

Al-fadhil Dr Ustaz Zahazan Mohamed

Al-fadhil Dr Ustaz Zahazan Mohamed berkunjung ke booth Malaysia Life Line for Syria di Konvensyen Fiqh - Wanita & Islam (20/1) di MAEPS, Serdang. Jazahullah khairan jaza'

SYRIA

## SYRIA
Hotel Al - Amlu di wilayah Deir Zour...
betul-betul macam kesan perang dunia ke-2...
kalau bangunan dah hancur sebegini.. bagaimana pula penduduknya??

Al-Amlu Hotel in Deir Zour city...
Realy look like the World War 2...
The building is too damage, so how about the people within the city??

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
OUTSIDE MALAYSIA : SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com

SYRIA

## SYRIA
Apabila jalan-jalan ditutup, snipermen berada merata-rata, maka para syuhada hanya mampu dihantar ke tanah perkebumian sebegini caranya...

When the street is close, the snipermen everewhere, this is how the martyr been send to cemetery...

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions:

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
OUTSIDE MALAYSIA : SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com

syria

#Homs: 
This is a blind little girl, she is trying to help her family.
Sister you are not blind, but the international community is blind, Sister they forgot you and gave the money to the vampire as prize.
The blindness is not just an optical damage, there is a kind of blindness which is in the conscience like UN.
Once upon a time there was conscience.

FGVH catat nilai terendah RM4.36, peneroka rugi besar

KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam.

Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian.

Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar.

Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank.

Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin.

Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011.

Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI.

Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata keputusan pilihan raya kini dilihat oleh para pelabur sebagai faktor “risiko”.

“Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya,” katanya.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong  Chen pada 11 Januari 2013 mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP kata beliau. Harga FGV ditutup pada harga RM4.60 pada hari sebelumnya.

Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. 

Lagi sekali Utusan kecundang di mahkamah

Datuk VT Singham, Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberikan kemenangan kepada saman DS Anwar terhadap Utusan Malaysia dan ini adalah kekalahan yang terbaru terhadap saman-saman yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Kes terbaru ini merupakan satu kes yang saya berminat untuk menulisnya sedikit sebanyak walaupun saya bukannya mahir dan faham tentang undang-undang secara mendalam.

Saya juga tidak mahu menyentuh tentang isu yang dihakimkan oleh mahkamah itu kerana semua orang tahu apakah isu yang berbangkit yang menyebabkan Anwar membawanya ke mahkamah untuk diadili. Tentulah jika ia membabitkan Utusan ia tidak lain selain dari tindakan Utusan yang membuat laporan dan tulisan yang tidak benar kerana membantu UMNO yang sedang dalam kegeringan sekarang ini.

Isu yang dibawa ke mahkamah oleh Anwar ialah isu penulisan Utusan Malaysia yang cuba mengelirukan rakyat untuk mempercayai Anwar adalah pejuang kepada LBGT. Perkara yang dibangkitkan oleh Utusan itu sememangnya diketahui umum sebagai satu fitnah yang berniat jahat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Apa yang menarik bagi saya ialah tentang komen Hakim VT Singham itu semasa pembacaan penghakiman beliau tentang isu Anwar VS Utusan ini. Yang Ariff VT Singham telah berkata semasa memulakan penghakiman beliau, “Judges aren’t party to the state…Judges are beholden to no man…” dan seterusnya beliau memberikan penghakimannya sampai selesai.

Dalam penghakimannya VT Singham telah mengarahkan Utusan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM45 ribu kepada DS Anwar dan ini merupakan kemenangan moral kepada pejuang-pejuang yang mahukan media massa memainkan serta melaksanakan profesyen mereka secara adil dan saksama serta beretika yang tinggi.

Kata-kata Hakim itu yang saya sebut di atas itulah yang saya hendak saya olah sedikit dalam posting ini. Apa yang dimaksudkan oleh VT Singham ialah Badan Kehakiman perlu bebas untuk keadilan yang sebenarnya. Badan Kehakiman merupakan badan yang sepatutnya bebas dari campur tangan Badan Legislatif mahu pun Badan Eksekutif negara.

Pengasingan kuasa ini sudah lama terkubur. Ia tercemar dan terkubur oleh Dr Mahathir Mohammad semasa beliau mengetuai Badan Eksekutif sehinggakan beliau bertindak ganas terhadap hakim-hakim Mahkamah Agung pada tahun 1998 dahulu.

Mahathir telah meruntuhkan sistem kehakiman kerana kepentingan beliau sendiri dan kata-kata VT Singham yang mengatakan secara terang yang ‘Judges are beholden to no man’ itu merupakan kata-kata yang sangat sedap hati orang seperti saya mendengarnya. Bagi Dr Mahathir tidak ada sistem yang baik kecuali sistem yang boleh diperkudakannya dan mempertahankan kepentingan peribadi beliau semata-mata. “Mahathir cares for no one. He is self serving, and appreciates no one but his own selfish self”. Itulah kata-kata yang selalu saya dengar semasa orang ramai berjuang untuk membetulkan isu kehakiman ini dahulu.

Hakim VT Singham juga mengingatkan supaya media massa tidak diperguna oleh pihak yang berkepentingan politik dan melaksanakan profesyen mereka secara benar dan jujur dan beretika.

Jika benih ini boleh disuburkan maka Badan Kehakiman akan dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadapnya dan ia akan lebih mudah untuk dicapai selepas perubahan yang bakal berlaku dalam pilihanraya yang akan datang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Projek IC: Pengakuan Tun serius, AG perlu tindak



Muhammad Faizal,21 Jan 2013
KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara (AG) berhubung pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan sepatutnya AG mengambil tindakan segera atas pengakuan tersebut termasuk menyiasat sama ada ianya dibuat mengikut undang-undang atau sebaliknya.

"Walaupun pengakuan telah dilakukan tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada sebarang tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap Maharhir.

"Adakah kerana negara ini di perintah oleh Barisan Nasional (BN) sehinggakan tiada tindakan boleh diambil," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah juga turut memberitahu segala apa yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat selama ini berhubung dengan pengundi yang meragukan atau pengundi hantu adalah berkemungkinan benar.

Katanya, pengakuan Mahathir itu juga mengesahkan apa didedahkan selama ini, bahawa wujud usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberi kad pengenalan untuk tujuan undi adalah benar.

"Saya tidak menolak kemungkinan di Selangor juga turut ada misi yang sama, untuk mereka menawan balik negeri ini pada PRU13 nanti," sambung beliau.

Selain mengakui beliau memberi kerakyatan kepada warga asing pada zaman pemerintahannya, Mahathir juga mendakwa tindakan serupa oleh Tunku Abdul Rahman adalah 'lebih teruk'.

Mahathir juga mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama itu.

Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan itu.

Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut  bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.

"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.

"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.

“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir  secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya.

Sekat masuk Felda: Anak fail saman pemula


KUALA LUMPUR:
 Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula memohon satu pengisytiharan bahawa tindakan Felda melarang sebarang ceramah politik diadakan di tanah rancangan adalah tidak sah.

Peguam Anak, Mohd Harris Abdullah berkata, tindakan menghalang itu bercanggah dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Fasal 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, undang-undang itu menyebutkan, ‘Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan’.

"Kita sebagai rakyat Malaysia berhak untuk bergerak bebas di mana-mana bahagian Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Difahamkan, tindakan melarang program Pakatan Rakyat di Felda adalah bersandarkan kepada Seksyen 34 Akta Group Settlement Area (GSA) yang kononnya memperuntukkan kuasa pengurus rancangan.

Di bawah Seksyen 34. 2 (b) menyebutkan: “that upon such declaration being made, the area shall vest in the development authority” iaitu bahawa apabila perisytiharan dibuat, kawasan itu hendaklah terletak hak pada pihak berkuasa pembangunan.

Namun Harris berkata, Felda hanyalah agensi yang menguruskan tanah yang tertakluk kepada kerajaan negeri.

"Jadi Felda tidak ada hak untuk menghalang mana-mana pihak untuk masuk ke Felda," tegasnya.

Justeru saman pemula itu akan difailkan Isnin depan di Mahkamah Tinggi Kuantan dengan menamakan Pengurus Pejabat Felda Jengka 12, Mohd Yazid Abdullah dan Penolong Pengurus Besar Komoditi wilayah Jengka yang mengeluarkan arahan sekatan itu.

Sementara itu, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, sekatan ke atas mereka untuk masuk ke Felda semakin melampau sejak Faizol ahmad mengambil alih jawatan Penagrah Besar Felda.

"Sekarang ini kita nak buat majlis di rumah ahli sendiri pun disekat. Tapi kalau program Umno boleh sahaja dibuat di Felda," katanya.

7 janji: Najib hina rakyat Kelantan


KOTA BHARU: 
Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.

Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Harakah dan Harakahdaily di pejabatnya petang ini.

Menurutnya, Kelantan sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Persekutuan menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.

“Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

“Tujuh projek mega yang dijanjikan juga sebagai pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh dengan RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion untuk lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum.

Sambungnya rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.

Beliau menambah hak pemberian royalti petroleum langsung tidak disebut dalam ucapannya untuk negeri ini, selain Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk dilengahkan pemberian royalty Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan.

Malangnya, menurut beliau lagi dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan, namun negeri itu telah mendapat hak masing-masing.

“Terengganu mendapat hak royalty Petroleum dan Pahang diumumkan untuk diberikan royalty sekalipun hasil minyak belum dikeluarkan,”ujarnya.

Husam yang juga Naib Presiden PAS seterusnya berkata, janji pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai amat memalukan kerana dalam RMK-9 telah disebut dan kemudiannya dibatalkan.

Janji-janji tersebut sebenarnya telah diciplak dari Kelantan khususnya pembangunan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium yang telah dijadikan projek Kerajaan Negeri.

Katanya, Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan untuk kebaikan penduduk Kelantan dan bukan hanya menyebut tujuh projek ulangan yang berskala kecil.

Sambungnya, kerajaan Pusat seharusnya memberi tumpuan pada pembinaan Benteng Sungai Golok untuk mengelak banjir yang sering berlaku di kawasan berdekatan ekoran limpahan Sungai Golok.

Selain itu, katanya pemberian status Lapangan Terbang Antarabangsa kepada Kelantan misalnya boleh menjadi katalis kepada pemacuan ekonomi Kelantan.

Bagaimanapun, menurutnya hak pemberian status ini sehingga ke hari ini tidak diberikan.

Beliau bagaimanapun yakin, rakyat Kelantan  matang dan tidak mudah termakan  janji-janji politik sebegitu.

Bom kereta ragut 30 nyawa di Damsyik

DAMSYIK: Sebuah kereta meletup di tengah-tengah Syria membunuh sekurang-kurangnya 30 orang hari ini, kata pemerhati.

Pemerhati berkata, insiden letupan semakin berleluasa di Damsyik apabila Liga Arab melihat usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan konflik menemui jalan buntu.
PBB berkata, badan itu akan menjalankan misi kemanusiaan di negara dilanda perang, dengan misi utama ke Syria berikutan rakyat negara itu ketandusan bantuan perubatan.

Sementara itu, Moscow, penyokong terakhir Presiden Bashar al-Assad, mengumumkan bahawa akan menghantar dua pesawat ke Lubnan bagi memindahkan leboh 100 rakyat Russia keluar dari Syria.

Mesir tentang campur tangan tentera Perancis di Mali

RIYADH: Presiden Mesir, Mohammed Morsi berkata beliau menentang tindakan campur tangan tentera Perancis di Mali dan menyifatkan ia membawa kepada satu 'tompok konflik' baru di rantau utara Arab dan Afrika.

Berucap dalam satu sidang Kemuncak Arab hari ini, Morsi juga mengisytiharkan sokongannya kepada Algeria yang pantas menangani konflik tebusan selepas kumpulan bersenjata menyerbu kompleks pengeluaran gas, minggu lalu.
Setakat ini 38 tebusan dan 29 kumpulan bersenjata terbabit terbunuh dalam konflik empat hari itu.

Masked Brigade, satu kumpulan yang menjadi perancang utama dalam serangan di Algeria itu memberi amaran lebih banyak serangan sama akan dilakukan ke atas negara yang menyokong pembabitan Perancis di Mali. - AP

Bangunan Kementerian Penerangan Eritrea dikepung

ADDIS ABABA, Habsyah 22 Jan. - Tentera Eritrea yang berpaling tadah bertindak mengepung bangunan Kementerian Penerangan Eritrea di ibu negara, Asmara semalam, menurut sumber perisikan.
“Tentera yang berpaling tadah memaksa pengarah stesen televisyen rasmi negara mendesak kerajaan Eritrea membebaskan kesemua tahanan politik dan menyiarkan ucapan tersebut," kata sumber itu tanpa mendedahkan identitinya.
Bagaimanapun, tiada tembakan dilepaskan dan seluruh bandar itu masih berada dalam keadaan tenang.
Tahun lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 5,000 hingga 10,000 tahanan politik ditahan di negara yang digelar ‘Tanduk Afrika’ itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_10/Bangunan-Kementerian-Penerangan-Eritrea-dikepung#ixzz2IeuJoRxJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Algeria sahkan mangsa korban tebusan rakyat asing 37 orang


ALGIERS: Tiga puluh tujuh warga asing dari lapan negara, termasuk rakyat Algeria, terbunuh selepas menjadi tebusan dalam serangan terancang di Kompleks Carigali Minyak dan Gas Amenas, timur Algeria, dengan sebahagian daripada mereka dibunuh dengan kejam.

Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal, berkata lima rakyat asing masih hilang dan beberapa tebusan yang ditawan ditembak di kepala dalam krisis empat hari yang berakhir dengan lautan darah Sabtu lalu.
Perdana Menteri mengeluarkan angka rasmi selepas Algeria memberi amaran kepada negara yang terbabit untuk mengenalpasti rakyat mereka yang bekerja di negara berkenaan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa angka korban dalam serangan terburuk dalam tempoh sedekad itu mungkin meningkat kepada 50.

"Tiga puluh tujuh rakyat asing dari lapan negara yang berbeza terbunuh semasa menjadi tebusan,” kata Sellal kepada pemberita, dengan menambah seorang warga tempatan turut terbunuh menjadikan jumlah keseluruhan kepada 38.

Antara warganegara yang menjadi korban adalah Jepun, Filipina, Britain, Romania dan Perancis. Amerika Syarikat juga mengesahkan tiga rakyatnya antara yang maut. - AFP

25 mayat warga asing dijadikan tebusan ditemui

ALGIERS 21 Jan. - Pasukan keselamatan Algeria menemui 25 mayat warga asing yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan Islam di kompleks pemprosesan gas In Amenas, timur Algeria semalam.
Pengarah saluran televisyen swasta, Anis Rahmani yang memetik sumber pasukan keselamatan sebagai berkata, kesemua mayat itu ditemui ketika pasukan tentera mengepung kompleks gas tersebut.
Bagaimanapun, jumlah sebenar kematian masih belum disahkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130121/lu_08/25-mayat-warga-asing-dijadikan-tebusan-ditemui#ixzz2Ieu3xZps
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pasukan tentera Israel surai kumpulan tunjuk perasaan Palestin

BEIT IKSA, Wilayah Palestin 21 Jan. - Pasukan tentera Israel mengarahkan kumpulan penunjuk perasaan Palestin supaya meninggalkan lokasi demonstrasi yang didirikan dengan empat khemah dan sebuah struktur masjid di Tebing Barat, semalam.
Menurut jurucakap ketenteraan Israel, tiga daripada empat khemah dan struktur masjid itu didirikan di atas kawasan tanah yang dimiliki orang Yahudi, manakala khemah keempat pula diletakkan di laluan yang dirancang sebagai garisan pemisah kawasan antara kedua-dua negara itu.
Kumpulan aktivis Palestin mula berkumpul di tapak demonstrasi tersebut sejak Jumaat lalu bagi membantah hasrat Israel yang ingin merampas tanah penduduk kampung untuk tujuan penempatan haram Yahudi.
Israel, baru-baru ini mengumumkan akan merampas lebih 50 hektar tanah penduduk kampung berkenaan yang terletak di barat laut bandar Baitulmaqdis.
Kumpulan aktivis menamakan peluasan perkampungan itu sebagai Bab al-Karama atau 'Pintu Maruah'.
Kira-kira 100 penduduk kampung berserta kumpulan aktivis berada di tapak demonstrasi itu ketika tentera Israel mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai peluasan tanah tersebut.
Bab al-Karama didirikan selepas sebuah lagi tapak perkhemahan yang didirikan di pinggir Baitulmadqis disita oleh tentera Israel pada minggu lalu.
Seorang daripada penganjur demonstrasi tersebut, Saeed Yaqin berkata, perkara pertama yang dilakukan mereka selepas mendapat notis tersebut adalah mengoyakkan dan membaling kertas itu ke arah muka tentera Israel.
"Tanah di kawasan ini masih dijajah dan undang-undang antarabangsa turut melarang kawasan ini 'disentuh' oleh mana-mana pihak," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_09/Pasukan-tentera-Israel-surai-kumpulan-tunjuk-perasaan-Palestin#ixzz2IetsFmCY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu Pejabat Polis diserang, 3 anggota polis maut



KABUL 21 Jan. - Sekurang-kurangnya tiga anggota polis dan tiga pengebom berani mati terbunuh dalam serangan berterusan selama enam jam di sebuah ibu pejabat polis di sini, semalam.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jeneral Abdul Rahman, empat anggota polis lain, dua anggota pasukan khas dan enam orang awam cedera dalam serangan tersebut manakala dua daripada lima penyerang masih berkurung di bangunan tersebut.
Keganasan di seluruh negara telah meningkat sejak tahun lepas, keadaan itu mencetuskan kebimbangan terhadap 350,000 pasukan keselamatan Afghanistan yang akan menguruskan keselamatan negara selepas tentera asing beredar menjelang 2014.
Empat anggota polis dan tujuh orang awam tercedera dalam serangan tersebut yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi apabila dua pengebom berani mati meletupkan bahan letupan, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi.
Sekurang-kurangnya dua pengebom berani mati yang bersenjata senapang automatik menyerbu bangunan tersebut yang terletak di antara dua hab polis yang tidak jauh dari bangunan Parlimen.
"Serangan bermula awal tahun ini dan keadaan ini menunjukkan situasi teruk akan berlaku di sini," kata seorang saksi yang enggan memberitahu namanya.
Minggu lalu, enam pengebom berani mati menyerang Lembaga Kebangsaan bagi Keselamatan Afghanistan (NDS) menyebabkan dua pengawal keselamatan terbunuh. Serangan tersebut berlaku ekoran kegagalan percubaan membunuh ketua NDS, Asadullah Khalid. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_06/Ibu-Pejabat-Polis-diserang-3-anggota-polis-maut#ixzz2IetjugFp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kisah mangsa yang terselamat

Joseph Balmaceda (tengah), terpaksa
dipapah ketika menunggu kenderaan
selepas mengadakan sidang media di
Manila, Filipina, semalam. - AGENSI
MANILA 21 Jan. - Seorang warga Filipina yang berjaya diselamatkan dalam krisis tebusan kompleks pemprosesan gas Algeria hari ini menyatakan anggota militan menggunakan mereka sebagai pelindung manusia bagi menghentikan serangan helikopter tentera.
Joseph Balmaceda, 42, yang mempunyai empat orang anak berkata, dia melihat seorang warga Jepun dililit dengan bahan letupan manakala dia dan tebusan lain diikat dengan kabel dalam krisis tebusan di kompleks di In Amenas tersebut.
''Setiap kali tentera Algeria cuba menggunakan helikopter untuk menembak musuh, kami akan digunakan sebagai pelindung manusia.
''Kami diarah mengangkat tangan. Tentera tidak boleh menembak mereka selagi kami dijadikan tebusan,'' katanya kepada wartawan selepas tiba di Manila.
Balmaceda yang luka di muka dan mengalami hilang pendengaran seketika berkata, hanya dia terselamat daripada sembilan tebusan yang dibom di dalam sebuah van oleh kumpulan militan.
''Dua anggota militan sedang memindahkan sembilan tebusan ke pusat kompleks tersebut tetapi bom itu meletup ketika pertempuran dengan tentera Algeria,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_02/Kisah-mangsa-yang-terselamat#ixzz2IetUfYdX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera AS rendah akhlak

WASHINGTON 21 Jan. - Sekurang-kurangnya 30 peratus komander tentera Amerika Syarikat (AS) dipecat dalam tempoh lapan tahun lalu kerana kesalahan berhubung perbuatan seksual termasuk penderaan dan hubungan sulit.
Data itu menunjukkan peningkatan kebimbangan Jabatan Pertahanan AS dan ketua tentera berhubung penurunan nilai etika di dalam pasukan tentera AS.
Jumlah tersebut juga mengutarakan masalah yang semakin merebak selepas peletakan jawatan seorang jeneral tentera terkemuka, David Petraeus dan siasatan ke atas jeneral, John Allen yang merupakan komander AS di Afghanistan.
Statistik dalam kalangan empat sayap tentera menunjukkan hubungan luar nikah merupakan kelemahan utama.
Melihat kepada semua kesalahan termasuk penderaan seksual, pornografi, dadah, alkohol dan kesalahan etika, lebih daripada empat orang daripada 10 orang komander melibatkan pegawai berpangkat leftenan kolonel ke atas dipecat sejak 2005.
Kejadian terbaharu melibatkan pemecatan Brigadier Jeneral Jeffrey Sinclair sebagai komander di Afghanistan pada Mei lalu dan kini didakwa di mahkamah tentera di atas dakwaan sodomi, berzina dan pornografi.
Pendakwaan dan perbicaraan pegawai tentera tersebut diberikan liputan media secara menyeluruh.
Kes tersebut membawa kepada satu penilaian ke atas latihan melibatkan etika di dalam pasukan keselamatan tersebut.
Kejadian terbaharu itu juga menyebabkan Pengerusi Ketua-ketua Turus tentera, Jeneral Martin Dempsey menyimpulkan latihan etika yang disediakan mencukupi, namun latihan itu perlu dimulakan lebih awal dan diulangi dengan lebih kerap. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_04/Tentera-AS-rendah-akhlak#ixzz2IetJHjqf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 rakyat Malaysia masih hilang



Pasukan penyelamat mengusung keranda berisi mayat mangsa yang terbunuh dalam krisis tebusan Kompleks Minyak dan Gas, ke hospital di In Amenas, Algeria, semalam. - REUTERS
ALGIERS 21 Jan. - Perdana Menteri Algeria, Abdelmalek Sellal berkata, sebanyak 37 tebusan asing maut dalam tragedi drama tebusan di Kompleks Minyak dan Gas di In Amenas, timur Algeria dengan beberapa lagi masih hilang termasuklah dua rakyat Malaysia.
Beliau pada sidang akhbarnya di sini hari ini berkata, seramai 29 militan terbunuh dan tiga orang lagi ditangkap hidup-hidup ketika serbuan tentera dilakukan Sabtu lalu.
''Sebanyak 37 tebusan asing dari lapan negara terbunuh ketika tentera kerajaan menggempur kompleks tersebut,'' kata beliau tanpa memperincikan rakyat dari negara mana.
Dalam laporan awal, seorang pegawai keselamatan memberitahu 81 orang maut ketika tentera mencari mayat mangsa di lokasi kejadian.
Pegawai yang enggan dikenali berkata, kebanyakan mayat itu berada dalam keadaan tidak sempurna menyebabkan sukar untuk dikenal pasti sama ada mereka adalah tebusan atau anggota kumpulan militan.
''Mayat ini sukar untuk dikenal pasti. Mereka mungkin mayat tebusan warga asing atau rakyat Algeria atau pengganas,'' katanya.
Pihak berkuasa Algeria sebelum ini berkata, sekurang-kurangnya 32 anggota militan dan 23 tebusan terbunuh selepas tentera menyerang dan menguasai kompleks tersebut kelmarin.
Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, tiga rakyatnya maut dalam kejadian itu dan tiga orang lagi turut dikhuatiri terbunuh.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez pula berkata, enam rakyat negara itu merupakan antara tebusan yang terbunuh.
''Sebanyak 16 rakyat Filipina telah ditemukan namun empat orang lagi masih hilang,'' katanya.
Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) dan beberapa pekerja warga Perancis juga merupakan antara tebusan asing yang maut dalam kejadian itu.
Mayat-mayat mangsa mula dibawa keluar hari ini dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Hampir berpuluh-puluh warga asing dipercayai masih hilang. - REUTERS/AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_01/2-rakyat-Malaysia-masih-hilang#ixzz2Iet91rBM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Russia mula keluarkan warganya dari Syria



MOSCOW: Russia akan menghantar dua pesawat ke Lebanon dalam misi mengeluarkan warga negaranya yang terkandas dalam perang saudara di Syria.

Misi membawa keluar rakyat Russia itu dibuat selepas Moscow semakin bimbang mengenai masa depan Presiden Bashar Assad yang gagal meneruskan pemerintahannya.
Kementerian Kecemasan Russia berkata, dua pesawat dijadual berlepas ke Beirut hari ini untuk membawa keluar lebih 100 rakyat negara itu dari Syria.

Russia menjadi sekutu utama Assad ketika tercetusnya konflik di negara Arab itu pada Mac 2011 apabila Russia menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengekang tindakan sekatan antarabangsa. - AP

Tentera Mali dan Perancis kembali tawan tengah Mali



DIABALY, Mali 22 Jan. - Tentera Mali dan Perancis mengawal seluruh bandar Diabaly dan Douentza di tengah Mali semalam, selepas militan yang sebelum ini menawan bandar itu bertindak menyembunyikan diri di dalam semak berhampiran bagi mengelak serangan udara yang dilancarkan.
Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, strategi tersebut berkesan dalam usaha menentang kumpulan militan, yang menawan beberapa bahagian negara ini selama 10 bulan, yang membangkitkan kebimbangan berhubung konflik yang lebih meruncing di rantau ini.
“Serangan tentera Mali terhadap dua bandar yang ditawan musuh merupakan satu kejayaan kepada kerajaan Mali atas bantuan tentera Perancis," katanya dalam satu kenyataan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130122/lu_12/Tentera-Mali-dan-Perancis-kembali-tawan-tengah-Mali#ixzz2IerpoEIn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sepatutnya dia dihantar keTanjung Rambutan


'Saya tidak minta maaf jika tak buat kesalahan'
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Januari 2013
Syarifah Zohra: 'Saya akan jelaskan'
Sharifah Zohra Jabeen akan menjawab kritikan berkenaan 'listen, listen, listen' dalam waktu terdekat. - Foto ihsan
SHAH ALAM - Di sebalik desakan beberapa pihak agar memohon maaf bukannya memaafkan orang lain, Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau tidak akan meminta jika tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pada masa yang sama kata Sharifah Zohr, beliau juga tidak akan menarik balik pandangan atau kenyataan jika bercakap benar.

"Saya tidak meminta maaf apabila saya tidak melakukan kesalahan, dan apabila saya bercakap benar, saya tidak menarik balik," kata Sharifah Zohra dalam mesej Twitter, beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan bertulis berhubung kontroversi melibatkan beliau dan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani.

Dalam kenyataan terbuka semalam, yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.

“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau telah menerima reaksi bercampur aduk.

Setakat jam 11.30 pagi tadi, portal Sinar Harian Online telah menerima

Anwar menang kes saman fitnah Utusan



Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 jutake atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.
Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media. Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti."
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.
Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.
Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa surat khabar terbitan Utusan Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
VT Singham dalam penghakimannya berkata, perkataan dalam artikel tersebut adalah fitnah dan boleh menjatuhkan reputasi dan kedudukan politik Anwar dengan mengatakan dia tidak akan membuat seorang pemimpin yang sesuai Kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, defendan telah gagal untuk membuktikan justifikasi, dan tidak ada bukti mereka tidak berniat memfitnah plaintif.
“Apa yang sepatutnya dilakukan defendan adalah untuk menerbitkan ralat atau membuat penjelasan mengenai artikel tersebut atau menyiarkan keseluruhan kenyataan plaintif selepas menerima notis undang-undang daripada pihak plaintif.
“Malangnya, defendan memilih untuk mengabaikan notis  dan peluang keemasan yang diberikan plaintif yang antara lain menuntut permohonan maaf daripada defendan.
"Jika tidak didorong niat jahat, mereka sepatutnya menjawab notis berkenaan untuk menjelaskan artikel tersebut yang mana stigma tersebut hanya boleh dipadamkan menerusi campur tangan badan kehakiman,” katanya.
Hakim berkata, sekiranya penjelasan diberikan kepada plaintif, dan tidak menyatakan apa yang didakwa kepada plaintif, mahkamah boleh mengambil kira penjelasan tersebut, dalam menentukan tuntutan plaintif.
Sementara itu, hakim turut menegur bahwa defendea tidak bertindak secara profesional, serta tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab apabila tidak meminda artikel tersebut.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Anwar berkata, keputusan yang dibuat mahkamah membuktikan ada fitnah jahat dilakukan terus-menerus oleh akhbar berkenaan ke atas dirinya.
“ Mahkamah mempertahankan kebebasan media dalam menulis berita, bagaimanapun bukan kebebasan untuk membuat fitnah.” katanya.

Saman fitnah Anwar: Nalla gagal rayuan



PUTRAJAYA - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan
Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.

Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.

Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.

Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.

Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.

Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".

Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.

Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili R.Sivarasa. - Bernama

Bonus tinggi lahir anak



Singapura: Ibu bapa yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat hadiah lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.

Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).


Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.

Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).


Ini bagi membantu perbelanjaan penjagaan kesihatan anak dan akan dibayar sebanyak dua kali pembayaran.


Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan. - Straits Times