Tuesday, December 21, 2010
Lima beranak hidup melarat
POKOK MANGGA - Kemiskinan menyebabkan seorang ibu tunggal bersama empat anaknya di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang, di sini terpaksa ‘ikat perut’ setiap hari.
Tindakan itu menyebabkan lima beranak itu sering mengalami sakit perut disebabkan terpaksa berlapar.
Ibu tunggal berkenaan, Aisah Saadun, 45, berkata kehidupan mereka sekeluarga susah selepas arwah suaminya, Kahar Jamaah, meninggal dunia kira-kira 16 tahun lalu.
Menurutnya, dia dan empat anaknya yang kini berusia 18 hingga 24 tahun terpaksa menumpang di rumah jiran sebelum menyewa rumah yang didudukinya kini.
“Pernah dalam tempoh dua atau tiga hari, kami anak beranak tidak menjamah walau seulas nasi pun dan terpaksa menagih sedikit makanan di gerai berdekatan, atau dibantu jiran tetangga yang bersimpati.
“Sewa rumah sebanyak RM150 sebulan juga sudah tertunggak sehingga mencecah tiga bulan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, dekat sini semalam.
Aisah berkata, dia bernasib baik kerana pemilik rumah sewa berkenaan, Said Aim, 80, memahami masalah mereka dan tidak pernah mendesak membayar tunggakan.
Malah, katanya, Said sering memberi makanan untuknya, selain meminjamkan sedikit wang jika dia memerlukan.
Menurutnya, untuk mengurangkan bebanan keluarga, dia terpaksa bekerja di kebun sayur milik seorang Tionghua di Klebang.
Aishah yang berasal dari Pulau Rupat, Sumatera, Indonesia dan berstatus penduduk tetap (PR) di negara ini berkata, salah seorang anak perempuannya sudah berkahwin.
Manakala, katanya, tiga daripada mereka masih belum mendirikan rumahtangga dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Semua anak saya warganegara Malaysia, tetapi mereka tidak pernah bersekolah akibat kemiskinan hidup.
“Dua anak lelaki yang masih bujang berusia 18 dan 24 tahun pula melakukan pekerjaan sampingan sekadar mengisi perut mereka sendiri sahaja dan itu pun kalau ada kerja,” katanya.
Sementara itu, Said berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan menyebabkan dia tidak sampai hati meminta tunggakan sewa.
“Keluarga ini miskin dan saya pun tak tergamak memaksa dia bayar sewa rumah. Kalau dia pinjam duit saya pun, saya tak sampai hati minta balik kerana tahu kesusahan mereka,” katanya.
Rumah rosak, ramai tanggungan
KOTA BHARU - Hidup dalam kemiskinan dan mempunyai ramai tanggungan yang masih kecil, seorang tukang paip bimbang memikirkan kos perbelanjaan untuk menyediakan kelengkapan sekolah anaknya. Tukang paip berkenaan, Mohd Norzi Mat Nor, 38, berkata, memandangkan kerjanya tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada permintaan pelanggan, beliau kini berusaha menyimpan wang untuk anaknya. “Dengan kerja memasang paip di rumah orang, saya menyimpan wang sedikit demi sedikit, tetapi sekarang ini, akibat musim hujan, saya perlu menyediakan kelengkapan di rumah termasuk membeli bekas plastik untuk menadah air hujan atas rumah. “Ini disebabkan bumbung pada rumah banyak yang sudah bocor menyebabkan air hujan melimpah ke ruang rumah. "Manakala lantai juga hampir runtuh, jadi saya kena sediakan mana yang perlu dahulu,” katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Kampung Kenali, di sini, semalam. Mohd Norzi berkata, kesemua anaknya (empat orang) masih bersekolah di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 dan seorang di Tabika pada tahun hadapan. Menurutnya, dengan memperoleh pendapatan RM400 sebulan secara tidak menentu, beliau dan isteri, Hasmawati Ahmad, 28, yang bekerja di kilang biskut di Pengkalan Chepa risau memikirkan keadaan mereka tambahan sesi persekolahan yang akan bermula beberapa hari lagi. “Setakat ini, baju sekolah, beg sekolah, kasut dan alat tulis sekolah belum dibeli. Peralatan sedia ada saya minta anak-anak simpan dan guna dengan elok, Cuma saya risau mengenai baju sekolah dan kasut yang sangat diperlukan,” katanya. Menurutnya, keadaan rumah penting bagi membolehkan anak-anak mereka dapat tidur dan menjalankan aktiviti seharian mereka, namun kelengkapan sekolah pula penting bagi memulakan persekolahan. Mereka yang ingin membantu dan memberi sumbangan kepada keluarga berkenaan boleh menghubungi Mohd Norzi pada talian 017-9895055 atau berkunjung ke kediaman mereka di Kampung Kenali, Kubang Kerian, di sini. |
Limau nipis ubat santau
KUALA LUMPUR: Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau ‘angin’ yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali (gambar) berkata, selain digunakan untuk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan sama ada seseorang itu sudah terkena racun santau atau tidak.
“Apabila orang yang terkena santau angin memakan limau atau nanas bersama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan, malah, pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam,” katanya.
Menurut Suhaimi, santau angin yang turut dipanggil ‘tuju’ itu dihantar dari jauh oleh individu tertentu dengan niat mengkhianati seseorang atau memenuhi syarat pemilikan santau.
“Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tidak ‘memakan’ diri sendiri atau keluarga terdekat mereka,” katanya.
Katanya, santau angin boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dalam makanan atau minuman orang yang ingin disantau dengan meletakkan serbuk santau itu pada hujung kuku dan ditabur dengan cara merenjis.
Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yang dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus atau jin. Ia dilakukan dari jauh tanpa pengetahuan mereka yang ditujukan santau berkenaan.
Semalam, Harian Metro melaporkan lima anggota polis yang menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.
Mengulas kejadian itu, Suhaimi berkata, ada beberapa panduan boleh digunakan orang ramai untuk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makan atau sesebuah restoran.
“Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.
“Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau,” katanya.
Beliau berkata, antara tanda-tanda awal seseorang itu terkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk berpanjangan.

'Jodoh saya masih ada'
BAHAGIA...pasangan pengantin warga emas, Md Yusof dan Khotijah bersama anak serta cucu mereka. |
BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.
Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
“Gurauan rakan-rakan kerana saya menduda lama menyebabkan saya terbuka hati berkahwin lain walaupun sudah dimamah usia tetapi gembira kerana anak-anak serta cucu tidak menghalang.
“Semua anak tidak menghalang, malah mereka semua bersetuju saya berkahwin lain dan menerima ibu baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pernikahannya di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, kelmarin.
Majlis itu meriah apabila pasangan pengantin warga emas itu turut diiringi lebih 100 motosikal selain dihadiri lebih 600 tetamu termasuk keluarga mempelai.
Anak sulungnya, Norhayati, 40, berkata, sebelum ini, bapanya tidak pernah berhasrat berkahwin lain walaupun sudah menduda sejak lima tahun lalu.
“Bagaimanapun sebulan lalu dia ada menceritakan keinginan berkahwin lain kerana sunyi dan memikirkan masa depan jika dia sakit.
“Saya berbincang dengan adik-beradik lain apa diluahkan bapa tempoh hari menyebabkan kami semua bersetuju dan tidak menghalang keinginannya,” katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga menganggap perkahwinan itu jodoh yang sudah ditentukan Allah dan menerima ibu baru serta anak-anaknya yang lain sebagai satu keluarga dan berdoa semoga kekal sepanjang hayat.
“Kami bukan setakat menerima ibu baru tetapi juga adik-beradik baru menjadikan kami sebagai satu keluarga besar,” katanya.
Sementara itu, Khotijah berkata, dia menganggap perkahwinan itu sebagai ibadat dan berjanji menjadi isteri yang baik kepada suaminya.
“Saya akan menyayangi mereka sebagai satu keluarga besar,” katanya.
Dia yang menjanda selama dua tahun selepas arwah suaminya, Shaari Abd Wahab, meninggal dunia kerana sakit tua.
Katanya, sejak kematian suami, dia yang bertungkus-lumus mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh untuk menyara keluarga.
hmetro
'Gadai nyawa'
Oleh Johary Indan
bhnews@bharian.com.my
2010/12/21
PENDUDUK Kampung Sungai Damit terpaksa menggunakan jambatan gantung yang sudah usang dan berbahaya.
TAMPARULI: Lebih 100 penduduk Kampung Sungai Damit, dekat sini terpaksa menggadaikan nyawa setiap kali menggunakan jambatan gantung yang sudah usang dan berbahaya untuk ke Klinik Desa Bundung, di sini sejak tiga tahun lalu.Lebih membimbangkan, jambatan berkenaan turut digunakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Damit dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Damit serta pekerja tapak semaian getah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), di Kampung Bundung.Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Damit, Ramlee Mat, berkata penduduk tiada pilihan lain, selain terpaksa menggunakan kemudahan berusia 60 tahun itu sebagai laluan untuk ke klinik berkenaan.
"Jika kami ingin ke Klinik Kesihatan Tamparuli atau Hospital Tuaran, kami terpaksa menggunakan kenderaan dengan jarak perjalanan 25 kilometer (km).
"Berbanding jika kami ke Klinik Desa Bundung, kami hanya perlu berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.
Sebahagian besar struktur utama seperti lantai jambatan dibina pada tahun 1950-an itu sudah reput dan patah, menyebabkan ia mengancam keselamatan penduduk.
Ramlee berkata, bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin, JKKK kampung itu sudah beberapa kali mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya jambatan berkenaan dibaiki atau diganti.
Bagaimanapun, katanya, usaha berkenaan masih belum berhasil berikutan tiada sesiapa pun dari pihak terbabit meninjau keadaan jambatan berkenaan.
"Seorang murid pernah terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan ini sewaktu pulang dari sekolah baru-baru ini. Bagaimanapun, dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
"Kami tidak mahu kejadian ini berulang lagi. Kami tidak mahu ada penduduk maut akibat lemas," katanya.
Beliau berkata, sebelum ini ada tiga jambatan gantung menyeberangi Sungai Damit tetapi dua daripadanya sudah dihanyutkan arus deras ketika banjir besar lebih 10 tahun lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)