Tuesday, July 21, 2015

Henti Perhimpunan Di Kuching - KPN


Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 6:57 PM
Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Penganjur kepada perhimpunan #722 Sarawak Freedom And Independent Walk yang dijadual diadakan di Kuching pada Rabu dinasihat supaya menghentikannya atas faktor keselamatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis menerima maklumat bahawa terdapat pihak yang merancang untuk menggunakan perhimpunan itu sebagai platform untuk menghasut dan membangkitkan sentimen rakyat Sarawak agar keluar daripada Malaysia.
"Tindakan menghasut ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan anggota jawatankuasanya demi menjaga kesehjahteraan rakyat dan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan.