Showing posts with label indon. Show all posts
Showing posts with label indon. Show all posts

Monday, October 4, 2010

Jangan melatah tindakan Bendera





KUALA KRAU 3 Okt. - Golongan muda di negeri ini diminta supaya tidak melatah dengan tindakan anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang melakukan provokasi melampau berkaitan isu maritim dan penderaan pembantu rumah republik itu baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimmi Samat berkata, tindakan membalas semula tunjuk perasaan dan provokasi itu bukan jalan penyelesaian malah akan mengeruhkan lagi hubungan antara dua negara yang telah lama terjalin.
Katanya, pertubuhan itu hanya disertai oleh kumpulan individu yang berfikiran tidak waras dan cuba mengeruhkan hubungan baik kedua-dua negara.
''Tindakan tersebut juga dikutuk dan dibenci oleh rakyat negara itu sendiri, malah mereka yang bekerja di sini mengutuk dan kesal dengan tindakan seumpama itu.
'' Kita jangan pula mencontohi budaya tunjuk perasaan itu kerana negara kita mengamalkan demokrasi serta rakyatnya berfikiran matang dan bertamadun," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Pemuda UMNO Pahang di Rumpun Makmur Kuala Krau hari ini.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau, Radzuan Zaaba.
Abu Jimmi berkata, hanya mereka yang kurang waras dan kurang memahami sejarah serta hilang pertimbangan sanggup melakukan perkara yang tidak membawa sebarang faedah kepada kedua-dua negara.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis menyeru mereka yang berusia 21 ke atas supaya mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
''Pemuda UMNO akan menjalankan pendaftaran pemilih di seluruh negeri dalam tempoh terdekat ini bagi mendaftarkan seberapa ramai mereka yang layak untuk mengundi,'' katanya.
Beliau meminta semua bahagian dan cawangan Pemuda UMNO di negeri ini proaktif mendaftarkan belia-belia terbabit dengan segera dan secara bersepadu.

Thursday, September 23, 2010

Ancam halau duta


SEORANG pelampau Indonesia memegang sepanduk dengan imej watak kartun popular Malaysia Upin dan Ipin dengan perkataan ‘Maaf!!! Perjalanan Anda Terganggu. Ada Sweeping Warga Malaysia’ di hadapan kediaman rasmi Duta Malaysia di Jakarta, Indonesia, semalam. – AFP


JAKARTA 22 Sept. – Kira-kira 500 rakyat Indonesia melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta hari ini untuk mengutuk penderaan ke atas pembantu rumah dari negara ini oleh majikan di Malaysia.
Berang dengan kes terbaru membabitkan rogol dan dera terhadap seorang pembantu rumah Indonesia, mereka mengepung kediaman Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan mendesak beliau meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari.
Mereka juga mengancam untuk merayau-rayau di sebuah gedung membeli-belah berdekatan dan mengarahkan mana-mana rakyat Malaysia yang dijumpai supaya pulang ke Malaysia.
“Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Jika tidak, kami akan mengeluarkan semua barang di rumahnya.
“Malaysia sudah melampau. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pembantu rumah kami. Kami sudah hilang sabar. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya,” kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.
Penunjuk perasaan melaungkan ‘rakyat Malaysia kurang ajar’, menyanyikan lagu kebangsaan dan membawa sepanduk dengan mesej ‘Ganyang Malaysia’.
Tambah Mustar, anggota Bendera akan menghalang rakyat Malaysia yang berbelanja di pusat beli-belah Senayan City agar tidak berada di Indonesia dan keluar dengan segera.

Wednesday, September 22, 2010

Protes isu penderaan: Demonstrasi anti-Malaysia kembali



22/09/2010 7:52pm

JAKARTA 22 Sept. – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang diseksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia.
Dalam cuaca hujan yang lebat dan renyai hari ini, demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 penunjuk perasaan dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).
Dua lagi kumpulan yang turut serta ialah Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Prodemokrasi.
Sambil membawa bendera Indonesia serta bendera kumpulan masing-masing serta sepanduk “Ganyang Malaysia”, mereka membunyikan hon motosikal dan meneriak “Ganyang Malaysia” di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan dan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan.
Kedua-dua tempat itu dikawal ketat oleh pasukan polis Indonesia.
Demonstrasi dimulai pukul 1.30 petang di hadapan Kediaman Duta Besar Malaysia dan pukul 2 petang di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan berlangsung selama 10 minit di kedua-dua tempat itu. – Bernama

Friday, September 10, 2010

Indonesia yakin tak rugi Malaysia tarik pelaburan



JAKARTA 9 Sept. - Indonesia tidak akan mengalami kerugian jika Malaysia menarik balik semua pelaburan mereka di negara ini, kata seorang ahli Parlimen republik itu, semalam.
Anggota Jawatankuasa VI Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dari Parti Amanat National (PAN), Nasril Bahar berkata, Malaysia sebaliknya yang akan mengalami kerugian kerana pelaburan Indonesia di negara itu tidaklah sebesar berbanding pelaburan negara itu di sini.
Menurutnya, krisis yang berlaku antara kedua-dua negara ini secara langsung akan menganggu perjalanan perusahaan Malaysia di Indonesia.
"Dalam jangka pendek, pelaburan negara itu di sini pasti terganggu tetapi kita tidak perlu takut jika Malaysia menghentikan pelaburan mereka di negara ini," kata Nasril kepada akhbar Seputar Indonesia.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan akan ada perusahaan Malaysia yang dihentikan di Indonesia jika krisis politik itu tidak dapat diselesaikan.
Namun tegasnya, perselisihan antara kedua-dua negara perlu diselesaikan dengan mengutamakan kehormatan kemanusiaan dan toleransi.
"Begitu juga di sektor industri, pelaburan Malaysia di negara ini harus menguntungkan kedua-dua pihak dan berpandukan asas toleransi bernegara," tambah Nasril.
Wakil Ketua Jawatankuasa VI DPR dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Aria Bima bersependapat dengan Nasril bahawa kerajaan dan pelabur Malaysia perlu berkelakuan baik dan jangan melukai hati rakyat Indonesia.
Menurut Aria, di sektor perniagaan, ia haruslah saling menguntungkan kedua pihak, bukan mematikan.
Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Gadjah Mada, Sri Adiningsih berkata, dalam tempoh tiga tahun terakhir, Malaysia banyak membuat pelaburan di Indonesia terutamanya dalam sektor minyak sawit, perbankan dan automotif.
"Mereka mengaut keuntungan dari negara ini, oleh sebab itu mereka perlu bertoleransi dan turut serta membangunkan Indonesia," ujarnya.
Ketua Subdirektorat Piawaian dan Teknologi Kementerian Perindustrian, Hasbi Assiddiq pula menganggap mana-mana negara yang memutuskan hubungan perniagaan dengan Indonesia akan rugi kerana negara ini memiliki sumber tenaga kerja dan pasaran yang besar.
"Malaysia jangan sombong, hanya negara bodoh yang akan memutuskan hubungan perniagaan dengan Indonesia," tegasnya. - Agensi

Wednesday, September 8, 2010

Malaysian Insider, BENDERA didakwa ada hubungan





2010/09/08

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis terhadap Malaysian Insider dan mengemukakan bukti yang mengaitkan portal berita itu dengan Kumpulan Bendera Demokrasi Rakyat (BENDERA), Indonesia. 

JMM yang diketuai Yang Dipertuanya, Azwanddin Hamzah; Setiausaha Agung Tengku Amalluddin Sani dan ahli jawatankuasa lain membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini pada jam 2.30 petang semalam.
Katanya, bukti diserahkan kepada polis itu membabitkan dua dokumen dan satu gambar, tetapi ia tidak boleh didedahkan kepada media dan umum kerana dikategorikan sebagai sulit.
“Ketiga-tiga bukti itu dialamatkan oleh seseorang kepada saya melalui pos, tetapi tidak mengetahui dari mana dan siapakah individu berkenaan. 

“Saya sepatutnya mendedahkan dokumen itu kepada media selepas membuat laporan, tetapi pihak polis menasihati saya supaya tidak berbuat demikian kerana ia dikhuatiri boleh mengganggu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan. 

Beliau berkata, hubungan Malaysian Insider dan BENDERA boleh memberikan kesan buruk kepada kepentingan negara. 

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq menjelaskan hubungan beliau dengan Datuk Seri Kalimullah Hassan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV Indonesia, Surya Paloh dan penulis New Straits Times Singapore, Riongkali.

Kedutaan Malaysia diceroboh lagi





2010/09/08

Penunjuk perasaan panjat pos pengawal selepas sehari rundingan KL-Jakarta

JAKARTA: Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi, semalam.
Berikutan itu, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang anggota polis yang mengawal di depan kedutaan itu.
Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin, berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia. 

Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu, semalam. 

Pada akhir mesyuarat itu semalam, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan untuk melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia. 

Dalam demonstrasi selama sejam mulai jam 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama ‘Ganyang Malaysia’, datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat. 
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia. 

Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan ‘Ganyang Malaysia’ di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta supaya Kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia. 

Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera Merah Putih yang panjang di pintu pagar itu, namun dihalang polis Indonesia. 

Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan, termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri, tetapi ia tidak direntangkan di depan kedutaan besar itu. 

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota LMP memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos di Kedutaan Besar Malaysia di sini. 

Kali pertamanya pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan menggunakan batang buluh serta mengotorkan plak itu dengan lumpur longkang. 

Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia hari ini, kumpulan itu berdemonstrasi di hadapan Kementerian Luar Negeri Indonesia di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia. – BERNAMA

Thursday, September 2, 2010

Pelampau Indonesia bakar bendera kita lagi



PATUNG watak kartun Upin, Ipin turut dijadikan alat demonstrasi oleh pelampau Indonesia yang menunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia, kelmarin dengan memasukkan bangkai tikus di dalam plastik. - AFP


JAKARTA 1 Sept. - Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) hari ini bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.
Dalam demonstrasi membantah insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.
Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis diplomasi mati suri, 'ganyang Malaysia', 'bela harga diri bangsa' serta 'malingsia serumpun yang durhaka'.
Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.
Dalam insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.
Sungguhpun kesemua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu.
Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu. - BERNAMA

Wednesday, August 25, 2010

Indonesia diminta pastikan keselamatan rakyat Malaysia




2010/08/25

PUTRAJAYA: Kerajaan Indonesia diminta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di republik itu serta mengambil tindakan terhadap kumpulan yang melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata bukan sahaja nama baik Malaysia malah reputasi Indonesia turut tercemar akibat perbuatan sebegitu keji oleh segolongan rakyat negara itu baru-baru ini."Saya juga telah meminta kerajaan Indonesia memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia dipelihara, demi menjaga hubungan baik kedua-dua negara yang amat kita hargai," katanya kepada pemberita selepas bertemu Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Tatang B Razak di Wisma Putra bagi mendapat penjelasan berkaitan perkara itu.Beliau berkata tindakan berunsur provokasi seperti membakar dan memijak bendera Malaysia serta membaling najis, adalah satu penghinaan kepada Malaysia, malah perbuatan itu mencabar kedaulatan negara. 

Beberapa pihak di Indonesia telah mengadakan demonstrasi sebagai tanda kemarahan terhadap Malaysia yang didakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden penahanan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan negara tersebut oleh Polis Marin Malaysia di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu. - BERNAMA