Saturday, July 10, 2010

RAKYAT MARHAEN: Rais, Hishamuddin dan Nazri Terima Nasib Serupa Dengan Syed Hamid Jika Terus Tekan Suara Rakyat

RAKYAT MARHAEN: Rais, Hishamuddin dan Nazri Terima Nasib Serupa Dengan Syed Hamid Jika Terus Tekan Suara Rakyat

Biaqpila: CheguBard: Saya Ditahan Kerana Altantuya

Biaqpila: CheguBard: Saya Ditahan Kerana Altantuya

Saman ekor diteruskan





KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.
PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.
Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini menerima banyak rungutan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan saman ekor.
Selasa lalu, seorang pembaca dalam suratnya kepada akhbar ini berhujah yang seseorang pengguna sepatutnya tidak dihukum dan disenaraihitamkan selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.
Abdul Aziz bagaimanapun menjelaskan, sebelum menyenaraihitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu.
Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM.
"Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.
"Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan itu memberikan maklumat yang salah, maka tindakan tegas akan diambil ke atasnya," katanya.
Tambah Abdul Aziz, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.
Beliau berkata, sebanyak 1.07 juta pengguna lalu lintas yang melakukan kesalahan dan mengabaikan saman disenaraihitamkan sejak ia dikuatkuasakan 15 April lalu.
Menurut beliau, notis yang diberikan sejak September tahun lalu itu dilihat memadai untuk memaklumkan kepada orang kena saman (OKS) agar membayar saman mereka bagi mengelak disenarai hitam.
Katanya, pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.
Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.
"Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta agar setiap pemilik kenderaan mengemas kini alamat masing-masing bagi memudahkan segala urusan berkaitan saman.
Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.

Harakah jawab surat tunjuk sebab



KUALA LUMPUR - Lidah rasmi Pas, :Harakah: semalam, menjawab surat tunjuk sebab yang diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin. 

Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaafar yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, surat itu diserahkan Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran di KDN, Abdul Razak Abdul Latif di Putrajaya pada jam 3.30 petang. 

“Surat jawapan itu ditandatangani saya :memandangkan ia ditujukan kepada saya semalam. Dalam jawapan itu, kami menjawab semua isu yang dibangkitkan,” katanya di sini. 

Kelmarin, KDN menghantar surat tunjuk sebab berhubung tiga perkara iaitu lambat menghantar lapan salinan :Harakah: kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota Pas dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan iaitu di pejabat dan markas Pas sahaja. 

Mengenai permit penerbitan :Harakah: yang tamat dua hari lalu, Kamaruddin berkata, akhbar berkenaan masih dicetak dan diedarkan hari ini memandangkan pihaknya membuat permo:honan memperbaharui permit. 

“Biasanya, sementara menunggu keputusan KDN mengenai pembaharuan permit sepertimana penerbitan lain, kami dibenarkan membuat penerbitan sehingga keputusan permohonan diperolehi,” katanya. - Bernama

™ kaasii peecaahhh laaa...�: RUMAH CINA DI PERAK NAK DIROBOHKAN

™ kaasii peecaahhh laaa...�: RUMAH CINA DI PERAK NAK DIROBOHKAN

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Sandiwara Umno/BN: Umno dakwa kerajaan PP abai Melayu, Gerakan pula dakwa kerajaan PP abai bukan Melayu

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Sandiwara Umno/BN: Umno dakwa kerajaan PP abai Melayu, Gerakan pula dakwa kerajaan PP abai bukan Melayu

Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: SIRI KEZALIMAN BARISAN NASIONAL: FELDA RAMPAS LADANG RAKYAT

Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: SIRI KEZALIMAN BARISAN NASIONAL: FELDA RAMPAS LADANG RAKYAT

(Gambar) Rumah Pak Lah RM12 Juta

klik sini
(Gambar) Rumah Pak Lah RM12 Juta

(Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2

(Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2

Hidup dalam limpahan najis



SKUDAI - Penghuni blok V, Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini, di sini terpaksa menghidu bau busuk setiap hari apabila tangki pembetung yang berada di bahagian bawah bangunan pecah mengakibatkan berlaku limpahan najis sehingga bertakung di tempat letak kereta.

Difahamkan masalah berkenaan berlarutan sejak awal tahun ini disebabkan pihak pengurusan yang bertanggungjawab tidak menjalankan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya seperti yang tercatat dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP), Ibrahim Ali berkata, sebanyak 20 blok dikendalikan di bawah pengurusan berkenaan tetapi keadaannya seperti ‘rumah tinggal’ termasuk landskap dipenuhi lalang yang semakin meninggi.

“Tinggi lalang dengan pokok hampir sama kerana sejak lima bulan lalu tiada lagi pekerja kontrak datang untuk memotong rumput menyebabkan kami semua bimbang ianya akan berlarutan sehingga menjejaskan keselamatan penduduk,” katanya.

Menurutnya, keadaan persekitaran yang semakin dipenuhi semak dikhuatiri akan menjadi sarang haiwan berbisa selain itu, taman permainan kanak-kanak juga menghadapi masalah sama membuatkan penduduk bimbang untuk membenarkan anak-anak bermain di situ.

“Dahan pokok yang tidak dicantas menyebabkan keadaannya semakin merimbun sehingga najis burung yang bersarang di pokok itu memenuhi bahagian tingkap salah satu unit rumah di sini selain rumah itu dimasuki ulat bulu,” katanya.

Menurutnya, kerosakan lampu juga tidak dibetulkan oleh pihak pengurusan selain memberi ruang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan kerana setiap bulan ada penduduk yang mengadu kehilangan kenderaan.

“Jika hendak kira jumlah motosikal yang hilang memang banyak malah ada juga penduduk yang kehilangan kereta kerana kawasan perumahan ini tidak di pagar sepenuhnya malah ada ‘jalan tikus’ yang digunakan pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Blok V, Tee Kang Leng, berkata, pihaknya terpaksa mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana pihak pengurusan tidak mengendahkan permintaan penduduk untuk membersihkan ke semua blok di situ.

“Ramai penduduk berhasrat menjual kediaman mereka kerana tidak selesa tinggal di pangsapuri ini,” katanya.

Katanya, mereka juga tidak tahu untuk menjaga kebajikan penghuni di sini membuatkan ramai penduduk bersepakat untuk tidak 
membayar bayaran penyelenggaraan sebanyak RM25 sebulan malah untuk bermesyuarat mereka hanya hantar SMS pada saat akhir.

Reaksi Pengurus Akaun Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Jasa, Mohd Yahya Haron berkata, keadaan pangsapuri berkenaan tidak mampu diurus dengan baik kerana penduduk tidak membayar caj penyelenggaraan bulanan yang dikenakan sebanyak RM25 sahaja.

“Pada awalnya caj yang dikenakan sebanyak RM30 tetapi kami mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah itu selepas melihat ramai penduduk yang enggan melunaskan bayaran itu sehingga pihak kami terpaksa berhutang dengan kontraktor,” katanya.

Katanya, untuk memastikan penduduk selesa, pihak pengurusan sanggup berhutang bagi membersihkan kawasan kediaman mereka sehingga mencecah RM64,000 meliputi kerja pembersihan, bil elektrik dan sebagainya.

“Sebagai contoh masalah tangki najis yang melimpah kami terpaksa menanggung kos bulanan sebanyak RM1,200 sebulan bagi 12 tangki yang ada sedangkan jumlah bayaran yang dikutip untuk blok V hanya RM25 sebulan,” katanya.

Menurutnya, jumlah bayaran bil elektrik untuk lampu tangga dan kawasan parkir jumlahnya adalah RM700 manakala pemotongan rumput bagi satu blok menelan belanja sehingga RM400 sebulan sedangkan kutipan caj penyelenggaraan amat me ngecewakan.

“Kami juga sanggup bekerjasama kepada mana-mana blok yang mahu mengadakan aktiviti gotong-royong dengan memperuntukkan subsidi untuk membeli makanan sebagai tanda sokongan dari pihak pengurusan,” katanya.

Difahamkan jumlah caj penyelenggaraan yang tertunggak oleh penduduk kepada syarikat itu berjumlah RM1.8 juta semenjak syarikat itu mengambil alih bahagian pengurusan bermula tahun 2001 manakala kontraknya akan tamat dalam masa tiga tahun lagi.

Chegubard, ahli MPP PKR ditahan dipercayai bawah Akta Hasutan




KUALA LUMPUR, 9 Julai — Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau, malam ini.
The Malaysian Insider difahamkan beliau ditahan kira-kira tujuh anggota polis di Rembau.
Sebab beliau ditahan tidak dapat dipastikan, kata seorang pegawai PKR bahagian itu kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Badrul ditahan semasa hendak mempengerusikan mesyuarat bahagian (PKR) dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” kata pegawai itu.
“Semasa Badrul hendak memulakan mesyuarat kira-kira 9 malam tadi, ada tujuh orang pegawai polis datang dan memperkenalkan diri, lalu menahan beliau.
“Saya tidak pasti apa sebabnya, tetapi saya ada mendengar ia berkaitan dengan tulisan beliau dalam blognya... kemudian rumah beliau di Bukit Chedang dekat Rembau turut digeledah,” kata pegawai itu.
Pada 3 Jun lalu beliau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Tian Chua juga mengesahkan perkara ini menerusi twitternya.
“Baru nak mempengerusikan mesyuarat cabang Rembau sekumpulan 15 orang polis serbu dan ambil Chegubard, kini ditahan dan dibawa ke IPD Seremban,” katanya.
Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said mahu rakyat gerakan massa bangkit menghapuskan Akta Mesin Cetak & Penerbitan! -



http://sanggahtoksago.blogspot.com/2010/07/sasterawan-negara-dato-samad-said-mahu.html


Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana, ia jelas mengongkong kebebasan bersuara.

Mengulas tindakan kerajaan tidak memperbaharui dan memberhentikan pemberian permit penerbitan kepada lidah rasmi KeADILan, Suara Keadilan, awal bulan ini, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pihak pemerintah.

Tegasnya, jika negara dan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi, tidak timbul soal penarikan atau pembatalan permit untuk menerbitkan apa jua bahan kerana jika terdapat kesalahan seperti fitnah atau hasutan ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang sedia ada di mahkamah terbuka.

Pak Samad yang ditemui Harakah Isnin lalu, mahu ada gerakan rakyat seperti Gerakan Mansuh ISA (GMI); Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan terkini Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) diwujudkan segera bagi mengerakkan kempen menghapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang jelas menguntungkan parti pemerintah sahaja.

"Dalam kes Suara Keadilan, sepatutnya mereka diberi peluang untuk membela diri. Bukannya matikan permit lidah rasmi parti itu. Kalau ada yang tak kena dengan laporan tentang Felda, menjadi tanggungjawab Felda menjelaskan kekeliruan yang timbul.

"Jika ada fakta yang salah, dianggap fitnah, seret sahaja ke mahkamah. Kenapa tak beri dia permit penerbitan? Ini namanya berlawan atas padang yang tak sama rata... Kenapa permit ditarik balik kerana sepatutnya Felda menafikan dakwaan Suara Keadilan supaya rakyat mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar. Ini bererti Felda tidak mahu menjelaskan apa-apa atau mahu melindungi kebenaran daripada pandangan rakyat," tegas beliau dalam satu wawancara eksklusif Tarmizi Mohd Jam dan Intan Abdullah mewakiliHarakah di KL Sentral.

Tokoh wartawan dan sasterawan itu menyifatkan, kesedaran rakyat yang kian meningkat akan membolehkan demokrasi di negara ini berjalan sempurna jika trend ini berterusan setelah melihat kejayaan rakyat menundukkan kerajaan Umno-BN dalam isu memansuhkan PPSMI dan membatalkan kelulusan lesen judi bola sepak baru-baru ini.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyokong penuh saranan Pak Samad agar Akta Penerbitan Mesin Cetak ini dihapuskan dan ditentang habis-habisan kerana ia tidak memberi peluang penerbit membela diri atau mempersoalkan keputusan penarikan balik sesuatu permit.

Katanya, isu permit untuk penerbitan sudah tidak relevan lagi dan rakyat patut menggerakkan massa untuk memansuhkan akta draconian itu secara lebih tersusun dan efektif. Ini kerana, permit penerbitan itu menjadi hak eksklusif kerajaan yang boleh diperlakukan apa sahaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. 

Sementara itu, KDN bersedia menyita pejabat operasi Suara Keadilan dan kilang pencetaknya jika akhbar itu terus diterbitkan tanpa permit. "Sudah tentu boleh (ditutup)," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan KeADILan bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan.

Terdahulu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Zaitun Ab Samad berkata, kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan. 

Hishamuddin dan Zaitun memberi reaksi terhadap kenyataan balas Pengarah Strategi KeADILan, Tian Chua bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan walaupun permohonan untuk memperbaharui permit akhbar belum mendapat jawapan KDN.