Showing posts with label kecam. Show all posts
Showing posts with label kecam. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Tindakan Ahmadinejad pangku jawatan dikecam


TEHERAN: Parlimen Iran berkata Presiden Mahmoud Ahmadinejad, mengambil tindakan menyalahi undang-undang apabila mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri minyak dan merujuk kes itu kepada pengadilan, langkah yang dilihat meningkatkan tekanan agar beliau melepaskan jawatannya.


Anggota parlimen yang kerap bertelagah dengan Ahmadinejad berhubung beberapa dasar utama, mengundi meluluskan satu laporan jawatan kuasa tenaga yang mendapati tindakan beliau ‘jelas menyalahi peraturan’ lapor agensi berita separuh rasmi Mehr, semalam.
Bulan lalu, Ahmadinejad memecat Menteri Minyak Massoud Mirkazemi, sebagai sebahagian daripada satu rancangan untuk menggabungkan beberapa kementerian untuk mengurangkan jumlahnya daripada 21 kepada 17, sekali gus menimbulkan kemarahan golongan konservatif yang memerintah.
Presiden mempunyai kuasa untuk memecat menteri dan melantik pemangku bagi tempoh hingga tiga bulan sebelum mendapatkan pandangan parlimen. Ahmadinejad berkata tiada pihak patut terkejut dengan rombakan yang sudah dicadangkan sejak beberapa lama.

Bagaimanapun tindakan beliau mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku menteri minyak dilihat sebagai cubaan untuk memperkukuh kuasa dan cengkaman terhadap hasil minyak dan cabaran kepada satu lagi pihak dalam kerajaan di republik itu.

“Tindakan menyalahi undang-undang dan terburu-buru ini akan menjejaskan kepentingan Republik Islam Iran pada peringkat antarabangsa. Presiden Ahmadinejad sebagai menteri minyak mengeluarkan beberapa arahan dan akan terus memberi arahan yang jelas menunjukkan campur tangan salah dengan sumber kewangan kerajaan,” kata laporan jawatankuasa itu.

Majlis Syura yang menjadi badan pemerhati perlembagaan Iran sebelum ini berkata tindakan Ahmadinejad mengambil alih kementerian minyak adalah tidak sah. – Reuters

Berita Harian Online | Tindakan Ahmadinejad pangku jawatan dikecam

Sunday, May 29, 2011

Hukuman sebat di Aceh dikecam



JAKARTA 28 Mei - Sebuah kumpulan hak asasi manusia Indonesia semalam mengutuk hukuman sebat di wilayah Aceh dengan menyifatkan ia melanggar Perlembagaan negara ini.
Suruhanjaya Mangsa Keganasan dan Kehilangan Manusia (Kontras) mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang kecil di Aceh yang membenarkan pelaksanaan hukuman sebat di bawah undang-undang syariah.
Timbalan Penyelaras Kontras, Indria Fernida dalam satu kenyataan berkata, hukuman sebat perlu diharamkan kerana klausa-klausa dalam Perlembagaan yang memberikan rakyatnya kebebasan daripada seksaan dan akta yang menjatuhkan maruah seorang manusia.
"Kerajaan Indonesia perlu menilai semula pelaksanaan hukuman sebat. Maklum balas lambat yang diberi menunjukkan kerajaan mengabaikan perkara ini dan menerima hukuman yang melanggar Perlembagaan dan prisip hak asasi manusia,'' katanya. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Thursday, April 14, 2011

Lady Gaga dikecam aktivis




Lady Gaga
Lady Gaga

Video terbaru penyanyi didakwa menghina fahaman Katolik 
LONDON: Penyanyi Lady Gaga dikecam aktivis hak asasi Katolik kerana penggunaan imej agama kontroversi dalam single terbarunya berjudul Judas.
Akhbar Dailystar.co.uk melaporkan penyanyi itu menggunakan kitab Injil dalam video muzik terbarunya itu, di mana beliau menggambarkan dirinya sebagai Mary Magdalene dan pelakon Norman Reedus sebagai Judas.
Video itu dijangka dikeluarkan hujung bulan ini, namun ia sudah mencetuskan kemarahan daripada Ketua Liga untuk Agama dan Hak Asasi Umum Katolik. 


Bill Donohue, presiden organisasi hak awam, menuduhnya menggunakan taktik menggemparkan dan pemujaan Kristian untuk mengembangkan kerjayanya. 


Beliau memaklumkan HollywoodLife.com, “Ini adalah satu gimik.. Lady Gaga cuba terus mengejutkan golongan Katolik dan Kristian secara umum, beliau berpakaian seperti seorang biarawati, beliau menelan tasbih. 


“Beliau cuba memecah mengeksploitasi pemujaan Kristian untuk menaikkan persembahan beliau yang tidak berbakat, berbentuk duniawi dan membosankan. 
“Seorang lagi bekas penganut Katolik yang sudah bingung. Apakah ini satu-satunya cara bagi beliau untuk memperbaiki persembahannya?,” kata Donohue. – Agensi , bharian

Wednesday, March 23, 2011

Obama dikecam campur tangan



WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mula dikritik hebat berhubung tindakannya menyerang Libya.

Bagaimanapun, Obama mempertahankan pendekatannya dalam isu Libya dan menegaskan tentera AS akan bertindak mengikut matlamat yang digariskan dalam usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu.

"Muammar Gaddafi (pemimpin Libya) perlu dihalang daripada menyerang penduduk negara itu dan beliau juga perlu dijatuhkan," katanya, kelmarin.

Menurutnya, AS juga menggunakan cara lain termasuk sekatan ekonomi bagi menamatkan pemerintahan Gaddafi selama 42 tahun.

Obama sebelum itu didakwa tidak berunding dengan Kongres sebelum melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Libya.

Tuesday, March 22, 2011

Venezuela kecam serangan


CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, mengecam tindakan ketenteraan antarabangsa ke atas Libya yang dianggapnya membabi-buta dan mendesak dialog diadakan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Sehari selepas menganggap tindakan itu hanyalah untuk merampas kekayaan petroleum oleh Barat, Chaves menuntut keganasan ke atas Libya dihentikan.

Katanya, melontarkan bom bukanlah jawapan kepada isu konflik dalaman di negara utara Afrika itu.

“Empayar Yankee (Amerika Syarikat) memutuskan untuk menyingkirkan Muammar Gaddafi dengan mengambil kesempatan atas kebangkitan rakyat.

“Melalui lautan darah, mereka mahu menguasai minyak Libya,” katanya dalam ucapan mingguan, Alo Presidente yang disiarkan stesen radio dan televisyen Venezuela.

AS, Britain dan Perancis mula melancarkan serangan udara dan peluru berpandu ke atas sasaran terpilih di Libya sejak awal pagi kelmarin.


Ia diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya bagi melindungi rakyat yang bangkit mencabar Gaddafi di negara itu.

Chavez turut mengingatkan AS dan sekutunya supaya tidak memikirkan kaedah sama untuk menguasai minyak Venezuela.
“Jangan sekali-kali berfikir untuk datang ke Venezuela,” katanya.

Chavez pernah membandingkan Gaddafi dengan wira pembebasan Amerika Latin, Simon Bolivar dan mengkritik masyarakat antarabangsa kerana enggan menerima cadangannya mencari penyelesaian di Libya. - AFP

metro

Sunday, March 6, 2011

Menteri baru Jerman dikecam



BERLIN 5 Mac – Menteri dalam negeri baru Jerman, Hans Peter Friedrich berada dalam ancaman apabila mengatakan Islam bukan sebahagian daripada negara tersebut, walaupun lebih empat juta orang Islam menetap di negara itu.
Mengulas kenyataan menteri tersebut, Ketua Dewan Pusat Muslim di Jerman, Aiman Mazyek berkata, terdapat beberapa siri rujukan bersejarah yang unik untuk Islam dan dunia Islam di Eropah.
“Tiada siapa yang boleh menafikan sejarah itu. Hari ini, Islam adalah bahagian yang tidak boleh diganti di Jerman,” ujarnya.
Sementara itu, hampir semua ahli politik kanan Jerman dari semua parti besar, termasuk Parti Demokrat Bebas (FDP) mengecam Friedrich di atas kenyataannya pada Khamis lalu, hanya beberapa jam selepas menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri baru Jerman.
Kenyataan Ozsemir itu turut disokong oleh rakan partinya, Renate Kuanast yang menyatakan Islam sudah lama bertapak di Jerman.
Sementara itu, Menteri Keadilan, Sabine Leutheusser-Schnarrenberger secara terbuka menyuarakan percanggahannya dengan kenyataan anti Islam Friedrich itu.
“Tentu saja Islam adalah milik Jerman,” kata Schnarrenberger yang merupakan ahli kabinet kerajaan FDP.
Komen Schnarrenberger itu juga disokong oleh jurucakap polisi domestik FDP, Hartfrid Wolff yang menegaskan bahawa umat Islam telah menjadi bahagian yang nyata di Jerman selama beberapa generasi. – BernamaUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Sunday, December 26, 2010

Nik Aziz kecam individu kritik Anwar

 


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam tindakan ahli politik yang secara berterusan mengkritik serta menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa kes yang dihadapinya kini.

Menurutnya, sebagai manusia Anwar juga mempunyai perasaan sama seperti individu yang lain dan setiap tuduhan yang dibuat terhadapnya perlu dikemukakan bukti.

“Sekarang ni mereka dok cincang Anwar, apa yang mereka tak kata kepada beliau sejak bertahun-tahun. Ada menuduh dia terlibat kes liwat dan bermacam-macam lagi.

“Anwar itu orang bukan batang kayu, dia ada hati perut dan perasaan, dia ada maruah, kenapa nak tuduh tanpa bukti, Itu berdosa, jika Anwar tidak maaf, orang itu tidak dapat masuk syurga,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Sebelum ini, Nik Aziz antara individu yang lantang mempertahankan Anwar, khususnya dalam kes tuduhan liwat yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegur sikap segelintir ahli politik yang mengkritik beliau kerana menghadiri majlis masyarakat bukan Islam, sedangkan ia tidak salah menurut pandangan Islam.

“Kalau apa-apa masalah tanya saya, saya ni hidup lagi, kenapa suka sangat cerita fasal saya. Saya ni tidak suka bercakap hal orang, tapi orang bercakap mengenai saya.

“Saya ni tok guru, kalau saya buat benda saya akan fikir panjang. Dalam kes itu saya tanya orang Cina, majlis tu melibatkan kebudayaan ke agama, kalau agama saya tidak boleh pergi kerana kita ada tuhan satu sahaja. Saya tidak halal orang yang menuduh saya begitu,” katanya.

Friday, November 12, 2010

Menteri Komunikasi Indonesia dikecam


PETIKAN video jelas menunjukkan Tufatul Sembiring bersalaman dengan Michelle Obama di Jakarta, kelmarin. - AP


JAKARTA 11 Nov. - Media dan blog-blog Indonesia hari ini dipenuhi dengan kecaman terhadap seorang menteri konservatif yang meluahkan rasa malunya selepas berjabat tangan dengan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama.
Pengkritik-pengkritik menuduh menteri itu menipu tentang insiden 'berjabat tangan' itu dan memalukan negara yang dihuni oleh majoriti penganut Islam ini, yang disifatkan oleh Presiden AS, Barack Obama sebagai contoh negara toleransi dan kepelbagaian ketika lawatannya ke negara ini yang berakhir semalam.
Wanita Pertama AS itu menjadi fokus perbahasan hangat di Internet berhubung toleransi agama dan hak wanita apabila Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring mengirim mesej kepada beribu-ribu pengikutnya di laman Twitter dengan mendakwa beliau keberatan untuk bersalaman dengan Michelle semasa majlis sambutan rasmi, semalam.
Tifatul merupakan pemimpin Islam konservatif yang menolak untuk menyentuh wanita yang bukan muhrim dan baru-baru ini mengejutkan masyarakat liberal dengan menyatakan dana AIDS sebagai pembaziran wang rakyat serta mengaitkan bencana alam dengan keruntuhan akhlak.
"Saya cuba mengelak kedua-dua belah tangan saya bersentuhan dengan Michelle tetapi dia menghulurkan tangannya terlalu rapat dengan saya, kemudiannya kami bersentuhan," katanya dalam mesej yang mencetuskan ribut kutukan di laman blog Indonesia yang hiperaktif.
Namun, rakaman video pertemuan itu menggambarkan situasi sebaliknya kerana Tifatul kelihatan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Michelle seperti orang kenamaan lain.
Tifatul hari ini mempertahankan dirinya melalui komen di dalam Twitter dan Facebook, berbanding daripada mengadakan sidang media untuk menjawab tuduhan itu
"Saya masih memegang kepada kata-kata saya yang saya tidak akan bersalaman dengan wanita bukan muhrim," tulisnya di dalam Twitter kepada 110,000 pengikutnya .
Tambah beliau, beberapa keadaan berlaku secara tiba-tiba atau beliau menemui seseorang yang tidak tahu mengenai pendiriannya.
Kebanyakan pengguna Twitter membuat kecaman pedas kepada menteri itu.
"Sudah tentu Menteri Komunikasi bodoh, naif dan tiada pendirian tetap." kata seorang pengguna.
Seorang pengguna lagi menyifatkan perdebatan ini bukanlah kerana isu berjabat tangan tetapi penipuan. - AFP

Tuesday, June 8, 2010

Ratu Jordan kecam Israel




2010/06/08



Serangan ke atas kapal misi bantuan disifatkan kejam

AMMAN: Permaisuri Jordan, Rania, mengecam Israel berikutan serangan ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan Mavi Marmara ke Semenanjung Gaza dan memberi amaran dasar keras rejim Zionis ke atas penduduk Palestin hanya menambah lagi kesengsaraan penduduk awam di wilayah itu.

Beliau menulis kepada akhbar The Independent semalam dan berkata, sekatan Israel ke atas penduduk di Semenanjung Gaza menjadikan wilayah itu sebuah penjara terbuka dan menambah: Setiap hari yang berlalu di wilayah itu bererti sehari lagi nilai kemanusiaan disekat.
Serangan Israel ke atas konvoi yang cuba memecahkan sekatan dan menyebabkan sembilan aktivis terbunuh dilakukan secara membabi-buta tanpa menghiraukan undang-undang antarabangsa, hak asasi dan peraturan diplomatik.
Walaupun saya tergamam ketika menyaksikan serangan kejam Israel, saya tidak terkejut dengan apa yang mereka lakukan, katanya.

Permaisuri kepada Raja Jordan Abdullah II itu berkata tindakan Israel didokong oleh doktrin bahawa matlamat utama mereka adalah survival menyebabkan rejim Zionis beranggapan mereka boleh melakukan apa saja.

Mereka anggap diri mereka berkuasa, kebal dan ada lesen untuk berbuat sesuka hati dan tidak menjangka menerima kecaman antarabangsa, katanya.

Rania memberi amaran, keganasan yang dilakukan tidak akan meredakan keadaan, sebaliknya semakin memburukkan suasana, manakala penduduk awam adalah golongan yang paling terasa kesannya.
Jordan yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1994, mengecam tindakan Israel dan menggesa siasatan dijalankan ke atas serangan tersebut. AFP