Monday, August 10, 2015

Penduduk Temui Serpihan Dipercayai Milik MH370 Di Maldives


Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 9:04 AM

SERPIHAN pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang mungkin telah terdampar di sebuah pulau di Maldives, di Lautan Hindi, menurut laporan akhbar tempatan.

Polis masih belum mengesahkan laporan itu, tetapi serpihan pesawat dikatakan telah ditemui di Baa Atoll Fehendhoo dan Fulhahdhoo, kedua-duanya terletak di Selatan Maalhosmadulhu Atoll.

Satu penemuan juga dikatakan berlaku di Pulau Noonu Atoll, di Miladhunmadulu Atoll, menurut laman web berita Haveeru.

Sebelum ini laporan tempatan Maldives juga pernah melaporkan melihat pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilaporkan hilang.

Gambar salah satu kepingan besar logam yang ditemui berhampiran resort Banyan Tree di pulau Vabbinfaru dikatakan membawa persamaan yang ketara dengan bahagian sayap dipenuhi cengkerang yang ditemui terdampar di pulau Reunion Julai lalu dengan jarak 2,000 batu dari Maldives.

Penduduk Maldives Mohamed Wafir, yang menyiarkan gambar-gambar asal penemuan itu ke Facebook, mendakwa bahawa ia ditemui pada 31 Mei.



Seorang pekerja syarikat penerbangan, James Hardy, menegaskan bahawa potensi penemuan itu lebih signifikan berbanding bangkai yang terdapat di Pulau Reunion, dan mampu 'mengubah segala-galanya' mengenai siasatan.

"Saya dan rakan-rakan yang bekerja dengan syarikat penerbangan yang telah melihat gambar-gambar ini percaya ia adalah bahagian-bahagian kapal terbang, berdasarkan bentuknya," Hardy memberitahu laman web Before It's News.

Beliau berkata, jika penemuan itu boleh disahkan, "ia akan menolak kawasan carian semasa di Perth kerana saya yakin bahawa arus dan air pasang surut tidak mungkin akan menolaknya sejauh itu".

Hardy dilaporkan berkata bahawa lokasi serpihan ditemui adalah sepadan dengan pengiraan yang dilakukannya dan juruterbang Quantas dari segi ketahanan bahan api.

"Jika diterbangkan rendah dan perlahan, lebih daripada cukup bahan api untuk sampai ke Maldives.



Salah satu bahagian yang ditemui mempunyai tulisan 'IC' berwarna merah. Huruf atau nombor selebihnya telah terhakis.

Polis dilaporkan telah mengeluarkan bahagian-bahagian itu untuk analisis lanjut.

Satu lagi serpihan pesawat dilaporkan telah dihanyutkan ke pantai di resort North Male Atoll sebulan yang lalu.

Jika ia disahkan tergolong dalam pesawat Boeing 777 hilang, serpihan itu akan membantu siasatan untuk mengenal pasti di mana pesawat itu berakhir.

Kisah penyelamat 'orang bunuh diri'



Bagi menangani perkara itu, seorang lelaki Jepun Yukio Shige, 70, tampil mengabdikan hidupnya untuk membantu mengurangkan angka tersebut.

Memetik laporan Independent.UK melaporkan usaha Shige tidak sia-sia, apabila beliau berjaya menyelamatkan lebih 500 nyawa setakat ini.


Rutin harian 

Setiap hari, Shige membuat rondaan di tebing sebuah laut yang bernama pinggiran Tojinbo (antara kawasan popular untuk bunuh diri), bersama-sama dengan tiga sukarelawan lain untuk melihat dan mendekati orang-orang yang dilihat mereka 'cenderung untuk membunuh diri' di Tojinbo.

Shige yang merupakan seorang bekas pesara polis, ketika diwawancara oleh sebuah akhbar Jepun memberitahu bahawa dia melakukan perkara itu kerana dia faham akan perasaan keluarga orang yang membunuh diri.

"Saya pernah mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan, memberitahu saya bahawa seorang kawannya membunuh diri.

"Dia ceritakan mengenai perasaan keluarganya, saya sebak, apa yang saya dimaklumkan adalah orang yang membunuh diri itu dengan cara menyewa sebuah kereta dan memandu hingga menjunam ke dalam laut, saya sedih,"  katanya.

Oleh itu, ujarnya dia tidak mahu lagi melihat kesedihan yang berlaku ke atas kematian angkara membunuh diri.

"Saya telah melihat begitu banyak kesedihan. Saya tidak mahu lagi mendengar mengenainya," kata Shige.


Ajar bina kehidupan baharu 

Dalam pada itu, Shige berkata, selepas dia berjaya memujuk orang yang ingin membunuh diri, dia dan rakan-rakannya membawa orang-orang itu ke pangsapurinya.

"Kami mengambil orang-orang tersebut, dan bawa mereka menginap di enam pangsapuri kami...supaya mereka dapat memperbaiki dan membina semula kehidupan mereka.

“Kami membantu mereka mendapatkan kehidupan mereka kembali," katanya.

Dek kerana kesungguhan dan sifat dedikasi Shige itu, dia menjadi sebutan ramai, sehingga digelar 'chotto matte man' yang bererti 'tahan, tunggu dulu.

Batal tukar pegawai SPRM satu langkah positif


Johan Jaaffar
Johan
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menarik balik pertukaran serta-merta dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan satu langkah positif ke arah mengembalikan keyakinan rakyat bahawa SPRM dan pegawai-pegawainya akan terus melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa halangan.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, ia juga memenuhi tugas dan tanggungjawab dengan bebas, telus dan profesional seperti yang dikehendaki oleh Akta SPRM.

“Panel percaya keputusan ini adalah tepat pada masanya dan sesuatu yang signifikan ke arah menangani isu persepsi bahawa pegawai SPRM telah di intimidasi dalam menjalankan tugas mereka.

“Panel mengalu-alukan keputusan membatalkan arahan pertukaran membabitkan dua pegawai kanan SPRM ke Jabatan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pegawai berkenaan adalah Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Batal tukar: KSN puas hati penjelasan pegawai SPRM ]

Pagi tadi kedua-dua pegawai berkenaan dibatalkan pertukaran ke JPM selepas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Ali berkata, beliau dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah berjumpa dengan kedua-dua pegawai itu bagi mendapatkan  penjelasan.

“Kedua-dua mereka memberikan penjelasan mengenai tindakan mengeluarkan kenyataan media.

“Susulan dengan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa 10 Ogos 2015 (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, panel berharap langkah ini akan meningkatkan lagi semangat pegawai-pegawai SPRM.

“Panel juga menghargai kedua-dua Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal atas peranan mereka dalam membatalkan keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Panel juga percaya keputusan ini akan membantu membendung rasa tidak percaya dan sinis orang ramai terhadap kerajaan,” katanya.

Tegur boleh tapi jangan sampai londeh aib pemimpin



Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr  Asyraf Wajdi Dasuki berkata, Islam sudah menggariskan caranya untuk menegur pemimpin agar tidak menimbulkan fitnah di kemudian hari.

Menurut beliau,  semua orang perlu mencontohi cara Nabi SAW yang menggunakan pendekatan yang berhemah sehingga tidak menjatuhkan air muka pemimpin itu.

"Nabi SAW membuat garis panduan. Nabi kata kita tarik tangan dia kebelakangan supaya tidak menjatuhkan air muka dia di hadapan khalayak.

"Ini cara tegurnya. Dalam Islam kita memang kena tegur pemimpin kerana agama itu menggalakkan nasihat-menasihati. Cuma menegur bukan bermakna menfitnah atau melondehkan sehingga aibkan pemimpin itu," katanya pada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengenai Kerajaan dan Ketamadunan (SOGOC II) bertajuk Mengurus Perbezaan Politik dan Agama di Universiti Putra Malaysia, hari ini.

Menurut beliau lagi, hari ini banyak pihak yang cepat membuat kesimpulan sendiri tanpa berpandukan fakta serta maklumat yang tepat.

Serangan kepada ayah boleh buat rakyat derita



Malah menurutnya tuduhan yang dibuat itu juga boleh merugikan negara.

Sambil menyifatkan serangan peribadi ke atas bapanya bukan sahaja memberi kesan terhadap bapanya malah boleh menyebabkan rakyat menderita.

“Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Ini kerana pelabur-pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil, sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia selepas merasmikan Cafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di sini pada Ahad.

Turut hadir, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah.

Nazifuddin berkata, tohmahan itu dilihat sebagai rancangan pihak berkepentingan untuk menjatuhkan bapanya.

"Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak memperbaiki keadaan, sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek, seterusnya kita sendiri yang akan terkesan.

"Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," katanya.

KJ gesa sidang Parlimen khas



Katanya yang dipetik laporan Malaysiakini, ini kerana jawatankuasa itu sedang menjalankan siasatan 1MDB yang menjadi isu besar kepada negara kini.

“Kalau boleh kita segerakan pembentukan semula jawatankuasa kira-kira wang negara sebab ini, bukan hanya pembentukan PAC tetapi jawatankuasa itu kini sedang berdepan dengan isu yang besar dan tidak boleh dilengahkan lagi," katanya dalam sidang media selepas meraikan majlis rumah terbuka Kementerian Beliau dan Sukan di Bukit Jalil.

Dua pegawai SPRM itu ialah Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.
  
Sebelum ini, kedua-duanya dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dan diminta melapor diri hari ini.
  
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini membatalkan pertukaran tersebut setelah mereka memberi penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media sebelum ini.
  
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, beliau gembira perundingan itu berjalan dengan baik dan kedua-dua pegawai itu dikembalikan semula jawatan mereka.
  
Paul, yang bertanggungjawab dalam tadbir urus dan integriti, turut menegaskan tentang kepentingan melindungi kebebasan institusi seperti SPRM.

“Ringgit pasti naik semula andai…”


Rafizi Ramli

SUNGAI BULOH – Pengunduran Datuk Seri Najib Tun Razak dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri didakwa bakal mengembalikan nilai ringgit yang terus jatuh sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pelabur dari dalam dan luar negara menarik kembali pelaburan mereka kerana tidak lagi yakin dengan ekonomi negara susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya sendiri yakin, kalau Datuk Seri Najib letak jawatan dan ada seorang perdana menteri peralihan, mata wang kita akan naik balik kerana salah satu sebab utama jatuhnya mata wang kita ialah pelabur asing tidak yakin lagi dengan Malaysia. Mereka tarik balik semua wang mereka...saham, simpan duit, pegangan syarikat, mereka jual semua.

“Lambakan jualan ringgit inilah mengakibatkan ringgit jatuh mendadak sebab mereka mahu dapatkan balik dolar mereka. Bagi saya, kalaulah beliau cuti atau letak jawatan sahaja, nilai ringgit Malaysia akan naik balik. Itu mungkin jasa beliau yang boleh dibuat sekarang,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, hari ini.

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun, 6 Ogos lalu di mana ringgit disebut harga pada 3.9005/9035 berbanding dolar daripada 3.8760/8790.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit ditutup paling rendah sejak 17 tahun]

Menurut Rafizi yang juga Setiausaha Agung parti itu, skandal 1MDB menjadi kunci kepada kenaikan nilai ringgit dan meraih kembali keyakinan pelabur antarabangsa.

“Beliau (Najib) cuba meyakinkan rakyat sesuatu yang rakyat tidak akan terima. Jadi, sudah tentu kesannya besar kepada rakyat sekarang.

“Selagi isu 1MDB tidak diselesaikan, selagi itu pelabur antarabangsa akan bagi amaran supaya jangan dekat dengan Malaysia. Ditambah pula dalam keadaan prospek ekonomi negara sedang malap (dan) krisis keyakinan terhadap perdana menteri, mana-mana pelabur asing malah pelabur Malaysia juga akan tarik pelaburan mereka dan letak di negara lain,” katanya.

Singkirkan individu punca krisis, kata Tun M



Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut bukanlah mudah untuk dilakukan.

"Krisis sekarang, penyelesaiannya mudah tapi susah iaitu singkirkan individu yang menyebabkan krisis. Masalahnya ialah bagaimana untuk melakukannya?

"Mengenai itu... saya tiada jawapan," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta  dalam sesi soal jawab di Pesta Minda Malaysia ke-11 di Universiti Tunku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya dalam sidang media sama beliau merujuk punca itu krisis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, "adakah ada orang lain?".

Menurut beliau, gesaan untuk Najib berundur telah disuarakan oleh ramai rakyat termasuk ahli Umno.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mendakwa, Najib tidak akan sesekali berundur kerana beliau telah berjaya 'membeli' sokongan rakyat.

"Orang Umno cakap mereka tidak puas hati dengan kepimpinan Najib dan minta beliau berundur. Tetapi Najib enggan hanya kerana beliau sudah beri duit kepada semua orang untuk membeli sokongan. Itu salah," katanya.

Dakwa beliau lagi, Najib sendiri telah mengakui memberi wang kepada pemimpin Umno agar memberi sokongan kepadanya.

"Banyak ketua bahagian, ahli Dewan Rakyat dan yang pegang jawatan lain, ketua perhubungan, Najib sendiri jemput mereka untuk beri penerangan. Najib mengaku beliau sudah bagi duit, jadi kenapa mereka tak nak sokong beliau?

"Dia kata duit itu bukan saja dia guna tapi orang lain pun dapat juga. Mungkin sebab dah dapat duit mereka sokong Najib.

"Contohnya PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) sebelum ini bukan main gagah lagi nak siasat. Dapat jadi timbalan menteri terus berhenti (siasat)," katanya.

Namun, ketika ditanya sama ada beliau memiliki bukti atas dakwaannya, Dr Mahathir hanya berkata tiada.

7 Pribadi Semut yang Patut Diteladani


Ahad 29 Rabiulakhir 1435 / 2 Maret 2014 18:00
semut 2
SEMUT adalah salah satu hewan kecil yang biasa hidup berkoloni. Coba perhatikan, jarang sekali kita lihat semut beraktivitas sendirian. Semut selalu berjalan beriringan satu sama lain. Meskipun terkadang memang semut itu suka membuat kita kesal karena makanan yang kita simpan dikerubuti oleh mereka. Tapi, dibalik semua itu ternyata ada beberapa hal yang harus kita teladani dari semut dan diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Tidak pernah putus asa. Saat mereka berjalan beriringan kemudian kita halangi jalan tersebut dengan sebuah benda, semut tidak akan menyerah untuk berhenti berjalan melainkan mereka akan mencari rute lain untuk menyambungkan perjalanan dengan kawanan semut yang lainnya.
  • Tidak pernah malas. Coba perhatikan semut! Setiap hari mereka bekerja dan memanggul makanan tiada henti. Bagi semut, bekerja adalah hal yang paling penting untuk memenuhi kebutuhan hidup.
  • Tidak pernah mengeluh. Semut tidak pernah mengeluh apalagi menyerah. Mereka bisa mengangkat beban yang ukurannya lebih besar dari ukuran tubuhnya.
  • Berjiwa sosial. Coba kita perhatikan saat semut berjalan berpapasan! Mereka seolah-olah berjabat tangan satu sama lain.
  • Cepat melihat peluang. Saat semut melihat atau menemukan makanan dan apapun yang bisa bermanfaat untuk mereka, maka semut tidak akan menunggu atau menyimpannya sampai esok hari. Tapi, semut selalu memanfaatkan peluang yang ada sebelum akhirnya menghilang jika tidak langsung diambil.
  • Peduli. Semut selalu peduli  peka terhadap segala sesuatu yang terjadi pada lingkungannya serta selalu memelihara rasa cinta kasih kepada sesama semut.
  • Bekerja sama. Mereka suka mengangkut sesuatu dengan bersama-sama dan hasilnya pun dinikmati bersama-sama.
Itulah hanya beberapa bagian kecil saja yang patut kita teladani dari semut. Maha suci Allah yang telah menciptakan sesuatu itu dengan hikmah dan keistimewaan tertentu. [retsa/islampos/santos]

Sains Pun Membuktikan Hikmah Memakai Jilbab



muslimah jilbab
ALLAH SWT. memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia. Dan setiap yang benar-benar manfaat dan diperlukan manusia dalam kehidupannya, pasti disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Diantara perintah Allah itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.
1. Selamat dari adzab Allah (adzab neraka)
“Ada dua macam penghuni neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok laki-laki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau surga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).
Imam An-Nawawi ra. menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya.
“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya.
2. Terhindar dari pelecehan
Banyaknya pelecehan seksual terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Karena wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW,
“Sepeninggalku tak ada fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita.” (HR. Bukhari).
Jikalau wanita pada jaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi laki-laki padahal wanita pada jaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada jaman sekarang? Tentunya akan menjadi target pelecehan. Hal ini telah terbukti dengan tingginya pelecehan di negara-negara Eropa (wanitanya tidak berjilbab).
3. Memelihara kecemburuan laki-laki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah SWT tanamkan kepada hati laki-laki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim).
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu laki-laki akan hilang. Sehingga jika terjadi pelecehan tidak ada yang akan membela.
4. Akan seperti bidadari surga
“Dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya.” (QS. Ar-Rahman: 56).
“Mereka laksana permata yakut dan marjan.”(QS.Ar Rahman: 5).
“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi.”(QS.Ash Shaffaat: 49).
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari surga. Yaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang senantiasa dirumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari surga.
5. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran, zat-zat kimia, dan sebagainya.
Penelitian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.
Kanser tidaklah membeda-bedakan antara laki-laki dan wanita. Hanya saja, wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh karena itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.
Oleh karena itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutupi kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV masih bisa menembus pakaian yang ketat apalagi pakaian transparan. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab.
6. Memperlambat gejala penuaan
Penuaan adalah proses alamiah yang sudah pasti dialami oleh semua orang yaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.
Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin Dyang berperan penting terhadap kesehatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahwa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rusaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.
Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata tak sekedar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab tak hanya sekedar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindungi dari penyakit kanker dan proses penuaan.
Ternyata jilbab tak sekedar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.
Jilbab tak hanya sekedar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindungi dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna. [berbagaisumber]

Lamaran kecundang

Xi’an, China: Hasrat seorang lelaki di sini melamar teman wanitanya dengan menggunakan buah laici berakhir dengan kekecewaan selepas gadis itu menolak lamarannya.
Dong, 24, dengan bantuan beberapa rakannya menyusun beberapa laici menjadi bentuk hati dan perkataan Love di atas sebuah jejantas di bandar ini.
Tindakan pelik Dong dan rakannya itu menyebabkan orang ramai berkumpul di atas jejantas berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.
Dong berkata, dia sudah lama merancang untuk membuat kejutan dengan melamar kekasihnya yang berusia 23 tahun.
Katanya, dia menggunakan laici kerana buah itu adalah kegemaran kekasihnya.
“Saya sangat teruja. Kebahagiaan saya bergantung kepada keputusan lamaran ini dan saya yakin dia akan menerimanya,” kata Dong kepada wartawan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 5:30 AM


AKSI Dong (kiri) ketika melamar kekasihnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69418#sthash.kiZ39Ae2.dpuf