Tuesday, September 10, 2013

Ini lah para mujahidin dari Somalia yang turun ke medan jihad.

Ini lah para mujahidin dari Somalia yang turun ke medan jihad. Walaupun negara mereka terkenal dengan masalah kebuluran dan kemiskinan, namun ianya tak menghalang singa-singa Allah ini menyahut seruan jihad.

Hidup Mulia Atau Mati Syahid !

Credit : Green Project

ROSMAH NAJIB

MNLF tidak sokong Misuari



 
MNLF tidak  sokong Misuari
Tentera Filipina melakukan rondaan bagi mengawal keadaan manakala gambar kecil menunjukkan seorang askar menunggu rawatan selepas cedera. - Foto REUTERS
Cotabato: Pemimpin kumpulan lebih besar dalam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) tidak menyokong tindakan puak pimpinan Nur Misuari yang menyerang Zamboanga dan mengambil beratus-ratus orang sebagai tebusan.

Mereka memberi jaminan kepada kerajaan Filipina bahawa MNLF terus mengiktiraf pelan damai 1996 dan tidak terbabit dalam serangan oleh pengikut Misuari.

“Kumpulan kami tidak ada kaitan dengan tindakan mereka. Kami tidak melihatnya baik untuk proses damai Mindanao,” kata Jurucakap Forum Pemimpin Kanan MNLF, Abdul Sahrin, kepada wartawan.

Forum itu dianggotai pemimpin tinggi MNLF termasuk bekas Gabenor Sulu, Yusoph Jikiri dan puluhan lagi yang bersidang minggu lalu di Zamboanga serta Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman.

Forum itu diharapkan memegang peranan untuk melaksanakan program membanteras kemiskinan penduduk Moro dalam ARMM.

Sahrin berkata, mereka juga tidak menyokong peristiharan kemerdekaan oleh Misuari baru-baru ini selepas menuduh kerajaan gagal patuh kepada beberapa fasal tertentu dalam perjanjian damai.

Bekas Timbalan Datuk Bandar Cotabato, Muslimin Sema yang mengetuai kumpulan terbesar dalam MNLF menerusi 20 puak di semua kawasan Mindanao termasuk Palawan, berkata mereka terus setia kepada gencatan senjata 17 tahun dengan Manila.
Tidak akan berpaling

“Kami tidak akan berpaling daripada perjanjian damai selagi ada mekanisme yang boleh diterima MNLF dan kerajaan untuk dilaksanakan dan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” kata Sema kepada akhbar tempatan.

Malah, katanya, beliau sudah memberi arahan kepada semua ahli supaya tidak mengambil apa-apa tindakan sejajar dengan komitmen mereka kepada Jawatankuasa Keamanan Selatan Filipina yang dibentuk oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

MNLF, tegasnya, menyokong resolusi secara aman jika berlaku sebarang salah faham dengan Manila mengenai pelaksanaan fasa akhir perjanjian damai.

AGENSI

Pengusiran lelaki obes ditangguh

Albert Buitenhuis

Wellington: Seorang lelaki obes warga Afrika Selatan yang diberi amaran akan dihantar pulang ke negara asalnya kerana berat badannya yang melampau diberikan penangguhan.

Bagaimanapun, Albert Buitenhuis tidak layak memperoleh sebarang bantuan penjagaan kesihatan awam untuk dua tahun akan datang, kata Menteri Imigresen, Nikki Kaye.


Buithenhuis yang kini seberat 130 kilogram membuat rayuan kepada menteri itu dua bulan lalu apabila permohonan pembaharuan visa kerjanya ditolak kerana keadaan obesnya dikhuatiri menjejaskan sistem kesihatan New Zealand. - Agensi

56 tahun beli 55,000 gaun isteri

'I wanted her to have a different dress for every dance': Man gives his wife 55 THOUSAND dresses in 56 years
Los Angeles: Seorang lelaki romantik menghadiahkan isteri kesayangannya 55,000 pasang gaun sepanjang 56 tahun perkahwinan mereka.

Paul Brockmann, 78, mahu Margot, 76, mempunyai gaun berbeza setiap kali mereka menghadiri majlis tari-menari.


Bagaimanapun, ekoran keadaan kesihatan yang kurang baik dan kos penyimpanan yang mahal, pasangan dari Los Angeles itu kini menjual koleksi gaun berkenaan.


Brockmann yang dilahirkan di Jerman dan juga kontraktor umum mula menari pada usia 13 tahun dan sejak itu meminati hobi berkenaan.


Dia bertemu Margot pada satu majlis tari-menari dan berkata, wanita itu mengubah hidupnya selepas mereka jatuh cinta.


Brockmann menulis di laman webnya: “Margot ialah kekasih hati saya sejak dulu hingga kini. Saya mengikutinya ke Amerika Syarikat walaupun disisihkan keluarga sendiri kerana bertindak demikian pada tahun 50-an.

“Saya suka melihatnya menari dan mula mengumpul gaun untuknya. Saya akan membayangkan dia menari dengan gaun itu, membayangkan penampilannya ketika memakainya dan membeli gaun demi gaun untuk dipakai Margot ketika kami menari.” Gaun sebanyak 55,000 itu dibeli selama lima dekad, tetapi gaya tahun 50-an yang paling digemari Brockmann.


“Saya kagum dengan gaun tahun 50-an. Kain dalam dan skirtnya yang kembang membuatkan seseorang wanita itu kelihatan lemah lembut. Dan itulah yang paling saya suka. Apabila saya melihat seorang gadis dengan gaun sedemikian, saya ingin membawanya ke lantai tarian,” katanya.

4 bulan sesat, makan kismis, tikus

Montevideo: Seorang lelaki yang hilang di pergunungan Andes empat bulan lalu ditemui masih hidup selepas melalui musim sejuk yang melampau dengan hanya memakan tikus dan kismis.
Raul Fernando Gomez Circunegui, 58, kelmarin diselamatkan selepas sekumpulan rakyat Argentina yang merekod paras salji terserempak dengannya. 
Dia susut lebih 19 kilogram sepanjang tempoh sukar itu dan sangat kekurangan zat. Bagaimanapun, doktor berkata dia akan kembali seperti sedia kala dalam masa beberapa hari lagi.

Gomez mula merentasi pergunungan itu dari Chile ke Argentina pada Mei lalu, tetapi terpaksa membuat perjalanan dengan berjalan kaki selepas motosikalnya rosak. Dia kemudian tersesat ketika ribut salji.
Foto
GOMEZ ketika dirawat di hospital dekat San Juan, Argentina semalam.

Gerakan menyelamat dilancarkan untuk mencarinya, tetapi dihentikan pada Julai lalu kerana keadaan cuaca buruk.

Pasukan petugas dari wilayah barat daya San Juan menemui Gomez dalam sebuah khemah di ketinggian 2,840 meter (9,318 kaki) dari paras laut.

Gomez yang tidak berdaya dan terdesak berjaya menarik perhatian pasukan itu dengan berjalan terincut-incut sambil membuka pintu khemahnya.

Gabenor San Juan, Jose Luis Gioja memberitahu akhbar Diario de Cuyo, kisah Gomez dianggap satu keajaiban.

“Kami seolah-olah tidak percaya dengan kejadian itu,” katanya.

Gula, kismis, tikus dan baki bekalan makanan di khemah itu membolehkan Gomez terus hidup sepanjang musim sejuk di Hemisfera Selatan.

Akhbar Uruguay El Pais pula berkata, doktor yang memeriksa keadaan Gomez terkejut dengan daya pulih lelaki itu.

“Dia pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi, punyai sejarah merokok dan mengalami tanda-tanda kekurangan zat.

“Tetapi dia akan pulih dalam masa beberapa hari lagi, dan kami akan membenarkan dia pulang,” katanya.

Kisah Gomez mengimbau kenangan pada 1972 apabila sebuah pesawat yang membawa pasukan ragbi Uruguay ke Chile terhempas di bahagian terpencil Andes.

Kejadian itu menyebabkan 29 orang maut, tetapi 16 mangsa yang terselamat berjaya meneruskan hidup dengan memakan daging rakan mereka yang mati. - Agensi

Mamnoon Presiden baru Pakistan


ISLAMABAD 9 Sept. - Mamnoon Hussain (gambar), hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu Pakistan menggantikan Asif Ali Zardari yang meletak jawatan, semalam selepas tamat penggal pemerintahannya.
Mamnoon mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis yang disaksikan oleh Ketua Hakim Pakistan, Iftikhar Chaudhry.
Menurut koresponden, beliau adalah calon mengejut bagi parti pemerintah Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), tetapi sebaik-baik sahaja namanya dicalonkan, pemilihannya terus diterima sebulat suara.
Mamnoon merupakan seorang ahli perniagaan dari Karachi terkenal dengan kesetiaannya kepada PML-N.
Beliau juga adalah kawan rapat kepada Perdana Menteri Nawaz Sharif dan seorang yang merendah diri. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130910/lu_09/Mamnoon-Presiden-baru-Pakistan#ixzz2eSAtj6gc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

8 terbunuh pemberontak MNLF serang Zamboanga



PASUKAN keselamatan bersiap sedia untuk menggempur anggota MNLF yang menjadikan penduduk kampung sebagai tebusan di bandar Zamboanga, Filipina semalam.


MANILA - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas kira-kira 300 pemberontak Islam bertempur dengan tentera Filipina di bandar Zamboanga, selatan negara ini semalam.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, pertempuran meletus setelah tentera menyekat kemaraan gerila dipercayai anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menuju ke pusat bandar Zamboanga.
Menurut Zagala, gerila MNLF itu kemudian bersembunyi di sebuah kawasan setinggan penduduk Islam di Rio Hondo dan mereka tidak mahu berunding dengan pasukan keselamatan.
Datuk Bandar Zamboan- ga, Maria Isabelle Climaco menyatakan bahawa pertempuran itu mengorbankan seorang anggota pasukan khas Tentera Laut Filipina, seorang anggota polis dan empat orang awam.
Seramai 24 orang awam, sejumlah pemberontak dan anggota tentera turut cedera.
Pihak tentera memberitahu, sekurang-kurangnya dua pemberontak terbunuh.
Sumber tentera dan polis berkata, kumpulan pemberontak menahan 20 penduduk di sebuah kampung dekat Rio Hondo sebagai tebusan.
Kumpulan lelaki bersenjata itu dilaporkan menuntut supaya bendera mereka dikibarkan di Dewan Bandaraya di wilayah berkenaan.
"Kami enggan membenarkan satu lagi pasukan bersenjata berarak di sekitar bandar-bandar kita. Itu tidak boleh diterima," kata Zagala.
Keganasan di bandar pelabuhan yang mempunyai hampir sejuta penduduk bermula pada malam kelmarin apabila polis menahan lima pemberontak MN- LF yang memakai seragam tentera serta membawa senjata api.
Perkembangan itu disusuli ketibaan berpuluh-puluh pemberontak bersenjata yang menaiki sebuah bot besar dan lapan bot kecil di perairan Rio Hondo hingga berlaku pertempuran yang meragut nyawa seorang anggota keselamatan.
Pertempuran itu memaksa beratus-ratus penduduk Rio Hondo lari menyelamatkan diri. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2eRGdQ45F 
Hakcipta terpelihara 

Ribuan rakyat berarak sekitar jalan-jalan utama di Tunis, semalam.

Perhimpunan mega Tunisia TUNIS - . Krisis politik di Tunisia semakin buruk apabila ribuan rakyatnya melancarkan perhimpunan mega menuntut kerajaan dibubarkan sekali gus menjadi protes antikerajaan terbesar setakat ini.

Krisis itu makin meruncing sejak pembunuhan ahli Parlimen, Mohamed Brahmi 25 Julai lalu.

Tunjuk perasaan bermula di Bab Saadoun, pinggir Tunis, sebelum merebak ke Bardo Square.

Perarakan turut disertai pelbagai parti pembangkang daripada sayap radikal dan sayap kanan.

Menurut laporan AP, mereka mahu kerajaan pimpinan parti berhaluan Islam, Parti Ennahda meletak jawatan.

Tunjuk perasaan itu juga dilakukan sempena memperingati 40 hari, tarikh pembunuhan ahli Parlimen  Chakri Belaid.

Kali terakhir revolusi rakyat berlaku pada 2011 ketika penggulingan bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Bekas pemimpin diktator itu kemudiannya digantikan Al-Nahda.

MNLF tawan ratusan penduduk

MNLF tawan ratusan pendudukMANILA - FILIPINA. Kira-kira 250 penduduk kampung ditahan sebagai tebusan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di dua lokasi berasingan di Zamboanga, Mindanao, hari ini.
 
Beberapa jam sebelum insiden itu, unit peronda tentera laut dilaporkan bertempur dengan pemberontak MNLF yang tiba di bandar itu dengan motobot.
 
Dipetik Agensi, Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Climaco-Salazar memaklumkan, enam termasuk empat orang awam terkorban, manakala lebih 20 cedera dalam kejadian tersebut.
 
Dalam satu kenyataan, Jeneral Rey Ardo menggesa penduduk supaya bertenang dan sentiasa berwaspada jika MNLF menceroboh ke kawasan lain di Mindanao Barat.
 
"Kami mengintip pergerakan MNLF sejak tiga hari lalu. Kami tidak dapat memberikan jumlah sebenar pemberontak MNLF yang terlibat dalam serangan itu," jelasnya.
 
Menurutnya, pihak berkuasa percaya, serangan kali ini bukan diketuai pemimpin MNLF, Nur Misuari sebaliknya ia didalangi komander Habier Malik.
 
Pihak berkuasa juga turut meningkatkan kawalan di beberapa lebuh raya dan kawasan kejiranan di Rio Hondo dan memindahkan lebih 1,400 penduduk dan tentera tambahan dari Semenanjung Zamboanga dan Basilan juga dikerah ke bandar berkenaan.