Thursday, April 26, 2012

Dilayan bagai haiwan



         
KUALA LUMPUR: “Saya hanya terbayangkan penjara dan tali gantung kerana orang yang saya sayangi sebenarnya penagih serta pengedar dadah,” kata seorang ibu muda yang kini menyesali perbuatannya lari dari rumah sejak 2007 kerana mengikut teman lelaki.

Wanita berusia 23 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Nora berkata, selepas lari dari rumah, dia berkahwin dengan kekasihnya di selatan Thailand, namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan setahun.

Nora berkata, dia bercerai sejurus melahirkan anak kembar lelaki pada 2008, namun seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.

“Selepas itu saya hidup sendirian kerana saya masih tidak pulang ke pangkuan ibu bapa, sebaliknya hanya menyerahkan anak saya untuk mereka jaga.


“Pada April tahun lalu, saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya anggap mampu menjadi penyelamat dan memberi kebahagiaan.


“Bagaimanapun, impian saya menjadi sebaliknya kerana dia rupa-rupanya penagih serta pengedar dadah. Setahun hidup bersamanya ibarat dalam neraka kerana saya bukan saja selalu dipukul, malah turut dipaksa mengambil dadah,” katanya.

‘Semua itu fitnah’


ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri.
ZAHIDA...enggan ulas hubungan dengan menteri.
KUALA LUMPUR: “Saya hanya mengenali menteri itu sebagai seorang pemimpin negara, tidak lebih daripada itu,” kata pelakon, Zahida Rafik mengenai dakwaan dia menjalin hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
Zahida, membuat kenyataan ringkas itu ketika ditemui sewaktu dia menghadiri satu majlis amal anjuran Persatuan Kebajikan Ikatan Ukhuwah di sini, semalam Bagaimanapun, dia yang popular menerusi lakonan dalam filem Kuliah Cinta dan Anak Mami The Movie enggan menghuraikan lebih lanjut mengenai pelbagai khabar angin yang wujud mengenai kononnya dia ada hubungan dengan Shafie. 
“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai isu ini kerana semuanya sudah saya serahkan kepada peguam saya dan mereka menasihatkan supaya berdiam diri sehingga masa yang sesuai,” katanya.
Ketika ditanya mengenai penyebaran sepucuk surat di Internet yang didakwa ditulis olehnya dan kandungan surat itu antara lain menafikan dia menerima wang sejumlah RM1.5 juta daripada Shafie sepanjang Oktober 2011 hingga Januari lalu, Zahida turut menafikan dirinya ada kaitan dengan surat berkenaan.
“Bukan saya yang tulis surat itu. Semuanya fitnah semata-mata. Saya hairan dan pelik apabila saya dikatakan ada menulis surat terbuka di Internet. Ini semua bertujuan menjejaskan reputasi serta nama baik saya.

“Saya tidak menjangka akan terjerat. Sejujurnya, saya langsung tidak tahu siapa dalang yang memfitnah kononnya saya menulis surat itu. Semua itu fitnah dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

10 anak kebulur, ibu pula bersolek




         
JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang kerap bertukar kerja termasuk menjadi pelayan di pusat karaoke di daerah ini tergamak membiarkan 10 anak kebuluran sedangkan dia menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membeli alat solek.

Wanita yang kematian suami pada Februari 2011 akibat batuk kering itu galak bekerja dan sering pulang lewat pagi menyebabkan anaknya terabai.


Mendedahkan perkara itu, ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, 49, berkata, selepas kematian suami, adik perempuannya menggalas tanggungjawab menyara keluarga.

“Adik perempuan saya, Ain, 37, berasal dari Indonesia, melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuk pembantu kedai makan.


“Selepas bekerja, sikap Ain berubah termasuk gemar bersosial sebelum menerima tawaran bekerja di sebuah pusat karaoke sebagai pelayan tetamu.


“Dia hanya pulang sesekali dan akibat boros membeli alat solek dan pakaian berjenama, Ain gagal melunaskan sewa rumah mahu pun membeli makanan untuk anak hingga mereka kebuluran.

“Pada masa sama, Ain turut menggunakan wang RM450 diberi JKM untuk belanja anak bagi membeli barangan keperluan peribadinya,” katanya.


Menurut Aminah, Ain turut mengarahkan anak sulungnya melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh serta menjaga sembilan adik.

Aminah berkata, perkara itu menimbulkan gangguan mental kepada anak sulung Ain yang dikenali sebagai Diah, 16.


“Keadaan Diah semakin teruk apabila ibunya kerap membawa lelaki berlainan pulang ke rumah. Akibatnya, Diah melarikan diri ke rumah saya.


“Bimbang banyak perkara negatif membabitkan keluarga Ain, saya dan beberapa jiran mengadukan perkara itu kepada JKM,” katanya.


Sementara itu, Pengarah JKM Negeri Johor, Khatijah Abdullah berkata, anak wanita terbabit berusia antara empat hingga 16 tahun diselamatkan pihaknya pada pertengahan November lalu.


“Pada perbicaraan dijalankan, Ain memaklumkan dia tidak mampu memelihara anaknya lagi dan mahkamah memutuskan lapan beradik daripada 10 anaknya dihantar ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Pahang pada Disember lalu,” katanya.

Pondan calon pilihan raya

Berita Harian Online | Pondan calon pilihan raya:





2012/04/26

BANGKOK: Seorang pondan mendapat tumpuan ramai di Thailand apabila mencatat sejarah sebagai orang yang pertama di kalangan golongan berkenaan untuk mendaftar sebagai calon pilihan raya Wilayah Pentadbiran Nan. 

“Saya yakin pengalaman dan kemampuan saya akan berguna dalam pembangunan wilayah Nan,” kata Yonlada ‘Kirkkong’ Suanyos, 30, kelmarin.
Walaupun dianggap sebagai muka baru dalam politik, Yonlada, sudah terkenal sebagai presiden Persatuan Wanita Trans Thailand.
Sejak beberapa tahun lalu, Yonlada berkempen supaya diberi hak untuk berpolitik. Selain itu dia turut memiliki perniagaan barang kemas sendiri selain mengendalikan stesen televisyen satelit. 

Tahun lalu, Yonlada dinamakan oleh pertubuhan media sebagai salah seorang wanita paling berpengaruh dalam di kalangan masyarakat Thailand. 

“Saya percaya golongan pondan dan golongan homoseksual akan memberi sokongan kepada saya,” katanya. 

Selepas menjalani pembedahan menukar jantina pada usia 16 tahun, Yonlada adalah wanita secara fizikalnya tetapi dokumen rasmi masih menggelarnya lelaki. 
Beberapa personaliti hiburan turut menyokong kempen Yonlada untuk jawatan kaunselor Nan. 

Penyelaras projek bagi Yayasan M Plus, Pongthorn Chalearn, berkata kehadiran Yonlada dalam pilihan raya di Nan akan meningkatkan kepelbagaian politik. 

“Sudah lama lelaki menguasai politik negara ini. Yonlada mempunyai peluang baik untuk menang kerana mendapat sokongan padu di utara wilayah itu. Ibunya pernah menjadi ketua komuniti Ban Suan Tan,” katanya. 

Yonlada bertanding sebagai calon nombor satu di bahagian pilihan raya satu di Tambon NaiWiang. Pencabarnya ialah Pawat Sattayawong and Suchart Jitbanjong, kedua-duanya lelaki. – Agensi

2.27 juta pengundi baharu didaftar

Kosmo! Online - Negara:







KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara semalam diberitahu bahawa seramai 2,270,002 pengundi baharu didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu merupakan pemilih baharu tertinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011).
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baharu berdaftar mengikut kaum sejak 2008.

'via Blog this'

Saya bukan isteri menteri – Zahida

Kosmo! Online - Negara:





KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.
Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.
Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

'via Blog this'