Saturday, January 31, 2015

Harga RON95, RON97 dan diesel turun mulai 1 Feb


minyak
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Februari 2015.
  
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.
  
Beliau berkata, kerajaan pada 21 November 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.
  
"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
  
Beliau berkata, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
  
"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya. - Bernama

Anjing menangis kembar mati

Brutus
Brutus
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati menarik perhatian ratusan pelayar laman video YouTube.

Dalam video tersebut, keadaan Brutus menyayat hati apabila dia menangis dan tidak berganjak walaupun ditenangkan tuannya, Brett Bennett.

Menurut laporan Dailymail UK, Hank, kembar kepada Brutus, mati ketika tidur dan punca kematian haiwan berkenaan tidak diketahui. Hank disahkan mati 20 Januari lepas.

Brutus dilihat jelas menitiskan air matanya ketika baring di atas kepala Hank dan reaksi anjing berkenaan menarik simpati pencinta haiwan anjing dan seumpamanya.

Haiwan Pelik Ditemui di Sibu Sarawak


SIBU: Sekumpulan pekerja warga Indonesia terkejut melihat satu haiwan pelik yang cuba menerkam mereka di ladangkelapa sawit pagi semalam.

Khuatir dengan keselamatan mereka, salah seorangdaripada mereka bertindak memukul haiwan itu hingga pengsan.

Apabila haiwan itu sedar semula, mereka menghalaunya kembali ke dalam hutan.

Menurut mereka lagi, ini adalah kali pertama mereka melihat haiwan pelik yang tidak diketahui spesiesnya dan mereka berpendapat haiwan tersebut seakan-akan beruang yang sudah tua, yang sudah gugur bulunya. - Siakapkeli.com.my, Sumber - The Borneo Post



Raja Arab Saudi Tinggal Obama Sahut Panggilan Solat


Setelah berkunjung ke India, Presiden US, Barrack Obama singgah di Arab Saudi bersama dengan isterinya bagi mengucapkan takziah kepada keluarga diraja atas kemangkatan Raja Abdullah dan juga penghormatan keatas pertabalan raja baru iaitu Raja Salman.

Namun sesuatu yang luar biasa terjadi ketika kunjungan Obama di Arab Saudi dimana Raja baru itu pergi meninggalkan manusia paling berpengaruh itu dan isteri bersendirian apabila azan asar berkumandang.

Video ketika lawatan Obama itu telah dirakam dan dimuat naik ke laman Youtube dan menerima sejumlah tontonan yang banyak dengan komen positif dari pengguna laman tersebut. Di dalam video tersebut, kelihatan Raja Salman bersama beberapa menteri menyambut kedatangan Obama di lapangan terbang. Setelah berjabat tangan, Raja Salman dilihat meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar.

Obama setelah itu berjalan di atas karpet merah bersama isterinya tanpa ditemani oleh Raja Salman.

Seorang rakyat arab saudi telah memuat naik satu tweet berserta gambar dengan kapsyen "Inilah lelaki yang meninggalkan pemimpin negera terpenting dunia untuk sembahyang". -Siakapkeli.com.my

Aziz Desa masuk hospital kali keempat

Oleh Hamzah Osman 
am@hmetro.com.my


Langkawi: Bekas selebriti TV3 Aziz Desa, 50, kini terlantar di Hospital Langkawi (HL) akibat masalah buah pinggang yang kronik dan penyakit kencing manis.
Aziz atau nama sebenar Abdul Azid dimasukkan ke hospital itu sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.
Menurutnya, doktor mengesahkan penyakit buah pinggangnya berada pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialis dalam tempoh terdekat.
"Ini adalah kali keempat saya masuk hospital akibat penyakit serius. Sebelum ni saya masuk hospital kerana penyakit kencing manis.
"Saya kemudian disahkan pula menghadapi masalah buah pinggang pada tahap lima dan perlukan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 1:02 PM


KEADAAN Aziz Desa yang terlantar di Hospital Langkawi. FOTO Hamzah Osman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27395#sthash.bRogpv1k.dpuf

Bahaya lelaki bunga

Abha, Arab Saudi: Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan.
Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi - Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa - termasuk kerajaan.
Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu.
Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka.
“Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka.
“Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya.
Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat.
Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka.
“Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya.
Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27503#sthash.8FHwXJn7.dpuf

Raja Salman pecat dua putera Raja Abdullah


GAMBAR fail 8 Ogos 2013 menunjukkan Putera Khaled Bin Bandar Bin Abdul Aziz (tengah) menghadiri solat sunat Aidilfitri di sebuah masjid Riyadh.


RIYADH – Pemerintah baharu Arab Saudi, Raja Salman bin Aziz al-Saud berusaha untuk mengukuhkan kuasanya kelmarin apabila baginda bertindak memecat dua anak lelaki Almarhum Raja Abdullah, beberapa ketua pe­risikan dan agensi utama di samping merombak Kabinet.
“Raja Salman mengeluarkan ­perintah memecat Ketua Pe­risikan Umum, Putera Khalid bin Bandar bin Abdul Aziz al-Saud,” lapor agensi berita Saudi Press.
Pengumuman itu dibuat selepas Raja Salman menaiki takhta susulan kemangkatan Raja Abdullah.
Dalam satu perintah ­berasingan, Putera Bandar bin Sultan yang merupakan anak saudara Raja Abdullah turut dilucutkan daripada jawatan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara dan penasihat raja.
Dua lagi anak lelaki almarhum turut dipecat ialah Putera Mishall yang merupakan Gabenor Mekah dan pemerintah bandar raya ini, Putera Turki.
Seorang lagi anak lelaki Raja Abdullah, Putera Mitep mengekalkan kedudukannya sebagai menteri yang bertanggungjawab mentadbir pasukan Pengawal Kebangsaan yang mempunyai kira-kira 200,000 askar.
Raja Salman, 79, yang me­rupakan adik tiri Raja Abdullah turut menamakan 31 muka baharu dalam Kabinetnya yang antara lain me­rangkumi porfolio kebudayaan dan maklumat, hal ehwal sosial, perkhidmatan awam dan komunikasi.
Beberapa jam selepas kemangkatan Raja Abdullah pada minggu lalu, Raja Salman melantik anak lelakinya, Putera Mohamed bin Salman sebagai Menteri Pertahanan Arab Saudi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3QLqG5uN8 
Hakcipta terpelihara 

‘Senjata’ baharu buru pesalah trafik


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bagi mereka yang mempunyai saman trafik tertunggak, kini adalah masa untuk melunaskannya segera.
Ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan gajet baharu tidak lama lagi yang mampu mengecam kesalahan dengan sekelip mata sahaja.
Alat pengimbas nombor plat kenderaan atau Automated Numbers Plate Recognition (ANPR) yang bernilai kira-kira RM5 juta bakal menjadi ‘senjata’ terbaharu polis trafik bagi memburu pesalah-pesalah trafik di seluruh negara.
Menariknya gajet canggih itu tidak akan dipasang di jalan-jalan tertentu sebaliknya bergerak secara mobil dan polis yang mengesan kesalahan itu difahamkan mampu mengambil tindakan serta-merta.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abd. Latiff berkata, pihaknya bakal memiliki ANPR menjelang tahun ini untuk memantapkan lagi penguatkuasaan polis trafik.
“Kita bakal memiliki sekurang-kurangnya 20 unit ANPR ini pada tahun ini dan akan terus mengaplikasi kelebihan yang ada untuk mencari pesalah-pesalah trafik yang tegar.
“Alat ini bernilai RM250,000 seunit dan kita difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menguruskan prosedurnya untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lama lagi,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Fuad menyatakan, ANPR bakal digunakan secara meluas di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran untuk memburu warganegara asing yang liat membayar saman trafik.
“Rekod PDRM menunjukkan kami hanya mengutip RM2.4 juta atau dua peratus sahaja daripada jumlah 300,000 keseluruhan saman yang dikeluarkan terhadap warganegara Singapura. Oleh demikian penggunaan ANPR bakal menjadikan mekanisme terbaik untuk memburu mereka,” katanya.
Difahamkan, ANPR tidak hanya dimiliki pasukan trafik malah jabatan lain kerana gajet tersebut mampu mengesan pelbagai kesalahan jenayah lain seperti kenderaan curi, hilang dan sebagainya.
Dalam perkembangan lain Mohd. Fuad berkata, pihaknya menganggap jumlah kematian pengguna jalan raya pada tahun lepas yang hanya menurun sebanyak 0.2 peratus berbanding jumlah 447,204 pada 2013 adalah sesuatu yang tidak menggembirakan.
“Saya masih tidak berpuas hati dengan penurunan yang jelas begitu sedikit ini iaitu penurunan 1,008 kes sahaja. Tahun lepas kita merekodkan jumlah 476,196 kes dengan 6,674 kematian di atas jalan raya.
“Punca utama kejadian kemalangan ini adalah berkaitan sikap pemandu dan saya tidak tahu kenapa perkara ini berlaku. Seolah-olah sikap rakyat kita ini akan berubah serta-merta ketika mereka berada di atas jalan raya.
“Mungkin perkara ini berlaku ekoran masalah psikologi dan saya berharap satu kajian tentang perkara ini dilakukan pihak tertentu untuk mengetahui kenapa rakyat kita bersikap begitu ketika memandu. Mungkinkah ia disebabkan cuaca, makanan yang kita ambil atau persekitaran,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/8216-senjata-8217-baharu-buru-pesalah-trafik-1.54582#sthash.vGnAWhc1.dpuf

Harga baharu minyak mulai 12.01 malam ini


Hasan Malek (kanan) sewaktu melancarkan Program Keusahawanan Bumiputera
Hasan Malek (kanan) sewaktu melancarkan Program Keusahawanan Bumiputera Coolblog di Universiti Antarabangsa UNITAR, Kelana Jaya, semalam. Turut hadir Duta Coolblog, Elfira Loy (dua dari kanan). – Utusan/Mohd. Shaharani Saibi
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Harga baharu minyak akan diumumkan tengah malam esok sebelum berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam, 1 Februari.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak mengumumkan harga baharu komoditi itu lebih awal kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh Kabinet mulai tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada hak masing-masing untuk membuat spekulasi tentang harga baharu minyak yang akan diumumkan kerajaan nanti.
“Kita akan teruskan begitu sebagaimana yang telah dibuat pada 1 Januari lalu. Dalam masa sama, saya juga tidak boleh menahan mana-mana pihak untuk membuat spekulasi berhubung harga minyak kali ini. Tunggu keputusannya tengah malam esok jika tiada apa-apa masalah,” katanya selepas merasmikan Program Keusahawanan Bumiputera Coolblog di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), Datuk Abdul Rahman Ahmad; Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin; Pengerusi Coolblog merangkap Pengarah Kanan Pelaburan Ekuinas, Nik Johaan Nik Hashim dan Pengarah Universiti Antarabangsa Unitar, Ijlal Nadzir.
Pada 1 Januari lalu, kerajaan telah mengumumkan harga minyak RON95 diturunkan sebanyak 35 sen kepada RM1.91. Langkah itu dibuat setelah subsidi minyak dihapuskan pada 1 Disember 2014.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang kenaikan cukai diesel sebanyak 30 sen ekoran penurunan harga minyak, Hasan berkata, pengguna perlu membuat keputusan bijak sebelum membuat sesuatu pembelian.
“Ketika harga minyak naik, peniaga bagi alasan mereka tiada pilihan dan kena naikkan harga barang dan apabila minyak turun, mereka senyap. Jadi pengguna kena suarakan di mana silapnya. Di pihak kementerian pula, kita sentiasa bekerjasama rapat dengan pengeluar, pengilang dan peruncit untuk mendapatkan kesefahaman antara kedua-dua pihak sekali gus mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna dan peniaga,” katanya.
Semalam, Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) menyuarakan tentang kenaikan cukai diesel sebanyak 30 sen yang didakwa memberi kesan besar kepada operasi hampir keseluruhan industri berkaitan pengilangan dan logistik.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-baharu-minyak-mulai-12-01-malam-ini-1.54607#sthash.dMYveKq3.dpuf

Raja Salman rombak Kabinet


Raja Salman
Raja Salman
RIYADH 30 Jan. – Pemerintah baharu Arab Saudi, Raja Salman merombak barisan Kabinet negara ini secara besar-besaran dengan mengekalkan hanya beberapa jawatan menteri termasuk Menteri Luar, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
Beliau membuat pengumuman itu semalam yang disiarkan secara langsung melalui stesen televi­syen tempatan, seminggu selepas abangnya, Raja Abdullah mangkat ketika berusia 90 tahun.
Beliau turut meng­umumkan bayaran bonus dua bulan kepada kakita­ngan serta pesara kerajaan.
Salman menggugurkan jawatan dua anak lelaki Raja Abdullah, Turki dan Mishaal daripada jawatan Gabenor Riyadh dan Gabenor Mekah yang masing-masing digantikan oleh Faisal bin Bandar dan Khaled al-Faisal.
Menurut laman web, arabnews.com, Mishaal kemudian dilantik sebagai penasihat raja dengan pangkat bertaraf menteri.
Dua jawatan gabenor tersebut selalunya dipegang oleh putera tertinggi dan menjadi batu loncatan kepada pemegang jawatan untuk beralih kepada tampuk yang lebih tinggi.
Salman turut menggantikan beberapa pegawai ter­tinggi agama dan menukar dua ulama yang mengetuai Kementerian Kehakiman dan Polis Syariah.
Beliau melantik peguam, Mohammed Jadaan sebagai Pe­ngarah Badan Berkuasa Pasaran Modal dan mengekalkan Menteri Mi­nyak, Ali al-Naimi serta Menteri Luar, Putera Saud al-Faisal.
Jawatan Menteri Buruh, Menteri Perdagangan, Menteri Pe­ngangkutan, Menteri Ekonomi dan Perancangan turut dikekalkan, manakala menteri baharu dilantik untuk Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan dan Maklumat.
Sementara itu, Salman menggabungkan Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Pe­ngajian Tinggi dan memansuhkan Majlis Agung Hal Ehwal Petroleum dan Mineral serta menggantikan badan itu de­ngan pertubuhan baharu, menurut teks dekri diraja. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/raja-salman-rombak-kabinet-1.54451#sthash.qDBUYrPb.dpuf