Monday, December 23, 2013
Jahit mulut sendiri tanda protes
Rome: Empat warga Afrika Utara yang ditahan di sebuah pusat tahanan pendatang asing di Rome menjahit bibir masing-masing kerana membantah penahanan mereka.
Lelaki berusia antara 20 dan 40 tahun itu menggunakan benang daripada selimut dan jarum kecil untuk menjahit mulut mereka di pusat tahanan Ponte Galeria kelmarin.
Pusat tahanan berkenaan yang dikawal rapi menempatkan ratusan pendatang asing sementara menunggu proses untuk menghantar mereka pulang.
“Tindakan mereka mendorong kami mengkaji semula layanan yang diberikan kepada pendatang asing yang datang ke negara ini kerana melarikan diri daripada peperangan, keganasan dan kemiskinan di negara mereka,” kata datuk bandar Rome Ignazio Marino.
Lebih 33,000 pendatang mendarat di pantai Itali sejak hujung Oktober lalu, hampir tiga kali ganda berbanding jumlah yang tiba sepanjang 2012.
Sebahagian besar mereka berasal dari negara Afrika.
Tetapi kini, jumlah yang tiba dari Syria juga meningkat.
Dalam kejadian paling buruk Oktober lalu, sebuah bot yang sesak dengan pendatang terbakar dan karam berhampiran pantai Lampedusa, menyebabkan 366 orang mati.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23
Cinta murtad
Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling
“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23
Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.
Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya.
Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad.
“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
GAMBAR gadis yang lari dan menetap bersama kekasih bukan Islam.
“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Desak gencatan senjata di selatan Sudan
23 Disember 2013
Tentera PBB meneruskan usaha memindahkan penduduk di Bor.
ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Kesatuan Afrika (AU) mendesak gencatan senjata perlu dilakukan segera di selatan Sudan menjelang hari Krismis.
Pengerusi AU, Nkosazana Dlamini-Zuma berkata, tindakan itu sebagai tanda komitmen semua pihak untuk kesejahteraan rakyat di negara terbabit.
“Konflik ini semakin kritikal apabila serangan turut melibatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan orang awam. Serangan ini adalah jenayah perang paling dahsyat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberi amaran selepas tiga pesawat tentera AS ditembak ketika cuba memindahkan penduduk dari kawasan terpencil di bandar Bor wilayah Jong-Lei.
Menurut kenyataan dari Rumah Putih kepada Reuters, sebarang usaha untuk merampas kuasa melalui penggunaan tentera bakal berakhir dengan peperangan.
Kejadian terbabit berlaku sehari selepas helikopter PBB ditembak jatuh di wilayah sama dalam misi memindahkan warga AS di Bor.
Tembakan yang dilepaskan memaksa pesawat berundur ke landasan udara pinggir Sudan.
Misi menyelamat kemudiannya dibatalkan dan pesawat meneruskan penerbangan ke Uganda.
Mangsa kemudiannya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara AS C-17 untuk rawatan lanjut di Nairobi, Kenya.
Pergelutan antara tentera Presiden Salva Kiir dan bekas Timbalan Presiden, Riek Machar sejak Ahad lalu itu dijangka merebak ke beberapa wilayah lain.
Tentera PBB meneruskan usaha memindahkan penduduk di Bor.
Pengerusi AU, Nkosazana Dlamini-Zuma berkata, tindakan itu sebagai tanda komitmen semua pihak untuk kesejahteraan rakyat di negara terbabit.
“Konflik ini semakin kritikal apabila serangan turut melibatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan orang awam. Serangan ini adalah jenayah perang paling dahsyat,” katanya.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberi amaran selepas tiga pesawat tentera AS ditembak ketika cuba memindahkan penduduk dari kawasan terpencil di bandar Bor wilayah Jong-Lei.
Menurut kenyataan dari Rumah Putih kepada Reuters, sebarang usaha untuk merampas kuasa melalui penggunaan tentera bakal berakhir dengan peperangan.
Kejadian terbabit berlaku sehari selepas helikopter PBB ditembak jatuh di wilayah sama dalam misi memindahkan warga AS di Bor.
Tembakan yang dilepaskan memaksa pesawat berundur ke landasan udara pinggir Sudan.
Misi menyelamat kemudiannya dibatalkan dan pesawat meneruskan penerbangan ke Uganda.
Mangsa kemudiannya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara AS C-17 untuk rawatan lanjut di Nairobi, Kenya.
Pergelutan antara tentera Presiden Salva Kiir dan bekas Timbalan Presiden, Riek Machar sejak Ahad lalu itu dijangka merebak ke beberapa wilayah lain.
Liga Arab tolak AS
23 Disember 2013
KAHERAH - MESIR. Negara Liga Arab bersepakat menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan tentera Israel ditempatkan di sempadan timur Palestin.
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby berkata, cadangan itu dilihat sebagai cubaan meluaskan kawalan di negara terbabit.
“Rundingan itu berat sebelah kerana ianya memberi kelebihan kepada AS dan menafikan hak penduduk Palestin. Walaupun cadangan itu memberi jaminan keselamatan untuk semua pihak namun perkara itu tetap satu pencabulan hak,” katanya menurut laporan Press TV.
Menurutnya, tidak akan wujud sebarang resolusi selagi tentera Israel terus berkuasa di Palestin.
Rabu lalu, Mahmoud Abbas menolak cadangan Israel untuk ditempatkan di Lembah Jordan, tetapi beliau menerima kehadiran tentera AS di sana.
Erdogan makin angkuh
Kumpulan anti kerajaan mendesak Erdogan meletak jawatan.
23 Disember
2013 ANKARA - TURKI. Media Turki menyifatkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan semakin angkuh kerana tidak mahu berkongsi kuasa.
Editor Hurriyet News Barcin Yinance berkata, sikap pemimpin yang memenangi pilihan raya sejak 2000 itu makin berubah.
“Kelantangannya membuatkan menteri lain gagal berkomunikasi secara terbuka. Perkara ini menyebabkan kepincangan dan rasuah. Kebebasan media juga terbatas sejak ramai wartawan ditahan atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Sejak minggu lalu, Erdogan menjadi sasaran cemuhan apabila terdapat segelintir pihak cuba untuk menggulingkannya.
Sementara itu menurut laporan Press TV, seorang ketua polis dari unit anti rasuah ditemui mati dipercayai membunuh diri.
Insiden itu berlaku selepas beberapa pegawai polis dipecat berhubung skandal rasuah.
23 Disember
2013 ANKARA - TURKI. Media Turki menyifatkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan semakin angkuh kerana tidak mahu berkongsi kuasa.
Editor Hurriyet News Barcin Yinance berkata, sikap pemimpin yang memenangi pilihan raya sejak 2000 itu makin berubah.
“Kelantangannya membuatkan menteri lain gagal berkomunikasi secara terbuka. Perkara ini menyebabkan kepincangan dan rasuah. Kebebasan media juga terbatas sejak ramai wartawan ditahan atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Sejak minggu lalu, Erdogan menjadi sasaran cemuhan apabila terdapat segelintir pihak cuba untuk menggulingkannya.
Sementara itu menurut laporan Press TV, seorang ketua polis dari unit anti rasuah ditemui mati dipercayai membunuh diri.
Insiden itu berlaku selepas beberapa pegawai polis dipecat berhubung skandal rasuah.
Drummer Santana jadi pengemis
23 Disember 2013
OAKLAND - CALIFORNIA. Band latin rock, Santana Blues diketuai Carlos Santana suatu masa dahulu pernah popular dengan lagu Black Magic Woman dan Evil Ways.
Kemuncak penampilan mereka pada 1960-an menambahkan bisa menerusi pemain drumnya, Marcus Malone.
Selepas kumpulan itu berpecah lebih 40 tahun, Malone menjadi pengemis di Oakland selepas bebas dari penjara.
Liputan kisah hidup Malone disiarkan dalam program People Behaving Badly akhirnya menemukan dua sahabat itu.
“Pertemuan Santana dengan Malone berlaku penuh emosi selepas saya dihubungi Santana menerusi Facebook,” menurut wartawan Robert Stanley kepada DyMail.
Santana bertemu Malone di Oakland. |
Kemuncak penampilan mereka pada 1960-an menambahkan bisa menerusi pemain drumnya, Marcus Malone.
Selepas kumpulan itu berpecah lebih 40 tahun, Malone menjadi pengemis di Oakland selepas bebas dari penjara.
Liputan kisah hidup Malone disiarkan dalam program People Behaving Badly akhirnya menemukan dua sahabat itu.
“Pertemuan Santana dengan Malone berlaku penuh emosi selepas saya dihubungi Santana menerusi Facebook,” menurut wartawan Robert Stanley kepada DyMail.
Imam dilarang masuk Britain
23 Disember 2013
RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang imam fahaman Wahabi dilarang memasuki Britain.
Visa Sheikh Adel al-Kalbani disita pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khaled di Riyadh, Arab Saudi.
"Saya ke Britain untuk memberi ceramah tetapi Kedutaan Britain melarang saya memasuki Britain," katanya kepada Press TV.
Menurutnya, dia menerima visa Oktober lalu, selepas dua minggu permohonan.
Pada 2008, beliau dibenarkan masuk ke negara itu setelah menjadi tetamu dalam satu majlis di timur London.
Machar mengaku ketuai pemberontakan
JUBA 22 Dis. - Bekas Timbalan Presiden Sudan Selatan, Riek Machar mengesahkan bahawa beliau mengetuai pemberontakan dan mendakwa telah menguasai negeri Unity yang merupakan pengeluar minyak utama di negara ini.
Saluran BBC yang memetik Machar hari ini melaporkan, beliau bersedia untuk berunding dengan kerajaan jika semua pegawainya yang ditahan, dibebas dan dibenarkan transit ke negara-negara lain seperti Ethiopia.
Beberapa bekas menteri ditahan serta-merta oleh pihak berkuasa selepas pertempuran berdarah membabitkan penyokong Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir dan penyokong Machar berlaku, di negara ini pada minggu lalu.
Sehubungan itu, Machar bersembunyi di sebuah lokasi rahsia, namun beliau sebenarnya dipercayai masih berada di negara ini.
Kiir turut melahirkan persetujuan untuk mengadakan perbincangan dengan Machar, selain beberapa pemimpin dunia menggesa agar keganasan di negara ini dihentikan segera.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mendesak kedua-dua pemimpin itu mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan negara ini terjerumus ke dalam kancah peperangan.
"Saya meminta agar semua pemimpin politik, tentera dan militia bergabung untuk menghentikan keganasan yang berlaku.
"Kesemua pihak perlu bekerjasama untuk kepentingan rakyat Sudan Selatan," katanya.
Sebelum itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran tentang cubaan rampasan kuasa oleh tentera di negara ini.
"AS tidak akan menyokong sebarang usaha untuk melakukan rampasan kuasa di Sudan Selatan," ujarnya. - AFP/DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_07/Machar-mengaku-ketuai-pemberontakan#ixzz2oHsscItc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pengusiran aktivis sayap kiri cetus pertempuran
HAMBURG 22 Dis. - Sebanyak 82 orang anggota polis dan beberapa penunjuk perasaan cedera, dalam pertempuran ekoran pengusiran aktivis berhaluan kiri dari sebuah pusat kebudayaan di sini, semalam.
Menurut polis, lebih 7,000 orang melancarkan demonstrasi semalam terhadap penutupan pusat Rote Flora, bekas bangunan teater yang diduduki aktivis berhaluan kiri yang juga dijadikan tempat perjumpaan mereka.
Polis berkata, penunjuk perasaan turut melemparkan objek ke arah kira-kira 2,000 anggota polis.
"Penunjuk perasaan berarak secara tiba-tiba. Mereka turut melemparkan botol, batu dan bunga api ke arah kami, menyebabkan beberapa pegawai polis cedera.
"Kami tiada pilihan dan terpaksa melepaskan meriam air ke arah mereka, " kata jurucakap polis, Mirko Streiber.
Katanya lagi, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan kemudian menyerang pasar raya, bank dan juga polis selepas kumpulan besar yang disertai mereka bersurai.
Polis sebelum itu, mengisytiharkan beberapa kawasan di bandar raya tersebut sebagai 'zon bahaya' yang memberikan hak kepada pihak berkuasa untuk menahan penduduk tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_06/Pengusiran-aktivis-sayap-kiri-cetus-pertempuran#ixzz2oHrZxCfB
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ahli keluarga Song-thaek ditahan
SEOUL 22 Dis. - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilapor telah mengarahkan sekumpulan askar untuk menahan beratus-ratus ahli keluarga bapa saudaranya, Jang Song-thaek yang dijatuhi hukuman mati pada 12 Disember lalu.
Menurut beberapa laporan, sehari selepas Song-thaek dijatuhi hukuman tersebut, anggota askar Kementerian Dalam Negeri tiba di Pyongchong, Pyongyang untuk menghimpunkan ratusan orang dan dipercayai dibawa ke kem tahanan politik.
Satu sumber memberitahu akhbar Daily NK, dipercayai ahli keluarga yang tinggal berjauhan dari Pyongyang turut terancam berikutan arahan Jong-un itu.
Malah, menurut sumber berkenaan, beberapa ahli keluarga terdekat juga telah ditangkap, termasuk ahli keluarga bapa Song-thaek.
Terdahulu, Song-thaek telah didakwa dengan 24 kesalahan antaranya menyalahguna kuasa dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan.
Disebabkan kesalahan itu, Korea Utara menjatuhkan hukuman mati terhadap bapa saudara serta mentor Jong-un itu, sekali gus memperlihatkan keadaan politik goyah di negara itu sejak beliau dilantik.
Song-thaek merupakan suami kepada ibu saudara Jong-un yang jugak adik perempuan kepada bekas pemimpin, Kim Jong-il.
Sumber berkenaan menambah, kesalahan Song-thaek menentang parti sememangnya akan dikaitkan dengan ahli keluarganya dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap mereka. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_03/Ahli-keluarga-Song-thaek-ditahan#ixzz2oHr1sx9l
© Utusan Melayu (M) Bhd
Protes besar-besaran di Bangkok
BANGKOK 22 Dis. - Kira-kira 110,000 penunjuk perasaan antikerajaan hari ini kembali mengadakan demonstrasi di sekitar ibu negara, sehari selepas parti pembangkang menyatakan akan memulaukan pilihan raya umum pada 2 Februari ini.
Perhimpunan diketuai pemimpin kumpulan penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban itu, diadakan di tujuh lokasi utama di ibu negara termasuk ribuan yang berarak ke kediaman Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di sini.
Kumpulan penunjuk perasaan terutamanya wanita itu berkumpul di luar rumah Yingluck yang dikawal ketat oleh polis, namun Perdana Menteri Thailand itu kini berada di luar ibu negeri atas tugas-tugas rasmi.
Lain-lain lokasi perhimpunan adalah di persimpangan Asoke, persimpangan Ratchaprasong, Pusat Seni dan Budaya, Taman Lumpini dan Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue, Monumen Kemenangan.
Suthep yang memimpin kumpulan penunjuk perasaan dikenali sebagai Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat mengetuai sejumlah besar penunjuk perasaan di Wong Wien Yai, di bahagian barat Bangkok.
Bilangan penunjuk perasaan juga dijangka bertambah malam ini kerana kumpulan tersebut merancang untuk menghalang laluan ke Stadium Thai-Jepun di Din Daeng, lokasi penamaan calon mula diadakan esok.
Menurut pemimpin penunjuk perasaan, Satit Wongnongtaey, kumpulan antikerajaan dari Monumen Kemenangan akan berarak ke stadium berkenaan bagi menghalang calon pilihan raya menghantar borang penamaan calon mereka.
Proses penamaan calon akan berakhir pada hari Jumaat ini.
Perhimpunan besar-besaran itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di sekitar Bangkok.
Terdahulu, Yingluck semalam memperkenalkan satu rangka kerja untuk reformasi nasional sejajar dengan pilihan raya umum yang memerlukan semua parti politik menerima proses perubahan selepas pilihan raya tersebut.
Bagaimanapun, pengkritik daripada Parti Demokrat menyifatkan rangka kerja itu sebagai rancangan untuk cuba mengurangkan penglibatan orang ramai dalam demonstrasi antikerajaan di Bangkok hari ini.
Dalam rangka kerja anjuran Yingluck itu, semua parti perlu berikrar kerajaan baharu akan berkuasa selama dua tahun sahaja bagi memastikan pelaksanaan proses reformasi. - AFP/AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_02/Protes-besar-besaran-di-Bangkok#ixzz2oHqlf9MD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Danok sasaran baharu?
Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI, OPAT RATTANACHOT dan NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
SADAO (Selatan Thailand) 22 Dis. - Sebanyak 24 orang cedera dalam salah satu daripada empat kejadian letupan bom yang menggegarkan bandar sempadan Danok dan Padang Besar dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia cedera dalam insiden letupan di kedua-dua bandar kecil yang popular dalam kalangan rakyat negara ini.
"Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu," kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama malam ini.
Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam serangan bom di kedua-dua bandar berkenaan.
Insiden yang bermula pukul 10.40 pagi itu (11.40 pagi waktu Malaysia) ini merupakan kali pertama berlaku di Danok dan Padang Besar.
Ketua Polis Wilayah Sembilan Thailand, Mejar Jeneral Noppadol Pueksomon berkata, letupan pertama dilaporkan kira-kira pukul 10.30 pagi di hadapan Balai Polis Padang Besar, diikuti kejadian kedua di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sadao, kira-kira 20 minit kemudian.
Menurutnya, kejadian ketiga pula berlaku di hadapan Hotel Oliver dan berdekatan sebuah kedai makanan segera di Danok kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
"Kejadian pertama dan kedua melibatkan motosikal yang dipasang dengan bom jangka sementara ketiga dan keempat pula, bom dipasang dalam kereta.
"Mangsa yang cedera kebanyakannya berada sekitar Hotel Oliver dan terdiri daripada wanita serta kanak-kanak. Angka sebenar mangsa belum diketahui meskipun banyak kenderaan rosak mempunyai nombor pendaftaran Malaysia," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Noppadol berkata, siasatan awal mendapati, modus operandi kejadian serupa dengan insiden pengeboman di Hotel Lee Garden Hatyai pada 1 April 2012 iaitu bom dipasang dalam kenderaan sebelum diletupkan.
Tambahnya, polis masih menyiasat motif kejadian termasuk kemungkinan serangan pengganas ataupun kaitan dengan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang di kawasan sempadan.
"Polis juga kini meningkatkan keselamatan dengan mewujudkan zon sekatan jalan raya di seluruh empat wilayah sempadan dengan Malaysia," katanya.
Di Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dalam kenyataannya di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu, berikutan insiden tersebut pihaknya giat memantau perkembangan semasa secara dekat.
"Keadaan semasa di sana adalah terkawal dan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil termasuk memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk sempadan.
"Orang ramai tidak perlu bimbang namun perlu lebih berhati-hati jika mempunyai urusan di kawasan berkenaan," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan kemungkinan terdapat rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.
Dalam pada itu, di pekan Padang Besar, Perlis, orang ramai yang sedang membeli belah cemas apabila letupan tersebut turut menggegarkan bazar membeli belah dan kawasan sekitarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_01/Danok-sasaran-baharu#ixzz2oHqXGsDK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Israel minta penjelasan AS berhubung isu pengintipan
TEL AVIV 23 Dis. - Israel semalam meminta Washington menjelaskan tentang pendedahan berhubung pemantauan emel pegawai kanan Israel termasuk bekas Perdana Menteri, Ehud Olmert dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak oleh Amerika Syarikat (AS).
Menurut maklumat terbaharu yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA), Edward J Snowden dan dikongsi oleh akhbar The New York Times, The Guardian dan Der Spiegel, agensi risikan AS dan sekutunya dari Britain, GCHQ 'mengintip' sebanyak lebih 1,000 sasaran termasuk pegawai Israel.
Menteri Risikan Israel, Yuval Steinitz semalam menganggap perbuatan mencuri dengar perbualan ke atas Perdana Menteri Israel adalah 'tidak sah' sedangkan Israel tidak mencuri dengar perbualan Presiden AS, White House mahupun Setiausaha Pertahanan Amerika. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_12/Israel-minta-penjelasan-AS-berhubung-isu-pengintipan#ixzz2oHp7CLKA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Siapa sebenarnya topeng "Guy Fawkes"
Sekadar ingatan untuk kita!
Ramai orang pasti bertanya-tanya siapa dan apa maksud dari topeng putih dan berkumis disertai berjanggut diberi gelaran Guy Fawkes yang kebanyakan dipakai di negara-negara Eropah dan Amerika yang sedang melancarkan aksi demonstrasi (kini di Malaysia).
Guy Fawkes (Edward blake?) adalah seorang rakyat asal Inggeris lahir 13 April 1570. Guy Fawkes juga adalah anggota kelompok revolusi Katolik Roman yang bersekongkol melawan kaum bangsawan Inggeris di tahun 1605. Usahanya meletupkan pusat pemerintahnya yang didiami Raja James I beserta ahli keluarganya dan juga kaum bangsawan pada 5 November 1605.
Protes berjaya digagalkan oleh pihak yang berkuasa. Dan dia tertangkap pada 31 Januari 1660. Sebenarnya Fawkes dan penyokongnya telah menyusun sebuah rencana yang sangat sulit, gerakan bawah tanah di “The House of Lords” (nama gelarannya) sebagai markas mereka dan menyembunyikan lebih dari ½ ton bahan peledak di sebuah tempat tersembunyi.
Tujuannya dari semua ini, Fawkes dan rakan-rakannya mahu longgarnya pengaruh kerajaan Sepanyol atas urusan Inggeris. Semasa penyiasatan dilakukan dia diasak agar memberitahu siapa lagi rakan yang terbabit tetapi dia tidak mendedahkannya. Dia dijatuhi hukuman, digantung dan tubuhnya dikerat menjadi empat pada tahun 1606, tetapi di pelantar hukuman dia hampir berhasil memperdayakan tukang hukum, dia cuba melompat dan akhirnya mati kerana lehernya patah akibat lompatannya.
Cerita dari si Fawkes ini menjadi rujukkan didalam filem moden "V for Vendetta". Hari ini pemberontakan Guy Fawkes diperingati orang Inggris setiap tanggal 5 November, nama peringatannya “Bonfire Night”.
Dari sejarah tersebut juga Alan Moore dan David Llyod mengilap kisah tesebut sebagai tokoh V dalam grafiknya V for Vendetta.
Maka V muncul pada 5 November 1997 memakai jubah hitam dan topeng Guy Fawkes. Ia membalas dendam kepada pemerintahan Inggeris
Llyod mengatakan ada kesamaan misi diantara keduanya. Kisah terlarang Llyod ini makin popular setelah difilemkan pada 2006 V For Vandetta (film)
Topeng Fawkes yang makin dikenal itu dipakai demonstran pada 23 Mei 2009. Pemakaian topeng Fawkes berlanjut hingga tunjuk perasaan Occupy Wall Street dan berbagai gerakan serupa di banyak negara, termasuk Occupy Indonesia dan Malaysia.
Topeng Guy Fawkes sama aktivis hacker yang terkenal di dunia masa kini iaitu Anonymous :
‘Hacktivisme’ merupakan bentuk baru protes yang dilakukan programmer canggih untuk melawan ketidakadilan sosial dan politik melalui pengodaman, termasuk Anonymous.
Meski tak ada unsur kekerasan, sebagian besar kegiatan hacktivisme adalah salah dan boleh disabitkan dengan akta yang termaktub dalam undang-undang Negara terlibat.
Malaysia Hari ini?!
Ramai kalangan kita menggunakan topeng 'Guy Fawkes' sebagai simbol kepada penentangan dan pembebasan rakyat. Tetapi ramai tidak tahu bahawa 'Guy Fawkes' merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.
Boleh dikatakan 'Guy Fawkes' juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu.
Jadi sebagai umat Islam, kalau kita boleh mengharamkan sambutan Valentine, sambutan itu dan ini kerana sesuatu sambutan itu berunsur keagamaan, kenapa pula harus kita menggunakan topeng 'Guy Fawkes' seorang pejuang Kristian yang berjuang untuk agamanya sebagai lambang kita?
Jangan kita terperangkap dengan tipu daya Nasrani dan Yahuudi!
MOHON ORANG ISLAM JANGAN PAKAI TOPENG INI!!!
**admin copy paste dari page daengselili.blogspot.com
Puluhan ribu kepung rumah Yingluck
|
BANGKOK - Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berarak di pusat bandar raya ini semalam sekali gus melumpuhkan lalu lintas dan mencetuskan konfrontasi dengan pasukan polis yang berkawal di luar kediaman Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Tunjuk perasaan tersebut merupakan bantahan terbaharu terhadap kerajaan Thailand.
Penunjuk perasaan itu berpecah kepada lebih 12 kumpulan termasuk mereka yang mengepung kediaman Yingluck.
Beliau tiada di rumah semasa kejadian.
Perhimpunan tersebut berlangsung sehari selepas pembangkang utama Thailand, Parti Demokrat mengumumkan akan memulaukan pilihan raya pada 2 Februari depan.
Tunjuk perasaan kali ini turut diadakan selepas sokongan kepada beberapa perhimpunan antikerajaan sebelum ini semakin merosot.
Pendirian Parti Demokrat seiring dengan permintaan penunjuk perasaan yang mahu Yingluck meletak jawatan menjelang pilihan raya tahun depan.
"Saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran Yingluck. Namun, apa yang saya tahu dan pasti adalah semua kakitangan kerajaan, tentera dan polis sedar bahawa rakyat kini bangkit menentang kerajaan," kata ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban.
Baru-baru ini, Yingluck mengumumkan pilihan raya berkenaan sebagai usaha untuk meredakan krisis politik Thailand.
Yingluck dan abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra masih popular di utara dan timur laut Thailand.
Namun, gerakan Suthep disokong oleh golongan minoriti berpengaruh di sini termasuk kelompok birokrat, golongan elit dan kalangan jeneral tentera.
Golongan pekerja yang setia kepada Thaksin melihat beliau sebagai seorang bilionair yang komited untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Bagaimanapun, musuh politik Thaksin menganggap pemimpin itu sebagai pemerintah kuku besi yang memperalat penduduk miskin dan menyalah guna kuasa untuk membantu perniagaan keluarga dan rakan-rakannya. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2oFD1l3fQ
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)