JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal. Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain.
Showing posts with label Paris Hilton. Show all posts
Showing posts with label Paris Hilton. Show all posts
Friday, September 7, 2012
Artist yang menggemparkan dunia
JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal. Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain. Thursday, September 23, 2010
Paris Hilton batal lawat Malaysia
Paris Hilton |
KUALA LUMPUR - Selebriti Amerika Syarikat, Paris Hilton telah membatalkan rancangan untuk melawat Malaysia hari ini selepas dilarang memasuki Jepun semalam.
Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitternya berkata, beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahannya daripada melawat negara itu ekoran menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas.
"Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris,'' kata beliau dalam laman Twitternya sebelum berlepas dari Jepun.
Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.
Tokyo merupakan perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia dan aktres itu dijadual melawat Kuala Lumpur dan akan merasmikan pembukaan butiknya di Jakarta. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)