Showing posts with label mossad. Show all posts
Showing posts with label mossad. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Israel panik rahsia Mossad terbongkar



Sydney: Ketua agensi perisikan Israel panik dan cuba menyembunyikan kisah tahanan dua kerakyatan bagi menyekatnya daripada membocorkan maklumat rahsia.

Wartawan Australia, Trevor Bormann merujuk kepada ‘Tahanan X’ yang dikenal pasti media sebagai ejen Mossad berketurunan Australia-Israel, Ben Zygier.
Lelaki itu meninggal dunia pada Disember 2010 ketika dalam bilik penjara Ayalon dekat Tel Aviv.
Sumber beritahu saya bahawa Mossad akan cuba mengehadkan penyiaran berita itu bersama perkhidmatan keselamatan dalam negeri," Trevor Bormann, Wartawan Australia

Israel berusaha sembunyikan kes

Israel berusaha keras menyembunyikannya sehingga ia dibongkar minggu ini.

Zygier dilaporkan bersedia mendedahkan maklumat mengenai operasi Mossad termasuk tindakan menyalah guna pasport Australia oleh ejennya dalam pembunuhan seorang pemimpin Hamas di Dubai tiga tahun lalu.

Bormann yang membongkar kisah itu Selasa lalu, berkata perkhidmatan risikan Israel sedar berita itu akan disiarkannya.
“Sumber beritahu saya bahawa Mossad akan cuba mengehadkan penyiaran berita itu bersama perkhidmatan keselamatan dalam negeri,” kata Bormann.

“Mereka percaya, media perdana Israel mungkin tidak mematuhi arahan mahkamah dan tugas utama bagi penapis adalah menghentikan kerja blogger yang akan memaparkan kaitan kepada cerita kami. Ia tidak berjaya,” katanya di laman web majikannya, Perbadanan Penyiaran Australia. - AFP

Monday, June 14, 2010

Ejen Mossad ditangkap di Poland

BERLIN: Seorang lelaki dipercayai ejen perisikan Israel, Mossad, yang dikehendaki berhubung pembunuhan seorang pemimpin Hamas di Dubai, ditangkap di Poland.
Lelaki itu yang menggunakan nama Uri Brodsky disyaki bekerja dengan Mossad di Jerman dan membantu mengeluarkan pasport palsu Jerman kepada anggota operasi Mossad yang membunuh pegawai Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di Dubai beberapa bulan lalu.
Menurut pejabat pendakwa raya Jerman, Brodsky ditahan setibanya di Poland awal bulan ini kerana waran tangkap Eropah yang dikeluarkan Jerman. Jerman kini berusaha mendapatkan pengekstradisiannya.

Jurucakap pejabat berkenaan yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, dia tidak pasti berapa lama proses pengesktradisian itu akan mengambil masa. - Reuters