Showing posts with label buang anak. Show all posts
Showing posts with label buang anak. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Wanita lembam dibawa ke Ipoh




ZAITON mengesat air mata Zuraini sebelum dia dihantar oleh JKM ke Bengkel Bina Semangat di Ipoh semalam.


BUTTERWORTH – Wanita lembam, Zuraini Abdul Kadir, 29, yang dibuang keluarganya sendiri kini sudah mempunyai tempat baharu untuk berlindung.
Dia yang pernah tinggal di Rumah Perlindungan Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru selama 18 tahun sejak berusia lapan tahun itu bakal ditempatkan di Bengkel Bina Semangat di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak.
Sepanjang tinggal di sana nanti, Zuraini yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) itu akan mengikuti latihan kemahiran sambil bekerja dan boleh memperolehi duit poket sendiri.
Zuraini ketika ditemui berkata, dia mengambil keputusan untuk tinggal di asrama bengkel itu demi masa depannya selain tidak sabar untuk berjumpa kawan-kawan baharu.
“Saya tak mahu balik rumah dah, saya pun tak nak ingat mak dan ayah sebab mereka sudah buang saya,” dakwanya yang diiringi dua pegawai JKM daerah Seberang Perai Utara untuk ke Ipoh.

Wednesday, April 13, 2011

Cari ibu anak angkat


KUANTAN: Seorang guru wanita putus asa selepas usaha mengesan ibu kepada anak angkatnya menemui jalan buntu apabila wanita terbabit menghilang diri sehingga kini.
Guru itu yang dikenali sebagai Fidah, 35, berkata, dia mengambil bayi yang kini berusia tujuh bulan pada Jun 2010 daripada seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

“Ketika itu gadis terbabit gelisah dan menangis sebelum saya bersama suami menghampirinya bagi mengetahui masalahnya.

“Gadis itu mendukung bayi yang berada dalam keadaan serba daif selain seluruh tubuhnya berbintik kemerahan digigit nyamuk,” katanya yang mengajar di sebuah sekolah rendah, di sini.

Menurutnya, gadis itu menyerahkan bayi kepadanya dan meminta dijaga dengan baik serta menganggapnya seperti anak sendiri.

Katanya, gadis terbabit menghilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang dokumen atau pengenalan mengenai bayi itu.

“Bayi itu yang saya panggil Ika masih dalam jagaan saya dan ingin sangat bertemu ibunya bagi membantu proses mengambilnya sebagai anak angkat,” katanya.

Katanya, dia dan suaminya sudah merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung perkara itu dan berharap ibu bayi terbabit menghubunginya segera.

Tuesday, March 15, 2011

Anak terbuang mencari waris

Pemuda rindu belaian keluarga



KULAIJAYA – “Dapat jumpa keluarga kandung saya walaupun hanya seminit pun jadilah. saya sudah tidak tahan hidup dalam kesunyian tanpa keluarga dan tidak tahu mengenai asal-usul sendiri.”

Demikian yang diluahkan seorang pemuda yang sanggup menolak tawaran menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM), demi mencari ibu dan bapa kandung yang tidak pernah ditemui sejak 22 tahun lalu.

Mohd Senawi Mansor, 22, (gambar) berkata, sejak dilahirkan, dia membesar di Pusat Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar setelah dia dikatakan dijumpai seorang pengutip tin berbangsa Cina di Pulau Pinang.

“Saya ditemui oleh seorang pengutip tin ketika ditinggalkan masih bertali pusat di dalam beg di sebuah terminal bas dan menyerahkan saya kepada pihak polis.

“Berdasarkan rekod dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat nota tertulis nama Mansor sebagai bapa saya dan alamatnya semasa saya ditemui, namun alamat berkenaan didapati palsu,” katanya.

Mohd Senawi yang telah keluar dari pusat jagaan kanak-kanak berkenaan sejak setahun lalu berkata, sehingga kini dia masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai latar belakang keluarganya.

“Sejak keluar dari pusat jagaan itu, saya telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mencari keluarga kandung termasuk menyiarkannya di dalam televisyen, namun tetap tidak menemui sebarang maklumat.

“Malah saya sendiri berasa sangsi sama ada nama Mansor yang tertulis pada kad pengenalan saya merupakan nama sebenar bapa kandung saya,” katanya.

Katanya, dia ada menerima panggilan daripada seorang individu yang mengaku mengenalinya selepas beberapa hari dia menyiarkan berita mencari keluarganya di dalam sebuah akhbar, namun pemanggil berkenaan enggan menemuinya.

“Pemanggil berkenaan mengaku mengenali saya dan terus mematikan talian tanpa memberitahu lebih lanjut mengenainya.

“Kemudian saya menerima pesanan ringkas dari pemanggil sama yang meminta saya menghebahkan sekali lagi mengenai pencarian keluarga kandung untuk mengenal pasti saya dengan lebih teliti,” katanya.

Dia yang kini menumpang di sebuah rumah keluarga angkat di Taman Sri Putri, di sini, berharap dapat menemui semula keluarga kandungnya setelah 22 tahun terpisah tanpa mengetahui asal-usul keturunannya.

Sehubungan itu, Mohd Senawi berharap orang ramai yang mengenalinya atau mempunyai maklumat mengenai keluarganya agar menghubunginya di talian 014-7747271.
SH

Monday, June 7, 2010

Hukum islam ada tapi tak nak pakai, cipta pula hukum sendiri


Hukum ‘bapa ghaib’

Posted on the June 7th, 2010 under BeritaTempatan by johnjimat
KUALA LUMPUR: Bapa ghaib kepada bayi yang dibuang sama ada meninggal dunia atau tidak akan didakwa di mahkamah mengikut undang-undang dan akta negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bapa ghaib yang menghamilkan gadis tidak akan terlepas dengan tindakan mahkamah.
Beliau memberi amaran kepada bapa ghaib tidak bertanggungjawab menghamilkan gadis tetapi melarikan diri dengan meletakkan semua masalah ke atas wanita.
Kami akan bekerjasama dengan Peguam Negara dan pihak berkuasa untuk mengheret lelaki berkenaan supaya dikenakan tindakan wajar bukan hanya memberi hukuman kepada ibu bayi yang dibuang, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-anak Yatim, orphanCare, Kuala Lumpur, di sini, yang dirasmikan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom. Hadir sama, Presiden orphanCare, Datuk Adnan Mohd Tahir.
Shahrizat berkata, punca utama terjadinya kes pembuangan bayi dan bayi luar nikah kerana sikap ibu bapa serta masyarakat sibuk dengan urusan seharian tanpa menghiraukan anak mereka.
Kes ini menunjukkan peningkatan, iaitu bagi tempoh lima tahun dari 2006 hingga 2009 sebanyak 407 kes pembuangan bayi dilaporkan pihak berkuasa.
Manakala dari Januari hingga April lalu, sebanyak 24 kes berlaku kerana masih tiada kesedaran kalangan masyarakat mengenai bahaya kes berkenaan.
Katanya, kes itu semakin serius kerana komuniti masih tidak menghiraukan remaja apabila masing-masing sibuk dengan urusan harian.
Menurutnya, untuk mengelakkan ia daripada berterusan, pelbagai pihak tampil termasuk kerajaan dan swasta yang mengadakan program komuniti Kami kini mempunyai lebih 100 badan termasuk institusi sinar kasih, 55 klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang boleh menyelesaikan masalah dihadapi.
Institusi ini boleh membantu remaja bermasalah daripada melakukan tindakan salah termasuk membuang bayi tidak berdosa, katanya.