Friday, December 16, 2011

Gay Melayu hampir 30,000

IPOH: “Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.

Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.

“Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.

“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

myMetro | Gay Melayu hampir 30,000
:

Susilo arah siasat kes pancung

JAKARTA: Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono mengarahkan siasatan terhadap kejadian pancung di pulau Sumatera selepas satu video mengerikan ditunjukkan di parlimen, kata jurucakapnya semalam.

Pihak berkuasa berkata satu pertikaian antara syarikat perladangan kelapa sawit PT Silva Inhutani dan penduduk kampung mencetuskan keganasan April lalu di daerah kecil Mesuji, wilayah Sumatera Selatan.
Akhbar Jakarta Post melaporkan, sekumpulan samseng yang diupah syarikat, didakwa menyerang penduduk kampung, merosakkan rumah dan memenggal tiga orang di hadapan sekumpulan penduduk, kata penduduk kampung kepada ahli parlimen kelmarin.
“Presiden mengarahkan menteri keselamatan dan ketua polis negara membentuk satu pasukan untuk menyiasat insiden Mesuji,” kata jurucakap presiden Julian Aldrin Pasha kepada media. – AFP
Berita Harian Online | Susilo arah siasat kes pancung
:

Pembunuhan Altantuya: Pengurusan kes rayuan 2 anggota polis 10 Februari

PUTRAJAYA: Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau hari ini.
Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.
Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang juga anggota komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.
Hazman memberitahu pemberita hari ini bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin.

Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah "penafian dan menyalahkan satu sama lain." - BERNAMA
Berita Harian Online | Pembunuhan Altantuya: Pengurusan kes rayuan 2 anggota polis 10 Februari:

Senjata Steyr dalam kes samun bank disyaki milik anggota tentera: KPN

KUALA LUMPUR: Senjata jenis 'Steyr' yang digunakan dalam cubaan melarikan wang tunai RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lalu, dipercayai milik seorang anggota tentera berpangkat pegawai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar,berkata perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tentera.
"Kami telah memberitahu kepada Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) mengenai perkara itu untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Ismail berkata polis percaya terdapat suspek lain yang terlibat dalam insiden itu dan sedang mengesan individu terbabit.

Polis menemui senjata berkenaan pada suspek yang ditembak mati seorang pengawal keselamatan dengan "pump gun" ketika hendak melarikan diri.

Dalam perkembangan lain, polis mengesahkan sedang mengesan seorang suspek berhubung kes kehilangan Timbalan Presiden Komuniti Sukan Korea Selatan di Malaysia, Kim Chong Yong yang dilapor hilang sejak hujung Oktober dan dipercayai dibunuh.

"Polis sudah mengenal pasti identiti suspek yang kini berada di luar negara. Kita minta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan suspek yang juga ada hubung kait dengan mangsa," katanya.
Katanya, polis kini giat mengesan bukti selain mencari mangsa.

Semalam, polis mengesan isyarat telefon bimbit Kim, 53, yang juga ahli perniagaan, di sekitar kawasan hutan antara Batu 14 hingga Batu 25 Jalan Gombak-Bentong dekat sini.

Terdahulu, Pemangku Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Hanafi menyerahkan tugas itu kepada Datuk Mortadza Nazarene yang sebelum ini merupakan Pesuruhjaya Polis Sarawak, sambil disaksikan Ismail.

Mortadza, 55, menyertai PDRM sejak 1984 dan pernah menjadi Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 2002.

Pada 2007, beliau menjadi Ketua Polis Melaka sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah 1 JSJ Bukit Aman. - BERNAMA
Berita Harian Online | Senjata Steyr dalam kes samun bank disyaki milik anggota tentera: KPN:

Sultan kecewa 2 solat Jumaat berlaku

 Sinar Harian:

Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 16, 2011
Sultan kecewa 2 solat Jumaat berlaku
KUALA TERENGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran masih berlaku di beberapa daerah di negeri itu.
Baginda bertitah kejadian itu berlaku disebabkan tidak wujud persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi.
"Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan.
"Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering di sini hari ini.
Turut berangkat Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az. Hadir sama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Sultan Mizan menyeru umat Islam di negeri itu supaya bersama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak yang bertelagah supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan sejahtera.
Baginda turut menyeru umat Islam supaya sama-sama mengimarahkan masjid kerana tidak guna mendapat masjid yang cantik dan tersergam indah jika tidak digunakan dengan sebaiknya.
Sultan Mizan yang baru sahaja menamatkan tugas sebagai Yang DiPertuan Agong ke 13 dan dua anakanda baginda selepas itu bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di situ.
Masjid Sultan Ismail yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Raja di kalangan pendududuk tempatan, mula dibina dengan bangunan baru sejak tahun 2008 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta dan mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam sesuatu masa.
Sementara itu, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.
Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.
Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.

Seorang lagi nama "bakal MB" disebut dalam Dun


Oleh : SH UTARA
Tarikh : December 16, 2011

KANGAR - Kelmarin Adun Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim menyebut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat sebagai calon bakal Menteri Besar Perlis selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Semalam beliau menyebut pula satu lagi nama yang juga dikatakan layak untuk menjawat jawatan tertinggi Kerajaan Negeri itu.

Menurutnya, pegawai kanan kerajaan itu ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

"Mereka berdua layak untuk menjadi Menteri Besar Perlis kerana rapat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu dan mempunyai kelayakan," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2012 pada sidang Dun semalam.

Ketika itu, Speaker, Datuk Yazid Mat mencelah dan bertanya Shahidan akan bertanding kerusi apa pada PRU13 sama ada Dun atau parlimen

Shahidan tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya bertanya kembali kepada Yazid kerusi yang sesuai untuk ditandinginya.

"Datuk Speaker rasa saya sesuai di mana," kataya.

Yazid menghela seketika dan kemudian berkata, "kedua-duanya".

Shahidan kemudian bertanya sama ada Speaker mahu jawatan Menteri Besar atau Speaker selepas PRU13.

"Saya tidak minat dengan jawatan Menteri Besar. Tetapi kalau jawatan Speaker ok lah kot," kata Yazid.

Shahidan kemudian mengusik Yazid dengan berkata perkara itu akan dipertimbangkan, yang kemudian terdengar qgelak ketawa dalam kalangan hadirin dalam dewan.

Adun itu berkata semua wakil rakyat layak untuk menjadi Menteri Besar sambil menyebut nama beberapa Exco yang berada di hadapannya.

Seorang lagi nama "bakal MB" disebut dalam Dun - Utara - Sinar Harian:

Jimmy dakwa isteri suka judi

Jimmy dakwa isteri suka judi - Selangor & KL - Sinar Harian:


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 16, 2011
jimmy shanley

SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley mendakwa, keretakan rumah tangganya berpunca daripada tabiat buruk isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy yang suka berjudi dan merokok.

Menurutnya, disebabkan keengganan meninggalkan tabiat itu menyebabkan Nursuhaila tidak mahu tinggal bersamanya dan masa untuk bersama semakin terhad.

“Dia (Nursuhaila) bukan sahaja berjudi menggunakan daun terup, tetapi turut berjudi menerusi Internet ketika di rumah mertua.

“Isteri enggan tinggal bersama saya kerana sukar hendak meninggalkan aktivitinya itu disebabkan di rumah saya tidak ada perkhidmatan jalur lebar (broadband),” katanya.

Jimmy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakilinya dalam perbicaraan permohonan perintah kembali taat dan nusyuz yang difailkan pada Januari lalu.

Katanya, sebelum bernikah, Nursuhaila berjanji akan melayannya setiap masa dan meninggalkan semua perbuatan negatifnya itu.

Permohonan untuk kembali taat difailkan oleh Jimmy pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu dibuat selepas Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Saharuddin Selamat bersambung 23 Februari dan 5 Mac 2012.

Muhammad Ali bimbang pengambilalihan KFC


Oleh IKHWAN IDERIS


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) menzahirkan kebimbangannya mengenai tawaran pengambilalihan KFC Holdings Bhd. (KFCH) dan QSR Brands Bhd. (QSR) oleh JCorp.

Sambil menyatakan belum mendapat maklumat penuh berhubung perkara tersebut, Muhammad Ali berkata, beliau secara peribadi berpendapat tawaran pengambilalihan tersebut adalah tidak perlu.

“Sekiranya matlamatnya adalah untuk mengurangkan bebanan hutang JCorp, terdapat banyak cara lain, banyak lagi aset lain yang tidak penting boleh dijual.

“Kenapa tidak dijual sahaja aset-aset lain yang kurang strategik dan tidak begitu penting kepada orang Melayu, kenapa hendak ditumpukan kepada KFCH dan QSR?

“KFCH dan QSR kini bukan lagi milik JCorp sahaja tetapi milik orang Melayu, janganlah pula sampai ia akhirnya terlepas ke tangan orang lain,” katanya selepas menghadiri seminar Wakaf: Mentakrifkan Semula Hartanah dan Pertumbuhan anjuran Yayasan Iqra di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan JCorp dan CVC Capital Partners yang merupakan sebuah firma ekuiti persendirian antarabangsa menerusi entiti yang diwujudkan untuk tujuan khas, Massive Equity Sdn. Bhd. (ME) menyerahkan surat tawaran kepada Badan Pengarah KFCH dan QSR untuk mengambil alih 100 peratus perniagaan dan aktiviti perusahaan kedua-dua syarikat tersebut termasuk semua aset dan liabiliti.

Kosmo! Online - Negara:

Jimmy dedah tabiat buruk isteri



SAAT bahagia Jimmy dan Norsuhaila ketika diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010.


SHAH ALAM – Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu.

“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin.

“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,” dakwanya.

Tambahnya, Nursuhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober 2010.

Menurut Jimmy, pada hari itu, Nursuhaila yang sepatutnya membeli kek, pulang lewat dan apabila ditanya, dia mengaku masih lagi berjudi.

“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,” dakwanya.

Kosmo! Online - Negara:

Nasib ibu dua anak hidup melarat akhirnya terbela



MD. NOOR (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan segera berupa wang tunai dan makanan kepada Maryam dan anak-anaknya di Kampung Pulau Gajah, Sabak, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Nasib seorang ibu dan dua anaknya yang hidup dalam kedaifan di Kampung Pulau Gajah, Sabak dekat sini selepas ditinggalkan suami dua tahun lalu akhirnya terbela.

Selepas kisah duka hidup Maryam Mat Deris, 45, bersama dua anaknya, Mohd. Suhaimi Napi Husin, 15, dan Nordiana, 2, disiarkan akhbar, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil memberi bantuan.

Pengarah JKM Kelantan, Md. Noor Chik berkata, pihaknya hadir bersama sumbangan berupa makanan selain wang tunai untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut yang jelas menjalani kehidupan yang sukar ekoran tidak mempunyai sumber kewangan.

Menurutnya, selain sumbangan segera itu, pihaknya telah meluluskan Skim Bantuan Kanak-Kanak kepada dua anak Maryam dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan bermula bulan ini.

"Kita juga akan merujuk kepada pihak berkenaan untuk mengenal pasti sama ada keluarga ini tersenarai atau tidak sebagai penerima bantuan e-Kasih dan sekiranya tidak, kita akan sedaya upaya membantu membuat permohonan.

"Mengenai persekolahan Mohd. Suhaimi, kita akan merujuk kesnya kepada Pejabat Pelajaran Daerah sama ada dia boleh kembali ke sekolah kerana saya difahamkan dia berhenti ketika di tahun dua lagi," katanya.

Kosmo! Online - Negara
: