Saturday, November 23, 2013

Thai cadang bina tembok di sempadan


Gambar fail merakamkan beberapa orang penduduk kampung berehat di tepi Sungai Golok ketika pembukaan Jambatan Persahabatan Ke-2 Thailand-Malaysia, yang menghubungkan Narathiwat di Thailand dan negeri Kelantan di Malaysia pada 21 Disember, 2007. - AGENIS
BANGKOK 21 Nov. - Thailand menyuarakan harapan supaya dapat bekerjasama dengan Malaysia untuk membina sebuah tembok konkrit dan kawat berduri di kebanyakan kawasan sempadan bersama kedua-dua negara bagi menangani kegiatan pemberontakan dan penyeludupan.
Jurucakap Pemerintah Operasi Keselamatan Dalaman (Isoc), Banpot Phupian berkata, Malaysia pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan itu.
Sehubungan itu, katanya, topik mengenainya akan dipertimbangkan secara terperinci pada mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama seterusnya.
Thailand yang membuat tinjauan berhubung cadangan itu di kawasan sempadan menganggarkan tembok tersebut perlu dibina sepanjang 156.7 kilometer.
Selain itu, sebanyak 6.5 kilometer tembok dilengkapi kawat berduri diperlukan di daerah Na Thawee, Songkla; 130.9 km lagi di sepanjang sempadan daerah Sadao dan Saba Yoi di Songklha dan daerah Tak Bai dan Waeng di Narathiwat.
Sebanyak 9.3 kilometer tembok berpagar turut diperlukan di Yala. Thailand dan Malaysia mempunyai sempadan tanah keseluruhan sepanjang 647 kilometer.
Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-ocha, sebelum ini mencadangkan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Yingluck Shinawatra tentang cadangan pembinaan tembok dan pagar itu dengan memberi alasan, kumpulan pemisah yang bertanggungjawab melakukan keganasan di wilayah selatan, beroperasi di sepanjang sempadan antara kedua-dua negara dan membawa bahan-bahan letupan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131122/lu_04/Thai-cadang-bina-tembok-di-sempadan#ixzz2lSOWXjFP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Model Brazil sasar RM4.3 juta jual dara


New York: Model Brazil yang mencetuskan kontroversi apabila menawarkan daranya untuk bidaan di Internet tahun lalu kembali lagi untuk mengemukakan tawaran yang sama.

Sebelum ini, jutawan Jepun menawarkan Catarina Migliorini AS$780,000 (RM2.5 juta) dalam bidaan di Internet yang dihubungkan dengan siri dokumentari televisyen Virgins Wanted oleh penerbit filem Australia, Justin Sisely. Bagaimanapun, kini Catarina menawarkan daranya melalui laman web VirginsWanted2.com, menurut akhbar The Huffington Post.


Bidaan itu dibuka hingga 12 Disember depan.



Catarina berkata, bidaan minimum ialah AS$100,000 (RM322,016) tetapi dia memberitahu laman web Brazil, PurePeople yang sasarannya ialah $1.5 juta (RM4.3 juta).


Catarina berkata, dia menarik diri daripada bidaan asal selepas curiga dengan persetujuan yang dicapai. - AFP

Menarik ! Pantai Khas Untuk Wanita Hanya Di Iran



Iran ternyata punya sebuah pantai khusus untuk wanita. Iran yang dikenali sebagai negara Islam yang mempunyai peraturan ketat, khususnya bagi wanita. Negara Mahmoud Ahmadinejad ini tidak membenarkan wanita membuka aurat di kawasan awam dan tempat awam. 


Hal ini membuat wanita tidak boleh bebas melakukan aktivitinya. Namun , kerajaan Iran ternyata cukup bijaksana dengan memberikan tempat bagi wanita Iran bebas bekerja . Pantai khusus wanita tersebut terletak di Pulau Kish . Pulau Kish ini terletak di kawasan Teluk Parsi yang mempunyai pantai - pantai indah. Ada satu pantai di pulau tersebut yang memang dikhususkan bagi para wanita.

 Bagi para lelaki dilarang memasuki wilayah pantai khusus wanita tersebut. Pantai khusus wanita ini dijaga ketat oleh petugas perempuan. selain itu , demi keselamatan dn keselesaan, para wanita yang bercuti di pantai tersebut dilarang membawa kamera. Jadi murni hanya untuk bercuti dan berenang.





Di pantai ini, para wanita boleh berenang bebas, bahkan menggunakan bikini. mereka tidak perlu takut diintip para lelaki kerana ada tembok setinggi 3 meter yang membentengi pantai ini. Pantai khusus wanita ini juga dilengkapi dengan aneka ragam kafe-kafe dan restoran dengan ragam menu khas timur tengah. bagi anda para wanita, tidak ada salahnya cuba melawat pantai ini.sumber

Tradisi Pelik ! Adik Beradik Kongsi Satu Isteri Di Nepal.

 Ketika Tashi Sangmo berusia 17 tahun, dia dikahwinkan dengan seorang jirannya yang baru berumur 14 tahun, di sebuah kampung terpencil di Himalaya, Nepal. Sebagai sebahagian daripada perkahwinan itu , Sangmo juga bersetuju untuk berkahwin dengan adik lelaki suaminya.

Pada masa lalu , anak- anak lelaki dari setiap keluarga di wilayah Upper Dolpa berkahwin satu perempuan. Namun , kini amalan poliandri itu mulai terhakis sebab masyarakat di sana mulai terbuka pada kehidupan yang moden. Kini amalan yang sudah berlangsung seabad itu berlangsung hanya di kampung - kampung terpencil di Himalaya 


. "Segala sesuatu lebih mudah dengan cara seperti ini kerana semuanya berada dalam satu keluarga. (Harta) tidak dibahagikan di antara banyak isteri dan di sini saya yang bertanggung jawab," kata Sangmo . " Dua lelaki beradik pulang membawa wang dan sayalah yang memutuskan bagaimana menggunakannya. "


Ketika Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu , sudah disepakati bahawa adik Mingmar , yang waktu itu berumur 14 tahun, bakal masuk dalam kehidupan rumah tangga mereka.


 Di dalam rumah tangga mereka , lahir tiga anak lelaki, masing- masing berusia lapan , enam, dan empat tahun. "Saya ingin berkongsi ikatan ini dengan adik kerana kehidupan menjadi lebih mudah bagi kami berdua ," kata Pasang ( 25) , di rumah keluarga mereka di Desa Simen , yang terletak di ketinggian 4,000 di atas permukaan laut dan diperlukan waktu lima hari berjalan kaki ke bandar . 

Secara tradisional, warga Upper Dolpa merupakan sebahagian daripada kumpulan masyarakat yang membuka jalan antara Nepal dan Tibet. Saat ini mereka masih mengikuti tradisi menggiring yak yang membawa garam dari Tibet dan beras dari dataran Terai .

 Dengan minimumnya sumber daya alam, masyarakat Upper Dolpa tidak mempunyai banyak harta . Namun , amalan poliandri itu boleh mencegah pembagian harta di antara keluarga . Persediaan makanan pun cukup untuk memenuhi keperluan keluarga . Sebahagian besar perkahwinan di kawasan itu sudah diatur keluarga .

 Sebuah keluarganya yang memilih isteri untuk anak lelaki tertua mereka dan memberi kesempatan adik - adiknya untuk menikahi perempuan yang sama di kemudian hari. Dalam beberapa kes para isteri bahkan membantu merawat adik-adik suaminya, yang notabene calon suaminya juga, saat mereka masih kecil. Hubungan seksual antara mereka terjadi ketika para lelaki itu dianggap sudah cukup umur.sumber

NERAKA SAQAR UNTUK ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Ramli Joned
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SABTU 23 NOVEMBER 2013:
NERAKA SAQAR UNTUK ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

DI DALAM AL QURAN AL KAREEM, Allah Subhanahu wataala berfirman: "TAHUKAH KAMU APA (NERAKA) SAQAR ITU? Saqar itu tidak meninggalkan dan membiarkan... (neraka saqar) adalah PEMBAKAR KULIT MANUSIA, diatasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga).."... [Surah Al Muddaththir 26-30].....

UNTUK SIAPAKAH NERAKA SAQAR ITU? Allah SWT menjelaskan sebagaimana firmanNya: "APA YANG MEMASUKKAN KAMU KE (NERAKA) SAQAR?" Maka para penghuni Saqar itu menjawab : "Mereka menjawab: "kami dahulu termasuk ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGERJAKAN SOLAT, dan kami TIDAK (PULA) MEMBERI MAKAN ORANG MISKIN, dan adalah KAMI MEMBICARAKAN YANG BATHIL bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah KAMI MENDUSTAKAN HARI PEMBALASAN, hingga datang kepada kami kematian"... Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa'at dari orang-orang yang memberikan syafa'at"... [Surah al Muddaththir ayat 42-46]..... PERSOALANNYA IALAH:

1] Adakah kita termasuk ke dalam golongan orang2 yang MENINGGALKAN SOLAT?... Solat adalah ibadah paling utama... Rasulullah SAW bersabda; "Amal ibadah yang pertama diperiksa di hari kiamat adalah solat"... ATAU,

2] Kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang TIDAK MEMPEDULIKAN ORANG-ORANG MISKIN, orang 2 yang kelaparan, dan orang2 yang hidup serba kekurangan??.... Padahal, di dalam harta orang2 kaya, ada hak untuk orang2 miskin.... Bukan dalam bentuk zakat sahaja, tetapi juga dalam bentuk sedekah, infaq, derma, sumbangan dan sebagainya.... ATAU,

3] Kita BERKUMPUL DAN BERKATA2 PERKARA YANG SIA-SIA (BATHIL): Islam memerintahkan umatnya berkawan dengan orang2 yang baik2, yang cenderung ke arah agama.... BILA BERKUMPUL DENGAN ORANG YANG BAIK2, KITA AKAN MEMBICARAKAN PERKARA YANG BAIK2... Tiada percakapan yang sia-sia... Tiada gelak ketawa dan gurau senda yang sia-sia..... RAMAI ORANG MENJADI ROSAK, HANYA KERANA KAWAN... Oleh itu, memilih kawan menjadi hal yang sangat penting...... ATAU,

4] Adakah kita MENGINGKARI ADANYA HARI KIAMAT: Pada zaman dahulu, orang-orang kafir mengingkari akan adanya Hari Kiamat... Dalam Al-Qur'an Surah Yasin ayat 78-79 : "Ia berkata : SIAPAKAH YANG DAPAT MENGHIDUPKAN TULANG-BELULANG, YANG TELAH HANCUR LULUH? Katakanlah: Tulang2 yang hancur itu AKAN DIHIDUPKAN OLEH TUHAN YANG TELAH MENCIPTAKANNYA PADA AWAL MULA wujudnya, dan Dia Maha Mengetahui segala keadaan makhluk2 yang dicipta-Nya)"....

*GAMBAR HIASAN SAHAJA*