Saturday, August 16, 2014

Fikir dulu sebelum klik atau hadapi tindakan


  • Mohamed Sharil Tarmizi (dua,kanan) menunjukkan isyarat bagus pada pelancaran Laman Web dan Aplikasi Permainan Dalam Talian 'Klik Dengan Bijak Meet Up 2014' di Kuala Lumpur, hari ini.   - Foto BernamaMohamed Sharil Tarmizi (dua,kanan) menunjukkan isyarat bagus pada pelancaran Laman Web dan Aplikasi Permainan Dalam Talian 'Klik Dengan Bijak Meet Up 2014' di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

PETALING JAYA - "Berfikirlah dahulu sebelum 'klik' sesuatu dalam laman sosial internet atau anda menyusahkan diri sendiri untuk menghadapi tindakan undang-undang".
Itulah pesanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada mereka yang ghairah membuat sebarang komen atau memuat turun dan memuat naik gambar yang menyalahi undang-undang negara.
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata tindakan 'tweet', 'share' (kongsi) dan komen yang boleh menyinggung perasaan atau memberi kesan negatif kepada pihak lain akan membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang walaupun dengan alasan "tidak sengaja".
"Kadang-kadang jari-jemari ini lebih cepat bertindak sebelum minda dapat membuat keputusan. Orang ramai, ibu bapa perlu sedar, kini semua orang dihubungkan dan mudah dicari melalui media sosial, maka didiklah diri supaya lebih beretika, bertanggungjawab dan berhemah ketika menggunakan media sosial," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran fasa kedua Program 'Klik Dengan Bijak (Click Wisely) Meet Up!' di sini, hari ini.
Kempen yang menyasarkan golongan remaja berumur 13 hingga 18 tahun itu, menyajikan pelbagai aplikasi dan permainan komunikasi bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada pengguna internet supaya memahami tiga aspek penting iaitu keselamatan, perlindungan dan tanggungjawab dalam alam siber.  - Bernama

MB Selangor: Pas tidak akan letak calon


  • Khalid SamadKhalid Samad

IPOH - Pas tidak akan meletakkan calon dari parti berkenaan untuk merebut jawatan Menteri Besar Selangor demi menghormati kehendak PKR dan DAP.

Mengulas lanjut, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,​ Khalid Samad berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui bersama sejak 2008 lalu dan tidak ada sebab untuk ianya diubah.

Malah menurutnya, seandainya nama-nama yang bakal dicalonkan Pas kelak, ianya akan hanya melibatkan nama calon PKR itu sendiri termasuklah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita hormati kehendak PKR dan DAP bahawa jawatan menteri besar itu hendaklah datangnya daripada kalangan PKR. Kita pun terima sebagaimana yang kita persetujui sejak 2008.

“Azmin Ali mungkin salah satu nama. Kalau pas nak cadangkan pun mungkin kita akan letak dua tiga nama;  Azmin ke, Dr Idris Ahmad ke, tetapi nama Wan Azizh  juga akan berada dalam senarai calon-calon yang dikemukakan Pas.

“Bagi saya, saya sendiri sokong Wan Azizah saja yang dicalonkan kerana dia adalah presiden parti dan tak salah untuk dia diletakkan sebagai calon menteri besar,” katanya lagi di sini sempena menghadiri Majlis Makan Malam ‘Lawan Tetap Lawan’ di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Dr Lee Boon Chye (Ahli MPP PKR), Chang Lih Kang (Naib Pengerusi MPN Negeri), Tan Kar Hing (Timbalan Ketua AMK Negeri), Chua Yee Ling (Naib Ketua PKR Negeri dan Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP, Dyana Sofya.

Tambah Khalid, persoalan calon Menteri Besar ini menjadi pertikaian kerana masyarakat hanya melihat Wan Azizah sebagai isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi tidak  memikirkan dia (Wan Azizah) adalah Presiden PKR itu sendiri.

Kenyataan Paling Berani Dari ADUN PAS kawasan Morib, Tuan Haji Hasnul Baharuddin





Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa.

Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab. Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

-Hasnul b Baharuddin.

Tahukah Anda?? Khalid Ibrahim Mengamalkan Politik 'Busuk Sampai Ke Usus'



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu. Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

Persoalannya, di atas dasar apakah DUN Selangor perlu dibubarkan?? Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas (1). Sedangkan 30 Adun Selangor termasuk dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah membuat akuan bersumpah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Ternyata Khalid Ibrahim yang berpolitik secara 'busuk sampai ke usus' dan dengan dibantu oleh perkakas-perkakas Parti Najis Umno cuba mempermainkan suara majoriti DUN Selangor. Biarpun kita terpaksa menghadapi PRN jika DUN Selangor dibubarkan. Percayalah!! rakyat Selangor yang bijaksana tetap akan menolak Umno/BN yang sinonim dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Persepsi buruk seperti rasuah dan salah guna kuasa merupakan elemen yang telah menjejaskan UMNO dan BN sehinggakan parti pemerintah itu telah mendapat amaran yang begitu kuat dari dari rakyat dan telah hampir tersungkur didalam PRU yang lepas.

Mujurlah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) telah menyelamatkan keadaan dan BN mampu lagi memerintah kerajaan pusat walaupun dengan majoriti yang tipis.
 

Pancaroba


Mohon bantuan

FORWARDED MESSAGE....
Assalamualaikum...di sini saya ingin memohon jasa baik jutawan2 semua untuk memberi sedikit bantuan keewangan un tuk sekolah tahfiz d mana anak saya berlajar, bagi membiayai bil elektrik yang tertunggak
Oleh kerana tahfiz bukan berdaftar d bawah kementerian pelajaran dan hanya bergantung sedikit bantuan dari pihak jais menyebabkan pihak sekolah mengalami sedikit masalah untuk menyelesaikan nya.
Sebelum ini juga sekolah ini di beri dana secara ikhlas ole seorang induvidu yg sangat mulia. Allah lebih menyayangi beliau, hujung tahun lpas beliau telah kembali ke rahmahtullah.
Pada yang ikhlas ingin membantu anda boleh berbuat demikian dengan masukkan duit ke akaun yang tertera atau terus bayar di kaunter dengan menggunakan no akaun bil yang tertera...
Semoga Allah melapangkan lagi pintu rezeki kita apabila kita membantu anak2 tahfiz ini....Allahuakbar....
Sekian, terima kasih
ccm diana ar
[12:06PM, 07/08/2014] +60 19-770 1568: Assalamualaikum
Diana
Mohon bantuan dari Diana dan sahabat2 yang lain utk bil ini.
Sumbangan segera ke
SRI TAHFIZ AL QURAN SG SERAI @ MAYBANK
5623 - 84 - 500 - 304

Ingkar demi jaga hubungan PR


  • Dr Mujahid (tiga, kiri) menyatakan pendirian bersama PR disokong DAP Kuala Kurau.Dr Mujahid (tiga, kiri) menyatakan pendirian bersama PR disokong DAP Kuala Kurau.

PARIT BUNTAR - Keputusan dua Adun Pas menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, berkemungkinan dibuat atas dasar mengukuhkan hubungan parti itu dalam PR.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, dalam menangani kemelut kepimpinan di Selangor, Pas sentiasa berdiri atas satu landasan persefahaman iaitu mengutamakan usaha mengukuhkan PR.

Mengulas pemecatan Abdul Khalid sebagi ahli PKR, beliau berkata, Pas beranggapan penyandang Menteri Besar Selangor itu kini tidak mempunyai sebarang locus standi mewakili perjuangan PR.

“Pada pendapat saya, tindakan dua Adun Pas iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin mengingkari arahan parti supaya berdiam diri sehingga satu keputusan muktamad dicapai dalam mesyuarat khas Pas Pusat pada 17 Ogos ini, mungkin satu tindakan tersendiri mereka dalam memastikan hubungan parti dalam PR sentiasa teguh dan kukuh.

“Mungkin dua Adun Pas itu salah faham arahan dikeluarkan kepimpinan Pas Pusat, namun saya yakin tindakan dibuat atas dasar semangat mengukuhkan hubungan parti dalam PR yang mungkin terjejas sejak isu kemelut Menteri Besar Selangor timbul,” katanya di pekarangan Masjid Al-Ridzuaniah.

Dr Mujahid turut mengesahkan beliau akan kekal bersama PR dan yakin kemungkinan Pas akan keluar PR atau berpecah dua tidak akan timbul berikutan tercetusnya krisis kepimpinan kerajaan di Selangor.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat perlu segera diadakan bagi menyelesaikan masalah melibatkan krisis Selangor bagi mengelakkan keyakinan rakyat negeri itu terjejas.

“Saya meminta rakyat percaya Pas akan kekal dalam PR dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan parti-parti politik di dalam PR dalam menyelesaikan kemelut krisis kepimpinan di Selangor secepat mungkin.

“Saya turut menggesa kesemua Adun Pas dan PR di Selangor terus bersama PR dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat walau apa pun terjadi,” katanya.

Ditanya sama ada tindakan tatatertib perlu dikenakan terhadap dua Adun Pas kerana mengingkari arahan parti, beliau enggan mengulas dan menyerahkan keputusan kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

Laporan awal data kotak hitam diumum September


  • MH17

KAMPAR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan awal data kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine 17 Julai lepas dijangka diumumkan pasukan siasatan antarabangsa diketuai Belanda pada awal September ini.

Beliau berkata, pasukan siasatan antarabangsa telah membuat laporan dan akan menyerahkannya kepada negara-negara berkaitan.

Pasukan siasatan masih menjalankan siasatan di tapak lokasi nahas dan tidak boleh mendedahkan kandungannya buat masa ini, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampus Perak di sini hari ini.

Liow berkata, pasukan siasatan telah memperoleh suara rakaman daripada kokpit serta kandungan data penerbangan selain mengadakan mesyuarat mengenai laporan awal kotak hitam.

"Semua rakaman daripada kotak hitam itu sempurna, tidak dirosakkan, tidak dicemari dan boleh dibaca dengan jelas," katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Mengenai istiadat penghormatan jenazah tragedi itu pada 22 Ogos ini Liow berkata, jenazah akan dibawa pesawat khas Boeing 747 dari Amsterdam yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi.

"Keluarga mangsa diharap bersabar, kuatkan semangat...kerajaan bersama mereka. Kita semua dalam kesedihan, itu yang kerajaan umumkan Hari Berkabung (pada 22 Ogos) kerana ia adalah tragedi negara," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos sebagai Hari Berkabung Negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat MH17. - Bernama

Pas perlu kaji semula tahaluf siyasi


  • Satiful Bahri (empat, kiri) bergambar dengan kepimpinan lain yang hadir.Satiful Bahri (empat, kiri) bergambar dengan kepimpinan lain yang hadir.

KUALA NERUS – Pas diminta meneliti semula tahaluf siyasi atau kerjasama dalam PR berikutan timbul percanggahan pendapat dalam kalangan pemimpin pakatan, terutama dalam menghadapi krisis politik di Selangor.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, kajian semula perlu dilakukan bagi melihat sama ada matlamat asal kerjasama itu menguntungkan Pas atau sebaliknya.

“Kita mengharapkan Muktamar Pas Pusat bulan depan di Skudai, Johor Bahru, meneliti resolusi Dewan Ulama Pas untuk kaji semula tahaluf siyasi Pas dengan parti yang lain (dalam PR).

“Ia bagi melihat sekiranya matlamat atau hasrat sebenar melalui tahaluf siyasi yang dibuat menguntungkan (Pas).

Kita tidak mahu Pas menjadi parti yang dibuli atau dibuat bahan fitnah dan pemimpin kita dicalarkan (apabila pemimpin pakatan lain mengeluarkan kenyataan yang bercanggah),” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Pas Kawasan Kuala Nerus di pekan Batu Enam, di sini, semalam.

Tegas Satiful Bahri, tindakan pemimpin lain dalam PR yang sering bercanggah pendapat dan dilihat menentang kenyataan yang dikeluarkan pucuk pimpinan tertinggi secara tidak langsung mencalar imej Pas.

“Apa-apa pandangan yang mengatakan Pas keluar daripada PR (apabila Pas menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sebenarnya tidak berbangkit kerana ia telah diputuskan dalam muktamar sebelum ini, malah Pas dari dahulu tidak pernah sesekali keluar daripada perjanjian.

“Tapi, sekiranya Pas dikeluarkan (daripada PR), kita mahu melihat sejauh mana parti lain (dalam PR) boleh bersendiri dalam pilihan raya untuk menguasai Putrajaya.

Apa pun, keputusan yang terdekat pada 17 Ogos ini (dalam Mesyuarat AJK Pas Pusat) berkaitan dengan (kedudukan) Menteri Besar Selangor, tetapi kita mengambil sikap supaya Pas Pusat dapat teliti semula (kedudukan) tahaluf siyasi, matlamat atau hasrat sebenar kerjasama itu,” katanya.

Jelasnya lagi, Pas Terengganu juga berdiri teguh dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Abdul Khalid untuk terus menerajui Selangor.

Kedudukan Pas dan PR kini, dilihat semakin rapuh apabila parti itu terus menyatakan pendirian untuk menyokong Abdul Khalid, sekali gus menolak cadangan PKR dan DAP untuk menggantikannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Sementara itu, kira-kira 5,000 tetamu membanjiri rumah terbuka Pas Kawasan Kuala Nerus yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin tertinggi peringkat negeri dan kawasan.

Isu MB Selangor: Siapa lebih layak?


  • Isu MB Selangor: Siapa lebih layak?

KEMELUT di Selangor kian meruncing.Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diterima sebulat suara untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Spekulasi demi spekulasi timbul berikutan keengganan Abdul Khalid melepaskan jawatan nombor satu di negeri yang paling maju di Malaysia itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menolak permohonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk isterinya Wan Azizah menghadap baginda bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai keputusan PKR.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan media.

Namun Dr Wan Azizah tidak putus semangat. Buktinya, beliau berjaya mengumpul sokongan daripada 29 Adun termasuk dua daripada Pas untuk menguatkan kenyataan bahawa Abdul Khalid tewas kerana tidak mendapat undi majoriti.

Beliau menulis surat kedua memohon perkenan Sultan Selangor untuk menunjukkan bukti tersebut. Jika Sultan Selangor perkenan bertemu Dr Wan Azizah seterusnya mendengar butir bicara hingga membuatkan Sultan bertindak memanggil Abdul Khalid untuk peletakan jawatan, ini bermakna Dr Wan Azizah akan menjadi wanita pertama di negara ini memegang jawatan setinggi itu.

Siapa layak?

Namun, jika keputusan Sultan sebaliknya, siapa pula yang lebih layak menggantikan Dr Wan Azizah? Pelbagai spekulasi yang mengaitkan nama tertentu untuk jawatan tersebut.

Paling menjadi sebutan sudah pasti Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin sudah tidak asing di Selangor. Walaupun dilahirkan di Singapura, tetapi beliau dibesarkan di Selangor dan jalan cerita Selangor sudah berada dalam genggamannya.

Inilah tokoh kedua yang mungkin diangkat PKR. Menerusi keputusan tidak rasmi, Mohamed Azmin juga telah menang jawatan Timbalan Presiden PKR dengan majoriti yang agak tinggi.

Sudah pasti, ia memberi kelebihan buatnya yang memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti mengalahkan Abdul Khalid dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Kredibiliti Mohamed Azmin sukar untuk disangkal kerana beliau mempunyai hubungan baik bersama Pas dan juga DAP. Tidak hairanlah menerusi laman Twitternya yang terkini, banyak dikongsi gambar-gambar bersama pemimpin Pas sebagai menunjukkan tidak wujud masalah antara mereka ini.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, Mohamed Azmin adalah calon utama selepas Dr Wan Azizah berdasarkan hierarki dalam parti.

“Hierarki dalam parti perlu dipatuhi dan diikuti apabila mereka menang. Mohamed Azmin juga mempunyai banyak pengalaman dalam arena politik serta disenangi semua pihak.

“Tambahan jika dilihat kepada kredibilitinya, Adun Bukit Antarabangsa itu masih muda, bertenaga dan punyai azam yang tinggi untuk menjayakan lagi Selangor,” katanya.

Menurutnya, sokongan majoriti 29 kerusi diumumkan Dr Wan Azizah kelmarin juga dijangka dapat dikekalkan sekiranya calon bertukar kepada Mohamed Azmin.

Tidak sekadar itu, PKR juga mempunyai pemimpin muda yang berkaliber, Nik Nazmi Nik Ahmad  yang memegang jawatan sebagai Timbalan Speaker Dun Selangor.

Nik Nazmi, sungguhpun kelahiran Kelantan, tetapi sudah bermastautin di Selangor agak lama dan merupakan pemimpin muda yang menjadi tunggak PKR.

Adakah dengan jawatan dan semangat kepimpinan ini mampu melonjakkan namanya memegang jawatan terbesar negeri?

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya, MPN, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata, Nik Nazmi boleh menjadi menteri besar sekiranya mendapat majoriti sokongan daripada semua Adun.

“Sesiapa sahaja boleh dicalonkan untuk jawatan tersebut jika mendapat majoriti sokongan.

“Jika mahu dilihat kepada kredibilitinya, banyak matlamat untuk negeri ini boleh dicapai kerana  beliau masih muda yang ada pengaruh besar kepada generasi sepertinya,” katanya.
Beza antara Mohamed Azmin dan Nik Nazmi hanyalah pengalaman.

Anwar  sudah ada nama pengganti?

Dalam pada itu, wujud satu lagi spekulasi yang menyebut nama Adun Ijok, Dr Idris Ahmad  menduduki kerusi panas itu.

Pemilihan Dr Idris dikatakan tepat kerana pemimpin ini tidak ada ‘ragam’ dan dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi serta dihormati pemimpin PKR.

Namanya disebut dalam sebuah portal berita apabila Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, Dr Wan Azizah tersingkir daripada tercalon sebagai peneraju negeri selepas Anwar memilih Dr Idris sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Keputusan tersebut bagi memastikan Pas terus menyokong PKR mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, Dr Idris ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut kerana tidak pernah dimaklumkan apa-apa mengenai hal itu.

“Saya tidak boleh memberi kenyataan kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini (calon alternatif), jadi bagaimana saya hendak komen (dakwaan),” katanya.

Peluang Pas tonjolkan diri

Dalam usaha PKR mengekalkan kerusi Menteri Besar Selangor yang dipegang parti itu, satu lagi spekulasi timbul yang bakal memberi kejutan besar buat PR.

Pas dikatakan akan mengambil semula kerusi Menteri Besar Selangor tanpa mengorbankan diri keluar daripada PR. Cara bagaimana yang akan dilakukan, semua terjawab dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat pada hari esok.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan berkata, kemelut yang melanda Selangor sudah lama berlaku, tidak mungkin Pas mempercepatkan mesyuarat sedangkan sudah lama ia berlarutan.

“Kalau setahun boleh tunggu, takkan empat lima hari tidak boleh, tak jadi apa pun kalau semua bersabar,” katanya membidas gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Nada yang diutarakan itu memberi gambaran akan berlaku kejutan dalam PR. Jika pada awal minggu ini Pas tegas akan memberi sokongan padu pada Abdul Khalid sebagai menteri besar, parti itu tidak mustahil akan membuat pusingan U.

Calon-calon Pas juga tidak kurang hebatnya. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad antara ikon Pas di Selangor. Bukan anak jati Selangor, tetapi sudah berkhidmat dan menabur bakti di Selangor sejak sekian lama.

Hubungannya dengan pimpinan Pas dan juga parti lain sentiasa baik.  Iskandar antara pemimpin Pas yang mendengar cakap pimpinan tertinggi dan tidak ada syok sendiri, jauh sekali membelakangi parti. Sikap itu dilihat boleh menjadi penguatnya untuk memegang jawatan menteri besar.

Seorang lagi yang disebut-sebut ialah Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang diketahui mempunyai latar belakang sebagai seorang profesional iaitu doktor perubatan.

Tambahan ketika menjalankan tugas sebagai Exco Selangor, dilihat cemerlang iaitu dengan memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Kesemua calon ini mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin negeri. 'Track record' yang ditunjukkan juga begitu cemerlang.

Siapa juga calon-calon ini, mereka sudah pasti daripada kalangan PR juga. Namun, Pas ada tugas berat esok dan sudah pasti keputusan itu tidak menampakkan kelemahan mereka sekali lagi dalam membuat penilaian.

Pas benteng terakhir PR Selangor


  • Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM - Exco Pas meletakkan diri mereka sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan kerajaan PR menerajui kepimpinan Selangor.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, beliau dan tiga rakan Pas yang masih berkhidmat dalam Kabinet Selangor harus bekerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat perkenan Sultan kerana bimbang akan diganti dengan exco baharu.

“Kalau tidak bekerjasama dengan Abdul Khalid sebagai menteri besar yang diperkenan oleh Tuanku, maka nanti baginda akan pilih orang lain yang boleh bekerjasama dengan Abdul Khalid untuk jadi Exco Selangor.

“Kita tidak tolak kemungkinan Umno yang akan naik jadi exco kalau kami enggan bekerjasama dengan beliau.

"Sebab itu kita merasakan, kalau bercakap dalam konteks PR, boleh jadi kita (Pas) benteng terakhir untuk pertahan kerajaan pakatan rakyat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ketika ditanya pendapatnya berhubung kelancaran pentadbiran Kerajaan Selangor yang dikemudi Abdul Khalid ketika ini, Sallehen mengakui  tidak ada sebarang perubahan, malah ahli majlis juga dikekalkan seperti sedia ada.

Dalam pada itu, Sallehen seolah-olah memberi bayangan bahawa pertukaran menteri besar akan dilaksanakan PR, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mesyuarat Pas esok.

“Bagi kita soal Abdul Khalid bukan faktor...bila parti minta kita untuk terus bekerja maka kita bekerja.

"Apa pun bergantung kepada keputusan pada 17 Ogos. Kalau betul nak tukar menteri besar boleh tukar, kita akan bersama menteri besar yang baharu tapi prosesnya dibuat harus mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri.

“Tempoh kita jadi Exco bergantung kepada keadaan, boleh jadi sehingga habis penggal iaitu PRU akan datang atau sehingga parti minta kita berhenti,” katanya.

Sementara itu, bekas Exco DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata, esok adalah penentu kesetiaan Pas bersama PR.

“Kalau Pas memutuskan untuk tangguh perkara ini, maka kita perlu bersemuka dan berbincang,” katanya.

MH17: Pakar forensik umum nama 20 mangsa


  • MH17

THE HAGUE- NETHERLANDS. Seramai 127 mangsa nahas pesawat MH17 yang dikenal pasti termasuk 20 nama baru diumum oleh pakar forensik Belanda kepada waris semalam.

Menurut laporan sebuah stesen penyiaran di sana , daripada 20 mangsa tersebut, 15 daripadanya terdiri daripada warganegara Belanda.

“Manakala mayat-mayat yang lain tidak diumumkan,” menurut laman web NOS.

Pesawat penerbangan MAS MH17 dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia  ketika pesawat tersebut terbang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Tragedi nahas tersebut mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk anak kapalnya.

Operasi pencarian mayat di lokasi nahas dihentikan sekali lagi pada minggu lalu berikutan pergolakan semakin memuncak berlaku antara Kiev dan puak pemisah pro-Rusia.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia mengumumkan mayat mangsa warga Malaysia bagi nahas MH17 dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 22 Ogos depan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Berkabung Negara bagi seluruh Malaysia.

13 Adun Pas Selangor jumpa Abdul Hadi


  • Mohd Khairuddin OthmanMohd Khairuddin Othman

SHAH ALAM - Kesemua Adun Pas Selangor telah bertemu dengan pimpinan tertinggi parti itu, hari ini.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, melalui pertemuan itu, pihaknya telah menyerahkan laporan dan aduan terhadap dua Adun Pas yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor,

Menurut Khairuddin, tindakan itu ekoran kegagalan kedua-dua Adun itu menarik balik sokongan mereka terhadap Wan Azizah.

"Pada sebentar tadi kepimpinan Pas Selangor berserta kesemua 13 Adun Pas telah bertemu pimpinan tertinggi parti.

"Pas Selangor telah membawa laporan serta aduan terhadap dua Adun Pas yang gagal memenuhi arahan Pas negeri supaya menarik balik sokongan yang telah dibuat secara bersendirian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, Pas Selangor membawa aduan tersebut pihak Pas pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kita telah memohon dan kita dapat bertemu dengan Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) beserta Datuk Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) dan kita kemukakan fakta serta aduan kita.

"Kita telah membawa aduan negeri dan kita serah sepenuhnya kepada pas pusat untuk tindakan disiplin selanjutnya," katanya.

"Semalam kita telah arahkan kepimpinan parti di peringkat kawasan untuk bertemu dan memberi peluang kepada adun-adun ini tetapi gagal," katanya.

Sultan titah Khalid tunggu 27 Ogos ini


  • Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris ShahSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung jawatan menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air pada 27 Ogos ini.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi berkata, titah tersebut dikeluarkan selepas beliau memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin berhubung perkembangan terkini politik di Selangor termasuk pendirian 30 Adun daripada PR.

"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"Seterusnya, DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendakwa mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan.

Sokongan tersebut diperolehi daripada 15 Adun DAP, 13 Adun PKR dan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

Jumlah itu menjadikan PR kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi dalam Dun Selangor.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menasihatkan kepada pihak berkenaan supaya menulis surat terus kepada Sultan Selangor bagi mengelakkan baginda keliru dengan pelbagai dakwaan kepadanya.

"Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan," katanya lagi.

Wan Azizah boleh jadi Menteri Besar Selangor


  • Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kenyataan bersumpah 30 Adun menyokong beliau.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, ini kerana, undi tidak percaya tidak semestinya perlu dilakukan di dalam dewan.

“Jika benar Dr Wan Azizah ada 30 Adun yang menyokongnya, beliau boleh mempersembahkan sokongan majoriti kepada Sultan melalui akuan bersumpah. Dalam isu sokongan majoriti, tidak mungkin Sultan tidak benarkan Dr Wan Azizah menghadap.

“Sekiranya Sultan berkenan menghadap dan bersetuju menerima akuan bersumpah itu, baginda akan minta menteri besar letak jawatan dan memecat semua exco,” katanya, semalam.

Sekiranya situasi itu terjadi, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada pilihan selain melepaskan jawatannya atau memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dun.

“Namun, dalam keadaan sekarang, semuanya terpulang kepada budi bicara baginda untuk bubar atau tidak.

"Sama ada Abdul Khalid memohon bubar Dun sebelum atau selepas Dr Wan Azizah diperkenan menghadap, keputusan tetap terletak kepada baginda untuk setuju atau tidak.

“Jika baginda tidak berkenan bubar Dun selepas bersetuju dengan kenyataan bersumpah 30 Adun, maka Sultan boleh menerima cadangan PKR untuk melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu,” katanya.

Kelmarin, Dr Wan Azizah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan baginda seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan Selangor sekiranya ada keperluan Speaker Dun mengadakan persidangan untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, masih terdapat kemungkinan untuk Pas menyokong PKR sekiranya parti itu menukar calon menteri besar yang lain.

“Sehingga hari ini, kita dapat melihat sokongan kuat Pas kepada Abdul Khalid kerana tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah. Malah, mereka juga memilih Abdul Khalid kerana bersih daripada sebarang salah laku.

“Oleh itu, PKR perlu memikirkan strategi dengan meletakkan calon lain. Hanya dengan cara itu, tidak mustahil sokongan Pas akan kembali kepada PKR,” katanya.

Korea Utara tembak roket jarak dekat menjelang lawatan Pope ke Seoul


SEOUL: Korea Utara menembak tiga peluru berpandu jarak dekat kurang satu jam sebelum ketibaan Pope Francais bagi lawatan pertamanya sejak 25 tahun, ke Korea Selatan hari ini.
Biarpun Korea Utara menolak jemputan ke Seoul ketika lawatan ketua paderi itu, Francais merancang untuk mendekati negara itu semasa lawatan lima hari beliau dalam misi keamanan dan perdamaian di Semenanjung Korea.
Bagaimanapun, Pyongyang mempunyai sejarah yang lama dalam memastikan ia adalah acara yang tidak boleh dilupakan di Korea Selatan.
Menurut pegawai ketenteraan Korea Selatan, tembakan jarak dekat itu dilancar Wonsan di timur Korea Utara mampu mengena sasaran pada kira-kira 220 kilometer.
Pada tahun ini, Korea Utara menjalankan beberapa ujian pelancaran peluru berpandu jarak dekat dan tembakan bom. - AP

MH17: Keluarga Nur Shazana bersedia iringi jenazah

GEORGETOWN: Keluarga anak kapal Nur Shazana Mohd Salleh, 31 yang terkorban dalam nahas pesawat MH 17 di Ukraine bersedia dan menunggu masa untuk berlepas ke Amsterdam bagi mengiringi kepulangan jenazah ke tanah air.
Bapanya, Mohd Salleh Shamsuddin, 54, berkata, sehingga kini segala keperluan seperti pasport sudah disediakan untuk mereka berlepas ke Belanda.
Katanya, mereka kini menunggu maklumat lanjut daripada pihak MAS untuk berlepas ke negara berkenaan.
"Kami sudah bersedia untuk berlepas ke sana bagi mengiringi kupulangan jenazah Zana (Nur Shazana) dan perkembangan mengenai jenazah kini disalurkan oleh MAS dua tiga kali sehari, " katanya.
Beliau ditemui selepas majlis tahlil yang diadadakan di kediamannya di Persiaran Mayang Pasir, Bayan Baru, di sini, sebentar tadi.

Krisis Selangor: PAS tetap tolak Wan Azizah - Mustafa


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 10:11 AM
KUALA LUMPUR: PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, malam tadi. Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Pada sidang media kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan penolakan pencalonan Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bukan kerana jantina.

Katanya, sebab penolakan pencalonan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sudah dinyatakan kepada semua 15 ADUN dari PAS di Selangor dan pucuk kepemimpinan PKR.

Bagaimanapun, Mustafa berkata PAS tidak akan menuntut dan menamakan wakil rakyatnya di DUN Selangor sebagai calon Menteri Besar.

"Dari dulu kita dah maklumkan bahawa PAS tidak akan menuntut untuk menduduki kerusi berkenaan ," katanya.

Mustafa juga berkata, PAS tetap menganggap kerajaan Selangor sedia ada sebagai kerajaan Pakatan Rakyat biarpun ditadbir seorang Menteri Besar Bebas dan hanya empat EXCO PAS selepas pemecatan dan peletakan jawatan enam anggota daripada PKR dan DAP.

Sehubungan itu, katanya, kedudukan EXCO PAS dalam kerajaan Selangor masih tidak berubah sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad ini.

"Kami masih anggap kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan, empat EXCO itu mewakili parti dan pakatan selepas enam EXCO daripada DAP dan PKR dipecat dan meletak jawatan," katanya.

Imran Khan ketuai bantahan terhadap kerajaan di Islamabad


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 5:28 PM
ISLAMABAD: Pertempuran tercetus ketika puluhan ribu penunjuk perasaan daripada dua kumpulan antikerajaan berkumpul di ibu negara, sekali gus memberi cabaran paling hebat terhadap kerajaan berusia 15-bulan itu

Kenderaan yang dinaiki bekas bintang kriket, Imran Khan yang juga ahli politik pembangkang terkena tembakan ketiak beliau mengetuai penyokongnya dalam perarakan di bandaraya Gujranwala.

Penduduk yang memegang poster parti memerintah menyerang konvoi terbabit dan membaling kasut dan batu. Khan bagaimanapun tidak cedera, kata jurucakapnya.

Khan dan ulama popular, Tahir ul-Qadri kini mengetuai perarakan berasingan ke arah Islamabad di mana mereka bercadang untuk berhimpun beramai-ramai di jalan raya utama sehingga Perdana Menteri,Nawaz Sharif meletakkan jawatan.

Keadaan keselamatan di bandar raya berkenaan dikawal ketat dan pihak berkuasa menutup beberapa jalan utama dengan kontena kapal dan pagar berkawat dalam usaha menghalang perarakan itu.

Polis antirusuhan dikerah tetapi beratus-ratus penunjuk perasaan mula mengadakan perhimpunan dan memukul gendang, bernyanyi dan menari ketika mereka membuat persediaan untuk menyambut rakan mereka yang sednag menuju ke bandar raya berkenaan.

"Kami datang untuk menyelamatkan negara kami dan menyahut gesaan pemimpin kami, Imran Khan," kata Ajaz Khan, 36 di Islamabad.

Dia berkata demikian sejurus sebelum bunyi tembakan ke arah Khan.

"Kami tidak akan berganjak sebelum pemimpin kami mengarahkan kami berbuat demikian," katanya.

Indonesia kini lebih baik dari segi politik, ekonomi perpaduan - Susilo


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 6:01 PM
JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata negara berkenaan kini lebih stabil dari segi politik, ekonomi dan perpaduan nasional.

"Generasi kita sudah melakar sejarah," katanya. dalam ucapannya di Parlimen menjelang ulang tahun kemerdekaan negara berkenaan Ahad ini.

Yudhoyono mengambil alih pada 2004 dan adalah ketua negara pertama dipilih berikutan kejatuhan Suharto pada 1998.

Secara kebetulan tempoh pemerintahan Susilo juga adalah seiring dengan era perubahan yang dilalui Indonesia.

Beliau menarik perhatian bahawa pilihan raya presiden untuk memilih penggantinya, iaitu gabenor Jakarta, Joko Widodo berlangsung dalam keadaan aman.

Widodo, yang dikenali sebagai Jokowi, akan mengambil alih daripada Susilo pada 20 Oktober hadapan. Beliau bagaimanapun masih berhadapan dengan pertikaian mahkamah yang dibangkitkan oleh pencabarnya, Prabowo Subianto, berikutan pilihan raya presiden baru-baru ini. - AFP

Pengganti Erdogan sebagai PM Turki diumum Khamis


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 7:46 PM
ANKARA: Bakal Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) akan mengadakan mesyuarat khas pada 21 Ogos ini bagi mencalonkan penggantinya sebagai pemimpin parti dan Perdana Menteri.

Erdogan, yang menang dalam pilihan raya presiden pusingan pertama pada 10 Ogos lalu, perlu berundur bukan sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi juga pemimpin AKP apabila beliau mengangkat sumpah pada 28 Ogos ini.

"Kami akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif parti Khamis minggu depan dan kemudian akan mengumumkan calon yang dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa parti," Erdogan dipetik sebagai berkata oleh akhbar Hurriyet.

AKP juga memutuskan untuk mengadakan kongres luar biasa parti pada 27 Ogos untuk menerima pelantikan pengganti Erdogan. - AFP

MH17: Tujuh aset ATM terbabit dalam fasa pertama hantar jenazah


Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 7:20 PM
LANGKAWI: Tujuh aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan melalui operasi fasa pertama penghantaran pulang jenazah penumpang dan kru pesawat MH17 yang terbabit dalam insiden di Ukraine, dari Kuala Lumpur ke kampung halaman masing-masing pada 22 Ogos ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata antara aset ATM dikenal pasti membabitkan sebuah pesawat C130 dan lima helikopter jenis Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jenazah dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dari Amsterdam menerusi pesawat khas disediakan MAS, manakala dari Kuala Lumpur pesawat C130 dan helikopter digunakan untuk menghantar jenazah ke negeri terbabit.

"Sejurus jenazah tiba di negeri, segala urusan seterusnya akan diambil alih kerajaan negeri sehingga akhir...selain aset milik ATM, 10 kementerian turut terbabit dalam menguruskan penghantaran pulang jenazah ini," katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, sebentar tadi.

Pengundi persoal tindakan Saari Sungib sokong Wan Azizah


Sabtu, 16 Ogos 2014 @ 12:04 AM
Pengundi persoal tindakan Saari Sungib sokong Wan Azizah

slug: story nr03 (ted lama)

Oleh Nora Mahpar

noramahpar@bh.com.my

HULU KLANG: Pengundi di Hulu Klang yang wakil rakyatnya daripada PAS, Saari Sungib rata-rata tidak memahami pendiriannya menyokong Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menuntutnya kembali kepada keputusan PAS.

Mereka sebaliknya mahu Saari dan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) tegas dan mengikut pendirian Majlis Ulama PAS Pusat yang menyokong Khalid kekal jawatan sedia ada.

"Saya tak faham kenapa dua ADUN PAS ini perlu sokong Wan Azizah jadi MB. Walhal, kepemimpinan tertinggi parti itu sudah menyatakan sokongan kepada Khalid. Kenapa mereka perlu ingkar dan langgar?

"Adakah ia disebabkan oleh kepentingan politik peribadi atau ditekan oleh individu tertentu? Saya harap beliau (Saari) tarik balik pendiriannya dalam menyatakan sokongan kepada Wan Azizah," katanya ketika ditemui BH Online di Taman Keramat AU2 di sini, hari ini.

Pendapatnya disokong mahasiswa dari Universiti Madinah, Mohd Amin Azman Shah, 23, yang berasal dari Gombak, menganggap kemelut itu tidak seharusnya berlaku kerana pentadbiran sedia ada sudah menjalankan tugas dengan baik.

"Krisis ini sepatutnya tidak berlaku. MB sedia ada (Khalid sudah menjalankan mandat diberikan rakyat dengan cukup baik, kita dapat lihat pentadbirannya tidak ada ketirisan...beliau cukup amanah dan telus sebagai pemimpin.

"Sudah-sudahlah mengeruhkan keadaan yang sudah sedia jernih, yang baik jangan diburuk-burukkan... yang bersih jangan dikotor-kotorkan," katanya ketika ditemui BH Online di Taman Keramat AU2 di sini.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tercetus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan Presidennya yang juga ADUN Kajang itu pengganti Khalid pada 21 Julai lalu.

'

Bagaimanapun, Khalid enggan berundur dan keputusannya itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kemelut lebih parah apabila Khalid kemudian memecat enam EXCO kerajaan negeri dan dalam masa sama mengekalkan empat ADUN PAS yang menyokongnya.

Sementara itu, seorang pesara tentera, Ibrahim Baharudin, 58, menganggap cubaan menjatuhkan Khalid daripada jawatannya itu sebagai politik kotor yang memualkan rakyat dan mendakwa ia direncana pihak tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri sertakan tamakkan kuasa.

"Tindakan menukar Menteri Besar tidak patut berlaku sekarang, kalau nak tukar pun tunggulah pilihan raya umum nanti.

"Kalau buat pilihan raya sekarang sudah tentu ia menelan belanja besar... itu semua kos, ia datang dari mana? Duit rakyat juga," katanya yang menetap di Taman Keramat di sini.

Semalam, Saari dan Hasnul menyertai sidang media khas bersama Wan Azizah bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar, sekali gus disifatkan mengkhianati keputusan Majlis Ulama PAS yang sudah menyatakan pendirian menyokong Khalid kekal dengan jawatannya.

Ekoran kenyataan itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam bermula petang semalam kepada dua ADUN berkenaan untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi tindakan tatatertib.

BH Online cuba mendapatkan reaksi Saari sejak pagi semalam namun gagal bertemunya termasuk ke Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang itu di Taman Keramat AU2, selain membuat panggilan telefon.

Ketika di pusat khidmat berkenaan, kakitangannya mendakwa mereka juga gagal menghubungi Saari sejak semalam, iaitu selepas beliau turut dilihat menghadiri sidang media Wan Azizah petang kelmarin.

"YB sejak hari Rabu tidak masuk pejabat, kami cuba untuk hubungi beliau namun tidak berjawab sejak semalam. Bukan puan saja yang cari tapi ada media lain juga datang sini," katanya yang enggan dikenali.

BH Online kemudian ke kediaman Saari di Taman Sri Ukay namun seorang individu dipercayai ahli keluarganya mendakwa tidak mengetahui di mana Saari berada.

Kirim anak patung, jambangan bunga


Amsterdam: “Orang awam dan keluarga mangsa tidak henti menghantar ribuan anak patung dan jambangan bunga sejak 18 Julai lalu,” kata kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, Elham Amir yang bertugas menyelia ruang memorial mangsa pesawat MH17.

Menurutnya, ada antara ahli keluarga mangsa MH17 meratap dan menangis setiap kali mengunjungi ruang khas memorial itu.


“Saya akan cuba memujuk dan mententeramkan mereka. Hati saya turut tersentuh melihat kesedihan mereka yang kehilangan anak, ibu bapa atau ahli keluarga terdekat.



“Malah juruterbang dan kru MAS melawat sudut memorial ini saban hari,” katanya semalam.


Dia berkata, setiap pengunjung sudut memorial itu akan mengambil kesempatan menulis mesej simpati pada empat buku ucapan takziah yang disediakan.


“Sebelum ini orang ramai meletakkan anak patung dan jambangan bunga di pintu masuk balai ketibaan sebelum dipindahkan ke ruang dalam lapangan terbang ini dua minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati ruang kedai yang diubah menjadi sudut memorial itu menempatkan lebih 5,000 anak patung pelbagai saiz disusun di meja dan rak khas.


Selain itu keluarga mangsa turut meletakkan gambar potret, kad ucapan, bendera negara, lilin dan buku di sudut memorial sepanjang hampir 50 meter itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

‘Bawalah pulang’


“Sebaik-baiknya bawalah pulang mayat mangsa dan anak kapal MH17 (warga Malaysia) ke tanah air walaupun hanya sebelah kaki atau sehelai rambut,” kata pramugari MAS Alyza Hanum Daum.
Dia ditemui wartawan Harian Metro ketika melawat ruang memorial menempatkan ribuan anak patung dan bunga sebagai simbolik simpati ahli keluarga dan rakan terhadap mangsa MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, pagi semalam.

Alyza Hanum baru selesai bertugas sejurus pesawat MAS mendarat di Amsterdam jam 8 pagi semalam waktu tempatan mengambil kesempatan melawat ruang memorial itu bersama 13 kru MAS yang lain.
Suasana menjadi sebak seketika apabila pramugari kanan, Shanti Sundram, Norashikin Mohd Noor dan Zaeti Zian Abdul Aziz tidak dapat menahan air mata tatkala melihat potret wajah kru pesawat MH17 yang diletakkan di sudut khas memorial berkenaan.

Alyza mengakui kebanyakan kru MH17 terbunuh itu bukan hanya dianggap sebagai rakan setugas, malah sahabat karibnya.

“Tragedi pada 17 Julai lalu masih dirasai kesedihannya sehingga kini. Malah, saya trauma apabila mengetahui ditugaskan penerbangan MAS ke Amsterdam, Belanda, semalam (malam kelmarin).
Foto
ZAETI mengesat air mata ketika menatap wajah rakannya Azrina ketika melawat ruang memorial mangsa MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, pagi semalam.
“Jika boleh saya mahu tukar jadual tugas ini (penerbangan ke Amsterdam) tapi saya perlu hadapi hakikat kehilangan (rakan MH17) itu. Tugas ini perlu diteruskan,” katanya yang sudah berkhidmat dengan MAS sejak 11 tahun lalu.

Sementara itu, Zaeti Zian bagaikan hilang kata-kata dan hanya mampu menitis air mata ketika melihat gambar rakan setugasnya, Azrina Yakob, yang terkorban dalam nahas MH17.
Menurutnya, Azrina dan dia menyertai kumpulan bola jaring MAS dan pernah bertanding di Singapura tahun lalu.

“Saya masih terbayang wajah manisnya sehingga kini. Perasaan sedih sukar dibendung bila melihat gambar Azrina diletakkan bersama ratusan mangsa MH17 yang lain di sini,” katanya.

Shanti yang sudah 25 tahun bertugas dengan MAS memberitahu, tragedi berkenaan masih memberi kesan emosi kakitangan MAS yang bertugas.

“Kami umpama satu keluarga besar. Tragedi bertimpa-timpa MH370 disusuli MH17 bukan mudah untuk dilupakan begitu saja.

“Pada hari tragedi MH17 berlaku , saya berulang menukar saluran televisyen bagi memastikan nahas itu benar-benar berlaku,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Nenek terkejut disaman


Newark, England: Seorang nenek terkejut disaman polis hanya kerana memaparkan tiket tempat letak kereta dalam keadaan terbalik.

Janet Gasson, 67, meletak keretanya di lot dibenarkan untuk melihat cucunya berlatih menjelang pertunjukan kanak-kanak di sebuah dewan di itu.


Apabila kembali ke keretanya 15 minit kemudian, Janet mendapati dia disaman £50 (RM260) walaupun tempoh masa dibenarkan belum tamat. Dia kemudian mendapatkan pegawai penguat kuasa yang menyamannya untuk bertanya mengapa dia disaman.



Kata Janet, dia diberitahu pegawai terbabit, kesalahannya adalah memaparkan tiket pakir secara terbalik.


“Jika saya tidak mengejarnya, saya mungkin masih bingung mengapa saya disaman,” katanya.


Kata Janet, dia meletakkan tiket di atas papan pemuka seperti biasa, tetapi hairan bagaimana pegawai terbabit mendakwa dia tidak boleh membacanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Aktivis antigay ditinggal isteri



Austin, Texas: Hidup di bawah bumbung yang sama dan hidup sebagai suami isteri tidak dapat menjamin bahawa sesuatu pasangan itu juga berkongsi idealisme sama.

Keadaan itu dialami oleh ketua kumpulan antigay terbesar dan paling lantang di Texas, Jonathan Saenz, dengan cara yang sangat mengguris perasaan.


Dokumen mahkamah menunjukkan isteri Saenz meninggalkannya untuk bersama seorang wanita lain. Saenz seorang peguam adalah pemimpin kumpulan Texas Value yang memperjuangkan nilai kekeluargaan dan budaya konservatif di Texas pada 2012.



Isterinya, Corinne adalah ibu kepada tiga anak mereka yang memfailkan perceraian pada Ogos tahun berkenaan. Proses perceraian itu memang rumit. Dokumen yang difailkan di mahkamah menunjukkan konflik rumah tangga mereka terfokus kepada kewujudan wanita ketiga, Ercimin Paredes.


Tidak seperti pasangan suami isteri biasa, wanita itu bukan mengisi hati Saenz, sebaliknya si isteri, Corinne. Isu penjagaan anak juga menjadi pertikaian antara Saenz dan Corinne. Antara tuntutan dibuat Saenz ke atas Corinne adalah menghalang kedua-dua wanita terbabit berhubung atau berada dalam bangunan sama dengan anak-anak mereka.


Hakim kemudian membenarkan tuntutan itu sehingga Ogos 2013.

Saenz mendakwa Corinne dan Ercimin yang bertugas bersama sebagai guru di sebuah tadika mula menjalin hubungan romantik yang serius sejak 2010. Dia menuntut Corinne dan Ercimin diarah menjalani pemeriksaan mental dengan pakar psikologi pilihannya.


Corinne bersetuju sehinggalah dia dimaklumkan Saenz enggan membiayai kos pemeriksaan itu. Saenz dan kumpulan Texas Value percaya, amalan percintaan atau perhubungan sejenis adalah sejenis penyakit mental yang berlaku dalam masyarakat.

Mereka juga yakin perkahwinan sejenis bukan saja membawa kepada poligami, malah menyebabkan seseorang berkahwin dengan anak tiri sendiri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Sokong gugur bayi mangsa rogol


Jakarta: Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia semalam secara terbuka menyokong cadangan membenarkan amalan menggugurkan kandungan mangsa rogol bagi tujuan melindungi mangsa.

Amir Syamsuddin berkata, pengguguran kandungan bagi mangsa rogol turut dibenarkan di beberapa negara.


“Dari sudut perubatan, saya menganggap perkara itu wajar dan ia universal,” katanya.



Namun dia mengakui belum merujuk rang undang-undang Indonesia berhubung peraturan kesihatan kesuburan yang dilaksanakan ketika ini.


Kata Amir, dia perlu merujuk isu itu kepada pihak berkaitan sebelum boleh mengeluarkan kenyataan lanjut.


Kelmarin, Menteri Kesihatan Indonesia Nafsiah Mboi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan peraturan membenarkan pengguguran ke atas ibu yang diancam bahaya atau kandungan akibat pemerkosaan.

Amir berkata, dia perlu meneliti cadangan itu bagi mengelak ia bertentangan dengan undang-undang sedia ada, “Saya berpendapat mangsa rogol berhak menggugurkan kandungan kerana kandungan itu hadir bukan atas kerelaan mangsa,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Brunei hasil filem aksi silat


Bandar Seri Begawan: Selepas hampir 54 tahun tidak menghasilkan sebarang filem, industri perfileman Brunei Darussalam kembali diwarnai dengan penghasilan sebuah filem aksi berjudul Yasmine.

Filem arahan pengarah tempatan, Siti Kamaluddin dan penerbit Din Kamaluddin itu mempertaruhkan aksi pertarungan silat bagi menarik minat penggemar filem aksi.


Filem terbitan Origin Films itu dijangka menemui peminat di Brunei dan Indonesia pada 21 Ogos 2014.



“Silat adalah seni bela diri yang terkenal di rantau Asia Tenggara. Oleh sebab itu saya memberi lebih fokus pada bahagian aksi agar ia kelihatan hebat dan menghiburkan,” kata Siti.


Aksi pertarungan dalam filem berkenaan diperkuatkan lagi dengan kehadiran penyelia aksi berpengalaman selama 30 tahun dalam industri filem Hong Kong dan Hollywood, Chan Ming Ching.


Yasmine menampilkan bintang baru Brunei, Liyana Yus yang memegang watak utama sebagai Yasmine dibantu oleh beberapa artis Indonesia seperti Reza Rahadian (Fahri), Dwi Sasono (Tung Lung) dan Agus Kuncoro (Jamal).

Ia mengisahkan mengenai kisah cinta di antara Yasmine, seorang pelajar dengan seorang juara silat antarabangsa, Adi.


Bagaimanapun Adi rapat dengan musuh Yasmine iaitu Dewi yang juga seorang atlet silat.

Kecewa dengan perkara itu, Yasmine memutuskan untuk menyertai kelab silat dan berlatih untuk kejohanan silat kebangsaan yang turut disertai Dewi.


Siti berkata, dia memang meminati silat sejak dulu dan berasa beruntung kerana dapat menghasilkan filem mengenainya.


“Saya juga bersyukur kerana penghasilan filem ini mendapat sokongan kerajaan Brunei. Selain itu, saya selesa bekerja dengan nama besar industri perfileman Indonesia. Mereka individu hebat dan saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan mereka,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

Nelayan sukar dapat ikan


POLIS menahan nelayan yang melakukan tangkapan ikan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan di Dermaga Polis Air (Polair) Polis daerah Sulawesi Selatan, Makassar pada 28 Mac lalu. - AGENSI
BENOA, Bali - Nelayan di daerah ini mendakwa hidup mereka semakin terhimpit selepas hasil tangkapan mereka semakin berkurangan secara mendadak sejak kebelakangan ini.
"Tangkapan sekarang mulai berkurangan. Selain faktor cuaca, sebab utamanya adalah banyak kapal nelayan menggunakan pukat tunda dan pukat cincin,’’ luah Andi kepada Tribunnews.com di kapal Jurong Jaya di pelabuhan Benoa, Denpasar, baru-baru ini.
Andi yang gusar dengan keadaan itu berkata, kedua-dua jenis pukat itu amat meresahkan nelayan di daerah ini yang kebanyakannya hanya menggunakan jaring jenis panjang atau dikenali penduduk tempatan sebagai ‘long line’.
"Mereka (kapal nelayan besar) menjaring semua jenis ikan tidak kira ikan kecil sehingga yang besar. Malah, pukat mereka lebih besar berbanding kami,’’ kata Andi.
Jelas Andi, jaring panjang hanya mampu menangkap kira-kira 15 tan ikan setiap kali nelayan turun ke laut, namun kapal besar yang menggunakan pukat tunda mampu memperoleh empat kali ganda jumlah ikan yang diperoleh nelayan di situ.
Tegasnya, jika keadaan itu tidak diatasi, nelayan yang menggunakan jaring panjang akan kehilangan kerja.
"Ketika ini, hasil tangkapan kami semakin berkurangan. Justeru, kami meminta pihak berkuasa supaya menangani penggunaan pukat jenis itu bagi membolehkan kami terus dapat turun ke laut mencari ikan,’’ jelas lelaki berasal dari Jawa Tengah itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengawasan Marin dan Perikanan Bali, Bangkit berkata, mereka sedar tentang keluhan dan aduan nelayan dari Pelabuhan Benoa itu.
"Kami mengesahkan tentang aduan dan keluhan dari nelayan dan pengusaha jaring panjang, namun kami belum dapat mengambil tindakan kerana jaring jenis pukat cincin dibenarkan kerajaan. Jadi, kami belum boleh mengambil tindakan,’’ katanya.
Bangkit berkata, meskipun tiada tindakan, pihak Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia sedang membincangkan isu tersebut untuk diberi perhatian. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_09/Nelayan-sukar-dapat-ikan#ixzz3AVK5e0lA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mexico haram penggunaan haiwan sarkas


PENGGUNAAN haiwan dalam pertunjukan sarkas bakal diharamkan di Mexico. - AGENSI
MEXICO CITY 15 Ogos - Mexico muncul negara terbaharu di benua Amerika Latin mengharamkan penggunaan haiwan dalam pertunjukan sarkas selepas kerajaan negara ini menggubal satu undang-undang melindungi hak asasi haiwan pada bulan lalu.
Akhbar Daily Mail melaporkan Presiden Persatuan Sarkas Mexico, Armando Cedeno berkata, keputusan itu bakal mengakibatkan 50,000 pekerja sarkas hilang pekerjaan dan sebanyak 3,500 pekerja lagi terjejas ekoran pelaksanaan undang-undang baharu itu.
Sebelum ini, enam negara di be­nua itu telah mengharamkan penggunaan haiwan dalam pertunjukan sarkas termasuk Bolivia, Peru, Paraguay dan Colombia.
Para pekerja sarkas telah mengadakan bantahan turun ke jalan-jalan raya di Mexico City baru-baru ini bagi membantah undang-undang mengharamkan penggunaan haiwan di sarkas, yang mereka didakwa diberi layanan sewajarnya.
"Haiwan-haiwan itu dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana sarkas. Mustahil untuk membebaskannya ke habitat sebenar kerana mereka boleh mati," kata seorang pekerja sarkas, Cedeno.
Undang-undang baharu itu me­netapkan pemilik sarkas akan didenda sehingga AS$70,000 (RM222,243) dan haiwan mereka akan dirampas jika didapati melanggar peraturan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_08/Mexico-haram-penggunaan-haiwan-sarkas#ixzz3AVJmLt7I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Facebook Messenger menjengkelkan


NEW YORK 15 Ogos - Laman sosial Facebook mula memaksa orang ramai supaya menggunakan Facebook Messenger selepas mengumumkan memisahkan perkhidmatan itu daripada aplikasi utamanya pada April lalu.
Keadaan tersebut mengakibatkan pengguna laman itu menjadi sakit hati dan berang dengan per­ubahan berkenaan, menyebabkan mereka berpusu-pusu menuju ke kedai aplikasi Android, Google Play untuk memfailkan aduan masing-masing.
Selain itu, menurut pengguna, ketetapan aplikasi tersebut turut membenarkan Facebook mengakses gajet pengguna untuk menghantar mesej dan juga membuat panggilan telefon.
Menurut Google Play, aplikasi itu juga membolehkan Facebook membaca senarai kenalan pengguna, mengedit, membaca dan me­nerima teks mesej.
Facebook Messenger juga didakwa membenarkan Facebook untuk secara langsung menghubungi nombor telefon pengguna, mengubah atau memadam fail pada penyimpanan USB, mengambil gambar dan video, merakam audio, memuat turun fail tanpa pemberitahuan, mengawal getaran dan mengubah sambungan rangkaian.
Keadaan itu mengakibatkan pengguna mengadu tentang aplikasi tersebut yang melanggar hak privasi mereka, lapor Mail Online.
Awal minggu ini, aplikasi itu secara purata diberikan rating satu bintang pada Play Store namun sejak itu meningkat kepada 4.1, walaupun 90 peratus daripada 100 ulasan pertama memberikan rating serendah mungkin.
Ulasan pada Google Play Store itu termasuk: ‘Saya tidak mahu menggunakan aplikasi ini (Facebook Messenger). Serius. Mengapa Facebook memaksa perkara ini pada setiap orang? Aplikasi ini menjengkelkan’.
Namun terdapat juga komen positif: ‘Bertenang semua! Sudah tentu Facebook memerlukan kebenaran untuk akses kepada kamera anda.’
Facebook baru-baru ini menyatakan, hampir semua aplikasi memerlukan kebenaran untuk digunakan oleh Android.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_07/Facebook-Messenger-menjengkelkan#ixzz3AVJZHShI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Misi pencarian MH370 diteruskan kapal Belanda


TIGA anak kapal Fugro Equator, memeriksa kelengkapan peninjau sebelum memulakan operasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Atlantik, baru-baru ini. - AGENSI
PERTH 15 Ogos - Kapal Fugro Equator kembali meneruskan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi, dalam misi ketiganya hari ini selepas syarikat milik firma Belanda, Fugro itu bergelut mengejar tempoh masa yang ditetapkan pihak berkuasa Australia serta misi sukar pencarian di perairan tersebut.
Kapal kedua Belanda, Fugro Discovery pula terpaksa dilencongkan daripada melalui Terusan Suez dan menggunakan perairan di Afrika Barat, selepas bimbang akan diserang lanun dan hanya dijangka tiba di lokasi pencarian pada pertengahan September iaitu 10 hari lewat daripada yang dijadualkan.
Tempoh 12 bulan yang ditetapkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) untuk mencari MH370 pada masa sama mungkin menimbulkan kesukaran buat firma dari Belanda itu, namun bagi Pengarah Urusan Fugro, Steve Duffield tetap optimis dengan kemampuan syarikatnya.
"Kami tahu tentang tempoh masa setahun itu. Kami menjalankan pencarian di kawasan yang ditetapkan ATSB kerana mereka sentiasa mengemaskini data," katanya.
Kawasan pencarian yang ditetapkan ATSB adalah di kawasan 60,000 kilometer persegi selatan Lautan Hindi, menyamai Tasmania atau 1,600 kilometer dari pantai Australia Barat.
Duffield yakin pihaknya mampu ‘menjumpai satu kawasan lapangan serpihan’ atau paling tidak satu objek berukuran 2 meter x 2 meter, dipercayai enjin pesawat berdasarkan daripada satu ujian yang mengenal pasti serpihan berkenaan.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijangka mengunjungi Australia minggu depan bagi bertemu pasukan mencari dan berjumpa Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140816/lu_06/Misi-pencarian-MH370-diteruskan-kapal-Belanda#ixzz3AVIx8nGi
© Utusan Melayu (M) Bhd