Wednesday, August 7, 2013

Lolos daripada Abu Sayyaf

Gambar bertarikh 7 Mac lalu menunjukkan Chong Wei Jie (kiri) dan sepupunya, Chong Wei Fei ketika dalam tahanan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. - Ihsan The Star
MANILA 6 Ogos - Seorang ahli perniagaan Malaysia yang dijadikan tebusan oleh kumpulan Abu Sayyaf, berjaya melarikan diri selepas ditawan selama sembilan bulan.
Ketua polis wilayah Sulu, Abraham Orbita berkata, pasukan polis peronda menemukan mangsa yang dikenali sebagai Chong Wei Jie, 25, berjalan seorang diri dalam keadaan letih dan lesu di kampung Pasil di Indanan, di wilayah Sulu kira-kira pukul 7 pagi ini.
Orbita berkata, mangsa yang merupakan penolong pengurus ladang kelapa sawit, berjaya melarikan diri daripada tawanan kumpulan militan Abu Sayyaf tiga hari lalu, selepas mendapati ikatan pada kaki dan tangannya longgar.
Namun katanya, sepupu mangsa yang merupakan pengurus ladang kelapa sawit, Chong Wei Fei, 33, mati dalam tahanan akibat sakit yang tidak diketahui.
"Mangsa melihat badan sepupunya menggeletar sebelum berhenti bernafas," katanya.
Wei Jie dibawa ke Hospital Wilayah Sulu untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Zamboanga City untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut Orbita, kedua-dua mangsa bersama beberapa pekerja ditahan oleh lima lelaki berpakaian tentera, dua daripadanya bersenjatakan raifal M-16, ketika mereka sedang memeriksa rumah sarang burung di sebuah ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah pada 13 November lalu berdekatan Kampung Manakayan.
Anggota militan tersebut mengarahkan kesemua pekerja menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sebelum melepaskan mereka, manakala Wei Fei dan Wei Jie dibawa ke Sulu menerusi Laut Celebes menggunakan bot laju.
"Militan Abu Sayyaf pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak AS$230,000 (RM741,200) daripada keluarga mangsa.
"Namun jumlah tersebut dikurangkan kepada AS$46,000 (RM148,240) selepas ahli keluarga mangsa tidak mampu membayar jumlah yang diminta," katanya.
Militan Abu Sayyaf terkenal dengan kekejaman memenggal kepala tebusan, serangan bom, penculikan dan peras ugut.
Kumpulan berkenaan disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, yang membantu tentera Filipina untuk menghapuskan militan tersebut. - AP/AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_01/Lolos-daripada-Abu-Sayyaf#ixzz2bIH26f4M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

India tuduh Pakistan tembak tenteranya

SRINAGAR, India 7 Ogos - India hari ini menuduh tentera Pakistan membunuh lima anggota tenteranya di Kashmir, beberapa hari selepas bersedia untuk menyambung semula rundingan damai.
Walaupun tentera Pakistan menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu, tentera India berkata lima anggotanya terbunuh petang semalam di sebuah pangkalan yang terletak kira-kira 200 kilometer di selatan Srinagar.
“Tentera Pakistan menyerang pangkalan India, melanggar gencatan senjata itu dan membunuh lima anggota tentera kami," kata seorang pegawai kanan India yang enggan menyatakan namanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_08/India-tuduh-Pakistan-tembak-tenteranya#ixzz2bHl5CqrI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Innalillah, menjelang aidulfitri, pemimpin muslim di Pattani mati ditembak

#‎PATTANI‬ 

Innalillah, menjelang aidulfitri, pemimpin muslim di Pattani mati ditembak

Seorang pemimpin Muslim yang dipandang sebagai tokoh utama dalam usaha untuk menamatkan pertengkaran berdarah di selatan Thailand mati ditembak. Insiden ini meningkatkan kebimbangan mengenai masa depan rundingan damai kerajaan Thailand dengan warga Muslim selatan negara itu.

Imam Yacob Raimanee dari Pattani Central Mosque - rumah ibadah utama umat Islam di salah satu daripada beberapa wilayah selatan yang dilanda kekerasan - ditembak mati pada petang Isnin semalam (5/8/2013) di bandar Pattani, pihak polis mengatakan.

Pembunuhan itu terjadi meski sudah kesepakatan antara Thailand dan pejuang Muslim dari daerah tersebut untuk cuba mengelakkan pertumpahan darah selama bulan suci Ramadhan, yang berakhir minggu ini.

Pertempuran di wilayah yang didominasi Muslim di selatan Thailand dilaporkan telah mengorbankan lebih dari 5.700 jiwa sejak tahun 2004.

Wilayah-wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat dulunya sebahagian daripada kesultanan mandiri Melayu sampai dijajah oleh Thailand Buddha pada tahun 1909. Kira-kira 80 peratus penduduk wilayah itu adalah Muslim berbahasa ‪#‎Melayu‬.

mesir

Penguasa kudeta akan segera umumkan gagalnya upaya internasional adakan solusi damai. Penyebabnya adalah Ikhwan

AS pintas perbualan pemimpin al-Qaeda

Washington: Pintasan perbualan antara pemimpin kanan al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri dan pemimpin sekutu kumpulan itu di Yaman menjadi punca kedutaan Amerika Syarikat di luar negara ditutup dan amaran perjalanan global dikeluarkan.

Akhbar New York Times dalam edisi onlinenya berkata, komunikasi elektronik minggu lalu mendedahkan al-Zawahiri mengarahkan Nasser al-Wuhayshi, ketua al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), melakukan serangan seawal Ahad lalu.
Cable News Network (CNN) pula melaporkan, Zawahiri menyuruh Wuhaysh melakukan sesuatu menyebabkan pihak berkuasa di sini dan Yaman bimbang serangan pasti berlaku.

Kedutaan ditutup

Berikutan itu, 24 kedutaan Amerika ditutup di seluruh Asia Barat Ahad dengan 19 ditutup sehingga Sabtu ini.

AQAP dilihat sebagai francais rangkaian pengganas paling berkebolehan selepas pemusnahan kepimpinan utama al-Qaeda di Afghanistan dan Pakistan beberapa tahun lalu.

Kumpulan berpusat di Yaman itu cuba melakukan serangan di Amerika, termasuk cubaan menjatuhkan sebuah pesawat penumpang pada 2009 oleh seorang lelaki membawa bahan letupan dalam seluar dalam selain komplot menghantar bom disembunyi dalam mesin pencetak.
Amerika sebaliknya melancarkan serangan menggunakan pesawat kawalan jauh di Yaman.

Serangan awal pagi semalam itu kena sebuah kenderaan, mengorbankan empat suspek militan al-Qaeda warga negara itu, kata sumber.

Amaran global

Tidak jelas jika serangan itu dikaitkan dengan amaran global. Pihak berkuasa Amerika jarang bercakap mengenai program serangan pesawat kawalan jauh.

Beberapa sekutu Amerika termasuk Britain, Perancis, Jerman dan Norway turut mengumumkan penutupan beberapa kedutaan mereka di rantau itu.

Ia termasuk 15 kedutaan atau konsulat yang ditutup Ahad lalu selain empat konsulat lain ketika ulang tahun ke-15 serangan al-Qaeda ke atas kedutaan Amerika di Afrika Timur turut diingati.

Pembuat dasar di Washington menggambarkan tahap ancaman sebagai amat serius, dengan sesetengah menyamakannya dengan serangan 11 September 2001. - AF

Pilihan raya buang masa

Pilihan raya buang masa
Pemimpin Taliban anggap undian 2014 drama penipuan

Kabul: Pemimpin Taliban, Mullah Omar (gambar) semalam menyifatkan pilihan raya Afghanistan yang bakal diadakan tahun depan sebagai 'membuang masa'.
Kenyataannya sekali gus menjadi cabaran utama kepada usaha antarabangsa untuk memastikan undian itu boleh dipercayai.

Penyertaan kumpulan etnik Pashtun, yang paling banyak memberi sokongan kepada Taliban dilihat sebagai penting kepada kejayaan pilihan raya presiden yang dijadualkan berlangsung pada 5 April.

Undian berkenaan akan menjadi satu ujian penanda aras sejauh mana Afghanistan mencapai kemajuan sejak kejatuhan rejim Taliban pada 2001.

Amerika Syarikat serta penderma asing lain sudah berkata undian terbabit adalah penting kepada masa depan negara itu selepas pengunduran tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tahun depan.

Capai persefahaman
“Mengenai drama penipuan menggunakan nama pilihan raya 2014 ini, rakyat kita tidak akan memenatkan diri mereka sendiri dan tidak akan menyertainya.

“Penyertaan pilihan raya seperti ini tidak lebih daripada hanya sekadar membuang masa,” kata Omar.

Pemimpin yang jarang kelihatan di khalayak ramai itu mengeluarkan kenyataannya melalui internet menjelang sambutan Aidilfitri esok di Afghanistan.

Pun begitu, Omar juga menawarkan harapan untuk keamanan selepas 12 tahun berjuang dengan mengatakan bahawa Taliban yang melindungi al-Qaeda ketika pemerintahan di Afghanistan sejak 1996-2001, tidak akan dapat kuasa penuh.

Mahu terus rundingan

“Taliban tidak memikirkan bagaimana untuk memonopoli kuasa. Sebaliknya, kami percaya dengan langkah mencapai persefahaman dengan penduduk Afghanistan mengenai sebuah kerajaan Afghanistan berlandaskan Islam,” katanya.

Sementara itu, Omar juga berkata, kumpulannya sedia meneruskan rundingan dengan kerajaan Afghanistan dan Amerika Syarikat untuk memulihkan keamanan di negara itu.

Tetapi, dalam emel yang sama, Omar menggesa anggota Taliban terus menentang askar asing di negara itu. - AFP/AP

mesirkini

#‎Mansurah‬ 7 Ogos 2013

Malam tadi ketika para penyokong Dr.Mursi sedang menunaikan solat fardu Isyak di perkarangan Olympic Village Istad Gamaah, sekali lagi berlaku serangan ke atas rakyat yang sedang beribadah.

Perkarangan Olympic Village biasanya akan ditutup dari lalu lintas kenderaan untuk dijadikan ruang solat. Pergelutan bermula apabila ada pemandu tidak berpuas hati terhadap sekatan tersebut. Rempuhan mereka dihalang oleh pemuda-pemuda yang mengawal kawasan himpunan & mereka mula bertindak melontarkan kaca & batu-batu jalanan ke arah peserta himpunan.

Sejurus selepas itu, pasukan keselamatan (Amnu Markazi) & samseng melancarkan serangan ke arah himpunan pro-Mursi dengan gas pemedih mata & peluru hidup sehingga menyebabkan ramai dari kalangan mereka lari menyelamatkan diri ke syari' berdekatan.

Sayyid 'Aisawi (baju purple) yang dipercayai mengetuai perancangan beberapa siri serangan sebelum ini, dilaporkan cedera terkena 3 tembakan di kepala, dada & lengan kiri. Mangsa dikejarkan ke Mustasyfa Ad-Dauli. Menurut Dr.Amjad Ad-Durainy, kondisi Sayyid 'Aisawi tidak begitu baik & perlukan imbasan CT segera sebelum dipindahkan ke bilik bedah.

Menurut saksi, 5 yang lain dari pro-Mursi turut tercedera dalam pertempuran tersebut. Pihak keselamatan menangkap 4 orang sekurang-kurangnya dalam kalangan peserta himpunan, antaranya Ahmed Saad Hasanin (Jurutera) & saudaranya Muhammad Saad Hasanin.

**Terbaru, seorang telah gugur syahid, Mamdouh Kasber dari Dikirnis selepas menjadi sasaran tembakan peluru hidup malam tadi.
 
Perarakan bantahan rampasan kuasa tentera besar-besaran

 Perarakan bantahan rampasan kuasa tentera besar-besaran yang kini berlangsung menuju ke Salah Salem.

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

300 ribu demonstran Rab'a mengkhatamkan tilawah Qur'an 10 ribu kali malam ini

Mahmud Abd Nabi, wartawan Ar-Rashad ditangkap saat liput demonstrasi di Alexandria. Kini dia mogok makan

umno dan syiah pandai berlakon...