Roket Unha-3 dilancarkan di Stesen Pelancaran Angkasa Lepas Sohae tahun lalu.
SEOUL - KOREA . Institut Penyelidikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa imej satelit terbaru mereka menunjukkan Korea Utara mengadakan ujian terhadap enjin roket jarak jauhnya, bulan lalu.
Laporan didedahkan Institut AS-Korea di Universiti Johns Hopkins itu bagaimanapun belum mengenal pasti jenis enjin roket berkenaan.
“Ia mungkin jenis satelit angkasa lepas - Unha-3 untuk fasa kedua atau ketiga bagi melancarkan misi lebih besar,” menurut laporan AFP.
Analisis awal dan selepas ujian itu menunjukkan, ia dilancarkan antara 25 dan 30 Ogos lalu di Stesen Pelancaran Angkasa Lepas Sohae.
Sohae adalah pangkalan pelancaran roket jarak jauh Unha-3 yang digunakan pada Disember tahun lalu yang turut dikecam negara Barat kerana didakwa melanggar Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).