Showing posts with label thaksin. Show all posts
Showing posts with label thaksin. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Adik Thaksin rayu tentera jangan rampas kuasa

BANGKOK: Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thai, Thaksin Shinawatra, semalam menggesa tentera tidak merampas kuasa ketika dia memperoleh momentum dalam usaha menjadi perdana menteri wanita pertama negara itu.

Yingluck, ahli perniagaan dan pendatang baru dalam dunia politik Thai, memberi nafas baru dalam perjuangan pembangkang untuk menumpaskan Perdana Mentyeri, Abhisit Vejjajiva pada pilihan raya bulan depan.

Gesaannya supaya tentera menghormati keputusan pilihan raya 3 Julai depan dibuat ketika kajian menunjukkan dia mendahului dalam persaingan sengit untuk pilihan raya itu. Dalam wawancara semalam, Yingluck menggesa ketua tentera berjanji untuk tidak mengulangi rampasan kuasa 2006 yang menggulingkan Thaksin dan menjerumuskan Thailand ke kancah ketidakstabilan politik dan kekacauan berdarah. - AP
myMetro | Adik Thaksin rayu tentera jangan rampas kuasa

Tuesday, May 17, 2011

Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PM




YINGLUCK SHINAWATRA dikerumuni jurugambar di ibu pejabat Parti Puea Thai, Bangkok semalam.


BANGKOK - Adik perempuan bongsu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra semalam mengumumkan akan bertanding sebagai calon parti pembangkang untuk merebut jawatan perdana menteri Thailand pada pilihan raya umum Julai depan.
Pencalonan wanita Yingluck Shinawatra, 43, oleh parti yang pernah dipimpin Thaksin, Parti Puea Thai menjadikannya wanita pertama bertanding merebut jawatan tertinggi itu selain mengesahkan peranan Thaksin dalam senario politik Thailand walaupun beliau kini tinggal dalam buangan.
"Saya bersedia berjuang menurut undang-undang dan saya meminta peluang untuk membuktikan diri saya. Saya meminta kepercayaan anda dan anda semua pernah memberikan kepercayaan kepada abang saya," katanya dalam satu perhimpunan parti Puea Thai di sini.
Keputusan parti itu yang sebulat suara memilih Yingluck sebagai calon utama mereka dibimbangi akan meningkatkan ketegangan di Thailand terutamanya di kalangan mereka yang tidak mahu Thaksin kembali ke negara itu. - AFP
Kosmo! Online - Dunia