Friday, January 4, 2013

Kapal selam terbaharu Rusia mulakan ujian



Kapal selam terbaharu Rusia, Vladimir Monomakh memulakan ujian pelayaran pertamanya pada Ahad lalu di Pantai Putih di Severodvinsk, utara Rusia. - AGENSI
MOSCOW 2 Jan. - Kapal selam nuklear terbaharu Rusia, Vladimir Monomakh memulakan ujian pelayaran pertamanya pada Ahad lalu, sejak mula dibina tujuh tahun lalu.
Kapal selam tersebut merupakan kapal ketiga dibina sejak projek pembinaan kapal selam kelas Borei dilaksanakan dan dijangka memulakan operasi sepenuhnya pada tahun ini.
Kapal selam Vladimir Monomakh yang mendapat jolokan 'pembunuh senyap' mula dibina di kompleks pembinaan kapal terbesar Rusia, Sevmash di kawasan pesisiran Pantai Putih di Severodvinsk, utara negara ini pada Mac 2006.
Kapal selam itu dilengkapi sistem peluru berpandu terbaharu yang boleh memuatkan antara 16 hingga 20 peluru berpandu jenis Bulava.
Projek termahal Rusia berkenaan merupakan pembinaan kapal selam kelas cruiser, menggunakan teknologi nuklear terbaharu yang membolehkan ia menyelam pada kedalaman 480 meter dan mampu beroperasi secara berterusan selama tiga bulan di laut.
Kapal selam kelas Borei pertama adalah Yury Dolgoruky, yang menelan kos pembinaan AS$770 juta (RM2.3 bilion) dan telah melengkapkan program latihan.
Sebuah lagi kapal selam kelas yang sama, Aleksandr Nevsky turut menjalani beberapa ujian sebelum diserapkan ke dalam tentera laut Rusia.
Manakala kapal selam yang lebih canggih, Knyaz Vladimir masih lagi dalam pembinaan dan Rusia merancang untuk membina 10 kapal selam kelas Borei dalam tempoh lapan tahun akan datang. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130103/lu_09/Kapal-selam-terbaharu-Rusia-mulakan-ujian#ixzz2H0ixjiqf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 maut serangan drone AS



PESHAWAR 3 Jan. - Sebanyak 13 termasuk seorang komander militan kanan yang mengadakan perjanjian damai sementara dengan tentera Pakistan, maut dalam dua serangan drone Amerika Syarikat (AS) di barat laut Pakistan, kata pegawai perisik dan penduduk.
Pegawai keselamatan Pakistan berkata, komander itu, Maulvi Nazir atau dikenali sebagai Mullah Nazir, dilaporkan antara sembilan yang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di perkampungan Angoor Adda di wilayah Waziristan Selatan, awal pagi ini.
Kematian Nazir bakal mengundang isu antara Washington dan Islamabad, kerana melanggar perjanjian damai dengan tentera Pakistan berhubung operasi pasukan itu menentang militan di wilayah tersebut pada 2009. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_09/13-maut-serangan-drone-AS#ixzz2H0ioBWNw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Guru wanita maut ditembak militan



PESHAWAR 2 Jan. - Sebanyak lima guru wanita maut akibat ditembak penyerang bersenjata ketika pulang dari sekolah di Peshawar, semalam.
Kejadian itu berlaku di wilayah yang sama, seorang gadis, Malala Yousufzai, 15, ditembak di kepala oleh Taliban, Oktober lalu kerana mengkritik kumpulan itu dan memperjuangkan pendidikan di kalangan kanak-kanak perempuan di Pakistan.
Sementara itu, dua lagi pekerja kesihatan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Support With Working Solutions, seorang lelaki dan seorang wanita, turut maut akibat ditembak tengah hari ini, di wilayah konservatif Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan.
Bagaimanapun, belum ada kumpulan militan yang mengaku terlibat dengan serangan terbaharu itu.
Pengarah pertubuhan itu, Javed Akhtar berkata, pekerjanya menjadi sasaran militan kerana terlibat dengan kempen vaksin anti-polio, yang dianggap sebagai agenda Amerika Syarikat (AS).
Bulan lalu, sembilan pekerja kempen vaksin anti-polio maut ditembak militan, dengan empat daripadanya berlaku di Peshawar.
Beberapa serangan terbaharu itu mengingatkan risiko yang perlu ditempuh oleh para guru dan pekerja kesihatan, terutama wanita, di kawasan militan yang menentang pendidikan di kalangan kanak-kanak perempuan dan juga wanita.
Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di Karachi, empat maut dan berpuluh-puluh cedera selepas sebutir bom motosikal meletup ketika satu perarakan politik diadakan, semalam.
Bom itu didakwa disasarkan kepada sebuah bas yang membawa penyokong parti dominan, Pergerakan Muttahida Qaumi (QMQ), yang menganjurkan perhimpunan yang dihadiri beribu-ribu pengikut itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130103/lu_05/Guru-wanita-maut-ditembak-militan#ixzz2H0i6wKAO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel arah penduduk Badwi Palestin pindah



Beberapa penduduk Badwi Palestin bersedia untuk berpindah selepas diarahkan tentera Israel di Wadi al-Maleh, utara Lembah Jordan, Tebing Barat, kelmarin. - AFP
KHIRBET AL-MEITEH, Tebing Barat 3 Jan. - Kira-kira 500 penduduk Badwi Palestin diarahkan berpindah dari tempat tinggal mereka di Lembah Jordan semalam, bagi membolehkan tentera Israel menjalankan latihan ketenteraan.
Jurugambar AFP menyaksikan berpuluh-puluh anggota puak itu meninggalkan kediaman mereka di Wadi al-Maleh, utara Lembah Jordan, Tebing Barat.
Seorang pegawai perbandaran, Aref Daraghmeh berkata, latihan kenderaan itu sepatutnya boleh dilakukan di kawasan lain.
"Latihan itu menyebabkan kira-kira 500 penghuni termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas terpaksa berpindah,'' katanya.
Beliau berkata, 75 keluarga anggota Badwi itu menerima notis pindah dalam tempoh 24 jam pada minggu lalu.
Tentera Israel mengesahkan, pihaknya mengeluarkan arahan berpindah 24 jam dalam satu kenyataan kepada AFP.
"Ekoran latihan ketenteraan dan bagi memastikan keselamatan penduduk tempatan, arahan berpindah sementara dikeluarkan kepada penduduk tempat tinggal yang dibina secara haram di zon tentera,'' kata tentera Israel.
Puak Badwi menyatakan, mereka telah tinggal di kawasan tersebut sejak berdekad-dekad lalu dan mendakwa latihan itu merupakan satu cara untuk mengusir mereka. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_03/Israel-arah-penduduk-Badwi-Palestin-pindah#ixzz2H0htSc00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk Palestin bertempur dengan askar Israel



BAITULMAQDIS 4 Jan. - Tindakan tentera Israel melancarkan serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat semalam untuk memburu suspek militan, mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin yang bertindak melontar batu dan bom petrol ke arah pasukan keselamatan rejim itu.
Pertempuran itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh seminggu selepas tentera Israel melancarkan satu lagi operasi memburu militan di perkampungan Tamoun, kelmarin.
Dalam serbuan semalam, tentera Israel bertempur dengan kira-kira 500 penduduk Palestin yang memaksa mereka keluar dari Jenin.
Seorang penduduk Palestin dilaporkan cedera dalam pertempuran tersebut akibat digigit anjing yang digunakan oleh askar Zionis dalam serbuan itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_11/Penduduk-Palestin-bertempur-dengan-askar-Israel#ixzz2H0hkhmcx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korban Syria cecah 60,000



Imej diperoleh dari sedutan video YouTube, menunjukkan keadaan mayat-mayat yang rentung dalam serangan tentera kerajaan di Muleiha, pinggir bandar Damsyik, kelmarin. - AFP
AMMAN/GENEVA 3 Jan. - Lebih 60,000 orang maut di Syria sejak konflik perang saudara meletus tahun lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, jumlah kematian tertinggi yang didakwa setakat ini dalam konflik yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan tamat.
Dalam keganasan terbaharu, aktivis berkata, berpuluh-puluh penduduk terbunuh di pinggir Damsyik, apabila tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas sebuah stesen minyak, menyebabkan pemandu yang mahu mengisi minyak, maut.
"Sekurang-kurangnya 30 mangsa ditemui, sama ada rentung atau mayat mereka sukar dikenal pasti," kata aktivis, Abu Saeed yang tiba satu jam selepas satu serangan berlaku di Muleiha, pinggir bandar Damsyik pada pukul 1 petang waktu tempatan, semalam.
Di utara Syria, pemberontak melancarkan serangan besar-besaran bagi merampas lapangan terbang tentera dan mendakwa pihaknya berjaya memusnahkan jet pejuang serta helikopter di situ.
Sementara itu di Geneva, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay berkata, analisis para penyelidik berdasarkan beberapa sumber menunjukkan, sebanyak 59,648 maut di Syria antara 15 Mac 2011 hingga 30 November lalu.
"Angka kematian sebenarnya lebih tinggi daripada yang dianggarkan dan ini sangat mengejutkan. Disebabkan tidak ada tanda-tanda konflik menemui penamat penghujung November lalu, kami menganggarkan lebih 60,000 maut di Syria sejak konflik tercetus sehingga kini," katanya.
Bagaimanapun, maklumat itu tidak menyatakan sama ada mangsa merupakan pemberontak, tentera atau orang awam.
Sebelum ini, Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia mendakwa, kira-kira 45,000 disahkan maut di Syria sepanjang konflik tercetus, namun angka sebenar dianggarkan lebih tinggi. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_01/Korban-Syria-cecah-60000#ixzz2H0hcRJ5s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Syria tempat paling bahaya untuk wartawan



GENEVA 4 Jan. - Seramai 141 wartawan di 29 negara direkodkan terbunuh sepanjang tahun lalu, dengan Syria dilabelkan sebagai tempat paling berbahaya untuk wartawan membuat liputan.
Kumpulan pemerhati bukan kerajaan, Kempen Lambang Keadilan Media (PEC) yang beribu pejabat di Switzerland melaporkan, angka tersebut meningkat sebanyak 31 peratus berbanding pada 2011.
Menurut kumpulan itu, sekurang-kurangnya 37 wartawan, 13 daripadanya petugas media asing, terbunuh di Syria pada tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_12/Syria-tempat-paling-bahaya-untuk-wartawan#ixzz2H0hS25pt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syabas najib

Hamas mungkin tawan Tebing Barat: Netanyahu




         
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel berkata semalam, kumpulan Hamas mungkin menawan Tebing Barat daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sama seperti yang dilakukan di Semenanjung Gaza pada 2007.

“Semua orang tahu bahawa Hamas boleh mengambil alih Pihak Berkuasa Palestin. Ia boleh berlaku selepas perjanjian damai Israel-Palestin. “Ia boleh berlaku sebelum perjanjian itu, seperti di Gaza,” kata Benjamin Netanyahu ketika bermesyuarat dengan sekumpulan pelajar Injil Yahudi di kediamannya.


Kenyataan itu dibuat tiga minggu sebelum pilihan raya umum Israel.

Pemimpin rejim Zionis itu berusaha meningkatkan sokongan daripada kumpulan agama dan penyokong mereka.


“Saya berpendapat proses diplomatik perlu diuruskan dengan bertanggungjawab, bukan dengan tergesa-gesa,” katanya.


Netanyahu dipercayai berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Israel, Shimon Peres yang mendesak rejim itu menyambung semula rundingan damai dengan Palestin. - AFP

Penduduk Arab dijangka atasi masyarakat Yahudi




         
BAITULMAQDIS: Biro Statistik Palestin menjangka penduduk Arab akan mengatasi masyarakat Yahudi di Israel dan wilayah Palestin menjelang akhir dekad ini.

Perkembangan itu akan mewujudkan senario yang akan memberi kesan amat buruk kepada Israel.


Biro itu berkata semalam, 5.8 juta masyarakat Arab kini menetap di Israel, Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, berbanding kira-kira enam juta penduduk Yahudi, menurut data Israel.

Berdasarkan kadar kelahiran ketika ini, biro berkenaan menganggarkan jumlah populasi kedua-dua bangsa itu akan sama pada 2016. Pada 2020, penduduk Arab akan mengatasi jumlah bangsa Yahudi dengan jumlah 7.2 juta berbanding 6.9 juta.


Isu demografi itu menjadi perkara utama bagi rakyat Israel yang menyokong pembentukan sebuah negara Palestin.


Menurut mereka, langkah melepaskan penguasaan terhadap wilayah Palestin dan tanggungjawab terhadap penduduknya adalah satu-satu cara untuk memastikan masa depan Israel sebagai negara demokrasi dengan Yahudi menjadi penduduk majoriti. - AP

Tamoun diserbu




         
TAMOUN: Serbuan oleh tentera Israel yang menyamar sebagai peniaga sayur mencetuskan pertempuran yang menyebabkan 10 penduduk Palestin di bandar di utara Tebing Barat ini cedera, semalam.

Tentera Israel menyerbu bandar Tamoun untuk menangkap aktivis dan pejuang adalah perkara biasa.


Serbuan biasanya dijalankan bersama dengan pasukan keselamatan Palestin dan suspek biasanya ditahan tanpa berlaku keganasan.

Pertempuran di Tamoun semalam bermula awal pagi apabila tentera Israel yang menyamar sebagai peniaga dalam lori sayur menahan seorang lelaki.


Tentera beruniform Israel kemudian memasuki bandar berkenaan menyebabkan remaja Palestin melontar batu ke arah mereka bagi menghalang lebih banyak penangkapan.


Tentera Israel menembak peluru getah dan hidup serta melepaskan gas pemedih mata ke arah remaja yang membakar tayar kerana mahu menghalang pergerakan kenderaan tentera Zionis itu.

Beberapa jam kemudian, puluhan remaja bertopeng melontar batu dan bom api ke arah tentera Israel itu.


Faris Bisharat, penduduk bandar Tamoun berkata, 10 orang cedera, sebahagiannya akibat terkena tembakan peluru hidup.

Menurutnya, mereka yang diburu tentera Israel ialah anggota Jihad Islam.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah yang diburu tentera Zionis itu.


Setakat ini, tiada maklumat mengenai keadaan 10 mangsa yang cedera itu.


Tentera Israel berkata, dua anggotanya cedera dalam kejadian itu dan ia berjaya menahan seorang lelaki yang ada hubungan dengan kumpulan Jihad Islam. Pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera Israel jarang berlaku di bandar berkenaan.

Wanita Saudi terus tuntut hak memandu

Manal  besama  anak lelakinya.
Manal besama anak lelakinya.

Riyadh: Aktivis wanita Arab Saudi yang pernah dipenjarakan kerana melanggar larangan memandu kereta, Manal Sharif, 33, berkata, masanya akan sampai bagi wanita di negara berkenaan mendapat hak untuk memandu.

Dalam ulasan yang dihantar kepada sebuah laman web antarabangsa, Manal berkata, wanita Arab Saudi perlu terus memperjuangkan hak itu kerana kerajaan tidak akan memberinya dengan mudah.
“Persoalannya bukan sama ada wanita wajar diberi hak memandu di negara ini, tetapi sama ada mereka sedia memperjuangkan hak untuk memandu kereta.

“Jawapan saya adalah ya, jadi terpulang kepada wanita untuk berusaha mendapatkan hak itu,” kata pakar komputer di syarikat pengeluar minyak Aramco itu.


Kempen permusuhan

Sementara itu, dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Alhayat,akhbar berbahasa Arab Bahasa Arab beribu pejabat di London, Manal berkata, beliau kini menghadapi apa yang disifatkannya kempen permusuhan bersepadu di Arab Saudi.

“Saya pernah dituduh ejen Israel penganut Syiah yang bekerja untuk Iran,” katanya.
Manal juga terkejut apabila mendapat tahu anak lelakinya dipukul rakan sekolah kerana dia ‘anak Manal Al Sharif. - Agensi

‘Berhenti serang etnik Kachin’



 
 Penduduk Kachin melarikan diri daripada pertempuran,  manakala gambar kecil, asap berkepul di kawasan pergunungan di negeri Kachin akibat serangan tentera kerajaan Myanmar.
Penduduk Kachin melarikan diri daripada pertempuran, manakala gambar kecil, asap berkepul di kawasan pergunungan di negeri Kachin akibat serangan tentera kerajaan Myanmar.
Yangon: Myanmar semalam terus berhadapan dengan tekanan antarabangsa untuk menghentikan serangan udara ke atas pemisah minoriti etnik di Kachin, di mana konflik berkenaan mengatasi perubahan politik negara itu.

Perbalahan antara tentera dan sayap bersenjata, Pertubuhan Pembebasan Kachin (KIO) di utara negara yang juga dikenali dengan Burma itu dilaporkan semakin buruk berikutan tentera berjuang untuk mendapatkan semula satu daripada pangkalan mereka.
“Kita benar-benar dalam masalah berikutan keganasan yang meningkat,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland di Washington lewat kelmarin, sambil menegaskan Myanmar mengakui menggunakan serangan udara di Kachin.

“Kami terus menggesa kerajaan Burma dan Pertubuhan Pembebasan Kachin untuk menamatkan konflik ini, untuk meneruskan dialog sebenar bagi menangani rungutan berikutan kerajaan Burma mampu untuk melakukan hampir di semua kawasan konflik lain,” kata Nuland.

Halaman berita tentera berbahasa Burma, Myawaddy melaporkan bahawa satu pangkalan utama dirampas dari pemberontak pada 30 Disember dengan bantuan serangan udara di rantau ini.

Perunding keamanan kerajaan, Hla Maung Shwe yang juga seorang penasihat kepada Presiden Thein Sein berkata bahawa helikopter tentera dan jet latihan dipercayai digunakan dalam operasi.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut menggesa supaya tentera Myanmar menghentikan serangan udara terhadap pemisah Kachin.
Ketua PBB itu mengambil sikap serius mengenai laporan baru-baru ini menunjukkan serangan udara terhadap sasaran negeri Kachin, kata jurucakapnya, Martin Nesirky.

“Ketika maklumat mengenai laporan ini masih muncul dan diikuti, setiausaha agung menggesa pihak berkuasa Myanmar untuk menghentikan apa-apa tindakan yang boleh membahayakan nyawa penduduk awam yang tinggal di kawasan terbabit atau meningkatkan konflik di rantau ini,” kata Nesirky. - AFP

Inna lillahi, jasad pemuda Muslim India dikremasi, Muslim India protes terhadap polisi

 NEW DELHI (Arrahmah.com) - Inna lillahi wa innailaihi rooji'uun. seorang pemuda Muslim yang hilang ditemukan telah dikremasi, hal ini membuat Muslim di negara tersebut protes. Polisi India dianggap bertanggung jawab atas tindakan keji ini. 
Syahid (20), anak seorang penjahit, "hilang" dari rumahnya di Sangam Vihar pada 11 Januari 2012. Pada hari yang sama, jasadnya ditemukan dalam keadaan telah dimutilasi oleh Polisi Kereta Api bagian Kriminalitas rel Stasiun Kereta Api Nizamuddin.
Kemudian polisi menyimpan jenazah Syahid di kamar mayat, polisi mengambil gambarnya dan menguploadnya di Zip Net pada hari yang sama sebagai upaya untuk menemukan keluarganya.
Meskipun kemudian keluarganya melihat situs Zip Net, mereka tidak bisa mengidentifikasi jasad putera mereka.
Orangtua Syahid melapor kepada polisi, ayah Syahid datang ke kantor polisi setiap hari untuk menanyakan perihal anaknya yang belum ditemukan.
Pada 19 Januari, dia diarahkan oleh para petugas kepolisian kepada regu pencari orang hilang.
"Saya mendatangi regu pencari orang hilang pada hari Sabtu dan mengidentifikasi putera saya pada foto jasad itu. Saya melihat kemeja di dalam foto itu karena wajahnya telah dimutilasi," ujar ayahanda Syahid, Master Champa, kepada Newsline, dilansir Indian Express pada Senin (21/1/2-13).
"Saya tahu itu adalah dia. Saya telah menjahit kemeja untuknya. Ketika Saya memberitahu para petugas bahwa dia adalah anak saya, Saya dikirim ke kantor polisi dan kemudian ke rumah sakit."
Ayah Syahid segera mendatangi rumah sakit, namun dia terkejut karena menemukan anaknya telah dikremasi.
"Saya bergegas ke rumah sakit, hanya untuk menemukan dia telah dikremasi," ungkap ayah Syahid sedih.
Ayah Syahid tak berhenti disitu, dia meminta penjelasan dari polisi mengapa anaknya harus dikremasi. Padahal, di kemejanya terdapat  namanya dan alamatnya.
"Anak saya memakai kemeja yang dijahit oleh saya dan terdapat merk penjahit pada kerahnya yang mana terdapat nama dan alamat toko saya," kata Champa.
"Bagaimana bisa mereka (polisi) tidak mengenali merk jahitan saya pada kemeja itu, yang terdapat alamat saya?" Champa heran sekaligus marah mengapa polisi memutuskan untuk mengkremasi jasad puteranya.
Keluarga Syahid meminta kasus ini untuk diselidiki kembali. (siraaj/arrahmah.com)