Showing posts with label BENDERA. Show all posts
Showing posts with label BENDERA. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Jom kenal sedikit latar belakang negara MALAYSIA, INDONESIA dan SINGAPURA Juga asal-usul bendera UMNO, PAS dan JALUR GEMILANG

. Ulasan oleh Dr. Hafidzi Mohd Nor. 

----------------------------------------------------------------------------

Dr. Hafidzi, 2011 - "Jalur merah dan putih boleh dikesan sejak zaman Empayar Majapahit (kurun ke 7 - 14M. Bahkan Sri Vijaya juga dikesan menggunakan bendera yang berwarna merah dan putih tetapi dalam bentuk matahari terbit (macam bendera Imperial Japan - bendera Jepun zaman Perang). Dan ada juga sumber yang menunjukkan bendera Sri Vijaya ada lambang Swastika (Hindu) dan Ying Yang (Buddha) - Wallahu a'lam.

Apabila Islam menjadi anutan dan kerajaan Majapahit diwarisi oleh Kerajaan Islam Demak, warna puteh dan merah itu kekal tetapi diberi tafsiran Islami (oleh Prof Ahmad Mansur Suryanegara) yang mengaitkannya dengan perang khandak dan cahaya puteh dan merah yg terpancar apabila batu besar yg diketuk oleh Nabi SAW menggambarkan istana merah (Kisra) dan istana puteh (Kaisar).

Para ulama sufi mengibarkan jalur puteh dan merah pada menara mesjid pd zaman penjajahan belanda sebagai tanda protes. SI (Sarikat Islam) juga menggunakan dua warna ini (merah dan puteh) di samping lambang banteng (lembu seladang). Sebab itu warna merah puteh ini terus memberi inspirasi kepada umat di nusantara utk melakarkan bendera berdasarkan kpd corak asal sang saka (saka maksudnya yg diwariskan sejak zaman berzaman).

Kerana itu PAS dan UMNO juga menggunakan bendera merah puteh, begitu juga PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya), Singapura yang asalnya sebahagian dari Kerajaan Johor Riau sehingga di serahkan kepada Stanford Raffles pada tahun 1809 juga menggunakan bendera merah puteh. Setakat itu ulasan saya. (ttg Jalur gemilang - samada ia juga mengambil contoh dari bendera Majapahit yang asal tidaklah saya pasti, wallahu a'lam)
 

Thursday, September 6, 2012

Sejarah bendera rakyat

Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Disember 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu bertarikh 11 Disember 1947, hampir semua bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Akhbar Utusan Melayu telah melaporkan semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Disember 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

"Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama-sama diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya (AMCJA). Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap-tiap hari."

Maksud disebalik simbol-simbol dalam Bendera Rakyat:

1. 12 biji bintang simbol 12 negeri yang bergabung di Malaya - 9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor) dan 3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura).

2. Warna kuning bintang simbol keadilan dan kedaulatan rakyat, pengiktirafan Perlembagaan Rakyat dan membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur.

3. Bintang berbucu lima melambangkan 5 perkara: Ketuhanan, Kedaulatan Rakyat, Keadilan sosial, Kebajikan dan Kebangsaan.

4. Warna merah simbol keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan-rintangan supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya.

5. Warna putih simbol perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita-cita yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat.

Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk-penduduk di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.

Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

Saturday, September 4, 2010

BENDERA halau warga kita di Jalan Diponegoro





2010/09/04

GERAKAN Ganyang Malaysia secara besar-besaran yang dirancang Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) termasuk mengadakan tunjuk perasaan di luar pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, di sini tidak berlaku semalam. 

BENDERA hanya mengadakan demonstrasi dan gerakan menghalau rakyat Malaysia di Jalan Diponegoro iaitu di pejabat operasi mereka, namun dapat dikawal Polis Republik Indonesia (POLRI).