Tuesday, June 29, 2010

Panglima Perang Cyber: Ulama Besar Islam Said Ramadhan Sahkan Wahabi Ciptaan British & Senarai 65 Ulama Dulu & Kini Yang Menolaknya !!!

Panglima Perang Cyber: Ulama Besar Islam Said Ramadhan Sahkan Wahabi Ciptaan British & Senarai 65 Ulama Dulu & Kini Yang Menolaknya !!!

Harapkan pagaq, pagaq makan padi

Tersungkur di pusat urut



PUTRAJAYA: Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, empat anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen termasuk seorang pegawai dicekup ketika berada dalam sebuah pusat urut dipenuhi ‘cewek’ Indonesia yang dipercayai turut menawarkan khidmat urut batin dan seks.
Ketika dicekup pada jam 2.15 petang Jumaat lalu, keempat-empat penguat kuasa yang berusia 25 hingga 30 tahun itu memberi alasan memantau pendatang asing tanpa izin di premis berkenaan kira-kira 100 meter dari sebuah masjid di pusat bandar Klang.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop berkata, pihaknya meragui alasan itu kerana ketika ditahan, mereka dalam keadaan sedang ‘menanti sesuatu’ di ruang tamu premis berkenaan.

“Penguat kuasa terbabit ditahan dan diambil keterangan selepas pihak Jais curiga dengan kehadiran mereka di premis maksiat itu ketika umat Islam sedang mendirikan solat Jumaat dan premis itu pula hanya kira-kira 100 meter dari masjid,” katanya.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas orang awam melaporkan premis itu dipercayai menjadi tempat umat Islam melakukan kegiatan maksiat dan melampiaskan nafsu serakah terutama pada waktu solat Jumaat.

“Kita percaya mereka (penguat kuasa Jabatan Imigresen yang ditahan) menganggap anggota penguat kuasa Jais tidak melakukan serbuan untuk tempoh dua jam umat Islam mendirikan solat Jumaat.

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: PANAS: Lagi ulamak nafi sertai Umno, dakwa muslihat pihak tertentu!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: PANAS: Lagi ulamak nafi sertai Umno, dakwa muslihat pihak tertentu!

Kontraktor istana disiasat


KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya bercadang menyenaraihitamkan kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika terbukti tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja asing. 

:Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyiasat dakwaan berkenaan. 

:“Saya bersimpati dengan pekerja :asing walaupun masuk haram, tetapi mereka telah diketepikan hak kebajikan. Saya telah minta CIDB pagi tadi supaya segera menyiasat jika kebenaran ini ada dan mengikut data-data dari Kementerian Dalam Negeri.: 

“Jika benar syarikat-syarikat yang melaksanakan projek ini, walaupun projek ini merupakan projek design and build, maka kementerian tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan supaya kontraktor disenarai hitam pada masa akan datang,” katanya semasa menggulung perbaha�san usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat, semalam. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang membangkitkan isu kontraktor tidak membayar tiga bulan gaji 1,000 pekerja yang terlibat dengan pembinaan Istana Negara, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin. 

Mengenai pertambahan kos hiasan dalamannya yang dianggarkan sebanyak RM150 juta hingga RM200 juta seperti yang ditanya Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Shaziman berkata tidak berlaku pertambahan kos sebanyak itu. 

Berkenaan isu siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang runtuh, Shaziman berkata, mengikut laporan asal yang diterimanya, tidak berlaku keruntuhan siling, sebaliknya hanya berlaku kebocoran paip. 

“Apabila berlaku kebocoran paip, syarikat yang mengendalikan kerja-kerja baik pulih telah tukar paip dan meletakkan pelekat dan dalam masa yang sama meminta paip tidak dibuka dalam tempoh tertentu supaya ia benar-benar melekat. 

“Malangnya telah berlaku masalah komunikasi apabila paip digunakan sebelum batangnya melekat, maka telah berlaku kebocoran dan ia kena buat satu lubang besar pada siling yang ada untuk melihat sendiri apakah punca-punca,” katanya. - Bernama

Rejim Zionis terus serang dan bunuh pejuang Palestin


29/06/2010 6:05pm

GAZA CITY 29 Jun - Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara di Genting Gaza semalam, kata pekerja perubatan.
Tentera rejim meneruskan serangan udara ke atas Gaza yang diperintah oleh Hamas semalam dengan menyasarkan pejuang Palestin yang menentang keganasan mereka.
Menurut pasukan perubatan, kem pelarian Jebalya di selatan Gaza menjadi sasaran terbaru serangan rejim Zionis semalam dan mangsa yang terkorban adalah dari kumpulan pejuang sayap kanan Pembebasan Palestin.
Salah seorang mangsa yang cedera dalam keadaan serius. Dua hari lalu, dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim ke atas terowong di sepanjang sempadan Mesir. - REUTERS

Penjara Pudu tiada ciri warisan bernilai - Rais


29/06/2010 3:41pm

KUALA LUMPUR 29 Jun - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menolak tanggapan bahawa Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun adalah sebuah bangunan warisan.
Beliau berkata, sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.
"Penjara semata-mata bukanlah merupakan satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika. Namun demikian bagi mereka yang mempunyai kerinduan di zaman lampau, kita boleh menggunakan pintu gerbang sebagai satu preservasi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 bagi warga kementerian itu di Istana Budaya di sini hari ini.
Rais berkata, Uda Holdings Berhad bebas membuat sebarang pembangunan di tapak penjara itu tetapi kementerian telah memaklumkan kepada syarikat itu agar pintu gerbang penjara itu dirizabkan dan diletakkan di tempat yang sesuai.
"Tidak usah gundah-gulana tentang Penjara Pudu sebagai satu bab warisan, saya kira rakan-rakan suarakan perkara ini tanpa tentukan isian kehidupan sebenar.
“Seseorang yang tahu tentang Pudu saya kira mereka lebih gemar kalau Penjara Pudu itu tidak tampak lagi dalam khalayak pada hari ini,” katanya.
Minggu lepas, tembok Penjara Pudu sepanjang kira-kira 300 meter, telah dirobohkan oleh kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membina laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Penjara Pudu dibina pada 1895. - Bernama

“Saya simpati dengan mereka”



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam nada sinis, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran. 

“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com. 

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai merujuk tindakan 40 ulama muda, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan akademik, menyertai UMNO dan menyerah borang permohonan keahlian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu. 

Nik Aziz turut mengulas isu lesen judi yang menjadi polemik kepada negara sebelum Najib umumkan ia tidah diluluskan dalam sidang medianya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO. 

“Kekayaan yang diperoleh negara tidak setimpal sekiranya kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat teruk serta tidak mendapat keberkatan. 

“Di Kelantan kami percaya keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan,” kata Nik Aziz. 

Sebelum Najib mengumumkan ia tidak diluluskan, beberapa pemimpin Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar kerajaan memberi lesen judi bagi mengawal kegiatan perjudian, selain untuk memberi hak kepada orang bukan Islam.

Shahidan nafi perdaya "ulama" masuk UMNO


29/06/2010 5:09pm

BUTTERWORTH 29 Jun - Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang “ulama” untuk menyertai UMNO tanpa pengetahuan mereka.
Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan UMNO kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah "ulama", sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat UMNO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai UMNO itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.
"Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur,” kata beliau.
Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai UMNO.
Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai UMNO.
Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat “ulama” itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu. - Bernama

Amaran angin kencang dan laut bergelora di Utara Semenanjung


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia, hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di perairan utara Semenanjung yang dijangka berterusan sehingga Khamis depan. 

Menurut kenyataan jabatan itu angin kencang barat/barat daya dengan kelajuan 40 dan 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak dan Phuket. 

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil serta kegiatan rekreasi dan sukan laut, kata kenyataan itu.

Rugi RM546j: Bekas Pengerusi Pos Malaysia jumpa PAC esok


29/06/2010 4:59pm

KUALA LUMPUR 29 Jun - Bekas pengerusi Pos Malaysia Bhd., Tan Sri Adam Kadir dijadual memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) esok berkaitan dakwaan beliau yang syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, jawatankuasa itu ingin tahu apakah sebenarnya yang didakwa oleh Adam mengenai kerugian yang dihadapi oleh Pos Malaysia.
Pada 2 Mei lalu, Adam menulis dalam akhbar Sunday Star bahawa Khazanah Nasional Berhad, selaku pemegang saham utama Pos Malaysia, tidak memberikan gambaran sebenar tentang kerugian syarikat itu.
Mengenai isu Sime Darby pula, Azmi berkata, pihak pengurusan syarikat itu meminta PAC untuk menangguhkan dahulu sesi penjelasan ke Ogos ini.
Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya. - Bernama

Sukarelawan ke Gaza dakwa diracun Arsenik


PUTRAJAYA - Sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel setelah flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia Noorazman Mohd Samsuddin berkata, dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.

"Bagi sukarelawan dari Malaysia, setakat ini lima hingga enam sukarelawan sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk termasuk petugas media dari Astro Awani dan keputusan mendapati ia negatif.

"Baki sukarelawan yang masih belum membuat pemeriksaan kesihatan akan berbuat demikian dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza, di sini, hari ini.

Arsenik adalah unsur bukan logam berwarna kelabu dan sangat beracun yang antara kegunaannya untuk menghasilkan racun perosak, ubat sapu dan peranti elektronik.

Dalam perkembangan lain, Noorazman berkata, satu lagi konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza akan dilaksanakan selepas Ramadan ini, dengan kira-kira 100 kapal bersedia untuk menyertainya.

Misi kali ini mungkin akan melibatkan penghantaran melalui darat, katanya.


Pindaan ISA dilulus Peguam Negara



KUALA LUMPUR - Pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan enam undang-undang pencegahan yang lain diluluskan Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke kabinet dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pindaan itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi ini tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan.

"Pindaan kepada ISA dan akta-akta pencegahan siap dibincangkan antara kementerian, Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara. Bagaimanapun ada beberapa perkara lagi yang kita perlu perhalusi berkaitan akta berkenaan sebelum dibawa kepada kabinet," katanya selepas sesi taklimat antara kementerian, PDRM dan wakil Peguam Negara Datuk Idrus Harun di Parlimen hari ini.

Selain ISA, undang-undang yang akan dipinda adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berkaitan perhimpunan.

Pada Mac lalu, kabinet memutuskan pindaan ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda. - Bernama

Harga ayam melambung




KUALA TERENGGANU – Harga ayam standard di negeri ini naik melambung kepada RM7.50 sekilogram sejak sebulan lalu berikutan kenaikan harga ayam hidup dari ladang dan pemintaan tinggi daripada pengguna. 

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kedai Payang dan Pasar Chabang Tiga mendapati kesemua peniaga menjual ayam pada harga itu walaupun ia menerima rungutan orang ramai. 

Seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Mohd Fazli Hisham Daud, 26, berkata, dia terpaksa menjual ayam standard pada harga RM7.50 sekilogram sejak sebelum bermulanya musim cuti persekolahan lalu berikutan harga ayam hidup dari ladang yang diperoleh mencecah RM4.80 sekilogram termasuk kos pe-ngangkutan. 

“Kenaikan harga ayam standard bagi menampung kos pengangkutan kerana bekalan ayam diambil dari luar Terengganu termasuk Kerian, Perak, Segamat, Johor dan Kuantan, Pahang.

::TOK KIYAI - ISU SEMASA::: Penguatkuasa Dicekup Di Pusat Urut ketika Umat Islam Lain Sedang Solat Jumaat

::TOK KIYAI - ISU SEMASA::: Penguatkuasa Dicekup Di Pusat Urut ketika Umat Islam Lain Sedang Solat Jumaat

Luna Maya-Ariel berpelukan


15/7

GAMBAR fail 14 Julai tahun lalu menunjukkan Ariel (kiri) dan kekasihnya, Luna Maya di Jakarta.
JAKARTA – Pengacara terkenal, Luna Maya berpelukan dengan kekasihnya, Ariel Peterpan di sebuah pejabat polis selepas mereka berpisah selama enam hari, lapor sebuah akhbar semalam.
“Oh ya, mereka berpelukan di dalam (tahanan),” kata penerbit album bad Peterpan, Capunk dalam lamanTwitter miliknya yang menceritakan kunjungan kekasih Ariel itu.
“Mereka makan berdua. Luna bawa makanan banyak sekali. Terus dibahagi-bahagikan dengan yang lain,” tambahnya.

Menurutnya, Ariel kelihatan sihat semasa dia melawatnya.
“Tadinya, saya fikir dia bakal bimbang kerana tempatnya agak menyeramkan. Tetapi ternyata tidak, tempatnya nyaman,” kata Capunk.
Ariel ditahan di pejabat polis itu kerana dia menjadi suspek dalam pengedaran klip video seks melibatkan Luna Maya dan seorang lagi pengacara Cut Tari.
Sementara itu, siasatan terhadap klip tersebut telah membuka satu lagi rahsia yang agak mengejutkan.
Luna Maya dikatakan telah membuat pengakuan di hadapan penyiasat bahawa dia pernah bernikah pada usianya 14 tahun.
Namun, peguam Luna Maya iaitu Alfrian Bondjol membantah keras-kerasnya berita tersebut dan memberitahu bahawa penyiasat tidak pernah mengajukan soalan mengenai pernikahan yang dimaksudkan dalam gosip tersebut. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Kami sudah lali


LEDANG - Penduduk di Kampung Ponorogo di sini, sudah lali dengan banjir yang kerap melanda kawasan kediaman mereka. 

Salah seorang mangsa banjir, Ramlah Abdul Hamid berkata, insiden rumahnya dinaiki air ketika hujan lebat bukan sesuatu yang luar biasa malah ahli keluarganya sentiasa bersedia menghadapi banjir pada bila-bila masa. 

“Jika hujan lebat sehari semalam, rumah kami mesti dimasuki air dan kami menghadapinya dua kali setahun. 

“Jika banjir kilat, kami sekeluarga hanya mampu menghadapinya dengan sabar dan sementara menunggu air surut kami akan bermalam di surau,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pusat pemindahan sementara mangsa banjir iaitu di Surau Kampung Ponorogo di sini, semalam. 

Seorang lagi mangsa banjir, Khayati Sarindin berkata, banjir kilat yang sering menimpa kampung ini menyebabkan beliau kerugian harta benda termasuk perabot. 

“Kami harap pihak berkuasa memberi bantuan dari segi kewangan bagi membaiki rumah yang rosak akibat banjir. 

“Kami tidak mampu untuk membaiki rumah yang rosak akibat banjir kerana ia sering berlaku di kampung ini,” katanya. 

Walaupun banjir sudah tiga hari berlaku, tinjauan Sinar Harian mendapati air masih belum surut di mana pihak Jabatan Kerja Raya Ledang terpaksa memasang pancang penanda aras banjir di kawasan yang kritikal. 

Selain rumah kediaman, jalan utama ke kampung itu yang turut dinaiki air menyukarkan laluan penduduk kampung untuk keluar bekerja dan ke sekolah. 

Ketua UMNO Cawangan Parit Ponorogo yang juga Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) Parit Bunga, Isnin Mansor berkata, lapan keluarga mangsa banjir di sini mungkin dibenarkan pulang ke rumah pada esok hari jika banjir surut.

Pelakon komedi S Shamsudin cedera jatuh katil



SENAI – Pelakon komedi terkenal, S Shamsudin dilaporkan cedera pada tulang pinggulnya selepas terjatuh daripada katil sewaktu tidur di rumah anaknya di Singapura pada 26 Jun lalu. 

Anak ketiganya, Noredah berkata, kejadian tersebut berlaku ketika ayahnya ingin ke bilik air tetapi telah terjatuh daripada katil sehingga menyebabkan tulang pinggulnya retak. 

“Kami kemudiannya menghantarnya ke Hospital Alexandra di Singapura namun doktor mendapati paru-paru ayah dijangkiti kuman yang menyebabkan pembedahan gagal untuk dilaksanakan. 

“Doktor telah memberi ubat namun kesannya lambat kerana difahamkan jangkitan itu terlalu serius,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Menurutnya, sebelum ini ayah mampu melakukan senaman dan boleh berjalan perlahan-lahan namun seleranya semakin berkurangan kebelakangan ini. 

“Ayah telah mengalami demam sejak 25 Jun lalu dan mengalami kesukaran membuang air kecil dan hari ini (semalam), ayah hanya makan sebanyak empat sudu bubur serta tekanan darahnya juga tidak stabil. 

“Kami sekeluarga juga telah berkumpul dan berharap ayah dapat sembuh kerana doktor telah menasihatkan kami supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya. 

Noredah dan seluruh keluarga juga berharap peminat di tanah air mendoakan kesejahteraan ayahnya supaya sembuh daripada sebarang penyakit. 

Shamsudin yang dikenali sebagai Sudin dilahirkan pada 1 Januari 1929 kini berusia 81 tahun terkenal dengan komedi spontannya yang juga seangkatan dengan seniman agung, Tan Sri P Ramlee dan Datuk Aziz Satar. 

Sabtu lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menziarah Shamsudin yang uzur di rumah anak bongsunya di flat di Bukit Batok, Singapura. 

Semasa kunjungan Rais, Shamsudin kelihatan kurus dan kurang bermaya, dan menurut isteri Shamsudin, Puteh Esmoon, suaminya demam sejak tiga hari lepas. 

Pada pertemuan itu, Shamsudin banyak mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah dua apabila ditanya mengenai perkembangan dirinya.

Micheal mungkin masih hidup jika peluk Islam: Jermaine


Selepas genap setahun pemergian Raja Pop dunia Michael Jackson, aura penyanyi itu masih memberikan kesan yang cukup mendalam kepada seluruh masyarakat dunia. 

Malah, hingga ke saat ini, masih ramai yang tidak henti-henti memperkatakan tentang sejarah dan kehebatan Michael Jackson. 

Apa pun, Jermaine Jackson yang juga abang kandung kepada superstar tersebut berpendapat, sekiranya legenda pop yang disayangi ramai itu memeluk Islam, dia barangkali mungkin masih hidup sehingga kini. 

Jermaine yang juga salah seorang daripada anggota The Jackson 5 yang turut dianggotai Michael sewaktu dia masih kanak-kanak berkata demikian sewaktu diwawancara pihak BBC sempena ulang tahun pertama kematian Michael yang dikatakan berpunca akibat pengambilan ubat yang berlebihan. Dia juga berpendapat, adiknya itu sepatutnya meninggalkan Amerika Syarikat. 

”Saya rasa jika Michael memeluk Islam beliau mungkin akan masih di sini pada hari ini dan saya katakan begitu kerana pelbagai sebab. Kenapa? Kerana apabila anda mempunyai 100 peratus keyakinan serta jelas tentang siapa diri anda, mengapa anda di sini dan semua orang di sekeliling anda, pasti semuanya akan berubah di mana anda menjadi lebih baik. Anda juga seolah-olah akan mendapat kekuatan. 

”Tuhan itu sangat berkuasa. Michael mengkajinya. Beliau membaca banyak buku kerana saya banyak belikan buku untuk beliau dari Arab Saudi. Saya juga belikan buku untuk beliau dari Bahrain.Saya sebenarnya yang yang membawa beliau ke Bahrain kerana saya mahu beliau keluar dari Amerika,” kata Jermaine yang beragama Islam kepada radio World Service BBC. 

Jermaine mendakwa, adiknya itu tidak menolak ajakannya untuk memeluk Islam.

90 penyokong PKR masuk BN



SEREMBAN – Sikap tidak prihatin pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan menjadi punca seramai 90 penyokongnya di Taman Kelab Tuanku, Mambau, di sini, bertukar haluan dengan menyertai Barisan Nasional (BN). 

Ketua kumpulan terbabit, Mohd Arif Jaafar, 62, berkata, seramai 300 penyokong PKR di taman perumahan itu dijangka mengikut langkah sama dalam masa terdekat. 

"Sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu, pemimpin PKR menaburkan bermacam-macam janji untuk kami di sini. 

"Namun selepas itu, mereka langsung tidak menjenguk kami dan membuatkan kami kecewa kerana seolah-olah diperlukan pada pilihan raya sahaja,” katanya pada sidang media Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Orang Ramai Taman Kelab Tuanku, malam kelmarin. 

Sebelum itu, Mohd Arif yang juga bekas ahli PKR menyerahkan borang :ke�ahlian UMNO kepada Menteri Besar, merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Selain Arif, seramai 69 bekas penyokong PKR di Taman Kelab Tuanku mengemukakan borang :keahlian UMNO, sementara 20 lagi menyertai MIC. 

Mohd Arif berkata, tindakannya dan rakan lain menyertai BN adalah secara sukarela selepas menyedari PKR tidak mempunyai hala tuju jelas dalam usaha membela rakyat. 

"Kami tidak dipaksa atau dipengaruhi mana-mana pihak. Kami juga tidak pernah ditawarkan sebarang :imbu�han,” katanya. 

:Dalam pada itu, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, BN sentiasa mengalu-alukan keahlian bekas ahli atau penyokong pembangkang dalam parti komponen. 

"Terpulang kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti yang sesuai dengan matlamat perjuangan masing-masing,” katanya.

China tegah askar bercinta di Internet


BEIJING 28 Jun - Tugas bagi pegawai tentera di China telah 'ditambah' iaitu mencari jodoh, selepas kerajaan melarang anggota tentera daripada bercinta secara dalam talian kerana khuatir mereka akan membocorkan maklumat yang sensitif.
Komander Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang mempunyai kekuatan anggota seramai 2.3 juta sedang mengkaji kaedah bagi membantu setiap anggotanya untuk menemui cinta mereka, lapor akhbar China Daily.
Blog, bercinta, mencari kerja secara dalam talian dan membina jaringan kenalan dalam dunia adalah tidak dibenarkan serta diletakkan di bawah Peraturan Hal Ehwal Dalaman, berkuat kuasa mulai 15 Jun lalu, kata laporan yang dipetik daripada sebuah akhbar tentera.
"Orang yang mempunyai motif tersembunyi akan menggunakan tentera bagi mendapatkan maklumat peribadi dan boleh mengancam keselamatan tentera," kata pegawai tentera di Tibet, Ying Jui yang dipetik daripada akhbar PLA Daily.
Pasukannya di bandar Shigatse sedang membantu mencari jodoh dari pejabat kerajaan tempatan dan persekutuan parti komunis wanita, kata laporan itu.
Akhbar China Daily berkata, carian di Internet akan memaparkan maklumat mengenai tentera yang masih bujang dan artikel yang mengandungi maklumat rahsia ketenteraan melalui laman peribadi.
Pegawai polis separa tentera telah menganjurkan parti yang terletak beribu-ribu kilometer, di wilayah selatan pulau Hainan bagi anggota tentera tua yang masih belum berkahwin untuk bertemu wanita yang bekerja di cawangan syarikat tempatan, China Mobile. - REUTERS

Putera Harry terjatuh dari kuda semasa bermain polo


DETIK-DETIK Putera Harry terjatuh dari kuda tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan semasa menyertai perlawanan polo klasik Veuve Clicquot Polo Classic iaitu untuk mengutip derma di Governors Island, New York, kelmarin. - AFP


NEW YORK 28 Jun - Putera raja Britain, Putera Harry terjatuh dari kudanya semalam, sebelum tewas ketika menentang pemain polo terkemuka dunia dari Argentina, Nacho Figueras dalam perlawanan polo di sini.
Namun ia merupakan untuk satu tujuan yang baik bagi membantu 400,000 kanak-kanak negara Afrika yang dilanda AIDS.
Putera raja kepada mendiang Puteri Diana yang berusia 25 tahun itu terjatuh dari kuda polo miliknya di separuh masa pertama pada perlawanan tahunan ketiga Polo Klasik Veuve Clicquot di Governors Island.
Beliau tetap tersenyum dan meneruskan perlawanan itu di mana pasukan Figueras iaitu Black Watch menang 6-5 yang membawa ke masa tambahan. Pada mulanya pasukan putera raja itu, Black Rock telah mendahului dua mata menerusi jaringan Harry walaupun terjatuh.
"Saya fikir kuda putera raja itu menjadi takut atau sebaliknya.
"Ia adalah sesuatu perlawanan yang sengit, kami tidak tahu siapa yang akan menang, jadi ia sungguh menyeronokkan untuk bermain," kata Figueras.
Namun bagi Putera Harry, polo bukanlah fokus utama pada hari tersebut. Beliau memegang janjinya untuk menyambung kerja kebajikan sebelum ini yang dibuat oleh mendiang ibunya yang mati akibat kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, yang sering digambarkan memeluk ibu dan kanak-kanak HIV.
"Amerika Syarikat selalu melindungi mereka yang tertindas, miskin, dan memerlukan pertolongan di dunia ini. Pada saya ini ialah pendirian sebenar Amerika Syarikat," katanya sebelum perlawanan itu.
Badan kebajikan itu ditubuhkan oleh Harry dan Putera raja Lesotho, Putera Seeiso bagi membantu kanak-kanak Lesotho yang mudah terdedah kepada penyakit itu, dimana kebanyakkannya adalah anak yatim AIDS.
Harry berkata, dia dan putera raja Afrika itu mahu mencontohi tugas mulis yang dilakukan oleh mendiang ibunya.
Lawatan tiga hari Harry ke New York bermula Jumaat lalu di Akademi Tentera West Point yang terletak di utara bandar itu, dikuti dengan UNICEF kelmarin dan kemudiannya melakukan balingan pertama bagi perlawanan pasukan Mets. - AP

115 tok batin sertai lawatan sambil belajar


IPOH 28 Jun - Seramai 115 tok batin dari seluruh Perak menyertai lawatan sambil belajar selama tiga hari ke Sarawak bermula semalam.
Program yang julung-julung kali diadakan itu diharap mampu memberi pendedahan mengenai program-program pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan kepada pemimpin masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, masyarakat Orang Asli perlu bergerak seiring dengan pembangunan negeri dan negara supaya mereka tidak terus ketinggalan.
''Bagi mencapai hasrat ini, pendidikan adalah usaha paling penting dan berharga untuk memastikan masyarakat Orang Asli dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum lain," katanya di sini semalam.
Beliau berucap pada majlis Sepetang Bersama 115 Tok Batin Masyarakat Orang Asli yang menyertai lawatan tersebut.
Mengulas lanjut menurut Zambry, kerajaan berusaha menyediakan pelbagai bantuan seperti kemudahan pengangkutan ke sekolah, bayaran yuran dan pakaian seragam kepada anak-anak Orang Asli bagi memastikan mereka dapat terus belajar dalam suasana lebih selesa.
Dalam perkembangan sama, beliau berharap lawatan sambil belajar itu akan memberi peluang kepada tok-tok batin untuk menimba ilmu berhubung program-program pembangunan demi kebaikan bersama.
Sementara itu, beberapa tok batin yang ditemui menyambut baik program lawatan yang dianjurkan itu.
Tok Batin Kampung Jong Lasah di Sungai Siput, Alum Alang berkata, usaha tersebut membuktikan kerajaan negeri benar-benar ikhlas mahu melihat masyarakat Orang Asli keluar daripada kepompong kehidupan mereka.
''Ini bukti kerajaan negeri mengiktiraf Orang Asli. Saya harap program seperti ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa,'' katanya.

Pergolakan Bahagian Rantau Panjang rugikan UMNO


JAKARTA 28 Jun - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pergolakan di Bahagian UMNO Rantau Panjang yang mengadakan dua persidangan perwakilan berasingan kelmarin sebagai serius dan merosakkan imej parti.
Muhyiddin berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku jika mereka yang terbabit mempunyai semangat dan menjaga maruah UMNO.
"Kita berpandukan Perlembangaan (UMNO), kalau berlaku itu makna ada pihak tidak hormati perlembagaan parti, di situ ada bahagian yang sah.
''Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, kerana Zain (Datuk Mohamad Zain Ismail) baik dengan saya begitu juga Abdullah (Abdullah Mat Yassin), semua kawan, bila timbul begitu ia jejaskan imej parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas pergolakan Bahagian Rantau Panjang sehingga menyebabkan persidangan bahagian diadakan oleh dua pihak berasingan, semalam.
Sehubungan itu, kata Muhyiddin, beliau telah mengarahkan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenal pasti punca kepada masalah tersebut sehingga menyebabkan persidangan perwakilan terganggu.
"Kita minta Perhubungan (UMNO Negeri), kalau perlu bentuk jawatankuasa dan siasat. Kemudian melaporkan kepada ibu pejabat tetapi yang baik kalau boleh mereka selesaikan.
''Biasanya kita tidak mahu campur urusan bahagian dan kita percaya Mustapa dan rakan lain dapat selesaikan isu itu," katanya.
Muhyiddin berkata, perkara yang paling penting adalah semangat pemimpin UMNO di Rantau Panjang menghormati Perlembagaan Parti.
"Sudahlah Kelantan tidak kita perintah, Pas memerintah, buat hal begini amat merugikan kita," katanya.
Krisis yang melanda UMNO Bahagian Rantau Panjang sejak 2008 menyebabkan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa menghadiri dua persidangan perwakilan yang diadakan di dua buah tempat berasingan secara serentak, semalam.
Persidangan perwakilan tersebut berpecah dua ekoran krisis yang melanda antara Ketua Bahagiannya, Abdullah Mat Yassin dan bekas ketuanya yang kini digantung keahlian UMNO, Datuk Mohamad Zain Ismail.
Keadaan itu menyebabkan persidangan berkenaan diadakan di dua tempat secara serentak iaitu di Lubok Jong, Rantau Panjang yang diketuai Abdullah dan di Dewan Yayasan Pembangunan Masyarakat, Lati, Pasir Mas di bawah pimpinan Mohamad. - UTUSAN

Tutup rumah kebajikan haram


SEREMBAN 28 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua pusat perlindungan kanak-kanak mahupun kebajikan yang beroperasi secara haram diperiksa dan diarah tutup.
Katanya, tindakan itu bertujuan supaya kanak-kanak, anak yatim mahupun orang tua tidak dijadikan mangsa penderaan, kekejaman mahupun berkaitan gangguan seksual.
"Saya telah ingatkan semua pihak, kalau kita hendak menghantar anak yatim, orang tua, mahupun mereka yang tidak ada keluarga ke rumah kebajikan ini, pastikan ia berlesen dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kita tidak mahu ada pihak yang bertenggek di atas nama anak yatim, anak yang ditinggalkan serta orang tua untuk meraih keuntungan, tanpa mempedulikan nasib penghuninya," kata beliau.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kes kanak-kanak didera di sebuah pusat penjagaan di Gemas, di mana penghuninya mendakwa mengalami penderaan seksual dan fizikal oleh pengasuh di situ.
"JKM tidak dapat memantau pusat penjagaan mahupun rumah kebajikan ini kerana ia tidak didaftarkan dan berada di luar radar dan pemerhatian mereka," katanya.
Bagaimanapun, Mohamad berkata JKM boleh mengenakan tindakan kepada pengurusan rumah dan pusat penjagaan tanpa lesen ini dengan mengarahkan ia ditutup, manakala suspek boleh disiasat atau ditahan oleh pihak polis.
"Saya kecewa kerana ramai orang tidak mahu menjaga ibu bapa mereka dan menempatkan mereka di rumah orang tua. Saya adalah orang yang menentang perbuatan ini.
"Ada juga ibu bapa mahupun penjaga yang menghantar anak mereka di rumah asuhan dan penjagaan kerana mahu melepaskan tanggungjawab tanpa memeriksa sama ada pusat berkenaan mendapat lesen dan permit dari JKM atau tidak.
"Ini akan mendorong berlakunya penganiayaan dan lebih malang lagi, jika pengasuh tidak ada sifat perikemanusiaan," tegas Mohamad.
Dalam kejadian di Gemas itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Gajendran membongkar penderaan seksual dan fizikal yang berlaku di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.
Seorang peguam wanita, B. Vijaya Kumari, 57, yang membawa pulang Gajendran serta dua lagi kanak-kanak Chitra, 10, dan Melissa, 9, ke Melaka terkejut apabila diberitahu Ganjendran bersama dua lagi penghuni perempuan berusia dua tahun dipaksa menghisap kemaluan lelaki berusia 17 tahun, yang juga pengasuh di pusat berkenaan

Badrul Hisham terlantar di hospital


KUALA LUMPUR 28 Jun - Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz, 51, kini terlantar di hospital dalam keadaan lemah selepas lima hari tidak sedarkan diri akibat keracunan makanan.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Utusan Malaysia pada tahun 1984 hingga 1995 kini dirawat di Hospital Serdang sejak 15 Jun lalu.
Isteri beliau, Datin Noraini Ahmad, 54, berkata, suaminya dikatakan terminum sejenis minuman dalam tin ketika memandu kereta tanpa menyedari minuman itu sudah tamat tarikh luput.
"Sejak itu, dia berasa tidak sihat dan sebaik sahaja pulang, saya terus membawanya ke klinik berdekatan selepas dia tiba-tiba jatuh pengsan.
"Saya kemudian segera menghubungi ambulans untuk membawa suami ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Badrul Hisham yang mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi Ahli Parlimen Hulu Langat untuk dua penggal selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1995 dan 1999.
Menurut Noraini, suaminya dirawat selama lima hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang akibat komplikasi yang teruk termasuk bengkak pada bahagian kaki.
"Selepas lima hari dalam ICU, dia kini dipindahkan ke wad biasa sejak 19 Jun lalu dan keadaannya kini beransur pulih walaupun masih lemah," katanya.

Suara Keadilan akan tetap disaman


KUALA LUMPUR 28 Jun - Felda akan tetap menyaman akhbar Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah biarpun ia mendapat kritikan daripada pemimpin parti itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda telah pun melantik peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang tersebut.
Menurut beliau, selain Suara Keadilan, beberapa pemimpin PKR dan pembangkang juga telah disenaraikan untuk diambil tindakan sama.
"Saman tetap saman. Ia akan diteruskan dan Felda telah lantik peguam. Senarai mereka yang akan diambil tindakan undang-undang juga telah ada.
"Tunggulah. Saya akan umumkan dalam satu sidang akhbar Rabu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Gabungan NGO Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri terus memperhebatkan pemantauan ke atas akhbar-akhbar yang dikeluarkan parti-parti pembangkang bagi mengelakkan penerbitan yang berunsur fitnah dan tohmahan melulu terhadap kerajaan.
Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan KDN memanggil editor Suara Keadilanberhubung laporan akhbar rasmi PKR itu mengeluarkan artikel yang mendakwa Felda bankrap, amat dialu-alukan bagi membendung kenyataan fitnah daripada meresapi pemikiran orang ramai.
"Kalau diikutkan memang banyak kenyataan berunsur fitnah yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar suara pembangkang ini tetapi yang kita lihat tiada tindakan yang benar-benar tegas diambil,'' katanya.

Rosmah saran mat rempit masuk Kem Perkasa


Rosmah Mansor bersama Prof. Dr. Sharipah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kiri) melihat sijil 33 peserta Kem Perkasa Remaja pada Majis Penutup Program Kem Perkasa di UKM Bangi, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan golongan remaja terutama mat rempit menyertai Kem Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) supaya mereka dapat menjadi insan yang lebih baik.
Menurutnya, beliau berharap lebih ramai golongan berkenaan akan menyertai kem itu yang dapat meningkatkan kesedaran tentang keburukan kegiatan lumba motosikal haram dan kegiatan yang tidak berfaedah.
"Kita tidak mahu memaksa mereka menyertai program ini kerana ia mest dilakukan dengan kehendak sendiri.
"Biarlah golongan ini menyertai kem itu dengan rela hati sekiranya mereka sudah sedar diri tentang akibat buruk gejala negatif ini," ujarnya selepas merasmikan Majlis Penutup Kem Perkasa sesi pertama 2010 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin, Pengarah Pusat Pemerkasaan Remaja UKM, Prof. Dr. Samsudin A. Rahim dan Ketua Program Kem Perkasa Remaja, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail.
Kem Perkasa Remaja itu julung kali diadakan di UKM dengan tujuan memulihkan remaja yang terlibat dalam aktiviti yang dikenali sebagai merempit. Seramai 33 peserta berusia 18 hingga 25 tahun dari sekitar Shah Alam dan Rawang menyertai program itu yang berlangsung dari 1 Mac hingga hari ini.
Rosmah yang juga Penaung program Permata Negara berkata, beliau difahamkan terdapat kira-kira 30,000 mat rempit di negara ini namun hanya 33 yang menyertai kem itu.

Pelawak terkenal S. Shamsudin masih kritikal selepas terjatuh


KUALA LUMPUR 28 Jun _ Keadaan pelawak veteran terkenal, S. Shamsudin (gambar), 81, masih lagi kritikal selepas dimasukkan ke hospital malam Sabtu lalu.
Pelawak terkenal yang juga sahabat baik Shamsudin, Datuk Aziz Sattar memberitahu, dia telah menghubungi anak bongsu sahabatnya, Noredah, itu untuk mendapatkan perkembangan terkini keadaan Shamsudin.
"Memang keadaan beliau masih kritikal dan belum menampakkan tanda-tanda untuk pulih.
"Daripada apa yang diberitahu kepada saya juga, beliau akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bila-bila masa sahaja.
"Sememangnya berita ini cukup menyedihkan dan saya akan terus berdoa agar dia kembali pulih meneruskan kehidupan," jelas Aziz dalam nada sedih ketika dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Shamsudin dimasukkan ke Hospital Alexandra, Singapura selepas terjatuh dalam bilik air di rumah anak bongsunya sehingga tulang pinggulnya retak.
Aziz turut menjelaskan faktor usia juga menyebabkan sahabatnya itu masih dalam keadaan kritikal.
Katanya, insiden itu berlaku pada hari yang sama selepas beliau bersama-sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim melawat Shamsudin di rumah anak bongsunya, di Bukit Batok, Singapura.
Rais kemudian menyampaikan kepada Shamsudin sumbangan RM10,000 daripada dana bantuan untuk seniman yang dikendalikan oleh kementerian dan Finas.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim.
Dalam pada itu, Aziz memberitahu, dia akan ke Singapura malam ini bersama Datuk Mustapha Maarof untuk menziarahi Shamsudin.
"Saya akan terus berada di Singapura sehingga ada perkembangan positif tentang sahabat saya.
"Untuk itu, saya menyeru kepada semua pihak mendoakan agar kesihatan insan yang kita sayangi ini pulih dan sihat," katanya penuh harapan.