|
Monday, June 7, 2010
Lelaki gendut kembali ke PKR
Ulama Umno bakar kapal
|
Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti. Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut. Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad. Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya. Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain. Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno. Keserasian wajah 1Malaysia Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut? Di Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini. Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian. Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'? Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut. Peguam bukan Islam Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam. Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam. Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai? Apakah ini secocok dengan keadilan Islam? Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam! Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu? Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi. Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah. Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu. Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil. Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama. Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah. Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam! Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'. Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam? Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam. Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian. Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam. Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam. Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini. Isu kalimah Allah Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini. Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju. Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham. Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu? Isu masuk masjid Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama. Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk. Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah(islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya. Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan! Isu Sebat Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang. Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku. Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini. Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan. Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan. Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno! Perarakan Maulid Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan. Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia. Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis diMingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini. Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik! Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam? Barah Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno. Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno. 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini. Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan. PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman. Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat. Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia! Beliau telah menghasilkan tidak kurang 20 buku, khususnya berkaitana dengan keagamaan dan membentangkan lebih 40 kertas kerja di peringkat tempatan mahupun luar negara. |
Tunggu 14 tahun sebelum tunai haji
Senarai menunggu yang terlalu ramai dan kuota terhad jadi punca
KUALA LUMPUR: Senarai menunggu yang terlalu ramai menyebabkan individu yang mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) pada tahun ini perlu menunggu selama 14 tahun lagi sebelum dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel and Services Sdn Bhd, Mejar (Bersara) Mohd Ramli Othman, berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana kuota yang diperuntukkan Arab Saudi kepada negara ini hanyalah sebanyak 26,000 orang setahun.'Ini adalah berita sedih kepada individu yang ingin mengerjakan haji dengan segera dan jika kuota tidak ditambah mereka yang mendaftar pada tahun ini hanya boleh berbuat demikian pada 2024 atau 2025,' katanya.Beliau berkata demikian pada Pameran dan Persidangan Zon Perniagaan dan Pelaburan Muslim World Biz 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.Mejar Mohd Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perspektif Tabung Haji Terhadap Haji, Umrah dan Pelancongan Islam', di pameran dan persidangan itu yang dianjurkan oleh OIC International Business Centre Sdn Bhd.Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa kos mengerjakan haji akan terus bertambah setiap tahun berikutan peningkatan kadar sewa hotel dan pengangkutan.'Makkah kini disenaraikan antara bandar yang paling mahal di dunia, contohnya sewa bas yang dikenakan bagi tempoh 20 hari adalah RM98,000 ($41,956).'Bagi mereka yang mahu menyewa hotel berdekatan Masjidil Haram dan mendapat lain-lain kemudahan terbaik perlu membayar harga yang tinggi iaitu kira-kira RM166,000 seorang.'Ini lebih tinggi berbanding kadar bayaran biasa yang dikenakan oleh TH iaitu RM9,980 seorang,' ujarnya.Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, tabiat sebahagian besar rakyat Malaysia yang suka membeli-belah masih tidak dapat ditinggalkan walaupun ketika mengerjakan haji.'Adalah dianggarkan jemaah haji negara ini membelanjakan sebanyak RM100 juta setahun untuk membeli-belah ketika berada di Arab Saudi,' katanya. -- Mingguan Malaysia.
Anwar terus dedah agenda jahat Umno BN
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah setiap kampung dan daerah bagi menjelaskan kepada rakyat agenda jahat dan keburukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, esok. Beliau yang dipetik Harakah Online berkata segala kejahatan dan keburukan yang sekian lama menjadi amalan kepimpinan Umno dan BN harus terus dirobek dan dimaklumkan kepada rakyat. "Banyak perkara yang tidak direlakan oleh rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan yang ada sekarang. Arak dan judi semua ini membawa kesan negatif yang merosakkan akhlak dan kesejahteraan hidup rakyat, mereka tidak pedulikan walaupun ada bantahan dan bangkangan. "Yang lebih teruk ialah sikap mereka yang tidak mempedulikan kritikan dan pembongkaran yang telah dibuat dalam parlimen bahawa mereka mempunyai hubungan dengan negara Israel. “Jika perkara ini tidak benar maka saya dengan ini mencabar Perdana Menteri untuk menafikan segala dakwaan tersebut dalam Parlimen," katanya pada majlis ceramah di Kulim, malam semalam. Tambahnya, untuk menyelamatkan negara dari terus menjadi sebuah negara yang begitu sinonim dengan aktiviti rasuah oleh kepimpinan negara, maka pembohongan BN akan terus dibongkar dalam program ceramah isu semasa yang giat dijalankan dari masa ke semasa. "Dari Sarawak sehinggalah ke Johor, Pakatan Rakyat (PR) akan pastikan dalam pilihan raya umum yang akan datang, tonggak pemerintahan negara akan berjaya dikuasai oleh PR,” ujarnya. |
jahat sungguh askar israel
Askar Israel tembak mati 4 penyelam Palestin
2010/06/07
GAZA: Pasukan peronda tentera laut Israel membunuh sekurang-kurangnya empat pejuang Palestin di luar pantai Gaza, kata pegawai keselamatan Hamas dan tentera Israel. “Sebuah bot peronda tentera laut Israel ternampak sebuah bot dengan empat lelaki berpakaian menyelam dalam perjalanan melakukan keganasan dan menembak ke arah mereka," kata jurucakap tentera Israel sambil menambah pasukan peronda itu mengesahkan tembakan mengenai sasaran.
Hukum islam ada tapi tak nak pakai, cipta pula hukum sendiri
Hukum ‘bapa ghaib’
KUALA LUMPUR: Bapa ghaib kepada bayi yang dibuang sama ada meninggal dunia atau tidak akan didakwa di mahkamah mengikut undang-undang dan akta negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bapa ghaib yang menghamilkan gadis tidak akan terlepas dengan tindakan mahkamah.
Beliau memberi amaran kepada bapa ghaib tidak bertanggungjawab menghamilkan gadis tetapi melarikan diri dengan meletakkan semua masalah ke atas wanita.
Kami akan bekerjasama dengan Peguam Negara dan pihak berkuasa untuk mengheret lelaki berkenaan supaya dikenakan tindakan wajar bukan hanya memberi hukuman kepada ibu bayi yang dibuang, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-anak Yatim, orphanCare, Kuala Lumpur, di sini, yang dirasmikan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom. Hadir sama, Presiden orphanCare, Datuk Adnan Mohd Tahir.
Shahrizat berkata, punca utama terjadinya kes pembuangan bayi dan bayi luar nikah kerana sikap ibu bapa serta masyarakat sibuk dengan urusan seharian tanpa menghiraukan anak mereka.
Kes ini menunjukkan peningkatan, iaitu bagi tempoh lima tahun dari 2006 hingga 2009 sebanyak 407 kes pembuangan bayi dilaporkan pihak berkuasa.
Manakala dari Januari hingga April lalu, sebanyak 24 kes berlaku kerana masih tiada kesedaran kalangan masyarakat mengenai bahaya kes berkenaan.
Katanya, kes itu semakin serius kerana komuniti masih tidak menghiraukan remaja apabila masing-masing sibuk dengan urusan harian.
Menurutnya, untuk mengelakkan ia daripada berterusan, pelbagai pihak tampil termasuk kerajaan dan swasta yang mengadakan program komuniti Kami kini mempunyai lebih 100 badan termasuk institusi sinar kasih, 55 klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang boleh menyelesaikan masalah dihadapi.
Institusi ini boleh membantu remaja bermasalah daripada melakukan tindakan salah termasuk membuang bayi tidak berdosa, katanya.

Hurriyet siar gambar tentera Israel kena serang
ANKARA: Sebuah akhbar yang laris di Turki, Hurriyet, menyiarkan beberapa gambar komando Israel yang cedera akibat diserang aktivis kapal Mavi Marmara dalam operasi berdarah Isnin lalu.
Menurut akhbar itu, gambar berkenaan diambil daripada sebuah kad memori kosong diperoleh aktivis Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH).
Hurriyet mendakwa tentera Israel merampas kamera aktivis terbabit dan memadam kandungannya.
Satu daripada gambar itu - disiarkan di muka depan Hurriyet - memaparkan seorang tentera menekap belakang kepalanya, manakala wajahnya dibasahi darah.
Gambar ketiga menunjukkan seorang lagi tentera terbaring di dek kapal sambil tangannya dipegang aktivis, manakala seluarnya berdarah.
Imej lain adalah dua aktivis bersenjata batang besi berlindung di belakang pintu.
Bagaimanapun, aktivis IHH berkata, mereka bertindak begitu untuk mempertahankan diri daripada diserang tentera.
Veteran Perang Teluk warga Amerika Syarikat, Kenneth Nichols O’Keefe, mengaku dia merampas senjata komando Israel di dalam kapal itu, tetapi tidak menggunakannya, malah mengosongkan peluru dan membuangnya. - AFP

Kepala, pinggul ditembak'
SEPANG: Ditembak menggunakan peluru getah di kepala, pinggul dan belakang badan; digari selama 15 jam hingga cedera pergelangan tangan dan sentiasa diacu dengan senapang di kepala.
Itu antara penderaan fizikal dan psikologi yang terpaksa ditanggung aktivis Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) dalam kapal Mavi Marvara, Halim Mohd Redzuan ketika kapal berkenaan diserang tentera Israel Isnin lalu.
“Saya ketika itu berada di atas dek, mereka tembak di kepala menggunakan peluru getah, ia terlalu sakit sehingga saya berlari untuk mendapatkan bantuan doktor. Belumpun sampai, sekali lagi saya ditembak di belakang badan dan pinggul.
“Sewaktu kejadian, sudah lima aktivis mati ditembak dan komando Israel mula mencari mangsa lain tidak mengira bangsa dan siapa yang bersuara pasti mereka akan bertindak lebih ganas,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di tanah air pagi semalam.
Katanya, biarpun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, namun kecewa kerana gagal menyampaikan bantuan berkenaan kepada penduduk Semenanjung Gaza.
Bagi Hassanuddin Mohd Yunus, biarpun gagal menghantar misi bantuan berkenaan ke Semenanjung Gaza, sedikit kepuasan kerana serangan Isarel ke atas kapal itu membuka mata dunia mengenai kekejaman Zionis.
Katanya, serangan berkenaan membuktikan kekejaman Israel dan amaran kepada dunia untuk bersiap sedia menghadapi banyak lagi tindakan angkuh mereka untuk menafikan hak masyarakat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.

Zionis perlu mohon maaf'
KUALA LUMPUR: Keganasan dan kekejaman tentera Israel terhadap sukarelawan misi kemanusiaan ke Gaza semakin menaikkan semangat Malaysia untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin bagi memastikan suatu hari nanti mereka dapat hidup bebas daripada penindasan rejim Zionis.
Menganggap dua belas rakyat Malaysia sebagai wira negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian itu membuka mata dunia mengenai keganasan rejim Zionis yang bukan saja terhadap rakyat Palestin, malah terhadap orang asing yang mahu menghulurkan bantuan.
“Sungguh zalim dan tanpa belas kasihan mereka menyerang dan menembak dari jarak dekat aktivis tidak bersenjata, malah ada yang ditembak dari belakang tanpa alasan.
“Saya akan membawa usul mengutuk kekejaman Israel di Parlimen esok (hari ini) dan tindakan itu tidak terhenti dalam bentuk usul saja. Ia akan ada susulan dalam apa juga bentuk supaya Israel sedar apa yang mereka lakukan tidak boleh diterima dunia dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya dalam ucapan selepas mengadakan pertemuan dengan dua belas sukarelawan Malaysia yang selamat kembali ke tanah air di kediamannya di sini, semalam.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan Israel bukan saja perlu meminta maaf, malah perlu memberi ganti rugi kepada keluarga sembilan warga Turki yang dibunuh tentera mereka dalam kejadian serangan kapal Mavi Marmara.
“Saya sebenarnya amat lega kerana sukarelawan kita selamat dan berterima kasih kepada Jordan yang berusaha membebaskan mereka menerusi saluran diplomatik.
“Sebelum ini saya dapat bayangkan tekanan yang dihadapi sukarelawan kita yang ditahan termasuk keluarga mereka. Oleh itu, saya berazam, Kerajaan Malaysia perlu melakukan apa saja untuk membebaskan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua misi sukarelawan Malaysia daripada Haluan Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan mereka ketika hilang punca dalam tahanan di Penjara Besherfa, Israel.
“Tiada apa lagi yang menakutkan apabila kami diikat dan diseret ke penjara tanpa mengetahui sampai bila ditahan, malah mungkin Penjara Besherfa itu disediakan untuk kami kerana tilam masih berplastik, tuala berbau kedai dan baju ada tanda harga.
“Apa yang boleh saya katakan wira sebenar adalah rakyat Malaysia yang bersama-sama memberi tekanan kepada kerajaan Israel untuk membebaskan kami. Kami juga memohon maaf kerana menyusahkan anda semua,” katanya.
Dalam pada itu, isteri Perdana Menteri juga akan berusaha mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kewangan AS$5,000 (RM16,500) untuk setiap keluarga sembilan warga Turki yang terbunuh dalam serangan tentera Israel itu.

Memang nak bunuh'
SEPANG: “Mereka (tentera Israel) memang berniat membunuh. Malah, mereka ada senarai dan gambar individu dikehendaki,” kata Ketua Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Shamsuddin.
Beliau berkata, rahsia itu terbongkar apabila sekumpulan sukarelawan berjaya menangkap tiga tentera ketika keadaan kelam-kabut selepas tentera Israel melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah anak kapal.
Katanya, keadaan gelap dan kabur akibat asap dilemparkan tentera Israel menyebabkan tiga tentera dari tiga helikopter pertama tersalah langkah, sekali gus membolehkan sukarelawan menangkap mereka.
Menurutnya, selepas memeriksa tentera itu, sukarelawan menemui senarai nama dan gambar individu di atas kapal Mavi Marmara untuk misi kemanusiaan menghantar bantuan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
“Mereka menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan, tetapi saya boleh buktikan mereka berniat membunuh kerana ada senarai nama yang ingin dibunuh sebelum menyerang kapal kami.
“Kebenaran semakin terbukti apabila kebanyakan sukarelawan yang terbunuh ada dalam senarai itu. Sebahagian daripada senarai itu adalah rakyat Turki termasuk seorang wartawan dan beberapa tokoh penting dunia,” katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Istanbul di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Noorazman dan 11 sukarelawan yang diserang tentera Israel ketika berada di kapal Mavi Marmara yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, tiba di tanah air jam 5.40 pagi, semalam.
Noorazman berkata, semua sukarelawan yang terselamat tiada dalam senarai memandangkan mereka hanya individu biasa yang tidak dikehendaki pihak Israel.
Menurutnya, semua sukarelawan yang menyertai misi itu sudah nekad dan bersedia menerima apa jua kemungkinan kerana faham risiko yang bakal diterima. Berikutan itu, mereka tidak gentar ketika tentera Israel melancarkan serangan, cu ma berfikir bagaimana untuk merampas senjata daripada mereka.
“Kami berada di tingkat tiga kapal, manakala serangan berlaku di tingkat empat, kami nak naik untuk membantu pun tidak boleh...peluru macam hujan, kami hanya berlindung di bawah satu dinding.
“Kami sedih melihat ramai kawan terbunuh, tetapi kami tahu mereka pergi (meninggal dunia) tidak sia-sia dan misi kami berjaya, sekurang-kurangnya kami dapat menyedarkan dunia apa yang berlaku,” katanya.
Katanya, selepas ditahan tentera Israel, semua sukarelawan Malaysia beranggapan akan tinggal lebih lama di penjara berikutan kerajaan Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel.
“Kami tak sangka dapat keluar awal kerana pagi itu kami tidak dibenarkan menelefon sesiapa, malah diputuskan hubungan dengan luar. Kami hanya lihat kedutaan lain masuk penjara (untuk membebaskan rakyat masing-masing). Kami tahu kedutaan kita tidak akan masuk sebab tiada hubungan diplomatik.
“Kami sangka akan berada di sana sebulan, dua bulan malah mungkin setahun atau dua tahun, tetapi Alhamdulillah, berkat usaha tuan puan (rakyat Malaysia), kerajaan dan semua pihak, akhirnya kami dibebaskan,” katanya.
Katanya, walaupun gembira dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air, mereka tidak boleh dianggap wira.
“Kalau kami digelar wira kerana ditembak dengan peluru hidup, diikat 15 jam, tidak dibenarkan ke tandas, diacukan senjata di kepala, tidak diberikan makan minum hampir 24 jam, hakikatnya saudara kita di Gaza dan Palestin lebih teruk.
“Tiap-tiap hari mereka berdepan dengan ‘apache’ yang datang nak bunuh mereka, tiap-tiap hari mereka tak dapat makanan dan ubatan yang cukup,” katanya.

6 lagi dijangka tiba malam ini
KUALA LUMPUR: Empat aktivis Malaysia dan dua wakil media yang berada di atas kapal MV Rachel Corrie yang ditawan tentera Israel ketika dalam perjalanan misi kemanusiaan ke Gaza, kelmarin dijadual tiba di tanah air pada jam 7.40 malam ini.
Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz, berkata semua mereka dalam keadaan sihat dan selamat bakal pulang dengan menaiki penerbangan Royal Jordanian yang berlepas jam 2 pagi tadi waktu tempatan. Abdul Malek berkata, enam rakyat Malaysia yang dibebaskan tentera Israel pagi semalam tiba di Crown Plaza Hotel, Jordan, kira-kira jam 6.15 petang waktu Malaysia.
“Mereka semua kini sedang berehat kerana keletihan. Sebelum terbang pulang ke Malaysia mereka akan menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat di rumah saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro dari sini, semalam.
Menurut Abdul Malek, majlis itu diadakan bagi memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana semua yang ditahan sudah dibebaskan dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun mereka mengalami tempoh yang sukar. Empat aktivis terbabit ialah anggota Pertubuhan Damai Perdana Global, Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu serta Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria manakala dua wakil media ialah Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin daripada TV3.

Warga Eropah kutuk Israel
PARIS: Berpuluh-puluh ribu orang menunjuk perasaan di seluruh Eropah, semalam, bagi membantah pembunuhan kejam ke atas aktivis kemanusiaan yang cuba menentang kepungan Israel terhadap Gaza.
Sambil melaungkan slogan kecaman ke atas Israel, mereka turut mengibarkan bendera Palestin dan Turki di Istanbul, London, Dublin dan Paris, selain beberapa bandar raya Perancis.
Menganggap Israel sebagai pembunuh, mereka menuntut negara Zionis itu menamatkan kepungan ke atas wilayah Gaza dan berikrar bahawa kematian sembilan aktivis berkenaan tidak sia-sia.
Di Turki, kira-kira 10,000 orang berkumpul dan bertakbir di Dataran Caglayan yang terletak di bahagian Eropah menghadap Selat Bosphorus.
Kebanyakan mereka memakai lilit kepala bertulis ‘Israel pembunuh, jangan ganggu bot’ dalam bahasa Hebrew dan Inggeris.
Di Dublin, penganjur berkata, beberapa ribu orang menyertai bantahan berkenaan walaupun polis Ireland mendakwa hanya beberapa ratus.
“Rasanya orang ramai amat marah atas pembunuhan itu,” kata Pengerusi Pergerakan Antiperang Ireland, Richard Boyd Barrett.
Di Perancis, lebih 20,000 orang, termasuk 5,000 di Paris, meluahkan protes sama.
“Apa yang kita alami amat sukar, tapi ia tidak sebanding dengan apa dihadapi warga Palestin sepanjang tahun. Mereka adalah penduduk yang dizalimi dan ia sama sekali tidak dapat diterima,” kata Youcef Benberdal yang turut menyertai konvoi berkenaan.
Orang ramai turut mengadakan protes di Marseille, Lyon Strasbourg dan Bordeaux.
Di London, ribuan orang berkumpuk di luar kediaman rasmi perdana menteri di Downing Street sambil mengibarkan bendera serta sepandu menggesa kerajaan Britain meningkatkan tekanan ke atas Israel.
Pegawai Stop The War Coalition, Lindsey German, berucap kepada orang ramai dengan berkata, bantahan itu dianjurkan bagi menunjukkan kematian aktivis terbabit tidak sia-sia.
Sebaliknya, kata Lindsey, mereka berjaya menarik perhatian dunia kepada jenayah melampau Israel di Gaza. - AFP

Sultan Kelantan kembali memerintah bila-bila masa
Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
|
|
KOTA BHARU - Tuanku Ismail Petra kini dilaporkan semakin pulih dan dijangka kembali menjalankan tanggungjawab baginda selaku Sultan Kelantan pada bila-bila masa sahaja.
Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berkata, kini terserah kepada Tuanku Ismail Petra untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kembali aktif memerintah.
"Tahap kesihatan Tuanku Sultan cukup bagus, bila-bila masa sahaja boleh masuk ke pejabat,'' kata Tengku Muhammad Fakhry ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Piala Happy di Arena Futsal di sini semalam.
Obama hanya pandai jaja janji, beretorik
KAHERAH: Setahun selepas Barack Obama berikrar memperbaharui hubungan Amerika Syarikat dan dunia Islam, harapan untuk melihat ia menjadi nyata bertukar dengan kekecewaan.
Dalam ucapan bersejarah itu, Obama menggariskan hubungan itu dibuat berdasarkan kepentingan bersama, selain saling hormat-menghormati berbanding pendekatan diambil presiden terdahulu, George W Bush.
Bekas tokoh perbankan, Rana Jarbou, berkata tiada satu pun usaha Obama boleh dianggap selari dengan janjinya di Kaherah.
Sebaliknya, kata Rana, Obama sekali lagi mengulangi retorik Bush mengenai keganasan.
“Dalam konflik Palestin - Israel, tiada langkah konkrit diambil walaupun seluruh rantau Teluk terjejas dengan isu itu,” katanya.
Serangan ganas komando rejim Zionis ke atas flotila kemanusiaan pada 31 Mei lalu lebih memburukkan imej Obama.
Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Luar Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki, Suat Kiniklioglu, berkata reaksi Rumah Putih terhadap serangan komando Zionis itu menjadi petunjuk kepada kredibiliti AS di Timur Tengah.
“Terserah kepada AS untuk menentukan bagaimana mereka akan berurusan dengan isu Timur Tengah nanti melalui reaksi terhadap serangan ke atas Mavi Marmara,” katanya.
Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah di Universiti Oklahoma, Joshua Landis, berkata setahun lalu Obama berjanji menyelesaikan konflik Arab - Israel, bukannya meneruskan proses mencari damai.
“Sebaliknya kini Obama hanya menyambung proses yang dijalankan,” katanya.
Hasil undian dikendali firma YouGov, 60 peratus warga Arab yakin Obama terlalu lemah untuk menjadikan perjanjian damai satu realiti. - Agensi

'Hamas bukan pengganas'
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mempertahankan Hamas sebagai kumpulan pejuang Islam Palestin ketika warganya yang terbunuh dalam serangan ganas Israel dikebumikan, semalam.
Kata Recep, Hamas bukanlah pertubuhan pengganas seperti didakwa kebanyakan pihak, termasuk Israel dan Amerika Syarikat.
“Anggota Hamas adalah pejuang yang bertungkus-lumus mempertahankan negara.
“Mereka juga dipilih rakyat melalui pilihan raya,” katanya di bandar Konya.
Ucapannya sering terhenti akibat mendapat sorakan hangat orang ramai yang turut mengibarkan bendera Palestin.
Recep berkata, beliau menyatakan pendirian itu kepada pegawai AS sebelum ini.
“Saya katakan kepada mereka, saya tidak boleh menerima Hamas sebagai pertubuhan pengganas.
“Sehingga kini saya kekal dengan pendirian itu,” katanya.
Sementara itu, ribuan orang berkumpul di seluruh Turki selepas solat Jumaat kelmarin, termasuk sebahagiannya bagi mengiringi jenazah sembilan warga Turki yang terkorban ditembak komando Israel pada Isnin lalu.
Recep turut mengkritik Barat kerana menafikan hak Hamas untuk bergerak melalui landasan demokrasi.
Sementara itu, duta Turki ke Washington, Namik Tan, melahirkan kekecewaannya kerana AS gagal mengecam Israel kerana serangan ganas ke atas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.
“Kerajaan menghargai campur tangan Washington mendesak Tel Aviv memulangkan semula aktivis Turki yang ditahan, tetapi tiada satu kecaman pun dibuat di mana-mana peringkat.
“AS sepatutnya pihak pertama yang mengutuk serangan berkenaan,” katanya. - AFP

Pekerja pelabuhan Sweden tak layan Israel seminggu
STOCKHOLM: Pekerja pelabuhan Sweden akan melancarkan halangan ke atas semua kapal dan barang dagangan Israel selama seminggu di negara itu sebagai protes terhadap tindakan ganas rejim Zionis ke atas kapal kemanusiaan ke Gaza.
Jurucakap Kesatuan Pekerja Pelabuhan Sweden, Peter Annerback, berkata mereka tidak akan melayan sebarang barangan dibawa dari Israel atau kapal yang berlabuh di situ.
“Protes akan berlangsung dari 15 hingga 24 Jun ini,” katanya.
Kesatuan itu dianggotai kira-kira 1,500 ahli dan memberi sokongan terbuka kepada penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menurut Annerback, protes pekerja pelabuhan itu dibuat kerana Israel melakukan serangan jenayah ke atas konvoi kapal keamanan.
Bagaimanapun, sesetengah pihak berkata, tidak dapat dipastikan bagaimana protes berkenaan akan memberi kesan kepada nilai dagangan di antara Sweden dan Israel. - AP

Saifuddin serah kepada peguam
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau tidak perlu meminta maaf berhubung kes saman difailkan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, kerana perkara itu sudah diselesaikan dalam perbahasan di Dewan Rakyat April lalu, Katanya, apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan menolak usul untuk membawa Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bermakna perkara itu sudah selesai. Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pada persidangan Parlimen itu, Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menghantar notis bertulis meminta speaker merujuk beliau ke jawatankuasa itu kerana didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap dirinya. Bagaimanapun, selepas beliau diminta mengemukakan hujahan balas atas tuduhan itu, speaker mengumumkan bahawa usul yang dibuat Ibrahim ditolak, menandakan tidak ada unsur fitnah pada kenyataannya itu. “Dalam usulnya Ibrahim menyatakan, ketika saya membuat ucapan di Parlimen, saya ada mengeluarkan kenyataan dengan menuduh dia mempunyai saham dalam syarikat judi milik Vincent Tan. "Sedangkan saya sebenarnya mengatakan yang dia terbabit atau mempunyai kepentingan perniagaan dengan syarikat itu, bukan menuduh beliau mempunyai saham dalam syarikat itu. “Ketika menyampaikan hujah pembelaan, saya sebut ada perbezaan antara kenyataan ‘ada saham dengan syarikat judi’ dengan kenyataan ‘ada kepentingan perniagaan’ di mana umum mengetahui ahli perniagaan itu mempunyai banyak perniagaan dan tidak semestinya saya merujuk kepada bidang judi. Itu yang saya cakap dan semua orang boleh dengar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Datuk Ibrahim Ali menyatakan tempoh memohon maaf kepada dua individu yang disamannya, Saifuddin dan Ketua Pengarang Suara keadilan, Dzulkarnain Talib sudah tamat dan hanya menunggu masa berjumpa di mahkamah. Mengulas kenyataan itu, Saifuddin berkata, beliau tidak menerima apa-apa notis menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada mana-mana pihak atau peguam malah menganggap isu itu sudah selesai selepas Speaker Parlimen membuat keputusan bahawa tiada kesalahan atas kenyataannya. “Oleh kerana saya tidak bersalah, saya serahkan kepada peguam,” katanya. |
Misi bantuan ke Gaza tetap diteruskan
CYPRUS - Free Gaza Movement yang mengetuai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza akan menutup ibu pejabatnya di Cyprus tetapi tidak akan menghentikan penghantaran kapal ke Gaza.
Jurucakap kumpulan itu, Greta Berlin berkata, ibu pejabat mungkin dipindahkan ke London dan rancangan menghantar kapal bantuan kemanusiaan dalam masa terdekat akan diteruskan sebagaimana dijadualkan.
"Pejabat Free Gaza Movement di Larnaca, Cyoprus akan ditutup pada Isnin (hari ini) dan buat sementara waktu, aktivis pro-Palestin akan kembali ke negara masing-masing.
"Kami tidak akan berhenti, kami hanya bertukar lokasi. Free Gaza Movement berjaya menolak Israel ke satu penjuru dan kami akan melakukannya lagi," katanya.
Bulan lalu, Cyprus membuat keputusan tidak membenarkan mana-mana kapal berlayar ke Gaza dari pelabuhannya demi menjaga kepentingan negara.
Antara Ogos 2008 dan Disember 2009, Free Gaza Movement menggunakan Cyprus yang terletak 400 meter dari Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan sebanyak lapan kali.
Israel membenarkan kapal-kapal itu masuk ke Gaza lima kali tetapi menghalang kapal membawa bantuan kemanusiaan masuk ke perairan Gaza sejak Januari 2009 berikutan pertempuran rejim Zionis itu dengan pejuang Hamas.
"Kalau kami kekal di sini, kerajaan Cyprus tentu akan menimbulkan pelbagai masalah kepada kami. Maka, lebih baik kami berpindah ke lokasi lain dan meneruskan misi penghantaran bantuan antarabangsa ke Gaza," kata Berlin.
Dalam masa terdekat, tiga lagi kapal membawa bantuan kemanusiaan dijadual dihantar ke Gaza dan empat kapten sudah menawarkan diri untuk menyertai misi berkenaan.:
"Israel perlu faham bahawa tiada apa-apa yang boleh dicapai dengan kekerasan," katanya.
Britain umum bantuan RM86.4j untuk Gaza
Dana tersebut akan membantu membiayai pembinaan sekolah dan klinik kesihatan untuk pelarian Palestin di Gaza, kata Setiausaha Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell.
"Situasi kemanusiaan di Gaza tidak boleh diterima dan tidak boleh dibiarkan berterusan," kata beliau.
Wang tersebut adalah sebahagian daripada perjanjian bantuan berjumlah 100 juta pound (RM480 juta) bagi tempoh lima tahun yang ditandatangani dengan Agensi Bantuan dan Perkhidmatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) pada 2006.
Pengesahan bantuan bagi tahun ini diumumkan ketika meningkatnya kebimbangan mengenai sekatan Israel ke atas Gaza berikutan serangan komando Zionis ke atas kapal bantuan 'Flotila Pembebasan' ketika dalam pelayaran membawa bantuan ke wilayah Palestin itu awal Isnin lalu.
"Laluan tanpa sekatan ke Gaza perlu diwujudkan segera jika situasi kemanusiaan hendak diredakan, bagi membolehkan ekonominya kembali berfungsi dan supaya golongan muda di Gaza mempunyai prospek untuk mengecapi masa depan yang lebih baik," kata Mitchell.
Beliau menggesa kerajaan Israel membuka pintu sempadan bagi membantu menamatkan krisis kemanusiaan itu.
"Kira-kira 70 peratus daripada penduduk Gaza bergantung kepada UNRWA bagi mendapatkan penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan asas yang lain, kata pegawai Britain. - AFP
Flotila bantuan diteruskan
Jurucakap pertubuhan itu, Greta Berlin, 69, berkata, pejabat mereka akan dipindahkan ke London, namun usaha menghantar bantuan ke Palestin akan tetap diteruskan.
Tambahnya, pejabat mereka di Larnaca itu akan mula ditutup Isnin ini dan ahlinya akan kembali ke negara masing-masing untuk sementara waktu.
"Kami tidak akan berhenti menghantar bantuan, cuma kami berpindah lokasi.
"Usaha kami selama ini sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepada Israel dan kami akan teruskan usaha murni ini," katanya.
Menurutnya, keputusan untuk memindahkan ibu pejabat mereka diambil selepas kerajaan Cyprus bulan lalu mengambil keputusan untuk tidak membenarkan sebarang usaha pelayaran memasuki Gaza dari pelabuhan mereka.
"Jika Cyprus cuba menyusahkan kerja kami, mengapa perlu kami terus berada di negara mereka?" katanya.
Sabtu lalu, tentera Israel yang tidak mengendahkan tekanan antarabangsa merampas sebuah kapal yang cuba menghantar bantuan ke Gaza.
Selain itu, tentera rejim Zionis itu pada Isnin lalu menyerang sebuah kapal Gerakan Pembebasan Gaza, mavi marmara hingga menyebabkan beberapa aktivis keamanan terbunuh dan berpuluh lagi cedera.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor berkata, pihaknya akan terus mengepung Gaza selagi parti pemerintah Hamas tidak menghentikan kezaliman selain mengiktiraf negara rejim Zionis itu. - AP
Siasat serang Mavi Marmara
BAITULMAQDIS 6 Jun - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon (gambar) mengesyorkan siasatan antarabangsa dijalankan berhubung serangan tentera Israel yang membunuh sembilan aktivis pro-Palestin di dalam kapal bantuan Turki, Mawi Marmara pada Isnin lalu.
Ki-moon mencadangkan penubuhan sebuah panel diketuai bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer yang juga pakar undang-undang maritim, dan dianggotai wakil dari Turki, Israel dan Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai Israel, hari ini.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membincangkan cadangan itu dengan Ki-moon semalam dan merancang untuk mengadakan mesyuarat menteri-menteri kanan hari ini bagi menimbangkan sama ada Israel akan menyertai siasatan, kata pegawai itu.
Para pemimpin Israel telah membangkitkan cadangan untuk mengadakan siasatan oleh Israel dengan penyertaan pemerhati asing mengenai serangan ke atas Mawi Marmara di perairan antarabangsa ketika kapal itu dalam pelayaran ke Genting Gaza Isnin lalu.
Ki-moon juga mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengenai 'langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melancarkan siasatan yang dikehendaki oleh Majlis Keselamatan PBB, lapor PBB di laman webnya
Majlis Keselamatan sebelum ini telah meminta siasatan saksama dijalankan mengenai insiden itu.
Usaha untuk mengadakan siasatan antarabangsa itu meningkatkan lagi tekanan ke atas Israel untuk menjelaskan bagaimana tindakannya untuk menghalang kapal bantuan itu boleh mencetuskan pertumpahan darah.
Selepas insiden Isnin lepas, hubungan Turki dengan Israel merosot dengan begitu teruk.
Pegawai Israel itu berkata, kerjasama antara Israel dengan Turki dalam sebuah jawatankuasa siasatan diharap dapat membantu memulihkan hubungan.
Katanya, rejim Zionis tersebut juga mahu memastikan sama ada kerajaan Turki menaja perjalanan Mavi Marmara.
Penyertaan sekutu utama Israel, AS dalam siasatan itu boleh meredakan kebimbangan Israel mengenai kesaksamaan panel tersebut, ujar pegawai itu. - Reuters
Subscribe to:
Posts (Atom)