Showing posts with label lubnan. Show all posts
Showing posts with label lubnan. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

29 maut serangan bom di Jaramana

Penduduk Syria  melihat sebuah trak yang terbakar  selepas dua bom kereta meletup di Jaramana, Damsyik semalam. - APPenduduk Syria melihat sebuah trak yang terbakar selepas dua bom kereta meletup di Jaramana, Damsyik semalam. - AP BEIRUT: Pengeboman berganda di bandar raya Jaramana berhampiran Damsyik yang diduduki kebanyakan penganut fahaman Druz dan Kristian mengorbankan 29 orang dan menyebabkan berpuluh-puluh lagi cedera, kata Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR).

“Bilangan yang terbunuh akibat dua bom kereta di bandar Jaramana meningkat kepada 29,” kata pemerhati beribu pejabat di Britain itu, mengemas kini angka terdahulu yang menyatakan sekurang-kurangnya 20 maut.
Penduduk berkata, siri serangan bom berlaku jam 6.30 pagi waktu tempatan di Jaramana, lokasi pasukan militia prokerajaan menubuhkan kumpulan bersenjata untuk mempertahankan bandar raya itu daripada serangan pejuang pembebasan Syria.


“Pengganas meletupkan dua bom kereta yang dipenuhi sejumlah besar bahan letupan di dataran utama Jaramana, membunuh dan mencederakan beberapa penduduk dan merosakkan bangunan penempatan dan kedai,” lapor agensi berita SANA.

Gegar Jaramana

Letupan menggegarkan Jaramana pada masa sama dua bahan letupan diletupkan di bandar itu dalam serangan berasingan, kata SANA, walaupun tiada siapa maut dalam letupan itu.

Penduduk bandar itu panik ketika letupan berlaku. Kejadian semalam adalah serangan bom ke-4 di Jaramana sejak 28 Ogos lalu. Pada 29 Oktober bom kereta membunuh 11 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.
Semalam juga, pesawat tempur melancarkan lima serangan udara dalam masa 15 minit ke atas wilayah Maaret al-Numan di barat laut yang dikuasai pejuang pembebasan ketika tentera dan pejuang bertempur di pintu masuk bandar itu di selatan, kata SOHR. - AFP

Friday, November 2, 2012

Lubnan pindah 2 rakyat Malaysia ke penjara Roumieh

KUALA LUMPUR - Dua suspek rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Lubnan berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda, dipindahkan sementara ke penjara Roumieh di Beirut, dari sebuah pusat tahanan tentera, menurut peguam mereka.

Marwan Sinno berkata Razif Mohamad Ariffin, 28, dan Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, dipindahkan atas sebab logistik.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, beliau berkata perkara itu telahpun dimaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Beirut dan hakim Tribunal Tentera masih belum membuat sebarang keputusan dalam kes membabitkan dua rakyat Malaysia itu.

Sementara itu, seorang jurucakap kedutaan berkata bapa Razif, Mohamad Ariffin Abdullah telah memohon kepada pihak kedutaan hari ini untuk menemui anaknya di penjara.

"Dia bercadang membeli sedikit makanan untuk anaknya," kata pegawai itu.
  
Razif dan Mohamad Razin, yang diwakili empat peguam, dihadapkan ke Tribunal Tentera atas tuduhan menjadi anggota pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Kedua-dua lelaki itu dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Sehingga kini, mereka masih menunggu keputusan hakim tribunal itu sama ada dibebaskan atau kes mereka dibicarakan di mahkamah biasa.

Razif dan Mohamad Razin Shahar ditahan pihak berkuasa Lubnan pada 18 Okt lepas. - Bernama

Wednesday, October 24, 2012

Keganasan reda di Lubnan

BEIRUT - Keadaan di beberapa jalan utama di Lubnan hari ini dilaporkan kembali tenang selepas tentera  melancarkan operasi keselamatan bagi menghentikan keganasan yang tercetus selepas insiden pengeboman kereta yang telah menyebabkan Ketua Perisik terbunuh pada Jumaat lalu.

Kelmarin, Ketua Polis, Jeneral Ashraf Rifi turut mengeluarkan butiran lanjut mengenai  hasil siasatan awal berhubung kejadian itu dan turut menyifatkannya sebagai satu  serangan pengeboman yang telah dirancang dengan teliti.

"Kenderaan digunakan dalam kejadian tersebut telah dikenal pasti sebagai kereta yang dicuri kira-kira setahun lalu," katanya dipetik AP.

Sementara itu, Menteri Maklumat Jordan, Sameeh Maaytah juga memaklumkan Amman  mula mengambil tindakan tegas menyekat kemasukan kumpulan militan ke negara itu susulan daripada insiden pertempuran yang telah meragut nyawa askar mereka.

Menurutnya, kumpulan Salafi itu turut disyaki menghantar ahli mereka ke Syria sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun keganasan telah merebak ke Jordan, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut negara jiran Syria tersebut masih  menerima kemasukan  ratusan ribu pelarian daripada negara bergolak itu sejak tercetusnya konflik lebih 18 bulan lalu.

Setakat ini, lebih 35,000 pelarian Syria menghuni kem Zaatari dan lebih 33,000 rakyatnya terbunuh sejak kebangkitan menentang Al-Assad tercetus dalam Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, PBB semalam, turut mengumumkan rancangan untuk menghantar seramai 3,000 anggota  pasukan pengamannya ke Syria jika pelaksanaan gencatan senjata di negara bergolak tersebut ditangguhkan lagi.

Saturday, October 6, 2012

3 syaitan bertopeng islam


THE 3 KUFAR , KHANAZEER, EVIL SATANIC BASTARDS -SONS OF MUTAA/ZINA/FORNICATION!

I PRESENT TO YOU FROM LEFT TO RIGHT

LEFT IS THE EVIL IRANIAN RAFIDAH SHIA KAFIR AMAJANAD
IN THE MIDDLE IS THE DEVIL IN HUMAN FLESH BASHAR ASSAD DICTATOR OF SYRIA
AND ON THE RIGHT IS HASAN NASRLSHAYTAN OF LEBANON LEADER OF HIZBULSHAYTAN!!
THESE 3 KUFAR, ZANADEEQ ARE THE ONES SLAUGHTERING THE MUSLIMS OF SYRIA!!!
THEY ARE THE ENEMIES OF ISLAM!
THEY WORK AND COLLABORATE WITH THE ZIONISTS AND THE WEST AGAINST MUSLIMS IN IRAQ, AFGHANISTAN, AHWAZ, LEBANON AND SYRIA MORE THAN EVER!

MAY ALLAH SWT DESTROY THESE EVIL KUFAR!!! AND THE ONES THAT SUPPORT THEM AND LOVES THEM AND RESPECTS THEM