Thursday, August 15, 2013

Hotel kapsul bajet dibukadi China


Seorang pelanggan turun dari tingkat atas bilik kapsul di sebuah hotel yang baharu dibuka dekat wilayah Hainan pada 13 Ogos lalu.- AFP


HAIKOU - Sebuah hotel kapsul terbaharu yang menawarkan harga penginapan serendah AS$10 (RM32) dibuka di sini, dalam wilayah Hainan, selatan China kelmarin.
Hotel itu menawarkan bilik kecil menyerupai kapsul yang dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan lampu tidur kepada pelanggan.
Memiliki luas keseluruhan 200 meter persegi, hotel berkenaan menyediakan 26 kapsul yang disusun dalam dua barisan.
Hotel kapsul itu dilengkapi kipas ventilasi, televisyen paparan cecair kristal, perkhidmatan WiFi dan sebuah meja boleh lipat selain almari dan katil yang selesa.
Setiap kapsul itu mempunyai lebar antara 1 hingga 2 meter lebar dengan tinggi 1.2 meter.
Pelanggan yang menginap di hotel tersebut terpaksa berkongsi bilik air tetapi mereka boleh berehat di bar atau kafe yang disediakan oleh pengurusan hotel.
Hotel itu diharap dapat menarik pekerja-pekerja pejabat untuk berehat pada waktu makan tengah hari pada harga AS$1.47 (RM 4.81) sejam atau AS$10 semalam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2c3MDs2vb 
Hakcipta terpelihara 

Kem penunjuk perasaan diserang


JENAZAH penyokong Presiden yang digulingkan Mohamed Morsi diletakkan di sebuah bilik hospital lapangan di Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah semalam.- REUTERS



KAHERAH - Pasukan keselamatan Mesir membunuh sekurang- kurangnya 30 orang apabila mereka merobohkan sebuah kem penunjuk perasaan di ibu kota negara berkenaan di sini semalam.
Kumpulan penunjuk perasaan tersebut menuntut supaya Presi- den yang digulingkan, Mohamed Morsi dilantik semula.
Setakat ini, masih belum terdapat pengesahan rasmi berhubung angka kematian dalam tragedi itu yang berlaku di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya.
Lokasi itu menjadi tempat beribu-ribu penyokong Morsi meng- adakan tunjuk perasaan sejak enam minggu lalu, sekali gus memalukan pihak tentera.
Kem kedua yang didirikan berhampiran Universiti Kaherah telah dirobohkan pagi semalam.
Operasi tersebut membayangkan pihak tentera sudah hilang sabar ekoran tunjuk perasaan itu menyebabkan aktiviti di beberapa bahagian bandar raya ini lumpuh.
Protes besar-besaran itu turut memperlahankan proses peralihan politik di Mesir.
Operasi itu bermula sejurus subuh dengan dibantu oleh beberapa buah helikopter.
Bunyi bedilan senjata api kedengaran semasa penunjuk perasaan termasuk wanita dan kanak- kanak lari meninggalkan dataran Rabaa Al-Adawiya dengan asap hitam naik ke udara.
Beberapa buah kereta perisai dan jentolak kemudian bergerak masuk untuk meratakan khemah- khemah yang didirikan oleh penunjuk perasaan.
Seorang saksi berkata, dia melihat 15 mayat di sebuah hospital di sini.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyatakan, sebanyak 13 orang terbunuh dekat Rabaa Al-Adawiya semasa operasi membanteras tunjuk perasan tersebut.
Mereka yang maut termasuk lima anggota polis dan lapan orang awam.
Banyak pihak percaya angka kematian tersebut akan meningkat.
Seorang saksi memberitahu, dia melihat askar-askar melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang cuba memasuki kem di Rabaa Al-Adawiya untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka.
Sekurang-kurangnya 20 orang ditembak di kaki. Rakaman di tele- visyen pula menunjukkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan dari atas bumbung beberapa bangunan berdekatan.
"Tin-tin gas pemedih mata jatuh ke tanah seperti hujan. Tiada ambulans di lokasi itu. Tentera menutup semua pintu masuk," kata seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun, Khaled Ahmed.
"Terdapat wanita dan kanak-kanak di tempat itu. Tuhan bantulah mereka," tambahnya.
Operasi tersebut berlaku selepas kegagalan usaha antarabangsa untuk menamatkan konfrontasi antara penyokong Morsi dengan kerajaan yang disokong tentera.
Kerajaan peralihan itu dibentuk selepas Morsi digulingkan pada 3 Julai lalu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2c3L4KwvR 
Hakcipta terpelihara 

Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
  1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
  2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
  3. Berbahaya
  4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
  1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
  2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
'via Blog this'

muka penjenayah yg di kehendaki PDRM

muka penjenayah yg di kehendaki PDRM atas kesalahan memperlakukan seperti haiwan membelasah serta menerajang isterinya dalam lift yg di upload oleh adik lelaki mangsa.

PRs - kalau jumpa di mana2, jgn lupa ajak MAKAN KENDURI! kah3
 

Bekas menteri Indonesia dituduh rasuah RM2.1j

Berita Harian | Bekas menteri Indonesia dituduh rasuah RM2.1j:
Jakarta: Seorang bekas menteri Indonesia ditangkap tengah malam tadi kerana disyaki menerima rasuah berjumlah AS$700,000 (RM2.1 juta) dari sebuah syarikat minyak dan gas. Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral (ESDM) Indonesia, Rudi Rubiandini 

Laporan menyebut sepasukan pegawai Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia melakukan tangkapan dan menyita beberapa barangan bukti termasuk sejumlah wang dolar Amerika serta beberapa dokumen dari kediamannya di Jalan Brawijaya, Jakarta Selatan. 
Rudi, yang kini menyandang jawatan Ketua Pasukan Petugas Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas Bumi (SKK Migas) Indonesia, disyaki dua kali menerima rasuah dari syarikat berkenaan sebanyak dua kali iaitu AS$300,000 (RM900,000) pada bulan Ramadan lalu dan AS$400,000 (RM1.2 juta) lagi selepas perayaan Aidilfitri, menjadikan jumlah wang yang diterimanya AS$700,000. 


Beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri ESDM selama tujuh bulan mulai pertengahan tahun 2012 sebelum dilantik sebagai Ketua SKK Migas pada pertengahan Januari lalu. 

Belum terima laporan 

SKK Migas ialah agensi yang mengambil alih peranan Badan Pelaksanaan Kegiatan Huluan Minyak dan Gas (BP Migas) Indonesia yang dibubarkan oleh keputusan Mahka-mah Konstitusi Indonesia kerana kewujudannya didapati tidak berperlembagaan. 

Rudi, yang juga seorang ahli akademik, sebelum ini pernah menjadi Penasihat Pakar kepada Ketua BP Migas pada 2009-2010 dan Timbalan Ketua Pengendalian Operasi BP Migas pada 2011-2012. 
Banyak tokoh nasional hari ini menyatakan rasa terkejut de-ngan berita penangkapan Rudi. 

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sehingga hingga pagi Rabu belum menerima laporan daripada Menteri ESDM, Jero Wacik mengenai penangkapan Rudi. 

BERNAMA 
'via Blog this'

Imam Al-Azhar elak tanggungjawab

myMetro | Imam Al-Azhar elak tanggungjawab: "Kaherah: Selepas menyatakan sokongan secara terbuka terhadap rampasan kuasa tentera Mesir, Imam Besar al-Azhar dilihat cuba menjauhkan dirinya daripada pertumpahan darah semalam.

Dalam kenyataan disiarkan stesen televisyen Mesir, Ahmed al-Tayyeb berkata dia tidak tahu menahu mengenai kaedah yang digunakan pihak berkuasa untuk menyuraikan penunjuk perasaan kecuali melalui laporan media. Ahmed kemudian mengutuk penggunaan kekerasan dan menggesa semua pihak memikirkan “kepentingan negara.” “Penggunaan keganasan tidak pernah menjadi alternatif kepada penyelesaian politik,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP"

'via Blog this'

Dunia kutuk Mesir

Foto
WANITA tempatan menunjukkan mayat yang belum diangkat selepas polis memulakan keganasan menyuraikan penunjuk perasaan berhampiran Masjid Rabaa al-Adawiya.
Foto
SEORANG pemuda menangis melihat mayat yang disusun di sebuah rumah mayat sementara berhampiran Masjid Rabaa al-Adawiya semalam. Ada laporan menyatakan jumlah kematian meningkat kepada 874 orang (sehingga malam tadi waktu Malaysia).
Foto
POLIS Mesir mengasari seorang wanita yang berkumpul di khemah penyokong Ikhwanul Muslimin berhampiran Universiti Kaherah.
Kaherah: Ketika angka korban keganasan pasukan keselamatan Mesir terus meningkat komuniti antarabangsa menggesa pihak yang bertelagah segera menamatkan pertumpahan darah.

Turki yang selama ini tidak mengiktiraf kerajaan sementara Mesir mengutuk Kaherah kerana menggunakan keganasan bagi membersihkan kubu penyokong Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin.

Pejabat Perdana Menteri Turki berkata, komuniti antarabangsa mesti bertindak serta-merta selepas polis mengganasi penunjuk perasaan yang menuntut Mohamed Mursi dibebas dan dikembalikan ke jawatan Presiden Mesir.

“Komuniti antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab mesti menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini,” katanya.

Foto
WANITA tempatan menunjukkan mayat yang belum diangkat selepas polis memulakan keganasan menyuraikan penunjuk perasaan berhampiran Masjid Rabaa al-Adawiya.


Presiden Turki Abdullah Gul mengingatkan Mesir mungkin terjebak dalam huru-hara dan membandingkan situasi itu dengan tindakan rejim Syria menekan kebangkitan rakyat mereka sehingga memerangkap negara itu dalam perang saudara.


Jurucakap Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Peter Stano berkata perkembangan di Mesir diikuti dengan “kebimbangan mendalam.”

“Konfrontasi dan keganasan bukan jalan untuk maju dan laporan mengenai kematian serta kecederaan sangat membimbangkan,” katanya.

Sehingga awal malam tadi sekurang-kurangnya 124 orang terbunuh selepas pasukan keselamatan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkubu di dua tempat utama di Kaherah.

Seorang daripada mangsa yang terbunuh ialah seorang remaja perempuan, Asmaa, 17, yang juga anak pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed el-Beltagy.
Stesen al-Jazeera pula melaporkan seorang jurugambar Sky News Michael Douglas terbunuh ketika membuat laporan di Rabaa al-Adaweya.

Ketua Parlimen Eropah, Martin Schulz berkata kematian yang berlaku “tidak dapat diterima.”

Kementerian Luar Iran pula mengutuk pembunuhan beramai-ramai itu dan menggesa semua pihak menahan diri daripada terus menumpahkan darah.

“Pendekatan ini mungkin mencetuskan perang saudara di Mesir,” katanya.
Turut mengutuk keras keganasan pasukan keselamatan Mesir ialah Qatar dan Britain. - AFP

Kekejaman Mesir dikecam

Kekejaman Mesir dikecam:

Seorang wanita duduk meratapi kematian anak perempuannya, ketika jenazah-jenazah yang telah dikapankan disusun di sebuah masjid di Kaherah, Mesir, semalam. - AFP
WASHINGTON 15 Ogos - Dunia semalam terus mengecam tindakan kekerasan yang diambil oleh pasukan keselamatan Mesir ke atas penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan, yang menyebabkan kira-kira 2,200 orang maut serta 10,000 yang lain cedera.
White House dalam kenyataannya mengutuk keganasan itu serta pengisytiharan semula darurat di Mesir dan memberi amaran kepada kerajaan sementara yang disokong oleh tentera bahawa ‘dunia sedang memperhatikan mereka’.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menyifatkan keganasan terbaharu itu sebagai ‘satu tamparan besar’ kepada usaha perdamaian di Mesir.
Perdana Menteri Britain, David Cameron mengutuk kejadian pembunuhan beramai-ramai tersebut dengan menyatakan negaranya tidak menyokong keganasan seumpama itu.
“Kami mengutuk sepenuhnya kejadian ini, ia tidak akan membantu menyelesaikan sebarang masalah,’’ katanya.
Menteri Luar Australia, Bob Carr turut mengutuk keganasan tersebut dan meminta semua pihak terbabit dalam kejadian itu untuk bertenang.
“Pertumpahan darah yang berlaku di Mesir merupakan satu kejadian tragik,’’ katanya.
Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle dalam pada itu menyuarakan ‘kebimbangan serius’ berhubung keganasan di negara tersebut.
Beliau secara tidak langsung turut mengkritik kepemimpinan kerajaan sementara kerana melancarkan tindakan kekerasan ke atas pengikut Ikhwanul Muslimin dan pada masa sama menggesa supaya keganasan dihentikan.
Steffen Seibert, jurucakap kepada Canselor Jerman, Angela Merkel pula menggesa supaya hak asasi, kebebasan pegangan politik dan keyakinan rakyat Mesir dihormati.
Di Itali, Menteri Luarnya, Emma Bonino merayu supaya semua pihak di Mesir dengan segera berhenti melakukan keganasan serta mengelak pertumpahan darah.
Beliau turut menyuarakan rasa sedih di atas kehilangan banyak nyawa dalam insiden pembersihan dua kem utama penunjuk perasan pro-Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan al-Nahda itu, semalam.
Parti pembangkang di Jordan, Barisan Tindakan Islam (IAF) turut mengecam tindakan kekerasan tersebut dan menggesa rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan mengutuk perbuatan itu.
“Ini adalah konspirasi oleh bekas rejim Mesir yang menyebabkan nyawa mereka yang tidak bersalah turut menjadi korban.
“Nasib Mesir dan semua negara Arab serta Islam akan ditentukan oleh tindakan anda (penyokong Mursi) dan jangan biarkan golongan yang merampas kuasa, Zionis dan AS memenangi peperangan ini," kata parti yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin Jordan itu dalam satu kenyataan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130816/lu_01/Kekejaman-Mesir-dikecam#ixzz2cBrE5c9I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembunuhan beramai-ramai


Mayat penyokong Mohammed Mursi yang terbunuh selepas digempur pasukan tentera Mesir, semalam.
KAHERAH 14 Ogos - Kira-kira 2,200 maut, sementara lebih 10,000 yang lain cedera selepas pasukan keselamatan Mesir bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di sini, hari ini.
Angka tersebut dikeluarkan pergerakan Ikhwanul Muslimin oleh jurucakapnya, Gehad El-Haddad menerusi akaun Twitter beliau.
Al-Jazeera menyatakan, seramai 94 maut akibat operasi tersebut, sementara Reuters pula meletakkan angka korban sebanyak 95 orang.
Dalam tindakan kekerasan terbaharu hari ini, pasukan keselamatan yang disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak bertindak menggempur kem penyokong Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al- Nahda di Kaherah.
Mereka menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan bunyi tembakan turut kedengaran, lapor televisyen dan pegawai keselamatan.
Seorang koresponden AFP di bilik mayat di kem Rabaa al-Adawiya berkata, kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan.
Ikhwanul Muslimin dalam pada itu menggesa rakyat Mesir beramai- ramai turun ke jalan raya bagi mengecam ‘pembunuhan beramai-ramai’ tersebut.
“Ini bukanlah cubaan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, tetapi cubaan berdarah untuk menghapuskan semua suara yang menentang rampasan kuasa oleh tentera," tulis Haddad dalam Twitternya.
Di kem penunjuk perasaan di Rabaa al-Adawiya, tempat beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin berkumpul, pertempuran sengit berlaku dengan bunyi tembakan kedengaran.
Pasukan keselamatan mengelilingi kem tersebut sejak awal pagi tadi sebelum melepaskan gas pemedih mata dan menggempur beribu- ribu penunjuk perasan pro-Mursi.
“Ini adalah permulaan kepada operasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan," kata seorang pegawai keselamatan sambil mengesahkan langkah sama turut diambil di Dataran al-Nahda. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130815/lu_01/Pembunuhan-beramai-ramai#ixzz2c5ieGkWm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PM Norway jadi drebar teksi dekati pengundi - Global - Sinar Harian

PM Norway jadi drebar teksi dekati pengundi - Global - Sinar Harian:
  • PM Norway jadi drebar teksi dekati pengundiStoltenberg turut memakai seragam lengkap pemandu teksi ketika membuat penyamaran pada Jun lalu. Foto: EPA
 1 / 1 
OSLO - NORWAY. Perdana Menteri Norway, Jen Stoltenberg 'bertukar profesion' menjadi pemandu teksi, Jun lalu dalam usaha untuk mendekati pengundi menjelang Pilihan Raya Umum pada 9 September depan.

Menerusi rakaman video dimuat naik ke dalam beberapa laman sosial termasuk YouTube, Stoltenberg menyatakan tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk mendengar sendiri pendapat atau keluhan orang ramai walaupun sudah lapan tahun tidak memandu.

Difahamkan menurut Press TV, sebuah kamera tersembunyi turut ditempatkan di dalam teksi Mercedes hitam dipandu beliau untuk merekodkan reaksi penumpang dan Stoltenberg juga berbesar hati memberi perkhidmatan teksi percuma kepada mereka.

Seorang warga emas yang mengenali beliau menggesa pemimpin itu mengkaji semula gaji golongan atasan yang didakwa meraih pendapatan terlalu tinggi.

Ketika ditanya oleh tabloid Verdens Gang sama ada beliau akan menjadi pemandu teksi jika tewas dalam pilihan raya, Stoltenberg berseloroh dengan menyatakan semua perkhidmatan akan lebih baik jika beliau adalah perdana menteri.

Hasil keputusan tinjauan terbaru mendapati gabungan parti diketuai Parti Buruh pimpinan beliau dikatakan mungkin akan hilang sokongan dalam pilihan raya akan datang.
'via Blog this'

MP wanita pertama Afghanistan minta cerai

MP wanita pertama Afghanistan minta cerai - Global - Sinar Harian:
  • Noor Zia AtmarNoor Zia Atmar
 1 / 1 
KABUL - AFGANISTAN. Ahli Parlimen wanita pertama Afganistan, Noor Zia Atmar berjaya menuntut cerai dari suaminya selepas menderita menjadi mangsa dera.

Atmar sebelum ini merupakan salah seorang wanita yang telah menjadi contoh dengan menunjukkan bagaimana hak-hak wanita dipulihkan selepas kejatuhan Taliban pada 2001.

Sebelum ini Atmar, 40 tahun, menetap di rumah kebajikan selepas  melarikan diri daripada suami yang kejam termasuk keluarga sendiri yang menderanya.

Atmar memberitahu pemberita: “Kaum wanita kini berada dalam keadaan yang lebih buruk.

"Setiap hari mereka dibunuh, telinga, hidung mereka dipotong, ia bukan sahaja wanita di kampung tetapi juga perempuan seperti saya,”katanya.

Di Afganistan, meskipun pada mulanya isu memperkasa wanita sering dilakukan sebagai salah satu kejayaan besar buat pakatan Nato, namun dengan penarikan semula Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa yang menjulang pada tahun 2014, menyebabkan hak-hak wanita telah dikebelakangkan.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia turut mengatakan bahawa undang-undang baru yang diluluskan oleh Afghanistan itu akan terus membuatkan kaum wanita didera memandangkan pusat perlindungan wanita akan ditutup.

Atmar kembali bersama keluarganya ke Afghanistan dari Pakistan pada tahun 2001, setelah pencerobohan pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang membuang Taliban.

Beliau berkhidmat di Parlimen yang pertama setelah pilihan raya pertama negara ini pada 2005 dan telah memainkan peranan penting terutama mendapatkan undang-undang bagi mengharamkan lebih 20 perbuatan ganas terhadap wanita.

Bagaimanapun keadaan itu berubah setelah beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Ini kerana, setelah Atmar kalah dalam pilihan raya, suaminya yang diharap memberi kata-kata semangat dan sokongan nyata tidak berbuat demikian sebaliknya melakukan penyeksaan ke atas dirinya.

Memberitahu kepada sebuah akhbar, Atmar berkata: "Apabila suami saya mabuk, dia akan mendera saya, ia satu penyeksaan.

"Dia juga melarang saya menggunakan telefon.

"Bila saya meminta perceraian, keluarganya tidak membenarkan. Mereka mengatakan ini sebuah masyarakat tradisional dan dengan tindakan saya ini akan membuat malu keluarga,” jelas Atmar.
'via Blog this'

Lagi pertumpahan darah di kem Pro-Mursi - Global - Sinar Harian

Lagi pertumpahan darah di kem Pro-Mursi - Global - Sinar Harian:
  • mesir

 KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terbunuh apabila pasukan keselamatan Mesir masuk untuk membersihkan kem yang ditempati penyokong Presidennya, Mohamed Mursi di sini.

Namun Muslim Brotherhood menyebut bilangan itu berkemungkinan lebih tinggi.

Bunyi tembakan kedengaran dan jentolak perisai masuk. Pasukan keselamatan pula menembak gas pemedih mata.

Pihak berkuasa berkata kem Nahda Square di barat Kaherah telah dibersihkan.

Menteri dalam negerinya berkata satu operasi membanteras sedang dijalankan di jalanan.

Penyokong Mursi dihalau sehingga berhampiran dengan zoo dan Universiti Cairo, kata Nile TV.

Saksi mata pula berkata mereka melihat sekurang-kurangnya 15 mayat bergelimpangan di jalanan tetapi Muslim Brotherhood meletakkan bilangan mangsa yang terbunuh lebih 100 orang.

Menurut pegawai rasmi pula, dua tentera terbunuh dan sembilan cendera.

Penyokong Mursi telah menempati Nahda Square dan sekitar Masjid Al-Adawiya sejak penyingkiran Presiden Mesir itu, 3 Julai lalu.

Mereka menuntut agar Mursi dikembalikan ke kedudukan asal.

Kementerian dalam negeri juga mengeluarkan kenyataan yang menyebut pasukan keselamatan hanya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kem protes itu.

“Jalan keluar yang selamat disediakan untuk pemprotes dan mereka tidak akan dikejar kecuali mereka yang dikehendaki oleh pihak pendkawa.

“Kementerian dalam negeri tidak menumpahkan mana-mana darah rakyat Mesir,” kata kenyataan tersebut.
'via Blog this'

Masjid baharu di Colombo ditutup

Masjid baharu di Colombo ditutup:
Beberapa orang anggota polis meredakan beberapa orang penduduk yang membawa kayu swemasa rusuhan antara penduduk Hindu dan Islam berhubung pembinaan masjid baru di Colombo, semalam. - Reuters
COLOMBO 13 Ogos - Pemimpin Islam Sri Lanka bertindak menutup sebuah masjid baharu, di sini semalam selepas satu serangan oleh kumpulan lelaki beragama Buddha ke atas masjid itu, berikutan meningkatnya semula ketegangan agama di negara tersebut.
Majlis Islam Sri Lanka berkata, pihaknya bersetuju menutup masjid tersebut di Grandpass dan berpindah ke masjid lama yang sebelum ini ditutup dan akan dimusnah di bawah rancangan pembangunan di ibu negara ini.
''Kami mencapai kata sepakat malam tadi. Kerajaan akan membatalkan arahan untuk mengambil balik tanah masjid lama dan memberikan lebih banyak tanah serta membantu menaik taraf dan pembaikan masjid tersebut.
''Maka hari ini, kami tidak akan ke masjid baharu lagi,'' kata Presiden majis itu, N. M. Ameen.
Kumpulan lelaki Buddha menyerang masjid baharu tersebut termasuk membaling batu ke arah bangunan berkenaan pada hujung minggu lalu menyebabkan empat orang cedera.
Pergaduhan turut berlaku sehari kemudian, walaupun polis berkawal di kawasan perumahan tersebut,
Keganasan berkenaan bermula pada Mac lalu, selepas sekumpulan penganut Buddha menyerang premis perniagaan milik penganut Islam di luar Colombo.
Dalam kejadian terbaharu itu, penganut Buddha membantah pembinaan masjid baharu tersebut yang terletak berdekatan sebuah kuil Buddha, walaupun pembinaannya adalah bagi menggantikan masjid lama yang akan diruntuhkan bagi pembangunan kawasan tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130814/lu_11/Masjid-baharu-di-Colombo-ditutup#ixzz2bzdWDIVY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Wanita Islam dilarang siar gambar dalam Facebook - Mufti India

Wanita Islam dilarang siar gambar dalam Facebook - Mufti India:
NEW DELHI 13 Ogos - Seorang mufti di India mengisytiharkan bahawa perbuatan memaparkan gambar di Facebook dan media-media sosial yang lain adalah 'melanggar hukum Islam'.
Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli berkata, umat Islam khususnya wanita Islam harus mengelakkan daripada menyiarkan gambar mereka di dalam talian.
Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media Trust of India (PTI), pada Ahad lalu.
Beliau juga menyediakan dua talian bagi membantu menasihati orang ramai berkaitan isu-isu Islam.
Sehubungan itu, beliau menasihati umat Islam wajar menghindari lama-laman sembang sosial.
''Wanita tidak perlu menyiarkan gambar (mereka) di Facebook atau di mana-mana laman sembang sosial di Internet. Ini adalah bertentangan dengan Islam.
''Wanita tidak dibenarkan memaparkan wajah mereka kepada orang lain, selain daripada kaum kerabat lelaki mereka seperti bapa dan saudara-mara. Menyiarkan gambar-gambar di Facebook adalah 'haram','' tambah Saif Abbas Naqvi, yang turut mengendalikan perkhidmatan khidmat nasihat itu.
''Kami berfahaman liberal, kami tidak berfikiran seperti Taliban, apabila anak-anak muda bertanya kepada kami, sama ada mereka boleh mempunyai profil Facebook atau Twitter, kami membenarkannya, tetapi Syariah (undang-undang Islam) tidak membenarkan wanita Islam untuk menyiarkan gambar-gambar (mereka),'' ujar Saif Abbas.
Bagaimanapun, Abul Irfan Naimul mengakui akaun media sosial yang dibuka atas alasan perniagaan adalah dibenarkan.
''Jika seseorang itu menggunakan Facebook untuk tujuan perniagaan atau untuk tujuan yang membina, maka akaun (tindakan) ini adalah munasabah,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130814/lu_08/Wanita-Islam-dilarang-siar-gambar-dalam-Facebook---Mufti-India#ixzz2bzdMhNGG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

2 etnik Uighur dihukum mati

2 etnik Uighur dihukum mati: "BEIJING 13 Ogos - Dua orang lelaki etnik Islam Uighur dijatuhi hukuman mati, manakala tiga lagi dijatuhi hukuman penjara setelah didapati bersalah terbabit dalam pertempuran berdarah antara pihak berkuasa dan etnik itu di Xinjiang pada April lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, suspek yang merupakan ketua etnik itu, Musa Hesen dijatuhi hukuman mati selepas dibicarakan selama sehari berakhir semalam.

Dia didakwa membunuh, membentuk dan mengetuai kumpulan pengganas dan membuat bahan letupan secara haram.

Seorang lagi defendan, Rehman Hupur juga dijatuhi hukuman mati atas dakwaan membunuh dan terlibat dengan pertubuhan pengganas.

Tiga orang lagi dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan penjara seumur hidup.

Media melaporkan, defendan tidak mencabar dakwaan yang dikenakan terhadap mereka dan diwakili peguam ketika perbicaraan.

Hukuman mati yang dikenakan ke atas defendan akan dinilai terlebih dahulu oleh mahkamah tertinggi di China sebelum dilaksanakan.

Pihak berkuasa berkata, sebanyak 19 orang lagi daripada etnik tersebut yang ditangkap dalam kejadian pada 23 April lalu akan dibicarakan tidak lama lagi. - AGENSI"

'via Blog this'

Polis Mesir lepas gas pemedih mata lerai pertempuran

Polis Mesir lepas gas pemedih mata lerai pertempuran: "KAHERAH 14 Ogos - Pihak keselamatan Mesir melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan pertempuran terbaharu yang tercetus antara kumpulan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dan kumpulan penentang di sini semalam.

Pertempuran berkenaan bermula apabila berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Mursi berarak memasuki kawasan Kementerian Dalam Negeri sebelum diarahkan keluar oleh pihak polis.

Penduduk tempatan yang dipercayai kumpulan penentang Mursi kemudiannya bertindak melontar batu dan botol dari beranda rumah ke arah kumpulan pro-Mursi, menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua pihak terlibat.

Keadaan tersebut memaksa pihak polis antirusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi meleraikan pertempuran.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. - AFP"

'via Blog this'

43 maut polis gempur kem penunjuk perasaan di Mesir

43 maut polis gempur kem penunjuk perasaan di Mesir: "KAHERAH 14 Ogos - Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh apabila polis menggempur dua kem penunjuk perasaan utama penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi, di sini hari ini.

Menurut koresponden agensi berita AFP di Rabaa al-Adawiya, kebanyakan mangsa terbunuh akibat terkena tembakan.

Jumlah mangsa korban itu tidak melibatkan kanak-kanak dan wanita.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin bagaimanapun mendakwa, lebih 250 penyokong Mursi terkorban dalam kejadian tersebut. - AFP"

'via Blog this'

43 maut polis gempur kem penunjuk perasaan di Mesir

43 maut polis gempur kem penunjuk perasaan di Mesir: "KAHERAH 14 Ogos - Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh apabila polis menggempur dua kem penunjuk perasaan utama penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi, di sini hari ini.

Menurut koresponden agensi berita AFP di Rabaa al-Adawiya, kebanyakan mangsa terbunuh akibat terkena tembakan.

Jumlah mangsa korban itu tidak melibatkan kanak-kanak dan wanita.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin bagaimanapun mendakwa, lebih 250 penyokong Mursi terkorban dalam kejadian tersebut. - AFP"

'via Blog this'

Operasi tentera dirancang rapi, gempur dari semua penjuru



KAHERAH 14 Ogos - Tindakan menggempur dua buah kem utama penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi di sini, merupakan satu operasi yang dirancang rapi.
Pasukan keselamatan bersama kereta perisai, jentolak, helikopter beserta penempak tepat dilapor mula menggempur para penyokong Mursi seawal pukul 7 pagi waktu tempatan dengan serangan bertubi-tubi dilakukan dari semua penjuru.
Seorang penyokong bekas Presiden itu, Saleh Abdulaziz, 39, berkata, helikopter yang berlegar-legar menggugurkan gas pemedih mata, sementara jentolak merempuh sekatan jalan raya yang dibina mereka.
"Pasukan keselamatan tetap melepaskan tembakan ke arah orang ramai walaupun ada di antara kami yang merayu," katanya yang mengalami kecederaan.
Keganasan yang berlaku turut merebak ke beberapa lokasi lain termasuk bandar-bandar di Delta Nil iaitu Minya dan Assiut, Iskandariah di utara Mesir, Fayoum di selatan Kaherah serta di Suez.
Operasi tersebut bagaimanapun gagal menggentarkan penyokong Mursi kerana tujuh jam selepas operasi dilancarkan, orang ramai terus berkumpul di jalan- jalan sambil mengibarkan bendera sambil tentera cuba menyuraikan mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130815/lu_04/Operasi-tentera-dirancang-rapi-gempur-dari-semua-penjuru#ixzz2bzbc2yzl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembunuhan beramai-ramai



Mayat penyokong Mohammed Mursi yang terbunuh selepas digempur pasukan tentera Mesir, semalam.
KAHERAH 14 Ogos - Kira-kira 2,200 maut, sementara lebih 10,000 yang lain cedera selepas pasukan keselamatan Mesir bertindak melancarkan operasi pembersihan di dua buah kem utama penunjuk perasaan pro-bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di sini, hari ini.
Angka tersebut dikeluarkan pergerakan Ikhwanul Muslimin oleh jurucakapnya, Gehad El-Haddad menerusi akaun Twitter beliau.
Al-Jazeera menyatakan, seramai 94 maut akibat operasi tersebut, sementara Reuters pula meletakkan angka korban sebanyak 95 orang.
Dalam tindakan kekerasan terbaharu hari ini, pasukan keselamatan yang disokong dengan kereta perisai, helikopter, penembak tepat serta jentolak bertindak menggempur kem penyokong Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al- Nahda di Kaherah.
Mereka menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan bunyi tembakan turut kedengaran, lapor televisyen dan pegawai keselamatan.
Seorang koresponden AFP di bilik mayat di kem Rabaa al-Adawiya berkata, kebanyakan mangsa maut akibat terkena tembakan.
Ikhwanul Muslimin dalam pada itu menggesa rakyat Mesir beramai- ramai turun ke jalan raya bagi mengecam ‘pembunuhan beramai-ramai’ tersebut.
“Ini bukanlah cubaan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, tetapi cubaan berdarah untuk menghapuskan semua suara yang menentang rampasan kuasa oleh tentera," tulis Haddad dalam Twitternya.
Di kem penunjuk perasaan di Rabaa al-Adawiya, tempat beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin berkumpul, pertempuran sengit berlaku dengan bunyi tembakan kedengaran.
Pasukan keselamatan mengelilingi kem tersebut sejak awal pagi tadi sebelum melepaskan gas pemedih mata dan menggempur beribu- ribu penunjuk perasan pro-Mursi.
“Ini adalah permulaan kepada operasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan," kata seorang pegawai keselamatan sambil mengesahkan langkah sama turut diambil di Dataran al-Nahda. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130815/lu_01/Pembunuhan-beramai-ramai#ixzz2bzaZpYwp
© Utusan Melayu (M) Bhd