Wednesday, June 24, 2015

Pengarah hospital mohon maaf kes pakai tuala mandi

Pengarah hospital mohon maaf kes pakai tuala mandi
Gambar yang dikongsi Nisha di laman sosial Facebook miliknya.

SHAH ALAM - Bermula dengan kes diminta pakai kain batik, nampaknya kontroversi berkaitan isu kain ini tidak berkesudahan. Terbaharu berlaku di Hospital Sungai Buloh apabila seorang pelawat memakai tuala mandi bagi memasuki hospital berkenaan.

Susulan tersebarnya gambar seorang gadis memakai tuala mandi berwarna kuning, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid Ibrahim tampil memohon maaf di atas insiden tersebut kepada mangsa di atas kesulitan tersebut.

"Kami memohon maaf di atas insiden berkenaan. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan kami tidak menghalang mana-mana pelawat dari memasuki hospital hanya kerana pakaian mereka.

"Bagaimanapun, kami menggalakkan orang ramai untuk berpakaian sopan ketika melawat pesakit," katanya melalui satu kenyataan di Facebook rasmi hospital berkenaan.

Menurut pengguna nama 'Nisha Daddygal', pada 16 Jun, dia ke hospital berkenaan bersama ayahnya untuk melawat seorang pesakit sebelum tidak dibenarkan memasuki premis itu oleh pengawal keselamatan bertugas kerana memakai seluar pendek.

Dia yang berkongsi insiden itu Facebook miliknya beberapa hari kemudian berkata, sebaik sahaja sampai di pagar hospital, beberapa orang pengawal keselamatan menahannya dan berkata, dia tidak dibenarkan masuk kerana seluar pendek yang dipakainya.

"Seperti yang diarahkan, ayah saya kemudian terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberikan kepada saya untuk menutup bahagian lutut...

"Pengawal keselamatan kata, ini arahan kementerian," tulisnya lagi.

Dia kemudian menulis pesanan kepada wanita-wanita yang ingin ke hospital berkenaan supaya memakai pakaian melepasi paras lutut.

Dakwa dibina tanpa permit

Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meminta pentadbiran Bangunan UMNO di Jalan Macalister di sini, menanggalkan struktur papan tanda dipasang tanpa kebenaran di pekarangan bangunan itu, semalam.
Papan tanda tertera perkataan UMNO dipasang di pekarangan bangunan itu, Jumaat lalu dikatakan dibina tanpa kebenaran MBPP.
Ahli Majlis MBPP Ong Ah Teong berkata, MBPP menerima aduan seorang pengadu mengenai papan tanda itu yang didakwa boleh membahayakan nyawa orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu.
“Seorang pengadu membuat panggilan telefon kepada MBPP meminta memeriksa struktur berkenaan kerana dipercayai boleh membahayakan nyawa orang awam.
“Dua tahun lalu, ada insiden kemalangan jiwa berlaku di bangunan berkenan selepas antena pada bangunan berkenaan runtuh ketika ribut sebelum menghempap seorang mangsa yang lalu di situ,” katanya pada sidang media di Bangunan MBPP, Padang Kota Lama, di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2015 @ 9:33 AM


PAPAN tanda di Bangunan UMNO Jalan Macalister yang dikatakan tidak memohon permit dan bahaya kepada orang awam oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59479#sthash.tU1yN3DM.dpuf

Lelaki Ukraine langgar adat demi cinta


KIEV UKRAINE 23 Jun - Seorang lelaki bertindak di luar kebiasaan apabila sanggup menyewa perkhidmatan kren, semata-mata untuk melihat isteri­nya yang baharu sahaja melahirkan anak di aras dua sebuah hospital di sini, baru-baru ini.
Seorang lelaki menyewa kren, semata-mata untuk menemui isterinya yang baharu melahirkan anak pertama mereka di sebuah hospital di Kiev, baru-baru ini. AGENSI
Mail Online melaporkan, lelaki yang tidak diketahui identitinya itu mengarahkan pemandu kren itu untuk membawanya ke bahagian tingkap hospital berkenaan bagi membolehkan dia menemui isterinya.
Mengikut adat resam penduduk Ukraine, bapa yang pertama kali menimang cahaya mata tidak dibenarkan berjumpa isteri dan bayinya, sehingga mereka dibenarkan keluar dari hospital bagi mengelak terkena nasib malang.
Saksi yang dikenali sebagai Elena Trashkun berkata, dia terserempak dengan insiden yang menyentuh hati itu secara tidak sengaja kerana kebetulan melalui kawasan di mana lelaki tersebut berada dan sempat merakamkan peristiwa itu.
“Saya melihat seorang lelaki mengucapkan tahniah kepada isteri­nya dengan memberi ciuman dan sejambak bunga.
“Undang-undang dan peraturan yang mengarut nampaknya tidak mampu menghalang lelaki itu memanjat dinding bangunan demi orang yang dicintainya,” jelas Trashkun.
Gambar yang sudah tersebar luas di laman sosial itu turut mendapat banyak komen positif daripada orang ramai yang kebanyakannya memuji sikap dan keberanian lelaki tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-ukraine-langgar-adat-demi-cinta-1.106363#sthash.jj6crUhU.dpuf