Monday, June 11, 2012
Mana mau lari......??
Bekas PM Thailand, Thaksin skdr diburu mahkamah Thailand. Masih slmt hdp d negara lain. Tp dgn waran tgkp antarabangsa ni, Najib bakal diburu serata dunia. Mana mau lari......??
Pindah sejak UMNO perintah sampai sekarang
Aduhai tpm...mcm sekarang benda nie berlaku sejak tahun 90an lagi rakyat penang dah start beli rumah di semenanjung tanah besaq dan ada yg beli sampai sg petani....tok sah dok temberang laaaaa.'
Masihkah kau ingat.....
Ingatkah lagi anda dengah hari bersejarah tersebut... Pada Tahun ni genap tahun ke 10, ratusan ribu memenuhi Kedah. Sudahkah kita lupa tarikh 23 Jun 2002, 500ribu manusia memberi penghormatan akhir kepada almarhum Dato' Ustaz Fadzil Nor di Bumi Muassasah Darul Ulum.... dah Esok merupakah sejarah yg kedua akan tercipta di bumi hijau Kedah... ayuh kita jadikan diri kita sebahagian daripada sejarah tersebut...ayuhhh turun.....[Al fatihah untuk arwah]
senyum jangan kata apa-apa
Kami jika ikutkan hati nak pohon kerajaan malaysia bagi free saja no. plate WWW1 nie... Apa la lekeh puak nie layan tuanku sultan sampai kena beli RM500ribu lebih sedangkan seorg menteri boleh bagi free saja...hina sangat ka tuanku sultan nak dibandingkan dgn seorg menteri....patutnya yg keluat demo semlm tu depa kpd kjaan malaysia sbb menghina tuanku
Pengadu kes Bukit Kepong mohon maaf kepada Mat Sabu, minta Mahkamah bebaskan Mat Sabu dari pertuduhan
Monday, June 11, 2012 - GEMPAR!!! Pengadu kes Bukit Kepong mohon maaf kepada Mat Sabu, minta Mahkamah bebaskan Mat Sabu dari pertuduhan
PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.
Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.
Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.
Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.
Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.
Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.
S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.
S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.
Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.
Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.
Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.
Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.
PASPB

MENELADANI CARA MAKAN RASULULLAH SHALALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
1. Ibnul Qayyim berkata: Barangsiapa yang memperhatikan makanan yang dikonsumsi Nabi, niscaya ia mengerti bahwa beliau tidak pernah memadukan menu antara SUSU dengan IKAN, atau antara SUSU dengan CUKA, atau antara DUA MAKANAN yang sama-sama MENGANDUNG UNSUR PANAS, UNSUR DINGIN, UNSUR LENGKET, UNSUR PENYEBAB SEMBELIT, UNSUR PENYEBAB MENCRET, UNSUR KERAS, atau DUA MAKANAN yang mengandung UNSUR KONTRADIKTIF, misalnya antara MAKANAN YANG MENGANDUNG UNSUR PENYEBAB SEMBELIT DENGAN YANG MENGANDUNG PENYEBAB MENCRET, ANTARA YANG MUDAH DICERNA DENGAN YANG SULIT DICERNA, ANTARA YANG DIBAKAR DENGAN YANG DIREBUS, ANTARA DAGING YANG SEGAR, DENGAN YANG SUDAH DIGARAMI DAN DIKERINGKAN, ANTARA SUSU DENGAN TELUR, DAN ANTARA DAGING DENGAN SUSU.
Beliau tidak pernah makan pada saat makanan tersebut masih sangat panas atau masakan yang dihangatkan untuk besok, makanan-makanan yang bulukan (berjamur) dan asin, seperti makanan-makanan yang DIASINKAN, DIASAMKAN, atau DIHANGUSKAN. Semua makanan ini berbahaya dan menimbulkan berbagai macam gangguan kesehatan.
2. Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam biasa melawan unsur panas pada makanan dengan unsur dingin pada makanan lain, unsur kering suatu makanan dengan unsur basah pada makanan lain, sebagaimana beliau memakan mentimun dengan ruthob (kurma matang yang belum dikeringkan), makan tamr (kurma kering) dengan minyak samin, meminum ekstrak kurma untuk melunakkan chymus (Materi semi cair, homogen, berkrim atau seperti gruel yang dihasilkan oleh pencernaan makanan oleh lambung) makanan-makanan keras. Itulah intisari makanan sehat.
3. Beliau tidak biasa minum ketika sedang makan, sehingga akan merusaknya, apalagi jika air tersebut panas atau dingin, karena itu pola makan yang buruk sekali.
4. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, "Rasulullah tidak pernah mencela makanan sedikitpun, jika suka, beliau memakannya, jika tidak dibiarkannya, tidak memakannya." (HR. Bukhari : 5409, dan Muslim : 2064)
5. Beliau menyukai daging, yang paling beliau sukai adalah lengan dan bagian depan kepala kambing. Karena itu, seorang wanita Yahudi pernah meracuninya.
6. Pernah suatu ketika Rasulullah diberi daging, lantas diperlihatkan bagian lengan kepada beliau, maka beliau menyukainya. (HR. Bukhari : 5712, dan Muslim : 194)
7. Daging yang disukai Nabi adalah yang paling baik dan paling mudah dicerna oleh lambung, baik itu daging leher, lengan maupun lengan atas.
8. Beliau juga menyukai makanan-makanan manis dan madu. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu anh, ia berkata, "Nabi shalallahu ‘alaihi wassallam menyukai makanan-makanan manis dan madu." (Shahihul Bukhari : 5614).
9. Beliau biasa makan roti dengan lauk apa saja yang beliau punya, kadang daging, kadang semangka, kadang kurma, dan kadang cuka. Beliau bersabda, "Sebaik-baik lauk adalah cuka." (Shahih Muslim : 2052).
10. Beliau biasa makan buah-buahan hasil panen negerinya pada musimnya, beliau tidak memantangnya. Ini juga merupakan sarana paling besar untuk menjaga kesehatan.
11. Rasulullah bersabda : "Aku tidak makan sambil bersandar." (Shahihul Bukhari : 5398)
Ada tiga cara bersandar:
a. Bersandar pada rusuk.
b. Bersila.
c. Bersandar diatas sesuatu.
Jenis pertama menyulitkan makan, karena ia menghalangi aliran makanan secara alami, menghambat kecepatan masuknya makanan ke lambung, dan menekan lambung sehingga sulit terbuka untuk makanan. Lambung akan miring, tidak tegak, sehingga makanan tidak mudah sampai kepadanya.
Adapun dua jenis lainnya merupakan gaya duduk orang-orang sombong yang bertentangan dengan jiwa kehambaan.
12. Dalam hadits Anas disebutkan, "Saya melihat Nabi shalallahu ‘alaihi wassallam duduk dengan posisi iq'a sambil memakan kurma." (Shahih Muslim : 2044)
Beliau biasa duduk dengan posisi iq'a untuk makan, maksudnya duduk dalam posisi bertumpu pada kedua lutu, seraya memposisikan perut telapak kaki kanan, sebagai bentuk ketawadhuan kepada Rabbnya. Ini merupakan posisi paling baik pada saat makan.
13. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassallam bersabda : "Jika salah seorang dari kalian makan, maka janganlah ia membersihkan tangannya sebelum menjilatinya." (Muttafaqun ‘Alaih, Bukhari : 5376, dan Muslim : 2031).
14. Beliau makan dengan menggunakan tiga jemari beliau, dan ini merupakan cara menyuap makanan yang paling bermanfaat.
15. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : "Wahai anak kecil! Sebutlah nama Allah (BISMILLAH), makanlah dengan tangan kanan, dan makanlah makanan yang terdekat darimu." (Muttafaqun ‘Alaih, Bukhari : 5376, dan Muslim : 2022).
Demikianlah cara makan yang paling baik adalah cara makan beliau shalallahu ‘alaihi wassallam dan cara makan siapa saja yang meniru cara beliau.
Diringkas dari kitab : KEAJAIBAN THIBBUN NABAWI, Penulis : Aiman bin ‘Abdul Fattah, Halaman 175 - 178. Penerbit : Al-Qowam.
Kes Mat Sabu: Saksi buat aduan berdasarkan laporan media
Kes Mat Sabu: Saksi buat aduan berdasarkan laporan media - Semasa - Sinar Harian:
BUTTERWORTH - Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.
Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, hari ini mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu serta meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut.
Nathan mengaku telah membuat laporan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut dimana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari.
Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Jun untuk sambungan perbicaraan. - Bernama

Krisis Syria: Rusia bantah campur tangan asing
Krisis Syria: Rusia bantah campur tangan asing - Global - Sinar Harian:
MOSCOW - Di sebalik usaha antarabangsa yang terus menemui jalan buntu, Rusia menegaskan, pihaknya tidak akan memberi persetujuan kepada pendekatan membawa campur tangan luar bagi menamatkan krisis Syria yang berlarutan lebih setahun.
Meskipun wujud amaran bahawa Syria sedang menuju ke arah kancah perang saudara, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, tiada alternatf lain selain melaksanakan pelan damai diusahakan oleh Utusan Khas Kofi Annan.
Katanya, pelan damai itu, yang mendapat sokongan PBB dan Liga Arab, perlu diteruskan meskipun kelihatan sudah gagal.
"Situasi semakin hari semakin suram," kata Lavrov dipetik CNN.

"Buat kali pertama sejak bermulanya krisis, kita melihat persoalan mengenai campur tangan asing.
"Dan, pendirian kami kekal tidak berubah," kata beliau lagi.
Saman Guan Eng: Mahkamah tolak kes Pengerusi Umno Pulau Pinang
Saman Guan Eng: Mahkamah tolak kes Pengerusi Umno Pulau Pinang - Semasa - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak kes itu dengan kos.
Peguam Guan Eng, Jagdeep Singh Deo berkata, mahkamah menerima hujah pihaknya bahawa Zainal Abidin tiada hak perundangan untuk menyaman keempat-empat defendan, diterima.

Dipetik Star Online, dalam penghakiman 11 muka surat, Hakim Amelia berkata, mahkamah berpandangan bahawa Zainal Abidin bukan seorang yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan bagi pihak Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memandangkan beliau bukan pegawai yang didaftarkan sebagai penjawat awam di Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan memulakan saman bagi pihak jawatankuasa Umno negeri.
"Plaintif tidak boleh," kata beliau.
Selain itu, Hakim Amelia juga memutuskan bahawa tindakan berperwakilan tidak boleh diambil dalam prosiding saman fitnah.
Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober lalu dengan menamakan Guan Eng, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily' dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.
Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah.

Bersih 4.0 sasar kumpul sejuta tandatangan sokongan
Bersih 4.0 sasar kumpul sejuta tandatangan sokongan - Nasional - Sinar Harian:
KUALA LUMPUR - Majlis Bertindak Peniaga-peniaga dan Penduduk-penduduk Ibu Kota menyasarkan mahu mengumpul sejuta tandatangan sebagai sokongan terhadap Bersih 4.0 Cintakan Keamanan - langkah memprotes tiga perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.
Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos, berkata, usaha tersebut sudah berlangsung sejak lima hari lalu di beberapa kawasan di ibu negara.
Menurutnya, setakat ini, sebanyak 110,000 tandatangan sudah dikumpulkan.
"Kita mensasarkan dapat mengumpul sejuta tandangan sebelum bulan Ramadan.
"Apabila kita sudah dapat kumpulkan sejuta tandangan, kita akan hantar kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika Program Mengumpul Sejuta Tandangan di sekitar Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.
Usaha tersebut sebagai membuktikan sokongan warga kota untuk melihat keamanan dikekalkan sekali gus menolak penganjuran Bersih, Bersih 2.0, dan Bersih 3.0, sebelum ini.
Dalam pada itu, Jamal berkata, pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada pihak Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka bagi penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 secara besar-besaran, namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.
Dalam pekembangan lain, katanya, pihaknya kini sudah menerima 480 peniaga telah menyatakan hasrat mahu membuat tuntutan ganti rugi menerusi peguam sukarela di bawah Bersih 4.0.
"Kita akan failkan di mahkamah dalam masa terdekat," katanya.

Derita sakit misteri
Derita sakit misteri - Utara - Sinar Harian:
BALING - Seorang wanita terpaksa menahan derita penyakit misteri sejak dua bulan lalu, yang mengakibatkan tubuhnya berkeruping dan bertompok seperti kesan melecur, termasuk di bahagian mukanya.
Ismilia Ishak, 28, dari Kampung Telok Teduri, Mukim Pulai, hanya mampu terbaring apabila penyakit itu turut memberi kesan kepada pergerakannya.
Suaminya, Mohd Rafi Mohd Rejab, 29, berkata, penyakit isterinya itu semakin ketara sejak dua bulan lalu, mengakibatkan keseluruhan badannya lemah berikutan dipenuhi keruping berbisa.
Menurutnya, selain dia, ibunya, Normadiah Md Daud, 51, turut membantu menjaga Ismilia sepanjangnya dia keluar bekerja. “Sekurang-kurangnya, ada juga yang dapat melihat Ismilia sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak dingini.
“Walaupun keadaan tubuhnya lemah, Ismilia masih lagi mampu bercakap. Namun begitu, kakinya kini semakin tidak berfungsi dan Ismilia hanya mampu terbaring,” katanya kepada Sinar Harian. Mohd Rafi berkata, segala keperluan dan urusan diri Ismilia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dia dan ibunya.
“Makan dan minum Ismilia akan disediakan oleh saya dan keluarga. Kalau saya keluar bekerja, ibu yang akan memberi Ismilia makan. “Selain itu, Ismilia juga kini bergantung kepada lampin pakai buang apabila langsung tidak dapat bergerak berbanding sebelum ini,” katanya.
Katanya, masalah isterinya itu sudah dibawa ke hospital, tetapi pihak hospital tidak dapat mengesahkan masalah yang dihadapi. “Saya pun tidak tahu apa sebenarnya berlaku kepada isteri saya. Awalnya, masalah itu hanya di bahagian tangan, kemudian merebak ke seluruh badan,” katanya.
Keadaan itu mengakibatkan Rafi dan keluarganya menggunakan khidmat rawatan Islam bagi mengenal pasti masalah Ismilia, selain cuba untuk menyembuhkan penyakitnya itu. Sementara itu, Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan doktor terlebih dahulu.
“Kemudian, barulah kita dapat kenal pasti rawatan yang perlu digunakan untuk merawat masalah Ismilia ini,” katanya semasa melawat keadaan Ismilia, kelmarin. Sesiapa yang ingin membantu Ismilia, termasuk khidmat rawatan tradisional boleh menghubungi Mohd Rafi di talian 017- 4020010.

Guan Eng tidak ganti Anwar jadi PM
Guan Eng tidak ganti Anwar jadi PM - Politik - Sinar Harian:
KUANTAN - Tidak timbul isu mengenai perebutam jawatan perdana menteri jika pembangkang berjaya mengambil-alih Putrajaya kerana keputusan mengenai siapa yang akan menduduki kerusi itu sudah pun diputuskan.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan konon Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan jadi perdana menteri sementara adalah tidak benar kerana pakatan tidak pernah bercadang untuk menjadikan kerusi itu jawatan bertempoh dan ditukar antara pemimpin PR.
"Tidak timbul isu berebut atau merampas kuasa kerana segala keputusan dibuat bersama," katanya.
Anwar dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin menyatakan beliau bukan pemimpin lembab untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin DAP. Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang berkata Anwar mungkin akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas menang pilihan raya dan menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mungkin akan dilantik ke jawatan itu menggantikan Anwar.
Ini susulan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum itu berkata, tiada halangan dari segi undangundang untuk bukan Melayu dilantik jadi perdana menteri dan beliau (Karpal) akan terus berjuang memastikan perkara itu jadi kenyataan.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, dakwaan Hasan sama sekali tidak berasas.
"Ia hanya momokan Hasan yang sudah jadi alat Umno untuk menakutkan orang Melayu," katanya.
Fuziah berkata, Umno merancang taktik sedemikian kerana terdesak akibat tidak mendapat sokongan kaum Cina dan hanya 50-50 daripada kaum India.
“Sebenarnya, isu jawatan PM dalam tempoh tertentu tidak timbul dan Anwar sudah memberikan kenyataan yang betul,” katanya merujuk pada kenyataan Anwar menerusi Sinar Harian semalam bahawa beliau bukan pemimpin yang lembab untuk menyerahkan jawatan itu kepada orang lain jika sudah memegangnya.

Si cilik berbulu disisih kawan
BULU kasar yang menutupi 60 peratus daripada tubuh Jiangli. |
GUIZHOU (China): Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya.
Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.
JIANGLI bersama Mingying yang menjaganya.
JIANGLI berkeadaan aneh sejak lahir. |
Namun, jika keadaan itu tidak cukup teruk, yang terburuk bakal menyusul.
Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.
Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya.
Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta sauda-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.
Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China.
Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu.
Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.
Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu.
Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. - DM
Daftar pemilih baharu munasabah
Kosmo! Online - Negara:
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my
kamilah.mustapha@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang membuat semakan daftar pemilih dari rumah ke rumah kerana tidak berpuas hati dengan senarai daftar pemilih baharu di Selangor dianggap perbuatan bermotifkan politik.
Bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daftar pemilih baharu yang menunjukkan hampir setengah juta pengundi baharu di Selangor adalah munasabah kerana ramai orang yang berhijrah ke negeri itu untuk berniaga dan dijadikan tempat tinggal.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, data terkini juga menunjukkan hampir 600,000 rakyat Malaysia di Selangor masih belum mendaftar.
Menurutnya, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia di negeri itu juga merupakan antara yang tertinggi di negara ini.
"Kalau mereka (PR) hendak buat semakan dari rumah ke rumah, terpulanglah, perlu diingatkan bahawa mereka tiada kuasa untuk melihat MyKad orang ramai, mereka bukan pegawai kerajaan untuk suka-suka lihat pengenalan diri orang lain," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam
30,000 ikrar setia pada Sultan
Kosmo! Online - Negara:
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.
Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak itu bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.
“Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini (semalam),” titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan “Daulat Tuanku” oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan Badan Bukan Kerajaan Melayu Negeri Johor (Gabung) itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)