Showing posts with label Tunjuk perasaan. Show all posts
Showing posts with label Tunjuk perasaan. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Tunjuk perasaan jadi ganas



Gas pemedih mata dilepaskan ketika pertempuran antara polis dan kumpulan penunjuk perasaan berhampiran bangunan kerajaan di Bangkok, semalam. - REUTERS
BANGKOK 24 Nov. - Polis Thailand bertindak melepaskan gas pemedih mata ketika bertempur dengan beratus-ratus penunjuk perasaan di sini hari ini ketika demonstrasi besar-besaran dianjurkan bagi menggesa kerajaan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra digulingkan.
Polis anti rusuhan memegang perisai dan menembak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang cuba memanjat sekatan jalan raya yang diperbuat daripada simen dan pagar berduri ke kawasan utama demonstrasi berkenaan di di Dataran Royal Plaza di sini.
Polis berkata, antara 300 dan 400 penunjuk perasaan bertempur dengan polis.
Jurucakap polis Piya Uthaya berkata, sebanyak tujuh orang polis cedera dan sekurang-kurangnya 132 penunjuk perasaan ditahan di tempat kejadian yang berdekatan dengan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak jauh dari dataran berkenaan.
''Pelbagai jenis senjata termasuk pisau dan peluru dirampas ketika penunjuk perasaan tiba di kawasan demonstrasi tersebut.
''Kami menggunakan gas pemedih mata kerana penunjuk perasaan menghalang polis dan tidak mematuhi arahan keselamatan yang telah dilaksanakan,'' katanya kepada stesen televisyen tempatan.
Pihak berkuasa mengerahkan kira-kira 17,000 anggota polis ke kawasan demonstrasi tersebut.
Kerajaan juga menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan polis menahan penunjuk perasaan dan melakukan pemeriksaan keselamatan serta membina sekatan jalan raya.
Kumpulan anti kerajaan, Pitak Siam berjaya menarik sokongan daripada pelbagai kumpulan masyarakat termasuk Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) dikenali sebagai 'Baju Kuning' yang membantu menyahstabilkan kerajaan pimpinan abang Yingluck, Thanksin Shinawatra pada 2006 dan 2008.
Pitak Siam dipimpin bekas pegawai tentera, Jeneral (B) Boonlert Kaewprasit, menuduh kerajaan Yingluck menyeleweng dan menjadi boneka kepada Thaksin. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121125/lu_01/Tunjuk-perasaan-jadi-ganas#ixzz2DEXLhXyl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tunjuk perasaan desak Yingluck letak jawatan




SEBAHAGIAN penunjuk perasaan bertempur dengan polis dalam tunjuk perasaan anti-Yingluck di Bangkok semalam.


BANGKOK - Kira-kira 130 penunjuk perasaan ditangkap di sini semalam dalam tunjuk perasaan ganas yang mendesak Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan kerana pentadbirannya didakwa mengamalkan rasuah.
Jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Utayo berkata, sebahagian penunjuk perasaan membawa pisau dan peluru.
Beberapa anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang hanya berjumlah ratusan orang.
Kumpulan tunjuk perasaan itu diketuai oleh bekas jeneral, Boonlert Kaewprasit yang menuduh pentadbiran Yingluck tidak mempedulikan perbuatan menghina institusi beraja dan menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.
Thaksin digulingkan tentera pada 2006 selepas berlaku dakwaan pentadbirannya dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Agensi

Monday, October 29, 2012

Tunjuk perasaan gagal



MEKAH 28 Okt. - Pihak berkuasa Arab Saudi berjaya meleraikan perhimpunan tunjuk perasaan oleh beratus-ratus jemaah Syria yang mendesak agar Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan selepas dua buah kereta polis bergerak perlahan ke arah penunjuk perasaan dan mengarahkan mereka untuk bersurai.
Pihak berkuasa Arab Saudi baru-baru ini menegaskan kepada jemaah agar tidak membawa isu politik ketika melakukan ibadat haji dan hanya memberi fokus bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121029/lu_10/Tunjuk-perasaan-gagal#ixzz2AeK0tblj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, September 27, 2012

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Sepanyol




SEJUMLAH penunjuk perasaan berhimpun dekat bangunan Parlimen Sepanyol ketika mengadakan protes di Madrid kelmarin.


MADRID - Beribu-ribu orang berarak menuju ke bangunan Parlimen di sini kelmarin bagi membantah pelan penjimatan dan kenaikan cukai oleh kerajaan Sepanyol semalam.
Namun, kemaraan mereka dihalang oleh lebih 1,000 anggota polis pencegah rusuhan dengan menyebabkan mereka terpaksa berhimpun di beberapa jalan berhampiran.
Kekacauan tercetus apabila polis mula memukul sebahagian penunjuk perasaan dengan menggunakan baton selepas mereka merosakkan sekatan pihak berkuasa dan membaling batu serta botol.
"Pemimpin-pemimpin politik cuma mementingkan syarikat-syarikat besar dan telunjuk pasaran kewangan," kata seorang pengatur cara komputer berusia 27 tahun, Aitor Llorens yang menyertai demonstrasi tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Polis Nasional Sepanyol menyatakan, seramai 38 orang ditangkap dan 64 lagi cedera dalam pertempuran tersebut.
Seorang jurucakapnya berkata, sejumlah 27 orang yang cedera itu merupakan anggota polis.
Sepanyol kini berada di ambang kemelesetan ekonomi dengan Kesatuan Eropah menawarkan pinjaman mencecah euro100 bilion (RM396.3 bilion) untuk menyelamatkan institusi perbankan di negara berkenaan. - AP

Friday, November 12, 2010

Tunjuk perasaan di sebalik topeng


Foto AP
PARA aktivis badan bantuan kemanusiaan, Oxfam, memakai topeng wajah pemimpin negara kumpulan G-20, dalam tunjuk perasaan yang diadakan di sebuah taman di Seoul, Korea Selatan, semalam.
Mereka menuntut agar para pemimpin kumpulan itu berusaha membasmi kemiskinan sejagat.Sidang G-20 selama dua hari akan diadakan mulai hari ini, dengan tumpuan diberi untuk mengimbangkan semula ekonomi sejagat dan menghuraikan krisis mata wang.Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, akan turut menyertai sidang itu. -- AFP.