Saturday, April 3, 2010

Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan APCO



Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 3 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi strategi membisunya ketika isu APCO Worldwide menyelubungi genap setahun beliau menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Beliau memulakan pentadbirannya dengan strategi membisu terhadap dakwaaan beberapa akhbar luar negara seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan dirinya dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.

"Setelah genap setahun beliau menerajui kerajaan BN, beliau menyambutnya dengan strategi yang sama terhadap pendedahan bahawa beliau memperalatkan wang rakyat untuk membahayakan negara ini dengan mengambil khidmat APCO yang didominasi Yahudi Zionis," katanya.

Dalam satu kenyataannya, APCO sendiri menyatakan antara tugasnya termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Najib, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

"Najib mendedahkan negara ini kepada ancaman besar apabila kita mengambilkira penglibatan APCO di dalam beberapa projek yang berkaitan perisikan dan keselamatan yang dilakukan melalui rakan strategik dan firma sekutunya, Asero Worldwide.

"Amat membimbangkan apabila diambilkira bahawa petualang-petualang Zionis secara serentak menjadi konsultan dan anggota pengurusan APCO dan Asero.

"Contohnya, pengasas dan presiden Asero Worldwide, Doron Bergerbest-Eilon juga berada dalam Majlis Penasihat Antarabangsa APCO. Beliau adalah bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan pegawai kanan dalam Shin Bet atau Agensi Keselamatan Israel - ISA," kata Salahuddin.

Najib juga, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, membisu apabila dibangkitkan terlalu banyak persamaan yang sangat ketara antara One Israel dan 1Malaysia.

"Jika Najib merasa begitu selesa dengan strategi membisunya, kita pula akan terus menyedarkan rakyat tentang bahaya yang diangkut olehnya ke dalam negara ini melalui APCO," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkag Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan beberapa persamaan antara One Israel dan 1Malaysia.

Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama  yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak, pada tahun 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO pernah bekerja di bawah Barak yang ketika itu menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, kata Anwar.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', kemudian One Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Barak dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," kata Anwar.

APCO juga didedahkan pernah mengikat perjanjian perkhidmatan dengan kerajaan Zionis Israel pada 1992.

Straits Times (ST) Singapura melaporkan, penyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuktikan perkara itu.

"Dalam jawapan berhubung laporan Jabatan Kehakiman tersebut, APCO menyatakan firma itu bekerjasama dengan sebuah syarikat bersekutu dalam sebuah projek untuk kerajaan Israel ketika itu," lapor ST.

Akhbar itu memetik Timbalan Pengarah Urusan APCO, B Jay Cooper berkata: "Perkhidmatan yang diberi adalah berkaitan media, melibatkan perolehan dana dari kerajaan Amerika Syarikat bagi perumahan pendatang dari Rusia".

Cooper bagaimanapun menyatakan bahawa APCO ketika itu "dimiliki oleh Grey Global Group".

Ezam dan Zahrain dah start jadi Cacai Tua Tukang Angkat Najis UMNO ( Kuli UMNO )


Kedua-dua ekor lembu ini akan dipergunakan oleh UMNO untuk
menjatuhkan pembangkang. Sekarang barulah nampak betapa bangangnya
kedua-dua ekor lembu ini yang sanggup dipergunakan untuk kepentingan UMNO.
Kedua-dua ekor lembu ini sudahpun kehilangan maruah dimata
rakyat baik yang menyokong kerajaan ataupun pembangkang.kedua-dua ekor
ekor lembu ini dinaikkan pangkat menjadi Cacai Tua Tukang Angkat Najis!
Baru padan muka! Duit dah dapat ! Kerja mesti buat! berlaraklah keseluruh
Malaysia puji UMNO kutuk pembangkang!!!
 Ceramah Umno tapi guna gambar Pakatan






Zionis Melayu Di Indonesia, Siapa Di Malaysia?



UN chief expresses anger over "unacceptable" Israeli raids on its buildings.

Ibnu Hasyim: Catatan Santai
MAJALAH ‘Sabili Januari 2009’ Indonesia menyifatkan beberapa individu ini adalah ‘Zionis Melayu’ yang secara diam-diam menjadikan Israel sebagai kawan. Antaranya adalah:
1..Abdul Rahman Wahid (Gusdur), mantan Presiden.Republik Indonesia
a) Mei 2008, beliau ke Amerika untuk memenuhi undangan Shimon Wiesenthal Center (SWC) untuk menerima penghargaan The Jewish Medal of Valor. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyatakan ikut serta merayakan Hari Kemerdekaan Israel, sebuah hari dimana bangsa Palestin dibantai secara membabi buta dan diusir dari tanah air. Anugerah medal diterima kerana beliau dilihat sebagai sahabat paling setia dan berani terang-terangan menjadi pelindung Zionis-Yahudi dunia disebuah Negara majority Muslim terbesar seperti Indonesia.
b) 12 Jun 2007, dalam sebuah konferensi bertema Holocaust di Bali pada hari Selasa, Gusdur juga membela Holocaust. Beliau menyebut, Indonesia seharusnya mengakui Negara Israel.
2) Goenawan Mohamad, pendokong Aliansi Kebangsaan dan Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan (AKKBB) (Islam Liberal)
a) 2006, beliau menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dan wang langsung bernilai US250.000 di Tel Aviv.
b) Beberapa tokoh AKKBB adalah mereka yang termasuk orang-orang yang merelakan diri menjadi pengikut kepentingan Zionisme Internasional.
3) Delegasi Perdamaian Indonesia dari Yayasan Lab for All, sebuah yayasan swasta berasal dari AS yang bertujuan untuk memerangi kelompok Islam yang menurut mereka ‘garis keras’.
a) 08 Dis 2007, lima orang anggota delegasi ini menemui Shimon Peres (ketika itu Pres.Israel) berpusat di Jerusalem. Yayasan Lab for All mempromosikan Islam yang bersekutu dengan Zionis Israel dan Gusdur pelindungnya. Pertemuan ini dilakukan salah satunya bertujuan dalam rangka memperingati 60 tahun berdirinya Israel di bumi Palestin. C.Holland Taylor, pimpinan Yayasan Lab for All mengatakan, Gusdur pernah mengeluarkan sikap yang menolak dan menentang HAMAS dalam isu Palestin.
b) Paling menyedihkan, aktivis Muhammadiyyah, Syafiq Mughni menyatakan kepada Shimon Peres, “ kita berharap suatu waktu Muslim Indonesia boleh bersikap lebih toleran dan mengutamakan demokrasi. Hal ini boleh dilakukan antara lain melalui jalur pendidikan untuk mengubah mental Muslim Indonesia agar lebih bersikap terbuka”. Maksudnya agar Muslim Indonesia boleh menerima Israel sebagai sekutu.
4) Aktivis Muhammadiyyah.
a) Media Israel mendedahkan bahawa Prof.Aryono Pusponegoro dan Dr.Sudibyo Markus sebagai wakil pertubuhan Muhammadiyyah turut menandatangani kerjasama dan persetujuan dengan organisasi Kesihatan Israel, Magen David Adom (MDA).
5) Pejabat Tinggi Pemerintah Negara
a) Ketua Kadin (Perdagangan) Pusat, secara rasmi melakukan hubungan bisnes dengan pejabat Kadin Israel.
b) Tentera Nasional Indonesia (TNI), diisyaratkan pernah melakukan pembelian sejumlah senjata api jenis senapang sniper seperti Galil-Galatz produk Israeli Military Industries (IMI) beberapa tahun lalu.
c) Tenaga-tenaga medis Indonesia dikirim ke Israel dalam rangka pelatihan Intersive Care Unit (ICU). Bahkan, banyak peralatan ICU yang ada dirumah sakit di Indonesia dibeli dari Israel – didedahkan oleh seorang doctor bedah Indonesia.
6) Ulil Abshar Abdalla, coordinator Jaringan Islam Liberal (JIL)
a).Beliau menganggap aksi-aksi demonstrasi membantah Israel di Indonesia hanya diikuti oleh sebahagian kecil dari umat Islam di Indonesia. Bahkan mereka yang tidak ikut serta dalam aksi ini tidak boleh menggambarkan seluruh keseragaman umat Islam yang ada di Jakarta. “Ini menggambarkan bahawa mereka yang bersemangat mengangkat isu Palestin itu bukan dari kelompok Islam arus utama seperti Nahdhatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Al-Irsyad, Al-Washiliyyah, Persis dan lain-lain. Ada kecenderungan bahawa isu Palestin menjadi semacam identity yang membezakan antara kelompok dengan kelompok lain dalam umat Islam”.
Catatan: Teori Ulil Abshar terbantah kerana hari ini bukan sahaja kelompok Islam yang melakukan aksi solidarity Palestin, tapi seluruh elemen bahkan seluruh dunia melintasi agama.
7) Mohammad Gontor Ramli, tokoh JIL dan pendokong AKKBB
a).Dalam tulisannya beliau menyebut sama seperti ucapan Menteri Luar AS, Condoleeza Rice yang menuduh HAMAS punca penyerbuan Israel ke Ghazzah.
“Kita juga menjumpai adanya kemunduran pada posisi HAMAS yang menguasai jalur Gaza saat ini, yang beberapa tahun sebelum ini menjanjikan harapan dan perubahan bagi dunia internasional dengan mengikuti pilihanraya dan meninggalkan pendekatan senjata dalam menyelesaikan konflik dengan Israel. Namun, kerana perpecahan dalaman di Palestin khususnya HAMAS dan FATAH, HAMAS seolah-olah kembali ke habitatnya (angkat senjata). Masa depan, Hamas perlu kembali kepada jalur jihad diplomasi dan perundingan untuk meraih dukungan dunia internasional”. - Harian Ibu Kota, terbitan Jakarta 31 Dis 08.
8) Siti Musdah Mulia, tokoh JIL
a) 2009, ketika Front Pembela Islam (FPI) membuka pendaftaran untuk jihad ke Palestin, beliau memperli FPI dengan menyebut “salah satu bentuk sikap sinis kita kepada kelompok Islam yang ingin mengirimkan relawan jihadnya ke Palestin adalah menderma darah untuk Palestin”. – ucapan di Taman Menteng, Jakarta, program Mimbar 1000 Harapan: Doa Untuk Munir dan Korban Perang di Gaza.
9) Luthfi Assyaukanie, tokoh JIL
a).Beliau mengunjungi Israel dan melaporkan dalam facebook:
“ saya baru sahaja melakukan perjalanan ke Israel. Banyak hal berkesan yang saya peroleh dari negeri itu, dari soal kota tua yang kecil namun penuh memori konflik dan darah, Tel Aviv yang cantik dan eksotis, hingga keramahan orang-orang Israel. Saya kira siapa pun yang menjalani pengalaman seperti saya, akan mengubah pandangannya terhadap Israel dan orang-orangnya”.
“ Kecerdasan orang-orang Israel diatas rata-rata manusia. Ini bukan sekadar mitos yang biasa kita dengar. Setiap 2 orang Israel yang saya jumpai, ada 3 yang cerdas. Mungkin ini yang menjelaskan kenapa bangsa Arab yang berlipat jumlahnya itu tidak pernah boleh menandingi Israel”.
“Orang-orang Israel akan membela setiap jengkal tanah mereka yang bangunkan dari bumi yang tandus menjadi sepotong syurga. Bahawa mereka punya alasan sejarah untuk melakukan itu, itu adalah hal lain. Pembangunan bangsa seperti kata Benedict Anderson, tidak banyak terkait dengan masa silam, ia lebih banyak terkait dengan kesedaran untuk menyatukan sebuah komunitas. Bangsa Yahudi melalui doktrin Zionisme telah melakukan itu dengan baik”.
Catatan: Masih banyak catatan dari beliau seperti pengakuannya masuk secara bebas ke sinagog (tempat sembahan Yahudi) untuk merayu kepada tuhan ditembok ratapan dan keluar masuk gereja, memuji-muji Israel yang orang-orangnya cenderung bersahabat.
Makluman: Nama-nama tokoh JIL ini anda boleh rujuk pada arkib blog ini dalam bulan Disember tentang JIL untuk mengetahui sedikit biografi dan latarbelakang pengajian mereka – penulis. Websitehttp://islamlib.com/id/
Menurut penulis blog http://arruhuljadid86.blogspot.com/ “…disebalik isu Ghazzah, umat Islam tidak akan lupa satu tragedy besar yang menimpa seorang ulama Islam di Arab Saudi, Sheikh ‘Awad Al-Qarni. Beliau ditangkap oleh penguasa Arab Saudi semata-mata mengeluarkan fatwa agar kaum muslimin di Arab Saudi membela Palestin. Polis Arab Saudi menangkapnya tanpa sedikit penjelasan pun. Dalam masa yang sama, seorang ulama Saudi,Sheikh Shalih Al-Luhaidan, pemimpin tertinggi Majlis Al-Qadha, Arab Saudi mencetus kontroversi dengan mengeluarkan fatwa yang sangat menyakitkan umat Islam. ‘Bahawa demonstrasi mendukung Palestin adalah perbuatan fasad fil ‘ard (kerosakan diatas muka bumi)’. Subhanallah! Allahu Akbar ! Apa yang sedang terjadi ini?”
Menurut penulis blog itu lagi, ketika Ghazzah diserang, pemimpin Arab Saudi yang dianggap golongan ‘paling kuat’ Ahlussunnah dan penegak Daulah Islam Saudi entah hilang kemana. Yang pasti, setiap kali bertemu pemimpin Amerika, pelukan erat dan senyum tidak bersalah sering dipaparkan saat Ghazzah dibom dahsyat. Selepas selesai sebentar peperangan, maka keluarlah kenyataan, “kita akan hantar bantuan segera, kewangan dan ubat-ubatan”.
Kalau hal itu terjadi di luar negara ada zionis Melayu atau zionis Saudi, bagaimana pula di Malaysia? Siapa dan apa pula kegiatannya. Adakah Jaringan Islam Liberal (JIL) di sini? Kita bimbang kalau-kalau dalam Pakatan Rakyat pun ada! Mari sama-sama berjaga-jaga dan siasat!!
Sekian, wallau aklam.
Ibnu Hasyim, catatan santai,
Jan30, 2009. KL.

Warga emas serbu May Bank Bertam , Kepala Batas.

Pak Cik Hasan Ibrahim dari kg Pinang Tunggal, Kepala Batas tidak mempunyai anak
datang bersama anak saudara untuk mengambil wang RM 100.
" Walaupun RM 100 sapa nak bagi......!!!"



Ramai warga emas datang ke May Bank Bertam Indah, Kepala Batas sejak dari pukul 8.30 pagi
untuk mendapatkan wang sumbangan kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk warga emas sebanyak
RM100 seorang. Walaupun seratus ringgit setahun kebanyakan mereka gembira diatas
keperihatinan kerajaan negeri keatas warga tua.Ada diantara mereka yang tidak pernah mendapat wang dari anak-anak mereka kerana anak-anak mereka juga bergaji kecil dan tak mampu untuk menyara keluarga sendiri.

Ketua Wanita MCA Letak Jawatan Minggu Depan




KUALA LUMPUR: Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, hari ini menegaskan pendirian yang dibuatnya sebelum keputusan pemilihan parti Ahad lalu tidak berubah dan akan membuat satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat sayap pada Khamis ini.
Chew yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau terlebih dahulu perlu menjelaskan keputusannya itu kepada anggota jawatankuasa pusat sayap itu.
"Saya telah menyatakan selepas keputusan pemilihan diumumkan bahawa 'pendirian saya tidak berubah'. Saya telah nyatakan pendirian saya itu dengan jelas.
"Mengenai bila dan di mana saya patut mengumumkan keputusan saya, saya berpandangan bahawa saya tidak perlu mengikut jadual sesiapa," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Chew mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden sebelum pemilihan parti diadakan pada 28 Mac lalu.
Pada pemilihan itu Dr Chua mengalahkan penyandang, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting, untuk jawatan Presiden MCA.
Chew dilihat sebagai menyokong Ka Ting.
Ketua Wanita itu juga berkata, walaupun keputusan yang akan diumum beliau bukan perkara besar, beliau masih perlu memastikan langkah yang sepatutnya telah diambil.
"Sebagai Ketua Wanita saya memikul banyak sokongan dan harapan. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan saya dan kami berkongsi matlamat yang sama. Justeru saya berasa perlu untuk memberikan mereka ruang bagi meluahkan pandangan sebelum saya mengumumkan keputusan saya.
"Saya tidak akan mengelak. Saya akan bertemu dengan banyak pihak yang telah meminta untuk berjumpa dengan saya. Sebaik sahaja mereka telah menyatakan pandangan mereka, saya akan jelaskan kepada mereka mengenai keputusan yang telah saya buat dan pendirian saya," katanya.
Chew berkata, beliau juga telah menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan panggilan telefon memujuknya agar kekal dengan jawatan itu.

Projek mee segera mencurah-curah di Hulu Selangor



Angkasanuri   
Umno-BN ternyata sudah tandus dan kering modal setiap kali menghadapi suasana pilihanraya. Sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Setiap kali pilihanraya mereka mula menabur janji dan 'merasuah' pengundi dengan projek-projek mee segera. Istilah yang dipopularkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia sendiri yang dikatakan menyebabkan rakyat muak dan meluat kepadaUmno-BN.

Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor hari ini menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.

Bertempat di SMK Sains Hulu Selangor hari ini beliau seakan-akan memulakan pesta projek mee segera dengan berjanji bahawa kerajaan 1Malaysia akan membina empat sekolah iaitu tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah rendah.

Lebih memualkan beliau dengan muka tak tahu malu secara terang-terangan meminta kira-kira 500 guru yang dikerah ke majlis berkenaan supaya mengundi BN dalam pilihanraya kecil akan datang.

Tidak cukup dengan itu, dalam lawatan di Kampung sentosa beliau dengan rasa 'murah hati' menjanjikan RM 2 juta bagi mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan. Sikap 'murah hati' diteruskan dengan menghadiahkan masjid As-Sajdin peruntukan serta merta RM 100 ribu. Sungguh hebat sikap pemurah dan baik hati kerajaan 1Malaysia.

Saya yakin ini semua cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.

Selepas ini juga pak cik mak cik di Hulu Selangor tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu!


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Hulu Selangor, ujian kemelayuan Umno



Anak Sengat   
Beberapa kelompok Umno khususnya di Hulu Selangor mula bersuara menuntut kerusi itu diserahkan kepada mereka.

Jika dilihat gelombang itu, tuntutan tersebut dikitra wajar. ini kerana Hulu Selangor memiliki lebih 50 % pengundi melayu berbanding MIC yang mewakili India kira kira 15 %.Malah pengundi Cina mengatasi India .

Namun itu adalah dasar sebenar Umno yang rela menggadaikan kerusi Melayu kepada India atau Cina. Ia bukan pelik malah terlalu banyak milik melayu yang digadai Umno kepada bukan Melayu. Malangnya kebodohan fakta menjadikan pengundi melayu terus dibermimpi Umno sebagai pembela melayu.

Sudah tiba masanya penyokong Umno khususnya mereka yang tebal kemelayuannya menuntut kerusiitu dikembalikan kepada Umno. Jika mereka gagal, mereka wajar mengadakan protes beramai ramai dengan mengundi Pakatan Rakyat yang hampir pasti diwakili melayu.

Pengaruh MIC yang kian pudar terutama sejak pilihanraya 12 yang lalu adalah antara faktor yang menguatkan tuntutan tersebut.

Namun hampir pasti juga tuntutan kepada PM itu akan mengecewakan. Muhyidin yang kini menduduki kerusi kedua yang dilihat memiliki darah melayu juga akan gagal melakukan sesuatu demi menjaga hati MIC.

Najib tentunya akan mengutamakan sokongan bukan melayu kerana beliau amat memahami jiwa melayu yang mudah dipujuk berbanding bangsa lain.

Bagi MIC pula, mereka tiada pilihan selain mempertahankan kerusi tersebut jika ingin terus berperanan di arena politik negara khususnya dikalangan pengundi India.

Jika kerusi ini dilepaskan kepada Umno, bermakna untuk mendapatkannya kembali adalah satu mimpi ngeri. Ia juga sebagai pembuka laluan kepada tuntutan kerusi lain oleh rakan sekutu BN.

Gerakan di Perak dilihat lebih bijak apabila berjaya mendapatkan kerusi ganti kawasan Taiping yang diserahkan kepada PPP .

Kerusi Bukit Gantang yang ditandingi Kaveays telah diganti dengan kerusi Gerakan di Taiping kerana tuntutan melayu Bukit Gantang yang ingin kerusi itu dikembalikan setelah janji sepenggal untuk PPP.

Kayveas yang dipindahkan ke kerusi Gerakan di Taiping gagal menjadi MP sebaliknya Gerakan yang dipindahkan ke satu lagi kawasan melayu di Gerik setelah ditentang di Lenggong mendapat kerusi selamat . Semuanya kerana sokongan melayu Umno.

Kita nantikan bagaimana tolak tarik yang sedang dirudingkan ini berlangsung. Apakah melayu Umno mampu menunjukkan kejantanan mereka ataupun ianya hanya satu taktik politik murahan. Kita ingin melihat sejauh mana darah melayu yang mengalir dalam tubuh Umno mampu bertahan.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Jamaluddin yang terliur mahu jadi MB Perak



http://misabah.blogspot.com   
Saya tidak fikir rakyat Perak boleh percaya Jamaluddin ditawarkan menjadi Menteri Besar Perak oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pimpinan PKR Perak dan Pusat sangat tahu latar belakang Jamaluddin. Usahkan Menteri Besar, menjadi wakil rakyat dan EXCO yang baik pun tidak ada pada batang tubuh Jamaluddin.

Peringkat awal semua parti ada calon MB Negeri Perak, DAP pun ada calonnya. Tetapi Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak membolehkan orang bukan Melayu dilantik MB Perak. DAP akur dengan peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Nama Jamaluddin juga disebut bakal MB Perak dari PKR kerana dalam PKR dialah yang agak senior dalam parti berbanding adun yang lain.

Saya masih ingat lagi, malam menyambut kemenangan di Ipoh, semua pimpinan tertinggi ketiga-ketiga parti berkumpul di Ipoh, mesyuarat diadakan di pejabat PAS, beberapa nama dikemukakan oleh parti untuk dipilih sebagai Menteri Besar. 6 orang Adun PAS yang menang masing-masing menuding orang lain menjadi Menteri Besar, bermula dengan nama Hj Nizar, beliau tolak kepada YB Zainuddin, YB Zainuddin menuding pula orang lain sehinggalah pusingan itu sampai pula ke YB Hj Nizar. Akhirnya mesyuarat Harian PAS pagi itu bersetuju Hj Nizar adalah calon MB dari PAS berdasarkan hiraki kepimpinan. Beliau Setiausaha Perhubungan PAS Perak ketika itu. Walau bagaimanapun PAS menyerahkan kepada DAP dan PKR untuk membuat keputusan.

Dalam mesyuarat bersama DAP dan PKR, DAP sendiri bersetuju MB Perak dipilih dari kalangan Adun PAS. Pimpinan PKR negeri tidak nampak adanya wakil rakyat mereka yang menang mempunyai kelayakan memegang jawatan no 1 di Perak. Akhirnya subuh 8hb Feb semua setuju Hj Nizar adalah MB Perak kerajaan baru Perak.

Di DUN Behrang, saya mendapat maklumat kononnya rakyat Behrang mahukan adun Behrang dari PKR menjadi MB atas dasar kerusi PKR lebih banyak berbanding dengan PAS. Dan yang terbaik dari PKR tidak lain melainkan Jamaluddin berbanding dengan dua adun Melayu yang lain. Sayangnya pimpinan PR negeri sendiri tidak mencalonkan namanya. Pimpinan PR Perak tentu sangat tahu sebabnya mengapa Jamaluddin tidak ada kelayakan untuk dicalonkan sebagai MB.

Apabila nama Hj Nizar dicadangkan sebagai MB , Jamaluddin dan beberapa rakannya dari PKR sangat tidak puas hati. Ada juga kebimbangan di kalangan pimpinan PR pusat penerimaan kaum masyarakat Cina terhadap MB dari PAS, gambarannya sudah tentulah imej Islam yang akan dibawa oleh MB Perak nanti. Tidak kurang juga ada yang berpandangan, kemungkinan Jamaluddin tidak puas hati yang memungkinkan beliau akan keluar parti dan menyokong BN.

Saya teringat ada pimpinan tertinggi PR menghubungi Ust Ahmad Awang melalui telepon agar jawatan MB diberi kepada PKR atas alasan penerimaan orang Cina lebih selesa sekiranya PKR yang menjadi MB , tidak nampak imej Islam yang dibawa oleh PAS yang boleh merenggangkan hubungan. PJ Perak bertegas keputusan telah dibuat dan dipersetujui, beliau tidak berganjak dengan keputusan.

Proses pemilihan MB Perak di peringkat ketiga-tiga parti selesai. Nama Hj Nizar diangkat kepada Tuanku untuk diperkenan sebagai MB Perak. Tuanku tiada halangan memperkenan Nizar sebagai MB Perak yang ke 10. Pada hari angkat sumpah di Istana Kuala Kangsar, semua pimpinan PAS sudah berada di Kuala Kangsar. Sejam sebelum berlangsung upacara angkat sumpah diadakan, kami dapat panggilan telepon dari Istana Kinta Ipoh. Hj Nizar dan pimpinan utama parti DAP dan PKR dipanggil istana.

Hj Nizar terus bergegas ke Istana, di sana Jamaluddin sudah sedia menanti. Kami dapat maklumat, Jamaluddin mengadap Tuanku dan mempertikaikan cara pemilihan Hj Nizar sebagai MB. Tuanku menangguhkan upacara angkat sumpah. Baginda meminta dibuat pemilihan semula supaya semua pihak puas hati. mesti ada persetujuan bertulis dari semua Adun PAS, DAP dan PKR.

Perundingan diadakan semula. Semua parti diminta oleh Tuanku mengemukakan calon MB masing-masing. DAP yang tahu tidak ada calon yang layak turut menamakan adun mereka sebagai calon MB, PKR negeri pun begitu juga, menghormati kehendak Tuanku, turut menamakan Adun Behrang sebagai calon MB, PAS tetap menamakan Hj Nizar sebagi calon MB. Semua adun dan parti menandatangani persetujuan, bahawa mana-mana calon yang akan dipilih oleh Tuanku nanti adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

Alhamdulillah, Tuanku Sultan Perak berkenan YB Ir Hj Nizar sebagai MB Perak yang ke 10. Kempunanlah Jamaluddin untuk menjawat jawatan MB Perak.

Jelas sebenarnya yang sangat terliur dan teringin sangat nak menjadi MB Perak adalah Jamaluddin, penyokong-penyokongnya di Behrang sudahpun meraikan yang Jamaluddin bakal MB Perak yang baru. Tetapi apakan daya, pimpinan PKR Perak ketika itu sedikit pun tidak nampak Jamaluddin layak memikul tugas utama kepimpinan negeri Perak. Mereka lebih tahu siapa Jamaluddin yang sebenar.

Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Koo Ham terus pertikai polis



IPOH 2 April - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menegaskan bahawa beliau tidak gentar disiasat polis berhubung kenyataannya pada 30 Mac lalu yang menggambarkan seolah-olah polis akan menembak sesiapa yang tidak disukai secara sesuka hati.
Menurutnya, tindakan polis membuka siasatan ke atasnya jelas menunjukkan bahawa polis secara aktif terlibat dalam politik untuk menyebelahi kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang didakwa dipilih secara tidak demokratik.
''Polis kini telah terpesong daripada tugas utama mereka dan terlibat membantu BN mencari kesalahan pemimpin pembangkang.
''Saya tidak takut dengan gertakan kerana saya ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Koo Ham kini disiasat polis di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan bahawa polis mungkin menembak sesiapa yang tidak disukai secara sesuka hati pada satu sidang akhbar selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 30 Selasa lalu.
Menurut Koo Ham, sekiranya polis benar-benar mahu menegakkan undang-undang, mereka perlu membawa anggota polis yang menceroboh sidang DUN dan menarik V. Sivakumar dari kerusi Speaker pada 7 Mei 2009 ke mahkamah.
''Saya mencabar Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah untuk mendedahkan nama-nama semua polis yang masuk ke dalam DUN Perak pada hari itu.
''Oleh kerana polis tidak mendedahkan nama-nama tersebut, Sivakumar tidak dapat menyaman mereka," katanya.