Sunday, December 7, 2014

Madu Ghaib: Sebutan Kes Daftar Nikah Suami Mangsa MH370, 27 Januari Depan


Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 4:12 PM
Azrai Izet Mohamad.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan baharu bagi kes permohonan daftar nikah suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail menetapkan tarikh itu selepas menerima permohonan plantif, Azrai Izet Mohamad, 38, agar kes ditangguhkan bagi urusan penyediaan dokumen.
Azrai Izet diwakili peguam syarie, Wan Amir Akram Zainal Abdin dari firma guaman, Tetuan Amir & Elly Associates.
Terdahulu, Azrai Izet memfailkan permohonan daftar nikah di mahkamah tersebut pada awal November lalu selepas bernikah dengan Suzieliana Zainuddin, 36, untuk kali kedua di Songkla, Thailand.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran untuk mendaftar nikah kali kedua kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isteri seperti yang dituntut walaupun isterinya merupakan penumpang pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.
"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah kali kedua dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah," kata sumber kepada mStar Online.
Menurut sumber, Azrai Izet telah bernikah kali kedua dengan seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.
"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," katanya.
Nor Fadzillah Mat Rahim.
Isteri Azrai, Nor Fadzillah Mat Rahim, 39, merupakan antara 239 penumpang pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Beijing.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.
Sementara itu, Azrai Izet ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Maaf saya tak dapat komen hal peribadi," katanya.

Gelaran dan Pangkat Tidak Penting - Anwar


Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 4:41 PM
Anwar Ibrahim.

KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pangkat dan gelaran tidak penting bagi beliau, katanya merujuk kepada tindakan Istana Selangor menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya sebelum ini. 
Bercakap kepada sekumpulan penganut Katolik di Gereja Holy Family di sini, Anwar berkata Tuhan tidak pernah melihat pangkat dan kedudukan yang dimiliki oleh seseorang individu.
"Tuhan tidak pernah melihat apa gelaran yang kita ada. Tuhan juga tidak melihat apakah pangkat atau jawatan kita pegang, sebaliknya Dia melihat kepada perbuatan baik yang kita lakukan atas nama Tuhan," katanya. 
Anwar turut memberikan contoh seorang pemerintah Mesir kuno yang cukup berpengaruh, iaitu Firaun yang memiliki kuasa, kekayaan dan pangkat namun Tuhan membencinya kerana sikapnya yang tamak dan tidak percaya kewujudan tuhan. 
"Apa yang Tuhan lihat ialah perbuatan baik yang kita lakukan sesama insan, tanpa mengira warna kulit, agama mahupun kepercayaan," katanya. 
Pada Khamis, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan kepada Anwar sejak tahun 1992. 
Pihak istana memaklumkan penarikan balik darjah kebesaran itu dibuat kerana Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah mempersoalkan integriti Sultan Selangor dan institusi diraja ketika krisis Menteri Besar di negeri itu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak pernah meminta gelaran tersebut, sebaliknya beliau sangat berterima kasih kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mengurniakan gelaran tersebut kepadanya. 

Isu Bible: Azmin Tutup Mulut


Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 5:10 PM

KAJANG: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menutup mulut terhadap dakwaan wujudnya cop amaran dalam bible Bahasa Malaysia dan Iban yang dipulangkan semula kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) bulan lalu. 
Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis di Gereja Holy Family Kajang di sini pada Ahad, Azmin hanya menjawab isu tersebut tela diselesaikan.

"Ia telah selesai, jangan timbulkan sebarang provokasi," kata Azmin ringkas sebelum meninggalkan premis berkenaan.

Sebuah portal berita melaporkan bible berkenaan telah dicop dengan tulisan dalam bahasa Melayu yang melarang bible tersebut diedarkan di Selangor selari dengan enakmen negeri.

Tulisan tersebut berbunyi: "Hanya untuk kegunaan orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan mana-mana bahagian seperti yang termaktub dalam Seksyen 9 (1), Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Memetik sumber, laporan berita tersebut berkata BSM tidak langsung mengetahui mengenai amaran tersebut hinggalah bible berkenaan dipulangkan semula.

Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu pejabat BSM di Petaling Jaya dan merampas 321 bible dengan alasan ia telah melanggar Enakmen Agama Bukan Islam, 1988 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Bible tersebut akhirnya dipulangkan semula kepada BSM bulan lalu, sebelum ia diedarkan kepada orang Kristian di Sarawak.

Semua mangsa pesawat MH17 warga Australia sudah dikenal pasti



A pro-Russian separatist watches as a crane carries wreckage of the downed Malaysia Airlines flight MH17 at the site of the plane crash near the village of Hrabove (Grabovo) in Donetsk region, eastern Ukraine November 16, 2014. Local emergency services have begun collecting parts of the wreckage from its crash site in the middle of the conflict zone, Dutch air accident investigators said on Sunday. Dutch inspectors had hoped to collect the parts themselves, following the downing of the flight on July 17 that killed 298 people, two thirds of them Dutch citizens. But they remain concerned about the safety of their staff in the rebel-held conflict zone, and so have decided to work with local services following an initial focus on finding human remains and belongings. REUTERS/Maxim Zmeyev (UKRAINE - Tags: DISASTER POLITICS TRANSPORT)
MELBOURNE: Kesemua 38 mangsa warga Australia yang terkorban dalam pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kini sudah dikenal pasti, umum Kerajaan Australia berdasarkan pihak berkuasa Belanda.
Satu kenyataan bersama daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Menteri Luar Julie Bishop menegaskan tekad kerajaan untuk mengheret penyerang ke muka pengadilan tidak pernah berganjak.
"Penemuan, pengenalpastian dan pengumpulan mayat mangsa merupakan proses yang sukar tetapi cermat," kata kenyataan itu.
"Ini saat-saat yang cukup menyulitkan buat keluarga berkenaan dan juga seluruh rakyat Australia.
"Selepas menunggu sekian lama, kita sekarang mendapat kepastian bahawa mangsa Australia itu telah diberikan digniti an penghormatan sewajarnya".
Pihak berkuasa Belanda menyatakan sejumlah 292 mangsa penerbangan MH17 kini dikenal pasti dengan positif.
Pesawat Malaysia Airlines itu ditembak jatuh pada 17 Julai, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
Lebih dua-pertiga daripada mereka ialah warga Belanda.
Bangkai pesawat itu yang ditemui di lokasi ia terhempas akan dipasang semula untuk tujuan siasatan di sebuah pangkalan tentera di Belanda. - BERNAMA