Showing posts with label derma. Show all posts
Showing posts with label derma. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Amir Shah rayu simpati penderma hati



RAMLAH melihat keadaan kaki Amir yang bengkak akibat sirosis di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja hotel di sini yang menderita penyakit sirosis hati (pengerasan hati) sejak dua tahun lalu merayu bantuan orang ramai untuk menderma hati kepadanya.
Pesakit tersebut, Amir Shah Osman, 55, berkata, dia amat memerlukan hati baharu kerana tahap fungsi organnya itu kini cuma tinggal 10 peratus selepas menderita penyakit tersebut sejak tahun 2009.
“Doktor memberitahu penyakit sirosis hati yang dialami saya boleh mengakibatkan kanser hati sekiranya tidak menerima rawatan yang sewajarnya dengan segera.
“Oleh itu, saya merayu supaya ada pihak yang mahu mendermakan hatinya kepada saya bagi membolehkan saya meneruskan kehidupan seperti biasa bersama keluarga,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya di Bangsar, di sini semalam.
Amir Shah berkata, akibat penyakit itu, dia terpaksa berhenti kerja sejak awal April lalu. Kini segala perbelanjaan rumah ditanggung isterinya yang bekerja sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan.

Tuesday, April 26, 2011

William-Middleton hanya minta derma sebagai hadiah




PUTERA WILLIAM dan Kate Middleton.


LONDON - Pewaris kedua takhta England, Putera William dan bakal isterinya, Kate Middleton meminta orang ramai yang berhasrat memberikan hadiah sempena majlis perkahwinan mereka pada 29 April depan hanya memberikan sumbangan wang kepada 26 pertubuhan kebajikan.
Derma itu akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang diasaskan oleh William bersama adiknya, Putera Harry sebelum ini.
Orang ramai boleh memberikan sumbangan itu di laman www.royalweddingcharityfund.org.
Kerajaan Kanada yang terkenal dengan memberikan hadiah perkahwinan kepada pasangan diraja Britain tidak akan mengumumkan hadiah yang bakal diberikan sehingga pada hari perkahwinan tersebut.
William dan Middleton akan melangsungkan perkahwinan di sini pada 29 April ini dengan hanya 1,900 orang tetamu diundang terdiri daripada keluarga, beberapa pemimpin negara asing, rakan terdekat, diplomat, pegawai asing, tentera dan pekerja kebajikan. - Agensi

Thursday, December 16, 2010

Nik Aziz derma simpanan tanda syukur bebas siasatan rasuah




2010/12/16

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya. 

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.
"Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, semalam bahawa SPRM menutup kes melibatkan beliau dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. - BERNAMA 

Sunday, September 19, 2010

Kes bunuh Sosilawati: RM1j setahun

BATU PAHAT: Pengasas rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bukan saja membantu menyediakan pekerjaan bagi membaiki taraf hidup ahli keluarga, malah memperuntukkan RM1 juta setahun bagi membiayai perbelanjaan anak yatim di seluruh negara.
Katanya, keluarga bukan mahu bermegah atau berbangga dengan pemberian kakaknya, namun berasa terharu kerana kakaknya tidak pernah melupakan asal usul dan menghulurkan bantuan kepada pelbagai pihak yang memerlukan.

“Hubungan kami rapat, namun keluarga tidak pernah mengambil tahu perbelanjaan dan cara Kak Wati menggunakan wangnya.

“Namun apabila Dr Robia memberitahu Kak Wati memperuntukkan RM1 juta untuk anak yatim seluruh negara setiap tahun, kami rasa terharu.

“Bukan niat mahu bermegah, tetapi terharu kerana ia membuktikan Kak Wati tidak pernah lupa pada awal perjalanan hidup kami yang susah dengan menghulurkan bantuan bagi membantu insan kurang bernasib baik ketika dia menerima rezeki yang melimpah ruah,” katanya.

Menurutnya, selain menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, kakaknya tidak lupa membantu adik-beradiknya bagi membolehkan mereka membaiki taraf hidup.

Katanya, selain sifat tidak suka meninggi diri, Kak Wati sentiasa mencari peluang membantu adik beradik, terutama menyediakan peluang pekerjaan.

Ketua Kampung Sri Menanti, Sri Medan, Omar Salleh, 63, berkata Sosilawati sebenarnya tidak suka pemberiannya diperbesarkan kerana tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk sedangkan dia ikhlas memberi bantuan.

“Sifat pemurah Sosilawati banyak membantu penduduk dengan memberi bantuan berterusan kepada Masjid Seri Dayong, Sri Medan; surau di Kampung Sri Menanti dan sekolah angkatnya, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong serta Sekolah Agama Seri Dayong.

“Ketiadaannya bukan saja menyedihkan keluarga dan penduduk, malah murid sekolah yang banyak merasai pemberiannya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan teliti bagi menjawab kehilangan Sosilawati.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, penduduk menghormati keluarga itu yang melalui pelbagai dugaan sepanjang tahun ini, terutama kehilangan Sosilawati.

“Jika benar suspek melakukan pembunuhan kejam itu, kami berharap hukuman keras dijatuhkan terhadap mereka.

“Kehilangan Sosilawati bukan saja ditangisi keluarga, malah penduduk kampung terasa kehilangan beliau yang banyak menabur jasa di kampung ini.

“Wang boleh dicari tetapi nyawa tidak boleh diganti, berikutan itu penduduk berharap jika benar Sosilawati dibunuh, biar pelakunya mendapat balasan setimpal,” katanya.

Katanya, hampir setiap hari dia melawat keluarga Sosilawati untuk memberi sokongan dan berharap keluarga berkenaan tetap tabah mengharungi ujian ini.

Seorang lagi penduduk, Tukinah Samsuri, 40, berkata kali terakhir dia menemui Sosilawati ketika kenduri tahlil arwah sebelum Ramadan lalu.

“Sejak berita pembunuhannya disiarkan akhbar, perasaan bimbang penduduk bertukar sedih dan berharap penjenayah berkenaan akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Adik ipar Sosilawati, Misjan Jamikun, 48, berkata keluarganya membuat persiapan bagi mengkebumikan jenazah berbentuk tulang atau cebisan daging jutawan itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Menanti.

Monday, July 5, 2010

Mati semasa menderma darah



Posted on the July 5th, 2010 under BeritaHealthTempatan by Syedz
15/7

GEORGE TOWN – Setiap kali berlangsung kempen menderma darah di tempatnya, Ho Chuan Poh, 55, (gambar) merupakan antara orang pertama tampil untuk sama-sama menderma darah.
Bagaimanapun, hasrat tukang paip itu untuk menderma darah buat kali ke-45 semalam tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat berlaku komplikasi secara tiba-tiba semasa proses derma darah sedang dilakukan terhadapnya.
Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu berlaku pada majlis kempen derma darah anjuran Persatuan Hui Yin Seh di Air Itam dekat sini.
Chuan Poh yang pengsan secara tiba-tiba diberikan bantuan kecemasan oleh doktor dan petugas Unit Bank Darah Hospital Pulau Pinang (HPP) sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke HPP.
kredit : kosmo.com.my