Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Ketua syarikat pakaian Perancis mohon maaf


         
PARIS: Ketua sebuah syarikat pakaian Perancis, Zadig & Voltaire memohon maaf kepada pelancong China selepas berkata, kedatangan mereka di sebuah hotel eksklusif yang baru tidak akan diialu-alukan.

Pengasas syarikat, Thierry Gillier memberitahu jurnal industri fesyen, ‘Women’s Wear Daily’ bulan lalu: “Kami akan memilih tetamu. Sebagai contoh, ia tidak akan dibuka kepada pelancong China.” Artikel itu bagaimanapun dipinda untuk membuang rujukan kepada pelancong China dan digantikan dengan ‘pelancong yang datang beramai-ramai menaiki bas.’ Bagaimanapun, ia tetap mencetuskan kemarahan pelayar Internet yang menyuarakan kemarahan mereka menerusi media sosial dan laman web di China.


“Ini jelas diskriminasi kaum. Tidak semua rakyat China tidak beradab. Ramai lagi yang beradab,” kata seorang pengguna portal popular China, Sina.com. - AFP

Friday, January 20, 2012

Pemblog RBF mohon maaf, mahu tutup isu Wardina



wardina saffiyah
SHAH ALAM - Pengendali blog RuangBicaraFaisal (RBF) memutuskan untuk menamatkan kontroversi berhubung kejadian samun melibatkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah dan keluarganya, Khamis lalu dengan memohon maaf atas tulisannya baru-baru ini.

Semalam, Wardina menjemput penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com itu agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang dilalui keluarganya minggu lalu lakonan atau pun kisah benar.
Faisal berkata, beliau tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi isu berkenaan.
"Atas dasar menghormati nasihat seorang pemimpin besar yang sampai ke pengetahuan saya melalui khalifah-khalifahnya, maka dengan ini saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tulisan saya berhubung kes pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina dan keluarganya," kata Mohd Faisal dalam entri terbaru di blognya.
Faisal menambah, beliau juga telah mengeluarkan tulisan-tulisannya sebelum ini berhubung persoalan-persoalan ditimbulkan.
"Tujuannya agar ia tidak terus menjadi perdebatan di ruangan komen yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya.
Beliau menambah, "ada komen yang menyokong saya, ada komen yang menyokong Wardina. Apabila dibiarkan berterusan ia menjadi perdebatan hingga meleret-leret, dan keluarlah komen-komen yang menggunakan bahasa tidak sopan serta macam-macam cerita lain yang tidak ada kena mengena."
Beliau juga berkata, sepertimana yang dijelaskan olehnya semalam, kejadian yang menimpa Wardina benar-benar berlaku dan bukannya lakonan atau dirancang.
"Saya tamatkan isu tersebut disini dan sekali lagi saya mohon maaf kepada Wardina dan suaminya," katanya.
Laporan media semalam menyebut bahawa Wardina menjemput Mohd Faisal agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.
Bagaimanapun laporan itu menggunakan nama Exco Pergerakan Pemuda Umno itu Tun Faisal Ismail Aziz.
Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan itu.
"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.
"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujar Wardina mengulas mengenai tulisan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.
Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Sunday, December 25, 2011

MyKad: JPN mohon maaf kepada Mufti Perlis

JUANDA
KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak, baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said, dalam satu kenyataan hari ini, berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

"JPN sudah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan sudah diambil supaya semua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan semalam.

Kelmarin, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN selepas dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

Jariah berkata, kad pengenalan pemohon sudah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya MyKad: JPN mohon maaf kepada Mufti Perlis - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Saturday, December 3, 2011

Tunku 'Abidin mohon maaf

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Akhbar The Star diberi masa tiga hari untuk memohon maaf ekoran tindakan seorang kolumnisnya, Presiden Ideas, Tunku 'Abidin Muhriz yang mengumpamakan pemimpin UMNO seperti lintah.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika gagal berbuat demikian pihak terbabit perlu bersedia menghadapi saman malu daripada UMNO.
"Saya sudah membawa perkara ini kepada peguam untuk dibuat penelitian. Ini adalah suatu fitnah dan tohmahan yang sepatutnya tidak dilakukan.
"Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu adalah salah," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.
Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, perumpamaan yang diberikan penulis tersebut sangat tidak wajar.
"Proses untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO bukanlah urusan mudah kerana perlu melalui banyak tapisan. Ia melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya," katanya.
Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kemerdekaan negara.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan tindakanThe Star yang menerbitkan artikel tersebut ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung.
"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang menghairankan mengapa The Star membiarkan berita yang boleh menimbulkan kemusykilan kepada pembaca dikeluarkan," katanya.
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, artikel-artikel seumpama itu sememangnya kerap diterbitkan oleh The Star.
"Saya tidak hairan dengan kenyataan itu kerana mereka (The Star) sering menggunakan kolumnis yang berfikiran liberal untuk meranap agenda Melayu. Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu," katanya.
Sementara itu, menurut laman web The Star, Tunku 'Abidin malam ini meminta maaf secara terbuka berhubung artikelnya mengenai lintah di PWTC yang mencetus suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO.
Menurutnya, artikel itu telah dijelaskan secara analogi kepada 'beberapa individu' tetapi malangnya terdapat pihak yang menganggap komen itu ditujukan kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO itu.
"Saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel saya mengenai lintah-lintah di PWTC minggu ini.
"Sesiapa yang pernah membaca artikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu bahawa saya sangat kagum dan amat menghormati pemimpin UMNO," katanya.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

Wednesday, November 30, 2011

Nga Kor Ming mohon maaf hina MB Perak

Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 30, 2011
Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR - Setelah dikecam hebat, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya ‘hitam metalik’.
"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 November lepas.
Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam.
Dalam permohonan maafnya itu, Kor Ming bagaimanapun berkata, kenyataannya mengenai ‘hitam metalik’ itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambilanalih kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan Barisan Nasional yang dianggapnya tidak sah.
"Secara peribadi, saya tidak membenci Dr Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara,” katanya.
Nga Kor Ming mohon maaf hina MB Perak - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Friday, September 9, 2011

Lim Guan Eng Tuntut Utusan Mohon Maaf

GEORGE TOWN: Satu notis tuntutan dikeluarkan kepada Utusan Melayu (M) Bhd dan editornya, meminta mereka menarik balik dan meminta maaf kerana menyiarkan satu artikel yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyalahguna kuasa berhubung pembinaan sebuah lot parkir kereta di Bukit Bendera.
Penasihat undang-undang Lim, Jagdeep Singh Deo berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Utusan.
"Lim telah menafikan bahawa wujud sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa berhubung perkara itu. Ini merupakan pernyataan fitnah berniat jahat dan serius yang ditujukan kepada anak guam saya," katanya di sini, Khamis.
Beliau mendakwa Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel itu pada Selasa.

Sunday, August 21, 2011

Akhbar Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga

JAKARTA: Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan mengenai bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
"Atas berita itu, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar berkenaan dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata, beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
"Saya terperanjat dengan laporan itu. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini berkata, beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

"Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana Menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yang sudah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.

"Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib.

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri mengenai perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas.

"Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata, rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.

"Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.

"Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib. - BERNAMA , bharian

Saturday, June 18, 2011

Yusof Haslam mohon maaf



YUSOF (kanan) bersama Syamsul bersalaman dengan Roslan di Restoran Haslam di Jalan Pahang, malam tadi.
YUSOF (kanan) bersama Syamsul bersalaman dengan Roslan di Restoran Haslam di Jalan Pahang, malam tadi.

Penerbit filem, PEKIDA berdamai

KUALA LUMPUR: Demi menjernihkan keadaan dan memelihara perpaduan sesama Islam, penerbit filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam memohon maaf kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) berhubung kontroversi penggunaan beberapa nama panggilan yang dikatakan sinonim dengan pertubuhan itu melalui filem aksi terbabit, baru-baru ini.
Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions berkata, kontroversi itu tercetus disebabkan salah faham, bukannya salah PEKIDA atau Skop Productions.
“Saya dengan rasa rendah hati, menghulur tangan tanda persahabatan, demi Tuhan saya langsung tidak ada niat walau sebesar kuman untuk mempersendakan PEKIDA.

“Mungkin penggunaan beberapa nama panggilan di dalam KL Gangster membuatkan beberapa ahli PEKIDA terasa hati dan terkena tempias.

“Apabila wujud salah faham, ia berlaku secara kebetulan dalam filem, bahasa filem tak sama dengan bahasa di luar,” katanya pada majlis kesyukuran dan musyawarah antara Skop dan PEKIDA di Restoran Haslam, di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman. Hadir sama, pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof Haslam dan pelakon filem itu seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.
Turut hadir, penerbit filem Kongsi, David Teo dan produser drama terkenal, Mohd Noor Kadir.
Berita Harian Online | Yusof Haslam mohon maaf

Tuesday, April 26, 2011

Wakil rakyat minta maaf kepada umat Islam



TAIPEI - Seorang wakil rakyat Taiwan memohon maaf kepada umat Islam semalam selepas beliau dan isterinya melabelkan orang Islam sebagai militan dan menyamakan mereka dengan ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden ketika beliau berjenaka dalam satu rapat umum politik.
"Saya memohon maaf jika apa yang kami katakan di pentas membuatkan orang Islam marah," kata ahli politik berkenaan, Yu Tien daripada parti pembangkang, Parti Demokratik Progresif (DDP).
Peristiwa kontroversi itu berlaku semasa Tien dan isterinya, Lee Ya-Ping berkempen mewakili parti mereka. - AFP

Wednesday, March 16, 2011

Gabenor Tokyo mohon maaf


TOKYO: Gabenor bandar raya ini, Shintaro Ishihara yang terkenal kerana sikap konsevatifnya semalam memohon maaf kerana menyifatkan gempa bumi dan tsunami sebagai ‘balasan tuhan.’
“Ulasan saya mengenai bencana itu menghiris perasaan mangsa dan penduduk Tokyo.

“Saya memohon maaf,” kata Ishihara, 78 yang akan bertanding semula untuk mempertahankan jawatannya 10 April depan, pada satu sidang akhbar.
Kelmarin, gabenor itu berkata, rakyat Jepun semakin tamak dan kes penduduk negara itu yang mengambil wang pencen ibu bapa mereka dengan melengahkan laporan kepada pihak berkuasa mengenai kematian mereka.

“Adalah perlu untuk membersihkan jiwa yang tamak dengan tsunami,” kata Ishihara kepada wartawan Isnin lalu.

“Saya berpendapat ia adalah balasan tuhan.” Beliau menarik balik kenyataan itu ketika pihak berkuasa Jepun berusaha mengelak peleburan terhadap loji nukelar dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa daripada bencana Jumaat lalu.
Ishihara yang pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen, Jumaat lalu mengumumkan pencalonannya untuk penggal keempat sebagai gabenor Tokyo.

Beliau terkenal kerana pandangannya yang bersifat kebangsaan, termasuk menafikan kekejaman Jepun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, seperti Pemerkosaan Nanking. - AFPmyMetro

Thursday, December 16, 2010

Anwar mahu Mahathir minta maaf




KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengemukakan surat bagi menuntut permohonan maaf daripada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa akhbar berhubung pendedahan WikiLeaks mengenai tuduhan liwat membabitkannya.
Peguam Datuk Seri Anwar, Encik S.N. Nair, berkata beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Dr Mahathir kelmarin.Pihaknya juga menuntut supaya Dr Mahathir menarik balik kenyataannya itu.Sebarang tindakan lanjut, sama ada memfailkan saman atau tidak, bergantung pada reaksi terhadap surat tuntutan berkenaan.'Pada peringkat ini kami masih lagi dalam proses perbincangan dan mengumpulkan maklumat untuk dikemukakan sebagai bukti,' katanya seperti ditukil Berita Harian Malaysia.Sementara itu, pengarah strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Tian Chua, menggesa Singapura agar menjelaskan kandungan kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks itu.Beliau sudah menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk meminta penjelasan.'Jika kabel itu sahih, ulasannya sesuatu yang ofensif bagi Malaysia,' katanya.Sewaktu ditanya sama ada Datuk Seri Anwar akan turut menyaman Menteri Pembimbing Singapura, Encik Lee Kuan Yew, Encik Nair menjawab:'Sehingga kini, belum ada sebarang arahan daripada anak guam saya untuk menyaman Encik Lee.' - The Star, Utusan Malaysia.

Wednesday, November 10, 2010

Asri mohon maaf cadang Anwar 'bersara'

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon maaf atas pandangan sebelum ini yang mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya "bersara politik."klik sini

"Justeru, sebagai saudara Muslim, saya sekali lagi – seperti kenyataan awal - pohon kemaafan atas pandangan tersebut.

"Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah SWT mendatangkan hal yang sebaliknya. Dia Maha Mengetahui segalanya," katanya.

Bagaimanapun, beliau menafikan digunakan oleh akhbar Umno Utusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Anwar sebagai ketua pembangkang.

Menyifatkan dakwaan 'digunakan' terhadapnya sebagai agak berat, Mohd Asri menjelaskan cadangannya supaya Anwar 'bersara politik' bukan berkaitan peribadi, sebaliknya pandangan politik yang berniat baik.

NONE"Pada awal moderator (blog saya) Minda Tajdid sendiri pun risau (dengan pandangan saya). Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia.

"Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar," katanya sambil memberitahu tidak pernah memusuhi, bahkan simpati dengan keadaan Anwar sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Anwar hari inimempersoalkan masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali.

Anwar mendakwa terdapat kempen bersepadu di Utusanmenggunakan Dr Mohd Asri dan lidah pengarang akhbar itu supaya beliau meletakkan jawatan.

Tidak di belakang Zaid, Mustaffa Kamil
Dalam surat terbukanya kepada Anwar petang ini, Dr Mohd Asri berkata, selain tajuk yang 'garang', laporan di Utusan sebelum ini daripada laman blognya dipetik dengan tepat.

"(Ia) bukan kenyataan eksklusif untuk mereka. Sebaliknya, The Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya.

NONE"Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan," katanya.

Menurut Mohd Asri lagi, beliau sendiri tidak tahu bahawa dua calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub - yang turut dikaitkan dalam 'perancangan' itu - akan mengeluarkan kenyataan mengkritik Anwar dan PKR.

"Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka," kata Dr Mohd Asri.

Sambil mengakui kelebihan Anwar dalam politik - terutama dalam pemikiran Islam, pidato dan umur - Dr Mohd Asri yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu perlu mengambil kira banyak persoalan lain.

SMS pada Anwar
"Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa.

azlan"Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot," jelas beliau lagi.

Selain itu, Dr Mohd Asri berharap apa yang berlaku tidak merosakkan hubungan sesama Islam dengan Anwar.

"Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi.

"Saya telah SMS secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi," katanya.
http://www.malaysiakini.com