Showing posts with label ragut. Show all posts
Showing posts with label ragut. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Suspek kes ragut ditahan sebelum menaiki pesawat



Jalaluddin Abdul Rahman (kiri) menyerahkan 1Malaysia Privilege Card kepada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 23 Sept. - Polis menahan seorang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam dua kes ragut melibatkan seorang guru dan doktor kelmarin, semasa suspek cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini pagi ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya suspek berusia 19 tahun itu terlibat dalam kedua-dua kes ragut tersebut dengan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan, berdasarkan modus operandinya.
"Kita telah menahan remaja yang berusia 19 tahun pukul 11.30 pagi ini ketika dia cuba melarikan diri dengan pesawat ke satu destinasi selepas mendapat maklumat hasil daripada siasatan yang kita jalankan.
"Pihak polis percaya remaja terbabit merupakan suspek utama ke atas dua kes ragut iaitu di Pasir Tumboh dan Kubang Kerian kelmarin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Sebelum sidang akhbar tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada 152 anak pegawai serta anggota polis dan kad diskaun1Malaysia Privilege Card.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang guru diragut dan dilanggar sebelum digilis di perut oleh suspek ketika keluar dari sebuah bank di Pasir Tumboh pukul 8 pagi kelmarin. Sebelum itu, seorang doktor turut diragut di Kubang Kerian.
Pada 30 Ogos lalu, seorang wanita cedera parah di tangan kiri akibat ditetak ketika cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dalam kejadian di Jalan Sultanah Zainab di sini.
Sementara itu, Jalaluddin berkata, berdasarkan statistik, kes ragut di negeri tersebut tidak membimbangkan tetapi menyifatkannya sebagai 'menyakitkan hati'.
"Dalam bulan ini hanya ada lima kes ragut di seluruh Kelantan tetapi tiga daripadanya amat 'menyakitkan hati' kerana penjenayah bukan sahaja meragut tetapi turut mencederakan mangsa tanpa belas kasihan.
"Daripada kes tersebut satu daripadanya akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat dan untuk dua kes lagi kita telah menahan suspeknya hari ini," katanya.
Beliau yang tidak menolak kemungkinan kes itu berpunca pengaruh dadah berkata, pihaknya telah merancang strategi khusus untuk menangani masalah tersebut.
"Hari ini saya telah mengadakan mesyuarat bersama dengan semua ketua jabatan dan ketua polis daerah bagi merancang strategi khusus untuk membanteras jenayah berprofil tinggi seperti kes ragut dan samun di negeri ini,'' katanya.
"Salah satu daripadanya kita akan meneruskan Ops Sayang dengan menempatkan lebih 100 anggota polis wanita di seluruh bandar ini bagi memberikan kesedaran mengenai kes-kes ragut dan samun," katanya.

Sunday, October 3, 2010

Tolonglah, saya nak jumpa anak'




WAN NORESAH bermain bersama anaknya, Danish Rayyan Izuwan Rafiwel di HTAA, Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang kerani cedera di bahagian mata dan tengkuk selepas dilanggar sebelum kepalanya dipukul dengan topi keledar oleh peragut semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang di sini Khamis lalu.
Akibat kejadian itu, Wan Noresah Mat Isa, 24, yang trauma terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi mendapatkan rawatan.
Menceritakan kejadian itu, Wan Noresah berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Jaya Gading di sini dengan menaiki motosikal.
"Apabila sampai di satu simpang gelap berdekatan rumah saya, tiba-tiba sebuah motosikal meluru dan melanggar saya menyebabkan saya terjatuh.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Friday, September 17, 2010

Jururawat diragut beraya atas katil

AMPANG: Seorang wanita terpaksa menyambut lebaran di atas katil selama sembilan hari selepas cedera akibat diragut berhampiran bulatan Taman Seraya, di sini, dua hari sebelum Aidilfitri lalu.
Mangsa, Azlina Yamin, 28, yang juga seorang jururawat patah tulang rusuk, luka bahu dan dua kaki apabila ditolak peragut yang cuba merampas rantai lehernya sebelum dia ditolak dan terseret bersama motosikalnya.
Difahamkan, peragut terbabit bertindak kejam apabila dia yang cuba menarik rantai mangsa gagal selepas mangsa yang menunggang motosikal berseorangan menepis tangannya.

Bagaimanapun, peragut terbabit naik angin dan sekali lagi cuba merampas rantai leher mangsa, namun gagal sebelum nekad menolak motosikal mangsa.

Perbuatan itu bukan saja membuatkan mangsa terpaksa menanggung kesakitan, malah kini trauma untuk menunggang motosikal berseorangan. Mangsa yang ditemui berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari, 8 September lalu, ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah hospital swasta di Ampang ke rumahnya di Hulu Langat.

“Saya perasan ada sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki mengekori ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran Taman Seraya.

“Bagaimanapun, saya tidak peduli,” katanya.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, gerak hatinya mula berasa pelik dan curiga kerana lelaki terbabit langsung tidak memotong.

“Namun, dia menghampiri motosikal saya sebelum cuba merentap rantai leher, namun tidak berjaya kerana saya menepis tangannya,” katanya.

Menurutnya, peragut terbabit tidak berpuas hati sekali lagi menghampiri motosikalnya.

“Peragut terbabit cuba merampas rantai leher, namun gagal kerana saya menepis tangannya. “Tindakan saya itu membuatkan dia berang sebelum menolak pemegang motosikal menyebabkan saya tersungkur dan terseret bersama motosikal,” katanya.

Tuesday, June 1, 2010

25 peragut bersaudara

 SEBAHAGIAN daripada peragut dibawa ke lokap  selepas ditahan ketika meragut  di Karnival Jom Heboh di Kangar kelmarin.
SEBAHAGIAN daripada peragut dibawa ke lokap selepas ditahan ketika meragut di Karnival Jom Heboh di Kangar kelmarin.


KANGAR: Seramai 25 peragut, sebahagian besarnya mempunyai pertalian keluarga, termasuk ibu dan anak perempuan, ditahan dalam operasi khas polis Perlis selepas dikesan aktif meragut sempena Karnival Jom Heboh TV3 di sini, kelmarin.

Berikutan itu, polis menemui 37 rantai leher, 14 loket, sembilan rantai tangan dan kaki yang keseluruhannya bernilai RM26,500 diragut kumpulan itu pada program yang berlangsung selama dua hari berhampiran Stadium Utama Kangar, di sini.
Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Mohd Amin, berkata 25 suspek iaitu 12 lelaki dan 13 perempuan berusia antara 18 hingga 46 tahun yang semuanya berasal dari Sabah dikesan bergerak aktif menjalankan kegiatan ragut sempena majlis keramaian.
“Polis menerima 11 aduan mengenai kes ragut membabitkan mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun yang mengunjungi Jom Heboh dan segera menubuhkan skuad khas memantau kegiatan itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis (IPK) di sini, semalam.

Beliau berkata, empat suspek pertama, termasuk dua wanita ditahan bersama dua gunting sebelum, polis menyerbu sebuah hotel di Kuala Perlis dan menahan 21 ahli kumpulan peragut yang sebahagian besarnya mempunyai pertalian keluarga menginap di tujuh bilik di situ.

“Siasatan awal mendapati, kumpulan itu datang ke sini hanya untuk meragut. Polis turut menemui diari tercatat beberapa majlis keramaian yang akan menjadi sasaran mereka,” katanya.

Ghazali berkata, polis turut menahan tiga suspek pembeli berasal dari Perak dan Pulau Pinang yang mengikuti kumpulan terbabit bersama alat penimbang emas serta 80 gram emas yang baru dibeli.
Beliau berkata, modus operandi mereka adalah bergerak dalam kumpulan kecil dengan mengenal pasti kanak-kanak yang memakai barangan kemas.

serta mengelilingi mangsa sambil bermain manja sebelum meragut.

Semua 25 suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Jospeh Gaisah, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, bagi tujuan keselamatan untuk membaca perintah reman kepada semua suspek, pagi semalam.

Saturday, May 8, 2010

Ragut kali ke 300 baru dapat tangkap, cekap sungguh polis malaysia


Dua lelaki terlibat 300 kes ragut ditahan di bawah Seksyen Ordinan Darurat

08/05/2010 4:49pm

KUALA LUMPUR 8 Mei - Dua pemuda yang terlibat dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang kini ditahan selama 60 hari mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969 bermula Khamis lepas sehingga polis menerima bukti lengkap untuk membuat pertuduhan terhadap mereka di mahkamah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritenden Abdul Rahim Hamzah Osman berkata, mereka yang masing-masing berumur 22 dan 20 tahun itu ditahan pada 25 April lepas dan kertas siasatan berhubung kes mereka telahpun diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Suspek pertama yang berusia 22 ditahan atas dua kesalahan iaitu meragut dan menyebabkan kematian manakala suspek kedua ditahan atas kesalahan meragut.
"Kertas siasatan mengenai kedua-dua kes meragut dan menyebabkan kematian telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa ke pertuduhan namun kerana kurangnya bukti, mereka diletakkan di bawah Ordinan Darurat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kedua-dua suspek itu ditahan pada hari sama di lokasi berasingan setelah lebih empat bulan menjadi buruan polis. - Bernama