Thursday, July 7, 2011

Lagi ahli Pas didakwa jual kemeja T Bersih



KOTA BHARU – Seorang ahli Pas menjadi individu kedua dihadapkan ke mahkamah berhubung dakwaan menjual kemeja T Bersih di bawah Akta Pertubuhan membabitkan isu Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Sabtu ini.

Pendakwaan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dibuat di hadapan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin di Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu, di sini, semalam.

Zakaria Che Wail berdepan tuduhan menjual 388 kemeja T pertubuhan haram berkenaan di Pasar Pagi, Jalan Dato Pati, di sini pada jam 10.45 pagi, 1 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Abd Razak Wan Hussin mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Pada prosiding di mahkamah semalam, tertuduh merekodkan pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan jurubahasa mahkamah. Berikutan itu, sementara menunggu tarikh sebutan semula kes berkenaan, tertuduh yang beralamat dari Taman Mutiara, Wakaf Baharu, itu dibenarkan diikat jamin RM4,000.
SH

Wakil Rakyat PKR Mohon Maaf Daripada Wardina

Wardina

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad memohon maaf daripada pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, kerana kontroversi kehadirannya menyampaikan motivasi keibubapaan anjuran Parti Keadilan Rkayat (PKR) di Desa Mentari di sini pada 26 Jun lalu.

Nik Nazmi berkata, beliau mengundang Wardina menghadiri aktiviti yang dikenali Karnival Mesra Rakyat itu atas kapasiti Wardina sebagai ikon muslimah muda tanpa ada maksud untuk menimbulkan sebarang spekulasi.

“Saya ingin meminta maaf kepada Wardina memandangkan kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat ini telah menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.

"Saya ingin menegaskan saya tiada niat mengundang spekulasi pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti kerajaan bukan BN (Barisan Nasional) ketika menjemput beliau hadir ke karnival ini.

“Wardina merupakan sahabat baik saya dan saya menganggapnya sebagai ikon muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi blognya, niknazmi.com, Rabu.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Pada 29 Jun lalu Wardina membuat sidang media bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Wardina dikatakan tidak mengetahui agenda majlis berkenaan sehinggalah ketika dia tiba di lokasi tersebut apabila ia melibatkan majlis kemasyarakatan yang turut dihadiri oleh pemimpin PKR lain termasuklah Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Nik Nazmi berkata, acara mesra rakyat tersebut dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan-Persatuan Penduduk Desa Mentari.

Selain Wardina katanya, ia turut dihadiri oleh selebriti sukan tanah air antaranya ikon bola sepak negara, Safee Sali dan beberapa pemain bola sepak Selangor yang memenangi Piala Suzuki AFF iaitu Amri Yahyah, Razman Roslan, Asraruddin Putera Omar, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan penulis terkenal, Uthaya Sankar SB.

Dalam kenyataan media itu juga Nik Nazmi turut meminta semua penulis bloq agar menghentikan tindakan menyerang Wardina selain menghormati keputusan mana-mana artis yang hadir dalam apa juga program kemasyarakatan tanpa memikirkan siapakah penganjurnya.

“Saya mengeluarkan kenyataan ini kerana mahu mempertahankan Wardina demi kepentingan masyarakat tanpa niat lain,” katanya.

Sementara itu Wardina yang sebelum ini tidak mendedahkan siapakah individu yang menjemputnya untuk ke majlis itu mengakui sememangnya mendapat jemputan peribadi daripada Nik Nazmi.

Katanya, dia akan terus memberi ceramah jika dijemput oleh sesiapa sahaja tidak kiralah di kalangan pemimpin pembangkang ataupun sebaliknya asalkan ceramah itu tiada kaitan dengan politik.

“Saya akan terus bagi ceramah yang ada kaitan dengan masyarakat tetapi saya akan tolak jika ia adalah ceramah politik. Selain itu saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini,” ujarnya.

Wardina berkata, dia mempunyai peminat di kalangan mereka yang mempunyai fahaman politik berbeza dan wajar memberi kerjasama kepada kedua-dua kelompok berkenaan.

Selain itu Wardina yang mengambil cuti dua bulan sebagai pengacara Malaysia Hari Inikerana mahu menenangkan fikiran akan kembali menyambung semula tugasnya pada bulan Ramadan ini.

mStar Online
: Wakil Rakyat PKR Mohon Maaf Daripada Wardina

Nikah Di Thailand, Nurul (AF2) Tidak Belakangkan Keluarga

Nurul bersama suaminya Mohd Munzil Muhamad.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nurul (AF2) atau nama sebenar Nurullah Zawawi,29, yang baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad tidak pernah membelakangi keluarga sehingga mengambil keputusan bernikah di Narathiwat, Thailand.

Jelas Nurul, dia dan suami sebelum ini sudah berusaha untuk berjumpa keluarga kandungnya beberapa kali namun gagal atas sebab-sebab tertentu.

"Kami sudah mencuba berbagai cara termasuk meminta bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk menghubungi keluarga kandung saya namun tidak mendapat kerjasama.

"Kami sekeluarga telah ke Kuching dan pergi ke rumah penghulu kampung tersebut tetapi usaha itu tidak mendatangkan hasil," ujarnya pada sidang media yang diadakan di sini, Rabu.

Nurul dan suaminya memberi penjelasan mengenai isu yang dikeluarkan oleh sebuah program hiburan popular yang mendakwa mereka telah membelakangkan keluarga kandung dan bernikah tanpa diwalikan bapa Nurul.

Bagaimanapun, Nurul berjanji akan menyelesaikan masalah keluarganya dan bertemu mereka selepas ini.

"Kini saya lebih berani untuk berhadapan dengan mereka kerana sudah mempunyai suami dan mahu menjernihkan keadaan.

"Secara jujur memang selama ini saya tidak pernah berjumpa dengan mereka dan hanya mengenali wajah kedua ibu bapa kandung ketika disiarkan di rancangan tersebut.

Nurul menunjukan kad pengenalan dan pasport yang masih mengunakan nama sebenarnya Nurullah Zawawi.

"Ini masalah keluarga dan bapa angkat yang banyak mengetahui cerita sebenar pula sudah meninggal dunia," ujarnya kesal.

Sementara itu, Nurul juga menafikan telah menukar nama sebenarnya Nurullah Zawawi kepada Nurullah Abdul Hamid dalam setiap urusan rasminya.

"Saya tidak pernah tukar nama sebenar saya dan menggunakan nama bapa kandung dalam segala urusan.

"Saya hanya gunakan nama tersebut untuk tujuan komersial sahaja selepas ini saya mahu dikenali dengan nama Nurullah Abdul Hamid @ Zawawi," ujarnya yang kesal dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan namanya.

Sementara itu, Munzil menjelaskan pernikahannya berlangsung pada 23 April lalu dan bukan 23 Mei seperti dilaporkan media.

"Ada media yang tersilap lapor bahawa kami bernikah pada 23 Mei tetapi sebenarnya 23 April. Disebabkan perkara itu, kami menerima pandangan negatif daripada masyarakat yang menganggap kami bersekedudukan.

"Saya harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan situasi kami sebagai suami isteri yang sah," katanya.

Ketika ditanya mengapa perlu melakukan pernikahannya tersebut di negara jiran sedangkan masih boleh mendapatkan wali hakim dan bernikah di negara ini, jika perkara itu di laksana, ia bakal mengambil masa yang panjang.

"Ya, memang boleh untuk mendapatkan wali hakim dan melangsungkan pernikahan di Malaysia tetapi prosedur tersebut terlalu lama.

"Jika kami ingin menunggu prosedur itu, ia akan menyebabkan majlis persandingan yang sudah ditetapkan terpaksa ditangguhkan," katanya.

mStar Online
: Nikah Di Thailand, Nurul (AF2) Tidak Belakangkan Keluarga

Flotila kedua dipaksa kekal di Greece

ATHENS 7 Julai - Bot flotila kedua dinaiki aktivis pro-Palestin yang sepatutnya belayar ke Gaza semalam dipaksa kekal berada di Greece.

Bot dikenali sebagai Juliano dan mengibarkan bendera negara Sierra Leon telah disewa oleh aktivis Greece, Norway serta Sweden dijangka cuba belayar dari pelabuhan Perama berdekatan Athens, menurut penumpang dan ahli Parlimen Sweden, Maria Norden.

Bagaimanapun, ia hanya berjaya belayar ke pelabuhan Palaia Phokia, Greece dengan kebenaran pihak berkuasa pelabuhan.

Kini, hanya tinggal sebuah daripada 10 buah kapal flotila yang akan meneruskan misi mencabar sekatan Israel ke Gaza. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini

Bot terbakar, 197 terbunuh


KHARTOUM 6 Julai - Seramai 197 orang terbunuh apabila sebuah bot membawa pendatang tanpa izin terbakar di Laut Merah.

Seramai tiga orang berjaya diselamatkan dan 197 lagi dipercayai lemas.

Usaha mencari mangsa yang terselamat masih diteruskan, lapor Pusat Media Sudan yang memetik satu sumber yang enggan dikenali.

Kejadian itu berlaku di luar perairan Sudan, selepas bot itu berlayar selama empat jam dari negara Afrika Utara.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

Empat pemilik bot yang membawa bendera Cuba, bagaimanapun telah ditahan.

Mangsa adalah pendatang asing dari negara-negara Afrika yang cuba menyeberangi Laut Merah ke Arab Saudi.

Operasi itu dipercayai dirancang di Tokar, kira-kira 150 kilometer ke selatan Pelabuhan Sudan, berhampiran sempadan Eritrea.

Sementara itu, pihak berkuasa Sudan dilaporkan telah mematah satu lagi cubaan menyeludup seramai 247 pendatang asing dari negara-negara Afrika, termasuk dari Chad, Nigeria, Somalia dan Eritrea. - dpa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Sedia jumpa famili Nurul

KUALA LUMPUR: “Kami hanya akan berjumpa ibu bapa kandung Nurul saja untuk menerangkan segala-galanya mengenai perkahwinan ini kerana hanya mereka mempunyai kaitan.

“Kami menolak tuduhan sesetengah pihak mengatakan saya dan Nurul membelakangi ibu bapa kandungnya ketika kami berkahwin di Narathiwat, Thailand, 23 April lalu.” Demikian kata Mohd Munzil Muhamad, 27, suami kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Nurullah Zawawi, 29 (Nurul AF2) pada satu sidang media di Desa Pandan, di sini, bersama isterinya semalam, berhubung konflik perkahwinan mereka.


Mohd Munzil berkata, dia tertekan dengan kontroversi itu berikutan banyak pihak mempersoalkan perkahwinannya dan mereka difitnah bersekedudukan tanpa ikatan sah.

“Saya kecewa tohmahan masyarakat kononnya kami bersekedudukan sedangkan perkahwinan kami disahkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 26 Mei lalu,” katanya.


Menurut Mohd Munzil, hatinya terluka akibat kritikan hebat di laman sosial facebook kononnya perkahwinannya tidak sah, malah turut difitnah membelakangi bapa kandung Nurul yang sepatutnya menjadi wali pernikahan mereka.


Hasilnya, empat laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

“Sebenarnya, saya, isteri dan ibu bapa saya pernah ke Kampung Sungai Bedil Besar, Kuching untuk berjumpa ibu bapa kandung Nurul sebelum kami berkahwin pada 23 April lalu.


“Kami cuba mencari tempat tinggal ibu bapanya melalui bantuan penghulu kampung itu sendiri, namun beberapa kekangan menyebabkan hasrat kami tidak kesampaian. Kami tidak pernah membelakangi ibu bapanya kerana kami pernah berusaha menjejakinya,” katanya yang turut mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais).

Thaksin tiada peranan

BANGKOK: Bakal Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam menafikan spekulasi abangnya, Thaksin, akan diberi tugas rasmi di bawah pentadbirannya.

Yingluck yang mengepalai pembangkang melalui Parti Puea Thai ketika Abhisit Vejjajiva berkuasa, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum Thailand Ahad lalu.


Dengan gabungan lima parti lain, Yingluck bersiap sedia membentuk kerajaan baru di Thailand.

Menjelang pelantikannya secara rasmi, Yingluck menafikan laporan media mendakwa Thaksin - kini hidup dalam buangan di Dubai bagi mengelak dihukum penjara atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa - akan diberi tugas rasmi.


Media menjangkakan Thaksin dilantik sebagai duta perdagangan bagi mempromosikan Thailand di luar negara.


Kata Yingluck, laporan itu tidak benar dan tiada sebarang pelantikan dibuat.

“Tiada peranan untuk Thaksin. Dia hanya memberikan sokongan moral dan nasihat,” katanya kepada media.


Menurut Yingluck, Thaksin selesa di luar negara, tiada kedudukan politik dan hanya mahukan penyatuan semula Thailand. - AFP

myMetro | Thaksin tiada peranan

Pedofilia kemaruk kaki kanak-kanak

LONDON: Seorang pedofilia yang kemaruk kepada kaki budak, semalam dipenjara empat tahun selepas dia mengaku mencabul 18 mangsa.

Homayon Narouzzad didakwa melakukan serangan seksual ke atas mangsanya yang berusia di antara 12 dan 15 tahun di rumahnya yang terletak di atas sebuah kedai makan di Whitefield, Bury.


Pendakwa, David Clarke, berkata semua mangsa Homayon mengalami trauma akibat pencabulan dilakukannya.

“Serbuan polis ke kediaman tertuduh menemui sejumlah cakera padat video dan majalah seks berkaitan kaki ditemui,” katanya.


Lelaki warga Iran yang diberi suaka politik pada 2000 itu mengaku salah atas 25 tuduhan aktiviti seksual dengan kanak-kanak berusia di bawah 16 tahun di antara April 2010 hingga Februari tahun ini.


Mahkamah diberitahu, Homayon menawarkan wang, makanan atau rokok bagi memujuk kanak-kanak perempuan membenarkannya menyentuh serta mencium kaki mereka.

Dia kemudian memuaskan dirinya sendiri atau dibantu mangsanya.


Homayon ditahan polis pada Mac lalu selepas seorang daripada mangsanya mengadu kepada keluarga.

Hakim, Maureen Roddy, berkata walaupun sekadar menyentuh kaki, perbuatan itu masih dianggap berbahaya.


“Apa yang anda lakukan ke atas kanak-kanak perempuan itu bukan benda remeh,” katanya. - MOL

myMetro | Pedofilia kemaruk kaki kanak-kanak

Kes pembunuhan Sosilawaty Lawiya: Ibu ajak Erni jumpa Pathma di Banting



AKHTAR bersama barisan peguam  memeriksa BMW X5 milik Sosilawati  di  Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
AKHTAR bersama barisan peguam memeriksa BMW X5 milik Sosilawati di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Sosilawati hantar SMS pesan anak jangan benar Kamal masuk rumah

SHAH ALAM: Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, beliau diajak menemani ibunya ke Banting untuk menemui peguam bernama 'Pathma' pada hari jutawan kosmetik itu dan tiga rakan dilaporkan hilang.
Katanya, ibu meminta beliau berbuat demikian jika pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin yang dipanggil ‘Uncle Kamal’ tidak hadir ke pejabat pada 30 Ogos tahun lalu.
“Ibu beritahu beliau akan ke Banting dengan pegawai bank, Noorhisham Mohamad dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim untuk berjumpa Pathma atas urusan mempercepatkan tarikh cek ke pada tarikh sebelum perayaan Aidilfitri pada 11 September 2010,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ishak Mohd Yusoff.

Bagaimanapun, katanya, ibunya menghubunginya semula pada jam 3 petang hari sama dan meminta beliau mengikutnya ke Banting jika Kamal tidak datang.

“Kamal kemudian muncul di pejabat pada jam 4 petang. Ibu dalam keadaan nak cepat sebab banyak urus niaga di pejabat yang perlu diuruskan dan ibu serah pada saya. Beliau tinggalkan pejabat bersama Kamal menaiki kereta BMW X5 dan hendak berbuka puasa di Banting.

Katanya, Ahmad Kamil ada menelefonnya pada jam 7 malam dan memberitahu beliau yang memandu secara berasingan sedang mengikuti Sosilawati di kawasan yang mempunyai pokok kelapa sawit.
Erni Dekritawati berkata, beliau kemudian pergi berbuka puasa dengan kawan dan ibunya ada menelefonnya, namun beliau tidak menyedari panggilan itu kerana telefon bimbitnya ada dalam beg.

Katanya, beliau tidak sedar berapa banyak panggilan tidak dijawab, tetapi ibunya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas itu tertulis: “Jangan bagi Kamal masuk rumah, dia tangkap gambar mak. Kalau apa-apa hubungi Bishah.”

“Saya menghubungi ibu semula berulang kali, tapi tidak berjawab dan terus masuk pesanan suara. Saya juga hubungi Kamal, Ahmad Kamil dan Noorhisham tapi tidak berjawab juga,” katanya.

Katanya, selepas memeriksa kereta Noorhisham masih berada di Seksyen 7, Shah Alam dan dalam tempoh kurang 24 jam kehilangan ibunya, beliau minta adiknya, Erni Erinawati Sofia, 22, ke Balai Polis Dang Wangi membuat laporan.

Beliau berkata, pada 31 Ogos 2010, bapanya Buhari Mohamed membawa mereka ke Banting sehari suntuk untuk mencari peguam Pathma dan pejabatnya, tetapi gagal.

Disoal TPR Edris Zainuddin, Erni Dekritawati mengecam gambar kereta BMW milik Ahmad Kamil dan BMW X5 milik ibunya, yang mana beliau menjumpai dua bungkusan besar kerepek dalam bonet ketika menerima kereta ibunya itu beberapa bulan selepas kejadian.

Terdahulu, Erni Dekritawati berkata, beliau tidak percaya Kamal memasang kamera tersorok di dalam bilik air ibunya.

Katanya, beliau syak wasangka dengan SMS diterima daripada ibunya yang memintanya menghalang Kamal daripada memasuki rumah mereka kerana beliau ada mengambil gambar tidak elok ibunya.

“Saya berasa pelik dengan SMS itu kerana tidak pernah sebelum ini ibu dan Kamal bergaduh sampai begitu sekali. Saya tak rasa Kamal buat macam itu, betulkah dia ambil gambar mak?” katanya.

Disoal Ishak, Erni Dekritawati berkata, beliau ke bilik ibunya dan membuat pemeriksaan, namun tiada kamera tersorok ditemui.

Perbicaraan bersambung hari ini.
Berita Harian Online | Kes pembunuhan Sosilawaty Lawiya: Ibu ajak Erni jumpa Pathma di Banting

Jutawan kosmetik tunjuk cek RM1 juta diberi peguam

DATUK Sosilawati Lawiya pernah menunjukkan cek bernilai RM1 juta diterimanya daripada bekas peguam N Pathmanabhan di Banting pada jam 5 petang petang 3 Ogos tahun lalu kepada rakan baiknya yang turut sama menemaninya mengambil cek berkenaan daripada tertuduh pertama.

Ahli perniagaan, Junaidah Ismail, 52, berkata sebelum itu beliau bersama Sosilawati dan pemandu rakannya, Kamaruddin Shamsuddin menunggu selama setengah jam di luar pejabat tertuduh pertama, sebelum Pathmanabhan tiba menaiki kereta Mercedes Brabus.
“Saya hanya menunggu dalam kereta bersama-sama Kamaruddin, manakala Sosilawati turun sebentar dan mengambil sesuatu daripada Pathmanabhan.
“Sosilawati pegang cek. Dia tunjuk kepada saya di belakang dan berkata, ‘Nah Kak Ju tengok, aku dapat payment (bayaran). Saya nampak cek itu bernilai RM1 juta. Ketika nak pulangkan, saya ternampak ia post dated cheque (cek tertunda).

“Saya tanya, Ti (Sosilawati), kenapa September, sekarang Ogos dan beliau kata, tak mengapa, kita dah bincang,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Idham Badul Ghani.

Junaidah yang sudah 28 tahun mengenali dan berkawan rapat dengan Sosilawati berkata, beliau pertama kali bertemu dengan Pathmanabhan kira-kira tiga tahun lalu ketika rakannya itu mengajaknya menemaninya bertemu dengan tertuduh pertama dan dua lelaki dikenali sebagai Datuk Suhaimi dan Sabri di Hotel Pan Pacific KLIA, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berbincang mengenai urusan membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Katanya, kali terakhir bertemu dengan Sosilawati pada pertemuan pada 3 Ogos itu dan hanya berhubung melalui telefon selepas itu.
Idham: Selepas 3 Ogos awak tidak berjumpa?

Junaidah: Selepas 3 Ogos, beliau (Sosilawati) selalu telefon dan bercerita mengenai pejabat serta anak. Bagaimanapun, pada 29 Ogos, beliau telefon dan bertanya khabar. Kami bersembang mengenai persiapan raya dan tanya sama ada saya pergi solat Tarawih malam itu, tapi saya beritahu, saya tidak sihat.

Dia kata, “Esok aku nak ke Banting. Kak Ju nak ikut?” Saya kata, tak sihat dan beliau suruh saya berehat. Itu perbualan terakhir dengannya.

Ditanya peguam Pathnamanbhan, Manjeet Singh Dhillon sama ada beliau mengenali siapa Datuk Abdul Rahman Palil, katanya, beliau mengetahui lelaki itu wakil rakyat di Selangor dan Sosilawati pernah memberitahunya Abdul Rahman juga terbabit dalam penjualan tanah.

Saksi pendakwaan ke-15, Sabrina Adnan, 32, berkata kali terakhir beliau bercakap dengan suaminya, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, kira-kira jam 7.50 malam pada 30 Ogos lalu, apabila mangsa menghubunginya melalui talian telefon bimbit.

Menjawab soalan TPR Ishak Mohd Yusof, katanya, Ahmad Kamil bercakap dalam keadaan tergesa-gesa dan tersekat-sekat.

“Suami saya menyatakan beliau tidak akan balik selama tiga hari. Saya tanya kenapa. Beliau kata, ada masalah. Kak Wati, beliau membahasakan Sosilawati sebagai Kak Wati, tengah menangis dan ‘I nak tolong beliau’.

“Saya tanya mengapa, beliau kata, Kamal, driver (pemandu) Sosilawati dah ugut beliau (Sosilawati) untuk sebar gambar tak senonoh. Beliau nak selesaikan masalah ini selama tiga hari. Saya tanya ke mana, beliau tak jawab. Beliau tanya, “Ok ke jaga anak-anak”. Saya kata ok. Beliau kata kalau ok tak apalah,” katanya.

Sabrina berkata, beberapa jam selepas menerima panggilan itu, beliau ada menelefon suaminya sebanyak empat atau lima kali, tetapi panggilannya disambungkan ke peti simpanan suara.

Katanya, selepas 30 Ogos, beliau menelefon cuba menghubungi suaminya setiap hari, tetapi tidak berjaya, manakala laporan polis mengenai kehilangan suaminya hanya dibuat pada 3 September. Berita Harian Online | Jutawan kosmetik tunjuk cek RM1 juta diberi peguam

Jakarta agresif perangi rasuah


SEORANG aktivis memasang kain rentang   Susilo  berhampiran poster dengan kata-kata Demokrat Parti Rasuah, di Jakarta, semalam.
SEORANG aktivis memasang kain rentang Susilo berhampiran poster dengan kata-kata Demokrat Parti Rasuah, di Jakarta, semalam.


Usaha tingkat dana tabung negara

JAKARTA: Indonesia merancang membanteras amalan rasuah dalam sektor sumber dan pungutan cukai bagi meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran negara dan mendapatkan semula dana yang sepatutnya menjadi milik tabung negara.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Membanteras Rasuah (KPK), Haryono Umar, berkata pihaknya mencapai beberapa kejayaan dengan mendakwa sejumlah pegawai tinggi termasuk hakim dan pakar perbankan dengan memenjarakan golongan ‘tamak’, selain menaikkan gaji pekerja bagi mengurangkan amalan rasuah kecil-kecilan.
“Kami bagaimanapun, tidak dapat menangkap semua kakitangan jabatan terbabit kerana ia menyebabkan jentera pentadbiran negara yang sedia ada musnah,” katanya.

Haryono berkata, KPK akan memulakan siasatan rasuah dalam sektor sumber, termasuk minyak dan perhutanan yang sepatutnya menjana pendapatan besar negara.

Indonesia berjaya menangani krisis kewangan global dan semakin mendapat perhatian pelabur yang mahu memperoleh faedah dari negara yang kaya dengan sumber komoditi itu, namun amalan rasuah terus menjadi penghalang utama.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dipilih semula berikutan janjinya untuk membanteras rasuah, namun kejayaan dicapai dilihat terlalu perlahan, sekali gus mengancam populariti beliau dan pelaburan asing.
Haryono yang pernah berkhidmat sebagai juruaudit negara berkata, antara kerugian paling besar dihadapi Indonesia ialah dalam sektor percukaian.

“Pegawai percukaian tidak melakukan apa-apa dalam tempoh 10 tahun,” katanya sambil menambah sejumlah negara itu dijangka kerugian AS$1 bilion (RM3.02 bilion) dalam bentuk cukai tahun depan, berikutan peraturan yang menetapkan keperluan membayar cukai korporat akan lupus selepas 10 tahun. – Reuters Berita Harian Online | Jakarta agresif perangi rasuah

Menang ratu cantik selepas kuruskan badan


BREE BOYCE menang Ratu Cantik Carolina Selatan di Columbia, Amerika Syarikat pada 2 Julai lalu.


COLUMBIA, Amerika Syarikat - Walaupun sebelum ini memiliki berat badan 104 kilogram (kg), Bree Boyce yang berusia 22 tahun mampu membuktikan bahawa boleh memenangi Ratu Cantik Carolina Selatan selepas dia menurunkan berat badannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 49kg, Bree telah memenangi pertandingan ratu cantik peringkat negeri itu pada 2 Julai di sini.
Dia yang merupakan seorang penyanyi dari Carolina Selatan membuat kejutan dengan kemenangan itu dan bakal bertanding dalam Ratu Cantik Amerika yang akan berlangsung di Las Vegas, Januari depan.
Beberapa foto menunjukkan dia mengalami transformasi mendadak daripada gadis berbadan gemuk sehingga menjadi seorang wanita yang berkeyakinan dan menawan kerana bentuk badan Bree kini kurus.
"Matlamat saya ialah menginspirasikan semua peringkat umur untuk menjadi sihat menerusi amalan pemakanan yang sihat, senaman dan percaya pada diri sendiri.
"Anda mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan anda,
"Saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman ini bersama rakan-rakan. Saya cukup bertuah kerana dapat berjumpa orang ramai menerusi lawatan di sekolah dan acara kebajikan," katanya menerusi laman sosial Facebook.
Bree memberitahu, dia tidak percaya dengan diet kerana sering gagal dengan mencuba kaedah itu sebaliknya melihat badannya seperti sebuah kereta yang memerlukan bahan api untuk bergerak dengan lebih cekap.
"Kalau saya mahu makan kek coklat saya akan makan tetapi bukan setiap hari dan setiap jam. Kamu perlu mengambilnya secara sederhana," jelasnya. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Angelina Jolie peroleh pendapatan paling tinggi

NEW YORK - Pelakon terkenal, Angelina Jolie dan Sarah Jessica Parker merupakan aktres yang menerima bayaran gaji tertinggi di Hollywood, lapor majalah Forbes semalam.

Kedua-duanya berkongsi tempat pertama dengan memperoleh pendapatan sejumlah AS$30 juta (RM90 juta) bagi tempoh Mei 2010 hingga Mei 2011.

Berada di tempat ketiga pula ialah pelakon Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon yang masing-masing mememperoleh pendapatan AS$27 juta (RM81 juta).

Nama aktres filem Pretty Woman, Julia Roberts masih tersenarai membuktikan bahawa dia seorang bintang berpendapatan yang mempunyai pendapatan AS$20 juta (RM60 juta) walaupun hanya melakonkan satu filem untuk tahun ini.

Dia berkongsi kedudukan dengan bintang filem Twilight, Kristen Stewart.

Satu-satunya filem yang dibintangi oleh Julia pada tahun lalu ialah Eat, Pray, Love yang menguasai carta box-office dengan kutipan AS$205 juta (RM617 juta).

Berada di tangga ketujuh ialah pelakon filem One for the Money, Katherine Heigl dengan mendapat pendapatan AS$19 juta (RM57juta).

Aktres Cameron Diaz berada di tangga kelapan dengan pendapatan AS$18 juta (RM54 juta).

Pemenang anugerah Oscar, Sandra Bullock berada di tangga kesembilan kerana memperoleh pendapatan AS$19 juta (RM57 juta).

Pelakon Meryl Streep menduduki tempat kesepuluh dengan mendapat pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM30.1 juta). - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Kelakar lihat cek RM1 juta




PATHMANABHAN (dua dari kiri) bersama tiga pekerjanya yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga rakan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Seorang rakan karib jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini yang wanita itu pernah menerima cek berjumlah RM1 juta daripada bekas peguam, N. Pathmanabhan.

Junaidah Ismail, 52, memberitahu, cek tersebut ditunjukkan Sosilawati kepadanya selepas Allahyarham mengambilnya daripada Pathmanabhan ketika mereka bertemu di hadapan pejabat bekas peguam itu di Banting pada pukul 5.30 petang 3 Ogos 2010.

Selepas itu, jutawan tersebut mengajaknya untuk makan di Pelabuhan Klang untuk meraikan hari lahirnya dengan menaiki kereta yang dipandu Kamaruddin Shamsuddin.

Katanya, Sosilawati bertemu dengan Pathmanabhan selama lima minit dan ada perbualan di antara mereka. Ketika itu, dia dan Kamaruddin tunggu di dalam kereta.

“Wati (Sosilawati) suruh saya tengok dan berkata ‘aku dapat payment’ dan semasa saya nak pulangkan cek itu kepadanya, saya nampak cek itu cek tunda.

“Saya tanya kenapa tarikh September sedangkan ini bulan Ogos tetapi dia (Sosilawati) kata tidak apa, sebab mereka dah bincang sebelum ini. Cek itu adalah atas nama Southern Symphony Sdn. Bhd. syarikat milik Sosilawati,” katanya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.

Ahmad Kamil tergesa-gesa, bercakap cepat - Isteri

SHAH ALAM - Peguam Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abdul Karim berada dalam keadaan tergesa-gesa, bercakap cepat dan tersekat-sekat ketika menghubungi isterinya, Sabrina Adnan pada 30 Ogos tahun lalu.

Sabrina, 32, yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 berkata, sikap suaminya itu pelik kerana dia tidak bertanya mengenai anak-anak dan tidak menjawab soalan yang ditanya.

"Suami menghubungi saya pada pukul 4 petang memberitahu yang dia tidak dapat berbuka puasa bersama. Hampir empat jam kemudian, dia hubungi saya lagi dan dia bercakap dalam keadaan tergesa-gesa mengatakan tidak balik selama tiga hari," katanya di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff sama ada dia ada bertanya apa-apa, Sabrina yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) menjawab, ada.

"Dia kata ada masalah, Kak Wati (Sosilawati) tengah menangis dan dia mahu tolong. Dia kata Kamal (Kamaruddin Shamsuddin) ugut hendak sebarkan gambar yang tidak senonoh tetapi bila saya tanya dia ke mana dia tidak jawab," ujarnya.

Kosmo! Online - Negara