Saturday, January 5, 2013

Penduduk Palestin bertempur dengan askar Israel



BAITULMAQDIS 4 Jan. - Tindakan tentera Israel melancarkan serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat semalam untuk memburu suspek militan, mencetuskan pertempuran dengan penduduk Palestin yang bertindak melontar batu dan bom petrol ke arah pasukan keselamatan rejim itu.
Pertempuran itu merupakan kali kedua berlaku dalam tempoh seminggu selepas tentera Israel melancarkan satu lagi operasi memburu militan di perkampungan Tamoun, kelmarin.
Dalam serbuan semalam, tentera Israel bertempur dengan kira-kira 500 penduduk Palestin yang memaksa mereka keluar dari Jenin.
Seorang penduduk Palestin dilaporkan cedera dalam pertempuran tersebut akibat digigit anjing yang digunakan oleh askar Zionis dalam serbuan itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_11/Penduduk-Palestin-bertempur-dengan-askar-Israel#ixzz2H6RSP08k
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Syria tempat paling bahaya untuk wartawan



GENEVA 4 Jan. - Seramai 141 wartawan di 29 negara direkodkan terbunuh sepanjang tahun lalu, dengan Syria dilabelkan sebagai tempat paling berbahaya untuk wartawan membuat liputan.
Kumpulan pemerhati bukan kerajaan, Kempen Lambang Keadilan Media (PEC) yang beribu pejabat di Switzerland melaporkan, angka tersebut meningkat sebanyak 31 peratus berbanding pada 2011.
Menurut kumpulan itu, sekurang-kurangnya 37 wartawan, 13 daripadanya petugas media asing, terbunuh di Syria pada tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130104/lu_12/Syria-tempat-paling-bahaya-untuk-wartawan#ixzz2H6RM42la
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahli politik ditangkap selepas merogol



Ahli politik Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap sekumpulan penduduk kampung selepas dituduh merogol seorang wanita di Santiputa, awal pagi kelmarin. - AGENSI
ASSAM 4 Jan. - Ahli politik daripada Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap penduduk kampung selepas dia dituduh merogol seorang wanita pada pukul 2 pagi semalam, di kampung Santiputa, daerah Chirang, wilayah Assam.
Kejadian terbaharu itu menyusul selepas India digemparkan dengan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan yang berusia 23 tahun, sehingga membangkitkan bantahan seluruh negara.
Pegawai polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna berkata, penduduk digemparkan dengan kejadian awal pagi semalam, selepas Brahma ditangkap kerana dituduh merogol seorang wanita.
Brahma dikatakan melawat kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.
Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah Bodoland, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.
Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi berkata, sesiapa yang didapati bersalah berhubung jenayah kejam itu tidak terlepas daripada dakwaan, tidak kira sama ada dia merupakan ahli politik Kongres atau tidak.
Pemimpin parti itu, Digvijay Singh berkata, sekiranya Brahma didapati bersalah, dia akan dipecat daripada parti.
Sementara itu, lima lelaki yang dituduh melakukan rogol berkumpulan terhadap pelajar berusia 23 tahun di New Delhi dibawa keluar dari mahkamah berikutan kebimbangan diserang penunjuk perasaan yang marah dengan mereka.
Semalam, suspek keenam yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, mengaku menarik keluar usus mangsa menggunakan tangannya, dedah kertas pertuduhan polis.
Suspek itu, dipercayai masih bawah umur dijangka akan dibicarakan secara berasingan, menjadi perogol paling kejam di antara kesemua suspek, termasuk mencadangkan gadis itu dicampak keluar dari bas tersebut selepas dirogol. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130105/lu_02/Ahli-politik-ditangkap-selepas-merogol#ixzz2H6R702Wd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pihak keselamatan Mesir rampas senjata buatan AS



KAHERAH 5 Jan. - Pasukan keselamatan Mesir telah merampas sejumlah senjata pemusnah kereta kebal buatan Amerika Syarikat (AS) dan peluru berpandu permukaan ke udara yang disyaki diseludup ke Gaza, semalam.
Pegawai keselamatan yang enggan dikenali berkata, enam peluru berpandu terbabit ditemui disembunyikan di Sinai yang bersempadan dengan Tebing Gaza dan Israel selepas pasukan keselamatan mendapat maklumat tentang lokasi persembunyian itu.
Senjata terbabit dipercayai diseludup kepada kumpulan pejuang Palestin yang sebelum ini menegaskan mahu memiliki senjata yang lebih canggih untuk digunakan menentang Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130105/lu_08/Pihak-keselamatan-Mesir-rampas-senjata-buatan-AS#ixzz2H6Qyq2Ud
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tembak mati dua suspek militan

JAKARTA 4 Jan. - Polis antikeganasan Indonesia menembak mati dua suspek militan di luar pekarangan sebuah masjid universiti di Pulau Sulawesi, hari ini.
Jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar berkata, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas dan dikaitkan dengan beberapa pembunuhan anggota polis.
Boy berkata, kedua-dua suspek dikenali sebagai Syamsuddin @ Aswah @ Abu Uswah, 34, dan Ahmad Kholil @ Hasan, 35, membawa sepucuk pistol dan bom tangan ketika ditembak mati di kampus Universiti Hasanuddin di Sulawesi Selatan, ibu wilayah Makassar.
"Semasa polis mahu menahan suspek, mereka cuba mengeluarkan pistol, menyebabkan anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan.
"Syamsuddin dan Ahmad Kholil dipercayai terlibat dalam rangkaian keganasan yang bertanggungjawab membunuh enam anggota polis di Poso pada tahun lalu," katanya.
Menurut Boy, kedua-dua suspek turut mempunyai kaitan dengan pengganas paling dikehendaki, Santoso yang dipercayai mengetuai sebuah kumpulan militan dan membina kem latihan tentera di kawasan pergunungan Poso.
"Dua suspek yang ditembak mati hari ini telah diburu pihak polis sejak November lalu ekoran penangkapan beberapa anggota militan yang bertanggungjawab melontar bom paip di Sulawesi Selatan, beberapa bulan lalu," katanya.
Santoso turut dipercayai telah melatih sejumlah militan muda yang dipergunakan untuk melancarkan serangan gerila terhadap anggota polis. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130105/lu_04/Polis-tembak-mati-dua-suspek-militan#ixzz2H6QXNzg5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ratusan ribu penyokong Fatah berarak di Gaza



GAZA CITY 5 Jan. - Beratus-ratus penyokong Presiden Palestin, Mahmud Abbas daripada Parti Fatah mengadakan perhimpunan secara besar-besaran buat kali pertama sejak Hamas menguasai kawasan ini pada 2007 di sini, semalam.
Pertubuhan Hamas yang menandatangani perjanjian damai dengan Fatah, membenarkan perhimpunan itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-48 perjuangan Fatah menentang Israel.
Ribuan penyokong turut membawa bendera Palestin dan Fatah serta gambar Abbas ketika mengadakan perarakan berkenaan.
Sambutan ulang tahun terbabit bagi meraikan operasi pertama kumpulan sayap Fatah yang dikenali sebagai Al-Assifa menentang rejim Zionis pada 1 Januari 1965.- AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130105/lu_09/Ratusan-ribu-penyokong-Fatah-berarak-di-Gaza#ixzz2H6QPh3bg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

141 petugas media terkorban




5 Januari 2013
GENEVA - Seramai 141 petugas media terkorban di 29 negara pada tahun lalu, menurut kumpulan pemerhati, semalam.

Kempen Lambang Keadilan Media (PEC) berpusat di Switzerland memberitahu angka itu meningkat kepada 21 peratus berbanding 2011.

Laporan PEC menyebut sekurang-kurangnya 13 wakil media asing terbunuh semasa mereka membuat liputan di Syria.

Puluhan lagi menjadi korban di beberapa negara bergolak lain termasuk di  Somalia  dan Amerika Latin.

Selain itu, empat wartawan juga dilaporkan masih hilang dan tidak dapat dikesan hingga kini. - AFP

Lagi pesawat pengintip AS ditembak jatuh




4 Januari 2013
Lagi pesawat pengintip AS ditembak jatuh
Pesawat pengintip canggih Agensi Perisikan Pusat (CIA), RQ-170 Sentinel juga dilaporkan telah ditembak jatuh oleh Iran pada 2011. - AFP
TEHERAN - Iran, kelmarin mendakwa mereka sekali lagi telah menembak jatuh dua pesawat pengintip RQ-11 milik Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 15 bulan.

Kenyataan itu dimaklumkan oleh Laksamana Amir Rastegari kepada stesen televisyen tempatan dan agensi berita Fars.

Menurut beliau, kedua-dua pesawat pengintip tersebut ditembak jatuh pasukan pertahanan udara antara Ogos 2011 dan November tahun lalu tanpa memberi butiran lanjut berhubung lokasi dan bukti kukuh untuk mengesahkan 'kejayaan' tersebut.

Difahamkan, pesawat AeroVironment RQ-11 yang boleh bergerak pada kelajuan sehingga 95 kilometer sejam dalam tempoh 80 minit itu sememangnya digunakan oleh perisik tentera AS termasuk negara sekutunya.

Bulan lalu, Iran turut mendakwa mereka telah menembak jatuh pesawat pengintip kecil AS, ScanEagle di ruang udara Teluk, namun ia dinafikan oleh Tentera Laut AS.  - AFP

Lagi karikatur Nabi diterbitkan




4 Januari 2013
Lagi karikatur Nabi diterbitkan
Pejabat Charlie Hebdo dilempar bom api selepas mereka menerbitkan karikatur Nabi Muhammad pada September lalu. Gambar kecil: Majalah Charlie Hebdo. Foto: AFP
PARIS - Majalah bercorak sindiran di Perancis sekali lagi bertindak biadab dengan memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW menerusi isu khas setebal 64 muka surat yang diterbitkan, kelmarin.

Editor Charlie Hebdo memaklumkan bahan majalah berjudul 'The Life of Muhammad' disediakan oleh ahli sosiologi Perancis-Tunisia itu telah melalui proses kajian yang betul.

Menurutnya, majalah berbentuk biografi tersebut kononnya tidak mungkin akan mencetuskan kemarahan mana-mana pihak kerana ia telah disunting oleh orang Islam.

Dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, Ibrahim Kalin, penasihat kanan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk edisi khas itu dan menganggap ia sengaja mahu mencetuskan provokasi.

Menerusi akaun Twitter miliknya, beliau turut menegaskan tindakan sengaja memaparkan gaya hidup Rasulullah dalam bentuk karikatur sebenarnya sudah menunjukkan satu kesalahan besar.

"Ia sememangnya satu provokasi melampau!' katanya lagi.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Perancis, Najat Vallaud-Belkacem juga memberi amaran kepada Charlie Hebdo supaya jangan mencurah minyak ke dalam api berikutan tindakan mereka yang tidak langsung menitikberatkan aspek sensitiviti.

September lalu, majalah tersebut juga sengaja menerbitkan karikatur Rasulullah semasa protes ganas membantah filem anti-Islam Innocence of Muslims di kebanyakan negara.

Pada 2011, pejabat Charlie Hebdo pernah dibaling bom api dan laman sesawangnya digodam selepas menerbitkan edisi berjudul Charia Hebdo memaparkan beberapa imej karikatur Nabi Muhammd SAW. - Al-Jazeera

Lagi pertempuran tentera Israel, penduduk Palestin




5 Januari 2013
Palestin - Israel - Xinhua
Askar Israel menahan seorang penduduk Palestin semasa insiden pertempuran di Kampung Tequa berhampiran Baitulham pada 30 Mei lalu. Foto: Xinhua
NABLU - Sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin cedera, kelmarin dalam insiden pertempuran terbaru dengan tentera Israel di Jenin, utara Tebing Barat pada minggu ini.

Menurut pihak berkuasa di Palestin, kejadian itu tercetus selepas askar rejim Zionis menggempur zon perindustrian di bandar tersebut dan seorang penduduk turut ditahan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap tentera Israel mengesahkan serbuan tersebut yang kononnya dilakukan untuk menahan suspek  militan tetapi ia bertukar ganas selepas penduduk bertindak membaling batu ke arah mereka.

Selasa lalu, puluhan penduduk di sebuah kampung di utara Tebing Barat juga dilaporkan cedera dalam pertempuran bersama anggota pengintip Israel yang cuba untuk memberkas anggota Gerakan Jihad Islam.

Dalam satu kejadian lain, penduduk Yahudi dari penempatan haram Achia juga dilaporkan menyerang penduduk Kampung Jalud.

Mereka bertindak merosakkan kereta dan memecah masuk rumah penduduk dengan sewenang-wenangnya.

Pihak berkuasa memaklumkan, bayi berumur dua bulan antara mangsa yang cedera dalam insiden itu.

Pertempuran antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi di Tebing Barat dilaporkan meningkat sejak beberapa bulan lalu. - AFP

Bekas ketua perisik Shin Bet kritik Netanyahu




5 Januari 2013
Iran - Nuklear
Netanyahu didakwa sengaja mencetuskan provokasi berhubung program nuklear Iran atas kepentingan peribadinya. Foto: Reuters
TEL AVIV - Bekas ketua Agensi Perisikan Israel, Shin Bet mendakwa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebenarnya sengaja mencetuskan provokasi berhubung program nuklear Iran atas kepentingan peribadinya, menurut akhbar Yediot Ahronot, semalam.

Yuval Diskin berkata, sebelum ini, Netanyahu sering kali cuba meyakinkan mereka untuk melancarkan serangan ke atas Iran walaupun tindakan itu dibantah oleh sekutu kuat mereka, Amerika Syarikat.

Diskin yang mengetuai Shin Bet sejak 2005 hingga 2011 juga pernah beberapa melemparkan kritikan sama ke atas pemimpin tersebut.

Sementara itu, menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS), jurucakap Netanyahu menganggap kenyataan bekas ketua perisik itu sebagai tuduhan tidak berasas. - AP

Remaja Pakistan ditembak Taliban keluar hospital, dibedah akhir bulan



Malala Yousafzai
Malala Yousafzai keluar hospital semalam. - Foto ihsan CNN
LONDON - Remaja Pakistan yang ditembak oleh Taliban Oktober lalu keluar hospital Birmingham semalam, tetapi bakal  menjalani pembedahan susulan di bahagian tengkorak, dijangka akhir bulan ini.

Malala Yousafzai, 15, menerima rawatan  di Hospital Queen Elizabeth Birmingham selepas kritikal ekoran serangan 15 Oktober lalu.

Dia kelihatan pulih selepas hampir tiga bulan tetapi masih jauh daripada tahap pemulihan sepenuhnya.

Gadis itu akan menjalani pembedahan membina semula tengkorak akhir bulan ini atau awal Februari.

Pengarah Perubatan, Dr Dave Rosser berkata, “Malala menunjukkan perubahan yang sangat positif semasa tempoh rawatan.

Gadis itu ditembak Taliban kerana berjuang untuk hak pendidikan bagi kaum wanita.

Menurut doktor, peluru telah menembusi bahagian atas mata kirinya dalam kejadian tembakan di Lembah Swat.

“Setakat ini pasukan perubatan telah menyediakan doktor dari neurosurgeri, pengimejan dan pakar terapi,” kata Dr Rosser.

Tambah beliau, beberapa doktor pakar turut bekerjasama dalam memberi rawatan kepada Malala.

"Ekoran perbincangan dengan Malala dan pasukan perubatan dia, kami memutuskan bahawa dia akan lebih bermanfaat jika berada di rumah bersama ibu bapa dan dua adik lelakinya," kata beliau.

'Saya hanya mahu beruk'



WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Januari 2013
'Saya hanya mahu beruk'
Patimah melihat ular sawa yang kekenyangan setelah menelan beruknya.
KUALA NERUS – “Saya tidak mahu minta apa-apa, tapi hanya perlukan seekor beruk untuk meneruskan hidup,” demikian kata Patimah Yong, 63, yang nyata masih lagi bersedih setelah beruknya yang menjadi sumber rezeki  ditelan ular sawa kelmarin.

Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari kematian beruk itu kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika anak bongsunya ingin keluar ke tempat kerja dan terkejut melihat seekor ular sawa yang kekenyangan tergantung pada rantai besi setelah menelan beruk yang diletakkan di hadapan rumah.

Malah dia juga tidak menolak kemungkinan bunyi bising monyet hutan pada malam kejadian merupakan petanda buruk yang akan menimpa beruk peliharaannya yang dipanggil Hitam.

Menurut Patimah lagi, kehilangan beruk yang lebih empat tahun ‘berkhidmat’ sebagai pemetik kelapa sememangnya memberi kesan baginya, kerana mereka sekeluarga kini hilang punca pendapatan.

“Selepas ini saya tidak tahu lagi bagaimana untuk meneruskan hidup, kerana tidak mampu untuk membeli beruk yang lain sebagai ganti.

“Ini kerana, harga seekor beruk yang terlatih dan boleh memetik kelapa mencecah ribuan ringgit dan saya juga tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada pelanggan tetap yang ingin mendapatkan bekalan kelapa selepas ini,” kata ibu tunggal kepada lima cahaya mata di kediamannya di sini, semalam.

Jelas wanita gigih itu lagi, kebanyakan pengusaha kuih dan makanan di sekitar kawasan berkenaan sememangnya mendapatkan bekalan kelapa darinya seminggu sekali.
Patimah berkata, Hitam antara 10 beruk yang pernah dimilikinya sebelum ini.

“Antara semua beruk yang saya pernah miliki sebelum ini, Hitamlah antara yang paling rapat dan mudah diajar dengan mampu memetik sehingga 200 biji kelapa sehari,” katanya yang kini tinggal bersama anak bongsu dan menantunya.

Katanya lagi, kini dia sekeluarga hanya mampu menunggu buah kelapa yang gugur untuk dijual, sementara menanti rezeki membeli beruk yang lain.

[Hanya Di Syria] apa la dosa budak kecil ini?

[Hanya Di Syria] apa la dosa budak kecil ini? 
TIADA LAGI KERAGUAN MENGENAINYA, TIADA LAGI KERAGUAN MENGENAINYA!!!! SYIAH RAFIDAH SERTA PENGIKUT SETIA/TENTERA ASSAD LEBIH TERUK DARI KUFAR!!!!!! MEREKA MEMBENCI ORANG-ORANG MUSLIM LEBIH DARI YAHUDI! MEREKA LEBIH IBLIS DAN LEBIH BERBAHAYA DARI ORANG LAIN DI MUKA BUMI INI!!!!

SYIAH SEPERTI PONTIANAK! MEREKA SUKAKAN DARAH AHLUL SUNNAH!!!! TIDAK KIRA SIAPA, WANITA, KANAK-KANAK, LELAKI! IANYA DARAH SUNNI YANG MEREKA SUKA UNTUK LIHAT!

[Hanya Di Syria] Tengok..tengok..tengok



VIDEO: http://youtu.be/8f_VNF7pR6Y
(tonton segera sebelum youtube block)

Setiap pagi mereka ingin menunjukkan kepada kita betapa kejamnya mereka!

(Al-Muliha) adalah desa kecil, dengan hanya (1) stesyen petrol. Syiah telah memotong kemasukan petrol ke desa ini lebih dari satu bulan, kemarin mereka membenarkan sejumlah kecil lori pengangkut minyak untuk masuk ke stesyen petrol ini.

Dan ketika para pembeli berkumpul untuk membeli petrol, rejim Syiah mengebom mereka hinggakan mereka dapat membunuh hampir sejumlah besar penduduk desa ini.

Pernahkah anda semua melihat kebencian kaum Sunni sama seperti kebencian orang-orang Syiah?

Perkara yang membuatkan kami sangat sedih bukanlah kerana terbakarnya kereta-kereta, tetapi yang terbakar, yang terluka dan yang kehilangan tangan atau anggota tubuhnya itu adalah saudara-saudara kami.

Dan yang membuat kami paling-paling sedih adalah,

"Mengapa masih terdapat ummat Islam selepas melihat semua ini masih menganggap SYIAH/IRAN adalah SAUDARA!"

Jika anda membeci SYIAH/IRAN sebarkan kejahatan-kejahatan mereka dan tunjukkan pada DUNIA, jihad kecil yang mampu anda lakukan adalah menyebarkan kebenaran yang sedang berlaku disana.

Versi Indonesian: http://www.facebook.com/Syria.Care.Indonesia?ref=ts&fref=ts&__req=f

Perang Syria: Tentera peluru berpandu Patriot AS tiba di Turki



 
DAMSYIK: Angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) tiba di Turki, hari ini bagi menghidupkan peluru berpandu Patriot yang ditempatkan di negara itu, bertujuan memberikan perlindungan daripada ancaman negara jiran, Syria.

Kumpulan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, angkatan tentera darat dan udara Syria melancarkan serangan ke atas pemberontak, yang mana mereka difahamkan datang dari luar Damsyik.
Katanya, operasi angkatan tentera Syria ditingkatkan sehari selepas serangan bom kereta di utara bandar berkenaan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 mangsa terbunuh.

Ketibaan pegawai AS yang memiliki kepakaran terhadap enam sistem Patriot itu menyaksikan ia dilancarkan di sempadan Turki-Syria, iaitu termaktub di bawah perjanjian NATO.

Perjanjian itu digunapakai berikutan kebimbangan bakal tercetusnya perang saudara di Syria, di mana ia mampu meninggalkan kesan kepada negara lain di rantau itu. - AFP

Kubu kuat kumpulan anti-Bashar diserang

DAMSYIK - Pesawat pejuang dan tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam bertindak menggempur beberapa kubu kuat kumpulan penentang sekitar bandar ini, kata beberapa pemerhati.
Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas ke atas serangan bom kereta yang mengorbankan 11 orang penganut Syiah Alawi di kawasan kejiranan Massaken Barzeh.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria berkata, pesawat pejuang mengebom Duma yang terletak di timur Damsyik dan pihak tentera rejim membedil barat daya Daraya dengan menggunakan meriam.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011 itu dipercayai telah mengorbankan 60,000 nyawa. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2H3UYtsYn 
Hakcipta terpelihara 

Jurutera kompter didakwa jadi perisik Israel



ADEN, Yemen - Seorang lelaki di sini yang didakwa menjadi perisik Israel bakal dibicarakan di sebuah mahkamah di sini, kata satu sumber rasmi semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, lelaki itu, Ibrahim al-Dharahi, 24, yang merupakan seorang jurutera komputer telah ditangkap tiga minggu lalu di bandar Taiz selepas dia diawasi selama beberapa minggu.
Satu sumber kehakiman yang memberitahu akhbar itu berkata, Ibrahim telah dibawa ke Aden untuk disoal siasat.
Dia dituduh menjadi seorang ejen yang bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad.
Kes tersebut akan dirujuk ke sebuah mahkamah dalam tempoh masa beberapa hari, kata sumber itu kepada akhbar September26. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2H3UK6aL3 
Hakcipta terpelihara 

Ratusan ribu berhimpun di Bandar Gaza




REUTERS
RATUSAN penyokong pergerakan Fatah berhimpun di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Ratusan ribu penyokong Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengadakan perhimpunan besar-besaran buat kali pertama di sini semalam, lapor seorang jurucakap pergerakan Fatah.
Perhimpunan julung-julung kali itu diadakan sejak Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada tahun 2007.
Hamas yang sedang merancang untuk bergabung dengan Fatah itu telah memberi kebenaran untuk perhimpunan tersebut.
Ia diadakan sebagai kemuncak kepada sambutan ulang tahun ke-48, penubuhan Fatah yang menentang Israel.
Sambutan ulang tahun tersebut telah berlangsung sejak seminggu lalu.
Para peserta perhimpunan itu mengibarkan bendera Palestin dan Fatah serta membawa beberapa gambar Abbas, lapor seorang koresponden AFP.
"Peserta-peserta perhimpunan itu merupakan kumpulan yang menyokong Abbas yang mentadbir Palestin dan mahu menunjukkan Fatah masih berada di barisan hadapan perjuangan," kata seorang pemimpin tempatan Fatah, Selim al-Zaraei.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2H3TeUVIW 
Hakcipta terpelihara 

Ramai wanita India minat belajar cara mempertahankan diri




AFP
SEORANG wanita mengikuti kelas mempertahankan diri di New Delhi pada Rabu lalu.


NEW DELHI - Lebih ramai wanita di India mula menunjukkan minat untuk menghadiri kelas yang mengajar cara untuk mempertahankan diri bagi mengelak mereka menjadi mangsa rogol dan keganasan kaum lelaki.
Jumlah itu meningkat selepas hampir tiga minggu kejadian seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di sini.
Pelajar wanita itu kemudian mati di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu kerana kecederaan dalaman yang teruk selepas dia turut dipukul dengan batang besi.
Pada Khamis lalu, lima lelaki berumur 19 hingga 35 tahun didakwa secara rasmi kerana melakukan pembunuhan dan merogol pelajar wanita tersebut.
Seorang pengajar seni mempertahankan diri, Amuj Sharma berkata, dia dihujani dengan panggilan telefon daripada kaum Hawa yang berminat minat untuk mengikuti kelas yang ditawarkan di Institut Invictus Survival Science di selatan Delhi.
"Terdapat peningkatan permintaan untuk belajar tentang cara dan nasihat untuk mempertahankan diri dan latihan perlindungan peribadi," katanya.
Sharma mengajar pelajar-pelajarnya cara untuk menumbuk, menendang dan membebaskan diri ketika ditangkap oleh para penyerang.
Sebuah akhbar dalam minggu ini turut melaporkan, terdapat beberapa wanita yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen senjata api selepas kejadian rogol itu berlaku.
Sementara itu, seorang pemilik kedai di sini memberitahu, jualan alat penyembur lada turut meningkat.
"Kami hanya dapat menjual beberapa botol dalam tempoh sebulan. Bagaimanapun, kini lebih ramai wanita telah datang ke kedai saya untuk membeli penyembur tersebut," kata pemilik kedai itu, Jai Shankar. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2H3QGjShi 
Hakcipta terpelihara