Sunday, January 9, 2011

Janji 100 hari melemaskan BN

Janji 100 hari melemaskan BN
Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya terus mencanangkan janji 100 harinya kepada rakyat kerana tindakan itu boleh membuatkan Barisan Nasional (BN) macam `cacing kepanasan’.
Soal BN mempertikaikan perkara itu bukan perkara pokok, asalkan ia lojik dan boleh diterima kebanyakan rakyat.
Apa yang janji PR itu boleh diterima kerana wang yang dibazirkan, kerugian perniagaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rasuah yang dilakukan kerajaan yang memerintah sekarang lebih besar berbanding yang akan dibelanjakan untuk faedah rakyat.
Kenaikan harga barang, petroleum, pelbagai cukai, saman polis yang dilakukan kerajaan cukup membebankan rakyat.
Adalah lebih baik rakyat ‘cu cuba alih’ pemerintahan daripada BN kepada PR seperti yang dilakukan rakyat Kelantan yang mengubah daripada BN kepada Pas pada pilihan raya umum 1990.
Banyak perkara yang tidak betul dan karut marut dilakukan BN selama 50 tahun memerintah Negara, sedang rakyat tidak banyak berubah, malah lebih tertekan dan menderita kerana dibebani pelbagai masalah, termasuk kena bayar hutang, rumah, kereta, cukai pendapatan, saman polis, JPJ, cukai pintu, tol dan petroleum yang naik sampai dua tiga kali dalam setahun.
Kalau rakyat memilihkan pemimpin seperti yang digariskan dalam Islam iaitu yang mampu mentadbir negara dengan baik, tidak rasuah, tidak membazir wang rakyat, tidak salah guna kuasa serta mengkayakan kroni dan saudara mara, InsyaAllah rakyat dapat hidup lebih baik daripada yang dinikmati sekarang.
Saya rasa nak termuntah apabila mendengar janji Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein yang memberi jaminan akan menyelesaikan masalah air di Kelantan dalam masa lima tahun.
Kalau saya jadi Timbalan Menteri seperti Awang Adek, saya juga berani memberi jaminan selesai masalah air di Kelantan dalam masa kurang daripada lima tahun kerana boleh menyalahgunakan wang royalti minyak untuk Kelantan yang dipanggil wang ehsan itu melaksanakan projek berkenaan.
Saya baru tahu rupanya selama ini cukai setem yang dibayar untuk urusan tukar syarat tanah dan sebagainya di pejabat tanah itu dikaut Kerajaan Pusat bukannya menjadi hak kerajaan negeri.
Jadi apalah hasil yang diperoleh kerajaan negeri kalu semua hasil ‘disapu’ kerajaan pusat.
Yang jadi menteri ke timbalan menteri yang berasal dari Kelantan, usahlah bercakap berkobar-kobar tapi tahi lekat celah lantai.
Kalau macam tulah Awang Adek bercakap, nampak gaya kalau dia bertanding lagi di Bachok, jangan harap dia nak menang, begitu juga Datuk Mustapha Mohamad yang menang kerana bantuan undi pos askar di Jeli.
Insya Allah pilihan raya ke-13 nanti, PR akan sapu bersih semua kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan.

Kanak-kanak mangsa asid selesai jalani pembedahan

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

09/01/2011 7:42pm

KUALA TERENGGANU, 9 Jan. - Kanak-kanak mangsa simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, selamat menjalani pembedahan plastik di bahagian mukanya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Menurut ibunya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, masih tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan lebih enam jam bermula 12 tengah hari tadi.

'Setakat ini saya masih belum dimaklumkan oleh doktor mengenai status pembedahan itu, sama ada doktor sempat bedah bahagian dadanya yang turut mempunyai parut kekal,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital itu, di sini. - Bernama"

Pak Lah perjelas kenyataan berhubung dakwaan rogol oleh menteri

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

09/01/2011 7:20pm

KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjelaskan bahawa beliau ada membuat kenyataan mengenai dakwaan rogol yang kononnya dilakukan oleh seorang menteri hanya semalam selepas baru mengetahui dakwaan itu.

Katanya, beliau tidak berkata apa-apa sebelum ini kerana tidak dimaklumkan mengenai dakwaan itu.

Abdullah berkata, beliau memberi maklum balas semalam kerana media bertanya mengenai dakwaan itu yang tersiar dalam beberapa laman blog yang mendakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim telah merogol bekas pembantu rumahnya pada 2007.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak menyatakan perkara-perkara lain dan mahu menghindarkan diri dari rujukan-rujukan lain dalam laporan awal yang memetik beliau berhubung dakwaan itu.

Jumaat lalu, bekas pembantu rumah Rais menafikan dakwaan rogol itu. - Bernama"

Saya tak maafkan dia: Siti Aminah

SH



ALOR SETAR - “Saya tak boleh maafkan dia,” tegas Siti Aminah Hanapi, 50, yang masih terkejut dan trauma dengan peristiwa dialaminya kelmarin.

Dia berkata, hubungannya dengan isteri kedua yang hanya dikenali sebagai Mah adalah biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah sehingga peristiwa yang menyebabkan dia dan anaknya, Nurul Syuhada Saad, 17, cedera parah akibat ditetak dengan parang panjang oleh madunya.

“Pada peringkat awal perkahwinan suami dengan isteri keduanya, saya tidak mengetahuinya, namun apabila suami mengambil keputusan membawa Mah tinggal bersama, saya akur.

“Kami tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu di rumah saya di Kampung Baru, Tepi Sekolah Sri Muda, Sungai Korok selepas dia berpindah dari rumah sewanya di Kuala Nerang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, semalam.

Difahamkan, usia perkahwinan Siti Aminah dengan Saad Husin, 51, sudah mencecah 30 tahun dan perkahwinan keduanya dengan Mah hanya dua tahun lalu dan mendapat seorang anak lelaki kini berusia lapan bulan dikenali sebagai Alif.

Menceritakan peristiwa berlaku kira-kira jam 10 pagi kelmarin, Siti Aminah berkata, beliau terkejut dengan tahap kecederaan yang dialaminya kerana menyangka hanya dahinya yang cedera.

“Apabila melihat cermin pagi ini (semalam) rupanya pipi hingga ke bibir turut cedera.

“Dengan kecederaan yang dialami ini, saya tidak pasti bila akan dibenarkan keluar daripada hospital,” katanya.

Menurutnya, anak keempat, Siti Musliha, juga cuba diserang tetapi sempat mengelak dan melarikan diri. Bagaimanapun, Nurul Syuhada yang cuba menyelamatkannya cedera terkena parang panjang.

“Sebelum kejadian, bayinya menangis dan saya minta izin untuk memberi bayi itu makan, dia kata kalau nak, datang ambil, tetapi saya diserang sebaik pintu bilik dibuka. Selepas ditetak di dahi, dia duduk atas badan dan cuba mencekik saya, mujurlah Nurul Syuhada ada ketika itu dan sempat menariknya.

“Saya tidak menyangka perkara ini akan terjadi, bagaimanapun saya serahkan kepada polis untuk menyelesaikan kes ini.

“saya sekarang membuat tudung saji sebagai kerja sambilan dan tempahan dan perlu disiapkan dalam masa terdekat namun setelah insiden ini, saya kehilangan punca pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Siti Aminah berkata, suaminya meminta agar tidak membuat laporan polis tetapi menyerahkan kepada anak untuk membuat keputusan.

“Pagi ini suami tidak datang jenguk saya dan dimaklumkan dia bawa isteri kedua dan anaknya lari, mungkin balik ke Kuala Nerang.

“Saya tidak membantah jika anak nak bawa kes ini ke pejabat agama,” katanya.

Siti Aminah menerima hampir 30 jahitan di pipi dan 20 jahitan di dahi akibat tetakan dalam kejadian kelmarin, bahkan ujian x-ray mendapati terdapat kesan retakan pada kepalanya.

Pembantu rumah nafi diperkosa menteri


CIK ROBINGAH: Sepanjang mengenali Datuk Rais Yatim, beliau berkata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia itu seorang yang baik dan sering membelikan buah tangan sekiranya pulang dari luar negara, jauh sekali berkelakuan kasar terhadapnya dan yang lain.
Bekas amah dari Jawa terkejut apabila mengetahui berita kononnya beliau diperkosa majikan tersebar luas
KUALA LUMPUR: Setelah buat beberapa ketika mendiamkan dirinya, seorang pembantu rumah warga Indonesia, yang didakwa diperkosa oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kelmarin tampil menjelaskan bahawa tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Cik Robingah (seperti beberapa warga Indonesia lain, hanya menggunakan satu nama sahaja), 47 tahun, yang berkhidmat selama lapan tahun dari 1999 hingga 2007, menjelaskan, sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Dr Rais, beliau diberi layanan baik dan tidak pernah diperlakukan seperti dakwaan yang kini tersebar luas, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) sambil memetik beberapa laporan media Indonesia, semalam.'Saya tidak pernah diperkosa Datuk Rais. Khabar angin yang mengatakan saya diperlakukan seperti itu adalah tidak benar sama sekali,' katanya.Cik Robingah, yang berasal dari Banjarnegara, Jawa Tengah, berkata, sepanjang berkhidmat selama lapan tahun di rumah Dr Rais, beliau bersama tiga lagi pembantu rumah berasal dari Indonesia diberi layanan yang baik dan tidak pernah berhadapan dengan masalah untuk mengambil cuti balik ke kampung halaman.'Sepanjang bertugas, saya ditugaskan sebagai penghantar makanan sekiranya ada jamuan di rumah Datuk dan membuka pintu pagar ketika Datuk keluar dan pulang ke rumah.'Sepanjang mengenali Datuk, beliau seorang yang baik dan sering membelikan buah tangan sekiranya pulang dari luar negara, jauh sekali berkelakuan kasar terhadap saya dan yang lain.'Saya begitu sedih apabila mengetahui dikaitkan dengan Datuk yang jelas boleh menjejaskan namanya di Malaysia dan Indonesia,' kata beliau, yang dipetik dalam laporan laman berita Media Indonesia (MI) dan Republika.co.id, kelmarin.Cik Robingah berkata, beliau berhenti kerja di rumah Dr Rais pada 2007 kerana kontrak kerjanya di Malaysia sudah tamat dan bukan atas sebab diperkosa sehingga mendorongnya untuk pulang ke Banjarnegara.Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog menyiarkan cerita kononnya Dr Rais telah memperkosa pembantu rumahnya pada 2007.Bagaimanapun, Dr Rais tampil untuk menafikan tuduhan itu sambil berkata beliau tidak pernah terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 dan menyifatkan semua dakwaan lain dilemparkan penulis blog di Internet dan parti-parti pembangkang di Malaysia sebagai tidak benar.Suami Cik Robingah, Encik Sukirman, 52 tahun, pula berkata sepanjang isterinya bekerja di Malaysia, beliau tidak pernah mengeluh dan menceritakan keburukan majikannya.'Kebaikan Datuk menyebabkan saya izinkan Robingah bekerja sehingga lapan tahun, namun terkejut apabila mendapati berita isteri saya diperkosa majikannya tersebar luas,' kata beliau dalam laporan-laporan itu.Bulan lalu, sebuah laman berita parti pembangkang, HarakahDaily.Net, melaporkan bahawa seorang menteri kabinet Malaysia terus bebas walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau telah merogol pembantu rumahnya tiga tahun lalu.Berita itu segera menjadi salah satu berita sensasi tahun lalu selepas laman berita tersebut menyiarkan pendedahan WikiLeaks berhubung dakwaan itu, sambil memetik seorang penulis blog Malaysia, RockyBru, dan kenyataan Migrant Care.Migrant Care pula dalam sidang medianya semalam mengesahkan laporan yang dipetik oleh laman web di Malaysia, termasuk HarakahDaily.Net adalah daripada mereka.Namun, kumpulan hak asasi itu berkata pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyiarkan laporan itu, yang dihantar kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Indonesia.Migrant Care juga memaklumkan, kes itu tidak dibawa ke tindakan seterusnya kerana mangsa tidak bersedia, kata HarakahDaily.Net, semalam.

Polis diminta perjelas kes tembak 3 remaja - Malaysiakini

Polis diminta perjelas kes tembak 3 remaja - Malaysiakini

Anggota keluarga kepada tiga remaja yang maut ditembak dalam satu kejadian pada 13 November lalu hari ini menuntut polis membuat penjelasan berhubung kes berkenaan.


Anggota keluarga itu diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri yang turut menyerahkan satu memorandum kepada ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, antara lainnya bagi menggesa supaya segera mendedahkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Tiga remaja berkenaan, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.


NONEDalam memorandum berkenaan, peguam berkenaan turut menuntut supaya polis mengambil tindakan tegas, termasuk pendakwaan jenayah terhadap anggota yang bertindak melepaskan tembakan tersebut.


Memorandum itu juga mempertikaikan kenyataan pemangku ketua polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berhubung kes berkenaan.


"Datuk A. Thaiveegan membuat dakwaan tak munasabah bahawa kesemua yang meninggal dunia merupakan 'penjenayah tegar'.


"Polis mendakwa suspek yang meninggal dunia itu merupakan sebahagian daripada geng yang dikenali sebagai 'Geng Minyak'.


"Mereka juga mendakwa bahawa suspek, apabila dikepung telah meluru ke arah polis dengan parang dan polis menembak mati kesemua mereka dalam mempertahankan diri (mereka).


"Kami dapati cerita daripada polis ini sangat tidak boleh dipercayai," menurut memorandum tersebut yang diserahkan oleh peguam Fadiah Nadwa Fikri.


Dalam memorandum itu juga, tuntutan dikemukakan supaya polis mendedahkan prosedur yang perlu diikuti oleh anggota polis sebelum melepaskan tembakan.


NONEIa turut mempertikaikan, sekiranya benar suspek berkenaan hanya bersenjatakan parang dan bukannya senjata api, mengapakah perlu menembak mati kesemua remaja berkenaan.


"Adakah apa-apa tembakan amaran dilepaskan? Ianya sangat dipercayai bahawa orang bersenjatakan parang akan meluru ke dalam hujan peluru," memorandum itu dipetik.


Memorandum berkenaan diterima oleh pegawai perhubungan awam Bukit Aman Cif Insp Saipul Anuar Razali kira-kira jam 10.40 pagi ini.


Ketika bercakap kepada keluarga mangsa sebelum itu, Saipul Anuar memberi jaminan bahawa perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara sendiri.


"Insya-Allah pada hari Isnin ini ketua polis negara sendiri akan beri jawapan," kata Saipul Anuar lagi yang tidak dapat menjelaskan apakah status sebenar siasatan ke atas kes berkenaan.
Beliau sebelum itu diminta menjelaskan demikian oleh naib presiden parti itu N Surendran yang turut mengiringi keluarga mangsa berkenaan.
Turut mengiringi keluarga mangsa bagi menyerahkan memorandum itu ialah dua ahli parlimen PKR, R Sivarasa (Subang) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Saya diam, yakin Rais tak perkosa, kata Pak Lah - Malaysiakini

Saya diam, yakin Rais tak perkosa, kata Pak Lah - Malaysiakini


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya.Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.
"Kenapa pula macam tu. Saya pun tak tahu (kes) itu. Nak cover upapa? Tak patut la mereka tuduh saya macam tu.
"Nak bagi kenyataan buat apa? Benda tu tak betul. Sekarang anda dah tanya, saya bagi la statement. Saya memang tidak menerima apa-apa laporan tentang dakwaan itu," katanya pada sidang media ketika ditanya berhubung dakwaan bahawa tindakannya tidak mengeluarkan kenyataan bertujuan melindungi menteri berkenaan.

Terdahulu, Abdullah merasmikan 'The Abdullah Yusuf Ali Memorial Lecture' dan melancarkan buku 'The History of the Qura'anic Text' tulisan M M Al-A'zami di Auditorim Kolej Universiti MAHSA di Petaling Jaya.

Isu yang didedahkan penulis blog itu mendakwa Rais, yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memperkosa bekas pembantu rumahnya dan mendakwa tindakan pentadbiran Abdullah berdiam diri adalah untuk mengelakkan konflik serantau.

Abdulah berkata beliau tidak mengambil kisah mengenai isu yang dimainkan di dunia siber itu kerana beliau yakin perkara itu tidak pernah terjadi.

"Kalau apa yang dikatakan itu tidak betul maka tentulah pihak yang berkenaaan akan mengambil tindakan dan dalam hal ini Datuk Seri Dr Rais telah membuat kenyataan menafikannya," katanya.

Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

Semalam, portal berita detik.com melaporkan bekas pembantu rumah Rais yang didakwa diperkosa telah nenafikan tuduhan terhadap majikannya dan mendakwa Rais adalah seorang yang baik hati dan tidak mempunyai masalah dengan dirinya.

Wanita itu berkata laporan berita yang selama ini menyebut dia diperkosa sama sekali tidak benar.

--Bernama


Bidang Kuasa JPJ Diperluas Ke Semua Jenis Jalan

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Bidang Kuasa JPJ Diperluas Ke Semua Jenis Jalan: "
09/01/2011 16:36:44


Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahad berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan perbandaran.

Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Tambahnya, semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan boleh diambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan.

Penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara 22 Disember lalu.

Menurutnya, sekarang ini cuma menunggu diwartakan dan ia dijangka dikuatkuasakan tidak lama lagi, dalam tahun ini juga."

Rantau Panjang putus hubungan

myMetro | Rantau Panjang putus hubungan
KOTA BHARU: Banjir di Kelantan semakin buruk petang semalam apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter.
Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kini mencecah 2,084 orang di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pada sebelah pagi.

Semua premis perniagaan di bandar Rantau Panjang yang bersempadan dengan Bandar Golok, Selatan Thailand dengan hanya dipisahkan oleh Sungai Golok, kini tidak beroperasi setelah digenangi air sejak lewat malam kelmarin.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sehingga jam 3 petang semalam seramai 2,084 mangsa membabitkan 606 keluarga di daerah Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat diarah pindah berikutan kawasan kediaman mereka ditenggelami air.

Jumlah pusat pemindahan yang dibuka kini berjumlah 23 berbanding 19 pusat sebelah pagi.


Beliau berkata, enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu lima di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat.

“Laluan yang ditutup ialah di KM3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong- Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/ Meranti (Tumpat),” katanya.

Jurucakap berkata, paras Sungai Golok masih bertahan di paras 10.28 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga.

Di TERENGGANU, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan kepada 388 petang semalam berbanding 580 sebelah pagi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, mangsa banjir di Besut menurun kepada 121 berbanding 176 pagi semalam dan di Hulu Terengganu hanya 47 mangsa berada di pusat pemindahan.


Di daerah Setiu, daripada 295 orang pada sebelah pagi berkurangan kepada 180 orang dan di daerah Kemaman hanya tinggal 24 orang mangsa di pusat pemindahan, manakala di Marang jumlah mangsa banjir kekal sembilan orang dan di daerah Dungun tujuh orang.


Jurucakap berkata, jalan utama Terengganu untuk ke Kuantan dan Kota Bharu masih dibuka kepada semua kenderaan.


Katanya, hanya 18 pusat pemindahan banjir yang masih beroperasi setelah empat pusat ditutup dan lebih ramai mangsa dijangka pulang ke rumah memandangkan hujan lebat yang berlarutan sejak Khamis lalu, sudah berhenti.


Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan, paras air di kebanyakan sungai utama menunjukkan penurunan, kecuali di dua sungai yang berada pada paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit pada paras 13.13 meter (bahaya 12.00 meter) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri 8.65 meter (bahaya 8.50 meter).


Di PAHANG, keadaan banjir di daerah Kuantan hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 18 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir.


Menurut jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka membabitkan empat keluarga dari Kampung Chendor Tengah yang ditempatkan di Balai Raya Chendor.


“Pada pagi tadi (semalam), 188 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir, namun sehingga 4 petang, semua mereka terbabit dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kecuali 18 orang di Balai Raya Chendor,” katanya. — Bernama

Perjalanan terakhir

myMetro | Perjalanan terakhir
REMUK... Ahmad Lazim melihat kereta yang meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Syahirah Ahmad Lazim.
REMUK... Ahmad Lazim melihat kereta yang meragut nyawa anaknya. Gambar kecil, Syahirah Ahmad Lazim.


JASIN: Kepulangan seorang pelajar ke kampung di Rengit, Batu Pahat untuk mendapatkan tandatangan bapanya bagi permohonan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi perjalanan terakhir apabila terbabit dalam kemalangan ngeri, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Syahirah Ahmad Lazim, 19, penuntut Diploma Kejururawatan Kolej Segi, Kuala Lumpur mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta, Zari Affendi Harun, 33, cedera parah di kaki kiri dan patah rusuk kiri.

Kejadian berlaku di Kilometer 187.1 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Selatan, dekat sini, apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler dalam perjalanan ke Johor Bahru sebelum terbabas.

Bapa mangsa, Ahmad Lazim Kasim, 53, berkata dia terkejut apabila dimaklumkan anak kedua daripada enam beradik itu terbabit dalam kemalangan oleh penduduk kampung jam 4.15 pagi.

Menurutnya, dia yang baru terjaga daripada tidur turut dimaklumkan Syahirah sudah tiada selepas identiti anaknya dikenal pasti seorang anggota polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian.


“Isteri (Noriah Basri, 48) sedih mendengar berita memilukan itu kerana arwah menghubungi saya kira-kira jam 7 malam semalam (kelmarin) memaklumkan dia mahu pulang ke kampung (Jambi Darat, Rengit, Batu Pahat).

“Dia memaklumkan mahu pulang untuk mengisi borang pinjaman pelajaran PTPTN bersama kawan, tetapi tidak memberitahu akan pulang menaiki apa kerana seperti biasanya arwah pulang dengan menaiki bas.

“Saya juga tidak menyangka dia kini pergi buat selama-lamanya namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jasin, di sini.

Malah, katanya, impian anak perempuannya untuk bergelar jururawat juga tidak kesampaian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Zari Affendi melanggar belakang sebelah kanan treler membawa muatan minyak masak sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk

Berita Harian Online | Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk
KEADAAN banjir di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumbuh dekat Tumpat, hari ini dipenuhi banjir sedalam hampir satu meter berikutan limpahan air Sungai Pengkalan Datu dan menyebabkan beberapa rumah ditenggelami serta laluan ke kampung itu terpaksa di tutup dan kebanyakkan penduduk menggunakan sampan dan bot gentian kaca menjalankan aktiviti harian mereka. - Foto Syamsi Suhaimi




2011/01/09

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan pagi ini bertambah buruk apabila bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan meningkat kepada 3,441 orang manakala keadaan banjir di Terengganu semakin pulih.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sebanyak 27 pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan semua mangsa banjir dari enam daerah iaitu Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
"Sehingga jam 8.30 pagi ini, mangsa banjir terus meningkat kepada 3,441 orang berbanding 2,777 orang malam semalam, membabitkan 1,011 keluarga," katanya di sini hari ini.
Jurucakap itu berkata, daerah Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan dibuka manakala enam pusat di Kota Baharu, dua pusat di Tumpat dan masing-masing satu di Bachok, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan di daerah Pasir Mas iaitu KM3 Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.

Jurucakap itu berkata, paras air Sungai Golok masih melebihi paras bahaya 9 meter bagaimanapun telah turun kepada 10.22 meter berbanding 10.32 meter yang dilaporkan semalam. - BERNAMA

Ikan bukan makanan murah


HARGA ikan kini lebih mahal daripada daging dan ayam.

Kosmo! Online - Rencana Utama
SEKILOGRAM ikan jenahak dijual pada purata harga RM17 di beberapa pasar borong sekitar Kuala Lumpur sepanjang minggu lalu. Ikan kerapu bunga pula sekitar RM15 sekilogram. Sekilogram ikan merah pula dijual pada harga RM16.
Meninjau harga makanan laut yang didaratkan di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang direkodkan di laman sesawang Ikan Online pula, harga-harga itu tidak jauh berbeza.
Penjualan di peringkat runcit bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan di antara RM2 hingga RM5 pada kadar purata berbanding harga di atas.
“Harga ikan dan makanan laut mentah di pasaran pun sudah mahal. Jadi kami tak dapat elak daripada meletakkan harga yang lebih tinggi setelah siap dimasak.
“Kami beli kerapu, jenahak dan siakap, contohnya, pada harga mencecah RM20 sekilogram.
“Itu pun harga yang dibeli terus dari pemborong tetap,” ujar pemilik dan pengusaha restoran makanan laut Aroma Ikan Bakar, Mohd. Naim Omar, 46.
Ikan bakar
Malah, harga udang mentah juga, kata Naim, pernah mencapai RM60 sekilogram, khususnya pada musim perayaan.
Kadar purata untuk udang harimau mentah pada minggu lalu di pasar borong sekitar Kuala Lumpur sahaja hampir mencapai RM49 sekilogram.
Biarpun harga makanan laut memang diketahui mahal, restoran yang beroperasi sejak 2004 dan terletak di kawasan yang agak terpencil di Pantai Jeram, Kuala Selangor, itu tidak pula menunjukkan risiko untuk ‘bungkus’ dalam masa terdekat.
“Saya seringkali terkejut ketika mendapat komen daripada pelanggan. Saya sangka mereka mahu mengatakan caj yang kami kenakan mahal, tetapi yang sebaliknya kami terima.
“Sehingga hari ini kami sudah dapat melihat coraknya. Pelanggan dari bandar akan mengatakan caj kami murah manakala pelanggan dari luar bandar akan mengatakan harga kami mahal. Jadi semuanya terpulang kepada pelanggan,” kongsinya.
Pengarah restoran berasaskan makanan laut, Sekinchan Ikan Bakar, Liza Ruzaini Mohd. Husin, pula membuat perbandingan antara harga ikan bakar di restorannya dengan yang dijual di gerai.
“Harga ikan bakar di gerai pun mencecah RM9 per 100 gram. Sedangkan di restoran kami, pelanggan bukan sekadar dapat makan ikan bakar dan makanan laut yang lain yang segar, tetapi dapat menikmatinya dalam suasana yang selesa, sesuai dengan konsep keluarga yang dilengkapi Wi-Fi dan Astro, serta sos yang sedap,” kata Liza.
Jika diperhatikan, harga bagi 100 gram ikan kerapu, siakap dan merah yang siap dibakar di Sekinchan Ikan Bakar hanyalah RM7. Ikan kembung pula dijual di antara RM6 hingga RM10, begitu juga untuk udang kertas.
Import
“Ketam kami juga hanya RM10 seekor. Di kedai mamak, seekor ketam dijual RM13,” sambungnya. Sekinchan Ikan Bakar, jelas Liza, menggunakan sumber laut tempatan.
“Makanan laut tempatan lebih manis rasanya berbanding yang diimport dari negara jiran seperti Thailand, Burma dan Bangladesh kerana ia tidak dibekukan.
“Kami juga menawarkan ikan segar dan bukan yang disejukbekukan seperti di sesetengah restoran.
“Kami tidak meletakkan sebarang peti sejuk beku di restoran kami. Sebaliknya sumber bahan mentah kami dihantar setiap hari dari Sekinchan,” dedahnya.
Melalui pengalamannya sendiri merasa ikan bakar di Langkawi, Kedah, Liza mengakui harga yang terpaksa dibayar mahal.
“Harga ikan bakar mereka mencecah RM10 setiap 100 gram. Tetapi rasanya sedap dan suasananya selesa, jadi saya tidak kisah dan cukup berpuas hati.
“Kalau rasa tidak sedap, bayar sedikit pun orang marah. Tetapi kalau rasanya sedap bayar lebih sedikit pun, sesetengah orang tidak kisah,” sambung anak jati Sekinchan, Selangor itu.
Pengarah Bahagian Pemasaran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Mohari Mohamad Tamin, menerangkan harga ikan dan makanan laut yang lain yang didaratkan di jeti, rata-ratanya 40 peratus lebih rendah harganya berbanding harga pasaran.
“Kalau bahan mentah itu melalui peraih terlebih dulu, harga itu akan meningkat lebih tinggi. Peningkatan itu sebenarnya berlaku berikutan kos pengangkutan yang tinggi selain kos upah tenaga buruh, pembinaan bot, kaedah penangkapan, teknologi yang digunakan, enjin, dan minyak yang mahal,” ulas Mohari.
Pada musim tengkujuh, apabila ikan sukar diperolehi dan musim perayaan yang melibatkan kepercayaan yang berkaitan ikan, akan turut mengangkat nilai makanan laut itu.
“Pada Tahun Baru Cina, harga ikan bawal putih akan mencanak sehingga mencapai harga tidak munasabah. Jika lazimnya harga ikan itu ialah sekitar RM20 sekilogram, ia boleh mencecah RM100 sekilogram.
“Namun, harga di peringkat runcit atau di peringkat restoran dan kedai makan melibatkan nilai tambah yang berbeza.
“Antaranya termasuklah mempertimbangkan sama ada sumber datang daripada air tawar atau air masin, liar atau diternak, dibekalkan dalam keadaan masih hidup atau sudah mati, dari perairan tempatan atau import dan sebagainya,” jelas Mohari.