Saturday, July 6, 2013

" Kami mahukan Ulama Perwaris Nabi memimpin negara kami dan kami menolak sekutu2 Yahudi dan Nasara memimpin negara ini.. "

BERITA TERKINI :

Melalui para pelajar Malaysia yang berada di Mesir dikhabarkan sekitar 5 juta orang rakyat Melsir yang menyokong Presiden Al- Hafiz Mohamad Morsi sedang mengadakan Demonstrasi di Dataran Tahrir dan Dataran Rabiatul Adawiyah bagi menuntut Mohamad Morsi diangkat semula menjadi Presiden Mesir..

" Kami mahukan Ulama Perwaris Nabi memimpin negara kami dan kami menolak sekutu2 Yahudi dan Nasara memimpin negara ini.. "

" Kami rela Syahid Wahai Yahudi.. Janji Allah tetap menanti kami '

Di Media-media Malaysia terutama sekali Akhbar dan TV tidak melaporkan perkembangan sebenar apa yang berlaku di Mesir. Dr. Morsi digambarkan sebagai seorang diktator - penipuan. penyelewengan serta fitnah yang dilemparkan ke atas Ulama Al- Hafiz Dr. Mohamad Morsi oleh media kerajaan menyelahkan lagi di mana kedudukan sebenar Kerajaan Malaysia di dalam isu umat islam sejagat.

ADMIN cuba dapatkan pandangan seorang kawan yg juga merupakan ilmuan islam yang berada di dalam Kerajaan UMNO BN tentang duduk sebenar Media kerajaan dalam isu yang berlaku di Mesir- Katanya Media kerajaan terpaksa mengikut Format dan Dasar yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, Dasar UMNO Barisan Nasional tidak akan menyokong mana-mana pemimpin dunia yang tidak disenangi oleh Amerika ( Yahudi ) dan negara-negara yang berada di dalam block Eropah walaupun ianya melibatkan negara islam seperti Mesir..

Note :

Berita yang masih belum dapat dipastikan lagi. Presiden Turkey Tayyed Erdogan berkata jika mereka musnahkan kepimpinan Mohamad Morsi di Mesir para Syuhadah Othmanyiah akan turun menyahut seruan jihad di bumi para ambia` tersebut.

Teku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

China, Rusia adakan latihan tentera


KAPAL pemusnah China, Wuhan mengetuai armada tentera laut menuju Laut Jepun pada 3 Julai lalu untuk menyertai latihan ketenteraan Joint-Sea-2013 bersama sekutu kuat, Rusia. - AP
BEIJING 5 Julai - China dan Rusia mengadakan latihan ketenteraan bersama yang diberi nama Joint-Sea 2013, secara besar-besaran di Laut Jepun, hari ini.
Sebanyak 18 kapal perang, satu kapal selam, tiga pesawat, lima kapal pengangkut helikopter dan dua unit komando terlibat dalam latihan itu.
Latihan yang berlangsung sehingga 12 Julai ini turut melibatkan taktik perang menggunakan kapal selam, taktik serangan jarak dekat dan rampasan kapal musuh.
Latihan itu disifatkan oleh China sebagai latihan ketenteraan terbesar yang pernah diadakan dengan pasukan tentera asing.
Pasukan tentera China membawa empat kapal pemusnah, dua kapal peluru berpandu frigat dan kapal sokongan yang berlepas ke Laut Jepun dari pelabuhan Qindao pada Isnin lalu.
Latihan ketenteraan itu akan diikuti latihan antikeganasan melibatkan kedua-dua negara di Gunung Ural di wilayah Chelyabinsk, Rusia dari 27 Julai hingga 15 Ogos ini.
Pasukan tentera China telah lama menjalin hubungan dengan pasukan tentera serantau kecuali Jepun ekoran pertikaian wilayah maritim di Laut China Timur. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_05/China-Rusia-adakan-latihan-tentera#ixzz2YH3Wa1AV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pakistan haram filem kisah cinta pasangan Hindu-Islam

ISLAMABAD 6 Julai - Kerajaan Pakistan mengharamkan penayangan sebuah filem India yang mengisahkan percintaan pasangan Muslim-Hindu yang dibimbangi akan menyinggung perasaan penonton di negara ini.
Filem Raanjhanaa mula ditayangkan pada bulan lalu, namun Lembaga Penapisan Filem Pakistan enggan meluluskan tayangan filem berkenaan di pawagam negara ini.
"Cerita dalam filem terbabit mungkin akan menyinggung majoriti penduduk Islam di Pakistan dan boleh mencetuskan kekecohan," kata pengarah lembaga berkenaan, Arshad Ali semalam.
Menurut laporan media, filem itu mengisahkan percintaan antara seorang lelaki beragama Hindu dengan seorang wanita beragama Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_01/Pakistan-haram-filem-kisah-cinta-pasangan-Hindu-Islam#ixzz2YH3IoWYz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perancis intip panggilan telefon?


Gambar tidak bertarikh menunjukkan lokasi yang dipercayai ibu pejabat agensi perisikan Perancis, DGSE yang digunakan untuk memintas semua proses komunikasi di negara tersebut dan beberapa negara lain. - AGENSI
PARIS 5 Julai - Satu akhbar tempatan Perancis mendedahkan bahawa sebuah agensi perisikan di negara ini memintas semua proses komunikasi dengan mengintip panggilan telefon masuk dan keluar serta data komputer selama beberapa tahun.
Akhbar Le Monde semalam melaporkan, kesemua data komunikasi di negara ini disimpan dalam 'supercomputer' di ibu pejabat agensi perisikan bernama DGSE.
"DGSE mengumpul maklumat komunikasi menggunakan isyarat elektromagnet yang dipancarkan oleh semua komputer di negara ini, mahupun antara Perancis dan negara lain.
"Data komunikasi yang dikumpul menerusi perbualan komunikasi, E-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook, Twitter akan disimpan selama beberapa tahun di dalam supercomputer yang mana agensi perisikan lain boleh mengaksesnya," jelas laporan akhbar tersebut.
Sementara itu, kerajaan bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung laporan tersebut.
Anggota Parlimen, Jean-Jacques menerusi satu kenyataan berkata, laporan tersebut boleh disifatkan sebagai 'tidak sepadan dengan realiti undang-undang negara ini'.
"Memintas data komunikasi penduduk Perancis tertakluk di bawah undang-undang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Kawalan Pintasan Kebangsaan (CNCIS) dan data yang dikumpul akan dilupuskan selepas digunakan.
"Rakyat negara ini tidak tertakluk pada pengintipan secara besar-besaran dan tetap berada di luar penguatkuasaan undang-undang," katanya.
Presiden Francois Hollande kelmarin mengancam untuk menyekat rundingan perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) selepas media melaporkan Agensi Keselamatan Kebangsaan AS mengintip pejabat dan kedutaan negara-negara Eropah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_04/Perancis-intip-panggilan-telefon#ixzz2YH2zf7z1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semua pihak dirayu berdamai


SEORANG penyokong Mohammed Mursi menunjukkan sokongannya kepada bekas Presiden Mesir itu di hadapan anggota tentera yang berkawal di Universiti Kaherah, Giza, kelmarin. - REUTERS
KAHERAH 5 Julai - Tentera Mesir, hari ini merayu kepada semua pihak supaya berdamai dan memberi amaran akan bertindak terhadap sebarang serangan balas, selepas Presiden Mohammed Mursi digulingkan tentera, kelmarin.
Polis Mesir dalam pada itu melancarkan operasi menahan pemimpin-pemimpin kanan Ikhwan Muslimin menjelang perhimpunan yang dijadual diadakan hari ini oleh penyokong Mursi.
Tentera dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook turut menyatakan, ramai yang cedera dalam pertempuran antara penyokong Mursi dan kumpulan penentang di Delta Nil menjelang perhimpunan, hari ini.
Pertempuran di Sharqiya itu berlaku beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir, Adly Mansour, 67, mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden sementara negara ini sehinggalah pilihan raya baharu diadakan.
Dalam satu insiden serangan balas pula, seorang tentera Mesir terbunuh selepas kumpulan bersenjata menyerang pos tentera dan polis di Sinai awal hari ini dengan senjata berat dan roket.
Dalam pada itu, agensi berita MENA melaporkan, helikopter tentera dihantar untuk memburu kumpulan bersenjata itu yang turut menyerang sebuah lapangan terbang di utara Sinai.
Beberapa kumpulan bersenjata di semenanjung Sinai mengeluarkan ancaman serangan balas selepas tentera menggulingkan Mursi.
Tentera dalam pada itu berkata, mereka menyokong hak mengadakan demonstrasi secara aman, tetapi memberi amaran bahawa keganasan dan tindakan melanggar undang-undang seperti menyekat jalan raya akan 'merosakkan keamanan sosial'.
Menurut kenyataan tentera, tindakan luar biasa dan autokratik ke atas kumpulan politik perlu dielak, meskipun pasukan keselamatan sedang melakukan operasi penahanan pegawai-pegawai kanan Ikhwan Muslimin.
Polis menahan pemimpin agung Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie kerana dituduh 'menghasut pembunuhan penunjuk perasaan'.
Pergerakan Ikhwan Muslimin dijadual mengadakan perhimpunan aman, hari ini bagi menentang tindakan tentera merampas kuasa.
Sementara itu, tentera Mesir hari ini mengisytiharkan darurat di wilayah Sinai Selatan dan Suez selepas kumpulan bersenjata menyerang sebuah lapangan terbang di bandar El-Arish, lapor akhbar milik kerajaan, al-Ahram.
Laporan itu memetik kenyataan Komander Third Field Army, Osama Asakar sebagai berkata, 'keadaan bersedia' di kedua-dua wilayah itu meningkat ke tahap tertinggi ekoran serangan tersebut.
Kesatuan Afrika (AU) dalam pada itu mengumumkan mengantung Mesir daripada semua aktiviti dengan pertubuhan itu selepas rampasan kuasa tersebut.
"AU dan majlis Keselamatan memutuskan untuk menggantung kenaggotaan Mesir dalam aktiviti AU sehinggalah Perlembagaan di negara itu dikuatkuasakan," kata Setiausaha Majlis Keamanan dan Keselamatan AU, Admore Kambudzi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_02/Semua-pihak-dirayu-berdamai#ixzz2YH2a383e
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ikhwan Muslimin ikrar kembalikan kuasa Mursi

KAHERAH 6 Julai - Pergerakan Ikhwan Muslimin hari ini berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.
"Perhimpunan besar-besaran secara aman akan berterusan sehinggalah tentera mengembalikan tampuk pemerintahan kepada Presiden Mursi," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menjelang tunjuk perasaan hari ini, tengah Kaherah telah pun tegang dengan penyokong anti-Mursi bermalam di Dataran Tahrir.
Pergerakan Tamarod yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan, sekali gus menyebabkan Presiden Mursi digulingkan, turut menggesa pengikutnya turut ke jalan raya esok untuk berhimpun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130706/lu_09/Ikhwan-Muslimin-ikrar-kembalikan-kuasa-Mursi#ixzz2YH1ijbEQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Harga ayam naik RM1.50



ALOR SETAR  - Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Alor Setar, dekat sini, mendakwa berlakunya kenaikan harga barangan mentah khususnya ayam, ikan dan daging import.

Difahamkan, harga ayam dua minggu lalu RM6.30 sekilogram, bagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram hingga menimbulkan kebimbangan kepada peniaga malah juga kepada orang ramai.

Peniaga, Wan Ahmad Fauzi Wan Ismail, 42, berkata, mereka yang berniaga di pasar berkenaan sememangnya terkejut apabila harga bekalan ayam  meningkat sebanyak RM1.50 berbanding sebelumnya.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa juga menaikkan harga disebabkan kos tinggi diterima daripada penternak.

“Malah, kami difahamkan akan berlakunya kenaikan sebanyak 50 sen lagi ketika bulan Ramadan nanti. Kebanyakan pelanggan kini mengeluh dan ada juga yang meminta saya memberi diskaun sekali-sekala kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, dia juga mendengar khabar menyatakan bahawa harga daging import turut tidak terkecuali yakni meningkat sebanyak RM1.50.

"Harga asalnya RM13.50, kini menjadi RM15 hingga RM16 sekilogram.

"Kebiasaannya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menetapkan harga syiling bagi barangan keperluan harian ini sebelum dan selepas hari raya," katanya.

Wan Ahmad Fauzi berkata, dia mengharapkan pihak berkenaan dapat mengambil inisiatif dengan mengawal kenaikan harga barangan keperluan harian secara lebih menyeluruh termasuklah terhadap penternak dan peniaga terlibat supaya tidak menyulitkan semua pihak.

Sementara itu, pengguna, Othman Hussain, 47, dia tidak bersetuju jika harga barang mentah naik.

"Nak dekat puasa dan raya belanja kena lebih, kalau barang naik susahlah, lagi-lagi golongan yang berpendapatan rendah macam saya ini.

"Saya harap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya, agar tidak membebankan rakyat," katanya.

Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Sabtu | 06 Julai 2013 | 01.58 pagi

Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi:

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Kementerian Urusan Agama ( Awkaf ) berkabung kerana salah seorang anggotanya terkorban di tangan samseng keselamatan di Iskandariah.

Terkini : Kementerian Urusan Agama ( Awkaf ) berkabung kerana salah seorang anggotanya terkorban di tangan samseng keselamatan di Iskandariah.

Pejabat Wakaf Iskandariah berkabung kerana syahidnya seorang ulama’ besar Syeikh Jamal Zoughlul seorang imam dan juga khatib petang semalam, di hadapan kawasan tentera bahagian Utara.

Syeikh Khalid Fayyad pengarah pejabat Wakaf Iskandariah berkata : "As-Syahid Syeikh Jamal Zoughlul telah turun ke dataran untuk menyokong syar’iah, dan menolak peralihan kuasa tentera, dan beliau terkorban atas tangan-tangan yang didalangi (Abdul Fatah Khalil) As-Sisi, (Syeikh) Tayyib, juga penyokong mereka di kalangan orang Kristian, dan darah Syeikh Jamal akan kekal sebagai laknat atas mereka dan ke atas semua yang menyokong juga bersetuju terhadap peralihan kuasa tersebut."

Sumber : http://www.ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=155903&SecID=102

‎#mesirkini

Walaupun begitu mereka tetap memanggil kita pengganas !

Seorang lelaki tetap berada keadaan sujud ketika pihak tentera dan polis melepaskan tembakan ke atas orang-orang yang sedang solat di bandar El Arish Timur Sinai. Saksi di tempat kejadian berkata,"Kami telah cuba untuk meluruskan tangan dan kakinya, tapi Allah lebih berkehendak untuk meletakkan beliau dalam keadaan itu (bersujud)."

Walaupun begitu mereka tetap memanggil kita pengganas !

‎#mesirkini

saya sokong mursi

Rakyat Mesir yang menyokong Dr Mursi keluar dan berkumpul di Alexandria.Ini merupakan tunjuk perasaan yang terbesar pernah dilakukan di Alexandria. Allahu Akbar!

 

Penyokong Mursi berkumpul membantah penahanan Mursi

 

Rakyat Mesir melakukan solat Subuh beramai-ramai di Medan Rabaah pagi tadi.

Babak akhir sebelum Mursi ditahan


Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
‘ASTAGHFIRULLAH,Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang. 

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

“Tuan...rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani. Berundurlah!,” pinta Abdel.

“Kamu langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.

Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong anti Mursi dan pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.

“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.

“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini. Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.

Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul Muslimin.

“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando.

“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali, aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu, Rashad Bayoumi.

“Itu bukan urusan kamu!,” balasnya.

“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.

Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.

“Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami. Kami naif....Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada sekumpulan media.

“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.

“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.

“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi.

“Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!

“Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.

************

“Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita, elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti,” katanya.

“Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH,” kata wanita tabah itu.

Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.

“Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?”

“Ya saya tahu Jeneral.” kata Mursi pendek.

“Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan,” pintanya.

“Kamu langkah mayatku dahulu!. Assalam 'alaikum!” Ganggang terus diletakkan.

‘"Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR..." bisiknya di dalam hati.

************

Pada 3 Julai, seawal jam 5 pagi  askar mula mengawal seluruh jalan di Kaherah. Kenderaan tentera, ratusan polis ditempatkan. Jutaan penyokong pro dan anti Mursi berhimpun di Dataran Tahrir.

Bendera berkibar dengan lautan manusia memenuhi segenap ruang menanti pengumuman. Media sosial dan stesen televisyen bagaikan mengalami kesesakan trafik. Jutaan mesej di Twitter dan Facebook disampaikan sepanjang menanti detik pengumuman tengah hari nanti.

“Dengan kuasa yang ada pada saya, saya mengumumkan kerajaan akan mengambil kuasa di Mesir dan Presiden Muhamed Mursi digulingkan. Pembentukan kerajaan sementara akan diketuai Adly Mansur sehingga tarikh pilihan raya ditetapkan,” begitulah ucapan ringkas Jeneral Abdel Fattah di stesen televisyen.

Ucapan Mursi selepas rampasan kuasa


Mohamed Mursi
Mohamed Mursi
APA yang saya lihat sekarang terdapat percubaan terdesak untuk revolusi ini dicuri, supaya kita boleh kembali semula, jadi kita boleh mula semula, yang saya benar-benar menolak, saya tidak terima dan saya tidak bersetuju dengannya.

Saya mengarahkan kepada semua kuasa-kuasa, dalam institusi, pasukan keselamatan dalaman dan angkatan tentera, peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan negara, harus dijadikan satu peranan penting dan jelas, menghentikan pertumpahan darah, melindungi legitimasi, yang kita semua perolehi sebagai hasil daripada pilihan raya presiden dan sebelum itu pilihan raya Parlimen dan selepas itu referendum perlembagaan.

Jadi anak-anak negara ini, diminta melindungi legitimasi. Untuk melindungi negara ini, dan legitimasi perlembagaan dan legitimasi undang-undang, dan bahawa suara rakyat, rakyat negara ini yang telah menegakkan legitimasi ini, menjadi sebab untuk melindungi negara ini.

Tidak ada jalan lain daripada legitimasi perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa sekarang. Kita mesti meneruskan ke arah pilihan raya parlimen, dengan langkah-langkah yang segera, untuk membentuk Parlimen baru.

Satu-satunya pilihan untuk anda, saya mengumumkan kepada anda, bahawa saya adalah presiden Mesir yang dipilih, dan perlembagaan Mesir dihormati oleh semua, dan bahawa undang-undang Mesir yang berkuat kuasa, sehingga pindaan yang perlu dibuat dilaksanakan, dalam mengikut perlembagaan ini.

Dunia sedang memerhatikan kita, dan kita tahu diri kita, kita dapat mengatasi halangan. Kita adalah anak-anak Mesir di negara ini, ini adalah kehendak orang-orang Mesir, dan kehendak ini tidak boleh dibatalkan dengan peredaran satu tahun.

Bagaimana ini boleh berlaku? Dan dunia apakah yang kita hidup di dalamnya? Kita hidup dalam dunia yang bercakap tentang demokrasi.

Tidak boleh ada demokrasi khas yang hanya sesuai untuk Mesir sahaja, demokrasi mesti menjadi hak orang Mesir kepada kebebasan, dan mengamalkan demokrasi seperti yang ia telah diketahui dan ditakrifkan oleh dunia ini. Demokrasi, pilihan majoriti, dan untuk mengikuti sekali hasil daripada proses ini telah diumumkan. Hasil daripada proses ini telah diumumkan, jadi mengapa kita mahu menghentikan kemajuan ini.

Adakah kita mahu pertumpahan darah? Kita tidak boleh menerima demikian itu dan saya menyeru kepada anda supaya menghentikan pertumpahan darah, dan tidak jatuh ke dalam ‘lembah peperangan’, kerana jika itu berlaku, negara ini akan berada dalam bahaya yang besar.

Kita kini berada di hadapan cabaran sejarah yang besar. Kita semua akan berdiri di hadapan Allah untuk mengira, supaya ALLAH akan bertanya kepada kami: Apakah yang kamu lakukan dengan apa yang telah diamanahkan kepada anda? Jadi di sini saya membuat tawaran kepada anda, satu-satunya tawaran, dan itu adalah untuk berpegang kepada kebenaran dan demi perlembagaan untuk terus di bawah naungannya, selepas ia telah diterima pakai dalam referendum besar yang berlaku pada 25 Disember 2012 lalu, dan di mana kita hidup untuk 6 bulan lepas sehingga sekarang.

Tiada perlembagaan yang lain, ia tidak boleh, dan ia tidak boleh diterima, saya tidak boleh menerima ini semua, dan saya tidak meluluskan untuk anda bertarung, saya memerintahkan anda untuk tidak berperang ke atasnya, dan saya tidak menerima supaya mundur ke belakang. Dan saya tidak menyetujui untuk diri sendiri membiarkan wujud perlembagaan baru.

Perlembagaan berubah setiap beberapa bulan adalah huru-hara dan tidak mempunyai undang-undang dan tidak mempunyai rujukan, ia adalah mundur bagi negara kepada keadaan lama, apabila kita telah memutuskan bahawa negara ini menjadi stabil selepas revolusi 25 Januari.

Orang terhormat, rakyat Mesir di mana-mana, di mana sahaja anda berada, ini adalah negara kita, ini adalah negara kita, dan kita hidup di dalamnya di bawah langit Tuhan kita, dan kita tahu kebenaran semua mengenai perancangan jahat terhadap kami dan anda juga tahu. Dan anda sedar bahawa perancangan jahat terhadap kita itu adalah besar.

Dan saya bercakap kepada anda semua, saya bercakap kepada anda semua, kepada penyokong dan pembangkang dan badan kehakiman, dan pekerja-pekerja, petani dan orang-orang kementerian dalaman dan orang-orang angkatan tentera dan seluruh rakyat Mesir, anda adalah anak-anak Mesir, dan pemilik negara ini, anda adalah orang-orang yang mampu melindungi keselamatan dengan restu Tuhan.

Dan tanggungjawab terbesar sekarang, adalah bahawa kita memastikan keselamatannya dan rakyatnya dan menjaga darah mereka daripada tumpah melalui berpegang kepada perlembagaan yang telah kita bawa bersama-sama, saya berdiri dengan anda dan saya berdiri di antara kamu.

Saya akan terus dengan anda untuk melindungi perlembagaan ini, dan saya tidak mempunyai penghalang, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, bulan lalu, minggu lalu, hari yang lepas dan sekali lagi sekarang. Saya bersedia untuk semua orang untuk datang ke meja, dan bagi saya untuk duduk, berunding dengan semua, dan mengadakan dialog dengan semua, dari penyokong dan pembangkang dan inisiatif yang telah saya sebutkan kepada anda hari ini, bahawa saya diterima dan kira-kira yang anda tahu semua butiran sekarang, supaya kita dapat menyelamatkan negara kita melalui dialog ikhlas berkesan, dan bergerak ke hadapan.

Jika sebaliknya berlaku, yang akan menjadi tanggungjawab mereka yang telah memaksanya. Tanggungjawab mereka di hadapan Allah dan sejarah dan rakyat negara ini. Tiada siapa yang telah diberi kuasa oleh rakyat negara ini, yang dimiliki oleh rakyat negara ini, tiada siapa yang boleh memaksakan pendapat mereka menggunakan kuasa ini, mereka tidak mempunyainya, walaupun saya sendiri. Saya tidak mengenakan tekanan kepada rakyat untuk memastikan mereka daripada menjejaskan hasrat mereka, yang tidak boleh diterima oleh saya atau oleh orang lain.

Jadi, kita semua berpegang kepada perlembagaan, kita semua hormati undang-undang, kita semua sayangkan negara kita, Mesir, kami cintakan negara Grand Arab, kita suka dunia ini kita hidup di dalamnya, kita suka menjadi warganegara dunia ini, yang menyeru untuk keamanan, dan melaksanakan apa yang membawa ke arahnya, dan melaksanakan tugas-tugas mereka.

Dan di sini saya melaksanakan tugas saya kepada anda semua. Tiada alternatif kepada legitimasi, tidak ada alternatif kepada perlembagaan, tidak ada alternatif kepada undang-undang, tidak ada alternatif terhadap menghormati kehendak (ramai).

Saya menghargai bahawa ada pembangkang yang kuat dan berkesan. Tetapi saya juga melihat sokongan yang besar. Dan saya lihat di belakang saya dalam sejarah baru-baru ini, setahun yang lalu, maka enam bulan yang lalu, kehendak rakyat, yang telah terjejas melalui proses undang-undang, dan telah mengambil tempat di dalam satu proses yang diluluskan oleh semua, dan diterima oleh semua, dan kami telah tinggal di bawahnya selama setahun, dan itu adalah bukti penerimaan dan bukti ke arah berkenaan dengan perlembagaan, dan ia adalah bukti bahawa tidak ada alternatif kepadanya.

Tetapi, apabila kita sampai hari ini dan mengatakan bahawa kita mesti berhenti kemajuan ini dan kembali ke persegi satu lagi, ini tidak membawa kita ke hadapan dan tidak meletakkan kita dalam kedudukan untuk pembangunan sebenar, dan tidak membawa kita lebih dekat untuk menjadi benar-benar bebas dalam negara kita. Kami tidak menerima bahawa sesiapa mengenakan kehendak mereka.

Orang-orang ini, telah matang, dan mempunyai kesedaran yang cukup untuk melindungi diri mereka sendiri, darah, maruah, kebebasan dan legitimasi di mana mereka tinggal. Ini adalah mesej saya kepada anda, saya menyatakan dengan jelas. Saya dengan anda, berdiri dengan anda di Mesir, di atas tanah, untuk melindungi legitimasi dan menjalankan urusan kami pemikiran, dan bahawa ALLAH mengawasi segala-galanya.

Wahai orang Mesir, ketahuilah, bahawa kita tidak boleh menjadi pelindung agama kita lebih daripada kemampuan ALLAH mampu. Dan tidak boleh menjadi pelindung negara ini melebihi daripada kemampuan Tuhan kita, dan kita bekerja di bawah harapan menjadi adil, kita mahu keadilan untuk negara kita, kita mahu kebebasan untuk semua rakyat Mesir, kita mahu melindungi legitimasi sudah didirikan, dan kita mahu keadilan sosial.

Saya menyeru kepada semua, untuk menjadi penjaga bangsa ini, dan untuk melindungi legitimasi ini, perlembagaan dan undang-undang. Dan “tahu bahawa ALLAH adalah menang, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu”. Ia adalah di tangan ALLAH, dan kita hanya mempunyai kehendak kita di tangan kita, dan saya mengumumkan di sini bahawa kita cintakan negara ini, dan kepatuhan kita kepada legitimasi yang telah didiri dan tidak ada cara selain jalan itu, dan tiada jalan belakang daripadanya .

Saya mengucapkan terima kasih, dan saya menawarkan hormat dan kasih sayang saya, dan mahukan anda semua berjaya, dengan anda dan melalui anda dan dengan rahmat ALLAH dan kita akan bergerak ke hadapan, dan ALLAH akan membantu kita. Memberkati anda semua. Assalam 'alaikum ...

Gambar sebahagian daripada rakyat Mesir yang syahid angkara pengkhianatan Abdul Fattah As-Sisi.

 Kekejaman keatas penyokong Morsi. Kerajaan Malaysia langsung tidak mengutuk rampasan kuasa oleh tentera, Najib hanya kata 'tidak setuju', dengan bermain disebalik kata-kata beliau berkata kerajaan baru dapat diwujudkan yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, apakah Najib tidak sedar bahawa Morsi diangkat melalui proses pilihanraya, menang dengan undian rakyat Mesir, takkan itu Najib taka faham? Seterusnya Najib kata "Inilah saja jaminan kestabilan jangka panjang dan keharmonian di negara itu," apa jaminan jangka panjang keatas kestabilan sekiranya tindakan pembunuhan keatas penyokonh Morsi di lakukan? Dahlah... sekular tetap akan menyebelahi sekular... - Apek

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130706/dn_01/Pengajaran-pergolakan-di-Mesir#ixzz2YFKaaiM4 

Mursyidul Am Ikhwan Muslimin ditahan


DR MOHAMMED BADIE
DR MOHAMMED BADIE
KAHERAH - MESIR -  Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mohammed Badie ditahan tentera Mesir sejurus penggulingan Presiden Mohamed Mursi, kelmarin.

Dipetik Press TV, sumber pihak berkuasa berkata, Mohammed Badie ditahan di barat bandar Marsa Matrouh, terletak berhampiran sempadan Libya, atas tuduhan menghasut hingga menyebabkan kematian.

“Beliau didakwa menghasut penunjuk perasaan menggunakan kekerasan dalam demonstrasi,” katanya.

Di Kaherah, gerakan Ikhwan Muslimin bersumpah untuk menuntut pembebasan pemimpin kanan mereka yang ditahan sejak kelmarin.

Tentera dilihat melakukan kawalan keselamatan dengan meletakkan beberapa kereta perisai di tepi jalan. Beberapa helikopter masih berlegar di kawasan Tahrir.

Sementara itu, beberapa pro Mursi menyifatkan anggota keselamatan sebagai pengkhianat.

“Tentera menghumban Mesir ke neraka. Islam tidak dapat berdiri kukuh selagi Mursi dan pemimpin lain tidak dibebaskan,” kata ulama, Mahdi Asfar.

Kelmarin, bekas penasihat Ikhwan Muslimin, Mahdi Akef, timbalan ketua Ikhwan Muslimin, Rashdad Bayoumi dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Saad Al-Katatni, antara pemimpin kanan gerakan itu yang ditahan sejurus penggulingan Mursi.

Seramai 300 pengikut pemimpin itu juga ditahan melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, kelmarin.

Sementara itu, jurucakap Ikhwan Muslimin, Ahmed berkata, selepas penutupan empat stesen televisyen tempatan kelmarin, beberapa wartawan juga ditahan.

“Mereka tidak mahu orang ramai melihat apa yang sedang berlaku di sini, terutama mengikuti perkembangan Mursi, yang kini terputus hubungan dengan gerakan itu. Lihatlah, penyokong kami ditahan sedangkan penyokong Hosni Mubarak masih bebas berkuasa. Selama ini pasukan polis tidur, tetapi kini mereka telah bangkit untuk melakukan pengkhianatan,” katanya.

Perbanyakkanlah selawat

Bismillah. Beristighfarlah~ Astaghfirullahal'adzim Astaghfirullahal'adzim Astaghfirullahal'adzim

Bismillah. Beristighfarlah~
Astaghfirullahal'adzim Astaghfirullahal'adzim Astaghfirullahal'adzim

Fadhilat istighfar :

1. Mendatangkan ampunan dari Allah.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءِ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
"Maka aku katakan kepada mereka, Ber-istighfar-lah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (Qs.Nuh: 10-12).

2. Mengatasi kesulitan dan terbukanya pintu rezeki.
"Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti Allah memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rezeki yang tiada terhingga padanya." (HR.Abu Daud).

3. Menambah kekuatan.

وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa". (QS.Hud : 52).

4. Memperoleh banyak kenikmatan.

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat." (QS.Hud : 3).

5. Turunnya rahmat.

قَالَ يَا قَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Dia berkata: "Hai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum (kamu minta) kebaikan? Hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat". (QS.An naml : 46).

6. Sebagai kafaratul majlis.
"Barangsiapa yang duduk dalam satu majelis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari majelis membaca (istighfar),
Subhaanakallahumma wa
bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa
anta astaghfiruka wa atuubu ilaik.
"Maha suci Engkau ya Allah dan aku memuji-Mu dan aku bersaksi bahwa tiada Allah melainkan Engkau, aku meminta ampun dan bertaubat kepada-Mu."
Maka ia akan diampuni kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya selama di majelis itu." (HR.Turmudzi, Nasa'i, ibnu Hibban, abu daud dan al hakim).

7. Terhindar dari azab Allah.

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. (QS.Al-anfal : 33).

Berani kerana benar takut kerana salah..

Enggan Siar Secara Lansung Pengiraan Undi, SPR Merancang Penipuan Lagi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpandangan bahawa cadangan penyiaran proses pengiraan undi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak perlu diadakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana pada ketika ini, ejen pilihan raya daripada parti bertanding berada di dalam bilik pengiraan undi.

Beliau berkata SPR merupakan sebuah badan bebas dan sekiranya RTM ingin merekodkan proses pengiraan undi, SPR tidak boleh menolak permohonan daripada pihak lain selain RTM.

"Sehubungan itu, SPR telah membuat keputusan bahawa merakamkan proses pengiraan harus diuruskan oleh SPR sendiri dan bukan pihak lain.

"Untuk pilihan raya kecil Kuala Besut, SPR telah berbincang dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman. Kita akan bincang (untuk pilihan raya kecil yang akan datang) ," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu akan berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Beliau berkata usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil. -Bernama

Ulasan GB

Keputusan SPR menolak cadangan penyiaran proses pengiraan undi oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini meyakinkan kepada rakyat bahawa SPR memang merancang penipuan di dalam setiap kali pilihanraya, dan kali ini di PRK Kuala Besut pula.

Alasan bahawa sekiranya SPR menerima cadangan Menteri Penerangan dan Komunikasi, SPR tidak boleh menolak permohonan daripada pihak lain selain RTM adalah alasan yang amat dangkal sekali. Ia adalah satu jawapan yang memperbodohkan rakyat jelata.

SPR ingin melakukan kerjanya di dalam suasana yang tidak telus apabila menolak cadangan RTM untuk merekodkan proses pengiraan undi dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman.

Pakatan Rakyat perlu bantah tindakan SPR ini. Tetapi mengapa masih membisu dan senyap-sepi?

http://greenboc.blogspot.com/2013/07/enggan-siar-secara-lansung-pengiraan.html

Ulama.al azhar di barisan hadapan

Ulama.al azhar di barisan hadapan

Isi kandungan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin Dr. Badi'e di hadapan jutaan penyokong Presiden Mursi.



Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allahu yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.

Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.

Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir, 
Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,
Wahai kamu semua yang telah mencetuskan thaurah yang membanggakan, kamu telah korbankan para syuhada', saudara-saudara mu yang telah terkorban sebelum kamu di dalam penjara2 melalui penangkapan yang dibuat ke atas kamu, hak thaurah tidak akan disia-siakan.

Aku bukan orang yang melarikan diri, aku bukan orang yang terbelenggu (tertangkap), kita bukan dari kalangan yang melarikan diri, kita adalah orang yang mencetuskan revolusi.

Ikhwan Muslimin telah hidup dengan kamu dan kamu telah hidup bersamanya,maka kamu sangat mengenalinya, mereka banyak menghulurkan bantuan di saat2 kecemasan,mereka selalu mendahulukan di saat kamu sangat memerlukan. Kamu menjadi saksi bila kami menyelesaikan masalah dengan pimpinan yang tidak memainkan peranan bersama pembantu2 mereka.

Presidenku adalah Mursi, presiden kamu juga adalah Mursi, dia juga presiden semua rakyat mesir, aku ingin perkatakan kepada tentera mesir yang agung, kami pertahankan kamu dari belakang dan kamu pertahankan kami dari musuh musuh kami, kamu tidak akan melepaskan pelurumu ke atas anak watanmu sendiri dan orang2 islam, kamu lebih terhormat dan lebih mulia dari ini, kami membantu kamu dan kamu membantu kami.

-penunjuk erasaan melaungkan "kami mahukan mursi! berambuslah wahai sisi!"

Peranan kamu wahai tentera mesir yang agung adalah menjaga sempadan dari para musuh, dan peranan kami adalah setelah kepulangan Dr.Mursi untuk kembali duduk berbincang, keislaman kami kebih kuat dari butiran peluru dan kereta2 kebal. Puak fulul hanya lah mahu mencetuskan peperangan antara tentera dan ikhwan muslimin, pemerintahan tentera tidak akan mengenal Mesir selepas ini.

Saudara A'kif dalam tahanan sekarang.. Allah malu untuk mengazab orang tua.. Bagaimana kamu tidak malu pada sesuatu yang Allah malu.. bagaimana bisa kamu menyeksa orang tua..

Wahai penduduk Mesir, kamu sekarang pada titik perpisahan bagi Revolusimu.. Telah diputarbelitkan keadaanmu dan mereka mengatakan bahawa kamu bersama kerajaan peralihan ketenteraan. Adakah kamu bersama mereka? ....Turunlah ke dataran dan suarakan hak kamu. Tidak ada pemerintah lain selain dia yang telah dipilih rakyat. dan anggota Majlis Sya'b satu-satunya yang dipilih. 

Kepada semua penuntut kebebasan di seluruh dunia, janganlah kamu mendengar dan membenarkan pemalsuan pihak media yang menipu, alangkah sedihnya mereka menjadi seperti ahli-ahli sihir Firaun bahkan mereka lebih teruk lagi. Pemerintah kami adalah Muhd. Mursi dan kami tidak akan menerima selain daripadanya

Kepada syeikh Azhar, kamu adalah simbolik kepada umat Islam, tetapi kamu tidak bercakap atas nama orang Muslim, setiap individu sama ada Kristian atau Muslim bercakap dengan nama(agama)nya, maka kebebasan memberi kita hak tersebut, bukanlah peranan tentera semata-mata untuk menjaga kontra-revolusi dan tidak ada orang yang boleh bersuara bagi pihak rakyat, tidak Syeikh Azhar, dan tidak juga Bishop Twadharos, semua rakyat Mesir keluar sendiri ke kotak kotak undi dan menyuarakan pendapatnya dan mereka telah memilih pemerintah rakyat Dr. Mursi.

Kita yakin dengan janji Allah “Allah pasti akan memberikan pertolongan kepada siapa yang membantu (agama)Nya”.

Kepada orang2 kristian, mereka telah menakut-nakutkan kamu dari agam islam dan akidah islam, dan ingin aku katakan, siapa yang telah mengkhianati agamanya, tidak akan menjaga hak hak kamu Allah telah mengarhkan kami untuk menjaga kesucian kamu, nyawa2 kamu, harta2 kamu dan kami tetap berpegang dengan janji ini.

Aku menyeru kepada seluruh rakyat mesir, ayuh! marilah turun ke medan medan untuk menyuarakan dan menggambarkan pendapatmu, dan mengembalikan presidenmu Dr,Muhammad Mursi.

Terjemahan dari ucapan Mursyidul Am

Ulasan Professor Dr Mohammad Agus Yusof tentang kejatuhan Morsi



Oleh Dr Mohammad Agus Yusof

PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga
bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.

Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!

Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.

Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.

Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.

_________
http://networkedblogs.com/MPLWm 

http://nizar-coretanku.blogspot.com/2013/07/ulasan-professor-dr-mohammad-agus-yusof.html

Penyokong Mursi Terbunuh Ditembak Tentera Mesir

Pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC.

Peristiwa terjadi dalam demontrasi selesai solat Jumat (05/07) yang diserukan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan asal Mursi.

Ikhwanul Muslimin menyerukan demontrasi aman guna menentang penggulingan Mohammed Morsi yang disebut sebagai kudeta tentera.

Wartawan BBC di Kaherah Jeremy Bowen di lokasi kejadian melaporkan ia melihat tentera pertama-tama mengeluarkan tembakan ke udara dan kemudian mengarahkan senjata ke kumpulan para demontsran.

Tidak lama kemudian, lanjut Bowen, seorang lelaki terjatuh dan pakaiannya kelihatan berdarah.

Setelah solat Jumaat, para demonstran mengadakan gerakan massa menuju bangunan tempat Mursi diyakini ditahan. Ribuan orang berkumpul di beberapa kawasan di ibukota Mesir, termasuk di lingkungan Masjid Rabaa.

Izin Demonstrasi

Tentera yang berjaga-jaga di sekitar pejabat Pengawal Presiden meminta demonstran untuk tidak menyeberang jalan menuju ke bangunan.

Tetapi semakin besar jumlah pemrotes, mereka menjadi semakin marah dan menerobos pihak keselamatan.

Pihak berkuasa menurunkan kereta kebal dan tentera ke lokasi-lokasi yang dijangkakan tempat demontrasi. Demontrasi besar ini terjadi dua hari setelah Mohammed Mursi digulingkan oleh tentera berkait dengan krisis politik yang tidak berhasil diatasi.

Tentera selanjutnya mengangkat Ketua Mahkamah Perlembagaan Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga disusun undang-undang dasar baru dan dilaksanakan pilihanraya umum.

Tentera juga telah berjanji akan mengizinkan demonstrasi damai dan tidak akan bertindak ke atas kumpulan tertentu, meskipun banyak pucuk pimpinan Ikhwanul Muslimin telah ditangkap.


Rampasan Kuasa Nafi Hak, Kemahuan Rakyat Mesir

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) amat bimbang rampasan kuasa di Mesir tidak akan berakhir dengan begitu mudah malah akan berada dalam keadaan krisis yang tidak berkesudahan.

Sehubungan itu, Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan kesal dengan campur tangan pihak luar dalam urusan nasional negara Mesir sedangkan proses demokrasi masih terbuka serta peralihan ke arah politik demokrasi sedang berjalan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan penuh keprihatinan perkembangan politik yang amat mencemaskan di Mesir.  Setelah rakyat bangkit dan mencipta sejarah dengan kejayaan demokrasi di negara bersejarah ini, pihak tentera serta para pembangkang Presiden telah melaksanakan kudeta yang bertentangan dengan semangat demokrasi.

IKRAM mengecam kudeta dan penggulingan seorang Presiden yang dipilih secara sah melalui pilihan raya. Rampasan kuasa jelas menafikan hak dan kemahuan rakyat melalui proses demokrasi dan pilihan raya. Amat mendukacitakan tindakan ini didukung oleh mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan.

Juga amat dibimbangi rampasan kuasa ini tidak akan berakhir dengan begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang tidak berkesudahan. IKRAM kesal dengan campur tangan pihak luar dalam urusan nasional negara Mesir sedangkan proses demokrasi masih terbuka serta peralihan ke arah politik demokrasi sedang berjalan.

Presiden Dr Mohamad Morsi sendiri menggalakkan media yang bebas dan kebebasan hak untuk rakyat bersuara. IKRAM menyokong pendirian Presiden Dr Mohamad Morsi, Parti Keadilan dan Kebebasan serta Ikhwan Muslimin untuk menentang secara aman tindakan luar undang-undang ini.  Selama ini mereka dianggap tegas dan konsisten bersama golongan yang cintakan keamanan untuk merealisasikan perubahan selaras dengan undang-undang.

Tindakan menahan Presiden Morsi oleh pihak tentera adalah tindakan yang bertentangan dengan lunas undang-undang dan demokrasi.  IKRAM mendesak agar semua pemimpin Ikhwan Muslimin dan tahanan politik lain dibebaskan segera.  Pihak tentera dan polis harus memberi jaminan keselamatan kepada Presiden Morsi, para pemimpin Ikhwan Muslimin dan pengikutnya daripada sebarang penindasan dan penyeksaan. (Hrkh)

Mansour ganti Mursi

KAHERAH - MESIR. Adly Mansour dilantik menjadi ketua negara Mesir sementara setelah Presidennya, Mohamed Mursi diguling.

Pemilihan Mansour telah dibuat oleh pihak tentera Mesir sendiri.

Menurut penganalisis, pemilihan Mansour itu dikatakan berkemungkinan besar kerana sikap merendah dirinya.

Beliau mewakili apa yang tentera perlu, seorang yang ‘low profile’ tapi dihormati,” kata penganalisis Timur Tengah dan Afrika Utra di Jane Islamic Affairs, David Hartwell.

"Rakyat Mesir telah memberikan saya autoriti untuk meminda dan membetulkan revolusi  25 Januari 2011,” kata Mansour.

Revolusi Mesir membawa kepada penggulingan Hosni Mubarak selepas tiga dekad berkuasa.

Tugas berat menanti Mansour di mana beliau perlu mempersiapkan pilihan raya umum baru serta menangani masalah demonstrasi yang berlangsung ketika ini.