Friday, May 20, 2011
Militan Filipina minta wang tebusan untuk warga Malaysia
Ketua Polis Daerah, Khu Felicisimo, berkata permintaan itu diminta menerusi pihak polis di selatan Filipina.
'Kumpulan militan itu dilihat bersama warga Malaysia berkenaan ketika di satu kawasan perkampungan,' katanya.
Mohammad Nazaruddin, 38, diculik pada 7 Mei lalu oleh 10 lelaki bersenjata berdekatan pulau Jolo Indanan. - AFP"
Malaysia serah suspek militan kepada Singapura
Seorang pegawai polis jabatan tugas khas bagi operasi dan anti-keganasan Bukit Aman, berkata warga Singapura, Abdul Majid Kunji Mohamad sudah diserahkan kepada negara itu, semalam.
'Kami menyerahkannya kepada pihak berkuasa Singapura dan mereka boleh meneruskan siasatan lanjut, susulan pembabitannya dengan gerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF),' katanya.
Pejabat itu berkata Singapura telah memberitahu pihak mereka tahun lalu bahawa Abdul Majid bersembunyi di negara ini. - AFP"
16 anak berjaya dalam hidup
AYER KEROH - Melahirkan 16 orang anak bukanlah perkara yang mudah apatah lagi pula hendak membesarkan mereka menjadi insan berjaya dan berguna.
Namun bagi penerima Anugerah Ibu Cemerlang Melaka, Fatimah Keling, 74, yang berasal dari Tangga Batu ini, biarpun mempunyai anak yang ramai namun dia berjaya membesarkan mereka dengan sempurna.
Fatimah berkahwin dengan suaminya Md Yussof Sultan, 84, seawal umurnya 17 tahun dan telah dikurniakan anak pertama pada usia 18 tahun.
Anak sulungnya Sidiah, 56 berkata, ibunya seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak.
Menurutnya, Fatimah amat mementingkan disiplin dalam membesarkan mereka adik-beradik.
“Sejak dari dahulu ibu tidak suka anak-anaknya pulang lewat, sebelum waktu Maghrib kami perlu pulang ke rumah.
“Jika tidak dia akan mencari kami dan membawa kami pulang,” katanya kepada pemberita di majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka di dewan Sri Negeri di sini semalam.
Jelasnya, ibunya tidak pernah merungut berkenaan hal pelajaran sewaktu mereka bersekolah.
“Dia tidak kisah namun ayah pula sentiasa mengingatkan kami jika hendak berjaya dan mendapatkan kerja yang bagus perlulah rajin belajar.
“Namun ibu memang kuat berleter, dia tidak pernah jemu menasihatkan kami adik-beradik,” katanya.
Sementara itu Fatimah berkata, dia bersyukur dan gembira kerana menerima Anugerah Ibu Cemerlang Melaka kali ini.
“Pengorbanan ibu dipandang tinggi dan penghargaan seumpama ini diharap dapat memberi dorongan kepada ibu-ibu lain membesarkan anak mereka dengan baik,” katanya.
Fatimah kini mampu tersenyum melahirkan 16 anak. Tiga daripadanya bergelar doktor, seorang guru, seorang usahawan berjaya, empat pensyarah seorang peguam dan jurutera.
'Tangan ghaib' gabung bank
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, penggabungan itu dilihat tidak memberi apa-apa faedah kepada BIMB.
Menurutnya, BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding yang mana Tabung Haji pemegang saham terbesar, iaitu 51 peratus di dalamnya.
“Apa faedah Bank Islam mahu bergabung dengan Bank Muamalat sedangkan mereka sudah kukuh? Bank Islam mempunyai 115 cawangan dan 900 mesin ATM di seluruh negara.
“Saya bimbang ada lagi bail out (menyelamatkan) yang dilakukan menggunakan dana awam yang mana ini satu budaya tidak sihat,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau percaya Bank Muamalat mengalami masalah besar sehingga membuat penawaran penggabungan itu.
“Saya rasa ada tangan ghaib di sebalik arahan penggabungan ini kerana DRB Hicom mempunyai 70 peratus pegangan dalam Bank Muamalat, manakala 30 peratus lagi daripada Khazanah.
“Saya berharap Bank Muamalat bersikap telus dalam hal ini dan memberitahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Dalam laporan sebuah akhbar minggu lalu, DRB Hicom menyatakan minat untuk menjual 70 peratus kepentingan kepada Bank Islam.
Penggabungan itu dikatakan memberi impak besar seperti saranan kerajaan dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat antarabangsa untuk kewangan Islam.
Misteri ayam mati terjawab
KUANTAN - Misteri 20 ayam kampung milik Merzuki Mahmud, 58, dari Desa Panching Timur yang mati sejak seminggu lalu akhirnya terjawab apabila perangkap yang dipasangnya mengena seekor kucing hutan.
Menurut Merzuki, sebelum ini dia agak pelik melihat beberapa ekor ayam di reban miliknya mati dengan berlumuran darah serta organ dalamannya hilang.
Oleh itu, dia bertindak melihat reban ayam tersebut lewat malam dan mendapati seekor haiwan seperti kucing sedang enak membaham ayam-ayam miliknya itu.
“Malam seterusnya saya dan isteri tekad memasang perangkap dalam reban tersebut dan menggunakan umpan ayam daging.
“Sebaliknya, kucing hutan ini tidak mahu memakan ayam daging yang dibuat umpan tersebut tetapi terus membaham ayam milik saya.
“Selepas itu, saya ambil seekor bangkai ayam yang dibunuh oleh kucing ini lalu diletakkan di dalam perangkap dan hasilnya kucing hutan ini terperangkap,” katanya.
Sementara itu, dia agak terkejut dengan kemunculan haiwan tersebut yang sememangnya jarang dijumpai dan pada masa yang saya berasa geram kerana hanya tinggal sepuluh ekor sahaja ayam kampung di dalam reban tersebut.
“Saya baru sahaja memulakan ternakan ayam kampung ini beberapa bulan lalu setelah ayam terdahulu mati akibat terkena penyakit.
“Tidak sangka pula, ini dugaan saya pada hari ini membuatkan saya harus lebih berhati-hati lagi dan berharap agar kejadian seumpama ini tidak berlaku,” katanya.
Menceritakan mengenai tabiat kucing hutan ini, ia sememangnya agak garang dan sukar untuk didekati membuatkan Merzuki risau akan keselamatan dirinya.
Setelah berjaya ditangkap di dalam perangkap, kucing hutan ini bertindak agresif membuatkan dia risau sekiranya ia boleh terlepas.
Sementara itu, belakang rumah Merzuki juga merupakan sebuah tanah milik persendirian yang tidak diuruskan dikhuatiri menjadi habitat haiwan ini yang mungkin boleh memakan haiwan ternakan penduduk yang lain.
“Oleh itu, saya harap agar pihak yang bertanggungjawab dapat memantau akan kemunculan haiwan ini.
“Selain itu, mengancam haiwan dan penduduk, kucing haiwan ini juga merupakan spesies yang hampir pupus dan eloklah jika ia diletakkan di tempat yang selamat.
“Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati lagi agar kejadian seumpama ini tidak berlaku,” katanya.
Pas tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan
Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.
Pas bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.
Alasan Datuk Seri Najib yang mangatakan cukai pendapatan akan dikurangkan apabila kerajaan melaksanakan GST. Ini alasan Pak Pandir untuk melindungi kebebalan kerajaan yang tidak kreatif dan inovatif untuk menjana pendapatan negara akibat daripada rasuah dan pembaziran yang melampau.
Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.
Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.
Pas menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.
Dipetik daripada blog Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad
Rancangan bilion dolar Amerika bagi galak perubahan demokratik Dunia Arab
WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan mengumumkan awal pagi ini satu rancangan ekonomi bernilai berbilion dolar bagi merangsang dan memberi ganjaran kepada perubahan demokratik di Dunia Arab. Rancangan itu menyerupai perkembangan demokrasi pasca-Soviet di timur Eropah.Skim menyeluruh Amerika Syarikat itu, yang buat permulaan ditujukan kepada Mesir dan Tunisia, akan menjadi satu insentif bagi negara lain yang sedang digegar oleh pergolakan 'Musim Bunga Arab' menerima dasar hak asasi dan berubah ke arah demokrasi, kata para pegawai.Encik Obama akan membentang inisiatif itu dalam ucapan beliau berhubung respons Washington terhadap gelombang besar perubahan bersejarah di seluruh rantau Timur Tengah dan Afrika Utara di Jabatan Negara Amerika.Seorang pegawai kanan Amerika berkata pihak pentadbiran sedang bertanyakan: 'Bagaimanakah akan kita tanggapi beberapa usaha yang berjaya di Eropah Timur dan gunakannya di negara-negara yang sedang beralih kepada demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara?''Ia adalah permulaan bagi satu usaha jangka panjang. Peralihan ini akan mengambil masa panjang - Mesir dan Tunisia berada di hadapan kerana mereka telah pun mengambil langkah ini.'Adalah menjadi harapan kami bahawa ada peralihan (negara) lain ke arah demokrasi pada tahun-tahun mendatang,' kata pegawai itu, yang mungkin merujuk kepada negara-negara seperti Syria, yang telah melancarkan tindakan keras ke atas bantahan-bantahan terhadap pemerintahnya.Beliau berkata demikian atas syarat namanya tidak didedah.Secara khusus, rancangan itu akan cuba mengorientasi semula Bank Eropah bagi Pembinaan dan Pembangunan, yang membantu membangunkan semula ekonomi-ekonomi pasca komunis Eropah, untuk memainkan peranan sama di Timur Tengah.Bagi membantu Mesir mencapai pembangunan kritikal berikutan penggulingan presiden negara itu, Encik Hosni Mubarak, Washinton akan membangunkan satu mekanisme baru bagi membatalkan hutang dengan tujuan menyediakan wang tunai dan dana pelaburan, iaitu satu program bernilai berbilion dolar.Ia akan juga menjamin pinjaman bagi membiayai pembangunan prasarana sehingga AS$1 bilion ($1.25 bilion) dan menyokong penghasilan kerja melalui Perbadanan Pelaburan Swasta Luar Negara (Opic).Rumah Putih, yang telah pun menghantar berbilion dolar dalam bentuk bantuan, termasuk sokongan ketenteraan kepada Mesir, akan turut mendapatkan kelulusan daripada Kongres untuk membentuk sebuah dana syarikat Amerika-Mesir. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara
Hayat hanya 14 hari
HIBA...Wan Mariah sebak mengenang nasib menimpa anak lelaki tunggalnya. |
NASRUL NIZAM...maut |
TUMPAT: “Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya,” kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.
Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.
“Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.
Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.
“Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.
“Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu,” katanya.
Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2.
“Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi.
“Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda,” katanya.
Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit.
Tentera laut Mesir halang kapal
Sebelum itu, kapal tentera laut itu telah mengelilingi kapal bantuan kemanusiaan tersebut, yang telah tiga hari berada di kawasan menunggu di perairan tersebut untuk isyarat untuk berlabuh.
"Mereka menghalang kapal ini memasuki pelabuhan," kata wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang dari 12 penumpang dan krew MV Finch itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.
Menurut Mohd Faizal, MV Finch pada masa kini telah diarah keluar dari kawasan menunggu itu sejauh kira-kira tiga batu nautikal.
Mohd Faizal turut melaporkan bahawa bekalan makanan dan air bersih di dalam kapal itu semakin kehabisan.
Strauss-Kahn ganas
Dominique Strauss-Kahn |
LONDON: Seorang ibu ayam mendedahkan, bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, pernah menggunakan khidmatnya mendapatkan pelacur.
Kristin Davis, 35, mendakwa Strauss-Kahn melanggan pelacurnya sebanyak dua kali pada 2006.
Ketika itu Strauss-Kahn belum dilantik menjadi ketua IMF.
Akhbar The Times melaporkan, Strauss-Kahn mungkin diperkenalkan kepada Kristin oleh pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, yang menetap di Paris, Perancis.
Irma pernah memberikan khidmat seks kepada beberapa pelanggan terkenal, termasuk bekas Gabenor New York, Elion Spitzer, dan mendakwa ditiduri David Beckham.
Bagaimanapun, bekas kapten pasukan England itu menafikan dakwaan Irma.
Menurut The Times, Strauss-Kahn - kini ditahan di New York kerana cuba merogol pekerja hotel - menghubungi Kristin pada minggu ketiga Januari 2006 untuk mendapatkan “perempuan Amerika” dengan bayaran RM7,356 bagi layanan selama dua jam.
Kata Kristin, Strauss-Kahn membuat bayaran secara tunai.
“Perempuan pertama saya hantar kepadanya mendakwa Strauss-Kahn kasar dan tak mahu melayannya lagi,” katanya.
Kristin berkata, dia menyimpan rahsia itu selama tiga tahun tetapi menukar fikiran selepas Strauss-Kahn dikaitkan dengan keganasan ke atas wanita.
Pada September 2006, Kristin menghantar pelacur kelahiran Brazil untuk melayan Strauss-Kahn yang ketika itu berada di New York menghadiri persidangan ekonomi dianjurkan Bill Clinton.
Irma pula berkata, Strauss-Kahn ganas dan agresif tetapi masih mampu mengawal dirinya.
“Kata perempuan yang melayannya, Strauss-Kahn kuat mendesak, tidak sabar dan memaksa, tetapi dia tidak merogol sesiapa.
“Bagaimanapun, dengan bayaran AS$1,000 (RM3,000) atau lebih sejam, kami mengharapkan pelanggan yang beradab, bukan seperti binatang,” katanya.
Kristin kini ditahan atas kesalahan pelacuran di penjara Pulau Rikers - penjara sama menempatkan Strauss-Kahn. - DM
27 juta terperangkap dalam sistem hamba moden
ROM: Kira-kira 27 juta orang masih menjadi hamba pada zaman moden ini dan imigran yang melarikan diri daripada kekacauan di Afrika Utara antara mereka yang paling berisiko dieksploitasi, kata pegawai kanan kerajaan Amerika Syarikat, semalam.
Skandal hantui Schwarzenegger
Media buru kekasih sulit bekas gabenor |
BAKERSFIELD: Media terus memberi tumpuan kepada wanita misteri bersama Arnold Schwarzenegger yang menjadi bapa kepada anak luar nikah mereka, rahsia bintang filem yang beralih ke dunia politik itu sejak lebih sedekad dikenali sebagai Mildred Patricia Baena
Pendedahan mengenai hubungan sulit Schwarzenegger dengan Baena disusuli dengan laporan bahawa pelakon ‘Terminator’ itu juga menjalin asmara dengan Gigi Goyette sejak mereka bertemu pada 1975.
Goyette adalah bekas aktres kanak-kanak yang mendakwa melakukan sesi asmara setiap tahun dengan Schwarzenegger yang menaja pertandingan bina badan di Ohio.
Wanita itu, bagaimanapun, menamatkan hubungan mereka pada 1996 apabila jatuh cinta dengan seorang lelaki lain.
Bekas gabenor California itu mengakui Selasa lalu bahawa beliau adalah bapa kepada seorang anak bersama seorang kakitangan beliau sejak lebih sedekad lalu, tetapi hanya memberitahu Shriver selepas beliau menamatkan penggal Januari lalu, mencetuskan perpisahan pasangan itu yang diumumkan minggu lalu.
Baena adalah pembantu rumah bagi Schwarzenegger dan isterinya, Maria Shriver sejak dua dekad lalu sebelum bersara sejak beberapa bulan.
Media termasuk laman web selebriti TMZ mengenal pasti beliau sebagai Baena, menyiarkan pelbagai foto dan mencetuskan buruan wartawan untuk mengetahui lebih dekat dengan wanita terbabit.
Beliau dikesan hingga ke rumahnya di Bakersfield, sebuah bandar kira-kira 100 batu ke utara Los Angeles tetapi tiada tanda kehidupan beliau di rumah setingkat di mana dengan cepat menjadi kem media.
Schwarzenegger dan Shriver mengumumkan perpisahan mereka minggu lalu, empat bulan selepas bekas pelakon terkenal itu meninggalkan bidang politik.
Mereka tidak memberi alasan berhubung perpisahan itu ketika pengumuman berkenaan tetapi Selasa lalu, Arnie mendedahkan bahawa dia memberitahu isterinya mengenai anaknya bersama wanita lain, seorang pembantu rumah pasangan itu sejak sekian lama.
Shriver yang juga anak perempuan kepada dinasti politik keluarga Kennedy mengeluarkan satu kenyataan Selasa lalu meminta hak peribadi tidak dilanggar ketika menghadapi saat sukar ini.
Ia bukan kali pertama perkahwinan mereka terjejas berikutan hubungan Szhwarzenegger dengan wanita lain. Ia pernah menjadi isu ketika pilihan raya 2003 yang dimenangi Schwarzenegger berikutan sejarah beliau meraba wanita.
Pasangan itu bertemu pada 1977 dan berkahwin pada 1986 serta mempunyai empat anak berusia 14 hingga 21 tahun. – Agensi
Krew, rakyat kita mogok lapar
Kapal The Sprit of Rachel Corrie hanya menurunkan sauh di pelabuhan Al Arish namun tidak dibenar menurunkan penumpang atau krew kapal. |
Rachel Corrie dihalang berlabuh, tak benar bekalan makanan dihantar
KREW dan aktivis kemanusiaan, termasuk tujuh rakyat Malaysia atas kapal The Spirit of Rachel Corrie untuk menghantar bantuan ke Gaza, semalam melancarkan mogok selepas berkuasa pelabuhan Al Arish, sini terus berkeras tidak membenarkan bekalan makanan dihantar dan kapal tidak dibenarkan berlabuh.
Ketua misi kemanusiaan kapal tajaan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) itu, Matthias Chang, berkata mogok lapar bermula jam 4 petang waktu tempatan semalam (10 malam tadi waktu Malaysia), manakala kapten kapal, Kapten Abdul Jalil Mansor mengemudikan kapal untuk berlabuh di pelabuhan itu.
Ini berikutan urusan penghantaran bekalan ke atas kapal yang kekurangan bekalan semalam menemui jalan buntu selepas pihak berkuasa pelabuhan bertegas kapal misi bantuan kemanusiaan itu perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Kerumitan timbul apabila ejen tempatan yang menguruskan kapal kemanusiaan itu memberitahu krew kapal bahawa hanya bot tunda dengan kadar bayaran US$1,500, dibenarkan untuk menghantar bekalan makanan ke kapal itu. Difahamkan, jumlah itu tidak termasuk AS$1,000 kos bekalan makanan yang akan dihantar ke kapal yang dinaiki 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia.
Sehingga 1 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia), kapal tajaan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) belum dibenarkan berlabuh kerana tidak mendapat kelulusan Kementerian Luar Mesir (MFA), pihak tentera dan perisikan kerana kapal kargo atau nama asalnya MV Finch dikategorikan sebagai bukan kapal kargo komersial biasa.
Jurucakap pihak berkuasa pelabuhan Al Arish, Kapten Hisham Farik Janinah berkata pihaknya tidak boleh membenarkan MV Finch berlabuh kerana belum mendapat kelulusan pihak berwajib, manakala urusan penghantaran bekalan makanan perlu melalui prosedur ditetapkan.
Mengikut prosedur, penghantaran bekalan makanan hanya boleh dilakukan ejen tempatan yang perlu membuat sebut harga sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa pelabuhan.
"Tiada pengecualian. Kami hanya menunggu rundingan antara ejen dan pihak kapal mengenai bekalan makanan itu sebelum dihantar ke kapal,” katanya.
Kumpulan petugas Media Prima yang berada di sini bagi memantau perkembangan kapal misi kemanusiaan Malaysia itu juga menghadapi kesulitan untuk membuat liputan dan dihalang daripada merakam gambar dan visual di kawasan pelabuhan yang dikawal polis. Berita Harian sebelum ini dimaklumkan bekalan makanan dan air bersih atas kapal mampu bertahan sehingga Sabtu dengan bekalan makanan segar sudah kehabisan.
Jawatankuasa evakuasi Kedutaan Malaysia di Mesir yang diketuai menteri penasihat kedutaan, Saharuddin Hassan, berkata pihaknya cuba berunding untuk menghantar bekalan makanan menggunakan bot kecil, namun tidak diterima pihak berkuasa pelabuhan yang bertegas ia bertentangan dengan prosedur.
"Kami juga difahamkan kalau kapal dibenarkan berlabuh (tanpa kelulusan pihak berwajib), mereka dibenarkan menurunkan barang dan krew dengan kelulusan imigresen tetapi krew hanya dibenarkan turun selama tiga jam," katanya.
Azizi Abdullah terlantar di ICU
Azizi Hj. Abdullah |
KUALA LUMPUR: Sasterawan terkenal, Azizi Hj. Abdullah, yang terkenal dengan novel Seorang Tua di Kaki Gunung ketika naskhah itu dijadikan teks wajib pelajar Tingkatan Lima, kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak dua minggu lalu.
Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Rahimidin Zahari berkata, Azizi baru saja menjalani pembedahan jantung sebelum mengalami masalah jangkitan kuman dan sejak empat hari lalu, tidak sedarkan diri sehingga tengkuknya terpaksa ditebuk bagi membolehkannya bernafas.
“Setakat ini, saya dimaklumkan Azizi kritikal dan berdoa dia cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala,” katanya yang menziarahi sasterawan terbabit bersama ahli PENA, Shamsudinn Othman, Ridzuan Harun dan Ariff Mohamad, awal minggu ini.