Monday, March 11, 2013

Penggeledahan peringkat akhir



LAHAD DATU: Kerja-kerja penggeledahan dan pembersihan di Kampung Tanduo, dekat sini, oleh pasukan keselamatan berada di peringkat terakhir.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, penduduk kampung terbabit yang kini mendiami pusat pemindahan sementara akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

"Sebaik selesai dan diyakini selamat kita akan membenarkan penduduk pulang ke kediaman mereka.

"Kawasan operasi ini kini lebih tertumpu di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis yang kini dikepung pasukan keselamatan," katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Moktar di Felda Residence Sahabat, di sini, hari ini.




Pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sehingga mengorbankan lapan pegawai dan anggota polis menyebabkan 2,900 penduduk dari beberapa kampung terpaksa mendiami di pusat pemindahan sementara.


Selain itu, katanya, seorang lagi pengganas ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan yang turut mencederakan dua anggota polis gerakan am (PGA) dalam kejadian antara jam 8 malam hingga 4 pagi semalam.

Hamza berkata, sejumlah 54 pengganas ditembak mati, termasuk tujuh di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna manakala baki di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo.

"Pasukan keselamatan juga sudah mengeluarkan 22 mayat dari lokasi kejadian ke Hospital Lahad Datu," katanya.

4 buruan utama ditahan

Semporna: Tiga puluh tiga individu termasuk empat wanita yang dipercayai tali barut kumpulan pengganas yang membunuh enam anggota polis ketika insiden di Kampung Simunul dan Sri Jaya 2 Mac lalu ditahan pasukan keselamatan Op Daulat dalam satu serbuan di sini, semalam.
Operasi membabitkan 100 anggota pasukan keselamatan itu bermula kira-kira jam 6.30 pagi hingga 9 pagi di satu kawasan setinggan Kampung Pinggir Bakau yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, semua tahanan itu dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan pengganas Sulu yang menceroboh daerah ini ketika kejadian berbalas tembakan sebelum ini.


“Kami tidak menolak kemungkinan mereka adalah penyokong dan memberi perlindungan kepada pengganas Sulu yang menceroboh daerah ini.
Foto
ANGGOTA dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kawasan kampung selepas mengadakan pemeriksaan bagi mengesan saki-baki pengganas, semalam.

“Seramai 44 individu diperiksa ketika serbuan, tetapi 11 daripadanya dibebaskan manakala 33 lagi ditahan dan akan disiasat lebih lanjut sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Tembak semalaman

Sandakan: Seorang daripada dua anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, FELDA Sahabat 18, kelmarin, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent.
Difahamkan, keadaan Koperal Afendi Yusof, 25, dari Kinarut, Papar yang dimasukkan ke unit itu kira-kira jam 8.30 pagi semalam, stabil.
Afendi yang bertugas di Miri, Sarawak bersama seorang rakannya berasal dari pantai timur Semenanjung mengalami kecederaan selepas berbalas tembak dengan pengganas.

Ahli keluarga Afendi yang enggan dikenali berkata, dia bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan perkara itu oleh ibu Afendi melalui telefon bimbit.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa seorang penduduk yang melalui pos kawalan keselamatan di Tanjung Labian.
Foto
ANGGOTA PGA mengawal laluan keluar masuk di Felda Sahabat, semalam.
“Ibu Afendi memberitahu anaknya cedera ditembak pengganas dan meminta saya segera ke hospital meninjau keadaan anaknya itu.

Terkejut dipilih jadi calon Naib Presiden Indonesia



Jakarta: Anak Megawati Sukarnoputri Puan Maharani mengakui dia terkejut apabila dipilih sebagai calon Naib Presiden Indonesia oleh Ketua Majlis Syura Parti Bulan Bintang (PBB) Yusril Ihza Mahendra.

Menurut anak bekas presiden itu, dia tidak menyangka Yusril mempunyai cadangan sebegitu.


“Bagaimanapun, isu berkenaan akan diserahkan kepada Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk diputuskan,” katanya kepada media selepas majlis penganugerahan ijazah kehormat kepada bapanya, Taufiq Kiemas, semalam.

Ketua Umum PDI-P ialah Megawati.


Kata Puan, isu mengenai pilihan raya presiden negara itu diserahkan kepada Megawati.


“Fokus kami ketika ini ialah menyatukan parti agar padu, selain menyelesaikan masalah pentadbiran berkaitan pilihan raya presiden,” katanya. Yusril bercadang untuk bertanding sebagai calon presiden mengemukakan cadangan itu kepada Puan, 39, kelmarin.

Kata Yusril, disebabkan Puan masih muda, dia yakin ahli politik itu memiliki kecekapan serta semangat datuknya, Sukarno.


“Ia akan menjadi kombinasi yang sempurna,” katanya.

Sebelum ini, sebuah mahkamah tinggi membenarkan Parti Bulan Bintang menyertai pilihan raya umum pada 2014. - Agensi

Filipina tetap sertai misi keamanan



Manila: Filipina tetap komited menghantar tenteranya menyertai misi keamanan PBB di mana-mana lokasi berisiko tinggi walaupun 21 tentera negara itu dijadikan tebusan, baru-baru ini.

Jurucakap tentera Filipina Kol Arnulfo Burgos berkata, Manila sedia membabitkan diri dalam mana-mana misi keamanan jika diperlukan.


“Bagaimanapun, penilaian akan dibuat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin,” katanya.

Minggu lalu, 21 tentera pengaman Filipina ditahan militan berhampiran Bukit Golan, tetapi dibebaskan ekoran rundingan pihak berkenaan.


Tentera tanpa senjata itu diculik ketika menaiki kenderaan berhampiran kawasan sensitif berkenaan.


Sepanjang tempoh ditahan, mereka dilayan dengan baik kumpulan yang berjuang menentang tentera rejim Syria. Mereka dibebaskan berhampiran sempadan Jordan kelmarin.

Burgos berkata, keputusan itu sesuai dengan pendirian Manila terhadap isu sedunia. “Ini komitmen global kami,” katanya. - APg

Hari-hari dengar bedilan

Lahad Datu: Kasih mendalam terhadap anak mendorong seorang lelaki nekad menyorong anak lelakinya yang lumpuh di atas kereta sorong sejauh lima kilometer dari rumah mereka di Kampung Tanjung Labian untuk mendapat perlindungan di Dewan Embara Budi, Felda Sahabat, di sini, semalam.
Afat Zaid, 40, ditemui bersama 15 penduduk sekampung ketika dalam perjalanan ke dewan yang menjadi pusat pemindahan itu selepas seminggu mereka bersembunyi dalam rumah masing-masing.

Afat berkata, sepanjang tempoh seminggu lalu, nyawa dia dan semua penduduk kampung terbabit bagaikan telur di hujung tanduk kerana mereka terperangkap di tengah kawasan pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas Sulu.


“Hari ini (semalam) baru kami boleh keluar untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. Walaupun susah kerana terpaksa membawa anak yang lumpuh menggunakan kereta sorong untuk ke pusat pemindahan, saya tiada pilihan lain.
Foto
PENDUDUK Tanjung Labian tiba di tempat selamat di Fajar Harapan.

“Kalau lebih lama tinggal dalam rumah kemungkinan kami mati kelaparan,” katanya sambil membetulkan kedudukan anaknya, Al Basir, 12, yang lumpuh seluruh badan dan hanya mampu berbaring di atas kereta sorong.

BILA LEMBU UMNGOK DAH JADI GILER..

Saudara masih "atas pagar"?? BERUBAHLAH!

Rakan-rakan, 

Inilah akibatnya kalau jadi manusia "atas pagar". Manusia "atas pagar", "bersikap berkecuali", "tidak memihak mana-mana" bukannya manusia yg baik, tetapi merekalah perosak masa hadapan sesebuah negara....

Saudara masih "atas pagar"?? BERUBAHLAH!
Sebarkan..

gambar menceritakan segalanya

 

OP DAULAT: SIDANG MEDIA PJP SABAH

 OP DAULAT: SIDANG MEDIA PJP SABAH - 11 MAC 2013 (10.45 AM)

Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 97 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130C (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Setakat hari ini, 54 orang penceroboh telah berjaya ditembak mati dan daripada jumlah tersebut 22 mayat telah dibawa keluar. Manakala jumlah pasukan keselamatan yang tercedera setakat ini ialah 6 orang.

Bapa Saiful Bukhari umum masuk PKR

 

Muazin azan semasa koma


Hebat Sheik ni.....hidupnya sebagai Muazzin mengumandangkan azan
Namun, NAMUN SEJAK 9 TAHUN BELIAU KOMA....hebatnya setiap masuk waktu solat beliau akan bangun Azan kemudian kembali koma semula....
AYUH SEMUA TERMASUK REMAJA GUNAKAN SUARA ANDA YANG ALLAH KURNIAKAN. .......

JANGAN DI SIA SIAKAN UNTUK PERKARA LAGHAH AF...VOCAL BUKAN SEKADAR RUPA MENTOR. ...
NI AJAK ORANG SEMAKIN LAGHAH....

MUAZZIN NAKHODA BAGI SEBUAH KAPAL ATAU JEMAAH, PEPOHON, BUKIT BUKAU MENJADI SAKSI justeru..... Rebut lah peluang yang tua beri laluan juga buat yang muda.

Chegubard SAMM Tuntut RM 5 Juta Gantirugi dan Pampasan daripada Utusan



Kenyataan Media
12 Mac 2013

Chegubard SAMM Tuntut RM 5 Juta Gantirugi dan Pampasan daripada Utusan
Ketua Penyelarasnya che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bertindak menuntut gantirugi berbentuk pampasan dari Utusan Malaysia hari ini dengan jumlah RM5 juta di atas fitnah yang telah dilemparkan. 

Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali & Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang tadi. Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.
Ketika notis ini dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.

Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk "Medan Perah Duit Rakyat". Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut;

http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat

Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;

"Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000."

Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM. 
Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;

1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.
2. Permohonan maaf tanpa 'reservation' daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut
3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.
4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut.

Notis juga itu menamakan dua responden iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua.

GEMPAR TAPI BENAR!!!!!... BANGUNAN UMNO MENGIBARKAN BENDERA PKR!!!!! BANGUNAN UMNO MASUK PKR!!!!!!!

GEMPAR TAPI BENAR!!!!!... BANGUNAN UMNO MENGIBARKAN BENDERA PKR!!!!! BANGUNAN UMNO MASUK PKR!!!!!!!


rakaman gambar ini adalah bangunan UMNO Temerloh, Pahang kini sedang mengibarkan bendera Parti KeADILan Rakyat.

Apa sudah jadinya ni.. Sampai bangunan UMNO pun dah masuk PKR dan menyokong Pakatan Rakyat!!!!

UMNO bermegah bila beberapa kerat anggota PKR masuk UMNO tapi yang ini satu bangunan masuk PKR????

UMNO IS DEAD!!!!!!
 —

Musa Aman beritahu media jangan mainkan isu RCI Sabah

p/s: "Musuh dalam selimut" TOPIK ini di pos sebelum terjadinya pencerobohan di lahad datu.

Musa Aman beritahu media jangan mainkan isu RCI Sabah
Oleh Boo Su-Lyn January 18, 2013

Musa Aman memberitahu akhbar arus perdana agar tidak memainkan isu Suruhanjaya Di Raja berkenaan pendatang haram. – Gambar fail
KOTA KINABALU, 18 Jan – Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman memberitahu akhbar arus perdana berbahasa Inggeris Rabu lalu agar tidak memainkan isu Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram.

RCI yang bermula Isnin lalu menyaksikan bekas pegawai kerajaan mendedahkan bagaimana pendatang dari Filipina dan Indonesia diberikan kad pengenalan biru dan dokumen lain bagi mengesahkan status mereka sebagai pengundi pada pilihan raya negeri Sabah.

“Ia adalah permintaan agar tidak memainkan terlalu banyak,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider hari ini akan tetapi tidak mahu dinamakan kerana takut kehilangan kerja.

“Mereka takut kepada kesan buruknya,” tambah beliau.

Sumber tersebut memberitahu, Musa telah memanggil mesyuarat dengan media negeri termasuk wakil daripada New Sabah Times, Daily Express, The Borneo Post dan akhbar dikawal oleh Barisan Nasional seperti New Straits Times dan The Star, termasuk agensi berita nasional, Bernama.

Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin memberitahu RCI pada Rabu lalu bahawa arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri telah memberinya arahan untuk menyediakan pendatang dengan dokumen sementara bagi membenarkan mereka mengundi dalam pilihan raya 1994.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengarahkan JPN Sabah untuk menukar nama 16,000 pendatang Indonesia dan Filipina di Sabah dan untuk memberi mereka kad pengenalan bagi meningkatkan jumlah pengundi Muslim, menurut bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sgip yang memberi keterangan Rabu lalu.

Pilihan raya negeri kontroversi 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalahkan BN dengan majoriti dua kerusi daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi PBS ditendang keluar dari kerajaan negeri beberapa bulan selepas beberapa ahlinya menyertai BN.

Muka depan harian berbahasa Inggeris Sabah The Borneo Post tentang RCI bertajuk,” Wakil UNHCR puji tindakan pengeluaran dokumen pengenalan kepada suaka.”

Tajuk utama satu lagi akhbar harian berbahasa Inggeris Sabah Daily Express hari ini bertajuk “Pemberian IC sah disisi undang-undang: Dr M”, manakala satu artikel mengenai RCI bertajuk “Baik untuk memberikan mereka dokumen: UNHCR” di bahagian bawah halaman depan.

Artikel The Star tentang RCI bertajuk “’Tiada pesanan dari bos’” ditenggelamkan di tengah-tengah akhbar hari ini.

Laporan NST hari ini tentang RCI bertajuk “Bekas pengarah JPN: G17 tidak wujud”, merujuk kepada unit didakwa wujud dalam JPN yang menyediakan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin.

Musa turut bertemu dengan wakil akhbar bahasa Cina dari Sabah seperti Asia Times, See Hua Daily News dan Tawau Morning Post hari ini dan meminta mereka untuk memberi “publisiti kepada BN”, menurut seorang lagi sumber yang tidak mahu dikenali.

“Beliau berharap masyarakat Cina akan menyokong BN (dalam pilihan raya umum ke 13),” tambah sumber tersebut.
 

Saman Hasan Ali: Permohonan Mahfuz ditolak

Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar untuk membatalkan saman fitnah Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali terhadapnya berhubung satu kenyataan bahawa beliau menerima bantuan kerajaan.
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu media bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan plaintif (Hasan) mempunyai kausa tindakan terhadap defendan (Mahfuz).
Hasnal berkata mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.
Pada 12 April tahun lepas, Hasan memfailkan saman itu atas dakwaan Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun lepas yang kemudiannya diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.
Dalam pernyataan tuntutannya, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.
Mahfuz memohon membatalkan saman itu atas alasan pertuturannya dalam sidang akhbar itu bukan satu bentuk fitnah. - Bernama

Keluarga tak mampu, Nurul terlantar sakit saraf



Nurul terlantar sakit saraf
Lailawati membetulkan kedudukan anaknya, Nurul yang mengalami kesukaran bergerak.
Nurul terlantar sakit saraf
Lailawati tabah membesarkan anak-anaknya meskipun mengalami kesempitan hidup
Sekali pandang hati meruntun hiba melihat penderitaan adik Nurul Nur Iqmazatul Abd Manap, 15. Dengan tubuh yang kurus kering akibat menanggung penyakit saraf otak, dia sukar bergerak, tidak sepetah dan selincah remaja lain seusianya.

Bagi Lailawati Omar, 45, hati ibu mana yang dapat menahan air mata apabila menyaksikan zuriatnya terpaksa menanggung derita setiap hari.

“Ia satu ujian yang amat besar buat keluarga kami. Masalah kewangan menghimpit saya daripada mendapatkan rawatan terbaik untuk Nurul,” keluhnya hiba.

Dahulu Nurul sihat seperti seperti bayi lain. Nurul lahir sebagai anak yang sempurna dan sihat tubuh badan biarpun telah melewati tarikh jangkaan bersalin.

“Memandangkan tarikh dah terlajak, doktor memasukkan ubat untuk membolehkan saya melahirkan Nurul. Ketika itu sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Saya betul-betul tidak tahan sehingga diserang sawan sedangkan Nurul masih belum lahir.

“Disebabkan sawan, jururawat beri saya ubat. Saya rasa terlalu sakit sehingga keadaan saya dan bayi masa proses kelahiran tu 50-50. Saya berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Jantina bayi yang lahir pun saya tidak tahu masa tu,” imbau Lailawati ketika ditemui di rumahnya,  Simpang Jelebu, Negeri Sembilan.

Syukur sambut kelahiran

Lailawati amat bersyukur dengan anugerah ILAHI yang sangat comel dan lincah itu. Bagaimanapun, gembira bertukar sedih apabila Lailawati dimaklumkan bayinya berhadapan masalah jantung.

“Ketika itu, saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan berdoa kepada ALLAH semoga bayi saya sihat, dan syukur pada-Nya kerana beberapa hari kemudian, doktor benarkan saya membawa pulang anak ke rumah,” katanya.

Ujian terhadap Lailawati tidak terhenti setakat itu apabila ibu tunggal itu sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan Nurul. Dia mendapati kelainan pada anggota badan Nurul yang tiba-tiba tegang dan berpusing.

“Kejadian berlaku di rumah ketika Nurul berusia dua bulan. Saya tak syak apa-apa berkaitan penyakit ini, kerana saya fikir, apabila Nurul dibenarkan pulang ke rumah bermakna dia sihat,” katanya.

Perubahan

Keadaan yang diharapkan sementara itu rupanya bertukar membimbangkan apabila Nurul tidak memberi respons apa-apa sehingga menginjak usia enam bulan.

Pergerakan Nurul tidak sama dengan bayi normal lain yang seusia dengannya membuatkan Lailawati mengesyaki sesuatu.

“Ketika itulah Nurul tunjuk perubahan ketara. Saya bawa Nurul ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan dan doktor dapati bebola mata Nurul bergerak-gerak. Macam bergegar,” katanya.

Lailawati berkata, doktor mengesahkan Nurul mengalami sawan tarik sehingga menyebabkan saraf otak mati. Selepas itu, dia semakin teruk apabila kulit kepala, pipi, dahi dan kelopak matanya dipenuhi daki sawan dan mengeluarkan lendir. Tidur bayi itu juga selalu terganggu kerana masalah kesihatannya.

“Apa yang saya sedihkan disebabkan tidak mampu untuk membuat rawatan susulan untuk memulihkan pergerakan anggota Nurul. Saya tidak bekerja dan kini menjadi ibu tunggal.

“Hanya sekali saya bawa Nurul ke hospital untuk rawatan fisioterapi tapi selepas itu tiada rawatan susulan dibuat sehingga ke hari ini,” katanya sambil menunduk.

Dalam sehari, Nurul akan diserang sawan sebanyak lebih 10 kali dan ada kalanya tidak terbilang melainkan air mata yang mengiringi hati Lailawati. Dia tidak mampu berbuat apa-apa meskipun risau dengan keadaan Nurul.

“Pernah saya memberi dia susu cair kerana tidak mampu untuk membeli susu tepung. Saya terpaksa minta bantuan pihak Baitulmal untuk membeli barangan keperluan Nurul dan dapur katanya.

“Saya bersyukur kerana ada jiran yang memahami dan banyak membantu. Dalam keadaan macam ini, sokongan dan semangat mereka, membuatkan saya  tabah menghadapi ujian,” katanya yang ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Manakala keperluan dan rawatan Nurul diperlukan sebanyak RM500 sebulan. Nurul yang belum mendapat bantuan orang kurang upaya (OKU) hanya terlantar di rumah, sambil ditemani adik-beradiknya, iaitu Mohd Iqmal Aqeem Abd Manap, 13, Mohd Iqmal, 11, dan Mohd Iqmal Al Ameer, 9.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya kepada Lailawati Binti Omar melalui akaun CIMB Bank - 05150001400204 atau hubungi 012 - 9736307.

126 pelarian Rohingya ditemui tidak bermaya di Teluk Bahang




10 Mac 2013
GEORGETOWN - Seramai 126 pelarian Rohingya, yang dipercayai belayar selama 25 hari dari Myanmar ke negara ini, ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh nelayan pantai selepas bot kargo yang mereka naiki bocor dan hampir tenggelam di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head, Teluk Bahang, semalam.
 
Mereka yang terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas menerima laporan pada 2 petang.
 
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata penemuan pelarian Rohingya itu dimaklumkan krew Bot Kilat dan sepasukan anggota yang dikerah ke lokasi menjumpai mereka sedang berhimpit dalam bot itu.
 
"Kesemua mereka berumur antara dua bulan dan 50 tahun, dan ketika ditemui mereka dalam keadaan keletihan dan amat lapar kerana telah kehabisan bekalan makanan sejak tiga hari lepas dan hanya bergantung kepada air laut sahaja.
 
"APMM mendapati bot yang mereka naiki bocor dan telah menggerakkan kapal Maritim atau KM Nyireh untuk menyelamatkan semua pelarian, termasuk menunda bot mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Tan berkata mereka kemudian dibawa ke jeti Limbungan Batu Maung pada kira-kira 10.30 pagi dan diberi makanan selain menjalani pememeriksaan kesihatan.
 
Beliau berkata pihaknya masih menyiasat dalang yang membawa masuk pelarian itu ke negara ini, dan jumlah bayaran dikenakan kepada mereka.
 
Mereka ditahan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Pulau Pinang untuk siasatan lanjut sementara menunggu perintah reman dikeluarkan.  - Bernama

Menantu Osama hadapi tuduhan di AS

Sulaiman Abu Ghaith
Sulaiman Abu Ghaith

NEW YORK - Menantu lelaki Osama Laden ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan dihadapkan ke Mahkamah New York bersabit tuduhan perancangan Al-Qaeda untuk menyerang rakyat negara itu.

Sulaiman Abu Ghaith, 47, berasal dari Kuwit didakwa sebagai salah seorang ketua propaganda rangkaian Al-Qaeda itu bakal menghadapi tuduhan perancangan membunuh warga AS.

Peguam Negara, Eric Holder berkata, penahanan Sulaiman menunjukkan AS tidak pernah berkompromi dalam berusaha mematahkan kumpulan militan yang merancang melakukan serangan pada 11 September 2001 ke atas Bandaraya New York dan Washington.

“Halangan jarak atau masa tidak melemahkan kita untuk membawa musuh Amerika ke muka pengadilan,” katanya.

Menurutnya, mereka tidak boleh melarikan diri atau bersembunyi dan pihak berkuasa AS sentiasa memburu mereka kerana mereka dianggap membahayakan rakyat dan negara.

Akhar Turki melaporkan, Sulaiman ditahan di sebuah hotel di Ankara bulan lalu dan dihantar ke Jordan sebelum ke AS.

Bagaimanapun, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) enggan mengulas bagaimana menantu Osama itu ditahan dan dibawa ke negara itu.

Sementara itu, ahli Parlimen mengecam pentadbiran Obama kerana tidak menghantar suspek terus ke penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba.

Senator Lindsey Graham berkata, suspek tidak perlu didakwa di bawah tribunal khas tentera kerana tindakan itu akan mengancam keselamatan AS. - AFP

Suu Kyi dipilih semula pimpin NLD

 Aung San Suu Kyi
Aung San Suu Kyi

YANGON - Parti Pembangkang Myanmar, Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD) memilih semula Aung San Suu Kyi sebagai pemimpinnya pada kongres pertama yang berakhir semalam.

Sebagai perwakilan parti, Suu Kyi, 67, sebelum ini telah merayu agar dijalin perpaduan.

Selepas parti itu memenangi pilihan raya tahun 1990, banyak aktiviti telah disekat oleh pemerintah yang diterajui oleh tentera Myanmar.

Bagaimanapun, pemengang anugerah Nobel Keamanan itu berjaya memenangi kerusi Parlimen tahun lepas berikutan pembaharuan oleh kerajaan awam baru dan sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya 2015.

Menurut sumber, beliau telah dipilih untuk mengekalkan jawatan sebagai pengerusi sebulat suara oleh jawatankuasa pusat parti itu.

Beliau juga adalah salah seorang daripada empat wanita daripada 15 anggota eksekutif NLD.

Bekas Presiden Ramos nasihat Aquino temu Kiram



MANILA - Bekas Presiden Filipina, Fidel V. Ramos menasihatkan Presiden Benigno Aquino III supaya melembutkan hati dan mendengar luahan hati Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya Sultan Sulu berkaitan isu Lahad Datu, Sabah.

Ramos memberitahu pemberita semalam langkah Aquino mendekati Jamalul mampu mengakhiri konflik yang sedang melanda Sabah ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menulis surat secara rasmi kepada Aquino bagi meberitahu keperluan untuk berdepan dengan Jamlul bersama para pengikutnya.

Ramos berkata, beliau berasa terpanggil untuk memberi nasihat itu sebagai bekas presiden negara itu.

Memetik laman web www.abs-cbnnews.com , Ramos yang menerajui Filipina dari tahun 1992 hingga 1998 juga berkata, Aquino tidak perlu membazir masa berikutan kadar kematian warga negara itu semakin meningkat di Sabah.

Jamlul mengumumkan gencata senjata tetapi ditolak oleh pihak berkuasa Malaysia kerana tidak mahu dikenakan sebarang syarat.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak akan mempertimbangkan sebarang permintaan gencatan senjata selagi tentera penceroboh enggan berundur diri dari Sabah.

Mahu batal perjanjian

Mahu batal perjanjianNegara anggota Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara, kelmarin. Foto: AP
PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.

Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.

Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.

Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan   ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.

Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu  bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.

Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu.  - AP

PBB jangka pelarian Syria naik 3 kali ganda tahun ini



AMKARA - Bilangan pelarian Syria bakal meningkat dua atau tiga kali ganda jika konflik di negara itu tidak berakhir segera.

Ketua Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran yang jumlah pelarian bakal meningkat dengan mendadak  jika krisis berterusan.

PBB percaya 70,000 rakyat negara itu maut sepanjang dua tahun konflik berlanjutan sehingga kini.

Setakat ini, lebih sejuta rakyat Syria sudah mendaftar sebagai pelarian.

“Jika peningkatan jumlah pelarian ini berterusan dan konflik tiada penghujung, jumlah pelarian juga mungkin meningkat dua atau tiga kali ganda berbanding jumlah yang ada sekarang menjelang akhir tahun,” kata Guterres, semalam.

Beliau turut menggesa negara-negara seperti Turki, Lubnan, Jordan dan negara jiran yang lain membantu bagi melindungi pelarian ini.

Ketibaan Hagel disambut serangan bom

Ketibaan Hagel disambut serangan bom
Kehadiran Hagel (kiri) di Kabul mendapat tentangan pihak tertentu.

KABUL - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan bom berani mati di pekarangan bangunan Kementerian Pertahanan Afghanistan sejurus Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel tiba di Kabul, semalam.

Pegawai memberitahu, letupan tercetus di lokasi yang agak jauh daripada kawasan Hagel melawat dan beliau disahkan selamat di dalam bangunan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Polis, Zahir Azimi berkata, kesemua yang terbunuh adalah penduduk awam dan sekurang-kurangnya tiga pegawai kementerian mengalami kecederaan.

"Sebelum letupan berlaku, seorang saksi ternampak penyerang yang menaiki sebuah motosikal kemudian meletupkan dirinya kira-kira 30 meter ke pintu masuk utama bangunan berkenaan," katanya.

Sementara itu, beberapa jalan raya berdekatan bangunan istana presiden ditutup sementara untuk memberi laluan kepada pihak berkuasa membersihkan kawasan berkenaan yang dipenuhi darah mangsa.

Bagaimanapun, kepimpinan Taliban dilaporkan tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan mengejut itu.  -  Al-Jazeera

Abu Qatada dipenjara semula di Britain




11 Mac 2013
Abu Qatada
Abu Qatada ditahan di London
LONDON - Susupek militan Jordan, Abu Qatada dipenjarakan semula diBritan selepas dituduh melanggar syarat ikat jamin yang diberikan pada November lalu.

Hakim Stephen Irwin berkata, pendakwah radikal Islam berusia 52 tahun digelar orang kanan Osama Laden itu,ditempatkan di penjara berkeselamatan tinggi Belmarsh di tenggara London.

“Beliau didapati melanggar syarat selepas menggunakan telefon bimbit di rumahnya,” katanya.

Abu Qatada, menjalani perintah berkurung 16 jam sehari namun boleh meninggalkan rumahnya antara 8 pagi dan 4 petang, ditahan semula di rumahnya di utara London oleh Agensi Sempadan United Kingdom,  Jumaat lalu. - AP

Pengganas semakin tertekan



PASUKAN keselamatan negara berjalan dengan penuh semangat untuk menggempur saki-baki pengganas di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU - Terus bersembunyi kerana tiada tempat mahu lari. Begitulah keadaan pengganas Sultan Sulu yang semakin tertekan apabila pasukan keselamatan mengetatkan lagi kawalan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini.
Dengan misi untuk memusnahkan kesemua pengganas yang semakin lemah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendapat sokongan moral dan penambahan kekuatan sejak wilayah Sabah diceroboh pada 12 Februari lalu.
Berdasarkan semangat kerjasama tersebut, penggeledahan dan pemburuan pengganas di kedua-dua kampung yang terletak tujuh kilometer antara satu sama lain terus dipertingkatkan.
Keluasan kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan di Lahad Datu ialah kira-kira 10 kilometer persegi. Pasukan keselamatan juga telah meletakkan 20 buah kapal di perairan Sabah dan menghantar tujuh batalion tentera.
Selain Lahad Datu, pasukan keselamatan turut menguasai kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan.
Bermula dengan serangan udara secara besar-besaran pada 5 Mac lalu, pasukan keselamatan terlebih dahulu menggempur kubu pengganas di Kampung Tanduo. Ekoran serangan itu, sebahagian daripada puak pengganas dipercayai melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu.
Panglima ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mengikut maklumat, saki-baki kumpulan pengganas yang dipercayai tinggal 100 orang itu sudah dikepung dan diyakini sukar melarikan diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2NE5eLzCO 
Hakcipta terpelihara 

Remaja maut ditembak dalam belukar



LAHAD DATU - Seorang remaja mati manakala seorang lelaki cedera di kaki akibat terkena tembakan yang dilepaskan anggota keselamatan ke arah belukar di Kampung Sungai Bilis dekat sini semalam.
Kedua-dua mangsa yang berusia 12 tahun dan 30-an itu tiada dokumen pengenalan diri. Polis sedang menyiasat status latar belakang kedua-dua mangsa terbabit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tembakan pada pukul 9.45 pagi itu dilakukan ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas lima orang penduduk kampung tersebut.
"Ketika kelima-lima penduduk di kampung itu sedang disoal siasat, pasukan keselamatan tiba-tiba mendengar pergerakan di kawasan belukar berhampiran menyebabkan anggota keselamatan terus melepaskan tembakan secara spontan ke arah belukar itu.
"Pemeriksaan selepas tembakan itu mendapati seorang remaja berusia lingkungan 12 tahun mati manakala seorang lelaki berusia 30-an cedera di kaki," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, ekoran kejadian itu, markas taktikal menghantar seorang doktor bersama pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menaiki kereta perisai masuk ke Kampung Sungai Bilis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2NE51EXtf 
Hakcipta terpelihara 

Rumah pengganas akan diroboh




SALAH sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna yang tidak diketahui siapa pemiliknya akan diroboh.


SEMPORNA - Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripada rumah yang dijadikan tempat pengganas Sulu melakukan serangan hendap hingga menyebabkan enam anggota polis maut pada 2 Mac lalu.
Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu bagaimanapun hanya akan dilakukan sebaik mendapat laporan daripada pihak polis mengenai maklumat yang mendakwa pemilik ketiga-tiga buah rumah tersebut dipercayai bersekongkol dengan pengganas.
"Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.
"Enam buah rumah lagi yang tidak diketahui siapa penghuninya dan terletak berhampiran kawasan serangan hendap itu juga dalam rancangan untuk dirobohkan," kata Ramlee di sini semalam.
Difahamkan, sehingga semalam tiada penghuni di sembilan buah rumah tersebut dapat dihubungi oleh pihak berkuasa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2NE4i5p8a 
Hakcipta terpelihara 

Johari Abdul: Azlan sertai PKR selamatkan Saiful


JAMILAH HAMZAH
11 Mac 2013
Johari Abdul: Azlan sertai PKR selamatkan Saiful
Azlan Mohd Lazim bergambar bersama pimpinan Pakatan Rakyat sebelum mengadakan sidang media pagi tadi.
Saiful Bukhari dan Azlan Mohd Lazim
Saiful Bukhari dan Azlan Mohd Lazim
PETALING JAYA - Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, penyertaan Azlan Mohd Lazim ke dalam PKR bertujuan membebaskan anaknya, Saiful Bukhari daripada cengkaman Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Pakatan Rakyat dan PKR telah memberi sokongan kepada Azlan untuk "melawan" fitnah Umno-BN dengan mempergunakan anaknya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga individu bertanggungjawab memperkenalkan Azlan kepada PKR berkata, penyertaan Azlan juga akan membantu dalam memberi keyakinan kepada rakyat bahawa wujudnya konspirasi politik jahat terhadap Anwar.

"Saya diberitahu oleh Azlan, dia terpanggil untuk sertai PKR adalah kerelaan hati dan untuk membebaskan anaknya daripada  BN.

"Azlan juga memberitahu saya, PR dan PKR telah memberi sokongan kepadanya untuk melawan fitnah yang dibuat oleh Saiful.

"Penyertaan Azlan juga membantu kita bagi keyakinan kepada rakyat tentang wujudnya konspirasi jahat terhadap Anwar," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Jumaat lalu, Azlan telah mengejutkan semua pihak dengan kenyataannya kepada media mengenai adanya konspirasi politik jahat terhadap Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat kali kedua.

Mengulas lanjut, Johari juga berkata, penyertaan Azlan adalah tepat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini masa yang tepat, dekat juga dengan PRU13," katanya.

Dalam pada itu, Johari memberitahu, Azlan masih belum membuat sebarang keterangan kepada pihak polis walaupun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil beliau dalam masa terdekat.

"Belum, belum, belum, belum ada sebarang maklumat dan tindakan," katanya.

Pelarian Rohingya ditemui kebulur




ANGGOTA Maritim Malaysia mengedarkan makanan kepada pelarian Rohingya yang terkandas akibat kapal yang mereka naiki bocor di Teluk Bahang semalam.


GEORGE TOWN – Seramai 126 pelarian Rohingya ditemui dalam keadaan tidak bermaya setelah kapal yang dinaiki mengalami kebocoran di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head Teluk Bahang di sini kelmarin.
Kesemua mereka terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 50-an dijumpai oleh nelayan pantai kira-kira pukul 2 petang.
Mereka dikatakan terputus bekalan makanan dan minuman sejak tiga hari lalu berikutan stok yang dibawa dalam pelayaran selama 25 hari habis.
Difahamkan, kehadiran mereka ke negara ini adalah bagi mendapatkan pekerjaan dan perlindungan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Kwee berkata, penemuan pelarian Rohingya dimaklumkan oleh kru Bot Kilat selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kapal yang diubah suai berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang melebihi muatan itu telah kehabisan minyak, makanan dan minuman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2NE46zoZF 
Hakcipta terpelihara 

Filipina bimbang nasib rakyatnya di Sabah


MANILA - Filipina menyuarakan kebimbangan yang mendalam semalam berhubung dakwaan terdapat penduduk negara ini yang tidak bersalah di Sabah didera selepas ditangkap dalam pertempuran antara para pengikut Sultan Jamalul Kiram III dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.
Menurut beberapa laporan media tempatan semalam, ada penduduk Filipina yang tidak bersalah dipukul dan ditembak oleh pasukan keselamatan Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen memerangi para pengikut Jamalul Kiram.
Bagaimanapun, polis Sabah menafikan dakwaan tersebut.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan, pihak pemerintah akan mendokumentasikan laporan terkini itu selepas ia meminta Malaysia menjelaskan insiden berkenaan.
Penolong Jurucakap Presiden Filipina, Abigail Valte juga menyuarakan kebimbangan tentang laporan berkenaan.
"Layanan terhadap rakyat Filipina itu tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita.
Beliau juga mengulangi bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino III telah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan 800,000 penduduk Filipina di Sabah tidak dihukum ekoran krisis tersebut. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2NE1ubh5e 
Hakcipta terpelihara 

400 warga Filipina terkandas di Pulau Taganak



BANDAR ZAMBOANGA - Lebih 400 warga Filipina dari Sabah telah terperangkap di Pulau Taganak di wilayah Tawi-Tawi sejak malam kelmarin, kata seorang pegawai tentera Filipina semalam.
Pegawai itu, Kapten Rene Yongque yang merupakan Komander Pasukan Tindakan Khas 62, memberitahu akhbar Philippine Daily Inquirer bahawa kira-kira 400 warga Filipina tiba di pulau tersebut pada pukul 7 malam.
Beliau berkata, pasukan tentera telah mengesan sebuah bot kayu yang merempuh ombak kuat sebelum tiba di pulau berkenaan.
"Mereka semua selamat," katanya.
Menurut Yongque, kebanyakan mangsa itu merupakan wanita dan kanak-kanak.
Pulau tersebut terletak kira-kira 40 kilometer dari Sabah.
Semua mangsa itu perlu belayar sejauh 540 kilometer lagi untuk tiba di pekan Bongao, ibu negeri Tawi-Tawi.
Bagaimanapun, seorang pegawai Pejabat Kebajikan Sosial Wilayah Tawi-Tawi menyatakan, terdapat 512 orang yang terperangkap di Pulau Taganak.
Penolong Setiausaha Jabatan Kebajikan Sosial di Wilayah Autonomi Mindanao, Pombaen Kadir berkata, hampir seribu orang telah memasuki perairan Filipina dari Sabah selepas pencerobohan para pengikut Sultan Kamalul Kiram di wilayah Malaysia itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2NE1geZg7 
Hakcipta terpelihara 

Rusuhan agama berlaku di Pakistan




ANGGOTA-ANGGOTA polis mengejar sekumpulan penunjuk perasaan Kristian di Lahore semalam.


LAHORE - Sejumlah penduduk Kristian menunjuk perasaan di beberapa bandar di Pakistan semalam bagi membantah sekumpulan penganut Islam membakar lebih 100 buah rumah di negara ini.
Tunjuk perasaan itu dibuat ekoran lebih 3,000 penduduk Islam bertindak ganas di sebuah kawasan yang dihuni penduduk Kristian, Joseph Colony.
Penduduk Islam itu bertindak membakar ratusan rumah selepas membantah tindakan seorang penganut Kristian yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW tiga hari lalu.
Menurut polis, kira-kira 150 orang telah ditangkap.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang mati dalam rusuhan agama itu.
Polis berkata, satu perbalahan antara dua rakan yang mabuk telah menyebabkan kenyataan mengaibkan tersebut dikeluarkan.
Sejumlah penunjuk perasaan di bandar ini yang menuntut supaya lebih banyak perlindungan diberikan kepada para penganut Kristian bertempur dengan polis yang menggunakan cota dan gas pemedih untuk menyuraikan mereka.
Seorang pegawai polis, Abdul Ghaffar Qaisarani berkata, para penunjuk perasaan itu juga menyekat laluan sebatang jalan raya yang sibuk.
Terdapat juga pertempuran kecil antara polis dengan para penunjuk perasaan di Karachi.
Tunjuk perasaan turut berlaku di Islamabad, ibu kota Pakistan,
Pemerintah tempatan Punjab menjanjikan ganti rugi sebanyak 200,000 rupee (RM6,351) untuk setiap keluarga yang terjejas akibat rusuhan tersebut.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif menaikkan ganti rugi itu kepada 500,000 rupe (RM15,879). - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2NDzdqOkO 
Hakcipta terpelihara 

Penasihat Kiram disoal siasat



JAMALUL KIRAM III (kanan) berbual dengan adiknya, Sultan Bantilan Esmail Kiram II di rumahnya di Bandar Taguiq, selatan Manila semalam.


MANILA - Satu siasatan berhubung konspirasi Sultan Jamalul Kiram III menghantar sekumpulan lelaki bersenjata ke Sabah adalah wajar dan konsisten dengan usaha-usaha untuk menamatkan keganasan, kata Istana Presiden Filipina kelmarin.
Menurut laporan akhbar dalam talian Philstar.com semalam, pihak istana membuat penjelasan tersebut sehari selepas Biro Siasatan Nasional menyaman penasihat Jamalul Kiram III, Pastor 'Boy' Saycon supaya datang untuk disoal siasat esok kerana disyaki menjadi sebahagian daripada konspirasi tersebut.
Konspirasi itu bertujuan untuk mewujudkan suasana tidak stabil apabila para pengikut Jamalul Kiram dihantar ke Sabah dan menuntut negeri Malaysia tersebut sebagai milik mereka.
Saycon merupakan Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina.
Timbalan Jurucakap Presiden Filipina, Abigail Valte menyatakan kepada stesen radio dzRB, adalah sesuatu yang penting untuk menentukan kenapa situasi di Sabah bertukar menjadi insiden ganas sehingga melibatkan kematian.
Saycon telah mengaku menjadi penasihat kepada Jamalul Kiram semasa beliau mengemukakan tuntutan Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurutnya, beliau menjadi penasihat Jamalul Kiram tentang hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan selama 12 tahun.
Sebelum ini, Saycon menafikan menghasut tentera Kesultanan Sulu pergi ke Kampung Tanduo, Lahad Datu pada bulan lalu.
Menurutnya, beliau bekerjasama dengan Kiram atas kehendaknya sendiri berhubung tuntutan Sabah.
Presiden Benigno Aquino III sebelum ini menyatakan Filipina akan memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung konspirasi pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu.
Aquino juga akan memberitahu identiti ketua konspirasi itu kepada Najib.
Presiden itu pernah menyatakan bahawa para pengikut Jamalul Kiram dijanjikan bayaran AS$600 (RM1,862) setiap orang untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2NDvQ3ulI 
Hakcipta terpelihara