Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

KONSPIRASI MEMBANGKRAPKAN MAS




Kebanyakan syarikat-syarikat milik kerajaan merupakan lubuk bagi pemimpin Umno untuk membuat duit. Itu sebab mengapa ramai orang suka menjadi wakil rakyat BN atau pemimpin parti sebab ganjaran lumayan menunggu mereka dalam syarikat-syarikat milik kerajaan. (GLC).


Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) adalah salah satu daripada GLC yang sering digunakan untuk menyapu duit rakyat. Sejak penubuhannya MAs selalu kerugian sebab ianya digunakan untuk membantu ahli politik Umno. Bila rugi, duit rakyatlah akan digunakan untuk menampung kerugian mereka.




Begitulah juga setiap kali MAS mengalami kerugian, maka kerajaan akan menanggung kerugian tersebut. Setiap kali kerugian juga, maka Lembaga Pengarah MAS akan bertukar tangan, tapi akhirnya tetap juga rugi sebab campurtangan politik.



Banyak skandal yang melibatkan MAS sekarang ini tapi cuba ditutupkan oleh media kerajaan. Penggabungan MAS-Air Asia gagal. Apa tujuan penggabungan itu dibuat dan mengapa ia gagal.


Penggabungan MAS-Air Asia digagalkan oleh Mahathir. Mahathir tidak mahu MAS jatuh ketangan Tony Fernandez, sebaliknya mahukan anak-anaknya menguasai MAS. Dan untuk mengelakkan Tony mengambil tindakan terhadap kegagalan penggabungan MAS-Air Asia, maka mereka memfaraidkan keuntungan MAS.



Sekarang, Tony sudah tidak terlibat dengan MAS, dan MAS akan perlahan-lahan diambil alih oleh anak-anak Mahathir melalui San Miguel. Sementara itu, beberapa pakej penerbangan yang sebelumnya dikendalikan oleh MAS, sekarang diserahkan kepada Air Asia.



Tak lama lagi, MAS akan bangkrap dan akhirnya akan diambil alih oleh San Miguel. Kerajaan dah tak ada duit nak bail-out MAS. Tabung Haji dah kering. Duit KWSP pun dah susut sehinggakan kita nak keluar duit kena tunggu umur 60 tahun. Tony Fernandes akan membawa Air Asia lari ke Indonesia, manakala MAS yang dikuasai oleh San Miguel akan menguasai sistem penerbangan Malaysia.

Beberapa tindakan sedang dilakukan secara perlahan oleh Mahathir.

Awal Julai yang baru lalu, MAS telah menandatangani perjanjian untuk membeli minyak pesawat A380nya daripada Petron…sebuah syarikat milik San Miguel yang dikuasai oleh anak Mahathir. Petron pula sebelum ini telah mengambil alih Esso dari Esso(M).


Mengapa MAS tidak membeli minyak pesawatnya dari Petronas sebaliknya dari Petron? Sebab MAS mahu mengkayakan Petron. Sedikit demi sedikit, Petron akan menguasai MAS.


Logo dan warna MAS sekarang sudah ditukar supaya sejajar dengan warna rasmi San Miguel. Perhatikan evolusi logo MAS.


Mengapa warna dan logo MAS ditukar kepada warna biru muda? Apa persamaaan dengan warna rasmi San Miguel?


Pengendalian pesawat A380 sekarang sudah dikuasai oleh San Miguel, anak Mahathir. Apa pula habuan untuk Tony Fernandes?


Roslina Shamsuddin Truly right. Semasa situasi kewangan dunia bergolak beberapa tahun lepas sehinggalah sekarang, semua majalah ekonomi yang saya baca seperti TheEconomist, BusinessWeek, Money, Forbes, Entrepreneur, dll melapurkan bahawa Singapore Airlines, Cathay Pacific, Thai Airways Qantas mencapai keuntungan melebihi MAS. 

Semua penerbangan itu datang dari negara yang lebih kecil dari Malaysia. Bagaimana MAS satu penerbangan yang pernah mencatat keuntungan dan terkenal dengan segala pencapaian dalam dunia penerbangan dimana memenangi banyak "awards" seperti "Best Cabins Service", "Best Airlines Food" "Best Economy Cabins" pada suatu dulu menjadi "Worst Airlines" of the year? sedangkan Air Asia yang baru bertapak hanya beberapa tahun sudah mencapai keuntungan berlipat kali ganda almost every year since its first year? 


Pelik tak? Dalam melapurkan ianya hampir bangkrap (tak boleh selamat dan diselamatkan lagi walaupun selepas mengambil duit dan harta hasil titik peluh rakyat Malaysia) tapi boleh beli Airbus A380. Tak ke pelik tu?


Roslina Shamsuddin Rakyat Malaysia kena banyak membaca lapuran sah dari majalah luar negeri. Tingkatkan bahasa Inggeris anda. UMNO membodohkan rakyat Malaysia dengan Menterinya memberitahu Bahasa Inggeris tak penting, Ini Negara Malaysia, kita menggunakan Bahasa Malaysia. 

Memanglah BM itu bahasa ibunda. Tak boleh dinafikan. Lihat sahaja rakyat Jepun, Taiwan, Korea. Bahasa ibunda diutamakan tetapi Bahasa Inggeris dipertingkatkan. So rakyat mereka dan negara maju sebab kerajaan mereka tidak membodohkan rakyat. Tidak bagi Kerajaan UMNO/BN - di depan cakap lain dibelakang lain.

Thursday, December 8, 2011

MAS kini kritikal


Ahmad Jauhari Yahya (kanan) menjawab soalan pemberita selepas mengumumkan pelan pemulihan MAS di Kelana Jaya, Selangor, semalam. Di kirinya Mohammed Rashdan Yusof.


PETALING JAYA 7 Dis. - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) yang rugi berturut-turut sepanjang tiga suku tahun 2011, kini 'kritikal' sehingga perlu menggantung rangkaian laluannya untuk mencapai aspirasi keuntungan menjelang 2013.
Penggantungan laluan yang terkandung dalam Pelan Pemulihan Perniagaan MAS yang diumumkan hari ini, terpaksa dilakukan kerana syarikat penerbangan itu hanya mempunyai tunai sebanyak RM1 bilion yang cukup sehingga tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, langkah yang tidak popular itu perlu dibuat, bukan hanya untuk mengembalikan keuntungan MAS tetapi menyenaraikan MAS semula dalam 10 kedudukan senarai syarikat penerbangan terbaik dunia.
Antara laluan yang telah menyumbangkan kerugian sebanyak 40 peratus kepada MAS ialah Cape Town, Johannesburg, Buenos Aires serta Dubai dan ia berkuat kuasa pada awal 2012.
Beliau berkata, beberapa laluan lain yang bakal digantung akan diumumkan kemudian selepas ia dimuktamadkan nanti dan tidak menolak beberapa laluan Eropah seperti Frankfurt dan Rom juga sedang diteliti.
''MAS tiada pilihan lain terpaksa 'mengecut' operasinya untuk berkembang dan paling penting syarikat penerbangan itu perlu dikeluarkan daripada situasi sukar supaya ia boleh berkembang semula.
''Kami hanya mahu memberi keutamaan kepada perniagaan teras sahaja dengan mengambil kira MAS perlu mempunyai saiz yang betul untuk meneruskan kelangsungan MAS pada masa depan.
''Pengurangan tempat duduk tersedia setiap kilometer (ASK) kira-kira 12 peratus dijangka mampu menjimatkan antara RM220 juta hingga RM302 juta pada tahun depan,'' katanya pada sidang akhbar pertamanya selepas dilantik menerajui MAS di sini hari ini.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof.
Dengan pelan pemulihan itu, MAS akan menjadi penerbangan premium serantau yang menumpukan laluan yang mendapat permintaan tinggi seperti Manila, Jakarta dan Narita.
Beliau menafikan MAS bakal bersaing dengan AirAsia Bhd. (AirAsia) kerana penerbangan premium menawarkan kelas perniagaan dan perkhidmatan penuh.
Ahmad Jauhari berkata, kakitangan MAS yang terlibat dalam penggantungan laluan akan ditempatkan di anak-anak syarikatnya bukan teras.
''Kakitangan tidak mempunyai pilihan lain (untuk tidak menerimanya) kerana MAS mempunyai aliran kewangan terhad, sambil menyifatkan keadaan semasa MAS adalah lebih teruk berbanding ketika kerugian sebelum ini.
''Pemberhentian kerja secara sukarela (VSS) adalah pilihan terakhir yang kami akan buat,'' katanya.
Ahmad Jauhari menambah, tindakan kedua dalam pemulihan itu ialah memenangi semula hati penumpang MAS melalui penerimaan 23 pesawat baharu pada 2012.
Tegasnya, penggunaan pesawat baharu adalah kritikal kerana antara faktor-faktor yang menyumbang kepada penyusutan pelanggan adalah penggunaan pesawat yang lama.
Katanya, meskipun MAS memiliki krew kabin terbaik dunia namun persaingan hebat penggunaan pesawat baharu oleh syarikat-syarikat penerbangan khususnya dari Timur Tengah memberi kesan kepada MAS.
''Kami menjangkakan pesawat baharu mampu memperbaiki pengurusan pendapatan dan jualan taktikal dengan mengoptimumkan hasil antara RM394 juta hingga RM477 juta,'' kata beliau.
Tindakan ketiga adalah memberikan tumpuan terhadap pengurangan kos melalui simpanan yang diperoleh daripada penjimatan kos tetap, pemerolehan dan program pembaikan produktiviti yang menyumbang antara RM309 juta hingga RM392 juta.
Mohammed Rashdan berkata, pelan pemulihan yang dirangka itu mampu mengurangkan kerugian MAS pada tahun depan dengan unjuran aspirasi asas kes sebanyak RM165 juta dan sasaran dilanjutkan RM238 juta.
''Kami mahu mengekalkan tahap peningkatan keuntungan dan menjana keuntungan selepas cukai sebanyak RM900 juta pada 2016,'' jelasnya.
Utusan Malaysia Online - Ekonomi: