TOKYO - Lebih separuh rakyat Jepun tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri, Yukio Hatoyama dalam menyelesaikan isu pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu. Tahap ketidakpuasan rakyat terhadap Kabinet Hatoyama meningkat kepada 68 peratus daripada 57 peratus pada bulan lalu. Berdasarkan tinjauan Nikkei dan TV Tokyo, sokongan rakyat ke atas Hatoyama turut merosot daripada 36 peratus kepada 24 peratus. Keputusan tinjauan disiarkan sehari selepas kira-kira 90,000 orang berhimpun di Pulau Okinawa untuk mendesak kerajaan mengetepikan hasrat Washington dan memindahkan pangkalan tentera udara AS dari pulau itu. Kritikan ke atas kerajaan Hatoyama semakin memuncak berikutan kegagalan beliau untuk mengemukakan sebarang tapak alternatif untuk pangkalan tentera itu. Tinjauan Nikkei mendapati 57 peratus responden berpendapat Hatoyama patut meletak jawatan jika gagal menyelesaikan isu berkenaan. |
Tuesday, April 27, 2010
Sokongan rakyat ke atas Hatoyama makin merosot
Jentera kempen parti kurang berkesan: Nik Aziz
KOTA BHARU - Kelemahan jentera parti yang kurang berkesan serta cetek pengalaman adalah faktor kekalahan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kelmarin. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik berkata, jentera berkempen PR, terutama Pas, kurang berpengalaman dalam menghadapi PRK, sebaliknya mereka lebih bersedia di dalam pilihan raya umum. “Kita tidak biasa dan kurang pengalaman. Pas pun tidak biasa dengan pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pertukaran 27 pelajar dengan tujuh guru pengiring dari Sumatera Barat, Indonesia, di sini, semalam. Nik Abdul Aziz berkata, walaupun pakatan pembangkang tewas pilihan raya kecil itu, namun beliau sendiri rasa bangga dengan peningkatan jumlah undi yang diperolehi. Beliau berkata, ia menunjukkan sokongan kepada pakatan pembangkang masih kuat. “Walaupun kalah, pengundi daripada pelbagai kaum masih memilih kita,” katanya. Ketika ditanya sama ada calon menjadi antara punca kekalahan PR dalam PRK itu, Nik Abdul Aziz berkata “Itu saya tidak mahu komen kerana pemilihan calon telah dibuat melalui jawatankuasa parti komponen Pakatan,” katanya. |
Kuasa wang punca Barisan menang
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana ‘kuasa wang’ yang digunakan untuk memancing pengundi dan bukannya atas kredibiliti calonnya, P Kamalanathan. Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, BN menabur projek segera semata-mata untuk mendapatkan kembali kuasa yang telah hilang dalam pilihan raya umum yang lalu. Menurutnya, amalan rasuah sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor itu berleluasa dan kaedah itu digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi pengundi Hulu Selangor. ”Sebagai bukti semasa ucapan Presiden BN sewaktu berkempen, beliau telah berjanji sekiranya BN menang, pelbagai peruntukan yang dijanjikan diberikan kepada rakyat Hulu Selangor. “Ini jelas mempengaruhi rakyat yang tertipu dengan demokrasi dilaungkan BN,” katanya kepada :Sinar Harian: semalam. Pengarah Strategik PKR, Tian Chua tidak menafikan BN menggunakan ‘kuasa wang’ untuk membeli undi namun menggunakan alasan untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat. Katanya, BN mengambil kesempatan meraih undi menggunakan wang bagi mengaburi rakyat. “Mengapa hanya sewaktu pilihan raya begitu banyak janji dengan peruntukan yang besar ditabur di sesuatu kawasan,” katanya. |
Baguslah supaya rakyat tidak hilang kepercayaan pada polis
Panel khas ditubuh siasat kes polis tembak mati remaja
27/04/2010 6:52pm
KAJANG 27 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel khas itu akan diketuai Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.
"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam. – Bernama
polispun tak boleh diharap juga
Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.
Ujar Khalid, suspek mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dekat sini, untuk bedah siasat sementara usaha menjejaki rakannya masih dijalankan.
Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah parang panjang.
Sementara itu Khalid berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.
Katanya, keempat-empat anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan melakukan kerja-kerja pejabat sehingga siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
"Sementara siasatan sedang dilakukan, kita minta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian," katanya.
Menurut Khalid, polis akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menjaga keamanan negeri dan komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan dan keselesaan rakyat

26/04/2010 3:46pm
SHAH ALAM 26 April – Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuat kuasa serta-merta.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kesemua mereka ditukarkan ke ‘desk duty’ sementara kes ini disiasat, apa pun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.
Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis, manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.
Beliau berkata, kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan. – Bernam

Bekas polis tidak mengaku bunuh budak lelaki, pengasuh
Mohd. Nahar Abu Bakar, 34, didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi yang berusia dua setengah tahun dan Siti Rohana Baharom, 34, di rumah No. 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, dekat sini pada pukul 1 petang, 30 Disember 2003.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Erwani Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa menetapkan perbicaraan selama dua minggu bermula 24 Mei ini.
Mohd. Nahar pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang dekat sini pada 30 Oktober tahun lalu atas tuduhan membunuh kedua-dua mangsa setelah enam tahun diburu polis.
Tertuduh yang pernah bekerja sebagai anggota polis berpangkat konstabel di Balai Polis Kampung Baru, Manjung, Perak pada 1997 berjaya diberkas pada 16 Oktober tahun lalu.
Dalam kejadian pada 30 Disember 2003 itu, Muhammad Nurosama dan pengasuhnya, Siti Rohana dibunuh dengan kejam di kediaman pengasuh terbabit di Bandar Baru Klang.
Muhammad Nurosama ditikam dua kali di belakang badan manakala Siti Rohana yang ditikam sekali pada dada dengan menggunakan pisau berukuran 23 sentimeter mati di tempat kejadian.
Bagaimanapun, anak perempuan Siti Rohana, Siti Aishah yang berusia lapan tahun ketika kejadian yang turut berada di rumah tersebut sempat melarikan diri selepas melihat ibunya dicekik oleh tertuduh.
Tertuduh yang memegang kad pengenalan bernombor 760602-01-5181 dan nombor polis, RF 130953 pernah dikenakan tindakan buang kerja pada 21 Mei 1999 kerana terlibat dalam kes pecah rumah di Manjung dan dipenjarakan selama enam bulan di Penjara Kajang pada 200
Konstabel tidak mengaku tembak bakal isteri
KUALA LUMPUR 12 Mac - Seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menembak bakal isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol, awal bulan ini.
T. Ravindran, 30, didakwa menembak G. Prema, 24, menggunakan pistol jenis revolver .38 Smith & Wesson dengan pengetahuan ia akan mengakibatkan kecederaan atau kematian mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Blok D-10-09 Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam di sini pada pukul 9.40 malam, 2 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh Mahinder mengikut Seksyen 370 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Charanjit membantah tertuduh diikat jamin memandangkan seksyen itu tidak menawarkan sebarang jaminan selain kesalahan tersebut adalah serius iaitu melibatkan cubaan membunuh.
Ravindran yang tidak diwakili peguam bela memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan pendapatan bulanannya cuma RM1,000 dan dia perlu menyara ibu bapa serta adik-adiknya.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan, tertuduh diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran seminggu sekali.
Beliau turut menetapkan sebutan semula kes pada 15 April ini.

polis salah guna kuasa?
Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah
SHAH ALAM, 26 April — Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis dalam kejadian awal pagi ini, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.
Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15,(gambar atas) yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.
“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.
“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.
Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.
Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.
Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.
“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.
Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.
Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.
Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.
Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.
Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.
“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.
Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.
“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.
Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini. — Bernama
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/kakak-rakan-yakin-remaja-ditembak-polis.html#ixzz0mH6qPOTh
kalau belipun takkan nak mengaku
PUTRAJAYA 26 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan parti pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi menggunakan dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)