Thursday, October 4, 2012

PDRM serah suspek militan Indonesia kepada POLRI



KUALA LUMPUR: Proses membawa pulang seorang suspek militan Indonesia, yang ditahan di negara ini ketika cuba menyeludup senjata api ke republik itu pada Oktober lalu, sedang diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Fadzli Sadama, 27, yang ditahan di Johor ketika cuba menyeludup sejumlah senjata api yang dipercayai untuk kegunaan pengganas, kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Kita setuju untuk membawa tangkapan dari Malaysia ke negaranya untuk tindakan selanjutnya. Ini hanya masalah teknikal sahaja, jangan jadikan ia sebagai satu isu," katanya kepada pemberita selepas menandatangi Prosedur Tetap (PROTAP) Malindo No.15 antara PDRM dan Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) di Bukit Aman hari ini.
Turut hadir, Kepala Kepolisan Negara Republik Indonesia yang baru dilantik, Drs Timur Pradopo.

Ismail berkata, suspek itu juga dipercayai terbabit kes rompakan bersenjata sebuah bank antarabangsa di Medan, Sumatera membabitkan RM139 juta.

Fadzli yang ditahan berseorangan di negara ini, juga dikatakan mempunyai rancangan untuk menyerang sebuah penjara di republik itu bagi membebaskan rakan baiknya, Toni Togar, perancang utama pengeboman Hotel JW Marriot di Jakarta, tujuh tahun lalu.

Ismail berkata, polis percaya pihak yang membantu daripada segi pembiayaan dan perlindungan kepada anggota militan tidak sedar atau mengetahui aktiviti mereka.
Beliau berkata, PDRM juga sepakat menjalin kerjasama rapat dengan POLRI bagi menahan saki baki kumpulan militan itu jika masih ada yang bersembunyi di negara ini.

Katanya, kejayaan penahanan Fadzli adalah usaha yang patut dibanggakan PDRM kerana dapat membongkar aktiviti keganasan warga asing.

"Dengan tertangkapnya tahanan ini, ia menunjukkan kita berjaya mengesan dan dapat tahu pergerakan dia pergi mana, di mana dia tinggal. Ini menunjukkan keupayaan kita untuk membantu antara satu sama lain," katanya.

Mengenai perjanjian itu, Ismail berkata ia bertujuan membolehkan PDRM dan POLRI menjalin kerjasama daripada segi penugasan di sempadan Sabah, Kalimantan, sempadan darat, dan perairan antara Malaysia dan Indonesia.

"Perjanjian yang termaktub ini akan membolehkan pegawai dan anggota polis negara ini menjalankan tugas secara koordinasi yang terbaik, dari segi komunikasi dan interaksi, demi mencapai objektif bersama iatu memastikan keamanan dan keselamatan dua negara ini," katanya.

PROTAP dibentuk sejak penubuhan Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia (GBC) Malindo pada 1972 sesuai dengan keadaan ancaman ketika itu, iaitu ancaman komunisme dan jenayah tradisional.

Pada 18 Januari 2007, PDRM dan POLRI bersetuju untuk meminda PROTAP No.15 supaya lebih relevan. - BERNAMA

Lebih 60,000 kesalahan lalu lintas dirakam AES

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.
"Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini," katanya ketika menjawab soalan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaan AES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnya merakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktor keuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.
"Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akan dianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikan kesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukan pengendali," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121004/dn_31/Lebih-60000-kesalahan-lalu-linta-dirakam-AES#ixzz28L3FzOBm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Misteri gunung emas Sungai Eufrat



RASULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (riwayat Bukhari).
Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda bermaksud: Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Segera Sungai Eufrat memperlihatkan kekayaan (gunung emas), maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun daripadanya.
Imam Abu Daud juga meriwayatkan hadis yang sama maksudnya.
Dalam hadis itu Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahadi sebagai nabi akhir zaman.
Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenali dengan nama al-Furat atau air paling segar. Menurur Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis an-Nabawi, menyatakan Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.
"Sungai itu membelah pergunungan Toros, lslu melewati Syria di kota Jarablus, melewati Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab," ujar Dr. Syauqi.
Kata beliau lagi, panjang sungai itu mencapai 2,375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu, al-Balikh dan al-Khabur sudah mengering airnya.
Pada masa Nabi Muhammad meramal masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, Wilayah Sunur di daerah Mediterranean itu masih dikuasai oleh dua kekuatan besar iaitu Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas sempadan alam dari dua kerajaan tersebut.
Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga mencakupi daerah Yaman hingga daerah di sekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine mencakupi sebahagian Syria (bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.
Seiring perkembangan zaman, dengan kebangkitan Islam dan bersatunya daerah-daerah di Arab, dua kekuasaan besar itu mahu tidak mahu menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baharu dan mulai menunjukkan taringnya pada masa khalifah Abu Bakar.
Lonjakan pun mulai terjadi. Parsi mahupun Byzantine tidak dapat lagi menganggap mudah kekuatan negara Islam. Maharaja Parsi sempat mengirimkan pasukan untuk menyerang Madinah. Byzantine juga menyerang kawasan utara kekuasaan negara Islam yang mengakibatkan terbunuhnya panglima Muslim, Zaid bin Harith.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121004/ba_02/Misteri-gunung-emas-Sungai-Eufrat#ixzz28L2yNY9j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hakim tegur Aidil gagal lagi hadir perbicaraan di mahkamah syariah



Rita Rudaini

PETALING JAYA 3 Okt. - Walaupun telah berulang kali ditegur oleh hakim, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak masih gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini berhubung permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar.
Berikutan itu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat hari ini sekali lagi meminta peguam syarie, Ahmad Nazib Johari yang mewakili Aidil supaya menasihati anak guamnya itu.
''Pada tarikh yang lalu anak guam tidak hadir, hari ini pun tidak hadir, peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik.
''Sepatutnya apabila tidak hadir, kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan awal,'' kata Saharuddin.
Ahmad Nazib ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Aidil menyatakan, anak guamnya tidak sempat hadir kerana mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia 2012 malam tadi.
Perlawanan bola sepak tersebut diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Ahmad Nazib turut menyerahkan dokumen yang mengesahkan ketidakhadiran anak guamnya itu pada prosiding lalu kerana menjalani latihan bola sepak di Austria dua bulan lalu.
Pada 7 Ogos lalu, Hakim Syarie ketika itu, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menasihatkan Aidil supaya lebih mengambil berat terhadap kes yang sedang berjalan di mahkamah bagi mengatasi kemelut rumahtangganya.
Dalam prosiding sebutan hari ini, mahkamah tersebut menetapkan 7 November ini keputusan bantahan awal Rita terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan oleh Aidil.
Saharuddin menetapkan demikian selepas peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita memaklumkan, pihaknya sudah memfailkan afidavit balasan terhadap afidavit jawapan Aidil berhubung bantahan tersebut.
Bantahan yang dibangkitkan Rita adalah berhubung kesilapan pada isu tempat pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.
Aidil, 25, memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah kembali taat pada 15 Mei lalu supaya Rita, 36, dan dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah yang disediakan oleh Aidil yang terletak di USJ1 di sini.
Pada tarikh tersebut juga, Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita atas alasan ingin berbaik semula.
Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil.
Mereka tinggal berasingan sejak lima bulan lalu selepas Aidil dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di Damansara di sini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121004/ma_02/Hakim-tegur-Aidil-gagal-lagi-hadir-perbicaraan-di-mahkamah-syariah#ixzz28KxLKLQA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Blog dedah Kabinet bayangan



KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.
Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.
Sementara itu di SHAH ALAM, ketika diminta mengulas pendedahan blog berkenaan, Shuhaimi menafikan senarai tersebut mempunyai kaitan dengan kenyataan beliau berhubung 20 pemimpin kanan PKR yang berpotensi dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai perkara itu hanyalah satu gambaran umum bagi menjawab pertanyaan wartawan, siapakah yang boleh dilantik sebagai menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti.
“Saya tidak pernah membuat kenyataan tentang 20 senarai pemimpin PKR yang akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Apa yang saya nyatakan ialah 20 pemimpin PKR yang saya fikir boleh dipertimbang memegang jawatan tersebut jika pakatan memenangi pilihan raya umum nanti, itu sahaja.
“Saya juga menafikan kenyataan itu mempunyai kaitan dengan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan menerusi laman blog. Di peringkat pakatan, tiada perbincangan dibuat mengenai Kabinet bayangan ini,’’ katanya ketika dihubungi.
Shuhaimi berkata, beliau percaya kenyataannya cuba disensasikan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang.
Pada Isnin lalu, Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw mempersoalkan tindakan PKR menyenaraikan nama berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121004/po_01/Blog-dedah-Kabinet-bayangan#ixzz28KwUkZ5i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Blog dedah Kabinet bayangan



KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.
Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.
Sementara itu di SHAH ALAM, ketika diminta mengulas pendedahan blog berkenaan, Shuhaimi menafikan senarai tersebut mempunyai kaitan dengan kenyataan beliau berhubung 20 pemimpin kanan PKR yang berpotensi dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai perkara itu hanyalah satu gambaran umum bagi menjawab pertanyaan wartawan, siapakah yang boleh dilantik sebagai menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti.
“Saya tidak pernah membuat kenyataan tentang 20 senarai pemimpin PKR yang akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Apa yang saya nyatakan ialah 20 pemimpin PKR yang saya fikir boleh dipertimbang memegang jawatan tersebut jika pakatan memenangi pilihan raya umum nanti, itu sahaja.
“Saya juga menafikan kenyataan itu mempunyai kaitan dengan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang disiarkan menerusi laman blog. Di peringkat pakatan, tiada perbincangan dibuat mengenai Kabinet bayangan ini,’’ katanya ketika dihubungi.
Shuhaimi berkata, beliau percaya kenyataannya cuba disensasikan untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang.
Pada Isnin lalu, Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw mempersoalkan tindakan PKR menyenaraikan nama berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121004/po_01/Blog-dedah-Kabinet-bayangan#ixzz28KwUkZ5i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria

Tabik spring! Walaupun ketiadaan senjata canggih seperti tentera regim Assad, para mujahidin Syria berusaha menghasilkan senjata buatan sendiri mereka seperti dalam angry birds! Untuk tonton klik:
http://view.my/StyleAngryBird

Masjid Istiqlal

Solat subuh di Masjid Istiqlal, Indonesia.

AWAS TEKTIK KOTOR PENJENAYAH


Saya ingin mendedahkan satu tektik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.

Kezaliman Berleluasa Di Akhir Zaman



Hadith:

Daripada az-Zubair bin Adi katanya, “Kami telah menemui Anas bin Malik RA (di Basrah) mengadu beberapa hal mengenai tindakan (kezaliman) al-Hajaj, jawab Anas RA, “Bersabarlah kamu sekalian, kerana bahawa sesungguhnya keadaan zaman yang akan datang lebih buruk lagi daripada zaman sebelumnya sehinggalah kamu menemui ajal (menemui mati). Keterangan ini aku dengar daripada Nabi SAW.”

Riwayat: Bukhari

Huraian Hadith:
1. Masa yang akan datang lebih berat bagi manusia daripada masa yang berlalu.
2. Keburukan akan berleluasa pada akhir zaman.
3. Seseorang adalah di kehendaki bersegera dan berlumba-lumba beramal dan melakukan kebajikan kerana keadaan pada hari yang lepas lebih baik daripada hari yang akan datang.
4. Seseorang hendaklah menerima dengan sabar dan menghadapi dengan tenang apabila berlaku suatu kezaliman.
 —

Terima Kasih UMNO! Terima Kasih Najib! Teksi Malaysia paling TERUK di dunia! Janji ditepati!

ORANG MELAYU BERALIH RASA PRU13




Orang Melayu mahu bersatu dibawah PR terutama PAS. Mereka tidak mahukan UMNO, parti syaitan yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa. Zaman dimana pemimpin Melayu berkerja dengan penuh dedikasi untuk mencapai seruan hari ini diganti dengan gerombolan pemimpin yang mengejar kepentingan peribadi dan keluarga. Setiap pemimpin UMNO yang berkuasa adalah korap dan rasuah. Mengapa orang Melayu mesti menyokong mereka?

Jadi apa yang dirisaukan oleh orang Melayu kalau UMNO dibuang? Masa depan orang Melayu lebih terbela dibawah PAS dan PR daripada duduk dibawah UMNO. UMNO memperjuangkan orang Melayu yang istimewa dan terpilih.
 

Ya Allah selamatkan Syria

Turki menembak tentera Assad di Syria, respond daripada serangan bom terhadap Syria di Turki yang mengakibatkan kematian 5 orang ahli keluarga orang Turki.

Ya Allah selamatkan syria

- 161 terbunuh di Syria hari ini.
- Mata uang Iran, Riyal/Tuman, anjok lebih dari 50% dalam minggu terakhir akibat terlalu banyak membantu rezim Syria.
- Demonstrasi di Iran menentang pemerintah, meminta agar berhenti membantu basyar karena mempengaruhi ekonomi Iran.
Para pendemo mengatakan, "Tinggalkan saja Syria dan pedulikan kami!", "سوریه را رها کن فکری به حال ما کن".

http://www.youtube.com/watch?v=XwsUoASzC9I

- Semakin banyak pejuang Hizbullah terbunuh di Syria.
- FSA menjatuhkan sebuah helikopter di Damaskus.
- FSA membunuh 48 anjing-anjing Assad di Halab.

- Turki menembaki target-target militer Assad di wilayah Syria sebagai balasan atas penembakan terhadap seorang warga Syria di wilayah Turki yang berakibat terbunuhnya sebuah keluarga Turki yang beranggotakan 5 orang.

Fenomena baru dan aneh terjadi pada kereta kebal Assad setelah bertemu FSA!

Fenomena baru dan aneh terjadi pada kereta kebal Assad setelah bertemu FSA!
Ini di Aleppo hari ini......

Adakah yang mampu menganalisa, bagaimana tank ini bisa terjungkir begini? 

[Kekuasaan Allah yang melakukannya melalui tangan FSA...]

-NR

Bancian: Romney atasi Obama debat pertama



Bancian: Romney atasi Obama debat pertama
Mitt Romney (kanani) dan Barack Obama muncul dalam debat pertama di University of Denver, Denver, Colorado, Amerika Syarikat. - Foto EPA
DENVER - Bancian kendalian CNNmenunjukkan Mitt Romney dari parti Republikan mengatasi Presiden Barack Obama dalam debat pertama pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) yang diadakan pagi ini (waktu Malaysia).
Seramai 67 peratus pengundi berdaftar, yang menyaksikan debatitu, yang berlangsung dari jam 9 hingga 10.30 pagi itu, memilih Romney sebagai pemenang.
Sementara 25 peratus pula menyatakan Obama, yang mahu mempertahankan jawatannya, mengungguli debat pertama itu.
Terdapat dua lagi debat membabitkan kedua-dua calon menjelang pemilihan awal bulan depan.
Obama dan Romney masing-masing menyentuh isu peluang pekerjaan, urus tadbir defisit, perumahan dan lain-lain.
Dalam bancian ini, seramai 430 penonton dewasa AS yang menyaksikan debat berkenaan telah ditemu ramah melalui telefon.
Bagaimanapun menurut CNN, keputusan bancian yang dilakukannya itu tidak dan tidak boleh mencerminkan pandangan keseluruhan rakyat AS.
Ia hanya mewakili mereka yang menonton debat berkenaan sahaja.Undian yang dijalankan CNN sebelum berlangsungnya debat menyaksikan Obama mendahului Romney satu peratus dalam kelebihan mengendalikan ekonomi.
Obama mendapat undian sebanyak 49 peratus undi.
Obama dan Romney akan mucul dalam debat 16 dan 22 Oktoberini.
Romney sebelum ini dikatakan berhadapan dengan jalan sukar untuk meyakinkan pengundi dan perlu menyerlah dalam debat tersebut bagi membuktikan kemampuannya untuk mentadbir AS.

Azalina serah isu fitnah Mazlan Aliman kepada peguam



Azalina Othman Said
AZALINA
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman menyerahkan kepada peguamnnya untuk membawa isu melibatkan Mazlan Aliman berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) ke mahkamah susulan pendirian Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu enggan memohon maaf.

Ahli Parlimen Pengerang ini berkata, Mazlan mempunyai peguam dan perkara itu diserahkan kepada wakil peguam antara kedua-dua pihak.

Katanya, "isu Mazlan saya serahkan kepada peguam saya, dia pun ada peguam dia, biar mereka yang uruskan."

"Kita serah kepada peguam," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tindakan perundangan yang hendak diambil ke atas Mazlan selepas gagal memohon maaf secara terbuka.
Dihubungi Sinar Harian semalam, Mazlan menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Azalina dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.
“Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi," katanya.
Kelmarin, Azalina menggesa Mazlan agar memohon maaf kepadanya secara terbuka berhubung isu penglibatan Azalina dalam projek Rapid.
Azalina berkata. kenyataan Mazlan itu berbaur fitnah dan tidak benar.
"Saya agak terperanjat dengan kenyataan yang seperti itu, saya rasa ini penyataan berniat jahat kepada saya.
"Saya jumpa Perdana Menteri lebih kepada projek Rapid dimaklumkan dan berbincang mengenai penubuhan institut untuk orang muda.
"Tuduhan yang dia (Mazlan) buat itu saya sudah arahkan peguam saya untuk kaji ucapan yang dia buat, untuk saman dia, dan saya sudah minta peguam membuat tuntutan kepada dia untuk mohon maaf dalam masa terdekat.
"Berapa juta saya nak saman itu, saya akan fikirkan dan buat pengiraan terlebih dahulu," katanya.
Justeru, Azalina menyerahkan sepenuhnya kepada peguam dan tidak akan campur tangan.
Bila ditanya keengganan Mazlan memohon maaf, Azalina berkata, "itu terpulang pada dia."

Bajet 2013 Pusat defisit moral, dakwa Izzah



Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR –  Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu merupakan bajet yang menyebabkan negara terus menanggung defisit fiskal dan “defisit moral”, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika membahaskan ucapan Bajet 2013 di bangunan Parlimen hari ini.
Menurut Nurul Izzah, bajet yang dibentangkan Najib jelas sama sekali meminggirkan generasi muda pada masa hadapan.
Meskipun memberikan beberapa imbuhan pada hari ini, ia bagaimanapun tidak menjamin kehidupan yang lebih baik kepada generasi berkenaan.
“Anak muda dan belia masa hadapan Malaysia tidak memerlukan sumbangan yang berbentuk jangka masa pendek dan sekadar mengisi saku sekali-dua.
“Anak muda mahukan peluang, ruang dan sokongan untuk membina masa depan yang lebih baik - bukan dibeban dengan hutang peribadi dan hutang negara gergasi, kadar gaji yang malar, kuasa membeli hasil matawang yang lemah, harga kereta tinggi, harga rumah diluar kemampuan dan kos sara hidup yang meningkat,” katanya.
Menurut beliau, majoriti golongan muda hari ini dibebani dengan kos sara hidup yang melambung tinggi dengan pendapatan yang tidak setimpal.
“Hakikatnya, anak-anak muda terpaksa pasrah dengan peningkatan gaji sebanyak 2.6 peratus berbanding inflasi secara purata 3.2 peratus sejak sepuluh tahun kebelakang.
“Malang, tujuan kerajaan seperti mengumumkan Program Transformasi Ekonomi adalah untuk mengeruhkan lagi herotan sistem sedia ada di mana nisbah gaji pekerja berbanding keuntungan syarikat akan menurun daripada 28 peratus sekarang kepada 21 peratus pada tahun 2020,” ujar beliau.
Justeru katanya, Bajet 2013 Kerajaan Pusat hanya langkah jangka masa pendek kerajaan di samping hanya mengkayakan kroni.
“Semenjak 1999, kerajaan BN telah menggunakan bajet defisit setiap tahun yang meletakkan ekonomi negara di tahap paling lemah berbanding negara-negara Asia lain.
“Hutang kerajaan persekutuan akan mencecah lebih 53.7 peratus KDNK atau RM502.4 bilion yang sudah hampir siling yang dibenarkan di bawah undang-undang.
"Tetapi sekiranya kita jumlahkan dengan ‘hutang tersembunyi’ di dalam bentuk ‘contingent liability’ kita sudah pun melebihi 65 peratus KDNK," katanya.
Bahkan menurut Nurul Izzah lagi, bajet yang dibentangkan Najib jelas sekali ‘ekonomi prokroni bukan prorakyat’ berbeza dengan bajet Pakatan Rakyat yang meletakkan keutamaan rakyat seperti pendidikan percuma kepada generasi pelapis pada masa hadapan.
Katanya lagi, sekiranya kerajaan berani menyahut cabarannya untuk menyenaraikan nama anak-anak atau ahli keluarga menteri dan timbalan menteri (serta nama syarikat-syarikat) yang mendapat projek, tender dan kontrak kerajaan yang melebihi RM5 juta daripada tahun 1998-2012, maka “ barulah kerajaan ada hak moral terhadap generasi muda”.

Serangan siber di Rumah Putih

WASHINGTON - Rumah Putih, kelmarin mendedahkan bahawa satu daripada rangkaian komputer mereka telah menjadi sasaran serangan siber.

Pegawai pentadbiran Rumah Putih mengesahkan perkara itu selepas portal berita Washington Free Beacon menyiarkan laporan bahawa penggodam dari China telah berjaya menceroboh sistem ketenteraan mereka.

Menurut pegawai tersebut, mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang data dan maklumat sulit Amerika Syarikat dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

"Sehingga kini, tidak ada pihak yang berjaya menembusi sistem maklumat sulit kami. Serangan itu juga tidak menyebabkan sebarang kehilangan data," katanya. - AFP

Nak disebut naik birat, dikenang ketawa sendiri



http://msomelayu.blogspot.com/,04 Okt 2012

ULASAN


Bukan dengki dan bukan juga hendak khianati. Apa yang diperkatakan kerana ia agak ganjil dan luar biasa dan jarang-jarang terbuat dan berlaku dalam kehidupan orang lain. Begitulah yang dapat difahami dari majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menjadi buah mulut dan percakapan umum kini. Bukan kerana Ali terus mempertahankan adat dan budaya Melayu yang berunsur hindu itu, tetapi apa dipersoalkan mengenai kegahan kenduri berkenaan.
Kenduri perkahwinan anak Ali yang kontroversi.
Apabila dianggarkan lebih 100,000 tetamu yang hadir kenduri itu besar dan ia tentulah melibatkan kos perbelanjaannya besar. Majlis itu juga mengalahkan majlis kenduri kahwin anak raja-raja Melayu baik sebelum merdeka maupun pasca merdeka. Soal di mana Ali dapat duit dan hendak belanjakan itu soalnya. Tetapi apa yang menjadi persoalan dan kemusykilannya kenapa ia membabitkan agensi kerajaan dan kakitangan awam juga dikerah bagi menguruskannya. Itulah yang tidak menyenangkan dan satu kemungkaran?

Seperti mana dakwa Mahfuz Omar majlis perkahwinan anak Ali itu dibincang dalam mesyuarat sebuah perbadanan negeri Melaka. Dakwa Mahfuz majlis kenduri itu dibincang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Perkara ini terbongkor apabila minit mesyuaratnya tercicir kepada media massa. Apakah keperluan dan ada peruntukan untuk perbadanan berkenaan menguruskan majlis perkahwinan itu? Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa?

Kalau kenduri itu diuruskan sendiri oleh pihak Ali dan keluarganya ataupun keluaga Umno tanpa membabitkan kakitangan kerajaan dan sebuah perbadanan tidak menjadi masalah. Ali boleh berbelanja berapa juta ringgit pun untuk kenduri itu kerana dunia Umno mengetahui siapa dia Ali. Ali ialah ketua menteri Melaka yang dunia semua tahu bagaimana hebat dan kayanya sesiapa yang menjadi ketua menteri Melaka bermula era Mahathir.

Misalnya orang juga tahu bagaimana bekas KM, Rahim Tamby Chik mempunyai aset dan wang ratusan juta. Jadi tidak pelik kalau Ali juga kaya atau kekayaannya melebihi kekayaan Rahim Tamby Chik.  Kalaupun bekas KM Melaka yang tidak kaya ialah Encik Ghabar Baba atau Allahryaham Mohd Zain.

Ali juga adalah bekas calon timbalan presiden yang dibatalkan pertandingannya kerana terbabit dengan rasuah?  Faham-fahamlah sendiri. Rasuah boleh dilakukan oleh mereka mempunyai wang untuk mendapat sesuatu seperti kedudukan dan pangkat. Dan rasuah juga berlaku kepada mereka yang lemah iman atau tidak mempercayai adanya yaumi masyhar. 

Cerita pagi ini

Pagi ini saya tidak mahu bercerita panjang soal Ali Rustam dengan majlis kenduri kahwin anaknya yang kononya majlis itu mencerminkan sokongan padu rakyat Melaka kepada Ali dan juga UBN. Wajarlah kalau rakyat Melaka menyokong BN sampai ke mati kerana negeri itu tidak ada raja di mana mereka berajakan kepada UBN. Adat istiadat UBN berbeza dengan adat istiadat dan resam orang Melayu. Tidak menghairankan. Namun dalam pada itu terdapat juga segolong rakyat negeri cancaluk itu yang sudah berhijrah kepada Pakatan Rakyat.

Kenduri kahwin anak Ali itu tidak dapat lari dari ianya bermatlamat politik. Ali sangat mengharapkan sambutan meriah itu untuk difahami oleh pihak atasan. Kononnya beliau masih popular dan mendapat kepercayaan rakyat. Mungkin juga apa tertusuk dari kenduri itu ia akan menjadi legasi kepada Ali yang mungkin selepas ini tidak lagi menjadi KM Melaka. Jadi sebagai pegakhiran khidmat dan meraikan rakyat Ali adakan kenduri itu dengan kepastian ianya meriah dan hebat.

Apa yang saya hendak bawa dalam ulasan pagi ini ialah mengenai sebuah lagi kenduri kahwin politik yang bakal diadakan. Kita mahu tengok apa akan terjadi kepada kenduri kahwin yang satu ini. Apakah ianya sehebat kenduri kahwin anak Ali atau pun lebih hebat ataupun tidak diadakan langsung? Logiknya dan kalau mengikut aliran nafsu kenduri kahwin yang satu ini akan lebih hebat dan gah lagi dari kenduri kahwin anak Ali itu.

Masalahnya apakah kenduri kahwin itu sempat diadakan? Ini satu tanda tanya yang boleh kita sama-sama bayangkan. Kenduri kahwin yang dimaksudkan itu ialah kenduri kahwin anak perdana menteri dengan isteri baru, Rosmah Mansor. Anaknya akan berkahwin dengan anak seorang raja dari Kazakstan. 


Majlis pertunangan anak Najib ini sudah pun diadakan secara eksklusif di mana hanya kerabat-kerabat terdekat dan kerabat raja di undang. Kalau majlis pertunangan sudah hebat dan gah pastilah majlis kenduri - naik pelamin lagi hebat. Apa lagi nama anak perdana menteri dengan bini baru, lagi hebatlah. Kalau anak Ali diarak dengan beca roda tiga, tentulah anak Rosmah akan diarak menaiki gajah putih bunting sulung.

Rakyat sudah mengenali citarasa dan nafsu besar Rosmah bin Mansor. Kehebatan kenduri Ali itu mencabar Rosmah dan seterusnya akan mencabar Najib. Sudah pasti Rosmah mahukan nilai kenduri itu lebih mahal dari nilai perkahwinan anak Ali. Rosmah tidak perlu kepada jumlah tetamu 100 ribu tetapi cukup dua tiga ratus sahaja tetapi yang penting harga kenduri itu mahal. Yang hadirnya pembesar seluruh negara dan raja-raja Melayu. Dalam soal ini kuaniti tetamu tidak penting tetapi kualiti (price) kenduri itu penting.

Sebagai isteri perdana menteri Rosmah boleh menarik seberapa banyak wang untuk majlis itu kelak. Selagi dia bergelar Wanita Pertama yang beliau nobatkan ke atas dirinya sendiri, wang akan sampai. Rosmah tidak perlu memecah tabungnya peribadinya yang dibuka sedari kecil, tetapi cukup beliau berdaham sahaja. Kalau sebuah perbadanan dikatakan boleh menguruskan perkahwinan anak seorang ketua menteri, perkahwinan anak Rosmah tentulah ada pihak agensi atau GLC lebih besar dari itu.

Sebelum ini pun majlis klenduri perkahwinan anak perdana menteri itu katanya sudah diurus bayar (sekruang-kurangnya bil dialamatkan ke Jabatan Perdana Menteri), apakah mustahilnya kalau untuk majlis perkahwinan nanti Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan menguruskannya. Mungkin Mohamad Nor Yaacob boleh dipanggil menjadi bendahara ... bendehara gat zaman moden ini menteri kewangan lah... bagi membincang dari mana dan berapa banyak wang hendak diadakan.

Zahid Hamidi dan Hishmuddin Hussein pula boleh memastikan lalu lintas udara dan darat serta laut berjalan lancar untuk upacara itu. Zahid boleh arah satu paltun askar untuk menjaga keselamnatan manakala Hishamuddin boleh arahkan Ketua Polis Negara memberi sekian banyak anggota polis lalu lintas dan juga FRU untuk mengawal majlis berkenaan. FRU boleh menjamin agar tidak ada gangguan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM) ataupun dari warga Rupblik Bangsar dari membuat kacua ganggu majlis berkenaan.

Pendeknya selagi kuasa masih berada di tangan dan rakyat berada di hujung kuku kaki, Rosmah dan Najib boleh lalukan apa-apa sahaja. Kalau Ali Rustam hanya sebagai seorang ketua menteri sebesar dua belah telapak tangan boleh berbuat begitu mengapa tidak dengan Najib yang menguasai sebuah negara bernama Malaysia?

Cuma saya hendak ingatkan Rosmah dan Najib disini kalau diadakan majlis kenduri perdana itu nanti jangan lupa ajak sama Hasan Akidah untuk menjadi tukang pantun manakala Nasharudin Mat Isa sebagai pembaca doa. Jangan lupa ini. Hasan Akidah yang petah dengan motivasi akan dapat mengarang pantun-pantun yanh indah dan gah memuji pengantin dan juga ibu pengantin.

Misalnya begini; Membina rumah tanpa andang, Daun jendela kayu meranti; Puan Rosmah wanita budiman, Menjadi raja ditahkta Perdana Menteri.

Manakala Nasharudin pula yang fasik dalam bahasa Arab termasuk Arab Mesir, Iran, Irak, Arab Saudi dan segala macam boleh membaca doa-doa indah dan mengasyikkan.  Kalaulah mereka tercicir dari senarai jemputan orang-orang besar maka kempunan dan hinalah mereka dalam martabat bangsa politik negara ini.

Persoalannya kini apakah kenduri kahwin itu akan diadakan atau lebih tepat lagi sempatkah ianya diadakan? Inilah merisaukan Rosmah dan juga pemerhati politik yang mahu melihat peristiwa  itu berlaku.  Kebimbangan inilah mengaru-garu kepala Rosmah. Melihat kepada masa depan UBN yang suram temaram menyebabkan Rosmah mungkin bimbang takut kenduri itu tidak sempat diadakan di masa dia berada di takhta kekuasaan hari ini. Manakala untuk menyegerakan pula kenduri yang besar-besaran itu bimbang ia akan dijadikan isu dalam pilihan raya akan datang.

Sekiranya UBN sudah tidak berkuasa dan Najib sudah tidak menjadi perdana menteri (tidak makan telor) sudah pastilah kenduri yang gah diharapkan itu tidak akan menjadi lagi. Hari ini Rosmah sedar kenapa rakyat (Umno) menghormatinya dan suaminya bukan lain melainkan kerana jawatan PM itu. Apabila sesudah tidak menjadi PM, nescaya mereka tidak akan disebut-sebut lagi. Bak kata bidalan saya, kalau sebut mulut naik birat, jika diingat akan tertawa sendiri. Ah... Mat Maslan tentu faham bidalan saya, sebab Mat Said sakit telinga. [wm.kl.11:56 am 04/10/12]
-Harakah

Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya



Mohd Sabri Said,04 Okt 2012
BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan  iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal  menambah,  peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.


(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)

"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.

Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.

Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.

Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan  membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.

Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.

Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.

"Tetapi, nak  buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.

Rakyat juga,  kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi  akidah.

Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.

Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.

"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi.  Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.-Harakah

Kenduri: Sikit buat Ali terlalu banyak bagi rakyat



Riduan Mohd Nor,04 Okt 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan bahawa agensi kerajaan negeri Melaka dikerahkan bagi menjayakan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dokumen mengandungi maklumat mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) membincangkan persiapan logistik majlis perkhwinan tersebut telah dibocorkan oleh pihak tertentu.

Minit mesyuarat tersebut juga menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Malah, DPPM dimaklumkan pihak Ketua Menteri itu mengakui majlis tersebut di taja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu.

DPPM hairan bagaimana begitu istimewanya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sisi kerajaan negeri.

Meskipun beliau adalah ketua negeri terbabit, ini tidak bermakna beliau boleh sesuka hati menggunakan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk keperluan dirinya.

Sepatutnya beliau menunjukkan contoh teladan kepada rakyat bahawa seorang pemimpin sanggup mengutamakan rakyat dari dirinya sendiri.

Majlis perkahwinan beliau adalah majlis peribadi yang perlu ditanggung oleh diri dan keluarganya sahaja, dan tidak perlu dibabitkan jabatan kerajaan di bawah tanggungannya.

Jika majlis itu ditaja, siapa pula penajanya dan adakah penaja majlisnya tiada kaitan langsung dengan projek kerajaan negeri?

Dalam keadaan rakyat yang masih ramai hidup di bawah paras kemiskinan, beliau pula sanggup menghabiskan enam ratus ribu ringgit untuk majlis selama lapan jam dengan kehadiran seramai 100,000 orang.

Mungkin bagi Datuk Seri Mohd Ali jumlah itu terlalu sedikit, namun ia terlalu banyak bagi rakyat jelata.

Apakah ini suatu manifestasi amalan wassatiyyah (bersederhana) seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri?

DPPM bimbang amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa sudah menjadi suatu budaya pada pemimpin negara.

Amalan bershopping sakan, bermewah-mewahan serta mengadakan kenduri keluarga secara melampau seperti ini mengundang pembaziran di samping rasuah yang membarah.

Malah pemimpin-pemimpin negara dengan selamba menggunakan seluruh kuasa dan agensi di bawahnya untuk kepentingan peribadi mereka tanpa rasa bersalah.

Rakyat pula dikerah sehabis mungkin bekerja dan bertugas untuk majlis peribadi pemimpin sedangkan pemimpin tidak pernah memikirkan masalah rakyat di bawahnya.

SPRM perlu membuktikan mereka benar-benar telus, tegas dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Membanteras rasuah bukan hanya setakat kepada rakyat bawahan, tetapi mesti dimulakan dari pemimpin atasan.

Pemimpin negara yang menyuburkan rasuah sehingga rakyat sebati dengannya, ibarat kata pepatah Cina: ikan busuk bermula dari kepala.

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
-Harakah

Jom tengok elaun bekas pemimpin???

JOM TENGOK SIAPA BEKAS AHLI PARLIMEN YANG MENERIMA ELAUN TERTINGGI SEKALI..???

1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

3) Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM26,000.00 sebulan

4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan

5) Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.

6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan

7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan

TAPI UNTUK RAKYAT DIBERI CIPUT BR1M RM500 DAN REBET RM200 UNTUK TALIPON PINTAR TAPI PARA PEMIMPIN UMNO DENGAN PINTAR DAN CEKAP REMBAT PULUHAN RIBU RINGGIT SEBULAN ATAS NAMA PENASIHAT SAJA.

APAKAH PARA MENTERI, TIMBALAN MENTERI, KSU, KETUA-KETUA PENGARAH TIDAK CUKUP UNTUK MENASIHATI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK?

INI BUKAN PENASIHAT TETAPI PUNAHSIHAT.. MEMUNAHKAN NEGARA SAMBIL MEYIHATKAN SAKU-SAKU MEREKA DENGAN WANG PEMBAYAR CUKAI!!!!

--------------------------------------
Sumber http://batuvskayu.blogspot.sg/2012/10/jom-tengok-siapa-ahli-parlimen-yang.html

Pemuda PAS alu-alukan kedatangan Dr Zakir Naik



Harakahdaily,04 Okt 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan kedatangan tokoh ilmuan perbandingan agama tersohor Dr. Zakir Naik (gambar) ke Malaysia. Kehadiran beliau buat julung-julung kalinya adalah untuk memenuhi undangan bagi satu siri jelajah ceramah bertempat di Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Lumpur bermula dari 29 September sehingga 7 Oktober 2012.

Latarbelakang Dr. Zakir sangat menarik untuk disoroti. Sebelum mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF), beliau merupakan seorang profesional perubatan. Pertemuan beliau dengan almarhum Syeikh Ahmad Deedat telah menaikkan semangat beliau untuk mendalami ilmu perbandingan agama. Sebagai presiden IRF, beliau telah mengasaskan Peace TV yang beribu pejabat di Dubai dan sebuah sekolah Islam di Mumbai. Beliau seorang yang aktif menulis dan berucap di sirkit syarahan di seluruh dunia.

Ibarat patah tumbuh hilang berganti, Ummah sebenarnya cukup bertuah kerana kekosongan yang wujud dari pemergian Syeikh Ahmad Deedat ke rahmatullah telah dapat diisi dengan peranan yang dimainkan oleh Dr. Zakir.

Tidak seperti sesetengah pemimpin yang takut untuk berdebat lalu beralasan bahawa debat bukan budaya kita, Dr. Zakir telah mengangkat budaya perdebatan sebagai satu kaedah dakwah yang berkesan. Antaranya ialah debat beliau dengan Dr. William Campbell yang bukan sahaja melonjakkan namanya di dalam arena dakwah tetapi yang lebih penting telah mendekatkan masyarakat khususnya di Barat kepada mesej Islam sebagai sebuah agama fitrah, perdamaian dan saintifik.

Penyampaian beliau yang tepat dan tajam kadangkala diertikan sebagai ekstrem dan prejudis. Hakikatnya beliau bukanlah individu yang partisan dan petah pula berasional dengan sumber al-Quran dan sains di dalam nada bukan apologetik bagi mempertahankan maruah Islam khususnya apabila ada pihak yang cuba menyogokkan persepsi mengenai Islam secara salah. Sebagai personaliti dakwah, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila ada pihak yang mengaitkan komentar tajam beliau sebagai justifikasi jalur pemikiran kumpulan tertentu. Maka di atas alasan-alasan ini, timbul pula sangkaan buruk pihak lain termasuk di Malaysia ketika ini yang tidak senang dengan kehadiran Dr. Zakir ke tanahair lalu bercadang untuk menggagalkan aturcara beliau di sini.

Dewan Pemuda PAS menggesa semua pihak khususnya rakan-rakan kita dari kalangan bukan Islam untuk mengetepikan rasa curiga dan mendengar sendiri universaliti mesej yang dibawa oleh Dr. Zakir. Islam bukanlah satu agama paksaan dan itu jugalah yang sering ditegaskan oleh Dr. Zakir sendiri. Memaksa idea dan sesuatu pendapat sebenarnya adalah satu penghinaan kepada dayaupaya intelektual manusia dan berlawanan pula dengan hikmah dakwah yang bersandarkan kepada prinsip keikhlasan dan kemahuan diri sendiri untuk berubah.

Kami juga berharap generasi muda dapat meluangkan masa untuk hadir sendiri dan mendengar hujah dan pandangan Dr. Zakir secara langsung. Generasi pelapis kita sedang melalui zaman yang amat mencabar dengan kebanjiran hiburan dan amalan budaya hedonisme barat yang menghakis jatidiri dan keunggulan akhlak. Ambil peluang ini untuk mendekati sosok ikon antarabangsa ini, berdialog dan berhujah secara terbuka dengan beliau bagi memantapkan keyakinan diri dan membina kesungguhan untuk berubah dan melakukan perubahan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Dewan Pemuda PAS ingin mengucapkan tahniah di atas usaha pihak penganjur dan penaja yang telah berusaha membawa Dr. Zakir Naik ke Malaysia. Semoga usaha dakwah anda semua diberkati Allah dan akan membawa kita semua lebih dekat kepada Islam dan taqwa.

Maklumat lanjut mengenai siri syarahan Dr. Zakir Naik boleh didapati dihttp://www.facebook.com/DrZakirNaikMalaysiaTour2012.

Nasrudin Hassan – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Nik Abduh Nik Abdul Aziz – Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
-Harakah

9 tahun penjara untuk penyerang stesen TV Kuwait



Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya,04 Okt 2012
(Sebahagian yang menyertai perhimpunan di depan Parlimen Kuwait yang menuntut supaya parlimen 2009 dimansuhkan)

KUWAIT: Sebuah mahkamah Kuwait telah menghukum dua tahun penjara ke atas sembilan lelaki kerana menyerang sebuah stesen televisyen menjelang pilihan raya parlimen awal tahun ini, beritahu peguam sembilan lelaki tersebut.

Sembilan lelaki tersebut, yang kesemuanya ahli puak yang besar di Kuwait, bertempur dengan polis di luar pejabat stesen televisyen Al Watan Januari lalu, menjelang pilihan raya di negara pengeluar minyak utama di Teluk itu.

Dua lagi lelaki lain didenda, peguam bela Al-Humaidi al-Subaie menulis di akaun Twitter beliau.

"Malangnya mahkamah memenjarakan selama dua tahun sembilan orang yang pertama memecah masuk ke Al Watan (stesen) dan memberikan denda sebanyak $200 kepada orang yang ke-10 dan ke-11," tulisnya.

Nabeel al-Fadli, ahli parlimen yang dilihat menyokong kerajaan, berada di studio pada masa itu dan kehadiran beliau mencetuskan pergolakan, lapor media tempatan.

Rakyat dari puak-puak Kuwait cenderung untuk menyokong calon-calon pembangkang dalam pilihan raya, manakala kelas atasan dan tokoh korporat biasanya, lebih memihak kepada kerajaan yang dikuasai oleh keluarga pemerintah.

Komen yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang dianggap menghina puak-puak Kuwait tertentu telah mencetuskan banyak demonstrasi pada masa lalu.

Protes Kuwait kerap diadakan mengenai isu-isu politik dan puak, dan majoriti protes adalah secara aman.

Kuwait berada dalam kebuntuan politik untuk beberapa bulan selepas mahkamah membubarkan parlimen yang dikuasai pembangkang, yang dilantik  Februari lalu, memberi alasan masalah teknikal.

Sidang Ahli Parlimen sebelumnya yang majoritinya cenderung kepada kerajaan, telah dilantik semula oleh mahkamah, namun gagal untuk bersidang disebabkan pemulauan oleh ramai Ahli Parlimen.
Penganalisis menjangka amir akan membubarkan Parlimen tidak lama lagi dan memanggil untuk diadakan pilihan raya parlimen baru tahun ini atau tahun depan.

IMF lewatkan rundingan pinjaman Mesir



Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya,04 Okt 2012
(Kunjungan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde (tengah) bertemu pemimpin Mesir sebelum ini)

KAHERAH: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menangguhkan penghantaran satu pasukan rundingan ke Kaherah bagi membincangkan pinjaman bernilai USD4.8billion (EGP2.9billion), sementara Mesir melengkapkan program reformasi ekonomi Mesir, Menteri Kewangan Mesir dipetik sebagai berkata.

Mesir dijadualkan  untuk menerima satu pasukan daripada IMF pada akhir bulan September untuk membincangkan terma-terma pinjaman.

Mesir amat memerlukan sokongan kewangan untuk membantu keadaan ekonomi yang dilanda kegawatan sejak pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tahun lepas.

Kerajaan Mesir perlu melengkapkan program tersebut sebelum rundingan pinjaman untuk menunjukkan kepada IMF bahawa Mesir adalah serius, Mumtaz al-Saeed, Menteri Kewangan memberitahu suratkhabar harian al-Borsa.

Dua paksi utama program ini adalah penstrukturan subsidi dan cukai, katanya.
Kerajaan sedang berusaha keras melakukan kajian dan program reformasi ini akan selesai tidak lama lagi, katanya.

Keyakinan bahawa pentadbiran Islamik baru yang bertindak pantas untuk mendapatkan pinjaman dan mengelakkan masalah fiskal telah membuatkan pasaran saham negara melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasil hutang kerajaan telah jatuh.

IMF menuntut Mesir menyediakan satu program yang akan mengecilkan bajet defisit yang telah meningkat sebanyak 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak pemberontakan menggulingkan Mubarak pada Februari 2011.

Kerajaan Presiden Mohamed Morsi berkata ia akan mengehadkan subsidi tenaga, kira-kira satu perempat daripada jumlah perbelanjaan negeri, dengan mensasarkan subsidi hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata bulan lepas bahawa kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem kupon atau kad pintar pada bulan Oktober untuk memastikan bahawa golongan miskin, bukannya semua orang, mendapat subsidi gas memasak butana.

Kerajaan menjual kanister butana sebanyak 5 pound Mesir setiap satu, manakala kos pengeluaran sebenar adalah lebih dari 65 pound.

Al-Borsa memetik Mumtaz sebagai berkata, pasukan IMF tidak akan datang sehingga selepas mesyuarat tahunan IMF di Tokyo pada Oktober 9-14.

Kerajaan juga berusaha keras melobi untuk memulakan pelaburan ke dalam negara yang telah terbantut sejak pemberontakan.

Tiada menteri mahupun jurucakap IMF di Washington yang bersedia memberi komen.

Amaran Nik Aziz: Jangan guna royalti Kelantan



Rizal Tahir,01 Okt 2012
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan pemimpin kerajaan pusat supaya tidak membelanjakan hasil royalti kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya, apa lagi untuk memancing undi.

“Pihak pusat nak belanja sebanyak mana duit dia, saya tak soal, tetapi jangan sampai mengganggu royalti Kelantan.

"Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi pada kerajaan Pusat sekiranya royalti dicabuli,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas Belanjawan 2013 yang baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dua hari lalu.

Tuan Guru bagaimanapun mengakui belanjawan berkenaan lebih kepada ‘membeli undi’.

“Apa tujuan beli undi. Apabila dekat nak pilihanraya perbelanjaan lebih daripada biasa, jadi orang kata beli undilah.

“Kerajaan tolak (menafikan) yang mereka berbuat demikian itu hak dialah, tetapi rakyat sekarang dah semakin sedar ada perkara yang pelik berlaku sebelum pilihanraya,”ujarnya.

Tambahnya, sebelum pilihanraya tidak berlaku perkara sebegini (tawaran untuk rakyat dalam bajet), jadi mahu tidak mahu ianya bertujuan untuk beli undi.

Ketika ditanya adakah membeli undi seumpama memberi rasuah, beliau berkata ianya bukan masaalah rasuah yang ingin diperkatakan.

Tetapi tambahnya seperti meletakkan taraf rakyat dengan sesuatu yang tidak wajar sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.