Saturday, November 19, 2011

Militan seludup senjata

PUTRAJAYA: Penahanan 13 individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 Isnin lalu, dibuat selepas kerajaan mendapat pengesahan mereka adalah anggota militan yang mendapat latihan ketenteraan dan terbabit dengan aktiviti penyeludupan senjata.

Justeru, akta berkenaan boleh digunakan kerana ia membabitkan aktiviti keganasan, sekali gus boleh mengancam keselamatan negara.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ISA masih digunakan ketika ini memandangkan dua akta baru bagi menggantikannya sedang digubal sebelum dikuat kuasakan sepenuhnya tahun depan.

“Penahanan mereka dibuat atas dasar keselamatan negara. Ini kerana risikan yang dibuat hasil kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa Indonesia mendapati mereka ini adalah ahli kumpulan militan yang dikategori sebagai berbahaya bukan hanya kepada Malaysia, tetapi agensi lain di peringkat antarabangsa. “Kita tidak sewenang-wenangnya menggunakan akta ini melainkan ia membabitkan pengganas. Apa yang kita lakukan berasaskan perkara yang serius,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di sini, semalam.


Hadir sama, timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Datuk Lee Chee Leong serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.


Isnin lalu, 13 individu ditahan di Tawau, Sabah kerana disyaki terbabit dalam kegiatan subversif, termasuk cubaan menghidupkan kegiatan militan yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat. Semua individu yang berusia 30-an hingga 50-an itu ditahan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman dalam operasi tiga hari bermula 14 hingga 16 November lalu hasil maklumat risikan. Penahanan individu itu mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

myMetro | Militan seludup senjata:

'via Blog this'

Arroyo didakwa tipu pilihan raya

RATUSAN penunjuk perasaan menjulang slogan menentang Arroyo ketika berarak  menuju Mahkamah Tinggi Filipina, semalam.
RATUSAN penunjuk perasaan menjulang slogan menentang Arroyo ketika berarak menuju Mahkamah Tinggi Filipina, semalam.
Pertuduhan boleh sebabkan bekas Presiden itu dipenjara seumur hidup

MANILA: Bekas presiden Filipina, Gloria Arroyo didakwa semalam atas tuduhan menipu dalam pilihan raya, pertuduhan yang boleh membawa bekas pemimpin berusia 64 tahun itu menghabiskan masa seumur hidup dalam penjara, kata pegawai.
Khabar angin mengenai pertuduhan yang difailkan Suruhanjaya Pilihan Raya sudah bertiup kencang beberapa minggu lalu di Filipina yang menyaksikan Arroyo cuba meninggalkan negara itu dengan mendakwa yang beliau memerlukan rawatan perubatan segera tetapi kerajaan menghalangnya di lapangan terbang Manila.
“Kami baru menerima keputusan penyiasatan dan kami dapati ia cukup untuk pendakwaan, jadi kami memfailkan kes,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya, James Jimenez dalam rangkaian televisyen GMA.

Beliau berkata bekas pemimpin itu dituduh melakukan sabotaj dalam pilihan raya dan perlu ditahan sepanjang perbicaraan.

Bagaimanapun, belum ada arahan segera dari mahkamah Manila untuk menahan Arroyo yang masih berada di hospital semalam atas apa yang didakwa menghidap penyakit tulang yang jarang berlaku dan memerlukan rawatan pakar di luar negara.

Suruhanjaya pilihan raya berkata Arroyo yang menjawat jawatan presiden dari 2001 hingga 2010 mengarahkan gangguan undi secara besar-besaran pada pilihan raya senator 2007 dengan penipuan menyebabkan calon pembangkang kalah.
Laporan menyatakan undi diganggu di wilayah selatan Mindanao yang sebelum ini diperintah keluarga Ampatuan.

Keluarga Ampatuan ketika itu adalah sekutu rapat Arroyo dan mempunyai reputasi buruk dalam politik Filipina sebagai keluarga yang memiliki tentera peribadi. – AFP
Berita Harian Online | Arroyo didakwa tipu pilihan raya:

'via Blog this'

Polis siasat Pusat Fidlot Nasional



INILAH Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang menimbulkan kontroversi apabila dikaitkan dengan pembelian kondominium bernilai RM9.8 juta di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu semalam berkata, pasukan siasatan akan memanggil mana-mana individu yang terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal sudah pun dimulakan dan ketika ini kes tersebut sedang diteliti oleh Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya.

"Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam (kelmarin). Pengarah JSJK dan pasukannya sedang meneliti laporan... (tengok) apa kesalahan dia, adakah CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya," katanya.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'