Wednesday, October 24, 2012

Dr Asri : Umno Perlu Undur Sebab Gagal Sekat Politik Wang

SHAH ALAM : Umno harus berundur dari persada politik negara ekoran pengakuan pemimipinnya bahawa politik wang sudah menjadi budaya di dalam Umno yang perlu diterima oleh masyarakat termasuk agamawan yang ingin menyertai parti itu.
Saranan itu dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana amalan itu menyebabkan negara diterajui pemimpin yang kaya tetapi tidak semestinya mampu mentadbir negara dengan bijak.
Selain itu, menurutnya budaya politik wang itu akhirnya akan melibatkan unsur-unsur rasuah yang akhirnya tidak dapat dikawal.
“Terima kasih kepada Ustaz Syahrin kerana menjawab dengan jujur, tetapi saya rasa kalau Umno begitu parah bererti Umno kena berundur.
“Kita tidak akan dapat keluar dari masalah ini jika Umno terus dengan cara itu sebab tak kira parti mana akan terpaksa ikut amalan itu.
“Kerana orang Melayu dah terbiasa memilih pemimpin bukan kerana ketajaman minda dia, ada idea dan sebagainya tetapi soal dia banyak duit.
“Sebab itulah bila seseorang itu jadi pemimpin Umno dia mesti ada duit, mesti ada projek dan perkara ini semakin hari semakin disuburkan,” ujar Dr Mohd Asri dalam program Wacana Sinar bertajuk ‘Peranan Ulama Menasihati Pemimpin’ di sini hari ini.
Seorang ahli panelis program itu Syahrin Md Jamaluddin mengakui bahawa wang memainkan peranan amat penting dalam mempengaruhi kedudukan seseorang pemimpin dalam Umno.
Syahrin yang merupakan Exco Pemuda Umno berkata pemimpin Umno samada peringkat bahagian ataupun pusat yang tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh tidak akan bertahan melebihi tiga bulan dalam Umno.
Syahrin memberi contoh di mana ahli Umno akan meminta duit untuk menjalankan program seperti permainan bola sepak dan sambutan keagamaan daripada pemimpin bahagian mereka.
Sementara itu, seorang lagi panelis Datuk Siddiq Fadzil pula berkata mekanisma pemilihan pemimpin berdasarkan wang itu merupakan mekanisma ‘enjit-enjit semut’.
“Ini yang dipanggil mekanisma ‘enjit-enjit semut’, siapa sakit naik atas,’ jadi mekanismanya begitu, pemimpin yang naik atas itu juga pemimpin sakit.

Parlimen 'meletup' pegawai kastam beli-belah RM1.8j

NONEApa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional  semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) berkali-kali mendesak mendapatkan
jawapan dari Awang Adek (kanan) apakah tindakan yang akan diambil terhadap pegawai kastam yang membelibelah sebanyak RM1.82 juta tanpa kebenaran, tetapi diejek oleh penyokong BN kerana ia memanjangkan lagi sesi Parlimen yang sudahpun panjang.

Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.

Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.

Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit.

Fong juga meminta supaya penyokong (BN) menghormatinya kerana beliau sedang menjalankan tugasnya, sambil menegaskan, jika mereka tidak berminat, mereka boleh balik.

Sementara itu, Awang Adek berkata kesalahan telah dikenal pasti dan tindakan akan diambil, sambil bertanya kepada Fong apa lagi yang dia mahu dan meminta ahli Parlimen DAP itu mencadangkan kepadanya, apakah jenis tindakan yang dia mahu?

Fong: Apa tindakan? Hanya laporan polis?

Awang Adek: Satu laporan polis telah dibuat, apa ini ... Aiyo ... Okay, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, Wassalamualaikum.

Awang Adek yang kelihatan berang duduk di kerusinya dan enggan menjawab sebarang soalan lagi, termasuk soalan yang telah dikemuka oleh ahli parlimen lain sebelum itu, manakala Fong pula terus mendesaknya.

Ini menyebabkan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah
tindakan Awang Adek itu dan Dewan menjadi riuh-rendah: "Tak boleh! Tak boleh! kami telah menunggu sepanjang hari untuk mendapatkan jawapan!".

Timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee kemudian campurtangan, dengan menyatakan bahawa Awang Adek akan memberikan jawapan bertulis dan berkata sesi tamat dan Awang Adek telahpun menjawab selama satu jam 20 minit.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) tidak puas hati.

Chong Eng berkata, mana boleh Awang Adek menjadi emosional dan enggan menjawab soalan.
Azan pula mencelah, dengan berkata mereka sering dijanjikan jawapan bertulis sebelum ini, tetapi tetapi tidak pernah menerimanya.

Pada ketika ini, Ronald memberi jaminan bahawa jawapan bertulis akan diberikan "secepat mungkin" dan merayu kepada ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bertengkar tetapi usahanya itu tidak berhasil.

Timbalan speaker itu akhirnya putus asa cuba untuk mengawal ahli Parlimen dan terus meminta undian dengan suara untuk meluluskan bajet Kementerian Kewangan dan kemudiannya menangguh sidang semalam dalam keadaan Dewan menjadi riuh-rendah dengan jeritan bantahan.

Ketika ditemui di luar Dewan kemudiannya, Awang Adek menjelaskan bahawa tindakan selanjutnya terhadap pegawai kastam itu hanya akan diputuskan selepas siasatan polis selesai.

"Satu laporan polis telah dibuat, apa lagi  yang (MP) Batu Gajah mahu? Adakah dia mahu bunuhnya?" katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen tidak menerima jawapan bertulis seperti yang dijanjikan oleh kementerian lain, Awang Adek berkata beliau adalah seorang yang mengotai janjinya.

'Saya kurang sihat'
Pada masa ini, Chong Eng yang kebetulan lalu di situ, terus melepaskan rasa kecewaannya tetapi akhirnya berbual dengan elok dengan imbalan menteri itu.

Chong Eng: Aiya, apa ini!

Awang: Jangan macam itulah (MP) Bukit Mertajam, saya demam hari ini, anda tak tahu.

Chong Eng: Mengapa tak cakap? (Beralih kepada media) Beliau sangat emosional hari ini, dia tidak boleh terima cabaran

Awang: Saya demam...

Kedua-duanya kemudian berdamai dan Awang Adek memberi jaminan beliau akan memberikan jawapan bertulis kepada Chong Eng hari ini

‘Perjanjian syaitan’ Umno, MCA untuk kekal berkuasa

Saya benar-benar terkejut apabila mendengar ucapan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada Mesyuarat Agung MCA ke-59 Ahad lalu kerana begitu banyak pembohongan dan penipuan disumbatkan dalam satu ucapan.


Berikut adalah tiga contoh pembohongan dan penipuan  yang dihamburkan Chua Ahad lalu:

  1. “DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar. Daripada 11 buah negara yang melaksanakan hudud, lapan buah dikatakan negara paling korup dan negara-negara itu juga dikenali sebagai tidak stabil dan tidak selamat.”

2. “UBAH bermaksud: U untuk Untuk, B untuk Bentuk, A untuk Agama dan H untukHudud ala PAS. CHANGE pula bermaksud C = Choose H = Hudud A = At N = Next G = General E = Election”

3. “Mereka (DAP) akan terus memperdaya, memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa jika kaum Cina mengundi DAP, mereka akan diperkasakan untuk menjadi penentu di negara ini.”

Chua begitu terdesak cuba meyakinkan dirinya dan rakyat Malaysia bahawa DAP memperjuangkan hudud PAS sehingga ke tahap berhujah bahawa hudud akan “mengurangkan korupsi” di Malaysia dan menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pungutan suara bagi “hudud ala PAS”.

Chua betul. Ini adalah satu “pembohongan besar”, tetapi pembohongan besar yang dicipta oleh Chua sendiri bukannya DAP.

Pemimpin DAP tidak pernah berselindung daripada mengakui bahawa terdapat perbezaan di antara DAP dan PAS dalam persoalan-persoalan negara Islam dan hudud, malahan pemimpin PAS telah mengatakan secara terbuka bahawa mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum ke -13 bukanlah undi untuk hudud, tetapi merupakan undian kepada perancangan bersama Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan, memastikan berjalannya demokrasi, memulihkan kemandirian dan profesionalisme institusi-institusi penting negara yang dimusnahkan oleh UMNO/Barisan Nasional dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas dan kawasan.

Pembohongan Chua yang paling mengarut adalah kononya pemimpin DAP memberitahu kaum Cina bahawa mereka adalah “penentu dalam negara ini” sedangkan ini tidak pernah menjadi pendirian DAP.

Ucapan Presiden MCA oleh Chua dipenuhi dengan pembohongan dan sikap tidak jujur.

Ketika mengatakan lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud sebagai paling korup, adakah Chua berhenti seketika untuk mempertimbangkan mengapa sejak 17 tahun lalu (terutama 3 ½ tahun kebelakangan ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri) Malaysia telah menjadi semakin korup, tewas kepada enam negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2011 sedangkan enam belas tahun lalu, Malaysia mendahului semua negara-negara OIC dalam CPI TI 1996 dari segi pembangunan, kedaulatan hukum dan ketelusan?

Pada tahun 1996, Malaysia berada di kedudukan No.26 daripada 54 negara dengan skor 5.32 – mengatasi Jordan (No.30 – skor 4.89), Turki (No. 33 – Skor 3.54) dan Mesir (No. 41-  2.84).

Enam belas tahun kemudian, di dalam CPI TI 2011, Malaysia merundum ke kedudukan 60 dengan skor terendah 4.3 – tewas kepada enam negara OIC dan hanya satu kedudukan mengatasi Turki, seperti yang digambarkan di bawah:

Qatar – No. 22 (kedudukan)  7.2 (skor)
UAE   - 28                              (6.8)
Bahrain- 46                           (5.1)
Oman -  50                            (4.8)
Kuwait – 54                           (4.6)
Jordan – 56                           (4.5)
Arab Saudi – 57                   (4.4)
Malaysia – 60                       (4.3)
Turki  -   61                            (4.2)

Ini bukanlah  tindakan Chua paling mengejutkan ketika Persidangan MCA, tetapi tindakan beliau mempertahankan Timbalan Menteri Wanita MCA yang mendakwa PAS membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menuruti kod pemakaian Islam dirogol.

Perasaan terkejut kepada ucapan Chua bertukar menjadi kasihan dan sedih melihatkan Presiden MCA sanggup menjadi sebegitu hina untuk menghamburkan pembohongan-pembohongan dan penipuan kerana terdesak memikirkan prospek Pilihan Raya Umum ke-13.

Adalah jelas MCA dan UMNO telah mengadakan “perjanjian syaitan” supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu, kerana mereka menyimpulkan bahawa politik kebencian sedemikian adalah satu-satunya cara untuk melindungi dan memelihara kuasa UMNO/BN pada PRU13.

Pemimpin UMNO, terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan Mesyuarat Agung MCA, tidak percaya dengan pembohongan dan penipuan MCA antaranya fitnah ke atas PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol.

Tetapi mereka terus membisu, seperti mana pemimpin MCA membisu walaupun mereka tidak percaya pembohongan UMNO bahawa DAP mahu mendirikan negara Kristian, memansuhkan pemerintahan Raja-Raja Melayu dan mendirikan republik.

Inilah “perjanjian Syaitan”. Tidak hairanlah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir baru-baru ini membuat kenyataan – “Lebih baik syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.”

Tidak ada pengakuan yang lebih benar tentang kewujudan 'perjanjian syaitan' UMNO/MCA menghasilkan politik paling jahat dalam sejarah negara, yang langsung tidak mempedulikan kebenaran dan keadilan, dalam keterdesakan politik UMNO/BN untuk kekal berkuasa pada PRU13.

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.


Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Mereka dimaksudkan itu terdiri daripada bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Inchek Ibrahim Ali; mereka ini diikuti oleh anak-anak buah mereka yang ikut sama membenci Anwar walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian. Mereka benci kerana membeli keburukan dan kejelekan Anwar yang dijual oleh para pedagang tadi. Adakanya yang mengambil upah atau pun mendapat rezeki dari kontrak memburuk-burukkan Anwar.

Dan terbaru bekas orang kuat Umno yang juga mengaktifkan diri bangkit bersatu memburukkan Anwar ialah Sanusi Junid, Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dikenali kaya dan kreatif dengan berbagai andaian dan kesimpulan politik bangkit mengemukakan dakwaan kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad.

Kata Sanusi Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara.

Wah terlalu mudah dan simple hipotesis Sanusi terhadap Anwar. Apakah beliau mengira akan mempercayainya semata-mata kerana beliau bekas pemimpin Umno dan seorang yang kuat membaca.

Sebaliknya tuduhan dan kecaman Sanusi terhadap Anwar itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan yang ditunjungi Umno adalah perkauman dan pilih kasih. Sedang dalam masa sama Umno memperakui mereka bersifat adil dan saksama. Sekali lagi Sanusi menelanjangkan kemunafikannya sendiri. Beginilah kalau kita ghairah untuk menuduh orang lain salah, maka kesalahan kita akan terdedah dengan sendiri.

Orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

Misalnya orang akan memeriksa rekod-rekod perkhidmatan Anwar semasa menjadi menteri kewangan dan juga TPM. Rekod itu masih ada disimpan kerajaan sampai sekarang dan kalau ianya benar Najib Razak dapat mengeluarkan rekod berkenaan. Sanusi boleh bercakap lebih dahsyat dan menarik daripada itu, tetapi orang memerlukan bukti atas apa-apa jua dakwaannya. Cerita Sanusi mengenai kehebatan ideanya mengenai Melayu samalah si tua terkukur yang leka mengah-ngahkan terkukurnya sehingga 'burung'nya sendiri terlondeh keluar.

Cuma satu pertanyaan saya untuk Sanusi Junid kalau benar Anwar berbuat demikian apakah tidak ada kawalan? Apakah yang Umno dan beliau sendiri lakukan ketika itu. Pada masa Anwar menjadi menteri kabinet Sanusi juga berada dalam kabinet, apakah beliau tidak membuat teguran dan pembaikian ketika itu dan kenapa sesudah berada diluar. Kalau tidak berbuat apa-apa, menegur Anwar ini bermakna Sanusi tidak amanah kepada jawatan dan tanggungjawabnya.

Bukankah setiap apa yang dilakukan menteri kabinet, ianya akan dikawal bukan sahaja oleh jemaah menteri tetapi Umno sendiri menjadi pengawalnya. Ada dua instrument menerusi Umno untuk mengawal perjalanan dasar dan polisi kerajaan yang dilakukan oleh menteri;  iaitu Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat setiap bulan, dan kedua Perhimpunan Agung Umno yang bersidang setahun sekali.

Kerana saya tidak ahli Umno, saya tidak tahu apakah ada mana-mana perwakilan membangkitkan apa yang dilakukan Anwar itu mengikut 'sunnah' Sanusi Junid itu. Adakah... atau memang perhimpunan agung Umno tidak bangkit kerana yang menjadi perwakilan itu semua jahil mengenai masalah kewangan dan ekonomi, atau pun semua mereka tidak cerdik. Kerana kalau mengikut kata Mahathir orang yang menyertai Umno orang bodoh kerana orang cerdik dihalang.

Sekali lagi bukankah sindiran Mahathir itu mengenai batang hidungnya sendiri kerana 22 tahun beliau memimpin Umno beliau gagal melahirkan orang cerdik dalam Umno ataupun sememangnya beliau sendiri menternak ahli Umno menjadi seperti lembu laki Sharizat untuk mudah diuruskan ke mana saja hendak disimpan dan dikandangkan mereka.

Jelas tuduhan Sanusi itu hanya untuk menambahkan keburukan kepada Anwar sahaja. Dunia politik mengetahui bagaimana kelicitan dan keYahudian Sanusi di dalam politik. Sanusi seorang sangat cerdik termasuk dalam mereka-reka cerita memberi reputasi buruk kepada seseorang yang lain. Dia seorang yang kuat membaca dan memahami berbagai teori politik baik Yahudi, Barat, China, Jepun dan Islam. Lantaran kerana kelebihan cerdik itulah meyebabkan beliau ada kalanya menjadi sangat lemah dan bodoh.

Mengapa saya mengatakan begitu, untuk berdepan dengan Abu Bakar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pun beliau kalah. Rasanya tidak ada mana-mana Menteri Besar dan ketua menteri di negara ini yang berkhidmnat tidak sampai sepenggal. Sanusi menjadi MB Kedah tidak sampai sepenggal sebelum digugurkan diganti dengan Syed Razak Syed Zain. Jadi rekod sebagai MB yang terpendek masih dipegang oleh Sanusi Junid.

Yang menarik mereka menjadi hero menyerang Anwar dan mahu memastikan Anwar tidak naik, mereka yang ada masalah dengan Anwar; mengalami krisis peribadi - dengki, cemburu dan meluat dengan Anwar. Mereka kecewa dengan ketegasan dan prinsip Anwar Ibrahim dalam menjaga negara dan kepentingan rakyat. Mahathir marah kepada Anwar apabila Anwar sebagai menteri kewangan tidak bersetuju untuk digunakan wang Petronas bagi menyelamatkan perniagaan anaknya, Mirzan Mahathir. Tindakan ini adalah menjadi kudis dalam hubungan mereka sebagai anak dengan bapak dan kemudian menular menjadi barah yang bernanah sampai kini.

Mahathir mula mengenali siapa dia Anwar sebenarnya, seorang budak suruhan yang selamanya tidak akan sedia menjadi hamba kepadanya. Jadi demi menyelamatkan banyak lagi kepentingan maka beliau terpaksa menghapuskan Anwar walaupun tindakan itu sangat berat dan melukakan ahli Umno lain.

Demikian juga dengan Rahim Tamby Chik. Kebenciannya kepada Anwar bukan sangat kerana Anwar difitnahkan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bagi Rahim itu tidak menjadi kudis gatal buatnya kerana dia juga suka berenang dalam lautan maksiat. Tetapi apa yang menyakitkan hati Rahim ialah apabila Anwar mengarahkan Ahmad Zahid Hamidi menentang Rahim di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Inilah bermulanya api kemarahan Rahim kepada Anwar. Rahim merasakan Anwar adalah penghalang cita-cita politiknya. Tindakan itu disusuli pula degan arahan Anwar agar Rahim dibersihkan dari maksiat dalam isu penyelewengan dan skandal dengan budak sekolah. Dua tindakan Anwar ini menyebabkan Rahim berdendam dengan Anwar sampai ke hari ini dan sehingga sanggup menjadi pruducer filem biru.

Jelas penentangan Rahim kepada Anwar bukan kerana soal prinsip perjuangan atau pendekatan dan stail Anwar yang mahu menerapkan nilai-nilai dan falsafah Islam dalam Umno tetapi kerana Anwar dianggap mengusik kepentingan dan cuba menghalang hobinya.

Demikian juga dengan Ibrahim Ali. Dia menantang Anwar bukan ada sebab yang jelas dan bukan perkara hakikat misalnya soal prinsip. Dia menentang Anwar disebabkan Anwar tidak mahu melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan di Kelantan, itu saja. Semasa terjemnpit dan perahu politiknya hanyut tatkala dibuang dan terpecah dari Umno Ibrahim mencari pulau untuk beradu... dengan harpaan Anwar mengambilnya menjadi pengerusi Keadilan Kelantan. Ibrahim yang selalu berfikiran hanuman kera putih tidak sedia untuk menjadi ahli biasa sebagai ekor. Dia mahu menjadi kepala walaupun, berkapala tiga?

Tetapi malang Keadilan Kelantan tidak sedia berketuakan Ibrahim kerana mereka sudah kenal bau dan bentuk mukanya. Bagi saya penolakan Keadilan Kelantan kepada Ibrahim sesuatu yang kurang bijak dan bukan bersifat politik serba mungkin.

Atas kekcewaan itu maka beliau bangkit menentang Anwar dan dalam masa sampa mengharap ada simpati dan pujian dari Najib. Malangnya usaha itu tidak memberi kejayaan dan segala tingkah lakunya Najib juga kena tidak menarik perhatian Najib. Walaupun Ibrahim telah menggunakan Rosmah untuk mendapat blessing Najib, tetapi Najib juga berhati-hati dengan makhluk ini bimbang akan ditinggalkan bendalir beracun didalam pinggan nasinya.

Bagaimana pula dengan Sanusi Junid, apakah yang menyebabkan beliau marah kepada Anwar? Sanusi selalu menggunakan alasan Anwar pengkhianat Melayu. Anwar sebagai muanfik untuk memperjuangkan Islam. Itulah kata-kata yang akan luruh dari mulut Sanusi Junid di mana saja dia bercakap mengenai topik mengenai Anwar.

Sanusi ada bukti dan pandangannya sendiri sehingga dia merasakan dia lebih Islami daripada Anwar. Tetapi dalam kajian saya dari sudut psikologi kenapa Sanusi marah Anwar bukan kerana tuduan-tuhdan itu tadi. Kenapa saya mengata begitu kerana mereka berdua pernah duduk dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Merka berdua adalah orang besar Abim. Kalau benar Sanusi sudah mengetahui Anwar munafik, kenapa beliau sanggup bersama Anwar Ibrahim di dalam Abim?

Dalam suluhan saya tindakan Sanusi memusuhi Anwar samalah dengan apa dilakukan Mahathir, Rahim Tamby Chik dan Ibrahim Ali. Puncanya kerana kecewa dan cemburu dengan Anwar. Bukan sama sekali kerana Anwar terlibat dengan skandal, itu adalah rekaan dan alasan dicari untuk membalas dendam mereka disebabkan berlakunya krisis peribadi. Kalau bertolak dari soal peribadi kenapa Mahathir membisu terhadap orang Umno lain yang juga berbelit dengan skandal.

Seperti dikatakan tadi Mahathir kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut telunjuknya demi kepentingan kroninya. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik, baginya Anwar adalah pemusanah istana politiknya. Ibrahim Ali kecewa kerana Anwar tidak membantunya memulih peta politiknya. Dan Sanusi Junid kecewa kerana dia merasakan dia lebih berhak berada di hadapan dalam politik Umno kerana beliau lebih awal menyertai Umno tetapi Anwar yang dimanja-manjakan oleh Mahathir.

Itu sahaja sebabnya. Jadi apa juga hentaman, hujah dan tuduhan mereka ke atas Anwar tidak berasas sama sekali dan semua penentangan itu tidak ada sangkut paut dengan soal-soal agama, bangsa dan negara, Semuanya adalah disebabkan soal dan kepentingan mereka yang menentang itu. Mereka menentang kerana cemburu, benci dan dengki atas kehebatan Anwar. [wm.kl.10:42 am 25/10/12]

Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' Umno dan MCA

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.

Ia tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam.

"Semalam, saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat 'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu.

"Ia dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Menurut Lim Kit Siang, beliau menjangkakan pemimpin Umno dan MCA serta propagandis-propagandis mereka menafikan kewujudan perjanjian jahat itu lalu cuba melarikan tumpuan daripada 'perjanjian syaitan' tersebut.

"Apa yang paling tidak saya jangkakan pendedahan saya tentang 'Perjanjian Syaitan' di antara UMNO/MCA disahkan dalam tempoh 24 jam dengan gaya penuh wibawa dan cara yang benar-benar melondehkan hipokrasi dan muslihat Umno serta MCA.

"Hanya seorang sahaja mampu melakukan tindakan sedemikian iaitu Tun Dr. Mahathir dan itulah yang beliau lakukan semalam," kata Kit Siang.

Pada sidang media semalam di simposium 'Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan, Keharmonian Bersama dan kelestarian' Universiti Malaya, Mahathir mengakui bahawa 'pendirian tidak bertolak ansur' MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan 'menakut-nakutkan' komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.

“Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam ...Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.

"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," kata Mahathir.

Pengesahan Mahathir terhadap “Perjanjian Syaitan” Umno dan MCA supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional seharusnya diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia, kata Kit Siang.

Dalam 'Perjanjian Syaitan' mereka, pemimpin UMNO akan terus membisu tidak kira apa juga pembohongan yang disebarkan MCA untuk “menakut-nakutkan orang Cina”.

Ia termasuklah penipuan yang pemimpin Umno sendiri tahu ia tidak berasas seperti fitnah MCA bahawa PAS dan Islam membenarkan bukan Islam dirogol atau PAS dan Islam akan membawa Malaysia kembali ke “zaman gelap”.

Begitu juga pemimpin MCA akan terus membisu walaupun mereka tidak mempercayai pembohongan dan penipuan UMNO 'untuk menakut-nakutkan kaum Melayu', bahawa DAP mahu mendirikan Negara Kristian dan menghapuskan Raja-Raja Melayu serta mendirikan Republik, kata Lim.

Menurut Li, dia teringat kepada komenter di sebuah blog milik seorang pakar bedah semalam berkenaan Perhimpunan Agung MCA ke-59, beliau menyimpulkan:

“Perhimpunan Agung MCA telah memaku keranda mereka kerana bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, MCA tidak lagi relevan, begitu juga Gerakan, MIC dan juga UMNO.
"Kematian parti berasaskan kaum ini mungkin ada hikmahnya kerana kita memerlukan parti berbilang kaum untuk maju di dalam dunia yang semakin global dan penuh persaingan.”

Bagi beliau, ini merupakan cabaran terbesar buat semua rakyat Malaysia pada PRU13, sama ada kita mahu bergerak sebagai rakyat Malaysia dengan visi yang penuh harapan dan optimis bahawa Malaysia akan bersatu tanpa mengira kaum, agama, kelas atau kawasan.

"Ia sebagai jaminan terbaik supaya negara berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain atau kita mahu membiarkan diri kita tersangkut di dalam politik yang korup dan kebencian antara agama dan antara kaum, melalui pembohongan dan penipuan yang hanya akan menjerumuskan negara kepada kemusnahan," katanya.

Bagi beliau, Pakatan Rakyat berjuang untuk meyatupadukan rakyat Malaysia bagi bergerak maju ke arah masa depan bersama sementara Barisan Nasional pula mahu terus berjuang dengan taktik “pecah dan perintah” di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama supaya terus memperhambakan diri kepada kepentingan-kepentingan Umno-putra dan kroni-kroni mereka.

"Biarlah parti-parti berasaskan kaum ini menemui ajal pada PRU13. Pakatan Rakyat berjuang untuk masa depan manakala Barisan Nasional melambangkan masa lalu!" tegasnya.

Tiga penduduk Islam Rohingya terkorban



WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Oktober 2012
Islam Rohingya
Masyarakat Rohingya menjadi pelarian di negaranya sendiri hingga mendapat perhatian PBB.
YANGON - Tiga penduduk etnik Rohingya terbunuh dalam pertempuran di Rakhine, barat Myanmar.
Ketua Hakim Negara, Hla Thein berkata, tiga orang membabitkan seorang etnik Rakine dan dua wanita Islam terbunuh di perkampungan Pandeinkone ketika pertempuran itu.
“Beratus kediaman terbakar hingga mengakibatkan dua kampung terjejas teruk,” katanya.
Menurutnya, berpuluh penduduk terbunuh dalam pertempuran yang melanda antara masyarakat Islam dan Buddha sejak Jun lalu, manakala puluhan ribu lagi melarikan diri bagi mendapat bantuan dari kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap masyarakat di negara itu adalah yang paling teruk ditindas. -AFP

Tentera selatan Thai minta bantuan



WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Oktober 2012
Prayuth Chan-ocha
Askar di selatan Thailand giat melakukan siasatan dalam serangan di Narathiwat, Tak Bai dan Bacho.
NARATHIWAT - Agensi kerajaan dipanggil menyalurkan bantuan kepada askar dan polis tempatan untuk menamatkan keganasan di wilayah selatan Thailand, semalam.
Ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, serangan terbaru pada hujung minggu lalu menyebabkan dua askar terbunuh dan lebih 10 orang lagi cedera termasuk kanak-kanak.
Prayuth berkata, sehingga kini penduduk di selatan Thailand enggan bekerjasama dengan agensi keselamatan untuk membanteras serangan kumpulan pemisah.
"Saya menghantar permintaan kepada 17 kementerian dan 66 agensi mengenai bantuan di wilayah selatan. Tentera dan polis hanya melaksanakan undang-undang tetapi jika tidak dibantu, kita tidak dapat mencapai persefahaman," kata Prayuth.
Prayuth mendakwa, puak pemisah masih melancarkan serangan untuk menunjukkan mereka masih berkuasa.
Pada masa sama, ketua polis kebangsaan, Adul Saengsingkaew dilaporkan tiba di pusat operasi polis di Muang, Yala bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai serangan di Narathiwat, Tak Bai dan Bacho.
Sementara itu, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menyuarakan kebimbangan terhadap serangan terbaru di wilayah berkenaan. -Bangkok Post

Keganasan reda di Lubnan

BEIRUT - Keadaan di beberapa jalan utama di Lubnan hari ini dilaporkan kembali tenang selepas tentera  melancarkan operasi keselamatan bagi menghentikan keganasan yang tercetus selepas insiden pengeboman kereta yang telah menyebabkan Ketua Perisik terbunuh pada Jumaat lalu.

Kelmarin, Ketua Polis, Jeneral Ashraf Rifi turut mengeluarkan butiran lanjut mengenai  hasil siasatan awal berhubung kejadian itu dan turut menyifatkannya sebagai satu  serangan pengeboman yang telah dirancang dengan teliti.

"Kenderaan digunakan dalam kejadian tersebut telah dikenal pasti sebagai kereta yang dicuri kira-kira setahun lalu," katanya dipetik AP.

Sementara itu, Menteri Maklumat Jordan, Sameeh Maaytah juga memaklumkan Amman  mula mengambil tindakan tegas menyekat kemasukan kumpulan militan ke negara itu susulan daripada insiden pertempuran yang telah meragut nyawa askar mereka.

Menurutnya, kumpulan Salafi itu turut disyaki menghantar ahli mereka ke Syria sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun keganasan telah merebak ke Jordan, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut negara jiran Syria tersebut masih  menerima kemasukan  ratusan ribu pelarian daripada negara bergolak itu sejak tercetusnya konflik lebih 18 bulan lalu.

Setakat ini, lebih 35,000 pelarian Syria menghuni kem Zaatari dan lebih 33,000 rakyatnya terbunuh sejak kebangkitan menentang Al-Assad tercetus dalam Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, PBB semalam, turut mengumumkan rancangan untuk menghantar seramai 3,000 anggota  pasukan pengamannya ke Syria jika pelaksanaan gencatan senjata di negara bergolak tersebut ditangguhkan lagi.

Suami tikam isteri kerana bekerja

KABUL - Seorang lelaki di bandar barat Afghanistan bertindak menikam isterinya sehingga mati kerana keluar rumah untuk bekerja.
Jurucakap polis Noor Khan Nekzad berkata, suspek Mohammad Anwar ditangkap di ibu kota wilayah berkenaan kerana tuduhan membunuh sebelum berlaku pertengkaran.
“Suspek dipercayai seorang penagih dadah bertindak demikian kerana isterinya, Ghulam enggan memberi wang,” katanya.
Sementara itu, kejadian tersebut mencetuskan kebimbangan di kalangan aktivis hak asasi manusia apabila sebilangan masyarakat masih mengekalkan peraturan di bawah pemerintahan Taliban kerana melarang wanita untuk keluar bekerja.
Mereka mendakwa, sekiranya peraturan ini masih dikekalkan, aktiviti pelacuran mungkin akan berlaku kerana kebanyakan penduduk di wilayah itu masih terhimpit dengan kemiskinan. -AP

Rusuhan di barat Myanmar ragut tiga lagi nyawa

YANGON - Pihak berkuasa mengesahkan pergolakan di barat Myanmar semalam membunuh tiga oranglagi dan meninggalkan 400 rumah, sebuah biara dan masjid dibakar.
Rusuhan antara penganut Buddha majoriti dan minoriti Rohingya bermula sejak lima bulan lalu dan menguji Presiden Thein Sein untuk mencari jalan damai menyelesaikan krisis terbaru ini.
Ia bertambah buruk Ahad lalu dan merebak ke empat bandar terdekat.
Pihak berkuasa telah mengisytiharkan darurat di dua bandar sekitar dan perdana menteri turut mengarahkan pasukan perubatan dan anggota keselamatan menyelamatkan mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Kerajaan pusat mengisytiharkandarurat di Rakhine dan terpaksa membawa masuk tentera bagi membantu memulihkan ketenteraman.
Ratusan masyarakat Rohingyacuba untuk menyeberangi sempadan untuk ke negara jiran Bangladeshtetapitelah berpatah balik.
Bangladesh berkata mereka sudah mempunyai terlalu banyak pelarian,dianggarkan kira-kira 300,000 orang.

Mengaku salah ceroboh hutan simpan

KULIM - Dua lelaki mengaku salah di Mahkamah Majistret Kulim kelmarin atas dua kesalahan menceroboh hutan simpan kekal di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, tahun lalu.
Majistret Mohd Fitri Saharudin menjatuhkan hukuman denda RM3,000 untuk setiap pertuduhan dan jika gagal boleh dipenjara tiga bulan.

Ishak Che Ni, 44, dan Mohd Nakhazirul Hazimi Nayan, 29, ditahan pasukan rondaan Pejabat Hutan Renjer Kulim setelah mendengar bunyi gergaji berantai dari arah hutan simpan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, 24 Oktober 2011.

Berdasarkan fakta kes, semasa pemeriksaan oleh pasukan rondaan itu mendapati banyak pokok di dalam kawasan hutan ditebang serta kawasan menjadi lapang setelah dibersihkan oleh dua lelaki berkenaan.
Antara barang yang ditemui di tempat kejadian adalah satu unit gergaji berantai yang diguna suspek untuk menjalankan kerja menebang pokok.

Mereka didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 47 (1) kerana menceroboh hutan simpan kekal dan Seksyen 81 (1) (e) Akta Perhutanan Negara 1984, membersih atau membajak mana-mana tanah untuk apa-apa tanaman dalam hutan simpan kekal.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh pertama, Ishak membayar denda RM6,000 manakala tertuduh kedua Mohd Nakhazirul gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Tapah, Perak untuk menjalani hukuman selama enam bulan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Nur Idayu Amir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Asri: Ulama hanyut apabila sertai Umno

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya  percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi.

Azizan sedia disiasat dakwaan seleweng

Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia disiasat atas dakwaan penyelewengan projek yang didakwa dilakukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri.
Beliau bersedia memberi keterangan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan projek yang didakwa rugi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang didedahkan baru-baru ini.
“Saya akan beri keterangan kepada polis pada bila-bila masa sahaja. Mereka boleh datang ke pejabat saya untuk dapatkan maklumat.
Saya juga bagi jaminan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBK), Datuk Shahabudin Shafie dan bekas CEO PMBK, Datuk Bakar Din akan turut beri kerjasama sebaiknya,” katanya, pada sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban sempena AidilAdha, semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan terbabit, ramai yang beranggapan Kerajaan Negeri menyeleweng, sebaliknya projek di Papua New Guinea dihentikan kerana berisiko.
“Tidak semestinya semua perniagaan untung, mana-mana pelaburan tetap berisiko,” katanya.
Mengulas mengenai laporan polis oleh Pemuda Gerakan Kedah terhadap Kerajaan Negeri berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang mengalami kerugian kira-kira RM13.49 juta, Azizan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Itu sekadar mahu cari publisiti. Tak perlu saya layan kehendak dia. Mereka sudah buat laporan polis, biar polis buat siasatan, malah saya alu-alukan SPRM siasat projek bawah KCB yang dibuat ketika Barisan Nasional (BN) memerintah,” katanya.

Mufti Perak: Jangan biadab hal agama

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara.
Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.
“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.
Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.
“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.
Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.
“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu,” katanya.
Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.
Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang-undang dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.

PKR: Sanusi fitnah Anwar, tuduhan tiada asas

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM - PKR menafikan kenyataan Tan Sri Sanusi Junid, seorang veteran Umno bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas.
"Kenyataan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sanusi dan Anwar pernah menganggotai Kabinet ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar dipecat oleh Dr Mahathir pada September 1998.
Selain itu, Sanusi juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Naib Presiden Umno.
Nik Nazmi berkata, ketaksuban beliau dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Dr Mahathir dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.
Daim juga merupakan bekas Bendahari Umno.
Nik Nazmi berkata, menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Daim cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.
"Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu iaitu Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
"Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin," kata beliau lagi.
Nik Nazmi berkata, Daim dikatakan memiliki ekuiti 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd.
Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd, katanya.
"Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah
Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.
"Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG," kata beliau.
Sanusi yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah memberitahu forum ekonomi Melayu semalam bahawa Dr Mahathir dan Daim telah hilang harapan orang Melayu akan mengawal ekonomi.
Apabila mereka melihat kemajuan lambat, mereka memutuskan untuk mengikuti contoh Jerman tidak memberikan lesen perbankan kepada orang-orang Yahudi.
Akan tetapi rancangan tersebut gagal selepas Anwar menjadi Menteri Kewangan yang meluluskan lesen kepada kumpulan perbankan bukan Melayu iaitu Alliance Bank dan Hong Leong Bank.
Nik Nazmi menambah, kemungkinan agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni Umno-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Dr Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran.
"Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar," katanya lagi.

Bank Negara digesa siasat status dana politik RM40 juta

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli 
KUALA LUMPUR - PKR menggesa Bank Negara mengambil tindakan bagi mengetahui status dana politik RM40 juta, yang didakwa meragukan dan dimiliki oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman melalui bukti-bukti yang mereka perolehi.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, penjelasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen hanya untuk melepaskan Musa.

Menurutnya, kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah,  Datuk Wilfred Bumburing yang menyatakan RM40 juta itu bahawa dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin Umno, menunjukkan ia melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Tambahnya, "jika sejumlah wang yang banyak itu, RM40 juta dimasukkan ke dalam akaun seseorang, itu terlalu banyak, siapa yang kaya sangat."

"Pihak Bank Negara perlu menyiasat dari mana datangnya wang itu, kita tahu gaji pemimpin di Malaysia bukannya banyak sangat sehingga boleh kumpul sehingga RM40 juta," kata beliau lagi di sini, hari ini.

Bumburing juga merupakan Ahli Parlimen Tuaran. Beliau keluar Barisan Nasional Julai lalu.

Rogol: Muslimat PAS sedia bincang dengan Wanita MCA

Anis Nazri,
23 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menawarkan sidang meja bulat kepada Wanita MCA bagi membolehkan isu berkaitan wanita Islam dibincangkan.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi (gambar) berkata sidang meja bulat itu boleh dianjurkan sekiranya Wanita MCA benar-benar tidak faham dan keliru berhubung soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam.

Sebaliknya, jika Wanita MCA sengaja mengelirukan masyarakat Cina tentang perkara tersebut, satu tindakan undang-undang akan diambil jika tidak memohon maaf.

Athirah berkata demikian, dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini sebagai mengulas kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kemungkinan Heng tersilap dan terkhilaf kerana tidak memahami mantik serta seni bahasa Melayu itu, khususnya yang digunakan oleh Datuk Nik Aziz ketika mengulas soal aurat,  serta budaya mendedahkan aurat sehingga cenderung mengundang fitnah serta merangsang “manusia” yang melihatnya, berdasarkan kepada hukum fitrah manusia yang lemah dan mudah terangsang.

"Dan, kemungkinan juga Heng sebenarnya faham maksud sebenar ceramah Tuan Guru Nik Aziz, tetapi sengaja mengambil kesempatan itu bagi memesongkan fahaman masyarakat Cina yang masih 'diperbodohkan' MCA," kata beliau.

Tambah Athirah, jika benar Heng sengaja mengelirukan masyarakat Cina, maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan itu sangat biadap, liar dan merosakkan perpaduan kaum dan agama yang sekian lama diusahakan, dipertahankan dan saling hormat-menghormati.

Namun, jika Heng benar-benar tidak faham, Muslimat PAS bersedia membantu mereka untuk lebih memahami dan menjernihkan kekeliruan ini.

"Islam itu agama rahmat (kasih sayang). Rogol dan zina jelas adalah dosa besar. Mana mungkin kita di dalam PAS mengatakan ianya boleh, apatah lagi menggalakkannya pula seperti mana tuduhan Heng, yang juga disokong oleh Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Muslimat bersedia menanggung semua perbelanjaan mengadakan sidang meja bulat ini dan kita jemput pimpinan dan penyokong kalangan Wanita MCA untuk hadir," tegas beliau.

Memandangkan Umno gagal menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan MCA faham dan menghormati agama Islam, kata Athirah maka Muslimat PAS sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.

Dua hari lalu, Heng dilaporkan berkata PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Datuk Nik Aziz yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

Surat ringkas buat Chua Soi Lek

Syafiq Kamil, Ma’ruf Club,
24 Okt 2012

Hari ini bicara Hudud kembali hangat semula di media dengan kenyataan kurang beradab seorang makhluk Allah bernama Chua Soi Lek.


Kepada Encik Chua Soi Lek, kami menawarkan kepada anda dua pilihan; sama ada anda berhenti bercakap pasal agama lain, atau jika anda mahu juga bercakap mengenai agama lain lebih-lebih lagi Islam, anda duduk belajar mengenai agama Islam dengan ulama’-ulama’ kami.

Anda perlu faham, anda sebenarnya seorang yang masih jahil bab hukum hakam Islam. Lihatlah sahaja bagaimana Encik Lim Kit Siang membalas kenyataan anda.


Kenyataan anda semakin hari semakin pelik. Anda mendakwa Islam membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat dirogol oleh orang Islam. Dari mana anda belajar?

Bahkan anda tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan aurat atau ketika kod pemakaian Islam?

Jika anda tidak tahu, silakan baca artikel ini terlebih dahulu. Jika anda masih tidak faham istilah-istilah yang digunakan, tidak mengapa kami akan cuba terangkan. Kami akan terangkan dengan penuh beradab dan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita.


Sekarang bukan soal anda dari parti mana. Kami di peringkat mahasiswa sentiasa jelas dengan pendirian kami, tidak kira parti mana, jika ianya menghina sensitiviti agama Islam mahupun agama lain, anda wajib ditegur.

Anda mesti mahu mendapat penjelasan mengapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud bukan?

Sebelum itu anda masih mengerti atau tidak apa yang dimaksudkan dengan hudud menurut perspektif Islam? Sudah dengar penjelasan pimpinan PAS? Adakah bezanya hudud PAS dengan hudud sebenar yang digariskan dalam Islam?

Kalau masih belum mengerti, di sini kami sertakan link mengenai penjelasan di sekitar ‘hudud PAS’.






Link yang kami sertakan ini semuanya diambil dari jaringan web kelolaan PAS.

Jangan melatah lagi, baca dulu, Encik Chua Soi Lek.

Jika anda masih perlukan penjelasan dan penerangan dengan lebih lanjut, kami sedia berjumpa menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut. Kita buat usrah sekali, anda mahu tanya seribu empat ratus enam puluh tiga soalan pun, kami akan cuba untuk jawab dengan penjelasan mendalam. Kami sediakan pakar-pakar yang terbaik buat anda!

Perpaduan Melayu satu momokan?

Mohd Sayuti Omar,
23 Okt 2012

Tengah hari hari minggu kelmarin telah berlangsung satu perbincangan santai berhubung isu perpaduan Melayu. Perbincangan itu berlangsung sambil makan tengah hari di samping mengeratkan persaudaran sebangsa. Ia berlangsung di rumah tokoh politik veteran di ibu kota Kuala Lumpur. Saya percaya ia dianjurkan atas inisiatif tuan rumah itu.

Yang hadir adalah sekitar 35 orang yang terdiri dari cendekiawan dari berbagai disiplin ilmu. Ada pensyarah universiti, ahli politik, peniaga, akademik, perundangan, bekas editor akhbar dan sebagainya. Dua orang bekas Ketua Polis Negara juga turut sama hadir.

Satu kertas kerja mengenai perpaduan Melayu dibentangkan oleh seorang pensyarah kanan sebuah universiti. Tidak tahu pula apakah bahan dan isian kertas kerja berkenaan. Salinan pun tidak diedarkan. Ia dibentangkan secara santai sebagai bahan mengisi majlis perbincangan itu. Mungkin ia hanya sebagai intipati kepada perjumpaan itu atau sebagai bahan renungan bersama di kalangan yang hadir.

Menurut teman yang hadir, tidak ada apa-apa resolusi atau rumusan mengenai kertas kerja itu. Selepas pembentang mengemukakan pandangan mungkin hipotesis mengenai perpaduan Melayu, mereka yang hadir bertanya balas apa yang dibentangkan. Mungkin juga pertemuan itu mencari idea untuk mengadakan pertemuan lebih besar untuk membincang permasalahan perpaduan Melayu yang mereka merasakan makin terdesak.

Apapun terima kasih kita lafazkan atas usaha itu. Setidak-tidaknya masih ada lagi di kalangan bangsa Melayu yang cerdik - di luar batas politik memikirkan nasib dan masa depan bangsa.
Menurut teman saya, seorang ahli politik yang hadir tidak begitu ghairah dengan perjumpaan itu. Beliau menganggap perbincangan mengenai perpaduan Melayu satu yang idealistik dan tidak mudah dizahirkan. Satu perbincangan yang tidak menjejak ke akar umbi sebenar mengenai permasalahan itu. Beliau tidak yakin soal perpaduan Melayu dari konteks politik dapat diselesaikan.

Saya agak bersetuju dengan pandangan ahli politik berkenaan. Saya sudah lama merasakan perbincangan mengenai perpaduan Melayu tidak lebih satu latihan mental (mental exercise) saja yang tidak mungkin mencapai matlamatnya. Jauh dari itu ia sebagai momokan untuk menakut atau memeranjatkan orang Melayu (bawahan dan tidak faham politik) agar kembali kepada asal. Itu yang saya nampak.

Kalau benar begitu, masalah perpaduan Melayu ia dijadikan modal politik semata-mata dan usaha untuk mengatasinya ia tidak membawa apa-apa kesan. Malahan pihak yang sudah faham dan mengerti isu itu dijadikan modal politik dan juga yang menerima asas agama adalah tonggak perpaduan sejati akan mengalpakan begitu saja.

Saya juga mengira selagi ada dua buah parti politik bernama Umno dan Pas perpaduan Melayu bukan senang untuk diwujudkan. Kedua-duanya berangkaian dengan bukan Melayu di mana rangkaian ini menjadi penghalang untuk mereka mengemenkan diri di satu tiang. Di celah-celah ini juga menyebabkan saya merasakan kepayahan untuk bangsa Melayu bersatu ialah kerana ia sengaja dipisahkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pihak tertentu dimaksudkan rakan-rakan bangsa bukan Melayu dalam kelompok mereka ada kemungkinan memain jarum menyucuk agar bangsa Melayu senantiasa tegang kerana dengan cara itu mereka dapat terus membina kedudukan mereka agar terus kukuh.

Justeru jalan penyelesaian atau usaha untuk mencapai perpaduan ini saya yakin kedua parti ini perlu ditiadakan? Atau pun tegasnya orang-orang politik partian jangan berada dalam mana-mana wadah yang berusaha ke arah untuk memadukan perpaduan Melayu itu. Kerana kalau mereka ada mereka tetap akan mengutamakan agenda parti politik masing-masing daripada keutamaan-keutamaan lain termasuk soal perpaduan bangsa itu. Bila ini dominan maka hasrat itu akan memberai di pertengahan jalan.

Kedua, perpaduan Melayu boleh sahaja wujud apabila sudah ada kesedaran mendalam di kalangan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam. Mereka harus kena diberi faham bahawa perpaduan hakiki ialah atas dasar agama bukan bangsa. Selagi soal agama, kulit kepada kehidupan itu diambil kira, maka selama itulah perpaduan tidak akan wujud. Dalam erti kata lain, kita kena berusaha membuang warna hijau dan biru dan cari satu formula bagaimana memutihkan antara dua warna yang senantiasa kontras itu.

Menutup catatan ini buat saya isu atau mauduk perpaduan Melayu tidak lebih dari dijadikan modal politik semata-mata bukan ia benar-benar untuk membina kekuatan Melayu. Perpaduan Melayu akan kuat dengan sendirinya apabila bangsa Melayu sudah ditimpa kiamat dunia. Tidak ada guna kesedaran mengenai Melayu ini wujud di kalangan beberapa kerat sahaja sedangkan yang lain sedikitpun tidak merasa apa-apa bahanan akan bahaya.

Justeru bangsa Melayu harus ditimpa dengan musibah, kedahsyatan hidup ataupun diancam keaniayaan baru mereka (kita) akan teringat untuk bersatu dan saat itulah kita semua bangkit. Soalnya apakah kita masih mampu untuk bangun membela dan memperkuatkan diri sedangkan anggota kita sudah lemah? Pertanyaan ini akan terjawab selepas kita semua ditimpa musibah di atas kedegilan kita. -http://msomelayu.blogspot.com/

PR Perak rujuk isu Soi Lek kepada Sultan, Mufti

Muhammad Faeez Azahar,
24 Okt 2012

IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Rakyat Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

“Pakatan Rakyat Perak cabar Umno mendakwa Chua Soi Lek atas akta Hasutan seperti pernah dilakukan kepada individu-individu tertentu sebelum ini,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Khairuddin yang juga Yang Dipertua PAS Tambun berkata,  jika tindakan tersebut tidak dilakukan bermakna Umno bersekongkol dan bersetuju agama Islam dihina serta diherdik.

MCA ujarnya tidak wajar mencari pengurah politik di kalangan orang Cina dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat Perak mendesak Chu Soi Lek meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat Perak yang diketuai Datuk Seri Nizar Jamaluddin mencabar MCA mengadakan debat terbuka berhubung isu yang dimainkan.

“Kami akan menghantar surat jemputan kepada MCA Perak yang diketuai Chua Soi Lek selaku Pengerusi MCA Negeri untuk mengadakan debat terbuka yang bertajuk MCA Sokong Islam dan Hudud Tetapi Menentang Hudud PAS. Tajuk ini sesuai apa yang didakwa mereka,” jelas beliau.

Hadir Sama ialah Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Canning, Wong Kah Woh; Ketua Penerangan PKR Perak, Ustaz Zulkifli Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Israel serang Gaza: 1 mati 2 cedera

Terjemahan Mohamad Yahya,
24 Okt 2012



(Israel berkata serangan udara Selasa lalu mensasarkan pejuang Hamas yang bersedia untuk melancarkan roket)



GAZA: Sekurang-kurangnya seorang  terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan artileri Israel di utara Gaza, menurut sumber perubatan tempatan.

Mereka adalah pejuang yang cuba untuk menembak roket ke bandar-bandar Israel, lapor sebuah stesen radio Hamas.

Serangan Israel itu adalah ekoran serangan bom  Selasa lalu yang mencederakan seorang pegawai tentera Israel yang membuat rondaan di semenanjung tersebut.

Barisan popular pembebasan Palestin (The Popular Front for the Liberation of Palestine) telah mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Pejuang juga melepaskan empat roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel Selasa lalu, tetapi roket tersebut mendarat tanpa menyebabkan apa-apa kecederaan atau kerosakan.

Dua pejuang Palestin terbunuh dalam  serangan udara Israel Ahad lalu.

MCA diminta berhenti belajar Islam dari Umno

Salmiyah Harun,
24 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.

Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.

Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.

Orang Melayu dikelirukan oleh Umno

Aspan Alias,
23 Okt 2012

Jika kaum Cina telah menentukan sikapnya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang bersih dan cekap dengan menolak terus parti yang mewakili mereka, MCA, orang Melayu juga sudah menampakkan sikap ingin berubah itu walaupun setengah dari mereka masih terkongkong dan dipenjara oleh partinya, UMNO. Kaum Cina telah menunjukkan sikap serius inginkan perubahan dan ini adalah sikap yang amat bertanggungjawab.

Dalam perjumpaan saya dengan ramai rakan-rakan kenalan dari kaum ini, saya dapat merumuskan yang mereka sangat serius dan inginkan perubahan berlaku. Jika perubahan tidak berlaku mereka merasakan yang negara akan terjerumus kedalam lembah kehancuran yang tidak akan dapat diperbaiki dan akan memakan masa yang lama untuk memperbetulkannya.

Semasa negara mencapai kemerdekaan negara kita merupakan sebuah yang miskin tetapi dalam jangka masa yang agak cepat negara kita telah berubah menjadi sebuah negara yang sedang membangun. Untuk membangunkan negara ia memerlukan penyertaan dari rakyat yang menyeluruh dan kaum Cina yang telah begitu lama terlibat dalam perniagaan dan perindustrian memainkan peranan yang begitu jelas dalam penyertaan mereka membangunkan ekonomi negara.

Kaum Cina telah berniaga ratusan tahun sebelumnya dan mereka mudah untuk mendapatkan modal bagi apa-apa perniagaan mereka. Mereka terlibat dalam semua jenis perniagaan dan perdagangan sedangkan kita orang Melayu semasa mula mencapai kemerdekaan masih jauh tertinggal di belakang dan memerlukan dasar-dasar yang kuat untuk menuju ke tahap berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

DEB yang dipersetujui dan juga mendapat sokongan dari semua kaum dilancarkan kerana semua kaum termasuk kaum Cina memahami untuk mendapatkan sebuah negara yang aman kedudukan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum itu perlu ‘equitable’. Bidang ekonomi adalah bidang yang sangat penting untuk kerajaan menyelaraskan dengan baik bagi mencapai matlamat yang satu, iaitu pencapaian ‘Perpaduan Nasional’ yang berkekalan.

Orang Melayu pula dibangunkan dan dididik untuk menyertai bidang ‘commerce and industry’ ini dan dibantu oleh kaum lain dengan jujur kerana mereka mahukan kaum Melayu menjadi maju kerana mereka memahami yang kestabilan negara akan hanya boleh dicapai jika kaum Melayu dan Bumiputra memperolehi peluang dan bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’.

Orang-orang Melayu pula serius belajar untuk menjadi penggiat ‘commerce and industry’ ini dan telah menampakkan kejayaan yang pesat terutamanya semasa pimpinan Tun Razak dan Tun Hussein Onn kerana pimpinan Melayu begitu taksub dan jujur untuk menjayakan dasar yang telah lama digubal oleh pimpinan Melayu dan bukan Melayu semasa zaman itu. Masing-masing kaum bekerja keras untuk melihat kejayaannya sehingga pegangan ‘equity’ Bumiputralah melonjak ke tahap 18.2 peratus pada tahun 1984 dahulu dari pegangan kekayaan yang hanya 2.7 peratus semasa dasar itu mula dilaksanakan.

Di kementerian-kementerian serta jabatan kerajaan semasa itu wujud apa yang dinamakan ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ yang memainkan peranan untuk memberi peluang untuk orang Melayu dan Bumiputra mendapatkan bantuan dan peluang menyertai bidang perniagaan dan perindustrian itu. Tetapi ‘unit penyertaan bumiputra’ ini telah dihapuskan kerana pimpinan selepas Tun Hussein tidak senang dengan kewujudan unit ini kerana ia menyusahkan kerajaan dan pimpinan selepas Tun Hussein untuk melakukan kehendak dan keinginan mereka untuk membina kronism.

Apabila kerajaan zaman Dr Mahathir tidak serius dan mengabaikan dasar yang masih jauh untuk mencapainya semasa itu, orang Melayu terbantut pembangunannya. Kalau tidak masakan Melayu hanya mendapat pencapaian sebanyak 19.6 peratus sahaja pegangan kekayaan negara selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi teraju negara. Dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang ramai itu telah dikuasai oleh segelintiran Melayu dan menggunakan di atas nama Melayu dan kumpulan kronism ini telah menguasai segala-galanya dan usaha membangunkan orang Melayu melalui DEB itu telah terbantut.

Hanya beberapa kerat orang Melayu sahaja yang telah mendapat faedah dari pimpinan Mahathir dan mereka kebanyakannya adalah di kalangan mereka yang berada di ‘corridor of power’ sahaja. Mereka mengambil keuntungan yang terlalu besar melalui konsep penswastaan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dan rasuah mula bercambah melalui kontrak runding terus yang diperkenalkan oleh kerajaan BN semasa itu. Pimpinan juga mengambil kesempatan untuk menjadi orang-orang kaya yang berlebihan melalui dasar yang sepatutnya diraih oleh orang Melayu yang ramai.

Orang-orang Cina mula merasakan yang kerajaan tidak serius untuk membangunkan negara mengikut dasar teguh yag telah digubal itu. Mereka menjadi sasaran perasuah besar di kalangan pimpinan kerana mereka (kaum Cina) yang berniaga terpaksa membayar harga yang terlalu mahal kerana semua pihak terpaksa ‘dijaga’ kerana budaya rasuah sedang berkembang dengan pesatnya di kalangan pimpinan Melayu di bawah pentadbiran Dr Mahathir (sehingga sekarang).

Pendeknya orang-orang Melayu terbantut pembangunan mereka dan orang Cina terpaksa menahan sabar dengan keranah pentadbiran kita yang begitu terjerumus dengan rasuah dan salah guna kuasa yang mereka terpaksa menanggung kerugian besar kerana sikap rasuah pimpinan dan pentadbiran itu. Kaum Cina sedar yang orang Melayu sendiri tidak berpuas hati seperti mereka (pimpinan kerajaan) juga, tetapi perbezaannya orang Melayu dibuai dengan retorik UMNO untuk Melayu dan penjamin bagi masa depan mereka. Kepercayaan ini telah tertanam didalam sanubari dan pemikiran mereka. Media massa memainkan isu ini setiap masa untuk mengelakkan orang Melayu dari memindahkan sokongan mereka kepada pihak lain terutamanya kepada PAS.

Tindakan UMNO memainkan isu rasis untuk memecahkan perhubungan dan permuafakatan di antara PAS dan DAP itu akan memakan diri UMNO sendiri. Usaha untuk membenci bangsa Cina oleh UMNO itu menunjukkan yang pemimpin UMNO tidak menyedari yang pembangunan negara ini dimainkan oleh bangsa Cina sebegitu tinggi dan orang Cina tahu yang mereka merupakan penyumbang besar kepada perbendaharaan negara yang diselewengkan oleh pimpinan UMNO itu.

UMNO tidak lagi berkeyakinan untuk mendapat sokongan dan mandat dan sehingga sekarang ini masih tidak berkeyakinan untuk memanggil pilihanraya. Selain dari ketidakyakinan parti itu untuk mendapat sokongan, UMNO sedang berhadapan dengan tindakan mensabotaj parti yang pasti akan berlaku dan ini telah berlaku secara berluas-luasa dalam pilihanraya yang lalu.

Kita tahu apa ‘sequence of events’ dalam UMNO selepas ini. UMNO akan lebih berpecah lagi sebaik sahaja nama dan senarai calon diumumkan oleh UMNO dalam pilihanraya kali ini. Perasaan tidak berpuas hati terhadap calon yang bakal diumumkan nanti, akan menambah kekalutan dalam parti itu dan itulah yang akan membawa padah kepada sebuah parti yang ditadbir dan diurus oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu bagaimana untuk bertanggungjawab.

Perbalahan di antara sesama mereka dalam PRU ini nanti akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan UMNO dalam banyak kerusi di seluruh negara. Masing-masing merasakan yang masing-masing itu merupakan calon yang paling layak tanpa menyedari yang parti mereka itu bukanlah parti yang ‘winnable’ lagi.

Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk memantau tindakan mensabotaj parti yang baru ditubuhkan itu tidak akan membawa parti itu kemana-mana. Sama-samalah kita saksikan nanti. - http://aspanaliasnet.blogspot.com