Saturday, August 23, 2014

India haramkan alkohol

23 Ogos 2014

MUMBAI - INDIA. Pihak berkuasa di Kerala semalam mengumumkan pengharaman alkohol bagi menangani masalah penyalahgunaannya yang semakin meruncing di bahagian selatan negara itu.

Ketua Menteri Kerala Oommen Chandy berkata, tiada lesen baharu untuk menjual alkohol akan diberikan, manakala lesen di lebih 720 bar dan restoran di negeri itu juga tidak akan diperbaharui.

"Alkohol memberi kesan bahaya sosial yang amat buruk. Kerala perlu bersedia menerima pengharaman ini. Bermula tahun hadapan juga, hanya hotel bertaraf lima bintang sahaja akan diberi lesen menjual minuman itu."katanya dipetik AFP.

'Kami sudah letih dengan Pas Terengganu'

Kongres PKR
SHAH ALAM - Perwakilan PKR dari Terengganu, Azlan Che Man hari ini menggunakan pentas Kongres PKR bagi meluahkan apa yang terbuku di hati pimpinan PKR negeri terhadap Pas di Terengganu.

Azlan berkata, PKR dan Pas di negeri itu tiada kesepakatan untuk membuat keputusan bersama, malah Pas ujarnya sering membelakangkan PKR sehingga mengguris perasaan rakan parti mereka.

"Kami sering diinjak oleh Pas Terengganu.

"Kita jangan takut untuk memberitahu kebenaran, itulah apa yang PKR alami di Terengganu," katanya pada Kongres Nasional PKR di Stadium Malawati di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Azlan berharap kepimpinan tertinggi PKR supaya 'menjenguk' anak-anak buahnya di Terengganu agar mereka diberi layanan yang adil oleh Pas.

"Saya cukup rasa kagum dengan kepimpinan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, oleh itu datang ke Terengganu bantu sekretariat PR di Terengganu," katanya.

"... buat pembetulan PR di Terengganu, kami dah letih main dengan Pas Terengganu ini," katanya.

PKR hantar Azmin 'runding' kerusi Pengkalan Kubor

Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR di Stadium Melawati,Seksyen 13 Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR di Stadium Melawati,Seksyen 13 Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan membincangkan terlebih dahulu permintaan Dewan Muslimat Pas yang mahu kerusi Dun Pengkalan Kubor dikembalikan kepada Pas selepas dua penggal ia gagal dimenangi calon PKR.

Untuk itu, Anwar berkata, PKR akan menghantar Timbalan Presidennya, Mohammed Azmin Ali bagi mengadakan perbincangan lanjut.

"Kita (PKR) serah pada YB Azmin, Azmin yang akan bincang.

"Memang kerusi itu tradisinya milik PKR, tetapi apabila ianya telah dibangkitkan oleh Pas, cara kita adalah adakan perbincangan," katanya kepada pemberita pada Kongres PKR, di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas permintaan Ketua Dewan  Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof yang berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” ujar Siti Zailah.

Sementara itu, Mohamed Azmin yang ditemui media berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin bersama pimpinan PKR Kelantan dan Pusat untuk mendapatkan maklum balas sebelum perkara itu dibawa ke peringkat tertinggi untuk diputuskan PR.

"Buat masa ini kita tidak mahu buat sebarang spekulasi kerana masih dalam proses perbincangan.

"Mengikut tradisi, kerusi Pengkalan Kubor diwakili PKR untuk dua penggal iaitu pada 2008 dan 2013. Sudah tentu ada permintaan untuk mengekalkan kerusi ini,"katanya.

Mohamed Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sama ada PKR akan terus mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor kerana Kongres Nasional PKR masih berlangsung.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu.

Pengkalan Kubor terletak di bawah Parlimen Tumpat yang mempunyai lima Dun di bawahnya. Empat daripada Dun berkenaan dimenangi oleh Pas pada PRU13.

Pas mahu kerusi Pengkalan Kubor

Siti Zailah Mohd Yusoff
Siti Zailah Mohd Yusoff
KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor, Tumpat pada PRK nanti diserahkan kembali kepada Pas setelah diwakili PKR sejak dua penggal lalu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata,  berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

Menurut Siti Zailah, pihaknya yakin kebijaksanaan kepimpinan yang ada boleh mempertimbangkan dengan menilai sejarah lalu untuk memberi laluan kepada Pas biarpun calon mana-mana parti belum ditentukan lagi.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Muktamar Dewan Muslimat Pas Kelantan Ke-41 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama, Timbalan Ketua Muslimat Pas Kelantan, Wan Ubaidah Omar.

Mengulas mengenai calon yang sesuai daripada Muslimat, beliau yang juga Ketua Muslimat Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

“Kita belum lagi menentukan siapa calonnya. Masih awal untuk ulas, tidak kira daripada Muslimat atau Muslimin saya yakin Pas mempunyai ramai individu yang berkelayakan,” katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser Rabu lalu.

Siti Zailah juga mengakui PRK Dun Pengkalan Kubor kali ini adalah satu cabaran yang baharu memandangkan ia berada dalam kawasan menteri besar.

Pengkalan Kubor terletak di bawah Parlimen Tumpat yang mempunyai lima Dun di bawahnya. Empat daripada Dun berkenaan dimenangi oleh Pas pada PRU13.

Hotel Paling Besar Di Dunia Tetapi Tidak Pernah Didiami

Hotel yang terletak di Pulau Ruegen, Jerman ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Kerajaan Jerman pada zaman pemeritahan Nazi. Hotel ini di bina sepanjang 4.5 km dan hanya 150 m dari pantai. Hotel ini mempunyai total 10.000 bilik yang boleh menampung 20,000 orang sekaligus. Namun, setelah siap dibina hingga saat ini, hotel ini tidak pernah digunakan.

Hotel yang terletak di Prora, Pulau Ruegen ini dibina pada tahun 1936 dan siap pada tahun 1939. Pembangunannya memerlukan 9,000 orang pekerja. Tujuan Nazi membina hotel ini adalah untuk menyebarkan propaganda Nazi dimana mereka ingin mendirikan 4 resort pelancongan di kawasan tersebut dengan kemudahan mewah termasuk dermaga bagi kapal layar.

Namun, semua rancangan tersebut terpaksa di hentikan kerana berlakunya Perang Dunia II kerana Adolf Hitler memerintahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membuat persenjataan untuk berperang melawan sekutu.

Keadaan bangunannya masih kukuh walaupun ada beberapa bahagian yang lapuk. Namun kerajaan Jerman tidak pernah berniat untuk meminggirkan bangunan tua bersejarah ini. Sesuatu yang amat bertentangan dengan bangsa kita yang tidak pernah menghargai

Di Sebalik Tragedi MH17, Tembelang BN Terbongkar?

SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.

Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu."Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.Ia mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di Semporna.Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri penjelasan," ujarnya.Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai muslihat tersendiri.

"Peristiwa serangan di Sabah sudah berlaku sejak 1986, 1991, 1990 tetapi tidak ada tindakan sivil yang diambil oleh pihak kerajaan"Tetapi pada tahun 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat.

"Oleh kerana kita lihat ia berlaku tiga bulan sebelum pilihan raya apabila berlaku pada bulan Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk bulan Mac," katanya.

Pada Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Jelasnya, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti. ~awani

Jom Lihat Rumah Termewah Milik Bekas President United Arab Emirates

This Glorious house is owned by the family of Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, the former president of the United Arab Emirates and ruler of Abu-Dhabi.

Bomoh kanak-kanak Mampu Sembuhkan Ratusan Orang

23/8/14
Bocah ajaib dari Kamboja mampu sembuhkan ratusan orang (Foto: Oddity Central) 
Kanak-kank ajaib dari Kamboja mampu sembuhkan ratusan orang (Foto: Oddity Central) 
  KHNOR - Seorang kanak-kanak, Kong Keng berusia dua tahun dari desa Khnor, Kamboja, dikatakan sebagai bayi ajaib yang memiliki kekuatan pengubatan. Ribuan orang rela berdesak-desakan untuk berubat ke rumahnya  

Seperti diberitakan Oddity Central, Sabtu (23/8/2014), Kong diyakini mampu mengubati berbagai penyakit, bahkan pesakitnya ada yang berasal dari Laos dan Vietnam.

Setiap harinya ratusan orang sudah beratur berjam-jam menunggu pengubatan dari Kong. Ibunya, Phat Soen, akan membawa Kong keluar rumah dan menaruh beberapa botol minyak eucalyptus di depannya. Kemudian menuntun tangannya untuk menyentuh setiap botol yang tersedia.

Sentuhan Kong diyakini dapat memindahkan kekuatannya pada botol tersebut. Sehingga, botol itu dapat dibawa pulang oleh para pesakit.

Kepakaran mengubati yang dimiliki oleh Kong berawal ketika dia mampu menyembuhkan anak kecil yang lumpuh beberapa bulan yang lalu.

“Keajaiban terjadi pada adik saya. Dia lumpuh dari pinggang ke bawah setelah kemalangan   motorsikal. Doktor tidak boleh menyembuhkannya, kemudian saya pergi mengunjungi anak saudara saya dan bertanya apa yang sebenarnya terjadi,” kata Sung Bahn, paman Kong.

“Akhirnya Kong menemui beberapa daun untuk direbus dan dibuatkan teh. Tiba-tiba saja adik saya mulai berjalan dengan sempurna,” tambahnya.

Khabar ajaib itu langsung tersebar di seluruh desa dalam waktu dua minggu dan sempat menjadi perbincangan hangat di beberapa media tempatan di Kamboja.

“Dua puluh ribu orang datang ke sini pada bulan lalu berharap untuk disembuhkan," kata Ketua Kampung, Sou Hen.

“Lebih dari 1,000 orang telah menerima pengubatan dan sejauh ini mereka sembuh,” tambahnya.(ang)
 okezone

Ambil pengajaran kegagalan lalu

Perwakilan Kelantan, Prof Madya Saharun Ibrahim membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR ke-10 2014, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Perwakilan Kelantan, Prof Madya Saharun Ibrahim membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR ke-10 2014, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - PKR perlu mengambil pengajaran daripada kegagalan memenangi kerusi Dun Pengkalan Kubor pada PRU13 lalu yang berpunca daripada kurang kerjasama daripada rakan PR lain.

Perwakilan PKR dari Kelantan, Prof Madya Saharun Ibrahim berkata, kesilapan tersebut perlu diperbaiki agar PKR dapat memenangi kerusi itu yang kini kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Noor Zahidi Omar.

"Dalam PRU13 lalu, kita yakin dapat menang kerusi itu tapi kita tersilap teknik. Rancangan kita tidak menjadi kerana hubungan dengan parti lain kurang baik.

"Ibarat menunggu durian yang gugur tetapi rupa-rupanya lantai pondok telah dipecahkan rakan sendiri. Jadi, jika mahu menang kali ini kita perlu berusaha dapatkan kerjasama daripada semua parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR ke -10, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga bekas calon PRK di kerusi tersebut pada PRU13 lalu turut menyatakan kesediaan berkhidmat bagi memastikan kemenangan PKR.

"Tidak kira siapa calon PKR, saya sedia kerja keras supaya sekurang-kurangnya kita dapat tambah jumlah undi. Berdasarkan undian yang diterima pada PRU13 lalu, saya yakin kita mampu meningkatkan sokongan penduduk," katanya.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong setelah Noor Zahidi meninggal dunia akibat kanser di Guangzhou, China,  Rabu lalu.

Pada PRU13, Noor Zahidi menang dengan majoriti 1,763 undi walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Saharun dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail.

'Apa salah angkat Wan Azizah sebagai MB?'

Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan ke-10 2014, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan ke-10 2014, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM - "Apakah kita tidak boleh mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang menteri besar wanita pertama di Malaysia? Adakah itu satu kejutan? Pada saya tidak," demikian menurut perwakilan Wanita PKR, Sivamalar Ganapathy ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden PKR hari ini.

Sivamalar berkata, sekiranya Wan Azizah diangkat menjadi Menteri Besar Selangor ianya bakal mencipta sejarah politik tanah air kerana beliau bakal menjadi wanita pertama yang diangkat menjadi menteri besar.

"Ini adalah PKR dan sebuah parti yang memperjuangkan masa depan rakyat. PKR sebuah parti yang sentiasa mencipta kejutan.

"Tidak ada calon yang lebih layak melainkan Wan Azizah. Jika beliau dilantik maka ini akan menjadi satu sejarah kepada negara kita," katanya di Kongres Nasional PKR 2014 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Ucapan Sivamalar itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan lain sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, mengimbas kembali krisis politik Selangor menyaksikan menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana ingkar arahan parti.

PKR kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah bagi menggantikan kerusi Abdul Khalid sehingga membawa kepada satu lagi episod baharu dalam sejarah politik Selangor.

Abdul Khalid bagaimanapun mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kekal sebagai menteri besar.

Episod politik di Selangor bertambah panas apabila Abdul Khalid bertindak memecat Exco PKR dan DAP dalam kerajaan negeri yang menolak pentadbirannya.

Hanya tinggal empat Exco Pas kini bersama-sama Abdul Khalid menguruskan pentadbiran kerajaan Selangor.

Namum, kedudukan Abdul Khalid kembali goyah apabila 30 Adun (majoriti) melalui akuan bersumpah menyatakan rasa hilang percaya terhadap Adun Pelabuhan Klang itu.

Keberangkatan pulang awal Sultan Selangor daripada bercuti ke luar negara, yang disebut-sebut hari ini, dikatakan akan menamatkan kemelut politik di negeri ini.

Polis bakal guna motosikal elektrik Obtober ini

HULU LANGAT: Polis bakal menggunakan 30 motosikal elektrik awal Oktober depan di sekitar ibu kota untuk mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata selain motosikal elektrik, polis juga bercadang untuk menggunakan kereta peronda hibrid di seluruh negara.
"Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa," katanya.
Bagaimanapun, penggunaan kedua-dua kenderaan itu masih dalam peringkat kajian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Hijau Youth Camp' anjuran bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Malaysian Green Technology Corporation, di sini hari ini.
Program selama tiga hari itu dihadiri 75 pelajar sekolah menengah dalam kalangan anggota keluarga polis serta kadet-kadet polis, bertujuan mendidik kepentingan dan kesedaran memulihara alam sekitar.
- BERNAMA

Tiada nama lain untuk jawatan MB Selangor - Anwar

SABTU, 23 OGOS 2014 @ 6:27 PM

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan menamakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor oleh Pakatan Rakyat, masih kekal dan tidak berubah.

Ketua Pembangkang itu berkata, tidak timbul isu berbangkit berhubung kononnya ada seorang lagi calon dinamakan sekiranya Wan Azizah tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengisi jawatan itu.

"Setakat ini keputusan (menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor) kekal seperti yang dibuat minggu (Ahad) lalu. Ada yang bertanya berkenaan hal tanda tangan (akuan bersumpah), ia tak berbangkit langsung dan apa-apa langkah (peraturan) baru selain keputusan minggu lalu akan dirujuk kepada PAS," katanya.

Anwar berkata, mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat dihadiri wakil PAS, DAP dan PKR semalam adalah berkaitan hal undang-undang berhubung pertukaran jawatan Menteri Besar sedia ada, tidak langsung ada perbincangan mengenai nama baru atau perubahan keputusan.

Timbul dakwaan semalam kononnya mesyuarat itu ada menyentuh berkenaan kemungkinan menamakan calon baru selain Wan Azizah.

Ditanya mengenai bila pimpinan Pakatan Rakyat itu akan mengadap Sultan Selangor bagi memaklumkan mengenai perkembangan semasa jawatan Menteri Besar itu, Anwar berkata ia terpulang kepada baginda.

Mereka bukan melantik diri sendiri tetapi telah dilantik oleh kesatuan ulama' sedunia!

Jangan kamu berkahwin dengan perempuan yang bersifat dengan 6 sifat..

Jangan kamu berkahwin dengan perempuan yang bersifat dengan 6 sifat..

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).Jangan kamu berkahwin dengan perempuan yang bersifat dengan 6 sifat..

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).

Lantikan Wan Azizah tidak bersifat nepotisme

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Dr Wan Azizah Wan Ismail
MUNGKIN pendapat peribadi saya ini akan dipandang serong, sedangkan ini sekadar pendapat peribadi yang telah terbuku di benak.

Timbul sedikit keberanian malam ini untuk pendapat ini dikongsi bersama.

Menabalkan/melantik/memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, atau Adun atau presiden parti bukan bersifat NEPOTISMA sepertimana pendapat segelintir.

Beliau seorang pemimpin yang muncul ketika negara berdepan satu detik hitam yang mengubah landskap politik tanahair.

Tanpa mengambil kira walaupun sebelumnya beliau hanya seorang surirumah atau doktor mata atau sesiapa pun, beliau muncul dengan keberanian.

Bukan nak bermadah dengan modal 'tangan yang menghayun buaian', hakikatnya beliau seorang pemimpin, yang telah dan sedang memimpin.

Wan Azizah juga telah meninggalkan tanggungjawab kecil (dalam soal kekeluargaan) untuk menggalas tanggungjawab lebih besar, bukan sekadar membela si suami semata-mata tetapi membela seorang pemimpin yang ketika itu turut dibela oleh sebilangan besar masyarakat termasuklah Pas dan DAP.

Sepengetahuan saya, NEPOTISMA itu lebih kepada memberi suatu kelebihan/jawatan kepada ahli keluarga ketika sedang berkuasa, yang boleh ditakrif sebagai 'conflick of interest' - menggunakan kuasa yang ada untuk melantik ahli keluarga ke suatu jawatan.

Beza memang berbeza, Wan Azizah tidak dilantik (ke suatu jawatan) ketika Anwar berkuasa.

Wan Azizah lahir dari sebuah krisis pada tahun 1998, pusing ke seluruh dunia mohon bantuan di atas isu penindasan dan ketidak-adilan.

Beliau memilih untuk bersama gerakan, bukan memilih untuk berdiam ketika itu.

Boleh saja Wan Azizah berdiam hingga Anwar dibebaskan, itupun jika dibebaskan.

Kini, Wan Azizah yang sama diangkat menjadi calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Inilah Wan Azizah yang telah harung kesukaran sebuah perlawanan belasan tahun lamanya, diangkat atas pengalaman, kapasiti presiden parti dan adun selayaknya, bukan diangkat dari celah dapur atau dari celah bilik pembedahan.

Atas kefahaman ini, saya yakin pelantikan beliau atas apa juga jawatan yang relevan bukan bersifat NEPOTISMA.

Ini pendapat saya, dan saya yakin ramai yang akan sependapat jika memahami erti sebenar NEPOTISMA.

Nurul Izzah? Ya, samalah.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
23 Ogos 2014
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Pas Terengganu minta pecat dua Adun

Satiful Bahri
Satiful Bahri
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu akan menghantar surat meminta Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memecat dua Adun Pas di Selangor yang mendahului keputusan parti baru-baru ini.

Pendirian itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat parti peringkat negeri yang diadakan kelmarin dan bersetuju menghantar surat secepat mungkin sebaik isu Menteri Besar Selangor selesai.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan dua Adun membelakangkan parti sebagai tidak wajar dan apa yang dilakukan itu melibatkan soal wala’ atau ketaatan kepada pemimpin serta menyentuh prinsip Pas.

“Soal disiplin, kita tidak kompromi. Kalau di peringkat dalaman kita boleh berbeza pandangan, berbeza pendapat dan berbincang. Kita tiada masalah tetapi bagi tindakan sebegitu, membelakangkan kepimpinan sedangkan Majlis Syura Ulama menentukan keputusan, jadi ini kita rasa tidak wajar,” katanya kepada pemberita di Pejabat Pas di sini, kelmarin.

Sebelum ini, Pas memutuskan menyiasat dua Adun iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang menyatakan sokongan terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kedua-duanya dikatakan mendahului keputusan parti dan mengakui tidak merujuk pucuk pimpinan Pas dalam membuat keputusan menyokong Wan Azizah, serta sedia berhadapan sebarang tindakan disiplin termasuk dibuang parti.

Mengulas lanjut, Satiful Bahri berkata, tindakan memecat ahli terutama wakil rakyat bukanlah baharu dalam Pas kerana pernah berlaku terhadap bekas Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Mohd Ali dan wakil rakyat lain.

“Pas pernah pecat Ahli Parlimen kerana permasalahan akhlak kerana berjoget yang menjejaskan imej Pas. Pas juga pernah pecat kepimpinan di Terengganu, juga berkait dengan masalah bercanggah dengan perjuangan kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut meminta Majlis Syura Ulama menyaring nama-nama calon yang bertanding dalam pemilihan Pas Pusat pada masa akan datang.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan imej Pas terus terpelihara daripada perkara yang menjejaskan parti itu.

“Pas telah membuka ruang begitu luas. Kadang-kadang kita bimbang ada orang ambil kesempatan Pas sebagai platform selain daripada yang diputuskan oleh parti sendiri. Kita tidak mahu bibit-bibit ini berkembang,” katanya.

Presiden PAS dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.
Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.
Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.
Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.

Model kompak terbaharu Proton dengan 6 beg udara

Pengeluar kereta nasional itu akan melancarkan model terbaru yang dijangka dikenali sebagai Airis atau Iriz tidak lama lagi.
Oleh Mohd Zaky Zainuddin

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) akan melancarkan dalam masa terdekat model kompak pertamanya dengan kod nama PCC.
Proton Compact Car (PCC) dalam segmen B, dihasilkan menerusi dua penekanan utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api tetapi ditawarkan pada harga mampu milik.
PCC dibangunkan menerusi platform terkini Proton menggunakan enjin terbaharu VVT bersesaran 1.3 dan 1.6 liter dengan transmisi manual serta automatik ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
Selain itu, PCC juga akan menggunakan omboh, blok dan injap baharu, pertama seumpamanya bagi model Proton, sekali gus bakal menampilkan model terbaik keluarannya setakat ini.
Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata pengenalan model kompak itu yang memberi nilai kepada wang rakyat Malaysia mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).
"PCC dilengkapkan dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan hill hold assist serta enjin VVT 10 peratus lebih menjimatkan minyak berbanding Campro sebelum ini," katanya dalam taklimat di sini baru-baru ini.
PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.
Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) yang digunakan pada PCC adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan Campro.
PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi.
"Harga dan spesifikasi lain akan diumumkan pada pelancaran PCC tidak lama lagi," katanya sambil menambah PCC bukannya model yang menggantikan model Savvy sebaliknya segmen baharu bagi Proton.
Mengikut Abdul Rashid, penggunaan teknologi terkini dalam rekaan dan keselamatan pada PCC yang ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, adalah sejajar dengan apa yang dimahukan pelanggan Proton.
Sementara itu Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman, berkata PCC dibangunkan dalam tempoh dua tahun selepas prototaipnya dibangunkan pada tahun 2010.

Perwakilan luah rasa tak puas hati proses pemilihan

SABTU, 23 OGOS 2014 @ 8:33 AM

Oleh Norakmah Mat Youb Dan Muhammad Yusri Muzamir
KERUSI yang disediakan untuk tetamu kongres PKR di ruang tengah Stadium Malawati Shah Alam kelihatan kosong, semalam.
 
bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2014 semalam, menjadi medan luahan tidak puas hati dan kemarahan perwakilan terhadap proses pemilihan parti itu yang berakhir awal bulan ini.

Perwakilan mendakwa wujud budaya tidak sihat sepanjang pemilihan berlangsung termasuk amalan politik wang, penipuan, penyelewengan dan pengkhianatan.

Timbalan Ketua Cabang Kubang Kerian, Norhanazalmah Mat Yusoff, mendakwa berlaku penyelewengan dan pengkhianatan pada pemilihan cabang itu.

Tukar tanpa pengetahuan

Norhanazalmah yang juga Ketua Wanita Cabang itu, berkata beliau dan ahli keluarganya ditukarkan ke Cabang Bachok tanpa pengetahuan semata-mata untuk menghalangnya bertanding di Cabang Kubang Kerian.

Katanya, lawannya bersubahat dengan pimpinan negeri menggunakan kabel pimpinan pusat.

"Perbuatan licik ini diberikan sokongan oleh segelintir pimpinan pusat. Perbuatan bodoh ini seharusnya tidak berlaku dalam kalangan pimpinan pusat kerana mereka adalah orang yang pandai membezakan baik buruk.

"Berani saya katakan bahawa kamulah orang yang akan merosakkan parti ini kelak kerana ingin menyingkirkan orang seperti saya," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita PKR pada kongres itu di Stadium Malawati di sini, semalam.

Perwakilan dari Kedah, Noraini Ahmad, berkata pemilihan parti itu memperlihatkan banyak penipuan termasuk ahli membeli undi, selain proses pengundian yang memakan masa lama.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita PKR Kedah, berkata jika parti belum bersedia, sewajarnya sistem pemilihan beralih kepada kaedah lama.

"Sepanjang pemilihan berlangsung, kita dapat melihat perpecahan dalam kalangan wanita dan ini sangat menyedihkan," katanya.

Budaya fitnah, caci

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika menyampaikan ucapan dasar, kecewa kerana budaya memfitnah dan mencaci sesama sendiri berleluasa sepanjang proses pemilihan parti.

"Saya kecewa kerana ketika berkempen ada yang memfitnah satu sama lain. Sepatutnya kita harus menghindar politik durjana yang mengejar jawatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kepemimpinan tertinggi parti akan mengkaji dan merombak semula sistem pemilihan bagi memastikan setiap undi mempunyai nilai yang tinggi.

Zuraidah turut menegur ketua wanita cabang yang gagal mengadakan mesyuarat agung walaupun proses pemilihan sudah selesai.

"Kita mempunyai 150 cabang tetapi hanya 110 cabang yang mengadakan mesyuarat. Apa jadi dengan 40 yang lain?," katanya.

Justeru, katanya, satu peruntukan dalam perlembagaan parti akan digubal bagi membolehkan ketua cabang yang gagal mengadakan dan menghadiri mesyuarat dikenakan tindakan disiplin.

13 ADUN PAS Selangor belum sahkan sokong Wan Azizah

SHAH ALAM: PKR mengesahkan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor masih belum menandatangani surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata hanya 30 ADUN menandatanganinya dan ia sudah dihantar kepada baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau juga memaklumkan sehingga hari ini, PKR sudah mendapat sokongan majoriti 30 ADUN, terpulang kepada pihak istana untuk membuat keputusan seterusnya.
"Kita perlu menghormati proses. Dokumen (akuan bersumpah) sudah diserah kepada baginda dan terpulang kepada Tuanku untuk membuat keputusan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat Kongres Nasional PKR Ke-10 pada hari kedua di Stadium Melawati, di sini.
Ditanya kemungkinan PAS akan mengemukakan nama Menteri Besar lain secara berasingan, Azmin sekadar menjelaskan "saya tidak boleh jawab bagi pihak PAS".
Menyentuh Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubur, Ahli Parlimen Gombak itu menyatakan satu mesyuarat bersama PAS akan diadakan Isnin ini bagi membincangkan mengenai persiapan dan calon yang bakal dikemukakan kelak.
Beliau berkata, hasil mesyuarat itu akan dibentangkan kepada pimpinan tertinggi pakatan PKR-DAP-PAS untuk pertimbangan dan kelulusan.

Awie tak daftar nikah di Jawi

ROZANA (tengah) bersama Rubiah (kiri) dan Majdah berbincang sesuatu di lobi di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Lumpur di Jalan Duta semalam.

KUALA LUMPUR – Rozana Misbun mendedahkan bahawa pernikahannya dengan penyanyi dan pelakon popular Awie di Songkhla, Thailand sejak sembilan tahun belum didaftar dengan jabatan agama di negara ini.
Rozana, 36, mendakwa dia hanya menyedari perkara tersebut selepas merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Jun lalu.
Wanita itu memberitahu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dia telah mendaftarkan perkahwinan mereka di negara jiran itu pada 20 Jun 2005.
“Bagaimanapun, semasa saya pergi ke Jawi pada 2 Jun lalu, saya terkejut apabila diberitahu oleh pendaftar Jawi bahawa tiada sebarang rekod mengenai perkahwinan saya dan Awie.
“Saya pergi ke Jawi untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga yang saya hadapi namun apabila staf Jawi menyemak status perkahwinan kami, ia tiada dalam rekod.
“Pada ketika itulah baru saya mengetahui perkahwinan saya dan Awie selama sembilan tahun lalu belum didaftarkan,” katanya ketika ditemui di lobi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3BALPoSF2 
Hakcipta terpelihara