Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Rosmah. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Universiti Curtin anugerah Ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah




ROSMAH Mansor menerima Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Dr Jim Gill pada majlis konvokesyen Universiti Curtin di Perth, kelmarin. – BERNAMA


PERTH 12 Feb. – Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.
Canselor Universiti Curtin, Dr. Jim Gill menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini pada Sabtu.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth, Hamidah Ashari.
Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia menerima ijazah masing-masing.
Sementara itu, Rosmah dalam ucapan penerimaannya, melahirkan penghargaan terhadap Anggota Majlis universiti itu bagi penganugerahan ijazah itu.
Menekankan mengenai pentingnya pendidikan awal, Rosmah berkata, banyak gejala sosial di dunia akan dapat dibendung apabila peluang pendidikan diberi kepada semua termasuk di kawasan luar bandar dan juga golongan miskin di bandar.
Menurutnya, apabila kanak-kanak dipersiapkan daripada peringkat awal lagi, mereka akan dapat membuat penyesuaian dari segi mental, emosi dan psikologi dalam menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi.
“Telah terbukti tahun-tahun pembentukan awal seorang kanak-kanak itu, kepada sehingga sekurang-kurangnya berumur lima tahun adalah amat penting untuk menentukan keupayaannya untuk berjaya kemudiannya dalam kehidupan. Akan wujud potensi untuk hilang peluang jika kita tidak melabur dalam pendidikan awal yang betul untuk anak-anak kita,” katanya.
Rosmah berkata, pewujudan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak atau lebih dikenali ECEC di bawah program Permata Negara adalah untuk memastikan pendidikan di Malaysia menumpukan pada pembangunan manusia holistik dari peringkat awal dan juga untuk memastikan negara dapat membina modal insan cemerlang.
Katanya, untuk memenuhi hasrat dan harapan itu, dan menerusi perbincangan mendalam dengan pelbagai profesional dan sukarelawan di Malaysia pada 2007, program itu dilancarkan dan dikenali sebagai Permata, yang melambangkan generasi muda merupakan aset amat bernilai negara.
Rosmah berkata, program Permata menawarkan peluang luas kepada kanak-kanak berumur lima tahun dan ke bawah daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar untuk mengikuti pembelajaran dalam persekitaran holistik.
“Pembelajaran berdasarkan Penerokaan, Pengalaman dan Eksperimen yang direka khusus untuk memupuk dan menggalakkan rasa ingin tahu dan mencuba dalam diri kanak-kanak. Kami meletakkan tanda aras Permata dengan beberapa program berprestasi tinggi dari seluruh dunia,” katanya.
Katanya, dalam tempoh hanya lima tahun, program Permata Negara telah diperluaskan daripada lima projek perintis kepada lebih 600 pusat asuhan kanak-kanak Permata di seluruh Malaysia.
“Usaha kami akan diteruskan bagi memastikan tiada kanak-kanak tercicir atau terabai daripada mendapat pendidikan awal berkualiti,” katanya.
Program Permata juga meliputi empat program lain. Sebuah pusat untuk golongan berbakat dan cemerlang akademik mempunyai sebuah sekolah untuk pelajar berumur 16 hingga 17 tahun yang ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Program kem tahunan untuk kanak-kanak berbakat berumur 9 hingga 15 tahun turut diadakan dengan kerjasama Johns Hopkins Center for Talented Youth.
“Permata juga mempunyai program untuk kanak-kanak berbakat dalam seni persembahan dan juga pengajian dalam al-Quran dan Sunnah. Di bawah program ini juga (Permata) kami juga mengadakan program untuk memperkasakan Remaja Berisiko,” katanya.

Friday, January 27, 2012

[PANAS] Andrew Hornery Dakwa Pereka Fesyen Dedah Rosmah Tempah 61 Pakaian Mahal, Sudah Tentu Bukan Kameja T


Saya petik:

[MK] Kolumnis The Sydney Morning Herald, Andrew Hornery (gambar) tetap mempertahankan tulisannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berbelanja besar di butik pereka fesyen Carl Kapp semasa bercuti di bandar itu.

"Kapp berkata beliau menempah 61 pakaian. Katanya ia tempahan "besar". Barangan mahal. Beliau bukannya beli kemeja-T," jawab Hornery di Twitter hari ini.

Hornery menegaskan bahawa sumbernya "sangat kuat" dan bertegas bahawa perbelanjaan Rosmah itu membabitkan jumlah yang besar.Hornery menjadi sasaran kecaman penulis blog pro-Umno, yang habis-habisan memburuk-burukkan perwatakannya dengan kenyataan provokasi mengenai seksualitinya.

Selepas dikecam ekoran laporannya tentang perbelanjaan 'mewah' Rosmah itu, Hornery berkata beliau tidak berhasrat untuk datang Malaysia.

"Saya tidak akan bercuti di Malaysia dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi.

Minggu lepas, Hornery dalam kolum 'Private Sydney' berkata Rosmah telah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325,000) untuk 61 pakaian di butik Kapp.

Rosmah Mansor bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar" serta berkata beliau "selalu menjadi mangsa".

Kapp kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan
Rosmah memang membeli-belah di butiknya tetapi menafikan pernah berkata beliau telah membelanjakan A$100,000.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Kapp berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa kunjungan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Jumlah A$100,000 itu dianggarkan oleh blogger fesyen Frockwriter pada Januari 17, dan merupakan orang pertama melaporkan mengenai perkara itu.

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula dari A$400 (RM1,290) hingga beberapa ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntingon.
P/s: Semakin terburai! Bila Rosmah akan saman Andrew dan SMH?
DUNIACACAMARBA (DCM):

'via Blog this'

Monday, January 23, 2012

SPRM didesak siasat 'belanja mewah' Rosmah di Australia

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh iateri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika 'berbelanja mewah' di Australia.
Ianya merujuk kepada laporan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald semalam, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.
Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, jumlah yang dilapor akhbar itu tidak termasuk berapa malam Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak menginap di Hotel Darling , Sydney yang berharga RM65,100 semalam dan bayaran untuk parkir khas untuk limosin beliau.
"Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu ringgit.
"Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau boleh untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'," katanya yang menunutut siasatan segera SPRM.
Menurut Fariz, beliau hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat isteri Perdana Menteri Malaysia itu.
Lalu beliau mempersoal, adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan tidak kepada isteri Perdana Menteri dan pimpinan Umno.
"Jingga 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah jutaan ringgit daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan Birkin dan sebagainya termasuklah perbelanjaan pengangkutan dan penginapan mewah di luar negara.
"SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard," katanya.
-harakahdaily

Akhbar Australia: Rosmah belanja RM325,000 di Sydney


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).

Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl  Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.

Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju dan seluar diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.

Friday, September 2, 2011

Cincin RM24 juta: Utusan guna propaganda Hitler tutup kemewahan Rosmah

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia meniru corak propaganda Hitler bagi menyebar maklumat berita palsu demi menutup kecurangan pimpinan Umno atau ahli keluarga mereka, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Ahmad Anwar Asyraf.
Pada kenyataan media, beliau menganggap Utusan meniru pendekatan Joseph Goebbels, seorang Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip ‘The Big Lie’.
“Apakah Utusan pengkagum Joseph Goebbels? Prinsip The Big Lie ialah sesuatu fitnah diulang berkali-kali, akhirnya akan dipercayai rakyat jelata?

“Seolah-olah hilang jati diri dalam membentuk fikrah rakyat, khususnya orang Melayu. Lihatlah berapa banyak orang kampung ditipu Utusan Malaysia, katanya.
Beliau merujuk isu Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24 juta, beliau berkata, akhbar kawalan Umno itu membuat laporan menggesa SAMM membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sedangkan SAMM sudah membuat aduan kepada SPRM pada 13 Julai 2011 tetapi disenyapkan Utusan Malaysia,” katanya.
Bahkan, beliau berkata, Utusan umpama ‘pencuri di siang hari’ apabila melenyapkan berita tuntutan siasatan ke atas Rosmah berkaitan sumber kewangan untuk membeli cincin berkenaan.
Pada 30 Ogos lalu, Utusan melapor kenyataan Anuar Shaari yang mencabar Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin supaya membuat kenyataan bersumpah berhubung pembelian cincin itu.
“Mustahil Utusan tak tahu Chegubard sudah buat laporan kepada SPRM. Utusan tanpa segan silu terus sebar berita tidak benar semata-mata mahu menutup pekung pimpinan pemerintah.
Pada 16 April lalu, Badrul Hisham mendedahkan maklumat berkaitan cincin berlian dikenali sebagai ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Mengikut Chegubard, bukti pembelian cincin diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.
Padanan yang dibuat SAMM mendapati kebanyakan perhiasan Rosmah adalah dari Jacob & Co, syarikat sama yang ditempah untuk menyiapkan cincin berkenaan.

Sunday, July 31, 2011

Rosmah: Dakwaan beli cincin RM24 juta fitnah



Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.

NONE“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharin14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.
Bantu rakyat

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.

Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

NONERosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.

Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.

Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Friday, January 21, 2011

‘Tak terganggu komen negatif’


MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terbabit.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

“Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan saja kepada kita, malah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

“Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat sebaliknya kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.

Dalam lawatan itu, Rosmah disertai beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). Beliau adalah tetamu kerajaan Oman, kali pertama dalam tempoh 20 tahun, seorang kenamaan Malaysia diberi keistimewaan itu.

Rosmah juga mengulas mengenai lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini di mana beliau memberi ucapan dalam satu persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kualiti menyeluruh dalam pendidikan.

“Saya dimaklumkan di Riyadh bahawa saya dijemput bukan hanya kerana saya isteri seorang Perdana Menteri. Apa yang nyata, mereka menyelidik dan mengkaji untuk melihat apa yang saya sudah sumbangkan kepada pendidikan kanak-kanak terutama bagi yang berumur di bawah empat tahun dan begitu juga dengan kanak-kanak yang berbakat.

“Saya sangat gembira di Arab Saudi, mereka mengiktiraf kenyataan sangat penting memberi perhatian kepada pendidikan awal dan jagaan kanak-kanak dan juga kanak-kanak yang berbakat,” katanya.

Kepada pengkritik Rosmah berkata, baginya jika mereka mahu bersungut, beliau tidak ada isu. “Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

“Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak.” katanya. - Bernama‘Tak terganggu komen negatif’

Tuesday, November 9, 2010

Rosmah simpati tragedi dua beradik

POKOK SENA: “Saya tak sangka hari ini (semalam), kami menerima kunjungan orang besar dari jauh,” kata Noraini Ilyas, 38, ibu kepada Nurul Nadia Mohamad Sukur, 13, dan Nurul Syafika, 9, yang lemas dalam banjir di Kampung Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas, di sini, Rabu minggu lalu ketika menerima kunjungan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di rumahnya di kampung itu, semalam.
Noraini, ibu kepada lima anak itu ketika ditemui, berkata dia masih terkejut dengan kejadian itu, lebih-lebih kedua-dua mangsa adalah anak yang paling rapat dengannya.

Dalam kunjungan itu, Rosmah yang meluangkan masa kira-kira satu jam bersama keluarga itu turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM3,000 kepada mereka selain menyampaikan ucapan takziah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang belum berkesempatan melawat mangsa banjir atas faktor kesihatan.

Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan yang membonceng motosikal yang ditunggangi seorang rakan mereka terbabas ke dalam tali air ketika melalui jalan di kawasan itu sebelum hilang dibawa arus deras.

Mayat mereka dijumpai keesokannya kira-kira 50 meter dari tempat terjatuh.

Noraini berkata, beberapa hari sebelum kejadian itu dia sudah dapat berasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku terhadap keluarganya.

Sunday, October 17, 2010

ROSMAHPUN DAPAT PERUNTUKKAN



Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.
Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.
"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Malaysiakinisumber

Friday, October 8, 2010

Rosmah cadang lawat Sekolah Harapan



MELAKA - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan hasrat untuk membuat lawatan rasmi ke Sekolah Harapan di Jasin, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

“Pada pertemuan di Kuala Lumpur kelmarin, beliau tidak menyatakan bila untuk datang melawat tetapi memang berhasrat melawat Sekolah Harapan, sekali gus memberitahu perbezaan Sekolah Harapan di Jasin dengan sekolah yang sama fungsinya di Brussels, Jerman,” katanya. 

Menurutnya, Rosmah dijadual akan merasmikan Busana Muslim anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) pada Sabtu ini di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Tuesday, March 30, 2010

Selamat Menimang Cucu, Rosmah




KUALA LUMPUR 29 Mac - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi nenek bagi kali kedua apabila anak perempuan beliau Azrene Soraya Abd Aziz melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Damansara pada hari Sabtu 20 Mac lalu.
Anak yang diberi mana timangan 'Piyash' adalah anak kedua Azrene bersama suaminya Fazley Yaakob.
Anak sulung pasangan tersebut, Ahmad Fariedz atau nama timangan Payish dilahirkan pada 29 Oktober 2008.
Dalam menyambut kehadiran anggota baru dalam keluarga Azrene sudah tentu belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi cucu sulung dan juga bayi yang baru berusia seminggu ini.
Namun harapan hanya tinggal harapan kerana sehingga kini Rosmah didakwa tidak kunjung tiba untuk menjenguk kedua-dua cucunya.
Malah dakwa seorang ahli keluarga isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak pernah berkesempatan untuk membelai cucu pertamanya sejak dilahirkan.
"Kami berasa sedih kerana sebagai seorang nenek beliau sepatutnya datanglah menjenguk cucu sendiri. Ini sejak dapat cucu pertama sehinggalah cucu kedua tak pernah nak  datang tengok cucu.
"Orang lain pun sibuk tapi bila bab cucu dan keluarga semua yang lain tidak penting," dakwa ahli keluarga tersebut.
Azrene adalah anak kedua Rosmah bersama bekas suami beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas manakala Fazley merupakan anak Senator Datuk Yaakob Mohamad. 
Pasangan tersebut berkahwin pada 7 November 2006. 
Rosmah adalah Pengerusi Jawatankuasa Dasar Permata Negara, iaitu projek perintis pusat pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau baru-baru ini mendapat pujian berhubung Permata Negara di dalam titah Yang DiPertuan Agong semasa baginda merasmikan Penggal ketiga Parlimen penggal ke-12.