Ruhani Hayeemalee (tengah) bersama jirannya menunjukkan laluan digunakan anggota polis ketika mengadakan serbuan sehingga meragut nyawa anaknya di sebuah dusun di daerah Krong Pinang, Yala, April tahun lalu.
Rakyat Islam tak yakin proses perundangan Thailand
Krong Pinang: Kematian tiga penuntut tidak bersenjata yang ditembak dari belakang oleh polis ketika melarikan diri di selatan Thailand menyemarakkan kontroversi berhubung tindakan sesuka hati pasukan keselamatan, kata aktivis.
Lebih 5,700 yang maut sejak konflik meletus di wilayah dikuasai penduduk Islam itu pada 2004 adalah penduduk awam yang terperangkap dalam serangan pemisah dan pembunuhan, atau serbuan polis atau tentera.
Penuntut terbabit, Lookman dan Samree Dueramae, dua beradik berusia 20 dan 17 tahun bersama rakan mereka, Ismael Paetoh, 17, ditembak mati dalam serbuan polis di dusun di daerah Krong Pinang, wilayah Yala, April tahun lalu.
Berlindung di ladang getah
Dua pemisah Islam, yang menjadi sasaran serbuan, turut maut apabila polis dan tentera menemui kumpulan berkenaan berlindung daripada hujan di sebuah ladang getah.
“Anak lelaki saya bukan pemisah, mereka budak baik tetapi mereka ditembak seperti kucing atau anak ayam,” kata Mariyea Bersa, ibu kepada Lookman dan Samree.
Dari rumahnya yang berdepan dengan ladang itu, Mariyea, mengingati kembali anaknya meninggalkan rumah untuk menangkap burung di hutan berhampiran.
“Saya dengar bunyi tembakan dan kemudian saya melihat renjer tentera melepasi rumah saya dengan sangkar burung di tangannya. Saya tahu anak lelaki saya sudah meninggal dunia,” katanya.
Penduduk kampung menerima kenyataan mereka tidak berkuasa meletakkan tanggungjawab ke atas pemisah, yang menyasarkan tentera Thai, atau mereka yang bekerja dengan pihak berkuasa tetapi menuntut keadilan apabila penduduk awam maut dibunuh polis dan tentera.
Tentera negara terbabit berdepan dakwaan salah guna kuasa daripada penahanan tanpa sebab dan penderaan kepada membunuh penduduk awam.
Namun, tiada siapa dihukum atau didakwa dalam pertempuran hampir sedekad itu.
Siasatan Ogos lalu menunjukkan walaupun Lookman, Samree dan Ismael bukan suspek mereka tetap ditembak beberapa kali - termasuk di belakang - oleh polis dan askar yang tidak dapat membezakan mereka dengan pemisah.
Ketika membebaskan pasukan keselamatan daripada bersalah melakukan pembunuhan, arahan menyatakan mereka cuma menjalankan tugas.
Keluarga tak puas hati
Keputusan tidak memuaskan hati keluarga mangsa manakala kumpulan hak asasi berkata kes itu memberi peluang terbaik pemisah merekrut ahli.
Pembunuhan oleh pihak berkuasa menyebabkan penduduk kampung hilang keyakinan terhadap proses perundangan, kata peguam Adilan Ali-ishak dari Pusat Peguam Islam, yang mewakili keluarga mangsa.
“Ia adalah satu kerugian kepada kerajaan kerana penduduk kampung tidak akan memberi maklumat atau bertindak sebagai saksi kerana berasa kerajaan tidak adil atau tidak memberikan perlindungan kepada mereka,” katanya. - AFP